Ahad, 12 Mei 2013

SEBELUM CAKAP FIKIR DULU...DAH CAKAP TAK BOLEH TARIK BALIK...KALAU TARIK PUN....ORANG TAK KAN PERCAYA LAGI 100 PERATUS...JIKA NIAT KITA TAK BETUL...SATU HARI TERBONGKAR JUGA.INSYAALLAH

Pelacur Pun Pengundi Hantu??
Posted on Sunday, May 12 @ 11:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline

8 orang pelacur dari negara asing telah di tangkap di sebuah pusat hiburan di Selangor dalam satu serbuan. Yang pelik bin ajaib mereka didapati memiliki kad pengenalan Malaysia palsu..

Kad Pengenalan tersebut mempunyai nombor-nomber berikut:;-

451023-10-3245
550234-07-1123
321109-10-5431

Bila saya buat semakan kali kedua di daftar pemilih SPR di url http://daftarj.spr.gov.my/DaftarjBM.aspx didapati rekodnya sudah tiada... PELIK!!

Lagi pelik kebanyakan mereka mendakwa mereka warga Malaysia.. akan tetapi tiada seorang pun yang fasih berbahasa Malaysia.. kebanyakan mereka betutur broken English.

Rupanya bukan BANGLA sahaja, CINA, THAILAND & FILIPINA pun pengundi hantu!!


...

Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com

[Amaran: Gambar Ngeri] Apabila Nafsu mengatasi akal
Posted on Sunday, May 12 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline


Berita ini sudah berlaku beberapa minggu lalu, tapi atas rasa kesedaran tentang anak muda sekarang terutama bila muda mudi begitu bebas bergaul, rasanya saya nak paparkan untuk melihat tindakan bodoh, serta tidak berakal akan berlaku bila kesalahan yang dibuat disebabkan nafsu.

Kekejaman jenayah buang bayi ibarat mencapai tahap kemuncak apabila seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui mati dengan kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Sentul Utara.

Bayi berkenaan dipercayai masih hidup sebelum dicampak.

Dipercayai bayi itu dibawa seseorang ke tingkat lima pangsapuri berkenaan berdasarkan kesan darah yang ditemui di tangga bangunan itu. Penduduk yang menemui mangsa, Ahmad Azhari, 34, berkata ketika itu dia baru meletakkan keretanya di tempat letak kenderaan di bawah pangsapuri berkenaan. Menurutnya, ketika berjalan menuju rumahnya, dia melihat benda seakan-akan bayi terbaring di tepi tong sampah di atas jalan.

“Saya pada mulanya menyangka benda itu anak patung, namun pelik apabila melihat ada kesan darah. Saya kemudian berjumpa jiran yang berada berdekatan dan menyuruhnya memeriksa objek itu dan terkejut apabila mendapati ia mayat bayi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Jirannya, Mokhtar Ahmad berkata, ketika melihat mayat bayi itu dari dekat, hatinya amat tersentuh kerana terdapat kecederaan teruk pada kepala bayi itu. Tak sangka ada manusia tergamak melakukan perbuatan kejam ini,” katanya yang melaporkan kejadian itu kepada polis!

Banyak kali apabila berlaku keterlanjuran, perempuan menjadi mangsa keadaan. Sebelum ini seorang wanita di penjara 10 tahun kerana membunuh anaknya.

Tapi banyak kali berita tentang hukuman dan tangkapan tidak juga menginsafi muda mudi sekarang kerana KERAJAAN yang memerintah masih lagi membuka ruang maksiat ini bermaharaja lela.

TUKAR UMNO
BINA KERAJAAN BARU YANG MAHU ISLAM

....

Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com

 KISAH Isteri isteri orang terkenal
Posted on Sunday, May 12 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: DUKUNPASIR

"

Mesti baca!
Ikuti  kisah dibawah ini yang berlaku didalam Masyarakat kita.......nanti anda jumpa SESUATU yang tanpa kita sedari tetapi sepatutnya  kita sedar. Watak yang dibuat diolah dari pendirian politik masing masing kerana anda kenali mereka SEMUA INI.

 Dalam sebuah taman perumahan selepas 8 pagi dan ianya berlaku setiap hari.

"Tak sampai lagi ke ?". Tanya isteri Azhar Sulaiman sambil melihat jamnya.

" Belum ...agaknya lewat sikit kot hari ni..." Jawab isteri Salahudin Ayob sambil matanya memerhati kelibat isteri Norman Kru yang berjalan laju kearah mereka berdua...

" Pagi semua...Haduhh! penat aku berkejar ingatkan dah lewat tadi.." Hampir berpeluh juga isteri Norman Kru apabila sampai disitu.

" Ha ah! Lambat sampai dia hari ni......". Beritahu isteri Azhar Sulaiman sambil mereka bertiga duduk diatas pangkin yang disediakan disitu.  

Masing masing diam seribu bahasa...mungkin sudah tiada apa yang hendak dibicarakan ...cuma memerhati gelangat orang ramai yang lalu lalang didepan mereka menuju ke destinasi masing masing.

Sampai pula  isteri Mahfuz Omar  bersama isteri Subramanian yang juga jiran sebelah menyebelah.


" Rosalyn Yeoh dengar kabarnya dah bersalin malam tadi...apa kata petang ni kita sama sama pergi melawat".....Isteri Mahfuz Omar memecah kesunyian.

" Iyeee...boleh ....lepas Asar nanti kita kumpul kat sini macam mana". Isteri Norman Kru memberikan cadangan.

" Setuju! " Serentak mereka berkata........

" Pukul berapa Rosalyn Yeoh bersalin Ustazah". Tanya isteri Salahudin Ayob.

" Kebetulan i ada kat rumah masa tu ..dalam pukul 10 ...husband i yang bawakan..." Isteri Subramanian pula yang tolong jawabkan.

Pin! Pinnnnnnn!! Yang mereka tunggu sudahpun sampai...

"Haiyaaaaaa! Manyak solii...ini ali manyak lewat sampai...wa punya anak jatuh longkang...haiya! Susah ...susah..". Ah Chong ...apek sipenjual ikan berkata sambil menongkat motornya.

" Dah bawa ke Hospital Chong.." Sambil membelek koleksi ikan isteri Husam Musa yang lewat sampai pula bertanya.

" Talak luka...tapi wa ingat ale selikit seliuh...mau kasi ulut ..." Jawab Ah Chong sambil menurunkan peti sayur pula.

" Eh! Awak bawa jumpa Ustazah je ...dia pandai mengurut..." Cadang isteri Azhar Sulaiman sambil menjeling pada isteri Mahfuz Omar.

" HAIYA!! Boleh ka...wa pun sulah pining mana mau cali olang ulut...".

" Ala..tak la pandai sangat Chong...malam ni kamu bawak ...nanti akak tengok kan anak kamu tu.". Merendah diri Isteri Mahfuz Omar menjawab.

" Pandai Chong...Aku selepas bersalin pun mengurut dengan ustazah...lihat badanku...langsing gitu........." Puji isteri NormanKru menyebabkan semua ketawa riang ria umpama dipagi raya .......

"Berapa ikan senangin ni Chong......Lama betul tak makan ikan ni...anak akak suka" Tanya isteri seorang rakyat yang juga pelanggan terakhir yang masih belum membeli.

" Halega sulah naik sikit akak....tapi kalau lu mau...kasi cincai la...Lapanbelas linggit...". kata Ah Chong sambil menghulurkan plastik.

" Emmm...tak apalah! Awak kasi ikan selar kuning itu aja dengan bayam..' Kata isteri seorang rakyat sambil memimpin anak kecilnya seusia 2 tahun.

"  Emakkkkkk!! Nak jajan...nak jajan......' Rengek anak kecil tu tiba triba..."

' Iskkkkkkkk!! Tak boleh!!!...uncle ni mana jual Jajan...". Pantas isteri seorang rakyat itu berkata sambil cuba memujuk anaknya yang sudah mula meraung ituuu..

" Cepat sikit Uncle...berapa semua...mengamuk pula budak ni..." Kata Isteri itu lagi apabila melihat Ah Chong seperti lambat mengira.

" Empat belas...tujuh puluh sen saja..." Jawab Ah Chong sambil hulurkan barang yang dibeli. 

Sepantas kilat isteri rakyat itu membayar kerana tak tahan dengan tangisan anak nya...Ah Chong pula masih terkial kial...matanya memerhati gelagat anak beranak itu beredar dari situ .......

TIDAK SEMENA MENA...DIAMBILNYA SEPARUH IKAN PARANG DAN SATU JAJAN ...AH CHONG BERLARI MENDAPATKAN ISTERI DAN ANAKNYA yang masih tidak jauh dari situ..........

Kerna Ah Chong tahu...menolong orang yang susah dia tidak akan rugi...kerana itulah yang sering diajar oleh jiran jiran melayu...jiran jiran ISLAMnya walaupun dia bukan beragama Islam.....dan pastinya Ah Cong bangga kerana dia SEBAHAGIAN DARI KAUM yang cintakan keharmonian.......

 PAS Kedah: Lain Kali - Insyaallah!!
Posted on Sunday, May 12 @ 10:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Munir

Menjelang jam 12 malam hari pengiraan undi PRU13, telepon saya tak putus-putus berdering dan SMS menerpa masuk bertalu-talu. Ada juga yang PM kat Facebook; kawan-kawan dari jauh dekat kalut bertanya, betoi ka PAS kalah di Kedah nie?

Seorang pun saya tak jawab – sebab di rumah, saya tengah sibuk duk jadi Pengerusi Majlis dan Pengulas Politik bidan terjun, kawan-kawan mai rumah, depa siap bawa mai Projektor lagi pasang skrin kat rumah saya tu, tayang siaran langsung dari internet berbagai sumber. Depa kata tak tahan telinga duk tengok TV kat rumah, rasa macam nak bagi penendang saja. Lebih selesa tengok Internet – kalau tengok TV boleh luruh jantung, TV kerja duk habag kawasan yang BN menang saja!

Bila tengok jam dah larut malam, teringatlah pulak esok nak kerja, bilalah depa nie nak beredar. Dekat jam 2 pagi, bila dah confirm dari berbagai sumber kata PAS dah kalah di Kedah nie– seorang demi seorang mula beransur pulang. Nampak kecewa sungguh kawan-kawan saya ini. Kesian kat depa dan kesian jugak kat saya – sebab boleh dikatakan sepanjang musim kempen PRU ini, tiap-tiap malam saya naik pentas ceramah merata tempat di negeri Kedah ini; tak sangka PAS boleh kalah teruk macam itu.

Dua hari lepas, saya pi beli suratkhabar nak tengok keputusan terperinci.

Bila saya analisa angka demi angka, saya termanggu seketika:

"Awat teruk sangat PAS kalah ini?"

PAS bukan setakat kalah teruk, tapi kalau tengok data-data yang saya plot dalam bentuk graf di bawah ini, boleh nampak jelas rakyat Kedah khususnya orang-orang Melayu jelas dan ketara menolak PAS dalam PRU kali ini. Kalau diabaikan undi orang-orang Cina, rasanya PAS hanya menang di 3 DUN saja di Negeri Kedah ini, hampir-hampir nak jadi dua DUN untuk dijadikan sebagai batu nesan kenang-kenangan kata PAS pernah memerintah Kedah di suatu musim dahulu.

Ini graf untuk kawasan DUN yang mempunyai lebih 90% pengundi Melayu, 13 DUN semuanya. Graf ini menunjukkan perbandingan majoriti yang diperolehi oleh calon yang menang untuk tahun 2008 vs 2013.


Graf ini jelas menunjukkan di PRU13 ini PAS hanya mampu menguasai hanya 23% kawasan berkepadatan penduduk Melayu. Di kawasan yang PAS kalah pula, majoriti yang diperolehi UMNO di kawasan yang majoriti Melayu ini meningkat berlipat kali ganda, misalnya di DUN Ayer Hangat, majoriti UMNO bertambah sebanyak 4000 undi, di Bayu meningkat 3000 undi, di Kupang hampir 4000 undi dan begitu juga di tempat-tempat lain.

Ada pun sebab musabab kenapa PAS kehilangan sokongan pengundi Melayu yang begitu ketara sekali di musim PRU kali ini, itu sudah pun banyak dibincangkan di medan internet ini. Insyaallah di lain kelapangan kita bincang details bab ini.

Ini pula graf untuk kawasan DUN yang PAS bertanding di mana jumlah pengundi Melayu kurang dari 90%.


Graf ini menunjukkan bahawa dengan adanya sokongan pengundi bukan Melayu, khususnya pengundi Cina, PAS berjaya menguasai 60% daripada kerusi DUN di kawasan ini. Adalah dirasakan tanpa pengundi Cina, PAS mungkin ada masalah untuk menguasai DUN-DUN di kawasan ini, kecuali mungkin di DUN Pengkalan Kundur sahaja.

Bercakap pasal DUN Pengkalan Kundur, saya rasa kita perlu mengucapkan tahniah dan syabas kepada jentera p.raya PAS di DUN ini, kerana Pengkalan Kundurlah satu-satunya DUN PAS di Negeri Kedah yang berjaya menambahkan majoriti.


Pertambahan majoriti ini selain daripada faktor pengundi Cina, juga dirasakan adalah kerana kemampuan jentera PAS di DUN berkenaan khususnya calon PAS di situ, IR Phahrolrazi menyusun strategi untuk mengekal dan menambahkan sokongan pengundi Melayu di kawasan berkenaan. Apa pun strategi dan modus operandi yang digunapakai oleh IR Phahrolrazi dan teamnya di sini, adalah dirasakan ianya berjaya untuk mengelakkan DUN Pengkalan Kundor daripada diserang oleh TSUNAMI MELAYU yang melanda negeri ini, yang menyebabkan kerajaan PAS/PAKATAN tertomoih di negeri Kedah dalam PRU13 kali ini.

Saya tidak mengenali IR Phahrolrazi, tetapi saya merasakan beliau ada karisma dan kemampuan membaca pergerakan politik (political manevour) yang tersendiri. Adalah dirasakan beliau sudah dapat menghidu serangan TSUNAMI MELAYU yang telah melanda kerajaan PAS/PAKATAN Kedah ini; beliau mungkin sudah cuba memberi amaran dan berbuat sesuatu di peringkat negeri, tapi mungkin terhalang oleh golongan yang lebih tinggi dalam hieraki PAS Negeri.

Mungkin sudah tiba masanya, IR Phahrolrazi diberi peluang untuk memimpin jentera PAS/Pakatan di Negeri Kedah – sebagai persediaan untuk mengambil alih semula kerajaan Kedah di musim PRU ke 14 nanti.

Kepada semua kawan-kawan dan para petugas yang selalu berjaga hingga ke pagi, jangan kecewa, menang kalah bukan jadi ukuran, perjuangan ini harus diteruskan, insyaallah KEBENARAN PASTI DATANG!!

LAIN KALI – INSYAALLAH!!

(Kita selalu sebut KALI INI – tetapi lupa diakhiri dengan Insyaallah)


moniermatdin@yahoo.com
9.5.13
http://www.mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com


 Anak Muda Ini Yang Cabar Pengerusi SPR, Korang Ada Berani?
Posted on Sunday, May 12 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: hijabulcrewz

"

BUKTI KUKUH PENIPUAN SPR! bacalah, laporan POLIS pun sudah di buat, seorang ANAK MUDA mengundi 2 kali dalam 1 masa di kuantan, oleh kerana beliau tidak mahu bersetongkol dengan kerajaan 46% BN, maka ini jawapan beliau.. SPR telus ke? 

"Saya Mohd Fadhli bin Khaharruddin, membuat laporan mengenai daftar undi yang membolehkan saya mengundi sebanyak 2 kali di pusat mengundi SK Sungai Isap, Saluran 4. Saya mendaftar undi pertama saya pada pukul 10.30 pagi dan undi kedua pada pukul 1.15 petang. Sewaktu undi ke-2 saya tidak membuang undi tetapi berhasrat menyimpan kertas undi dan no saluran sebagai bukti bahawa prosedur dan kredibiliti SPR yang lemah,


PM dan UMNO seperti tidak menerima kenyataan bahawa mereka telah ditolak oleh golongan kaum Tionghua dalam Pru ke 13. PM seperti hilang akal apabila memikirkan mereka telah menghabiskan beratus juta ringgit dengan menggunakan pelbagai instrumen kerajaan termasuk media hanya memenangi 133 buah kerusi parlimen berbanding 89 Pakatan Rakyat sementara mereka hanya memenangi 275 kerusi DUN berbanding 229 yang dimenangi oleh PR. Jelaslah prestasi BN merudum teruk dengan kehilangan 7 kerusi parlimen serta hilang 71 kerusi DUN seluruh negara.
PM tidak wajar menyalahkan kaum Cina atas dasar penolakan mereka terhadap UMNO-BN. Ini kerana mereka yang selama ini memainkan sentimen perkauman dengan membakar api permusuhan terhadap bangsa lain. Antara tindakannya ialah membiarkan NGO seperti Perkasa dan Jati meniupkan semangat perkauman yang menebal selama ini. Sekarang ini, setelah tamat PRU ke 13, mengapa pula UMNO mahu memusuhi kaum Cina?
Kenyataan PM jelas melanggar dasar dan prinsip perjuangan UMNO-BN yang mereka laungkan. Slogan 1Malaysia dijaja dengan pelbagai sepanduk bertebaran di merata tempat di seluruh negara. Apakah PM akan menukar slogan baharu setelah tamat kempen PRU ke 13 daripada 1Malaysia yang berteraskan perpaduan kaum kepada agenda lain? Apakah juga ia bermaksud kempen 1Malaysia Datuk Seri Najib yang menelan berjuta ringgit telah gagal?
Sebenarnya, bukan setakat pengundi Tionghua, malah PM dan UMNO telah ditolak oleh pengundi Melayu bandar, terutama golongan muda. Ini menandakan golongan cerdik pandai terutama golongan profesional serta celik maklumat menolak kepemimpinan UMNO-BN di negara ini. Dari segi poluariti pula, BN hanya memperolehi 5,237,699 berbeza dengan PR yang mendapat 5,623,984. Dari segi peratusnya adalah PR meraih 49.96% berbanding 46.53% yang diraih BN. Ini bererti BN sebenarnya sudah tidak popular malah kempen mempopularkan Datuk Seri najib Tun Razak yang menelan belanja berjuta ringgit  juga telah gagal.
Fakta PRU ke 13 membuktikan bahawa majoriti rakyat telah menolak kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri serta ketuanan UMNO-BN di negara ini. Hakikatnya UMNO hanya memenangi kerusi (yang mempunyai seribu satu kontroversi dan misteri) tetapi gagal menambat hati rakyat keseluruhannya. PR pula sebenarnya telah berjaya memenangi hati rakyat meskipun tidak berjaya membentuk kerajaan.
Adalah lebih baik PM dan UMNO menyelidiki kelemahan diri daripada menuding jari kepada komuniti lain terhadap kegagalan mereka. Sebaiknya, PM menginsafi diri dengan meletak jawatan dan memberikan laluan kepada muka baru mengemudi negara. Rakyat lebih berpuas hati dengan PM baharu yang akan memberikan komitmen baharu daripada PM lama yang menyalahkan kaum lain atas kegagalan mereka serta  di tolak oleh rakyatnya sendiri!
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia "
 


  Disebalik Sentimen Perkauman, PM Tidak Popular Di Hati Rakyat
Posted on Sunday, May 12 @ 09:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Riduan Mohd Nor

Sentimen api perkauman yang cuba ditiup oleh Perdana Menteri dan UMNO serta ditambah oleh media milik mereka usai Pru ke 13 amat membahayakan perpaduan rakyat di negara ini. Kenyataan pendek ‘Tsunami Cina' yang dicetus oleh PM serta kenyataan daripada lidah rasmi kerajaan, Utusan Malaysia yang menulis ‘Apa lagi orang Cina mahu' jelas mempunyai mesej yang cuba memporak perandakan keharmonian kaum di negara ini.

PM dan UMNO seperti tidak menerima kenyataan bahawa mereka telah ditolak oleh golongan kaum Tionghua dalam Pru ke 13. PM seperti hilang akal apabila memikirkan mereka telah menghabiskan beratus juta ringgit dengan menggunakan pelbagai instrumen kerajaan termasuk media hanya memenangi 133 buah kerusi parlimen berbanding 89 Pakatan Rakyat sementara mereka hanya memenangi 275 kerusi DUN berbanding 229 yang dimenangi oleh PR. Jelaslah prestasi BN merudum teruk dengan kehilangan 7 kerusi parlimen serta hilang 71 kerusi DUN seluruh negara.
PM tidak wajar menyalahkan kaum Cina atas dasar penolakan mereka terhadap UMNO-BN. Ini kerana mereka yang selama ini memainkan sentimen perkauman dengan membakar api permusuhan terhadap bangsa lain. Antara tindakannya ialah membiarkan NGO seperti Perkasa dan Jati meniupkan semangat perkauman yang menebal selama ini. Sekarang ini, setelah tamat PRU ke 13, mengapa pula UMNO mahu memusuhi kaum Cina?
Kenyataan PM jelas melanggar dasar dan prinsip perjuangan UMNO-BN yang mereka laungkan. Slogan 1Malaysia dijaja dengan pelbagai sepanduk bertebaran di merata tempat di seluruh negara. Apakah PM akan menukar slogan baharu setelah tamat kempen PRU ke 13 daripada 1Malaysia yang berteraskan perpaduan kaum kepada agenda lain? Apakah juga ia bermaksud kempen 1Malaysia Datuk Seri Najib yang menelan berjuta ringgit telah gagal?
Sebenarnya, bukan setakat pengundi Tionghua, malah PM dan UMNO telah ditolak oleh pengundi Melayu bandar, terutama golongan muda. Ini menandakan golongan cerdik pandai terutama golongan profesional serta celik maklumat menolak kepemimpinan UMNO-BN di negara ini. Dari segi poluariti pula, BN hanya memperolehi 5,237,699 berbeza dengan PR yang mendapat 5,623,984. Dari segi peratusnya adalah PR meraih 49.96% berbanding 46.53% yang diraih BN. Ini bererti BN sebenarnya sudah tidak popular malah kempen mempopularkan Datuk Seri najib Tun Razak yang menelan belanja berjuta ringgit juga telah gagal.
Fakta PRU ke 13 membuktikan bahawa majoriti rakyat telah menolak kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri serta ketuanan UMNO-BN di negara ini. Hakikatnya UMNO hanya memenangi kerusi (yang mempunyai seribu satu kontroversi dan misteri) tetapi gagal menambat hati rakyat keseluruhannya. PR pula sebenarnya telah berjaya memenangi hati rakyat meskipun tidak berjaya membentuk kerajaan.
Adalah lebih baik PM dan UMNO menyelidiki kelemahan diri daripada menuding jari kepada komuniti lain terhadap kegagalan mereka. Sebaiknya, PM menginsafi diri dengan meletak jawatan dan memberikan laluan kepada muka baru mengemudi negara. Rakyat lebih berpuas hati dengan PM baharu yang akan memberikan komitmen baharu daripada PM lama yang menyalahkan kaum lain atas kegagalan mereka serta di tolak oleh rakyatnya sendiri!
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tiada ulasan: