Posted on Tuesday, May 14 @ 23:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: matuse68
"
GEMPAR!!!!!... RIBUAN RAKYAT JOHOR BERDEMO DEPAN IBU PEJABAT POLIS TANGKAK, BANTAH KEHADIRAN DSAI DI JOHOR RABU INI!!!!
Dianggarkan tidak kurang 2000 warga Johor yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, NGO, guru-guru Agama telah berkumpul di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Tangkak, Johor bagi membantah kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Johor bagi Perhimpunan Kebangkitan Rakyat Membantah Penipuan PRU 13 yang dijadualkan akan berlangsung malam Rabu ini.
Maka amat wajar para pengajur terutamanya DSAI sendiri untuk memikirkan sama ada mau meneruskan atau batal terus Perhimpunan tersebut memandangkan bantahan dari rakyat Tangkak amatlah kuat sekali.
Lagi pun bukankah Johor negeri UMNO paling kuat gagah perkasa sekali dalam dunia...PRU 13 yang lalu membuktikan UMNO tetap teguh dan tiada kawasan pun UMNO tumpas.
Info terkini layari INI KALILAH...
Isyarat awal Azmin Ali akan tanding jawatan presiden KEADILAN
Posted on Tuesday, May 14 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: setisab
"
Pasca pilihan raya umum ke13, menampakkan dengan jelas kecelaruan politik Timbalan Presiden Keadilan, Azmin Ali an beberapa kerat penyokong tegarnya. Kerajaan Rakyat klasifikasikan para penyokong tegar Azmin Ali ini sebagai "Politikus perca".
Politikus perca lumrahnya tidak mempunyai prinsip politik tersendiri. Wibawa politik mereka rapuh. Hantaran idea mereka hambar. Bacaan politik mereka songsang. Tampilan mereka malap. Politikus perca juga bergantung kepada boss mereka untuk menentukan masa depan politik mereka kerna mereka secara peribadi tidak mempunyai kekuatan menongkah arus politik semasa.
Posting ini, Kerajaan Rakyat tidak berminat untuk melanjut-olah berkaitan spesis politikus perca. InsyaAllah, dilain kesempatan akan kita olah bicara lanjut berkaitan politikus perca. Apa yang lebih Kerajaan Rakyat minat bicarakan ia lah lentuk politik Timbalan Presiden Keadilan itu sendiri.
Selepas gagal kembara sulitnya untuk menjadi Menteri Besar Selangor, boss kepada para politikus perca itu dengan keegoan maksima, mengadakan Sidang Media.
Madah berhelah, Azmin Ali mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu sulit yang tidak wajar sama sekali diluahkan kepada umum dalam sidang media tersebut.
Dua per tiga daripada kandungan kenyataan media dalam sidang medianya, Azmin Ali bias, malah, lebih dari itu ianya sekadar melempiaskan kehampaannya kerna tidak dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor dalam Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bagi penggal kedua..... period!
Pada 10hb Mei, jam 11 pagi, Azmin Ali adakan Sidang Media Khas di Pejabat Keadilan, Tropicana. Sehari selepas itu, pada 11hb Mei, sebelah petang, Azmin Ali tweet di twitter miliknya.
Bila Azmin Ali tweet; "Lets us (young MPs) initiate new ideas in parliament. Dismantle old politics and embark new policies...." ditweeter miliknya, ia mengundang seribu satu persepsi umum!
Politik siapa yang cuba Azmin Ali yang dilihat senada dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, cuba dismantlekan?
Apakah ini isyarat awal bahawa Azmin Ali akan melawan ketuanya; Presiden Keadilan, Wan Azizah Ismail dalam pemilihan parti Keadilan yang akan datang? Apakah Azmin Ali juga akan melawan arus politik bossnya di Parlimen, Anwar Ibrahim?
Bagi Kerajaan Rakyat, walau apapun madah berhelah yang cuba dimainkan oleh Azmin Ali bersama geng politikus perca melalui teknik politik merengek, KR kira ianya hanya akan merugikan parti Keadilan itu sendiri."
Kisah Dr Gary Miller Masuk Islam
Posted on Tuesday, May 14 @ 22:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh TKOOfflineManusia yang menentang, akan menjadi pejuang setelah kesedaran dihayati. Saya ambil kisah ini untuk rakan-rakan cyber saya dikalangan "penganut UMNO". Saya harap mereka mencontohi Dr Gary Miller. Kaji dan dalami perjuangan Islam, kemudian kaji dan dalami perjuangan PAS. Anda pasti akan menemui sesuatu yang belum pernah anda rasai selama ini.
INI salah satu cerita yang telah mengubah kehidupan seorang mubaligh kristian pakar matematik serta mendalami ilmu teologi (ketuhanan) Kristian dari Kanada bernama Dr. Gary Miller.
Dr. Miller atau nama Islamnya, Abdul-Ahad Omar mengakui kekagumannya dengan ayat-ayat al-Quran itu yang dianggap sebagai satu keajaiban. Selain membicarakan persoalan duniawi dan ukhrawi manusia dalam segala aspek kehidupan, Dr. Miller turut "terkesima waima" dirinya seorang yang suka mencari bukti secara saintifik dan logik, disebabkan latar belakang dan pendidikannya.
Ditambah pula, ada antara ayat suci dalam al-Quran itu mencabar masa depan dengan hal-hal yang manusia sendiri tidak dapat meramal atau menjangkakannya.
"Terkuat antara laki-laki dalam permusuhan dengan Engkau beriman menemukan orang-orang Yahudi dan kafir, dan paling dekat di antara mereka dalam kasih kepada Engkau beriman menemukan orang yang mengatakan," Kami adalah orang Kristian ": kerana di antara orang-orang ini dikhususkan untuk belajar dan laki-laki yang telah meninggalkan dunia, dan mereka tidak sombong. Dan ketika mereka mendengar wahyu yang diterima oleh Rasul, kamu lihat mata mereka meluap dengan air mata, kerana mereka mengakui kebenaran: mereka berdoa: "Ya Tuhan kami Kami percaya; masukkanlah kami ke dalam di antara saksi!" Al-Quran, bab 5, Ayat 82-84.
Salah satu contohnya ialah daripada surah di atas ini. Ia berkenaan hubungan antara Muslim dan Yahudi. Al-Quran mengatakan bahawa orang Yahudi adalah musuh utama bagi Muslim. Hal itu berlaku sampai sekarang di mana musuh bagi umat Islam adalah orang Yahudi.
“Semuanya bermula sebaik saya menerima hadiah senaskah al-Quran pada 1978. Niat awalnya saya mengkaji dan ingin membaca al-Quran untuk menarik orang Islam masuk ke agama Kristian.
“Sebenarnya, saya mahu mencari kesalahan dalam al-Quran, agar dengan cara itu senang untuk saya menggoyahkan akidah umat Islam.
“Anggapan awal saya, kitab al-Quran adalah sebuah kitab kuno dan mengandungi cerita tentang padang pasir sahaja. Akhirnya, setelah mendalami satu demi satu helaian al-Quran, apa yang ditemui saya sendiri tidak pernah menjangkakannya,” akui Dr. Miller.
Beliau akhirnya menyedari dan mengakui kebenaran al-Quran.
Kata Dr. Miller, beliau cuba mencari kisah kesukaran atau detik kesedihan Rasulullah apabila kematian isteri dan bapa saudaranya, tetapi tidak jumpa. Begitu juga dengan surah Aisyah, surah Fatimah dan surah Khadijah.
“Apa yang saya temui ialah tentang Maryam (surah Maryam). Sedangkan dalam kitab Injil tidak ditemui langsung.
“Malahan dalam al-Quran Al-Masih Isa disebut sebanyak 25 kali. Sedangkan Nabi Muhammad SAW disebut empat kali sahaja. Hal ini menyebabkan saya makin pening.
“Saya mencari lagi dengan harapan ada kesilapan di dalam al-Quran.
“Saya teruskan pembacaan dengan lebih teliti lagi. Namun sebaik sampai ke surah an-Nisaa’ ayat 82, saya tambah terkejut,” katanya.
Ujarnya, salah satu prinsip saintifik yang terkenal adalah untuk mencari kesalahan atau mencari kesalahan dalam teori sampai itu terbukti benar.
Apa yang menakjubkan Dr. Miller, bahawa al-Quran meminta orang Islam dan bukan Islam untuk cuba mencari kesalahan di dalamnya.
“Tidak ada penulis di dunia ini memiliki keberanian untuk menulis buku dan mengatakan bahawa hal itu tiada langsung kesalahan.
“Namun al-Quran, sebaliknya. Ia memberitahu anda bahawa ia tidak mempunyai kesalahan dan meminta anda untuk cuba mencari waima satu kesilapan. Yang pastinya, anda tidak akan menemui apa pun.
“Apabila saya bertemu pula dengan surah al-Anbiya’ ayat 30, saya dapati ayat ini sama dengan kajian saintifik yang memenangi Hadiah Nobel pada tahun 1973 dan ia adalah mengenai teori ledakan besar.
“Ia menjelaskan teori tentang alam semesta adalah hasil daripada sebuah letupan besar yang mengarah pada pembentukan alam semesta dengan langit dan planet,” katanya.
Antara tulisan beliau yang menarik adalah The Amazing Quran (Quran Yang Mengagumkan).
Dalam
karyanya ini, beliau membuktikan bahawa al-Quran adalah wahyu dan
tidak mungkin ditulis oleh manusia dengan menggunakan pendekatan
saintifik.
Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau (terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam. (An-Nahl :98)
Tidakkah anda melihat? Adakah ini caranya syaitan menulis sesebuah kitab? Bagaimana Baginda boleh menulis Al Quran kemudian memberitahu ummatnya untuk meminta kepada Tuhan untuk perlindungan dari syaitan sebelum membaca Al Quran? Ini adalah ayat-ayat ajaib dalam kitab yang ajaib! dan Ia mempunyai jawapan yang logik untuk orang-orang yang berfikir secara sambilewa bahawa Ia adalah dari
syaitan .."
Dan di antara cerita-cerita yang membuatkan kekaguman Dr Miller adalah kisah Nabi (SAW) dengan Abu Lahab. Dr Miller berkata:
" …Dia (Abu Lahab) yang sangat membenci Islam akan pergi kepada Nabi di mana sahaja Baginda pergi untuk memalukan baginda. Jika dia melihat Nabi bercakap dengan orang yang tidak dikenali, dia akan menunggu sehingga baginda selesai dan kemudian bertanya kepada mereka: Apa yang Muhammad memberitahu anda? Jika baginda berkata ia putih maka ia adalah hitam dan jika beliau berkata ia adalah malam maka ia adalah siang. Dia bertujuan untuk memalsukan semua apa yang Nabi kata dan untuk membuat orang yang curiga kepada baginda. Dan 10 tahun sebelum kematian Abu Lahab, sebuah surah telah diilhamkan kepada Nabi, yang dinamakan "Al-Masad". Surah ini menceritakan bahawa Abu Lahab akan masuk neraka, dalam erti kata lain, Ia mengatakan bahawa Abu Lahab tidak akan memeluk agama Islam.
Selama 10 tahun, Abu Lahab boleh berkata: "Muhammad mengatakan bahawa saya tidak akan menjadi seorang Muslim dan saya akan pergi ke neraka, tetapi saya memberitahu anda sekarang bahawa saya mahu menukar kepada Islam dan menjadi seorang Muslim. Apa yang anda fikir mengenai Muhammad ini? Adakah dia( baginda s.a.w )mengatakan kebenaran atau tidak? Adakah surah ini datang dari Allah? ". Tetapi Abu Lahab tidak berbuat demikian ( memeluk Islam ) walaupun dia mengingkari Nabi di dalam semua perkara, tetapi tidak dalam perkara ini ( kekafiran Abu Lahab di dalam surah Al Masad ). Dalam erti kata lain, baginda telah memberi Abu Lahab peluang untuk membuktikan baginda salah! Tetapi Abu Lahab tidak melakukan apa-apa sepanjang 10 tahun!
Dia tidak memeluk agama Islam dan tidak juga berpura-pura menjadi seorang Muslim! Sepanjang 10 tahun, dia mempunyai peluang untuk menghancurkan Islam dalam satu minit! Tetapi ini tidak berlaku kerana ini(Al Quran) bukanlah kata-kata Muhammad (SAW), tetapi kata-kata Tuhan yang Mengetahui apa yang tersembunyi dan Mengetahui bahawa Abu Lahab tidak akan menjadi seorang Muslim.
“Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama! Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal “ ( Al Masad: 1-5 )
Dr Miller berkata tentang ayat yang membuatkan dia kagum kepada Al Quran
“.. Salah satu keajaiban dalam Al-Quran adalah sesuatu yang mencabar masa depan dengan perkara-perkara yang manusia tidak boleh ramalkan dan "Ujian Pemalsuan" digunakan , ujian ini terdiri daripada mencari kesilapan sehingga perkara yang sedang diuji terbukti betul. Sebagai contoh, mari kita lihat apa kata al-Quran mengenai hubungan antara orang Islam dan Yahudi. Al-Quran mengatakan bahawa orang Yahudi adalah musuh utama bagi umat Islam dan ini adalah benar. Sehingga kini ,musuh utama umat Islam adalah orang-orang Yahudi.
Dr Miller meneruskan:
“.. Ini dianggap satu cabaran yang besar kerana orang-orang Yahudi mempunyai peluang untuk merosakkan Islam hanya dengan bergaul dengan orang Islam dengan cara yang mesra untuk beberapa tahun dan kemudian berkata: di sini kita bergaul dengan anda sebagai kawan dan Al-Quran mengatakan bahawa kita adalah musuh,Al-Quran ini salah! Tetapi ini tidak berlaku pada 1400 tahun! dan ia tidak akan berlaku kerana ini adalah firman dari Tuhan Yang Esa yang Maha Mengetahui bukannya kata-kata manusia.
Dr Miller meneruskan:
“..Bolehkah anda melihat bagaimana ayat yang menceritakan akan permusuhan antara orang Islam dan orang-orang Yahudi merupakan satu cabaran kepada minda manusia?..”
“..Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani”. Yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendeta-pendeta dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong...."
"...Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad s.a.w), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w). Dan tidak ada sebab bagi kami tidak beriman kepada Allah dan kepada kebenaran (Al-Quran) yang sampai kepada kami, padahal kami ingin (dengan sepenuh-penuh harapan), supaya Tuhan kami memasukkan kami (ke dalam Syurga) bersama-sama orang-orang yang soleh..."
Ayat ini menyentuh hati Dr Miller kerana dia merupakan seorang Kristian tetapi apabila dia mengetahui kebenaran, dia beriman dan memeluk agama Islam lalu menjadi tumpuan . Semoga Allah merahmati beliau.
Dr Miller berkata tentang gaya unik al-Quran yang dia dapati adalah sangat indah. Tidak syak lagi ada sesuatu yang unik lagi mengagumkan di dalam al-Quran yang tidak wujud di mana-mana sahaja, kerana al-Quran memberikan anda maklumat khusus dan memberitahu anda bahawa anda sesuatu yang tidak anda ketahui. Sebagai contoh
Demikianlah dari berita¬-berita ghaib yang kami wahyukan kepada engkau (wahai Muhammad ), dan tidaklah engkau beserta mereka seketika mereka membuang undi tentang siapa diantara mereka yang akan mengasuh Maryam, dan tidak ada engkau di dekat mereka seketika mereka berbantah .
( Ali-Imran : 44 )
(Kisah Nabi Nuh) itu adalah dari perkara-perkara yang ghaib yang Kami wahikan kepadamu (wahai Muhammad), yang engkau dan kaum engkau tidak mengetahuinya sebelum ini. Oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.
( Surah Hud: 49 )
(Kisah Nabi Yusuf) yang demikian ialah dari berita- berita yang ghaib yang Kami wahikan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka semasa mereka sekata mengambil keputusan (hendak membuang Yusuf ke dalam perigi), dan semasa mereka menjalankan rancangan jahat (terhadapnya untuk membinasakannya).
(Surah Yusuf: 102 )
Dr Miller meneruskan: "Tidak ada kitab suci lain yang menggunakan kaedah ini, semua kitab-kitab yang lain terdiri daripada maklumat yang memberitahu anda di mana maklumat ini datang. Sebagai contoh, apabila Bible menceritakan kisah-kisah daripada negara-negara purba, Ia memberitahu anda bahawa raja ini tinggal di tempat ini dan seorang pemimpin yang berjuang dalam peperangan itu, dan bahawa orang tertentu mempunyai beberapa kanak-kanak dan nama-nama mereka. Tetapi buku ini (Bible) sentiasa memberitahu anda bahawa jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, anda boleh membaca buku tertentu kerana maklumat itu datang dari buku tertentu ".
Dr Garry Miller meneruskan: "Ini adalah bertentangan dengan Al-Quran yang memberi anda maklumat dan memberitahu anda bahawa ia adalah baru! Dan apa yang menakjubkan adalah orang-orang Mekah pada masa itu tidak pernah mendengar ayat-ayat ini dan ia menjadi cabaran bahawa isi di dalam ayat-ayat ini baru dan tidak diketahui oleh Muhammad (SAW) atau oleh orang-orang cerdik pandai ketika masa itu, dan walaupun demikian, mereka tidak pernah berkata:
“.. Kita tahu ini dan ia bukanlah sesuatu yang baru, dan mereka tidak mengatakan: Kita tahu dari mana Muhammad datang dengan ayat-ayat ini..”
Ini tidak pernah berlaku, tetapi apa yang berlaku adalah tiada siapa yang berani untuk mengatakan bahawa baginda telah berbohong kepada mereka kerana mereka meyakini ini ialah sesuatu yang baru, tidak datang dari minda manusia tetapi dari Allah yang Mengetahui yang Ghaib pada masa lalu, masa kini dan masa depan.
Download Dr Gary Miller (Now Dr Abdul Ahad) work "The Amazing Quran" dari link ini http://www.thetruecall.com/downloads/AmazingQuran.pdf
Boleh baca dengan lebih lanjut ataupun dengarkan kuliahnya di..
http://www.discoveringislam.org/dr_gary_miller.htm
..
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com
"Feng shui" RAHMAN dan NAJIB
Posted on Tuesday, May 14 @ 21:12:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: benzaini
"
PRU-13 telah berlalu. Yg menang terasa kalah. Yg kalah pula seakan2 menang. Mari kita relax sejenak. Tengok "feng shui" yg ada pada nama dan perkataan. Yanag pertama ialah perkataan RAHMAN dan keduanya perkataan NAJIB.
Dulu, selepas merdeka, org sibuk dg perkataan "RAHMAN" , katanya sempena nama PM pertama, Tg. Abdul RAHMAN. Perkataan ini dikatakan menentukan nama2 orang yg akan menyandang jawatan Perdana Menteri (PM) menurut urutannya.
Huruf R pada RAHMAN dianggap sebagai mewakili Tg. Abdul Rahman, PM pertama Malaysia, walau pun namanya bermula dg Abdul. Kemudian, huruf A dikaitkan dg nama Tun Abdul Razak sebagai PM kedua, walau pun beliau lebih dikenali sebagai Tun Razak ( tanpa Abdul).
Pada masa beliau menjadi PM, timbul juga persoalan siapa bakal penggantinya. Tun Dr Ismail, org kanan UMNO dari Johor pernah dianggap sebagai penggantinga. Tetapi, Tun Dr Ismail telah meninggal lebih awal drpd Tun Razak. Terdapat org2 kanan UMNO yg layak dilantik sebagai Timbalan PM. Akan tetapi Tun Razak telah memilih birasnya, Dato' Hussein Onn (anak Dato' Onn Jaafar, pengasas UMNO), sebagai TPM walau pun beliau bukan kanan sangat dlm UMNO. Apabila Tun Razak meninggal dunia, Dato' Hussein telah dilantik sebagai PM. Dg itu huruf H dlm RAHMAN mendapat padanannya pada Dato' Hussein (kemudian Tun). Selepas beliau, huruf M dlm perkataan tersebut mendapat padanannya pada Dato' Sri Dr Mahathir (Tun), yg dilantik sebagai TPM oleh Dato' Hussein dan kemudian menggantinya sebagai PM.
Mahathir mempunyai ramai TPM. Pertama Dato' Musa Hitam, kemudian Encik Abdul Ghafar Baba (Tun) dan DS Anwar Ibrahim. Dato' Musa dan En. Ghafar mungkin tak jadi PM kerana huruf awal nama mereka tak sepadan dg huruf yg datang selepas huruf M dlm RAHMAN, iaitu huruf A. Tetapi bila Anwar Ibrahim jadi TPM, semua org beranggapan sekarang calon PM sudah ada. Rupa2nya nama bermula dg A sahaja tidak cukup utk mendapat padanan dg A dlm RAHMAN.
Anwar akhirnya tidak sekata dg Mahathir dan disingkirkan, malah disabitkan kesalahan dan dihukum penjara. Pelbagai nama ditunjulkan sebagai pengganti Anwar. Akhirnya DS Abdullah Badawi telah dilantik oleh Mahathir sebagai TPM mengganti Anwar walaupun Abdullah menyebelahi Tengku Razali Hamzah dlm krisis yg melanda UMNO sebelum ini. Kemudian Abdullah telah mengganti Mahathir sebagai PM. Padanan huruf A dlm RAHMAN terdapat pada Abdullah bukan Anwar. Ini mungkin kerana dlm nama Anwar A diikuti dg N sedangkan dlm nama Abdullah, A diikuti dg B! N kemudian drpd B! Apabila DS Najib jadi TPM dan setrusnya PM, padanan huruf terakhir N pada RAHMAN telah ditemukan, walau pun nama Najib sebenarnya ialah Muhammad Najib.
Selepas Najib menjadi PM, satu "feng shui" nama baru boleh dicuba. NAJIB, itulah perkataannya. Dlm PRU-13 baru2 ini, huruf A dlm NAJIB itu hampir2 bersepadanan dg Anwar Ibrahim sebagai PM.Tetapi sekali lagi nampaknya huruf A tidak sepadan dg Anwar. PR tidak berjaya menguasai Putrajaya. Nampaknya N akan lama lagilah kekal di PM tu. Tetapi terdengar desas desus bahawa beliau mungkin dicabar dlm Perhimpunan Agung UMNO akhir tahun ini. Siapa yg akan berbuat begitu dan menggantinya sebagai PM? Mahyuddin rasanya tidak mungkin.
Petama kerana beliau juga sama2 bertarnggungjawab di atas "kekurangan" sokongan kpd BN dlm PRU-13 baru2 ini baik sebagai TPM mau pun sebagai pimpinan tertinggi UMNO dan BN. Kedua kerana namanya tidak bermula dg huruf A tapi dg huruf M. Kalau ada sesiapa yg ingin mencabar Najib dan menggantinya sebagai PM mistilah org yg bermula namanya dg A. Melihat kpd barisan pimpinan UMNO sekarang terdapat beberapa org yg mempunyai "kelayakan" demikian. Pertama Naib Presiden dan Menteri Pertahanan, DS Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Potensi dan bakatnya ada. Dulu dia org Anwar. Bekas Ketua Pemuda yg timbulkan "kekocohan" dlm PA UMNO dulu dan yg mungkin telah mencetuskan krisis Mahathir-Anwar.
Org lain ialah Ahmad Husni Hanzlah, ahli Majlis Tertinggi dan Menteri Kewangan kedua. Ahmad Sabri Chik juga ahli MT dan Menteri Belia dan Sukan. Yg lain2 yg mempunyai initial A rasanya tidak penting. Tetapi baik Ahmad Zahid, mau pun Ahmad Husni dan Ahmad Sabri, walau pun punyai initial A dlm nama mereka, mereka lebih dikenali dg Zahid, Husni dan Sabri. Komposisi nama2 seperti ini biasanya tidak sepadan dg huruf2 dlm "feng shui" nama ini. Lagi pula rasanya tokoh2 tersebut tidak akan melawan taukeh dg kedudukan mereka sekarang ini.
Terdapat beberapa org lagi yg mempunyai intial A dlm MT, seperti Azlan Osman (Perak), Awang Adek Hussin (Kelantan), Abdul Latif Ahmad (Johor) dan Abdul Aziz Abdul Rahim (Kedah). Tetapi kesemuanya tidak ada potensi nampaknya, walau pun initialnya lebih baik. Ketua Pemuda juga mungkin merupakan pencabar kpd Najib. Tetapi nama yg bermula dg K (Khairi) tidak ada langsung dlm perkataan NAJIB. Oleh itu tidak nampak sangatlah akan berlaku cabaran kpd Najib dlm PA UMNO akhir tahun ini dari dlm dan pencabarnya berjaya menggantinya sebagai PM. Tetapi pencabarnya mungkin dtg dari luar.
Desas desus yg mengatakan Azmin Ali akan menyertai UMNO mungkin menjadikannya pencabar yg berpotensi dg initial yg betul, A. Tetapi melihat "persaingan" di antara Anwar dg Abdullah Badawi, Azmin mungkin tidak berjaya ke jawatan PM kerana Anya diikuti dg Z, yg begitu jauh dri segu susunan abjad. Tinggal lagi mungkin kalau ada org penting dlm parti dan kerajaan yg bersedia utk menukarkan nama kepada nama yg mempunyai initial A yg bagus dan kuat. Atau mungkin, kerana sesuatu sebab yg Allah (s.t) sahaja yg tahu, kerajaan BN jatuh dan DS Najib tidak lagi menjadi PM, diganti oleh kerajaan PR pimpinan Anwar, maka ketika itu Anwar menjadi PM dan sekali gus menepati padanan huruf A pada awal nama Anwar dan dlm NAJIB.
Atau tuah Anwar masih belum menjelma, walau pun untuk kali ketiga. Seorang kawan mengusulkan nama DS Haji Abdul Hadi Awang sebagai bakal PM selepas kejatuhan BN dan Najib. Logok juga namanya bermula dg A dan kedudukannya lebih baik drpd Anwar. AB bagi Haji Abdul Hadi dan AN bagi Anwar. Tetapi DS Haji Abdul Hadi lebih dikenali dg [panggilan Haji Hadi, initialnya H. Walau bagaimana pun semuanya terserah kpd Allah (s.t) yg maha kuasa. Dia yg memberi kuasa kpd sesiapa yang dikehendakiNya dan Dialah juga mengambil kuasa dari sesiapa yang dikehendakiNya.
Sekadar "merehatkan" minda dan ingin tersenyum sendirian.
BUKAN MAT SABU PERNAH MENUNTUT DI ITM...KURANG2 BELIAU ADA DIPLOMA
KALAU TAK LULUS ADA SPM LAH
"Jangan hina orang tiada kelulusan
Posted on Tuesday, May 14 @ 21:09:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: tenggara
"Dua tiga hari ini kumpulan media dari Barisan Nasional dan media dari Pakatan Rakyat sangat aktif mempertahankan parti masing-masing. Keputusan pilihanraya yang mengejutkan baru-baru ini telah membuat kedua-dua belah pihak berada dalam keadaan berjaga-jaga.
Saya bukanlah penyokong hardcore mana-mana parti cuma minat akan situasi politik negara kita dan minat dalam penulisan. Saya cuma ingin berkongsi pendapat, beberapa hari ini saya lihat banyak artikel mengenai seorang Exco yang dilantik yang tiada kelulusan.
Saya kira isu ini amatlah tidak sesuai untuk dijadikan senjata politik, kerana isu ini boleh mengaibkan seseorang yang berkait, bukan itu sahaja boleh juga mengaibkan keluarganya. Sama ada berkelulusan atau pun tidak, itu adalah perkara lain yang penting boleh kah dirinya berkhidmat untuk rakyat? Banyak juga pemimpin dari pembangkang yang tiada kelulusan contohnya Mat Sabu dan ramai lagi.
Kita tidak mahu menjadikan perkara ini satu nilai tambah bagi kita, kerana ianya adalah satu taktik yang kurang baik, kita berhujah secara adil dan saksama asalkan tidak mengaibkan orang dan menyakitkan hati orang lain, insyallah.
Mat Sabu: 7 Kerusi untuk dia seorang??
Posted on Tuesday, May 14 @ 21:07:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh TKOOffline
Ini bukan 7 kerusi Dun atau Parlimen, tetapi Haji Mohamad Sabu telah diberikan 7 kerusi untuk duduk semasa satu ceramah setelah dia sakit akibat dilanggar oleh pihak PDRM semasa kes nak mennggkap beliau dahulu.
Kalau puak UMNO lihat gambar ini, pasti meroyan sakan!!!
..
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com
Disebalik Solat Hajat & Bacaan Yasin Mukhriz
Posted on Tuesday, May 14 @ 21:06:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh TKOOffline
Semalam di masjid Zahir Alor Setar, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir menunaikan solat hajat dan bacaan Yasin berjemaah bersama jemaah memanjatkan doa untuk kesejahteraan dan kesihatan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Mukhriz anak Mahathir ini kadang kala mengimani solat. Ada kala bersama dengan jamaah masjid. Ada sikit kelainan dengan bapak dia!!
Saya bukan nak puji Mukhriz, pasal dia pun ada kaitan dengan syarikat arak. Saya tunjukkan beberapa gambar daripada banyak gambar di atas ada dua sebab:-
1. PAS - UMNO 'bergaduh' untuk berebut memerintah bukan kerana nak tunjukkan siapa boleh bagi air subsidi paling banyak. Atau siapa yang boleh bagi rakyat senang. Tapi soal Islam dan negara Islam. kalau PAS memerintah sama dengan UMNO, arak di Langkawi pun macam biasa aje... rasanya kalau Mukhriz tukar songkok hitam tinggi kepada lebai (kupiah) UMNO akan lebih disenangi oleh rakyat!!
2. Mukhriz boleh doakan kesejahteraan Ustaz Azizan.. Mukhriz tu siapa..
anak "bapak firaun". Ada syarikat terbabit dengan arak... Tapi ada
kepimpinan PAS yang sama-sama makan setalam.. qiamullail dan solat hajat
bersama. Tamrin dan Usrah... tak payah cakap nak kata 1000 x saya rasa
lebih..
Tapi bila 'bergauih' pasal uslud, kaedah dan cara pentadbiran sampai sekarang TAK ada hajat nak jeguk si Ustaz Azizan. Kalau mati pun saya rasa nak lalu sebelah kubur pun tak mahu!!
Kalau macam ni sikap kepimpinan.. PAS mungkin 10 atau 20 tahun lagi baru boleh ambil alih. Itu pun belum tentu kerana mungkin belum mati lagi spesis yang 'menanam titik hitam' dalam perjuangan Islam.
...
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com
Apa Nak jadi Dengan Air Asia?
Posted on Tuesday, May 14 @ 21:04:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh TKOOffline
Semalam dalam Bernama TV mereka buat adegan "cium mulut". Ini mesti Anuar Ibrahim salah. Puak-puak UMNO yang kecam LGBT macam mana? Tony Fernandes ni kawan Anwar ke kawan Najib? KAH KAH.. Tapi bagi UMNO semuanya tak apa asal ekonomi Malaysia Maju.
Semalam juga sebuah pesawat Air Asia terpaksa melakukan pendaratan cemas di Banda Acheh. Pesawat bernombor AK 1254 (gambar di atas adalah gambar hiasan) itu dalam penerbangan dari Chennai ke Kuala Lumpur terpaksa mendarat cemas kerana kekurangan bekalan minyak.
Aikkkk! Minyak lupa nak isi ke der? Kemalangan paling dasyhat kemalangan udara lah. Mereka tak isi minyak di india kerana minyak di situ mahal. Mereka kita -kira minyak cukup untuk sampai ke kl. Oleh kerana penjalanan dalam keadaan cuaca buruk minyak makan banyak sebab tu lah tak cukup.
Tu lah nak jimat sangat sampai nyawa penumpang pun terancam. Tahu nak buat untung je dorang ni. Dah la jilat bn kaw kaw. Tak caya?
Tapi jangan hairan selepas ini BN @ UMNO juga akan mengecam Air Asia. Ini disebabkan geng-geng Air Asia ada 'gaduh-gaduh' sama dengan Utusan (UMNO).
Bila gaduh tahu perangai UMNO, nanti macam-macam cerita pasal Air Asia akan dibongkar. Itu spsesis UMNO dulu kini dan selama-lamanya.
....
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan