Rabu, 15 Mei 2013

KALAU GITU...DAN DAKWAAN ITU BENAR...KES NAYA...BUAT MALU TERENGGANU AJE

Saksi, Bukti Kukuh Penyelewengan SPR di Terengganu : Ahmad Said Tumbang?
Posted on Tuesday, May 14 @ 21:01:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: hijabulcrewz

"

Saya menerima satu BERITA SAHIH menggemparkan tentang penyelewengan dan penipuan yang dilakukan oleh Pegawai SPR yang telah berlaku di salah satu DUN di Negeri Terengganu, daerah Besut.

Kawasan mana? Maaf itu saya masih belum dibenarkan dedahkan kepada umum, biarlah sama-sama kita tunggu kenyataan rasmi daripada PAS Terengganu.

Petisyen bantahan telahpun dikemukakan kepada mahkamah. Saya hanya mempunyai maklumat tentang satu kawasan ini namun khabarnya petisyen bantahan turut dibuat di kawasan serta DUN atau Parlimen yang lain. Butiran rasmi masih tak didedahkan kepada umum. Saya tidak tahu kenapa, namun saya yakin ada sebab serta strategi kenapa butiran rasminya masih belum didedahkan kepada umum.

Saya juga telah disahkan berkenaan dengan perjumpaan Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang dengan ahli keluarga Pegawai SPR tersebut. Beliau juga telahpun mengadakan perjumpaan tertutup dengan wakil rakyat BN yang menang kerana penipuan itu.

SAKSI? ADA! BUKTI? KUKUH!

Sebelum ini, saya mengandaikan akan ada "sesuatu" berlaku semasa Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar berkait dengan kes ini. Tapi, jangkaan saya meleset. Maka, ini memungkinkan peluang kepada rampasan semula Terengganu kepada Pakatan Rakyat melalui mahkamah dalam masa 21 hari ini.

Ini hanyalah satu kes daripada banyak-banyak kes yang sampai kepada saya dengan penjelasan bukti serta saksi yang amat kukuh sekali. Saya rasa dengan hanya DUN ini, jika menang, Pakatan Rakyat bakal menambah kerusinya di Terengganu menyebabkan kedudukan kerusi DUN terikat kepada 16-16. Itu belum campur dengan keputusan bantahan petisyen di kawasan-kawasan lain.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin juga dikhabarkan tidak senang dengan situasi yang berlaku di Terengganu sekarang. Mengikut peraturan Pilihan Raya, jika kedudukan kerusi terikat antara kedua-dua parti yang saling bertentangan, Sultan mempunyai kuasa untuk menentukan siapakah pemerintah yang layak. Tak perlu ditanya siapa yang akan dipilih oleh baginda sultan. Dengan hubungan Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang dan baginda Sultan Mizan Zainal Abidin yang amat rapat, sudah pasti baginda akan berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Maaf, sekali lagi saya ucapkan kepada pengunjung blog ini. Butiran penuh berkenaan dengan perjumpaan tuan Presiden dengan wakil rakyat BN dan keluarga pegawai SPR yang menyeleweng tidak dapat saya dedahkan tanpa izin rasmi parti. Bagaimana penipuan ini boleh bocor dan terbongkar juga tidak dapat saya siarkan. Mungkin, jika terdapat pengunjung-pengunjung di blog ini yang telah mengetahui kes ini terutamanya pengunjung dari Terengganu. Lagipun, kes ini sedang berjalan di mahkamah. Ini bertentangan dengan prosedur mahkamah.

Petisyen bantahan serta pendedahan ini juga saya harap dapat menutup mulut para penyokong PAS/PR dan Blogger PR yang tidak habis-habis menyerang Tuan Guru Presiden dan PAS tanpa adab dan penuh keceluparan. Maaf, saya kata tapi kamu tidak layak dipanggil pejuang jika perangai kamu sama sahaja dengan UMNO/PERKASA. Saya tegaskan, PAS bukan seperti parti-parti politik lain yang terdapat di Malaysia. Saya tak kata PAS serta pimpinan PAS tidak boleh dikritik, namun jika anda seorang muslim yang baik, berilmu, beradab bukan itu caranya. 

 Terima kasih pengundi BN, kerana anda kami terlepas banyak peluang!!!
Posted on Tuesday, May 14 @ 20:59:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: senik

"

Assalamualaikum,,. Mungkin terlalu awal tetapi artikal penulis kali ini ingin mengucapkan syabas(syabas di Selangor menyusahkan rakyat) kepada pengundi pengundi BN dan UMNO kerana berjaya memagar kemaraan PR ke Putra Jaya.

Tahniah juga kepada macai macai BN di TKO kerana bersungguh sungguh menafikan kehadiran Bangla semasa mengundi.Kata mereka, walaupun mereka nampak macam Bangla, cakap macam Bangla, tapi mereka bukan Bangla kerana mereka berak macam melayu UMNO, mereka Banglasia!

Di Selangor, Kelantan dan Penang, pengundi yang memberi undi mereka mewakili 80% atau lebih rakyat, kerana itu kehadiran Bangla dan hantu hantu berkepala hitam tidak menjejaskan majoriti kerusi yang dimenangi PR tetapi masih mampu menyumbang kepada bilangan kerusi Parlimen yang menyelamatkan BN seperti belaku di Kelantan, Selangor dan Penang.
Sementara di negeri lain, jumlah undi daripada rakyat kepada PR hanyalah sekitar 50-55%, dan di sinilah berlaku banyak penipuan yang memberikan kelebihan kepada BN/UMNO.
Ini juga membuktikan bahawa undi rakyat kepada BN masih lagi signifikan dan membolehkan BN merancang penipuan mereka.Rakyat yang mengundi BN/UMNO tidak mahu minyak murah, tol free, PTPTN hapus dan lain lain kemudahan yang ditawarkan PR sebaliknya percaya kepada akujanji BN yang yang tidak mambawa apa apa kebaikan kepada rakyat.
Terima kasih rakyat Malaysia yang mengundi BN/UMNO yang memberi peluang kepada Syed Mokhtar untuk mengaut kembali wang yang dihabiskan untuk BN/UMNO.Terima kasih banyak banyak tapi ingat 52% rakyat sudah menolak BN/UMNO dan mahukan semua tawaran PR.Oleh itu BN/UMNO dan kroni mereka jangan selesa sangat menindas rakyat, kerana lebih separuh rakyat Malaysia yang menanggung kesannya sedang menahan rasa marah yang amat sangat kepada BN/UMNO.
Silap langkah, rakyat akan menelan BN/UMNO dan memburunya sampai ke lubang cacing.Di awal artikal penulis menyebut masih terlalu awal kerana keputusan sebenar PRU 13 masih belum diketahui.
Terima kasih in advance kepada pengundi BN/UMNO!

 Fenomena Terenganu 2004 berulang
Posted on Tuesday, May 14 @ 16:51:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

Oleh DR MOHD ZUHDI MARZUKI
SECARA keseluruhan Pusat Penyelidikan PAS menyimpulkan kekalahan PAS dan KeADILan di beberapa kerusi sasaran di seluruh negara adalah disebabkan oleh “Fenomena Terengganu 2004”, yang melanda seluruh Semenanjung Malaysia.


Yang saya maksudkan “Fenomena Terengganu 2004” ialah pertambahan pengundi baru yang meningkat secara mendadak di beberapa kawasan dan peratusan keluar mengundi yang bertambah lebih 10 peratus di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, 8-10 peratus di Pahang dan sekitar 5 peratus di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. Dari segi jumlah undi yang diperolehi oleh PAS di kerusikerusi sasaran, sebahagian besarnya melebihi sasaran dan meningkat.
Sekiranya peratusan keluar kekal seperti seperti tahun 2008, berkemungkinan PAS akan mengekalkan kerusi di semua kerusi parlimen di Kedah dan Selangor, serta menambah beberapa kerusi yang disasarkan sebelum ini seperti parlimen Arau, Jerlun, Tasik Gelugur, Larut, Kuala Kangsar, Sungai Besar, Tanjung Karang, Jerantut, Jempol dan Pulai.
Oleh sebab itu, PAS dijangkakan boleh memperolehi 38 kerusi parlimen, iaitu 24 kerusi yang sepatutnya boleh dikekalkan, empat kerusi yang disasarkan dan menang iaitu Sepang, Temerloh, Kuala Nerus dan Dungun, dan sepuluh kerusi sasaran yang disebutkan di atas.
Peningkatan jumlah pengundi yang keluar mengundi ini boleh jadi berlaku disebabkan jentera BN telah mengenal pasti golongan ‘pengundi malas” yang tidak keluar dalam siri pilihan raya lepas dan telah mengerahkan mereka untuk keluar dengan pelbagai cara.
Bagaimanapun tidak juga boleh ditolak, ada ‘pengundi hantu’ yang telah keluar bagi pihak ‘pengundi malas’ sebagaimana berlaku beberapa kes pengundi sebenar yang tidak boleh mengundi disebabkan hak mereka telah digunakan oleh orang lain.
PAS berjaya meraih undi lebih baik daripada Umno bagi golongan muda Melayu, masyarakat Melayu urban, masyarakat kelas menengah Melayu dan golongan Melayu berpendidikan, manakala Umno dilihat lebih menyandarkan kepada golongan pengundi vateran Melayu dan masyarakat Melayu pedalaman.
Sekiranya “Fenomena Terengganu 2004” ini dapat diatasi, PAS dan KeADILan akan mendapat lebih kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, dan dengan jumlah tersebut Pakatan Rakyat dijangka boleh menang dengan majoriti mudah di peringkat persekutuan.
>> Penulis adalah Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP).
Ikuti perkembangan politik negeri negeri utara di
 WARTA UTARA ONLINE



 Hakim Beruk berwajah Rasis
Posted on Tuesday, May 14 @ 20:58:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: tokpepijat

"

Sekonyong-konyong bekas hakim Mohd Noor Abdullah mengeluarkan kenyataan rasisnya dalam satu seminar pasca PRU 13.


Marah benar beliau kepada kaum Cina. Lebih PERKASA dari PERKASA.

Patut beliau ganti Ibrahim Ali terajui PERKASA.

Mujurlah beliau bersara awal, jika tidak memalukan institusi kehakiman. Inikah Hakim Beruk yang selalu digembar gembur selama ini ?

Cuba selidik kes-kes yang Hakim Beruk ini pernah kendali. Mesti banyak menyebelahi kerajaan Rasis.

Hakim Beruk berwajah Rasis.



 Tuan Guru Haji Abdul Hadi Mahu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Terus Tugas Sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan
Posted on Tuesday, May 14 @ 16:43:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta bekas menteri besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat terus kekal memegang jawatan pesuruhjaya PAS negeri. Permintaan ini atas dasar Perubahan kepimpinan Kelantan yang dilihat sangat drastik kadang kala boleh membawa sedikit ketidak seimbangan.


Seperti yang saya tulis berkenaan isu Kedah sebelum ini, jawatan Pesuruhjaya ada hak multak Presiden PAS. Walau bagaimanapun Presiden biasanya mendapat nasihat daripada negeri-negeri terbabit.

Pengunduran TGNA boleh dilakukan dalam masa yang akan datang. Ini bertujuan membuat sedikit kesimbangan agar perkara seperti isu exco tidak berulang.

Berbeza dengan keadaan di Kedah, Kedah yang baru sahaja menghadapi kekalahan, perlu ada orang memimpin untuk bangkit semula, dimana keadaan Ustaz Azizan yang masih dalam keadaan tidak menentu.

Ahmad Yaakub amat sesuai memengang jawatan berkenaan, dan TGNA sudah bersetuju, tetapi atas dasar menjaga keadaan dimana Ahamd Yaakub masih baru adalah lebih baik TGNA meneruskannya dalam beberapa masa.

TGHH dan TGNA telah membuat pertemuan tertutup di kediaman TGNA semalam.


...

Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com

 





1 Bangla. Apa kata PM Bangladesh!
Posted on Tuesday, May 14 @ 16:41:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline
Paling 'power' dalam kenyataan Sheikh Husina Perdana Menteri Bangladesh ialah "a friendly country to muslims and easily get the citizenship there for many of her supporters working in Malaysia already got it " .

Macam mudahnya rakyat Bangla dapat IC sedangkan rakyat Malaysia yang kahwin warga asing pun sukar untuk mendapat kerakyatan bagi suami atau isteri.

Jangan hairan 10 atau 20 tahun nanti Menteri Kabinet Malaysia terdiri daripada Bangla. Amerika Syarikat telah membuktikan bahawa orang berkulit hitam, dulu hamba abadi yang diseksa di Amerika kini adalah Presidennya untuk kali kedua!!!

HIDUP 1 BANGLA!!!!!
UMNO PEROSAK BANGSA DAN AGAMA.

..

Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com
 
 Semalam tak lulus SPM, Hari ini ada kes rasuah, Tapi Jadi EXCO Terengganu juga
Posted on Tuesday, May 14 @ 16:40:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline


Semalam saya dedah seorang EXCO UMNO di lantik oleh BN Terengganu tak lulus SPM. Bagaimana nak keluar negara untuk bincang pasal pelaburan? Saya dedah dengan orangnya sekali.

Hari ini ada seorang lagi, yang kes tak bayar hutang.. dan ada kes polis dan melibatkan mahkamah juga dilantik menjadi EXCO. Orangnya di sebelah utara Terengganu.. Cari sendiri dulu nanti kita dedah semuanya maklumat dengan fail-fail mahkamah sekali....

Adun Baru PAS Alur Limbat, Ariffin Deraman ada mempersoalkan tentang perkara ini melalui akhbar Harakah.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (Adun) Alor Limbat mempersoalkan kredibiliti Exco kerana ada yang dilantik masih disiasat terlibat dengan rasuah.

"Isu perlantikan Exco ini isu rasuah, masih terdapat Exco yang dilantik yang masih disiasat terlibat dengan rasuah, melemahkan integriti kerajaan Terengganu yang ada pada hari ini," tegasnya pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu, Kuala Terengganu semalam.


Beliau juga menyifatkan tindakan Ahmad tidak mahu membangunkan rumah mampu milik dalam Dun yang dimenangi oleh PAS sebagai satu diskriminasi dan kezaliman.

Ahmad Said memang MB Terengganu yang hebat dengan barisan EXCO Lintang Pukang!!!



..

Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com


  Tragedi Mamali.. Sampai Bila Mesti Disembunyikan?
Posted on Tuesday, May 14 @ 16:36:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: matuse68

"MEMALI - RINGKASAN KISAH...

Untuk generasi baru yang tidak tahu apa2 mengenai tragedi memali, meh sini aku cuba ringkaskan tentang apakah yg berlaku pada tarikh berdarah 19 November 1985 itu.

1) Ustaz Ibrahim bin Mahmud (Ibrahim Libya) adalah seorg pendakwah yang disegani pada masa itu. Pernah berkhidmat dengan Pusat Islam Malaysia sebelum berhenti kerja bagi menumpukan kepada kerja2 dakwah secara bebas dan gerakerja bersama Pas.

2) beliau adalah org yang amat lantang menentang dan membantah kerajaan yang pada ketika itu begitu sekular dan bejat serta melakukan kezaliman terutamanya dari aspek agama Islam. Kehebatan pidato beliau menarik minat beribu umat yang khusyuk mendengar taujihat dan ilmu yang disampaikan. Pusat kuliahnya adalah di Kampung Memali, Baling, Kedah.

3) perkembangan ini amat tak disenangi kerajaan yang pada ketika itu diketuai oleh Tun M (PM masa tu) dan Tun Musa Hitam (TPM dan juga menteri dalam negeri).

4) dalam usaha untuk menghentikan pengaruh Ibrahim Libya, pelbagai tohmahan dan penipuan telah disebarkan oleh kerajaan melalui media2 seperti melabelkan Ibrahi Libya dan pengikutnya sebagai pengamal ajaran sesat dan seumpamanya.

5) merasakan tak cukup dengan melabelkan Ibrahim Libya - semakin ramai yang menghadiri ceramahnya - maka alasan demi alasan mula direkacipta oleh kerajaan untuk menangkap Ibrahim Libya.

6) akhirnya kerajaan dengan kerjasama polis, FRU dan pasukan polis hutan mula mengepung kampung memali. sepanjang seminggu kepungan, bilangan pasukan keselamatan yang berkampung di situ mencecah 3,000 orang. masing2 lengkap bersenjata bersama2 dengan pelbagai kelengkapan lain seperti kereta2 perisai, lori water cannon dan sebagainya. seolah2 mereka sedang bersedia nak berperang dengan komunis.

Artikel lengkap sila klik disini...


7) itulah antara tohmahan yang disebarkan di kalangan anggota polis - ada diantara mereka yang diyakinkan bahawa operasi ini adalah utk menggempur saki baki komunis. tetapi dalam masa yang sama, ada juga yang mengetahui mereka bukanlah merempuh komunis sebaliknya hanya menentang penduduk sebuah kampung yang hanya dilengkapi senjata kampung - parang, pisau, bulu ayam - tapi dek kerana arahan, depa terpaksa ikut.


 Tak boleh sombong tetapi lantik menteri besar
Posted on Tuesday, May 14 @ 16:33:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: anaabdullah

"Datuk Seri Mohd Najib Razak tahu wakil rakyat wakil rakyat umno sombong dan angkuh. Atas sebab itulah presiden umno itu pesan supaya jangan sombong dan angkuh. Ketua wanita umno Datuk Seri Shahrizat Jalil pun tahu, sebab itu dia kata “Kita tidak boleh sombong dan angkuh”.

Yang peliknya Datuk Seri Mohd Najib Razak tahu wakil rakyat wakil rakyatnya sombong dan angkuh tetapi diberi juga bertanding pada PRU 13 lepas. Lagi pelik dia tahu Datuk Ahmad Said itu sombong dan angkuh tetapi diberi juga watikah pelantikan menteri besar Terengganu.


Sydah tahu Datuk Seri Adnan Yaakub tokoh yang sombong dan angkuh dilantik juga sebagai menteri Pahang.

Mustahil tiada tokoh lain untuk dilantik sebagai menteri Terengganu dan Pahang. Bukan ramai lagi yang baik dan layak dilantik.
Najib tahu punca umno Terengganu hampir tumbang, tetapi Ahmad Said juga jadi pilihan. Mungkin ada perkara yang tersurat dan tersirat.
Najib juga tahu punca sebenar seorang menteri penuh dan seorang timbalan menteri kalah di negerinya pada PRU 13 lepas tetapi pilih juga orang sombong dan angku jadi menerajunya.
Penulis tidak faham mengapa pilih orang sombong dan angkuh pegang jawatan nombor satu kerajaan negeri kaya rakyat miskin.
Bukan Najib tidak tahu orang ukno sendiri marah dan benci dengan orang yang dia pilih jadi menteri Terengganu dan Pahang.
Jika orang PAS yang benci tak mengapa, kerana memang musuh politik mereka. Tetapi yang anihnya orang umno sendiri yang marah benci.
Sifat sombong dan angkuh Ahmad said selepas angkat sumpah jawatan telah diterjemahkan bahawa  Kerajaan Negeri Terengganu tidak bercadang meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang BN kalah dalam pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas.
  
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata rakyat di kawasan Parlimen dan DUN berkenaan perlu meminta bantuan daripada wakil rakyat yang mereka pilih.
  
Katanya lagi, "Kita akan pertimbangkan cara lain, namun buat masa ini memang tiada cadangan untuk meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan yang (BN) kalah.
  
"Selama ini kita (BN Terengganu) telah mengambil alih tugas wakil rakyat PAS dalam menyelesaikan masalah harian mereka (rakyat) dan kali ini biarlah rakyat di kawasan itu mengadu kepada wakil rakyat mereka,

Gambaran sombong dan angkuh dinyatakan kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar dan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu di Istana Maziah.
  
Ahmad bagaimanapun berkata BN Terengganu akan terus melaksanakan agenda pembangunan seperti yang dilakarkan dalam Aku Janji BN negeri.
  
"Pembangunan akan diteruskan seperti yang telah dijanjikan, namun pembinaan rumah mampu milik tidak akan dibina di kawasan DUN yang kita (BN) kalah, kita akan bina di kawasan yang dimenangi BN," katanya.

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt; mso-para-margin-top:0in; mso-para-margin-right:0in; mso-para-margin-bottom:10.0pt; mso-para-margin-left:0in; line-height:115%; mso-pagination:widow-orphan; font-size:11.0pt; font-family:"Calibri","sans-serif"; mso-ascii-font-family:Calibri; mso-ascii-theme-font:minor-latin; mso-hansi-font-family:Calibri; mso-hansi-theme-font:minor-latin; mso-bidi-font-family:"Times New Roman"; mso-bidi-theme-font:minor-bidi;} "


 Orang Cina DAP makan sampai licin pinggan setelah dengar kuliah TGNA
Posted on Tuesday, May 14 @ 09:25:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Facebook Irfan Hisham

"Tadi saya berbincang dengan seorang jurutera Cina yang juga pengundi di Parlimen Titiwangsa. Selesai hal kerja, kami makan tengahhari bersama.

Dalam borak kosong kami, dia mengaku penyokong DAP dan mengundi calon PAS pada PRU13. Selesai makan, saya tengok pinggannya licin, tiada sedikit pun sisa.

Saya berseloroh, "Licin makan. Lapar sungguh orang KL". Dia tersengih menjawab," Hari tu saya ada dengar ceramah Tok Guru (Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat).

Dia cakap membazir ni perangai kawan baik syaitan, perangai orang sombong, Tuhan tak suka.Dulu saya suka makan tak habis. Lepas ceramah tu saya tak membazir lagi. Makan mesti licin."



Ya, itulah "Cina Celaka Chauvinist Rasis Penghancur Islam Perosak Melayu DAP".

Sumber ihsan: FB Abdul Rahim Hilmi Zakriya.

Cina sokong BN = Cintakan Malaysia
Cina sokong PR = Rasis/Chinese Tsunami
Melayu sokong BN = Patriotik
Melayu sokong PR = Kuda Cina

Sampai bila?

Seranglah cina beribu kali pun dengan andaian-andaian kita, kalau anda rasa itu imej yang baik untuk status Islam yang ada dalam IC kita.

*Adanya Islam bukan hanya untuk di pertahankan atas dasar perlembagaan, tapi juga untuk di hebahkan atas dasar keamanan!

Sumber: FB Irfan Hisham


 Gergasi-Gergasi Politik yang tewas ( Heavyweight)
Posted on Tuesday, May 14 @ 16:32:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: salehgong

"Pilihanraya ke 13 baru-baru ini menyaksikan sebuah pertarungan yang paling hebat pernah terjadi dalam arena politik tanah air, ianya telah merubah skala dan percaturan permainan setiap parti. Orang muda dijadikan sasaran dan target dalam pilihanraya kali ini. Pilihanraya ini juga telah melihatkan ramai gergasi politik yang tewas. Mereka adalah:



1. Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam

Bekas Ketua Menteri Melaka yang juga telah berkidmat selama 14 Tahun sebagai kepala Negeri Melaka itu. Beliau juga pernah menjadi Naib Presiden Umno Malaysia. Ali Rustam yang ditukarkan bertanding di Parlimen Bukit Katil tewas kepada calon PKR 
 
2. Dato Abdul Ghani Bin Othman
Bekas Menteri Besar Johor, yang dilihat menjadi kubu kuat BN. Beliau telah berkhidmat sebagai Menteri Besar selama 18 tahun. Beliau juga pernah memegang beberapa jawatan Kabinet antaranya adalah Menteri Belia dan Sukan dimana beliau menjadi pengasas program Rakan Muda. Abdul Ghani ditukarkan bertanding di Parlimen Gelang Patah tewas di tangan calon DAP
 
3.  Dato Mohd Nasir Bin Ibrahim Fikri
Beliau adalah Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus yang telah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kuala Nerus mulai 2008. Beliau mula bertanding mewakili Barisan Nasional pada pilihanraya 1999. Beliau juga adalah bekas Ketua Penerangan Umno Terengganu yang juga dikatakan orang yang bertanggungjawab merampas kembali Terengganu pada 2004. Beliau yang mempertahankan kerusinya di Parlimen Kuala Nerus tewas ditangan calon PAS 

4. Dato Seri Kong Cho Ha 
Beliau adalah Setiausaha Agung MCA, beliau dilihat sebagai salah seorang yang berpengaruh dalam parti MCA, mula menjawat jawatan Timbalan Menteri pada tahun 2004 dan telah dilantik menjadi Menteri pada 2009. Kong yang mempertahankan kerusinya di Parlimen Lumut telah tewas pada calon PKR
 
5. Dato Paduka Husam Musa 
Beliau adalah Naib Presiden PAS dan juga bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan. Husam mula berkecinpung dalam politik sebagai Editor bagi akhbar Harakah, dan mula bertanding mewakilin PAS pada tahun 1999. Husam yang juga bertanding di Parlimen Putrajaya tewas pada calon Barisan Nasional 
 
6. Mohammad Sabu 
Beliau adalah Timbalan Presiden Parti Islam Semalaysia, dan mula berkhidmat sebagai wakil rakyat pada tahun 1990, Mohammad juga sering bertukar kerusi mewakili PAS di Kelantan, Kedah, Terengganu dan Penang. Beliau yang bertanding di Parlimen Pendang tewas ditangan calon Barisan Nasional
 
7. Saifuddin Nasution Bin Ismail
Beliau adalah Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat. Beliau juga adalah bekas Penolong Setiausaha Pemuda Umno Malaysia. Mula bertanding pada tahun 2000 di Pilihanraya Kecil Lunas. Berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Machang sejak tahun 2008. Saifuddin ditukarkan bertanding di Parlimen Kulim Bandar Baru tewas ditangan calon Barisan Nasional 
 
8. Salahuddin Ayub 
Beliau adalah Naib Presiden Parti Islam Semalaysia dan Bekas Ketua Pemuda PAS Pusat.Beliau mula berkidmat sebagai wakil rakyat pada tahun 2004 setelah memenangi kerusi Parlimen Kubang Kerian mewakili parti PAS. Salahuddin ditukarkan betanding di Parlimen Pulai tewas pada calon Barisan Nasional


 Ghani Osman, patut contohi Muhammad Taib.
Posted on Tuesday, May 14 @ 16:35:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: notan

"Assalamualaikum,,  Terkedu dengan penghormatan yang diberi oleh uncle Lim kepada bekas pensyarah ekonomi kebajikan saya ketika di UM dulu.Ada benarnya kata uncle Lim bahawa sumbangan Ghani Osman masih diperlukan lagi untuk membina negara.Ghani Osman mungkin tewas PRU tetapi buah fikirannya masih diperlukan negara.

Itu kata uncle Lim tetapi kata saya, Ghani Osman perlu membebaskan diri dari UMNO kalau benar benar mahu menyumbang kepada negara seperti yang dibuat oleh Muhammad Taib.Tidak dinafikan bakat yang ada pada Ghani Osman tetapi kerana dia bersama orang orang yang gelap hatinya, maka hatinya sendiripun jadi gelap.Rakan muda adalah ideanya ketika menjadi menteri belia dulu yang kekal digunakan oleh UMNO secara yang salah.

Ghani Osman ketika mengajar selalu menyebut bahawa oleh kerana kita tidak boleh mencapai kedudukan yang ideal, maka kedudukan 2nd best mesti dicari.Kalau kita berjaya mencapai kedudukan 2nd best maka itulah yang terbaik untuk kita.Tetapi Ghani gagal menterjemahkan apa yang beliau selalu sebut kepada pelajarnya apabila beliau menyertai kerajaan.Dari kedudukan 2nd best yang diinginkannya. akhirnya kedudukan negara mungkin di kedudukan last best (kalau ada istilah itu), bukan sahaja dari segi ekonomi malah dari segala segi.
Ghani Osman telah gagal mencari kedudukan 2nd best bersama UMNO.Entah apa gerangan, uncle Lim boleh melihat Ghani sebagai sebutir permata tetapi mungkin kerana kebernasan idea pembangunannya yang tidak dapat diterjemahkan kerana kengkangan UMNO yang menyebabkan uncle Lim merasakan Ghani Osman tidak boleh hilang dari arena politik negara.
Uncle mungkin mahu menyampaikan mesej kepada Ghani agar menyertai PR  tetapi dalam keadaan sekarang mungkin sukar,  Ghani Osman mungkin perlu melalui proses yang dilalui oleh Muhammad Taib sebelum beliau benar benar dicuci dari najis UMNO yang menebal di tubuhnya.Untuk itu adalah lebih baik beliau hilang dari persada politik yang terlalu kotor untuk sementara demi melalui prsoses mencucikan diri.
Saranan uncle Lim membuka mata saya akan kebolehan Ghani Osman yang menyertai parti yang salah.Walaubagaimanpun segalanya terpulang kepada Ghani sendiri.
Harapan saya kepada Ghani jangan jadi gajah sarkas yang tidak menyedari keupayaan diri dengan mengikuti semua arahaan tuannya.Saya sebagai bekas pelajar  yang mengikuti syarahan dan tutorialnya yakin benar dengan kepakaran yang ada pada Ghani.Ingatlah uncle Lim sebenarnya mengajak Ghani melakukan refomasi diri untuk bersama sama inspirasi PR demi negara tercinta!

Pas Kawasan Lenggong Perak shared Master Kamil's photo.
Photo

Ustaz Azizan lega PAS kalah di Kedah?.. Betoi ka ni? Kekalahan PAS di negeri Kedah adalah sesuatu yang
melegakan buat bekas Menteri Besar Datuk Seri Azizan
Razak, kata setiausaha politiknya Muhammad Sanusi Md
Nor. Sekiranya kemenangan 2008 berjaya dipertahankan
menurut Muhammad Sanusi, situasi kecoh berebut jawatan dikalangan pemimpin parti Islam itu pasti berlaku
memandangkan kedegilan dan sikap keras kepala. “Kita terlepas satu beban yang sangat besar. Hang
bayangkan kalau kita menang dan aku ada dalam wad,
tentu kacau bilau lebih besar daripada awal 2013 hari
itu,” kata Azizan kepada Muhammad Sanusi yang dipetik
dari akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian hari ini. Dalam artikel yang ditulis oleh Muhammad Sanusi itu,
beliau mengesahkan beberapa masalah dalaman yang
berlaku dalam PAS di negeri tersebut, antaranya cadangan
dan arahan Azizan sudah tidak lagi diendahkan. “Kita di Perhubungan Negeri sudah tak ada kuasa apa-
apa. Pesuruhjaya ada ramai di Kedah. “Hampa pi lah ke Pejabat Agung, aku sudah tak boleh
buat apa-apa,” tulis Muhammad Sanusi mengenai apa
yang dikatakan kepadanya oleh Azizan. Disamping itu, Azizan juga meluahkan rasa tidak puas
hatinya ke atas segelintir pemimpin PAS di Kedah yang
tidak lagi merujuk kepadanya selaku Pesuruhjaya Negeri
tetapi sebaliknya mengadu kepada Ibu Pejabat PAS di
Kuala Lumpur. “Tak ada siapa mai habag dosa apa yang aku buat, main
hentam jauh-jauh saja. Mai lah cakap depan aku, apa salah
aku. La ni semua pi panjat Pejabat Agung. Kita di negeri
dah tak laku. Biaq depa jawablah,” kata Azizan beberapa
bulan sebelum pilihan raya umum ke 13. Sebaik berakhir pilihan raya, Azizan terus dimasukkan ke
wad kecemasan Hospital Besar Pulau Pinang dan ketika ini
masih lagi menerima rawatan selepas kedua-dua belah
kakinya terpaksa dibuang bagi mengelakkan jangkitan
merebak ke seluruh badan. Azizan sebelum ini dilaporkan telah dimasukkan ke hospital
akibat penyakit kencing manis dan bukannya serangan
jantung. Beliau turut dilaporkan koma pada 5.30 petang Rabu
minggu lalu, namun sedar semula kira-kira jam 9 pagi,
pada Khamis. Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali Kedah
apabila mendapat majoriti mudah pada Pilihan Raya 2013. BN menguasai 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan
Negeri (DUN) manakala PAS (9), DAP (2), PKR (4). Bagi
Parlimen, BN memperoleh 10 daripada 15 kerusi manakala
PKR (4) dan PAS (1). PRU kali ini menyaksikan kekalahan teruk PAS dan hilang
kuasa ke atas kerajaan negeri manakala Timbalan
Presidennya, Mohamad Sabu yang diharap menang di kubu
kuat parti itu di Parlimen Pendang, tewas kepada calon BN
Datuk Othman Abdul.
Ustaz Azizan lega PAS kalah di Kedah?.. Betoi ka ni? Kekalahan PAS di negeri Kedah adalah sesuatu yang
melegakan buat bekas Menteri Besar Datuk Seri Azizan
Razak, kata setiausaha politiknya Muhammad Sanusi Md
Nor. Sekiranya kemenangan 2008 berjaya dipertahankan
menurut Muhammad Sanusi, situasi kecoh berebut jawatan dikalangan pemimpin parti Islam itu pasti berlaku
memandangkan kedegilan dan sikap keras kepala. “Kita terlepas satu beban yang sangat besar. Hang
bayangkan kalau kita menang dan aku ada dalam wad,
tentu kacau bilau lebih besar daripada awal 2013 hari
itu,” kata Azizan kepada Muhammad Sanusi yang dipetik
dari akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian hari ini. Dalam artikel yang ditulis oleh Muhammad Sanusi itu,
beliau mengesahkan beberapa masalah dalaman yang
berlaku dalam PAS di negeri tersebut, antaranya cadangan
dan arahan Azizan sudah tidak lagi diendahkan. “Kita di Perhubungan Negeri sudah tak ada kuasa apa-
apa. Pesuruhjaya ada ramai di Kedah. “Hampa pi lah ke Pejabat Agung, aku sudah tak boleh
buat apa-apa,” tulis Muhammad Sanusi mengenai apa
yang dikatakan kepadanya oleh Azizan. Disamping itu, Azizan juga meluahkan rasa tidak puas
hatinya ke atas segelintir pemimpin PAS di Kedah yang
tidak lagi merujuk kepadanya selaku Pesuruhjaya Negeri
tetapi sebaliknya mengadu kepada Ibu Pejabat PAS di
Kuala Lumpur. “Tak ada siapa mai habag dosa apa yang aku buat, main
hentam jauh-jauh saja. Mai lah cakap depan aku, apa salah
aku. La ni semua pi panjat Pejabat Agung. Kita di negeri
dah tak laku. Biaq depa jawablah,” kata Azizan beberapa
bulan sebelum pilihan raya umum ke 13. Sebaik berakhir pilihan raya, Azizan terus dimasukkan ke
wad kecemasan Hospital Besar Pulau Pinang dan ketika ini
masih lagi menerima rawatan selepas kedua-dua belah
kakinya terpaksa dibuang bagi mengelakkan jangkitan
merebak ke seluruh badan. Azizan sebelum ini dilaporkan telah dimasukkan ke hospital
akibat penyakit kencing manis dan bukannya serangan
jantung. Beliau turut dilaporkan koma pada 5.30 petang Rabu
minggu lalu, namun sedar semula kira-kira jam 9 pagi,
pada Khamis. Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali Kedah
apabila mendapat majoriti mudah pada Pilihan Raya 2013. BN menguasai 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan
Negeri (DUN) manakala PAS (9), DAP (2), PKR (4). Bagi
Parlimen, BN memperoleh 10 daripada 15 kerusi manakala
PKR (4) dan PAS (1). PRU kali ini menyaksikan kekalahan teruk PAS dan hilang
kuasa ke atas kerajaan negeri manakala Timbalan
Presidennya, Mohamad Sabu yang diharap menang di kubu
kuat parti itu di Parlimen Pendang, tewas kepada calon BN
Datuk Othman Abdul.
Like · · · 39 minutes ago ·

Tiada ulasan: