Rabu, 8 Mei 2013

ORANG DAH SURUH LETAK JAWATAN...LETAKLAH... AGAR LEBIH BERTANGGUNG JAWAB SERTA BERMARUAH

PAS pastikan Selangor jadi kubu kuat Pakatan

Muhammad Faizal, 08 Mei 2013
KUALA LUMPUR: PAS Selangor mengucapkan terima kasih kepada seluruh pengundi di negeri itu kerana berjaya mengekalkan Kerajaan Pakatan Rakyat negeri.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman ketika dihubungi memberitahu peningkatan kerusi PAS di Selangor turut membuktikan parti itu telah mendapat kepercayaan rakyat Selangor.

Pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13), PAS memperolehi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) berbanding hanya 8 kerusi sahaja pada 2008.

Dalam pada itu Dr Abd Rani juga menyatakan peningkatan undi masyarakat Cina turut membantu kemenangan Pakatan Rakyat khususnya PAS.

"Ini merupakan kejayaan paling besar kepada Pakatan Rakyat kerana kita mendapat jumlah kerusi yang lebih banyak, begitu juga PAS yang menunjukkan peningkatan dari jumlah kerusi yang dimenangi jika dibandingkan tahun 2008," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Beliau yang turut memberitahu, PAS akan memastikan Selangor menjadi kubu kuat Pakatan Rakyat pada masa yang akan datang seperti mana Kelantan yang sehingga kini mampu bertahan selama 23 tahun.

Katanya lagi, kerjasaman erat antara ketiga-tiga parti merupakan rencah utama kejayaan Pakatan Rakyat di Selangor selain dari gerak kerja jentera yang kuat dan bersistematik.

"Kunci utama kejayaan Pakatan Rakyat di Selangor adalah jalinan kerjasama yang erat antara ketiga-tiga parti, perselisihan faham dapat diselesaikan dengan baik tanpa ada ketegangan.

"Selain itu gerak kerja jentera ketiga-tiga parti berada dalam keadaan yang lebih bersedia dan bersistematik sehinggakan Barisan Nasional (BN) gagal untuk merampas negeri ini," sambung beliau lagi.

Pada PRU13, Pakatan Rakyat memenangi 17 kerusi parlimen, manakala BN 5 sahaja.

Dr Abd Rani yang berjaya mempertahankan kerusi Dun Meru dengan majoriti sebanyak 9,079 undi berbanding 5,513 undi pada 2008.

Ayah MB Kelantan pengasas Pondok Berangan di Tumpat

Aslani M, 08 Mei 2013
TUMPAT: Pelajarnya datang dari seluruh negara. Ada juga dari selatan Thailand menimba ilmu agama daripada Tok Guru Haji Yaakob Ishak.
Pondok Berangan atau lebih dikenali sebagai Madrasah Yaakubiah terletak tidak jauh daripada perkampungan Siam di Kampung Berangan.

Tok Guru Haji Yaakob mengasaskan pondok tersebut pada 1942. Ketika itu gerakan menentang penjajah memuncak, ditambah pula kedatangan Jepun ke Tanah Melayu.

Beliau mencurah segala ilmu di dada selepas pulang daripada mencari ilmu agama di Patani, Pondok Tok Selehor dan Pondok Bunut Payong.

Berasal dari Kampung Kelong, Tumpat sebelum berhijrah ke Kampung Berangan bagi membina pusat pengajian agama.

Hasil perkongsian hidup dengan Che Zainab Che Hussin, mereka dikurniakan tujuh anak.

Anak sulung, Asiah kini tinggal di Mengkebang, Kuala Krai. Kedua, Ahmad, ketiga Kamariah seorang pendakwah, keempat, Faridah bertugas sebagai guru. Kelima, Hazrin, pensyarah perubatan di USM Kubang Kerian dan Jalilah juga seorang guru.

Che Zainab, 84 agak uzur dan tidak mampu lagi berjalan lebih jauh di luar rumah, sama sekali tidak menyangka anak keduanya, Ahmad dipilih menggantikan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ketua kerajaan Kelantan.

“Makcik terkejut apabila diberitahu Ustaz Mad dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau datang memberitahu makcik selepas balik daripada mengangkat sumpah di istana Isnin lalu.

“Ustaz Mad memberitahu beliau begitu terkejut apabila dipilih Tok Guru Nik Abdul Aziz menggantikan tempatnya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Pondok Berangan hari ini.

Beliau tinggal bersama anak ketiga, Habshah di sebuah rumah di belakang surau pondok. Tidak jauh dari situ ada dua lagi anaknya yang tinggal berdekatan.

Pondok agama itu didiami seramai 100 penghuni termasuk warga emas dan ibu tunggal yang mahu mencari ilmu agama.

Rumah pondok yang kecil seumpama bangsal ada 40 buah. Pelajar yang mendalami kitab seramai 40 orang, ada yang berasal dari Kampuchea.

Tok Guru Haji Mohamad Ali, meneruskan kesimbungan Allahyarham Tok Guru Haji Yaakub. Beliau bertindak sebagai mudir pondok berkenaan.

“Makcik berharap Ustaz Mad memikul tanggangungjawab dengan penuh amanah, jujur dan ikhlas,” pesannya kepada Menteri Besar Kelantan yang baru.

PAS Titiwangsa terus bersama rakyat - Zamri

Hazayani Zakaria, 08 Mei 2013
KUALA LUMPUR: PAS Titiwangsa akan terus bersama-sama rakyat di kawasan itu dalam membawa isu-isu kebajikan mereka walaupun tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) minggu lalu.

Calon PAS di Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi berkata, dengan undi sebanyak 22,168 beliau yakin rakyat masih bersama parti itu.

"PAS Titiwangsa akan tetap menjadi sura kedua, check and balance terhadap apa sahaja yang melibatkan penduduk Titiwangsa," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Tanpa menganggap ia satu kekalahan, Zamri yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan berkata, PAS kalah pada undi awal serta saluran satu dan dua.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan kekalahan tersebut kerana manipulasi undi awal dan pengundi luar yang dibawa masuk untuk mengundi di Titiwangsa.

"Kiraan undi biasa, PAS mendahului hampir 300 undi. Bila masuk undi awal, PAS kalah majoriti 866.

"Jentera PAS juga menahan seorang broker yang bawa ratusan anggota Rela daripada negeri-negeri utara untuk mengundi di Titiwangsa. Di tangannya memang ada ratusan nama untuk mengundi," katanya.

Beliau juga berkata, pengundi Melayu khususnya pengundi warga emas tidak memilih PAS kerana terpengaruh dengan isu perkauman yang dimainkan Umno BN sewaktu berkempen selain video seks pimpinan Pakatan yang diedarkan rumah ke rumah.

"Memang PAS menjumpai risalah-risalah kempen berunsur perkauman yang menuduh DAP dan Cina dan video seks juga diedarkan kepada pengundi," katanya yang juga Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham).

Pengerusi Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB) itu juga memberi jaminan akan terus memperjuangkan tanah Kampung Baru daripada tergadai.

"Walaupun tak menang, kami akan terus bersama penduduk Kampung Baru memperjuangkan tanah mereka," katanya.

Sementara itu, Zamri merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh jentera yang bertungkus-lumus membantu beliau termasuk Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

"Saya ambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada seluruh petugas dari pemuda, muslimat dan DHPP yang banyak membuat kerja membantu," katanya.

Hidup mati politik saya di Johor - Salahuddin

Anis Nazri, 08 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Biarpun gagal menawan kerusi Parlimen Pulai dan Dun Nusajaya, Salahuddin Ayub tidak sesekali meninggalkan negeri tersebut.

Malah, Johor merupakan destinasi beliau untuk meneruskan karier politiknya, meskipun tidak bergelar wakil rakyat.

Ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini, Naib Presiden PAS itu berkata beliau tidak akan ke mana-mana, biarpun jika ditawarkan untuk bertanding di negeri lain pada pilihan raya umum ke 14.

"Saya tidak akan ke mana-mana. Johor adalah destinasi politik saya. Hidup mati saya di Johor seperti janji saya pada kempen sebelum ini," tegas beliau.

Selain menumpukan kerja-kerja khidmat di Johor, beliau juga akan menumpukan kerja-kerja parti sebagai naib presiden.

Ketika ditanya perasaannya apabila tewas di kedua-dua kerusi itu, Salahuddin berkata beliau tidak kecewa dengan keputusan itu, sebaliknya berasakan telah berjaya melakukan satu perubahan lanskap politik Johor.

"Saya tidak kecewa. Di kedua-dua kerusi itu saya kalah dengan undi awal. Bagaimanapun, saya telah berjaya melakukan perubahan lanskap politik Johor," tegas beliau lagi.

Pada pilihan raya umum lalu, Salahuddin gagal menawan kerusi parlimen Pulai daripada BN, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Prof Dr. Zaini Abu Bkar di Dun Nusajaya.

Salahuddin memperolehi 40,525 undi, manakala Jazlan mendapat 43,751 undi dengan majoriti sebanyak 3,226.

Manakala, di Nusajaya, beliau memperoleh 20,965 undi, manakala Dr Zaini memperoleh 23,166 dengan majoriti 2,201 undi.

Pada PRU 2004 dan 2008, beliau memenangi Parlimen Kubang Kerian, Kelantan.

Mahkamah batal beri tanah kepada 5 JKKK

Harakahdaily, 08 Mei 2013


(Mahkamah memberikan hak kepada para pelalajr sekolah rendah Islam Darul Bayan ini)


KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, hari ini membenarkan permohonan semakan kehakiman Sekolah Rendah Islam Darul Bayan ke atas Kerajaan Trengganu dan Pejabat Tanah Dungun bagi membatalkan keputusan Kerajaan Trengganu yang memberikan tanah yang diduduki oleh sekolah itu.

Ini ekoran tindakan kerajaan negeri memberikan tapak sekolah yang diberikan kepada mereka sebelum ini kepada lima individu yang berkait rapat dengan Umno iaitu ahli-ahli dan kroni JKKK Kg Cacar dan Kg Limbung.

Keputusan itu dibuat Hakim  Datuk Haji Mohd Yazid bin Haji Mustafa dalam keputusannya dalam perbicaraan hari ini.

5 individu tersebut adalah Ibrahim bin Abdullah (ahli JKKK Kg Limbung), Abd Ghani bin Muda (suami Setiausaha JKKK Kg Limbung),  Muhamad bin Idris (ahli JKKK Kg Limbung), Rosli bin Hashim (Ahli JKKK Cacar) dan Suhaini binti Abd Karim (isteri Naib Pengerusi JKKK Kg Limbung).

Pada tahun 2003 Kerajaan Terengganu melalui Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri telah meluluskan pemberian hartanah yang dikenali sebagai PT 15024, Kolam Mak Tegar, Mukim Paka, Dungun kepada Sekolah Rendah Islam Darul Bayan.

Hasil kelulusan tersebut pihak sekolah telah mendirikan bangunan sekolah dan asrama bagi anak anak yatim.

Bagaimanapun pada sekitar tahun 2012 melalui semakan di pejabat tanah di Dungun didapati pada tahun 2011, hartanah tersebut telah diberikan kepada 5 orang individu yang mempunyai hubungan dengan Umno.

Carian juga menunjukkan saiz hartanah yang diberikan kepada Sekolah Rendah Islam Darul Bayan juga dikecilkan saiznya iaitu dari saiz asalnya seluas 14,827 kaki persegi kepada hanya 9,172 kaki persegi sahaja.

Akibat tidak berpuashati dengan keputusan Kerajaan BN Terengganu itu, pihak sekolah telah melantik peguam iaitu Tetuan Mazwan & Nasar untuk mencabar pemberian hakmilik hartanah kepada 5 individu Umno itu agar di batalkan oleh Mahkamah.
Setelah mendengar hujah-hujah lisan dan bertulis peguam pihak sekolah tersebut iaitu Encik Mohamed Hanipa Maidin dan Encik Nasar Khan dan hujah Peguam Kanan Persekutuan dariPejabat Penasihat Undang Undang Negeri Trengganu, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustapa hari ini memutuskan memihak kepada Sekolah Islam Darul Bayan.

(Hanipa...peguam yang kini anggota Parlimen Sepang)

Hakim Mohd Yazid mengisytiharkan keputusan Kerajaan Terengganu memberi hakmilik hartanah tersebut kepada 5 individu yang dikaitkan dengan Umno itu adalah tidak sah dan terbatal.

Hakim juga memerintahkan perintah certiorari dikeluarkan bagi memadamkan kesemua nama 5 individu tersebut dari rekod pendaftaran di Pejabat Tanah.

Dalam keputusan bertulisnya yang dibaca hari ini, hakim juga menyatakan beliau bersetuju dengan hujah peguam pihak sekolah tersebut iaitu pemberian hakmilik hartanah tersebut kepada 5 individu tersebut tanpa kelulusan yang diberikan oleh Kerajaan PAS dibatalkan terlebih dahulu adalah keputusan yang tidak adil, tidak munasabah dan tidak rasional.

Keputusan itu juga, menurut Mahkamah, meranapkan jangkaan sah (legitimate expectation) Sekolah Islam Darul Bayan untuk diberikan hak untuk didengar atas alasan apakah hartanah itu diberikan kepada 5 individu tersebut.

Dalam piliharaya umum ke 13 baru-baru ini kerusi Dun Paka dan Parlimen Dungun telah dirampas oleh Pakatan Rakyat dari BN.

PR Perlis ucap tahniah kepada MB baru

Bashir Ishak, 08 Mei 2013
KANGAR: Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perlis mengucapkan tahniah di atas pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pauh, Azlan Man selaku Menteri Besar Perlis yang baru menggantikan Datuk Seri Md Isa Sabu.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin yang juga Pengerusi Majlis Pakatan Rakyat negeri berharap Azlan dapat memenuhi hasrat rakyat Perlis seluruhnya untuk mentadbir negeri ini dengan prinsip keadilan dan mengutamakan kepentingan rakyat.

"Pakatan Rakyat sendiri bersedia untuk memberikan kerjasama bagi memenuhi hasrat tersebut.

“Semoga Menteri Besar Perlis yang baru ini akan dapat memainkan peranan beliau dengan sebaiknya dan memberikan berkhidmat untuk rakyat Perlis tanpa mengira apa juga fahaman politik," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

MCA desak Chua Soi Lek letak jawatan

Harakahdaily, 08 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Selepas kalah dengan teruk dalam pilihan raya umum ke 13, para pemimpin kanan MCA mendesak presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek meletakkan jawatan segera.

Bagi mereka, Chua gagal dalam memahami sentimen masyarakat Cina sehingga ditolak dengan teruk bahkan paling teruk dalam sejarah politik negara.

Tiga dari pemimpin MCA iaitu ahli Jawatankuasa Pusat, Lee Wei Kiat (Pengerusi bahagian Subang), Liew Yuen Keong (Pengerusi Bahagian Serdang) dan Tan Chong Seng (Pengerusi bahagian Kuala Selangor) mendesak Chua meletakkan jawatan segera.

Dalam PRU 13 ini, Chua mengambil sikap menentang secara bersungguh-sungguh PAS dan Pakatan Rakyat sehingga menghina syariat Islam.

Antara kempen MCA adalah undi DAP = undi PAS = sokong hukum hudud.

Iklan-iklan mengenainya dibeli MCA dan diletakkan dalam akhbar-akhbar harian negara.

Dalam pilihanraya kali ini, dari 37 kerusi Parlimen yang ditandinginya, MCA hanya menang tujuh kerusi.

Dari 90 kerusi DUN yang ditandingi MCA pula, parti cauvenis Cina itu hanya menang 11 kerusi.

Hampir kesemua kerusi yang ditandinginya dimenangi oleh DAP yang dilihat lebih lembut bahkan menghormati Islam sebagai agama rasmi negara.

"Perpecahan dalaman yang semakin meluas, cenderung kepada puak dalam pemilihan calon dan kritikan yang tidak wajar Chua kepada masyarakat Cina telah merosakkan lagi imej parti," kata kenyataan ketiga-tiga pemimpin MCA itu.

"Kami mendesak presiden MCA meletakkan jawatan daripada semua jawatan parti kerana dia sudah menjadi bebanan kepada parti," kata mereka dalam kenyataan yang diedarkan kepada media hari ini.

Elok ibu negeri Pahang dipindah ke Pekan

Harakahdaily, 08 Mei 2013
KUALA LUMPUR: PAS Pahang mencadangkan agar kerajaan mengisytiharkan Pekan sebagai sebuah bandaraya, kerana bilangan pengundi bagi Pekan jauh lebih besar berbanding ibu negeri Pahang, Kuantan.

“Atau lebih elok kalau ibu negeri Pahang dipindahkan ke Pekan memandangkan kepadatan penduduk di kawasan Pekan meningkat secara mendadak,” tulis Pesuruhjayanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di dalam facebook.

Menurutnya, Parlimen Pekan mempunyai jumlah pemilih seramai lebih 67,000 sedangkan Kuantan yang menjadi ibu negeri hanya seramai 47,000 sahaja.

“Pertambahan lebih 20,000 pengundi mencerminkan kadar kelahiran mendadak berlaku di Pekan, mungkin kerana kesuburan makanan 1Malaysia yang diperkenalkan PM,” tulis beliau lagi.

Tiada ulasan: