Jumaat, 10 Mei 2013

BIAR RAKYAT MENILAI...TAK KAN KITA NAK NILAI SENDIRI...TENTU KITA RASA DIRI KITA YANG BAIK...YANG BETUL2...ORANG LUAR PULA MEMANDANG YANG BURUK2 DAN YANG TAK BETUL YANG ADA PADA KITA

Betul ke Ada Sidang media Azmi Esok di Hotel De Palma, Ampang ??
Posted on Thursday, May 09 @ 17:41:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline
Menurut berita yang diterima, Azmin Ali akan mengadakan satu sidang media di Hotel De Palma, Ampang kira-kira jam 11 pagi. Walau bagaimana pun maklumat ini masih belum disahkan.

Sidang media ini  dikatakan ada kaitan jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula menjadi menteri besar di Selangor.

Walaubagaimana pun ada sedikit pencanggahan maklumat, jika dilihat kenyataannya di Sinar Harian. Azmin menafikan dia akan keluar PKR malah dia kata PKR sebati dengan jiwa dan raganya.

Isu mood Azmin yang tidak menentu sudah lama, ini banyak berkaiatan dengan MB Selangor. Azmin banyak mengkritik Khalid seolah-olah Khalid lebih mementingkan 'orang-orang'nya.

Kenyataan ada persamaan dengan kenyataan adiknya Azwan Ali.

"Saya telah mendengar ura-ura abang saya akan menjadi MB sejak 2011, jadi ia bukan sesuatu yang baru. Ia merupakan satu kelebihan bagi Selangor kerana Azmin seorang pemimpin yang baik dan akan membawa Selangor ke peringkat yang lebih tinggi.

"Saya tak cakap Tan Sri Khalid Ibrahim tak bagus cuma lebih baik jika tidak membandingkan keduanya. Tidak adil membuat perbandingan kerana Azmin abang saya. Tetapi ramai yang menyukai beliau dan itu merupakan aura magnetik tentangnya.



Dalam twitter Azmin Ali dilihat banyak membuat kenyataan bercanggah dengan DS Anwar Ibrahim. Dia seolah-olah mengkritik cara Anwar Ibrahim menangani PRU13.

Malah dalam nada sinis, dia seolah-olah menyalahkan Anwar. Malah dalam twitternya dia tidak bersetuju dengan program di Stadium Kelana Jaya. Katanya "Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal". Malah Azmin tak kelihatan malam tadi.

Apa pun kita tunggu besok.. Dalam politik banyak perkara boleh berlaku. Esok boleh jadi lain. Walaupun saya tak berapa suka Azmin tapi saya harap perkara ini tak berlaku demi masa depan perjuangan PKR dan PR.


Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com

  Bersorak Rimau Dalam Zoo! Mat Said Sah MB Terengganu
Posted on Thursday, May 09 @ 17:37:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline
Datuk Seri Ahmad Said kekal sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua. Adun Kijal itu dijangka mengangkat sumpah sebagai MB Terengganu di hadapan Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Maziah jam 3 petang ini.

Sebelum ini beberapa spekulasi mulai tersebar kemungkinan Ahmad Said tidak dikekalkan dan mungkin diganti dengan calon baru. Tiga nama disebut-sebut untuk dilantik sebagai Menteri Besar berdasarkan kekananan dan pengalaman dalam kerajaan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (EXCO).

Mereka ialah ADUN Seberang Takir, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman; ADUN Kuala Berang, yang juga Yang Dipertua Dewan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang dan ADUN Permaisuri, Datuk Mohd Jidin Shafie.

Setelah proses 'takir menakir' selesai dengan beberapa perjanjian yang terpaksa Mat Said setuju. Nanti saya akan dedahkan kemudian.

Yang paling gembira mengenai berita ini ialah binatang dalam Zoo, sehingga penduduk miskin kata lebih baik jadi "rimau".

Berapa kos sebenarnya zoo ini?. Dalam sidang dewan DUN, MB Mat Said berkata, kos keseluruhan bagi pembinaan Zoo Bukit Takal di Kemaman itu berjumlah RM9.228 juta. Beliau menjelaskan, kos pengurusan zoo berkenaan dari tahun 2008 hingga 2011 pula adalah kira-kira RM2.9 juta. Setiap bulan, kos pengurusan zoo berkenaan mencecah sekitar RM40,000

Itupun beliau berhasrat untuk memperluaskan lagi kawasan Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman di Bukit Takar di sini daripada lebih 15 hektar kepada 120 hektar. Sebuah air terjun buatan telah dibina dengan kos RM1 juta untuk tontonan pelawat. Bilik persalianan sahaja menelan belanja RM900 ribu ringgit. Betapa banyak duit diperhabiskan termasuk sangkar untuk menempatkan menempatkan pelbagai spesies mamalia, reptilia, ikan dan burung untuk tatapan pengunjung.Sepasang Harimau Malaya juga dibawa masuk dari zoo Melaka. Hah berapa kos makanan harimau ni tak tahulah pula. Takkan nak bagi makan keropok lekor.

BAIK JADI RIMAU
BOLEH MAKAN SEDAP!!!


.....
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com

  Hospital Rembau, akan siapkah sebelum PRU-14?
Posted on Thursday, May 09 @ 17:36:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"Projek Hospital Rembau pada awalnya dijanjikan pembinaannya pada tahun 2008 semasa PRU-12. Sedangkan tender pembinaan Hospital Rembau baru saja dibuka dan ditutup pada tahun 2013 semasa PRU-13. Hospital Rembau ini terletak di DUN Chembong, DUN yang paling selamat untuk Umno di N.Sembilan.

Semasa PRU-13, PAS tewas di DUN Chembong dengan majoriti 6,480 undi, yang terbanyak di N.Sembilan dan hanya memperolehi 26.57 peratus undi. 
Carian di laman web JKR mendapati terdapat sebanyak 61 kontraktor membida tender untuk projek Hospital Rembau. Tender yang paling rendah ialah kontraktor ke 41, iaitu dengan harga RM 91,558,855.00 (RM91 juta), manakala tender yang paling tinggi ialah kontraktor ke 32 dengan harga tender sebanyak RM147,784,539.53 (RM147 juta).
Semua kontraktor yang masuk tender meletakkan tempoh siap ialah 36 bulan. 
Akan siapkah pembinaan Hospital Rembau ini menjelang PRU-14?  
Sebelum ini projek Hospital Rembau, hanya sekadar tukar papan tanda baru seperti yang dilaporkan di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2013/04/hospital-rembau-sekadar-tukar-papan.html

 PAS Setuju Tan Sri Khalid Terus menjadi MB Selangor - Penegasan
Posted on Thursday, May 09 @ 16:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline


PAS Setuju Tan Sri Khalid Terus menjadi MB Selangor, kata Tuan Guru haji Abdul Awang dalam ceramah PASCA PRU13 di Rusila 8/5/2013.

Rasanya video ini menjawab isu ada puak-puak ulama tamak haloba nak jawatan. Tak payah tabur fitnah marilah kita bekerja kuat lagi untuk masa hadapan.

Tapi BANTAH KEPUTUSAN PRU13 jangan diabaikan. baju HITAM setiap SABTU.


Note:
terima kasih video dr media al Fatah.



..
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com


  Siapa Bunuh Petugas PKR Parlimen Tapah??
Posted on Thursday, May 09 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline



Satu lagi pembunuhan kejam....siapa pembunuhnya?  Mayat petugas PKR bagi Parlimet Tapah ditemui terapung dalam lombong di kawasan Perindustrian Bemban, kelmarin......

"Lokasi kejadian adalah lombong terbiar di belakang kawasan perindustrian dan jauh dari kediaman penduduk.

"Ketika ditemui, mayat itu hanya berseluar pendek dan tidak berbaju. Setelah diangkat ke atas tebing, kita dapati badan mayat berkenaan diikat dengan satu bongkah besi yang dijadikan pemberat untuk menenggelamkannya,"

Pemeriksaan awal yang dilakukan oleh doktor patologi dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di tempat kejadian telah menemui beberapa kesan pukulan di kepala mayat dan mangsa dipercayai telah mati lebih kurang lima hari.

MESTERI BARU..
PILIHAN RAYA PALING KOTOR!!!


...
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com

  Nik Aziz Nak Ludah Orang UMNO??
Posted on Thursday, May 09 @ 15:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline

Sebentar tadi saya mendapat "mentioned you in a comment" di facebook oleh rakan cybertropper UMNO, Mohd Noor, sama dengan nama ayah saya pasal Nik Aziz nak ludah orang UMNO yang nak berjabat salam persahabatan antara UMNO-PAS.

Saya jawab, saya kena dengar dan teliti ucapan Nik Aziz dulu, pasal dia bercakap "bahasa dia dalam". Maksudnya orang bodoh tak boleh faham KAH KAH KAH.

Saya dah lihat isu ini dimainkan dalam fb puak-puak UMNO tapi saya tak ambil kisah, pasal serangan kepada 'orang tua' ini sangat hebat!




Berita fitnah ini telah dimuatkan dalam akhbar-akhbar utama (lidah rasmi UMNO).




Saya dapatkan video mengenai perkara berkenaan. Dalam video ini ada wartawan bertanya TG Nik Abdul Aziz pasal Husam, TG tak nak jawab... kalau orang kenal perangai TG orang tahu apa sebenarnya jawapannya. Ada baik jangan di'calar'kan perjalanan kerajaan PAS Kelantan baru.

Tuan Guru kata, seperti beribu-ribu kali sudah kalau UMNO buang kebangsaannya ambil Islam baru PAS akan sambut salam persahabatan tersebut.

Makna mudah UMNO kena Islam dulu baru boleh ajak berjabat salam.

Seperti apa yang terlintas dalam hati saya, pasal ludah ni macam anggap penerima BR1M binatang juga... semuanya putar belit, ambil sekerat!!

Penulis umno MummyRokiah pun turut sama jadi bodoh mengulas isu yang dia sendiri tak falam. malang nasib kalau sudah ta'asud.

Saya cakap kepada Mohd Noor (bukan kepada ayah saya... UMNO TOTOK cybertropper UMNO), kalau Mohd Noor datang, Mohd Noor buang Islam, saya pun akan LUDAH di atas muka Mohd Noor.. Kalau UMNO datang 2X dengan kehak-kehak sekali saya akan ludah!!!


...
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com

  Kelantan, Terengganu "Kami Nok Usem Nate"
Posted on Thursday, May 09 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline

Kelantan dan Terengganu ada banyak persamaan dalam banyak hal. Orang Terengganu boleh faham bahasa Kelantan walaupun dia tak boleh bercakap Kelantan. Begitu juga orang Kelantan boleh faham bahasa Terengganu walaupun dia tak boleh bercakap lorat Terengganu.


Tapi dari segi politik, sangat berbeza kedua-dua negeri ini. Walaupun kedua-duanya kubu kuat PAS. Tapi kerjasama antara PAS Terengganu dan PAS Kelantan sangat erat.. saya ulangi sangat erat.

Misalnya IT, saraf, bilik gerakan dll Mereka saling tukar menukar pandangan dan strategi. PAS Kelantan agak mahir dalam saraf dan bilik gerakan, terutama pasal maklumat daftara pemilih serta pengundi. Manakala Terengganu lebih kepada IT. Hanya IT Kelantan mempunyai peruntukan yang banyak.  Sebenarnya ini bukan sahaja berlaku pada parti PAS malah UMNO juga dikatakan bertukar pandangan.

UMNO Kelantan cuba belajar bagaimana UMNO Terengganu boleh jatuhkan PAS Terengganu hanya satu penggal sahaja.

Salah satu strategi PAS PUSAT untuk kembali semula mendapat sokongan terutama orang-orang Melayu, slogan PAS GANTI UMNO diperkenalkan. PAS GANTI UMNO (PGU) hanya berjalan lancar di Terengganu sahaja dimana Terengganu boleh mengadakan 7 PGU. Di negeri-negeri lain slogan ASAL BUKAN UMNO lebih realistik, jadi PGU tenggelam.

Saya tak berapa suka PGU, sebab perkataan PAS itu akan menjadi mangsa sasaran. Saya lebih suka ABU, asal bukan UMNO, jadi perkataan UMNO menjadi sasaran tanpa melibatkan mana-mana parti. itu pendapat saya, lain dengan kepimpinan. Rupanya PGU ini pun dibahaskan beberapa kali sehingga tak ada keputusan di kalangan kepimpinan, sehingga yang duduk di kerusi roda juga terpaksan buat keputusan...

Kritikan kepada PGU ialah PAS akan berperangai macam UMNO dan ada yang mengiyakan kerana sekarang ini UMNO pula menjadi juara suara Islam (walaupun bukan betul..) misalnya kalimah Allah.. dll.

Ok dah lari jauh..

Dulu Terengganu tak terima keputusan Sultan menolak Idris Jusoh menjadi MB. Maka bantahan pun dibuat. Terkeluarlah "Kami Nak Deris Natang"

Macam saya kata, Kelantan terikut perangai UMNO ini, tak setuju dengan Sultan menolak Husam... Nasib baik mereka yang membantah tak tulis slogan "KAMI NOK USEM NATE"

walaupun joke.. saya serius pasal kepentingan dalam Jamaah..

Perangai pengikut Husam ini suatu yang sangat buruk, dia kudis dalam Jamaah, Husam ada sebut pasal Khalid Ibnu Walid dalam video tapi malang Husam tidak menghayati bagaimana pengikut Muawiyyah yang membantah Saidina Ali... juga kerana tidak puas hati??

Apa terjadi kepada jamaah islam ketika itu?? Saya sudah tulis jangan rosakkan langkah pertama pertukaran MB di Kelantan... NANTI BURUK PADAHnya!!!

Kamu ada pemimpin dan kamu akan bertanggungjawab setiap kepimpinan kamu!!



Note:
Saya rasa nak tulis perkara ini bila terbaca (kelik)


...
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com

 



Tiada ulasan: