Rabu, 8 Mei 2013

MUNGKIN KITA AKAN KENAL...SAMA ADA KAWAN YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA...ORANG TAKWA DAN SOLEH BOLEH MEMBAWA KITA KETENANGAN...PERCAYALAH

Dr M: Cina 'tolak salam persahabatan Melayu'

Masyarakat Cina Malaysia didakwa "menolak salam persahabatan" yang dihulurkan oleh orang Melayu apabila sebahagian besar mereka mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum Ahad ini.

NONEIni ditegaskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad dalam sidang akhbar khas di Putrajaya hari ini ketika menilai prestasi BN dalam pilihan raya umum ke-13.

Menurutnya, masyarakat Cina telah termakan "propaganda" DAP untuk menjatuhkan kerajaan "Melayu yang didakwa korup".

Beliau juga menolak tanggapan bahawa trend pengundian mencerminkan wujudnya jurang politik bandar dan luar bandar.

"Sekarang bandar meliputi kawasan pinggir bandar juga," katanya sambil menambah bahawa hasilnya Selangor telah menjadi sebuah negara yang majoriti Cina.

Beliau mengulangi pendiriannya bahawa kempen DAP adalah untuk membuat masyarakat Cina membenci orang Melayu.

NONE"Saya telah berkata beberapa kali dalam kempen saya, begitu juga di Johor. Lim Kit Siang membawa konsep Malaysian Malaysia, dengan niat untuk membuat orang Cina membenci Melayu," kata Dr Mahathir.

Akibatnya, tambah beliau, ramai orang Cina menolak salam persahabatan Melayu."

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata beliau tidak dapat menolak kewujudan "Melayu yang tamak" untuk mendapatkan kuasa.

Menurutnya, terdapat tiga parti berasaskan Melayu, dan wujud keretakan dalam setiap parti, begitu juga Umno.

Malah, kata Mahathir, orang Melayu telah menjadi "pengemis di negara mereka sendiri".

"Jika orang Melayu tidak tamak, tidak akan berlaku 'tsunami Cina," tegasnya.

Kesatuan wartawan kecewa, cela Utusan
6:41PM Mei 7 2013
Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) hari ini meluahkan perasaan kecewa dan mencela Utusan Malaysia kerana memuatkan laporan berhubung sokongan Cina dalam pilihan raya umum yang disifatkan provokatif dan memesongkan pembaca.

Dalam kenyataannya hari ini, sekretariat kesatuan itu berkata, akhbar Umno itu tidak harus menyiarkan laporan sebegitu, yang disifatkan perkauman dan cuba menghasut ketegangan antara kaum.

NUJM merujuk kepada laporan muka depan dengan judul "Apa Lagi Cina Mahu?" yang antaranya menyebut, pelbagai pihak menyifatkan apa yang berlaku dalam pilihan raya umum kali ini sebagai pengkhianatan orang Cina dan tidak boleh dimaafkan.

azlan"Sebagai sebuah akhbar Melayu arus perdana, Utusan Malaysia tidak harusnya memainkan isu perkauman dan cuba menghasut ketegangan antara kaum," menurut kenyataan itu.

"Seperti yang kita semua tahu, Umno yang manipulasikan Utusan Malaysia di belakang tabir."

"Tapi ia bukannya akhbar parti yang hanya kepada ahli-ahli Umno, ia tidak patut dipergunakan sebagai senjata atau bahan propaganda parti politik untuk menyerang lawan politik."

NUJM juga berkata, Utusan menyembunyikan agenda di sebaliknya dan tidak menjunjung etika kewartawanan serta tidak neutral melaporkan isu berkenaan.

Sementara itu, menyentuh julukan "tsunami Cina" kepada pengundi Tiong Hua, badan wartawan itu berkata ia tidak tepat dan Utusan seolah mengungkit ketegangan dan menimbulkan kecurigaan serta mendalamkan salah faham kaum.

"Media sebagai alat komunikasi, harus menegakkan dan memartabatkan etika kewartawanan, melaporkan kebenaran, dan bukannya memainkan isu perkauman," kata NUJM lagi.

Najib pertahan Utusan
Sementara itu, Utusan Online petang ini melaporkan perdana menteri sebagai mempertahankan versi cetaknya yang mempersoalkan sokongan pengundi Cina terhadap kerajaan.

Sebaliknya beliau menyelar pihak-pihak yang sering mencari kesalahan akhbar tersebut tetapi tidak pula mempertikaikan akhbar-akhbar berbahasa Cina yang bertindak serupa.

"Awak salahkan Utusan, bagaimana pula akhbar berbahasa Cina," beliau dipetik sebagai berkata oleh Utusan Online di di PWTC di Kuala Lumpur hari ini.
Najib pertahan Utusan, kata akhbar Cina pun sama
9:22PM Mei 7 2013
VIDEO | 2.15 min

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini yang bertanya soalan "Apa lagi Cina mahu?"

NONE"Anda menyalahkan Utusan tapi anda tidak bertanya tentang akhbar Cina," kata Najib dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Najib (kanan) menyebut bahawa akhbar Cina pun menyiarkan jenis
berita yang sama, sebelum meninggalkan tempat sidang akhbar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat dua setengah jam dengan wakil rakyat BN yang baru dipilih di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Najib juga berkata masyarakat Cina telah terpengaruh dengan pembangkang dan bertanggapan bahawa undi mereka boleh membawa perubahan dalam kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak menyalahkan mereka, tetapi menegaskan bahawa mereka perlu diberitahu bahawa mereka telah terpengaruh sama seperti dakwaan 16 Sept, lapor fz.com, merujuk kepada kegagalan percubaan Pakatan Rakyat gagal untuk memujuk 30 Ahli Parlimen BN menyertai mereka pada 2008.
Tiong Lai sebak kenang nasib MCA

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai tidak dapat menahan sebak apabila diminta mengulas tentang nasib parti itu yang terpaksa menghadapi cabaran sengit selepas mendapat keputusan yang layu dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
  
Katanya parti itu telah berjuang selama 64 tahun dan kini pucuk pimpinan terpaksa mengharungi cabaran hebat bagi mengembalikan kerelevanan parti itu khususnya kepada masyarakat Cina di negara ini.
  
"Kami telah berjuang selama 64 tahun dan kini menerima tamparan hebat selepas PRU13. Apa yang kita boleh lakukan sekarang ialah semua anggota dan pemimpin dalam parti mesti bersatu untuk mendapatkan semula sokongan. Kita perlu bersatu padu semula.
  
"Saya berdoa mudah-mudahan parti dapat mengatasi cabaran, saya percaya kita boleh mengharungi cabaran ini. Saya benar-benar berharap kita dapat bersatu," katanya kepada pemberita selepas pertemuan khas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan anggota parlimen BN di ibunegara hari ini.
  
Dalam PRU13, parti itu hanya menang tujuh kerusi parlimen dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 37 kerusi Parlimen dan 90 DUN yang ditandingi kali ini.
  
Keputusan yang dicatat pada pilihan raya ke-13 ini lebih buruk berbanding 2008 kerana ketika itu MCA menang 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN daripada 40 kawasan Parlimen dan 90 kerusi DUN yang ditandingi.
  
Ditanya tentang keputusan parti untuk tidak menyertai Kabinet, Liow berkata beliau menghormati keputusan yang dibuat pucuk pimpinan itu sebelum ini.
  
"Jika ditawarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kami akan rujuk kepada Presiden parti (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) untuk membuat keputusan.
  
"Walau apapun keputusan yang dibuat selepas itu, saya akan menghormatinya," katanya.
  
Beliau berkata MCA perlu mengkaji dan memperbaiki semula apa peranan sebenar mereka pada masa akan datang untuk memulihkan kembali sokongan masyarakat Cina terhadap mereka.
  
"Bagaimanpun, kami tidak akan berdiam diri dan akan terus membela nasib masyarakat Cina serta memastikan kestabilan politik dan keharmonian kaum di negara ini," katanya.
  
Semalam Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengulangi bahawa parti itu tidak akan menerima jawatan dalam kerajaan, baik peringkat pusat mahupun negeri, seperti yang dipersetujui pada mesyuarat agung luar biasa parti tahun lepas.
  
Dr Chua juga tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu yang dijadual tahun ini.

- Bernama
PAS S'gor mahu 'calonnya' di Kt Damansara dihukum

PAS Selangor akan membuat laporan kepada jawatankuasa pusat parti itu terhadap anggotanya Ridzual Ismail, calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara, Selangor
yang melanggar arahan tarik diri daripada pilihan raya umum ke-13 Ahad lalu.

NONETimbalan Pesuruhjaya PAS negeri Khalid Samad (kiri) berkata, tindakan Ridzual telah memecahkan undi dan menyebabkan calon rasmi Pakatan Rakyat Dr Mohd Nasir Hashim tewas.

Dr Mohd Nasir, pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang juga penyandang kerusi itu bertanding atas tiket PKR.

"Kepimpinan akan menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan yagn sesuai," kata Khalid dalam sidang media hari ini.

PAS dan PKR menghadapi pertembungan tiga penjuru dengan BN di kawasan itu. Nasir mendapat 14,860 undi sementara Ridzuan mendapat 7,312 undi. Kedua-dua tewas di tangan calon BN Halimaton Saadiah Bohan yang mendapat 16,387 undi.

Bagaimanapun, jika berlaku pertembungan satu lawan satu, Pakatan dilihat tiada masalah mengekalkan penguasaan di kawasan itu.

Masalah sama berlaku di Semenyih, Selangor dan Sungai Acheh, Pulau Pinang.



-

Polis tahan penulis blog pro-Umno Papagomo
5:16PM Mei 7 2013
Penulis blog kontroversi pro-Umno Papagomo hari ini ditahan polis.

Belia ditahan bersama seorang lagi individu yang dikenali sebagai "King Jason".

Perkara itu dimaklumkan oleh pihak polis melalui pesanan Twitter hari ini. Sebab penahannya setakt ini belum diketahui.

Bagaimanapun, sebelum ini dilaporkan terdapat laporan polis dibuat terhadapnya dan seorang pembaca Shahrizad Mohd Diah atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berhubung isu Melayu dan Cina.

Free Malaysia Today melaporkan, laporan itu dibuat oleh Jamilah Baharuddin di balai polis Simpang Tiga dan kemudiannya di Sungai Maong di Kuching.

Anwar salahkah PM isu artikel tentang Cina

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung penyiaran laporan kontroversi Utusan Malaysia berjudul "Apa lagi Cina mahu?" di muka depan akhbar itu.

NONE"Dia ikut arahan dari Datuk Najib sebab pertama, Utusan itu surat khabar Umno," kata bekas ketua pembangkang dalam sidang media di Petaling Jaya.

"Kedua, saya tahu sebab masa saya timbalan presiden Umno, presiden Umno mempunyai pegawai yang boleh memberi arahan harian kepada Utusan.

Anwar berkata, penyiaran artikel di akhbar Umno itu juga bertentangan dengan ikrar BN yang mahu menganjurkan penyatuan nasional selepas fenomena pilihan raya yang digelar mereka sebagai "tsunami Cina".

Utusan hari ini antaranya memuatkan poin seperti berikut:

  • Para pengundi Cina yang terperangkap dengan politik perkauman DAP gagal menumbangkan kerajaan BN yang ditunjangi oleh Melayu pada pilihan raya kelmarin.
  • Percaturan pengundi Cina untuk menjadikan Anwar sebagai perdana menteri bagi membolehkan mereka mendapat kuasa politik juga tidak kesampaian.
  • Walaupun DAP menang banyak kerusi tetapi yang memualkan, mereka masih belum berpuas hati dan mahu mengadakan protes menerusi perhimpunan haram sehingga menimbulkan perlbagai pertanyaan.
  • Antara SMS yang paling banyak diterima: "Apa lagi yang kamu mahukan wahai orang Cina."
  • Semalam, pembangkang yang diketuai pembangkang mengadakan "silent walk" bagi memprotes keputusan pilihan raya di pusat membeli belah Mid Valley Kuala Lumpur, Sunway Carnival Prai dan Qyeens Bay Pulau Pinang.
  • Pelbagai pihak menyifatkan apa yang berlaku dalam pilihan raya umum kali ini sebagai satu pengkhianatan orang Cina yang tidak boleh dimaafkan.
Polis petang ini menulis di Twitter bahawa satu laporan polis diterima berkenaan siaran Utusan Malaysia yang berbaur hasutan.

Kes disiasat bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Sementara itu, Utusan Online petang ini juga melaporkan perdana menteri sebagai mempertahankan versi cetaknya yang mempersoalkan sokongan pengundi Cina terhadap kerajaan.

Sebaliknya beliau menyelar pihak-pihak yang sering mencari kesalahan akhbar tersebut tetapi tidak pula mempertikaikan akhbar-akhbar berbahasa Cina yang bertindak serupa.

"Awak salahkan Utusan, bagaimana pula akhbar berbahasa Cina," beliau dipetik sebagai berkata oleh Utusan Online di di PWTC di Kuala Lumpur hari ini.
Kedudukan Khalid sebagai MB masih tidak jelas

Kedudukan menteri besar sementara Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim masih tidak diketahui apabila masih tiada keputusan dibuat bagi menentukan sama ada beliau akan terus memegang tampuk pemerintahan negeri.

Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali (lihat gambar) dalam sidang media bersama pemimpin-pemimpin negeri Pakatan hari ini berkata, sebuah mesyuarat akan diadakan segera bagi membincangkan perkara itu.

NONEMenurutnya, mereka akan memutuskan siapa yang akan dilantik untuk penggal seterusnya sebelum ia dimaklumkan kepada majlis presiden Pakatan Rakyat.

"Kami akan berbincang dan ikut keputusan pemimpin Pakatan. Kami akan pertahankan semangat kemuafakatan dan perundingan bagi memastikan ia semakin kuat di mas akan datang," katanya ketika ditanya.

Isu kedudukan menteri besar itu timbul apabila PKR kini mendapat undi paling sikit di Selangor berbanding rakan Pakatannya dengan 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

PAS dan DAP kini mendapat lebih kerusi dengan masing-masing 15 kerusi.
'Pakatan layak berada di Putrajaya'

Pakatan Rakyat layak membentuk kerajaan persekutuan kerana ia memenangi undi popular yang lebih tinggi di seluruh negara berdasarkan keputusan pilihan raya umum Ahad ini.

"Bagaimana (kita) boleh memenangi 51.4 peratus undi popular berbanding 48.6 peratus oleh BN tetapi tidak mendapat kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan persekutuan?" tanya Pengerusi Pakatan Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

"Ini sangat mengecewakan. Bagaimana kita boleh menang 51.4 peratus undi popular. tetapi hanya tambah tujuh kerusi?"

Lim, bagaimanapun, gembira bahawa undi popular untuk Pakatan di Pulau Pinang telah meningkat daripada 63 peratus pada tahun 2008 kepada 66 peratus pada pilihan raya umum ke-13.

"Ini menunjukkan bahawa rakyat Pulau Pinang terus mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat," katanya.

Lim menolak kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa "tsunami Cina" telah mengalih undi kepada Pakatan.

Beliau juga mengkritik Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana menuduh DAP untuk mewujudkan "sistem dua bangsa".

Komen mereka, katanya, adalah semata-mata usaha untuk mengalihkan perhatian daripada prestasi BN yang teruk dalam pilihan raya umum Ahad lalu.

Pakatan, tegas Lim, telah menembusi banyak kawasan di seluruh Malaysia dan bukan setakat kawasan masyarakat Cina sahaja

Beliau menyenaraikan enam kerusi Parlimen - Kuala Terengganu, Dungun, Alor Setar, Lumut, Sepang, dan Penampang - yang dapat ditembusi Pakatan walaupun masing-masing mempunyai 50 peratus undi Melayu atau lebih.

Di peringkat negeri, Lim berkata Pakatan telah mencapai kemajuan dalam banyak kawasan majoriti Melayu termasuk Seberang Jaya, Pulau Pinang (64 peratus), Tanjung Lumpur, Pahang (77 peratus), Parit Yaani (54 peratus) dan Puteri Wangsa (40 peratus) di Johor.

Ia juga menang di kawasan bumiputera Sabah atau kerusi campuran di Matunggong, Kadamaian, Tamparuli, Inanam dan Moyog.

Prestasi DAP itu juga, tegasnya, turut memaparkan pembohongan bahawa ia adalah parti cauvinis Cina.

Wakil rakyat pelbagai kaum

DAP kini mempunyai dua Ahli Parlimen Melayu yang mewakili Bukit Bendera (di Pulau Pinang) dan Raub (Pahang) kerusi Parlimen dan ADUN negeri di Mentakab, Pahang.

Parti itu juga mempunyai seorang ADUN Kadazan di Kepayang - Dr Edwin Bosi - dan enam Ahli Parlimen India mewakili Batu Kawan, Bukit Gelugor, Ipoh Barat, Batu Gajah, Puchong dan Klang.

Ini, kata Lim, lebih dua daripada yang dimenangi MIC.

"Rakyat Malaysia telah menolak perkauman dan memberi undi mereka kepada Pakatan. Ia bukan satu tsunami Cina kerana kita juga menang kerusi dengan majoriti Melayu (90 peratus) di Kelantan," katanya.

"Ini semua fitnah besar bahawa kita tidak dapat undi orang Melayu. Tanpa 50 peratus undi masyarakat itu, kita tidak boleh menang.

"Jangan jatuh ke dalam perangkap perkauman. Dasar adalah lebih penting daripada bangsa. Rakyat mengundi untuk kerajaan yang bersih. Ini adalah satu-satunya cara kita boleh bergerak ke hadapan. Apa gunanya memilih calon berdasarkan kaum jika dia rasuah?".
Ahli MCA letak jawatan peringkat kampung dan negeri esok

Ahli MCA Melaka yang memegang jawatan dari peringkat kampung hingga ke peringkat negeri akan meletak jawatan mereka esok.
  
Pengerusi MCA Melaka Datuk Gan Tian Loo berkata keputusan itu dibuat bagi menghormati resolusi pucuk pimpinan MCA pusat yang menetapkan tiada wakil parti itu dalam kerajaan negeri ekoran prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas.
  
"Esok, kesemua ahli MCA yang menjawat apa-apa jawatan di negeri ini... ketua kampung, ahli jawatankuasa dan kemajuan kampung, pegawai seranta, ahli lembaga pelawat hospital, penyelaras Japerun (Pejabat Jawatankuasa Dewan Undangan Negeri) semua akan letak (jawatan).
  
"Kita juga tidak akan menyertai barisan Exco kerajaan negeri Melaka," katanya kepada pemberita di Melaka hari ini.
  
Beliau berkata ketiga-tiga calon MCA yang menang pada PRU13 iaitu Datuk Lai Meng Chong bagi kerusi DUN Machap, Lim Ban Hong (Klebang) dan Datuk Ng Choon Koon (Bemban) juga bersetuju untuk tidak menerima tawaran sebagai anggota Exco.

Katanya beliau akan berbincang dengan Ketua Menteri Melaka Datuk Ir Idris Haron bagi menjelaskan pendirian itu.

Perwakilan khas MCA sebelum ini mengumumkan untuk tidak menerima sebarang jawatan sama ada di peringkat kampung hingga ke Persekutuan sekiranya parti itu mencatatkan keputusan lebih buruk berbanding pilihan raya 2008.
  
Selepas PRU12, dua anggota MCA Melaka dilantik sebagai Exco kerajaan negeri dengan Datuk Seet Har Cheow sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Pekan Kecil, Pemulihan Projek dan NGO serta Gan sendiri selaku Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Belia dan Sukan.
  
Seet yang merupakan bekas Adun Klebang bagaimanapun tidak tersenarai sebagai calon BN pada PRU13 manakala Gan kalah kepada calon DAP Goh Leong San di DUN Duyong dengan majoriti 205 undi.
  
Dalam PRU13, MCA bertanding di tujuh DUN dan dua kerusi Parlimen di negeri ini.
  
Di IPOH, Datuk Dr Mah Hang Soon, yang mempertahankan kerusi DUN Chenderiang pada pilihan raya umum Ahad lepas, berkata beliau menghormati keputusan pucuk pimpinan parti dan menolak sebarang jawatan dalam kerajaan negeri jika ditawarkan.
  
Dr Mah, satu-satunya Adun BN daripada MCA di Perak, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan persetujuan yang dicapai dan diluluskan pada mesyuarat agung luar biasa parti itu sebelum ini.
  
"Sebagai orang parti (party man), saya menghormati dan menurut keputusan yang dibuat oleh parti... saya tidak akan terima (sebarang jawatan).
  
"Agenda diri tidak penting, yang penting agenda untuk seluruh masyarakat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di sini hari ini.
  
Dr Mah yang sebelum ini ialah Exco Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam berkata beliau akan menumpukan untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat di kawasannya.
Di KOTA TINGGI, seramai 17 anggota jawatankuasa MCA Bahagian Kota Tinggi dan Tenggara di sini, melepaskan jawatan mereka dalam agensi kerajaan berkuat kuasa esok.
   
Pengerusi MCA Kota Tinggi Ng Keng Heng berkata mereka yang meliputi 10 daripada MCA Kota Tinggi dan baki daripada bahagian Tenggara berbuat demikian selaras keputusan pucuk pimpinan tertinggi parti pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA pada 2011.
   
Kesemua mereka melepaskan jawatan antaranya sebagai anggota Majlis Daerah Kota Tinggi, anggota Lembaga Pelawat Hospital Kota Tinggi, ketua masyarakat dan juga pemerhati Majlis Daerah Kota Tinggi, katanya pada sidang media, di Kota Tinggi hari ini.
   
"EGM itu memutuskan jika wakil dari MCA yang bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) mendapat kerusi yang kurang daripada PRU12 kami tidak akan terima apa-apa jawatan.
   
"Ini adalah cara demokrasi dan kami harus menghormati keputusan undi pada pilihan raya kali ini sebab itu kami secara rasmi meletakkan jawatan," kata Ng.
   
Ditanya sama ada mereka akan menerima kembali jawatan terbabit jika dilantik semula, beliau berkata mereka akan membuat keputusan selaras dengan kehendak pucuk pimpinan tertinggi parti.
   
Hadir sama Pengerusi MCA Bahagian Tenggara, Gan Ong Peng.
   
- Bernama

Tiada ulasan: