Rabu, 8 Mei 2013

SAYA KERDIL JE@SAPE LAH SAYA...BOLEH TAK SAYA CADANGKAN DR RANI JADI TIMBALAN MB SELANGOR...SEKURANG2 BAGI PENDEDAHAN HAL2 PENTADBIRAN DLL...KEPADA SEORANG DOKTOR PERUBATAN KELULUSAN MESIR. LAMA SAYA TAK JUMPA BELIAU...INGAT KATA2NYA...PERUT BUNCIT TANDA KEMEWAHAN...BELIAU BERLAWAK SAJA...MASA TU TAK AKTIF DALAM PAS...MAKLUMLAH BARU BUKA KLINIK..TAPI BELIAU PENYOKONG PAS KUAT SECARA DIAM2. HINGGA ZAKAT PERNIAGAAN DI BERI KEPADA KERAJAAN PAS DIKELANTAN...TAHNIAH DOKTOR RANI...BANGGA SAYA CUMA DARI JAUH

Bulan Purnama shared Mohamad Fauzi's photo.
Assalamualaikum, salam kejayaan pada semua..semoga hari ini kita lebih baik dari semalam..ayohh!! kita teruskan perjuangan, jangan lemah diri dan minda, jangan putus asa...terus tumpu pada matlamat asal, pasti kejayaan milik kita...Di sini saya ingin mengambil kesempatan kepada rakyat Selangor bersama-sama ke majlis kesyukuran dan ceramah rakyat di Padang Kemerdekaan Shah Alam...
Assalamualaikum, salam kejayaan pada semua..semoga hari ini kita lebih baik dari semalam..ayohh!! kita teruskan perjuangan, jangan lemah diri dan minda, jangan putus asa...terus tumpu pada matlamat asal, pasti kejayaan milik kita...Di sini saya ingin mengambil kesempatan kepada rakyat Selangor bersama-sama ke majlis kesyukuran dan ceramah rakyat di Padang Kemerdekaan Shah Alam...

I SALUTE PARTY PAS...
Like · · 7 minutes ago ·
Tsunami apa lagi Najib mahu?

ULASAN Selayaknya pemimpin yang bercita-cita besar tetapi tewas seperti Anwar Ibrahim berasa kecewa dan tidak berpuas hati.

Beliau segera menggerakkan penyokong Pakatan Rakyat ke stadium Kelana Jaya malam ini, hanya tiga hari selepas pilihan raya umum berlalu, sebagai bantahan simbolik.

Tokoh PKR itu tidak seperti pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang lain, ketewasan dalam pilihan raya umum tidak disusuli dengan fasa menjeruk rasa dan bersantai selama beberapa bulan.

Anwar segera bangkit - jika dipandang sepintas lalu, kesegeraan yang tampak berang dan meroyan -- satu gejala "politik baru" pembangkang.

Namun, beliau tidak kecewa dan meroyan seorang diri. Perdana menteri yang gagal ditumbangkannya Najib Abdul Razak juga kelihatannya masih terkejut dengan keputusan awal pagi Isnin lalu.

Hakikatnya, prestasi BN bawah pimpinan beliau jatuh merudum berbanding Abdullah Ahmad Badawi, yang diserang oleh Dr Mahathir Mohamad selama beberapa tahun sebelum Mac 2008.

Selain Mahathir sendiri, Najib malah turut dibantu oleh sekutu-sekutu mantan perdana menteri itu, Daim Zainuddin dan Sanusi Junid.

Namun, kemerosotan BN tidak dapat dihalang-halang lagi. Seperti arus deras, ditahan di utara (Kedah), melimpah pula di selatan (Johor) dan timur (Terengganu dan Sarawak).

Bagaimanapun, Najib patut bersyukur kerana masih dapat mengangkat sumpah sebagai perdana menteri dalam keadaan kerajaannya menikmati majoriti "agak selesa", 22 kerusi parlimen.

Tetapi perdana menteri rupa-rupanya masih tetap kecewa dan nada meroyannya - meroyan gaya orang menang - akibat kekecewaannya itu disebut "tsunami Cina".

Sehari selepas itu, akhbar-akhbar milik Umno mengukuhkan lagi kesasauannya dengan melaungkan slogan meroyannya itu.

Utusan Malaysia di muka depannya semalam bertanya "Apa lagi yang Cina mahu?", sementara tabloid sekutunya Kosmo! menuduh pengundi kaum itu sebagai "talam dua muka"!

Najib dan Umno membangkitkan isu perkauman atas sikap pengundi itu yang meninggalkan parti-parti komponen BN itu secara besar-besaran.

Maka, dikatakan ia satu "polarisasi" trend pengundian yang memerlukan "national reconciliation", perukunan semula hidup bernegara.

Seperti slogan 1Malaysia Najib yang menguatkan pertubuhan Perkasa, malan tokohnya diberi peluang mewakili BN, "national reconciliation" diikuti cercaan akhbar-akhbar Umno terhadap Cina.

Di sisi ini, lagu sindiran Anwar terhadap Najib mungkin ada benarnya: "madu di tangan kananmu, racun di tangan kirimu, aku tak tahu mana yang akan kau berikan padaku. Aku tak tahu, mana yang akan kau berikan padaku."

Lagu popular Indonesia yang sering dipentaskan Anwar ini dijawab oleh Najib sewaktu kempen pilihan raya lalu di Sabah.

Perdana menteri menjawab: BN-lah madunya, sementara Pakatan Rakyat-lah racunnya.

Sebab itu pula pengundi mengekalkan status quo pilihan raya umum 2008 (kecuali tambahan tujuh kerusi parlimen): Pengundi "tak tahu, mana yang akan BN atau Pakatan berikan padaku".

Maka, Najib dan Anwar tidak faham kebingungan rakyat ini. Perdana menteri menyalahkan Cina, Pakatan menyalahkan sistem pilihan raya.

Selayaknya begitulah nasib kedua-dua tokoh ini yang sudah terkena sumpahan "menang jadi arang, alah jadi abu". Kedua-duanya dibakar hangit oleh pengundi.

Tetapi di pihak Najib dan Umno, Cina pula dijadikan arah sumpahannya.

Seperti Umno sering menyalahkan Melayu sebagai "pengkhianat bangsa" atau "tidak bersyukur" apabila pengundi kaum itu sendiri meninggalkan Umno dan mengkritik kerajaan BN.

Seperti Mahathir menuduh penentangnya dan Gerakan Reformasi 1998 sebagai "ejen negara asing" sewaktu kepimpinannya dipersoalkan habis-habisan.

Dia perasan dan mengangkatkan dirinya sebagai "Malaysia" dan penentangnya "orang asing".

Seperti Umno perasan dialah Melayu dan membayangkan Melayu itulah Umno. PAS itu bukan Melayu dan sebagai sumber perpecahan serta pengkhianatan bangsa.

Tetapi sewaktu Cina berbondong-bondong menyokong MCA atau Gerakan, tidak pula kaum Tionghua dituduh mengamalkan "polarisasi" trend pengundian!

Tidakkah itu satu bentuk "polarisasi" juga apabila Melayu hanya menyokong Umno atau PAS; dan Cina menyokong DAP atau MCA?

Polarisasi ini, kalau inilah istilahnya, hanya polarisasi arus anti-kerajaan BN dengan arus prokerajaan BN.

Jadi, kenapa harus Cina pula dijadikan sasaran? Untuk menakut-nakutkan Melayu? Melayu mana yang ingin ditakut-takutkan itu - Melayu atau Umno?


FATHI ARIS OMAR seorang editor kanan di Malaysiakini.
 Janji BN menubuhkan Galeri Islam di N.Sembilan perlu kajian menyeluruh
Posted on Wednesday, May 08 @ 10:18:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: rozmal

"



Antara intipati Aku Janji BN peringkat N.Sembilan semasa kempen PRU13 ialah untuk mewujudkan Galeri Islam. Penubuhan Galeri Islam ini ialah satu usaha yang telah lama di tunggu-tunggu bukan sahaja oleh umat Islam di Negeri Sembilan, tetapi orang bukan Islam terutamanya orang Cina.


Ini adalah kerana sejarah Negeri Sembilan juga bermula dengan peranan orang Cina di Negeri Sembilan yang bermula di Rembau. Apabila kerajaan Islam Melaka jatuh ke tangan penjajah Portugis, orang Cina di Melaka telah memboikot untuk berdagang dengan Portugis di pelabuhan Melaka. Orang-orang Cina di Melaka telah berpindah untuk berdagang melalui Sg Linggi dan berlabuh di Lubok China, Rembau. Itulah sebabnya nama tempat ini diberi nama Lubok China.

Anak Bendahara Tun Perak iaitu Tun Zainal Abidin telah menjadi Dato Lubok China pada waktu itu. Kerajaan Islam Rembau pada ketika itu banyak bekerja sama dengan orang-orang Cina dalam hal perdagangan.

Kerajaan Islam Rembau dengan bantuan Orang Asli telah banyak melakukan serangan ke atas Portugis di Melaka selepas kejatuhan kerajaan Islam Melaka dengan membawa senjata canggih pada ketika itu iaitu senapang, meriam dan guloh dari Sumatera.
Kisah keperwiraan pejuang Rembau menentang pengganas Portugis dan Belanda selepas kejatuhan kerajaan Islam Melaka saya tulis sebelum ini di http://rozmal.blogspot.com/2013/03/kajian-keperwiraan-pejuang-rembau.html
Cadangan PAS DUN Kota agar perlunya penubuhan Galeri Ulama di Rembau di http://pas-n28-kota.blogspot.com/2013/04/penubuhan-galeri-ulama-di-dun-kota.html
Artikel jasa orang-orang Cina mempertahankan kerajaan Islam Melaka di http://waghih.blogspot.com/2012/03/jasa-kaum-cina-pertahan-melaka-dari.html


Pas Sabah shared Aku doakan moga dirimu bahagia hingga ke akhir hayatmu :')'s photo.
Subhanallah. Gambar cicit Rasulullah SAW yg comel.
Sebenarnya beliau adalah cicit Rasulullah, iaitu anak ulamak besar Madinah Al-Munawwarah, Sayyid Yusuf Halim anak Syeikh Jameel Halim Al-Husaini. Keturunan Rasulullah s.a.w melalui Sayyidina Husain.
Subhanallah Maha Suci Allah, cicitnya saja dah comel begini, apatah lagi datuk-datuknya.

Berapa orang Islam tengah online sekarang ni ? Jom pakat komen " SUBHANALLAH " . Agak2 dapat dapat 10,000 komen SUBHANALLAH ?

 Harap Kepimpinan PAS Jangan Banyak Kerenah
Posted on Wednesday, May 08 @ 10:17:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: NyorPandan

"

SEBENARNYA  sebelum PRU 13 lagi, saya dah agak yang Kedah akan jatuh ke tangan BN. Malah saya sendiri nak sangat supaya kerajaan Kedah pimpinan PAS jatuh. Bukannya tak suka pada PAS, tetapi percakaran dalam pimpinan PAS Kedah yang tidak dapat diselesaikan membuatkan saya rasa geram. Sekiranya tiada berlaku percakaran dalam pimpinan PAS Kedah saya pasti kerajaan Kedah tetap milik Pakatan Rakyat.

Kadang-kadang yang tak kenanya kerajaan pimpinan PAS ianya terlalu “excited” bila menyambut kemenangan. Lihat saja di Terengganu bila menang PRU 12 dulu. Baru saja menang hari ini, besok dah mula nak ubah itu, nak ubah ini,  tak sabar-sabar tanpa ikut saluran undang-undang. Hinggakan kakitangan kerajaan naik meluat.
Dalam pada itu ingin juga saya sebutkan disini, kadang-kadang rakyat yang memilih sesebuah parti itu bukan saja kerana calunnya, tetapi juga kerana ketua sesebuah kerajaan parti yang memerintah. Misalnya di Selangor, rakyat memilih untuk memangkah calun-calun Pakatan Rakyat kerana Tan Sri Khalid Ibrahim yang terbukti kepimpinan berkesan dalam memajukan Selangor. Jadi walaupun kerusi PAS lebih dari PKR, sepatutnya PAS kenalah beri kepercayaan kepada Tan Sri Khalid, tak usahlah nak rebut jadi Menteri Besar.

Dari cakap-cakap dikedai kopi di Selangor, ramai penyokong Pakatan Rakyat merungut tidak akan mengundi lagi Pakatan Rakyat untuk pilihanraya akan datang jika Tan Sri Khalid tidak  lagi diberi kepercayaan untuk menerajui Selangor oleh pimpinan PAS.

Dan di Kelantan pula, sebilangan rakyat juga terkejut bila Datuk Husam Musa tidak dilantik sebagai Exco ekoran pengunduran Datuk Nik Aziz sebagai Menteri Besar.
Maka adakah ini menandakan yang PRU 14 nanti Pakatan Rakyat terutama PAS akan kalah teruk? Bukannya rakyat tak suka, tapi ada kalanya karenah pimpinan PAS itu sendiri rakyat rasa benci."


 Pasca PRU 13 : Najib , fikir sebelum cakap.
Posted on Wednesday, May 08 @ 10:12:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: tokpepijat

"

Sejurus selepas peristiwa 9/11 berlaku, secara spontan Bush mengeluarkan kenyataan, "Perang Salib bermula...."

Menyedari kenyataannya bakal menaikkan lagi semangat orang-orang Islam seluruh dunia untuk menentang dan melawan Amerika, Bush menarik balik kenyataannya itu dan memohon maaf.

Apakah PM(?) Najib sedar akan implikasi kenyataannya itu, "Tsunami Cina" dan diperkuatkan lagi dengan lidah UMNO, UTUSAN dengan tajuk, "Apa lagi Cina mahu?

Tahukah Najib bahawa kenyataannya dengan disambung oleh UTUSAN adalah lagu perkauman.

 Itu belum lagi irama lagu itu di"harmonikan" oleh Mahathir, Nordin Kardi, Ibrahim Ali dan NGO Rasis PERKASA.

Mana slogan 1Malaysia ? Adakah anda sudah buang dalam Sungai Pahang?

Pasca PRU 13 : Najib tarik balik kenyataan ini...?"

 Kalah Jadi kerajaan, Menang Jadi Pembangkang
Posted on Wednesday, May 08 @ 10:11:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: notan

"


Assalamualaikum, Perumpamaan melayu menyebut menang jadi arang, kalah jadi abu untuk menunjukkan perbalahan antara dua pihak yang tidak membawa apa apa faedah.Tetapi di negara kita pertembungan politik di antara kaum dan  muktakhir ini di antara sesama melayu menghampiri makna perumpamaan itu.Cuma tiada yang jadi abu dan tiada yang jadi arang, yang ada ialah, kalah jadi kerajaan, menang jadi pembangkang!(merujuk kepada keputusan PRU 13). 



Pertembungan kaum yang didakwa antara melayu dan cina  oleh geng UMNO sebenarnya tidak ada, yang ada ialah pertembungan antara dua kumpulan melayu, satu kumpulan ialah kumpulan yang mahu berubah dan satu lagi yang berada di bawah tempurung.Saya pernah menulis mengenai melayu dibawah tempurung yang membentuk majoriti rakyat Terengganu tetapi keputusan PRU 13 membuktikan saya silap sebaliknya melayu yang hidup hampir dengan bandar besar seperti KL yang nampaknya lebih bawah tempurung dengan melayu di Terengganu.Negeri Sembilan dan Perak antara yang paling ketara.
Kerana melayu bawah tempurunglah, BN berjaya menupulasikan PRU 13 dengan bantuan penuh dari SPR.Hakikatnya melayu bawah tempurung masih mewakili bawah 50% dari jumlah melayu keseluruhannya.Ini boleh dibuktikan dengan keputusan PRU 13 negeri Terengganu, kemenangan 4 kerusi parlimen masing masing bagi PR yang diwakili PAS dan BN yang diwakili UMNO dan kebangkitan melayu di Selangor.Berbeza dengan orang cina yang sekarang diakui menolak BN dan MCA serta Gerakan mewakili lebih 90% dari jumlah keseluruhan warga negara berbangsa cina.
Pola dan fenomena pergerakan sokongan sebegini bermula sejak PRU 12 dulu dan tidak banyak berubah bagi orang melayu disetengah negeri tetapi perubahan ketara di kalangan cina di seluruh negara di PRU 13.Pola dan fenomena ini juga mengesahkan BN tidak ada peluang untuk menang  PRU 13.Menyedari keadaan ini BN mula menggerakkan  perancang licik mereka untuk menipu.Penipuan besar besaran telah terjadi di PRU 11 dan 12 lagi .Tetapi ketika itu tidak melibatkan seluruh negara.Kali ini di PRU 13 penipuan itu terpaksa dilakukan di banyak kawasan di seluruh negara.
Oleh kerana sudah tidak mempu menggunakan penduduk tempatan, BN  akhirnya membawa masuk warga asing untuk dijadikan hantu.Dengan pertolongan hantu inilah BN berjaya cover kekurangan sokongan dikawasan melayu yang umumnya sebanyak 1-2%.Sebab itu PAS tewas di 7 kawasan yang dimenangi pada PRU 12 yang semunya kawasan majoriti melayu.Tanpa hantu kemungkinan besar BN akan tewas.
Akhirnya yang sebenarnya kalah kalau bertanding secara adil dan bersih yang membentuk kerajaan dan yang kalah kerana  bertanding secara jujur menjadi pembangkang.Itulah 1Malaysia Tok Jib bidan kampung!


Mahadi Hj Isa and 2 other friends shared Pakatan Rakyat Supporters's photo.
only In Malaysia!
thxs to all Barisan Nasional machinery, especially the SPR and JPN, I am proud to be Malaysians who have made voters bangla in!

FAKTAnya! kami adalah suara MAJORITI, tetapi UNDI kami telah di CURI! tidak malukah BN mendapat mandat dengan suara MINORITI?

DUNIA SEDANG MELIHAT AKAN PENIPUAN INI... 
IANYA MUNGKIN AKAN DI INGATI SEHINGGA 7 KETURUNAN!
only In Malaysia!
thxs to all Barisan Nasional machinery, especially the SPR and JPN, I am proud to be Malaysians who have made voters bangla in!

FAKTAnya! kami adalah suara MAJORITI, tetapi UNDI kami telah di CURI! tidak malukah BN mendapat mandat dengan suara MINORITI?

DUNIA SEDANG MELIHAT AKAN PENIPUAN INI...
IANYA MUNGKIN AKAN DI INGATI SEHINGGA 7 KETURUNAN!

TERUSKAN PERJUAGAN...JADIKAN ITU SEBAGAI MEDAN DAKWAH
Sent in this greeting card to pass hq at shah alam.
Sent in this greeting card to pass hq at shah alam.

Pas Pulai shared Janji Dicapati ~'s photo.
Jangan cuba nyalakan API PERKAUMAN.....Jika anda MENUDUH DAP tidak mengundi PAS & PKR, Bermakna kamu telah MENYELIDIK SETIAP UNDI KAMI.....Ini bermakna, PILIHANRAYA kali ini memang TIDAK TELUS.....

Jangan cuba pecahkan keharmonian dan kesepakatan kami dalam PAKATAN RAKYAT...Cukuplah kamu selesaikan Kecelaruan UMNO-MIC-MCA sendiri dan jgn palitkan kecelaruan kamu terhadap KAMI..!!!

Stupid Racism from UMNO-BN....-Jahar
Jangan cuba nyalakan API PERKAUMAN.....Jika anda MENUDUH DAP tidak mengundi PAS & PKR, Bermakna kamu telah MENYELIDIK SETIAP UNDI KAMI.....Ini bermakna, PILIHANRAYA kali ini memang TIDAK TELUS.....

Jangan cuba pecahkan keharmonian dan kesepakatan kami dalam PAKATAN RAKYAT...Cukuplah kamu selesaikan Kecelaruan UMNO-MIC-MCA sendiri dan jgn palitkan kecelaruan kamu terhadap KAMI..!!!

Stupid Racism from UMNO-BN....-Jahar
Like · · · 17 minutes ago via mobile ·
Admin: saya melayu berkawan dengan bangsa yang lain cina,india tu kawan saya dan semua kaum yang ada di malaysia ni kawan saya..
Saya Melayu...
Sokong Pemimpin Melayu Rasuah adalah berdosa.
Saya Melayu...
Sokong Pemimpin Melayu Rasuah adalah berdosa.
ADA OTAK PAKAI...JANGAN IKUT SENTIMEN
Fikir fikirlah!!! Yang tak fikir bodoh!!!
Fikir fikirlah!!! Yang tak fikir bodoh!!!

Bulan Purnama shared Mohamad Fauzi's photo.
Assalamualaikum, salam kejayaan pada semua..semoga hari ini kita lebih baik dari semalam..ayohh!! kita teruskan perjuangan, jangan lemah diri dan minda, jangan putus asa...terus tumpu pada matlamat asal, pasti kejayaan milik kita...Di sini saya ingin mengambil kesempatan kepada rakyat Selangor bersama-sama ke majlis kesyukuran dan ceramah rakyat di Padang Kemerdekaan Shah Alam...
Assalamualaikum, salam kejayaan pada semua..semoga hari ini kita lebih baik dari semalam..ayohh!! kita teruskan perjuangan, jangan lemah diri dan minda, jangan putus asa...terus tumpu pada matlamat asal, pasti kejayaan milik kita...Di sini saya ingin mengambil kesempatan kepada rakyat Selangor bersama-sama ke majlis kesyukuran dan ceramah rakyat di Padang Kemerdekaan Shah Alam...
Photo

TAHNIAH RAKYAT KELANTAN KERANA TIDAK TERMAKAN JANJI-JANJI MANIS DS Najib Razak!!

[SHARE] Jika Anda SETUJU Kenyataan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ...WE LOVE TOK GURU...

"ISLAM DIJUNJUNG, KELANTAN TERSOHOR"
Hanya Di Kelate

Like · · · 7 minutes ago · 

Tiada ulasan: