Rabu, 8 Mei 2013

BERSATU KAN BAIK...PERKAUMAN TIDAK DIBENARKAN DALAM SYARAK....ISLAM UNTUK SEMUA

Adun sulung PAS Melaka ucap terima kasih

Harakahdaily, 08 Mei 2013
MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Baru, Dr Md Khalid Kassim mengucapkan terima kasih kepada seluruh pengundi Dun itu yang mengundi beliau pada hari pengundian 5 Mei lalu.

"Mari sama-sama kita rapatkan saf kita dan bekerjasama bagi menyelesaikan apa juga masalah rakyat dalam Dun Bukit Baru tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama," ujar beliau di Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil malam semalam. Khalid berkata beliau sedia berkhidmat untuk rakyat bagi menyuarakan apa juga masalah mereka serta menjadi penasihat yang baik kepada kerajaan negeri dalam apa juga perkara.

Sebagai Adun dari PAS, beliau sudah tentu akan menyuarakan apa juga masalah yang dihadapi oleh lapisan rakyat termasuk soal kebajikan orang Melayu, Cina, India dan sesiapa juga.

"Insya Allah dalam masa terdekat yang akan membuka pusat khidmat Adun Bukit Baru bagi menjadi one stop centre untuk rakyat mengadu hal dan masalah," ujar beliau yang juga AJK PAS Kawasan Bukit Katil.

Pada PRU13 Ahad lepas, beliau yang memperolehi 9,292 undi menewaskan calon BN, Karim Yaacob yang mendapat 9,244 undi.

Dun Bukit Baru dimenangi Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada PRU12 dengan majoriti 2,708 undi.

Mohd Ali yang bertanding di Parlimen Bukit Katil pada PRU kali ini mendapat 40,720 undi tewas kepada calon PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mengaut 46,167 undi dengan majoriti 5,447 undi.


Dr M kecewa Najib lebih teruk dari Pak Lah

Harakahdaily, 08 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa kecewa dengan prestasi BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini yang disifatkan lebih teruk berbanding 2008.

Menurut Mahathir, beliau tidak menjangka prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam PRU13 ini akan lebih teruk daripada pendahulunya Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008.

"Saya berharap BN kali ini akan mendapat lebih kerusi berbanding 2008. Saya agak kecewa dan terkejut apabila mendapati BN akhirnya kurang dari 2008.

"Pada 2008 pada masa itu kita percaya disebabkan kekecewaan orang Melayu terhadap pemerintahan Abdullah. Tetapi ini bukan Abdullah, kali ini Najib, dan kita lihat prestasinya kurang baik dari Abdullah," katanya.

Pada PRU13 yang berlangsung Ahad lalu, BN memperoleh 133 kerusi, iaitu merosot tujuh kerusi berbanding PRU12 pada 2008.

Pakatan Rakyat pula berjaya menambah tujuh lagi kerusi menjadikan jumlah 89 kerusi berbanding 82 kerusi pada 2008.

Keputusan itu menyaksikan BN kekal membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah.

Kemampuan Najib dipersoal

Biarpun menurut perlembagaan parti, Najib boleh kekal sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri, namun menurut Mahathir, tentunya ada yang akan mempersoal kemampuan Najib berikutan kemerosotan dan prestasi teruk BN.

"Secara keseluruhannya Najib telah mencapai majoriti mudah dan dia berhak menjadi ketua kerajaan.

"Namun tentu ada yang akan mempersoalkan kemampuan, strategi dan pelbagai perkara lagi yang menyumbang kepada prestasi teruk BN," katanya.

Parlimen ke-13, pentas pemimpin muda beraksi

Wan Nordin Wan Yaacob, 08 Mei 2013
Kemenangan beberapa tokoh pemimpin golongan muda dalam Pakatan Rakyat mahupun BN dilihat sebagai satu sinergi baharu dalam pembudayaan politik baharu dalam negara ini.

Kemunculan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan (Temerloh); Timbalannya, Ustaz Nik Abdul Nik Abdul Aziz (Pasir Mas); Ketua Pemuda PKR, Samsul Iskandar Mat Akin (Bukit Katil); Ketua Pemuda DAPSY, Teo Kok Seong (Rasah); Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pemuda MCA, Chua Tee Young.

Paling mengejutkan kemenangan Nasrudin menewaskan lawannya yang merupakan calon popular BN, Datuk Saifuddin Abdullah yang dilihat sebagai tokoh reformis dalam BN.

Nasrudin menewaskan Saifuddin dengan gelombang undi Cina dan Melayu di Temerloh yang mahu perubahan itu melebar ke Putrajaya.

Walaupun Pakatan Rakyat hanya mendapat 89 kerusi, namun kejayaan itu sebenarnya membuka lagi peluang kepada gabungan ini dengan tenaga muda yang menang untuk memberikan 'wave' (gelombang) yang besar dalam PRU14.

Gelanggang Parlimen Penggal ke-13 ini harus dimanfaatkan sebaiknya oleh tokoh-tokoh golongan muda ini untuk merancakkan persada politik negara dalam membuka lembaran politik baharu.

Sebagaimana pentas Parlimen pernah dihiasi oleh tokoh-tokoh golongan muda sebelum ini antaranya bekas Ketua Pemuda PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub yang bergandingan dengan Loke Siew Fook (DAP) bagi membentuk gelombang ke arah perubahan minda generasi muda.

Di peringkat PAS, kehadiran Nasrudin ke Parlimen bersama regunya, Nik Abduh dan beberapa yang lain antaranya Dr Marzukh Shaary (Bachok); Ahmad Baihaqi Atikullah (Kubang Kerian) pastinya diharap menyumbang kearah menggerakkan sokongan kaum muda kepada Pakatan Rakyat.

Lebih dari itu, kepimpinan ini harus menggambarkan bertapa golongan bergelar 'ustaz' boleh sahaja duduk di membina dan memacu idea di persada pentas dalam mencipta dasar negara yang lebih murni untuk rakyat pelbagai.

Namun, mereka juga pastinya harus bersaing dengan nama-nama besar dalam PKR yang tidak memegang jawatan dalam pemuda, namun dilihat sebagai tokoh anak muda iaitu Rafizi Ramli yang menang di Parlimen Pandan.

Rafizi antara ikon yang mencetus kemarahan rakyat kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam pembongkaran skandal NFC, seterusnya isu-isu membabitkan penyelewengan BN.

Dalam masa yang sama, kehadiran tokoh-tokoh muda DAP antaranya Liew Chin Tong, Ong Kian Ming dan beberapa yang lain harus dimanfaatkan untuk menggaul rencah perjuangan membuka lembaran baharu dalam politik massa agar pencerahan minda rakyat mampu di gerakkan.

Penggal yang bakal bermula Jun ini harus menjadi permulaan yang baik kepada kepimpinan golongan muda mendepani politik perkauman yang sedang dibina BN akibat kemerosotan sokongan pada PRU13.

Hujah BN kononnya akan berlaku polarisasi dan kononnya kaum tsunami kaum Cina menyebabkan politik Melayu tidak stabil harus dipatahkan semula dengan cerakinan politik baharu yang lebih jujur dan bersifat terbuka, bukan lagi berasaskan 'rasis'.

Inilah pentas terbaik kepada golongan muda Pakatan Rakyat mengwujudkan gelombang besar bagi Pilihan Raya Umum ke-14 nanti dalam usaha mendepani politik sempit Umno-BN.

Ustaz Azizan masih dirawat di Hospital Pulau Pinang

Harakahdaily, 08 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak masih menerima rawatan di Unit Kardiologi Hospital Pulau Pinang.

Sekitar jam 5.30 pagi tadi, keadaan beliau agak tenat.

“Sekitar jam 5.30 pagi tadi keadaan ustaz agak tenat, sehingga sekarang ustaz sedang menerima rawatan di Wad CCU Hospital Pulau Pinang,” tulis bekas setiausaha akhbarnya, Mohd Helmi Khalid dalam sms kepada Harakahdaily pada jam 10.44 pagi ini.

Ustaz Azizan yang dimasukkan ke hospital itu petang semalam mengalami komplikasi hipertensi, diabetes dan ginjal.

Sama-sama kita doakan agar kesihatan beliau bertambah baik.
Bekas MB Kedah dilaporkan 'agak tenat'
11:50AM Mei 8 2013  
Bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang dilaporkan berada dalam keadaan “agak tenat”.
Laporan Harakahdaily menyebut, Azizan dimasukkan ke hospital itu pada petang semalam dan kini menerima rawatan di unit kardiologi kerana mengalami komplikasi hipertensi, diabetes dan ginjal.

Laporan itu memetik kenyataan setiausaha akhbar bekas MB tersebut, Mohd Helmi Khalid yang berkata, keadaan Azizan kini “agak tenat”

“Sekitar jam 5.30 pagi tadi keadaan ustaz agak tenat, sehingga sekarang ustaz sedang menerima rawatan di Wad CCU Hospital Pulau Pinang,” katanya dalam satu kiriman SMS kepada organ parti itu.
Azizan, 73, menewaskan calon BN dan dua calon Bebas di kerusi DUN Sungai Limau dalam pilihan raya umum 5 Mei.
Dpp Sungai Siput shared Nur Izzati Hambali's photo.
TERIMA KASIH USTAZ!

Sekalung ucapan TERIMA KASIH yang tak terhingga kepada Ustaz Azizan dan seluruh kepimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.

TERIMA KASIH kerana berjaya meningkatkan dan menyemarakkan program dakwah melalui pemantapan pengurusan pusat pengajian yang berkembang di seluruh pelusuk negeri Kedah.

TERIMA KASIH kerana berjaya menerapkan amalan tadbir urus yang baik dan dasar mesra pelabur yang menatijahkan peningkatan berterusan pelaburan langsung dari luar negara (FDI) dan berjaya meningkatkan penglibatan secara langsung dalam pelbagai sektor ekonomi melalui syarikat milik kerajaan (GLC).

TERIMA KASIH kerana mengamalkan pengurusan yang cekap, telus dan bertanggungjawab sehingga berupaya mencapai piawai sifar rasuah, perbelanjaan berhemah, pertambahan hasil dan mengoptimumkan penggunaan sumber. Bukti pencapaian tersebut ialah ulasan positif yang diterima kerajaan daripada Laporan Ketua Audit Negara tahun 2009 dan 2010.

TERIMA KASIH kerana berjaya membina kampus induk Kolej Universiti Insaniah dengan kos RM330 juta yang sekaligus menjenamakan daerah Kuala Ketil di persada.

TERIMA KASIH kerana menjadikan Kedah sebagai Hub Pertanian Negara.

TERIMA KASIH kerana berjaya mengadakan dasar pengurusan tanah yang pragmatik dengan penurunan cukai tanah sehingga 70%.

TERIMA KASIH kerana mewujudkan pelbagai inisiatif baru berasaskan kebajikan bagi membantu rakyat yang kurang bernasib baik antaranya Skim Kafalah,Sumbangan khas kepada pelajar yang menyambung pelajaran ke IPTA, kenaikan 100 peratus kadar minimum bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dari RM75 sebulan ke RM150 sebulan, dan lain-lain.

TERIMA KASIH juga diatas pembanguan kerohanian dengan menyemarakkan program pentarbiyahan dan bimbingan yang bertujuan membentuk peribadi insan soleh antaranya Kem anak soleh, Kem bina Insan, Kem bina Sahsiah dan Kem Belia Sejahtera.

Disamping menunaikan amanah manifesto PRU-12, Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah juga berjaya Membayar hutang kerajan BN Kedah sebelumnya yang mencecah RM2 billion.

Selain itu, Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah juga berjaya menyelesaikan masalah pembinaan yang tergendala selama 30 tahun di Alor Setar.


Terlalu banyak sumbanganmu Ustaz Azizan, maaf andai terlepas pandang untuk menterjemahkan kesemuanya. 

TERIMA KASIH! JASAMU DIKENANG. JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATSIRO

KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA 

Tribute to : 
Dato' Seri DiRaja Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak,
Menteri Besar Kedah (2008-2013).

Nur Izzati Binti Hambali,
Anak Jati Jelapang Padi.
TERIMA KASIH USTAZ!

Sekalung ucapan TERIMA KASIH yang tak terhingga kepada Ustaz Azizan dan seluruh kepimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.

TERIMA KASIH kerana berjaya meningkatkan dan menyemarakkan program dakwah melalui pemantapan pengurusan pusat pengajian yang berkembang di seluruh pelusuk negeri Kedah.

TERIMA KASIH kerana berjaya menerapkan amalan tadbir urus yang baik dan dasar mesra pelabur yang menatijahkan peningkatan berterusan pelaburan langsung dari luar negara (FDI) dan berjaya meningkatkan penglibatan secara langsung dalam pelbagai sektor ekonomi melalui syarikat milik kerajaan (GLC).

TERIMA KASIH kerana mengamalkan pengurusan yang cekap, telus dan bertanggungjawab sehingga berupaya mencapai piawai sifar rasuah, perbelanjaan berhemah, pertambahan hasil dan mengoptimumkan penggunaan sumber. Bukti pencapaian tersebut ialah ulasan positif yang diterima kerajaan daripada Laporan Ketua Audit Negara tahun 2009 dan 2010.

TERIMA KASIH kerana berjaya membina kampus induk Kolej Universiti Insaniah dengan kos RM330 juta yang sekaligus menjenamakan daerah Kuala Ketil di persada.

TERIMA KASIH kerana menjadikan Kedah sebagai Hub Pertanian Negara.

TERIMA KASIH kerana berjaya mengadakan dasar pengurusan tanah yang pragmatik dengan penurunan cukai tanah sehingga 70%.

TERIMA KASIH kerana mewujudkan pelbagai inisiatif baru berasaskan kebajikan bagi membantu rakyat yang kurang bernasib baik antaranya Skim Kafalah,Sumbangan khas kepada pelajar yang menyambung pelajaran ke IPTA, kenaikan 100 peratus kadar minimum bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dari RM75 sebulan ke RM150 sebulan, dan lain-lain.

TERIMA KASIH juga diatas pembanguan kerohanian dengan menyemarakkan program pentarbiyahan dan bimbingan yang bertujuan membentuk peribadi insan soleh antaranya Kem anak soleh, Kem bina Insan, Kem bina Sahsiah dan Kem Belia Sejahtera.

Disamping menunaikan amanah manifesto PRU-12, Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah juga berjaya Membayar hutang kerajan BN Kedah sebelumnya yang mencecah RM2 billion.

Selain itu, Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah juga berjaya menyelesaikan masalah pembinaan yang tergendala selama 30 tahun di Alor Setar.


Terlalu banyak sumbanganmu Ustaz Azizan, maaf andai terlepas pandang untuk menterjemahkan kesemuanya.

TERIMA KASIH! JASAMU DIKENANG. JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATSIRO

KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA

Tribute to :
Dato' Seri DiRaja Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak,
Menteri Besar Kedah (2008-2013).

Nur Izzati Binti Hambali,
Anak Jati Jelapang Padi.



Anak muda protest kerajaan rasis UMNO/BN.
https://www.facebook.com/pages/Kita-Kawan-Mah/156300457877858
— with Ibn Qiyam.
Like · · · 17 minutes ago · 


PRU13 tidak adil, hanya sebahagian bebas - Ideas

Harakahdaily, 08 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pemerhati merumuskan bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah berlangsung dalam keadaan tidak adil.

Ketua Eksekutif Ideas, Wan Saiful Wan Jan berkata hanya sebahagiannya sahaja bebas tetapi banyak laporan meragukan timbul dan disifatkan mereka sebagai tidak adil.

Menurut Wan Saiful, biarpun SPR berjaya memastikan proses sejak penamaan calon sehingga mengundi berjalan lancar, namun terdapat laporan keraguan terhadap kegagalan dakwat kekal dan pengundi hantu.

"Kedua-duanya adalah isu-isu penting yang perlu ditangani. Walau bagaimanapun, kita meletakkan kedua-dua isu ini dalam konteks kekurangan yang lebih luas iaitu amanah dalam integriti daftar pemilih, dan ianya bukan hanya kelemahan SPR semata-mata.

"Dalam usaha untuk menangani punca masalah ini, perhatian serius perlu diberikan untuk meningkatkan integriti daftar pemilih. Ini melibatkan meningkatkan integriti
Pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara, yang mungkin bukan bidang SPR," katanya.

Beliau turut menyenaraikan beberapa pemerhatian yang boleh memberi indikator bahawa PRU13 kali ini sebagai tidak adil. Ianya seperti:

1. Pihak media berat sebelah memihak kepada Barisan Nasional. Media kerajaan negeri disalahgunakan secara partisan dalam memberi pandangan kepada orang ramai.

2. Terdapat keraguan tentang kesaksamaan SPR dan kecekapan mereka walaupun banyak usaha mereka untuk menambah baik sistem pilihan raya. Mereka sebagai sebahagian daripada perkhidmatan awam dilihat sudah berat sebelah. Ahli-ahli SPR berulang kali mengeluarkan kenyataan yang boleh ditafsirkan sebagai partisan. Mempertahankan diri mereka apabila dikritik dan ianya menimbulkan kemarahan orang ramai.

3. Kepercayaan terhadap daftar pemilih adalah rendah. Ini menyebabkan orang ramai ragu apabila terdapat laporan warga asing diterbangkan, apabila mereka melihat individu warga asing hadapan, atau apabila dakwat kekal dilihat sebagai tidak berkesan.

4. Pendaftar Pertubuhan tidak melayan semua parti-parti politik secara adil seperti melambatkan proses pendaftaran parti-parti bukan BN.

5. Saiz kawasan pilihanraya terlalu tidak sama rata, membolehkan parti yang menang kerusi lebih kecil untuk menang parlimen, walaupun tidak menguasai undi popular.

6. Semasa tempoh berkempen, jentera kerajaan dan kemudahan tentera telah berulang kali digunakan untuk tujuan berkempen pada tempoh kempen rasmi.

8. Isu-isu perkauman yang berbahaya dieksploitasi untuk keuntungan politik.

"Oleh kerana sebab-sebab ini, kita menyimpulkan bahawa GE13 hanya sebahagiannya bebas dan tidak adil," kata Wan Saiful.

Tiada ulasan: