Jumaat, 3 Mei 2013

LAWAK...TIPU ...BAGI DUIT DAN SEGALA MACAM ADA PRU13...SEMUA DALAM PENGETAHUAN ALLAH...ALLAH TAHU YANG MANA ADA BAIKNYA DAN SANGAT JAHAT

Semakin hari, wajah hodohnya semakin terserlah........
Posted on Thursday, May 02 @ 23:33:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: tokpepijat

"

1) Apabila didedahkan ada kertas undi kosong dilihat berkeliaran di gudang persis "port" penagih dadah.

Jawab SPR : SPR ada gudang di kawasan itu.Jangan risau,kita telus. SPR jawab sambil ketawa kecil.

2) Apabila dakwat didakwa tidak tahan lama tidak seperti dakwaan SPR  iaitu dakwat mengundi kekal 5 atau 7 hari.

Jawab SPR : Pegawai SPR lupa goncang dakwat. SPR jawab sambil tersengih dan senyum.

3) Apabila berita kemasukan berduyung-duyung warga asing seperti Bangladesh kelihatan di airport.

Jawab SPR : Setiap pemilik IC adalah layak untuk mengundi tidak kira apajua status mereka Bangla ke,Nepal ke, baru tinggal di sini 2 hari ke ?  SPR jawab dengan tegas dan serius.

Apa kata anda ?

Masihkah kita percaya dengan SPR?

SPR memperbodohkan pemikiran rakyat !

Semakin hari, SPR semakin menjadi-jadi menjadi barua UMNO.

Semakin hari, wajah hodohnya semakin terserlah........


 Lagu P Ramle Kutuk UMNO??
Posted on Thursday, May 02 @ 23:36:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: matuse68

"https://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/3/31/P.ramlee.jpgKorang mesti pernah tengok filem P. Ramlee kutuk UMNO kan? Tapi korang mesti tak pernah dengar lagu ni. Lagu ini adalah kritikan terhadap masalah korupsi, salah guna kuasa, penipuan dan banyak lagi kesalahan yang dilakukan UMNO sejak dari zaman dahulu lagi.

Dengar dulu dan tonton segala keratan akhbar serta imej yang dipaparkan, jangan terlalu cepat melatah. Disclaimer: Lagu ini bukan dinyanyikan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee (sebab tu tajuk tulis "P Ramle" kurang satu "e") hihihi

Lihat video sila [klik disini]

Lirik/Nyanyian: Faiq
Muzik: El Presario

Lirik:
Melayu dah kena tipu sama UMNO sedari dulu
UMNO asyik temberang orang Melayu sampai sekarang
Harta dah banyak hilang tanah habis dikebas orang
Sekolah dan biasiswa semua UMNO yang empunya

Kalau bab rasuah UMNO memang tak pernah kalah
Hidupkan perkauman UMNO tolak hai hukum Tuhan
UMNO oh I tell you, penipu nombor satu

Hasil dalam negeri simpan buat anak dan isteri
Hasil luar negeri sapu habis buat kroni
Kempennya hari hari di corong radio dan peti tv
Cakapnya penuh auta hai tompok tompok hoi tahi unta

Masa pilihanraya manifestonya tiru orang da...
Lepas pilihanraya projek tinggal ai papan tanda
UMNO tak boleh harap masuk angin keluar asap...

INI KALILAH... "


 Solat Didahulukan, Allah Diutamakan
Posted on Thursday, May 02 @ 23:34:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"Sesibuk mana sekali kita berkempen, sebagai orang Islam, apabila masuk waktu solat, hendak kita menyegerakan solat. Utamakan solat jemaah di masjid yang berhampiran. Calon PAS DUN Kota, Hj Ghazali Mohd Shom bersama petugas Pakatan Rakyat selesai solat berjemaah di Masjid Kariah Lubok China, Rembau.

Sila layari laman sesawang PAS DUN Kota di http://pas-n28-kota.blogspot.com
"

Tun khianat Umno K'tan dalam senyap?

Posted on Thursday, May 02 @ 15:19:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh H'daily

KUALA LUMPUR: Jika benar dakwaan bahawa Tun Dr. Mahathir memberikan RM200 juta hingga RM300 juta kepada kerajaan PAS Kelantan sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri, bermakna Mahathir sebenarnya sudah lama mengkhianati Umno Kelantan secara senyap-senyap.

"Rupa-rupanya sudah lama Mahathir khianat kepada UMNO Kelantan, dalam pada UMNO Kelantan berikhtiar merebut Kelantan sekian lama, Mahathir telah khianat dengan diam-diam hulur bantuan kepada PAS Kelantan," kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari sinis.


Beliau juga mendakwa wang itu diserahkan sendiri oleh Mahathir kepada Tuan Guru Datuk Nik Aziz, dan dialah yang menjadi pemandu membawa Tok Guru untuk mengambil wang tersebut setiap enam bulan sekali.

Mengulas lanjut, Fadhli berkata jika benar perkara itu berlaku, ianya sesuatu yang agak pelik kerana ianya tidak direkodkan.

"Rupa-rupanya sebanyak RM200 - RM300 juta boleh hilang begitu sahaja tanpa direkodkan di dalam pentadbiran kewangan kerajaan Umno.Jika mahu membeli sebentuk cincin dengan jumlah itu pun tidak menjadi masalah, apatah lagi jika mahu membeli seekor lembu berharga RM250 juta.

"Akhir sekali, cerita itu hanyalah lawak jenaka semata-mata. Ia bertujuan segar angin sebelum PRU13," katanya. 


 Malaysiaku - Rakyat jadi gila kerana UMNO!!
Posted on Thursday, May 02 @ 14:27:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh WTKO



Baik keluar serenti... itu analogi yang boleh dibuat daripada perbandingan di atas. Malaysia menjadi celaru dan tidak menentu kerana UMNO @ BN memerintah yang semuanya pemimpin yang suka "besarkan tembolok!"

Terbaik pastikan BN @ UMNO tumbang 5 Mei ini...

Oh Malaysiaku! Kita tumbangkan Umno.. masalah ini akan selesai insyallah 




 Tengku Adnan Buat Lawak Bodoh!!
Posted on Thursday, May 02 @ 14:01:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh WTKO



Muhammad Khairul Hafiz Abdullah (kiri) bersama calon Barisan Nasional (BN) Parlimen P125 Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menunjukkan salinan laporan polis dan gambar menunjukkan bendera, manifesto dan wang setelah sekumpulan pihak yang tidak dikenali datang ke rumahnya untuk memujuk beliau supaya membenarkan jarinya dicalit dengan dakwat atas alasan untuk memudahkan proses pengundian Ahad ini ketika di Presint 9 di sini hari ini.

Tengku Adnan kalau nak menipu pun biarlah pakai kepala hotak!!
Kalau aku kata bodoh nanti kata aku berkasar dengan puak-puak UMNO pulak.
Tapi memang Tun Mahathir kata yang tinggal dalam UMNO semua bodoh tonggong!!

Kenapalah polis ambil repot "ORANG GILA" ni!!
Buat habis beras aje...



1. Ayat dalam report polis "sekumpulan yang tidak dikenali" tapi kumpulan itu bagi bendera PAS.

2. Boleh ambil gambar semuanya, tapi tak boleh ambil gambar sekumpulan yang tak kenali.

3. Nak calit buat apa bagi manifesto dan bendera?? Nak suruh pasang atas kepala Tengku Adnan ke?? KAH KAH KAH


LAWAK PALING BODOH
OLEH ORANG YANG MENGELABAH
KERANA TAKUT KALAH!!!!



Mana nak letak muka Melayu UMNO??
Posted on Thursday, May 02 @ 14:35:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh WTKO


Klik untuk besarkan..

Kearah Negara Berkebajikan. Sebahagian besar masyarakat Cina telah berusaha memungut derma bagi membantu PAS dalam memenangi pilihan raya kali ini untuk melaksanakan konsep "NEGARA BERKEBAJIKAN" yang berteraskan kepada Islam sebagai agama rasmi Malaysia.


Dulu puak-puak umno kata puak PAS kutip duit kerana tak ada duit papa. Adakah orang Cina pun papa??

Nasib baik masyarakat Cina tak guna kupiah kutip derma.. Kalau tak boleh sorot dalam jamban muka-muka pencacai UMNO.

....

Iwan Duyong berkata "Kalau aku orang UMNO aku rasa malu dengan gambar yang aku lihat sekarang ini kerana orang cina nak kepada perjuangan yang dibawa PAS sedangkan orang UMNO yang beragama ISLAM tak nak bersama dengan perjuangan PAS mereka lebih percaya kpd dongeng UMNO yang nyata menipu mereka dlm apa jua keadaan.."

 
" Terjemahkan ini di kertas undi dan Umno akan mati, inshaa'Allah
Posted on Thursday, May 02 @ 23:36:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: setisab

"Jika ribuan manusia yang menghadiri ceramah Pakatan Rakyat ini dapat diterjemahkan di kertas undi pada 5 haribulan Mei 2013 ini, in shaa Allah, rakyat Johor bakal merasai sinar kegemilangan kehidupan pentadbiran Pakatan Rakyat.

Ceramah Pakatan Rakyat di Gelang Patah


Walaubagaimanapun, sebagai anak kelahiran Johor, membesar, belajar dan mengajar di Johor Bahru, suka saya mengingatkan keseluruhan pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat agar membatasi keyakinan bertimbang-tarakan sejarah pilihan raya lampau. Ingat; ramainya kehadiran sessi ceramah, kerap tidak mencerminkan kehebatan sokongan di kertas undi.

Selain penipuan yang oleh Umno BN dan kaedah manipulasi undi yang kerap digunapakai oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia adalah antara senjata maut yang membunuh inspirasi serta keinginan rakyat menuntut perubahan kerajaan. Sila baca, kisah kemiskinan tegar di Johor.

Ingat ini; Tanpa Penipuan, Umno BN telah lama terkubur!!!


Ceramah Pakatan Rakyat di Gelang Patah
Ceramah di kawasan parkir sebuah pusat membeli belah di Gelang Patah berjaya menghimpunkan 70,000 hadirin yang majoritinya berbangsa Cina, memecahkan rekod 60,000 di tempat sama pada malam sebelumnya.

Selain kehadiran luar biasa itu, kutipan derma juga sebanyak RM263,328.80 - lebih suku juta ringgit - dengan RM173,328.80 dikutip daripada ceramah dan RM90,000 lagi daripada beberapa siri acara sepanjang hari di kawasan parkir itu.

Kehadiran itu dilihat petanda jelas sokongan hebat pengundi Cina di Selatan Johor, yang kebanyakannya datang daripada Kulai, Johor Bahru, Pasir Gudang dan Pulai - kawasan sasaran Pakatan dalam pilihan raya umum kali ini.

Ceramah lain yang mensasarkan pengundi Melayu pula dilangsungkan di kawasan parkir Stadium an Sri Dato Haji Hassan Yunos di Johor Bahru yang menarik kehadiran seramai 10,000 - ceramah untuk masyarakat Melayu paling ramai dihadiri sejak penamaan calon 20 April lalu.
Ini Kali Lah
 Ini Kali Lah
Ini Kali Lah
Ini Kali Lah

Tiada ulasan: