Jumaat, 10 Mei 2013

TAUFIK DAN HIDAYAH ADALAH MILIK ALLAH...IA PERLU DICARI DAN DIPOHON ...DICARI DENGAN MENDEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH...BERTAUBAT...MEMBUAT KEBAIKAN SERTA HADIR KE MAJLIS2 ILMU

Azmin Dah Buat Sidang Media??
Posted on Thursday, May 09 @ 22:46:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline

Ini adalah gambar kononnya sidang media Azmin dibuat di suatu tempat di rashiakan atas dasar keselamatan. Kononnya perkara ini telah disahkan menerusi twitter milik suami Erra Fazira iaitu Engku Imran yang memberitahu perkara tersebut..



Sebelum ini dimaklumkan Azmin Ali akan membuat sidang media esok di Hotel De Palma, Ampang kira-kira pukul 11 pagi bagi memberikan penjelasan berhubung kenyataan sinis yang kononnya ditujukan kepada Anwar Ibrahim dalam laman Twitter miliknya Selasa lalu.

Tapi bila saya semak dengan sumber saya di KL.

BERITA ITU ADALAH PALSU

Mengikut sumber saya,  Azmin akan membuat sidang media di Pejabat Keadilan. Pejabat dia sendiri... Maknanya dia dah 'cool'lah tu. Semua yang "berkocak" sudah menjadi tenang.. hanya PEPSI COLA sahaja.




11 ekor berudu yang dikatakan nak jadi katak sudah mati dimakan ikan CAP!!!

THE END...


Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com

  Tokoh berhaluan kiri - Anwar Ibrahim
Posted on Thursday, May 09 @ 21:34:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: cosanostra

"Sebut sahaja nama Anwar Ibrahim, dalam fikiran orang akan membayangkan susuk individu yang lantang bersuara membela nasib rakyat, seorang yang jiwanya begitu kental dan kuat untuk memerdekakan Malaysia dari parti Barisan Nasional, seorang yang murah senyuman dan mempunyai karisma serta mempunyai jutaan penyokong setia.

Tidak kurangnya mereka yang menentangnya menggelar dirinya sebagai agen Yahudi dan kaki seks.

Perjalanan karier politik bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia sejak dilucutkan jawatan sebagai orang nombor dua dalam negara penuh dengan liku dan rintangan. Beliau di penjara sembilan tahun diatas kesalahan yang beliau tidak pernah lakukan. Beliau juga pernah dipukul di dalam penjara oleh bekas Ketua Polis Negara ketika itu.

Namun semua ini tidak mematahkan semangat beliau untuk melawan ketidakadilan yang berlaku keatas rakyat di Malaysia. Anwar Ibrahim adalah seorang individu yang mempunyai aura yang tersendiri. Bila sebut sahaja nama Anwar Ibrahim datang memberi ceramah, pasti yang akan turun mendengar ceramah tersebut melebihi 1000 orang. Bila disebut juga nama Anwar Ibrahim, orang Barisan Nasional merasa benci dan dalam masa yang sama mereka gentar dengan individu ini.

Beliau adalah seorang yang tegas di dalam urusan kerjanya. Kadang-kala boleh dikatakan Anwar Ibrahim ini seorang yang panas baran. Tanyalah siapa sahaja yang pernah duduk bermesyuarat dengannya pasti akan tahu akan sifatnya. Dalam sifatnya yang begitu, beliau adalah seorang yang senang untuk didekati oleh rakyat bawahan. Sifat merendah dirinya memang terkenal sejak beliau dibangku sekolah lagi.
Anwar Ibrahim memang terkenal di Permatang Pauh sejak sebelum beliau terlibat di dalam politik. Orang lama di Permatang Pauh sangat mengenali individu ini. Menurut mereka, Permatang Pauh ini tempatnya Anwar datang bermain-main atau berjalan-jalan.

Di Permatang Pauh, Anwar Ibrahim masih disayangi oleh kebanyakan ahli-ahli UMNO. Tidak hairanlah di Permatang Pauh ini Anwar Ibrahim begitu kebal. Undi kepadanya datang bukan sahaja dari ahli-ahli atau penyokong-penyokong Pakatan Rakyat, tetapi juga datang dari ahli-ahli UMNO itu sendiri.

Suatu ketika sebelum penamaan calon berlangsung, kedengaran desas-desus Anwar Ibrahim tidak akan mempertahankan kerusi parlimen Permatang Pauh yang telah menjadi tradisi kepada dirinya dan keluarganya. Ramai yang agak kecewa dan sedih. Ramai juga yang menemplak dan merendah-rendahkan kredibiliti dirinya. Ada yang mengatakan beliau takut tewas dan atas sebab itu beliau mahu lari ke kawasan lain.
Pada malam Jelajah Merdeka Rakyat yang dibuat di padan bola sepak Taman Pauh Jaya, akhirnya Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa beliau akan mempertahankan kerusi parlimen Permatang Pauh. Baginya, Permatang Pauh mempunyai sentimental value yang kuat kepadanya. Hatinya begitu dekat dengan Permatang Pauh. Permatang Pauh adalah kampung halamannya dan orang kampungnya begitu menyayanginya.
Anwar Ibrahim dan Permatang Pauh tidak dapat dipisahkan. Anwar Ibrahim kini digelar sebagai penentang berhaluan kiri dasar kerajaan Malaysia. Hidupnya banyak dihabiskan untuk membela nasib rakyat berbanding masanya untuk keluarga. Pengorbanan yang dilakukan oleh keluarganya cukup besar. Mereka tahu, Anwar Ibrahim bukan milik mereka sahaja tetapi Anwar Ibrahim adalah milik rakyat Malaysia.

Sumber dari: www.shutterblast.blogspot.com 

 UMNO nak jadi kuda tungganga DAP pulak ker?
Posted on Thursday, May 09 @ 19:59:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: senik

"Assalamualaikum,,.  Zam menyarankan DAP menyertai UMNO bagi memastikan kerajaan Malaysia diwakili kaum Cina.Cantik saranan Zam yang dipercayai melancarkan serangan psaikologi terhadap PR, antara versi serangan psaikologi yang turut termasuk seruan macai macai agar PAS bergabung dengan UMNO untuk melaksanakan hudud.Ibarat orang berniaga, kena ada banyak strategi.Mana yang mengena akan dapat untung besar.

"Memang sukar untuk DAP menawarkan diri dan sukar juga untuk kerajaan BN menerimanya, tetapi hal ini harus dilihat dari segi hasrat Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melangkah ke arah national reconciliation setelah negara dilanda Tsunami Cina yang mencedera parahkan nilai kejatian diri Malaysia," katanya dalam blognya Zam.

Zam gila meroyan walaupun BN menang kerana Zam dan UMNO tahu kemenangannya tidak kuat, bila bila masa UMNO boleh rebah, macam orang yang mengidap penyakit darah tinggi.Ubatnya mesti dicari dan antara yang boleh dibuat ubat ialah DAP sebab DAP mendapat sokongan majoriti orang cina.
Zam tidak sedar atau kerana panik terlupa bahawa semasa PRU 13 ada ulamak upahannya mengeluarkan fatwa haram mengundi PAS dan PKR kerana bersubahat dengan DAP.Zam juga lupa dengan dakwaan UMNO bahawa PAS hanya menjadi kuda tunggangan DAP.Ini bermakna saranan Zam hanya menyebabkan UMNO pula menjadi kuda tunggangan DAP.Macam tu?
Tetapi Zam jaguh belit membelit, dia berkata memang sukar bagi kedua dua DAP dan UMNO menerima saranan ini tetapi dia menyebut hasrat Najib maknanya sebenarnya saranan Zam ini adalah saranan Najib juga.DAP yang dituduh racist dan mahu menguasai politik negara dengan menjadikan DSAI budak suruhannya, akhirnya ditawarkan masuk BN.Apa cerita?
Buang tabiat tetapi sukar nak mati, ibarat crook cerita Hindustant yang walaupun ditembak berdas das masih belum mahu mati.Itulah UMNO sanggup melakukan apa saja sekalipun terpaksa menjilat ludahnya sendiri asal selamat dari ancaman.
DAP yang dicop musuh yang membahayakan orang melayu akhirnya ditawarkan bantal untuk tidur bersama sama seperti dilakukan kepada Gerakan dulu.Akhirnya Gerakan dari parti yang berprinsip menjadi serupa UMNO gemar songlap harta rakyat.
Tak malu betul UMNO ni, Apa mereka ingat kerana mereka licik, mereka boleh perdaya siapa saja?  

 Ustaz Azizan akan jalani pembedahan bagi memetong kedua-dua kakinya
Posted on Thursday, May 09 @ 19:53:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline


Mengiku berita daripada Bernama, Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak akan menjalani pembedahan bagi memotong kedua-dua belah kakinya untuk mengelak jangkitan kuman.

Sumber ini adalah daripada setiausaha akhbar beliau, Mohd Helmi Khalid.

"Doktor menasihatkan supaya kedua-dua belah kaki Azizan dipotong dari bawah paras lutut. Kedua-dua isteri dan anak-anak beliau akur dengan nasihat itu selepas perbincangan dilakukan," katanya.

Keadaan beliau yang dilaporkan kritikal semalam kini stabil. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidur Am PAS juga turut hadir.

Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com

  Pelajar Bukan Islam Mendalami Islam
Posted on Thursday, May 09 @ 19:51:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline

Lim Jia Piau Edward, 10 tahun darjah 4 dan belajar di Sekolah Rendah Agama (SRA) Seri Desa Tanjong Karang sejak setahun lalu. Pelajar bukan Islam terutama keturunan Cina biasanya bersekolah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina SRKJ (C) Tanjong Karang tapi dia berbeza...

Semua ahli keluarganya bukan beragama Islam tetapi Lim dihantar belajar agama Islam di Sekolah Rendah Agama (SRA) Seri Desa Tanjong Karang.

Hasil daripada itu, sudah menghafaz Al Fatihah, doa belajar dan doa penerang hati. Lim juga mengikuti latihan solat seperti rakan sekelasnya yang lain.

Bukalah pintu seluas-luasnya buat Non-Muslim mempelajari Islam. Tiada paksaan untuk memeluk Islam. Sesiapa yang mengkaji Islam dengan niat yang ikhlas pastinya akan melihat Islam itu INDAH dan Islam itu penyelesaian segala macam polemik yang melanda dunia kini.

Hidayah Allah itu untuk sesiapa yang dikehendaki-Nya


Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com

 
TERBAEKKKKKKKK BN...
TERBAEKKKKKKKK BN...
Like · · · 16 minutes ago ·
Nizran Oyankedo and Bulan Purnama shared Miji Tan's photo.
Untuk sapa-sapa yang terasa
Untuk sapa-sapa yang terasa
Fiona Jafrina shared Harian Metro * myMetro's photo.
Ahli keluaraga tidak dapat menahan kesedihan berikutan kejadian terhadap mangsa Nur Amyliana Shuhada (gambar dalaman) yang ditemui mati di Bukit Tinggi Klang. 

Mayat mangsa ditemui di kawasan tanah lapang berdekatan kawasan tempat meletak kenderaan.

Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan
Berita penuh: http://ow.ly/kR5E7

FOTO Asyraf Hamzah
Ahli keluaraga tidak dapat menahan kesedihan berikutan kejadian terhadap mangsa Nur Amyliana Shuhada (gambar dalaman) yang ditemui mati di Bukit Tinggi Klang.

Mayat mangsa ditemui di kawasan tanah lapang berdekatan kawasan tempat meletak kenderaan.

Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan
Berita penuh: http://ow.ly/kR5E7

FOTO Asyraf Hamzah



Pelapis Pas Chetok shared Rosmah Mansur, sila minta maaf pada umat islam's photo.
Bekas PM Malaysia pernah berkata (Tun Mahathir) :

"Kita buka Kilang arak, pub-pub dan klub malam bukannya masalah. Kalau mereka mempunyai iman maka mereka tak pergi atau minum arak dan kalau mereka tak ada iman jadi mereka akan pergi. Jadi kalau rasa kita beriman apa masalahnya?"

Tok Guru Haji Hadi Awang pula menjawab:

"Kalau macam tu, kita cabut semua pintu-pintu dan tingkap-tingkap di rumah kita. Tak payah pakai pintu dan tingkap-tingkap lagi. Kalau penyamun tu ada iman maka dia tak masuk mencuri dan kalau penyamun tu tak ada iman maka dia mencuri. Jadi apa masalahnya?

Muhammad Al Fateh




Tiada ulasan: