Ahad, 5 Mei 2013

KHAS BUAT PENGUNDI

Selamat Mengundi... Pastikan UMNO @ BN "Kiot"
Posted on Sunday, May 05 @ 08:48:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline


Ok, Jom pergi mengundi... saya nak tinggalkan blog ini seketika untuk menunaikan tanggungjawab dan memastikan UMNO @ BN "kiot jilat cok" (tafsir sendiri maknanya...)

Bagi golongan muda terutama saluran 5, memang ini suatu yang baru dan pasti akan membuatkan mereka 'ghairah' datang awal. Manakan yang saluran 1, 'liut' dan 'culas' sedikit... dan kena papah baru boleh mengundi.


Kali ini dakwat kekal... heboh pasal kekal dan tak kekal...

Ada AMARAN DRP SPR yang tidak bertanggungjawab kalau anda lakukan perkara seperti...
mengorek hidung anda selepas jari dicalik dakwat...

Dakwat akan melekat kat hidung anda selama 7 hari... KAH KAH KAH

Hehehehe...jangan marah..
Relax and enjoy ur voting....be a good Malaysian citizen...

Sudah pasti MALAYSIA BARU
6 Mei ini...

Takbir!!!!

........
sila dapatkan berita terkini drp
http://tranungkiteoffline.blogspot.com


 Amanat Akhir Dato' Seri Anwar Kepada Pengundi
Posted on Sunday, May 05 @ 08:46:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline


Kita kini berada diambang sejarah. Kita telah tiba pada 24 jam terakhir kempen yang bersejarah yang bakal merubah Malaysia selama-lamanya. Di seluruh negara, kita telah menyaksikan beratus ribu rakyat Malaysia dari semua bangsa menghadiri ceramah-ceramah kita. Respon di negeri-negeri barisan hadapan seperti Johor, Sabah dan Sarawak, kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional sangat memberansangkan.

Dalam melakukan persediaan untuk bulan-bulan pertama mentadbir kerajaan, saya akan mengeluarkan peta laluan Pakatan Rakyat yang menggariskan tindakan-tindakan utama yang akan kita ambil untuk memenuhi janji-janji manifesto kami. Seperti yang saya tekankan, fokus peta laluan ini mestilah pro-rakyat dan mengandungi langkah-langkah yang akan mempunyai kesan segera dan manfaat jangka panjang. Ini adalah langkah-langkah perubahan yang BN tidak bersedia laksanakan, tetapi akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat - ini merupakan perubahan yang akan membawa pembaharuan, kemerdekaan yang sebenarya dan demokrasi ke Malaysia.

Saya ingin menjamin kepada semua rakyat Malaysia supaya tidak merasa takut. Peralihan ini bukan sahaja bersejarah, tetapi ia juga akan berlaku secara aman. Majlis Penasihat Keselamatan Pakatan Rakyat yang dianggotai bekas-bekas jeneral dan ketua polis akan membantu saya dan lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat untuk mengendalikan proses peralihan ini.

Kepada rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat, kami ingin mengucapkan terima kasih di atas keyakinan, keberanian dan pandangan jauh anda semua. Pilihanraya Ahad ini menandakan langkah penentuan dalam satu revolusi demokratik, yang aman dan mengkagumkan yang akan membawa Malaysia ke era baru. Ayuh beramai-ramai keluar mengundi Ahad ini. Galakkan semua kawan-kawan, saudara-mara dan jiran-jiran anda untuk keluar mengundi.

Saya memberi amaran kepada Suruhanjaya Pilihanraya dan Kerajaan Sementara sekali lagi, rakyat tidak akan toleran terhadap sebarang penipuan pilihanraya. Kami akan berwaspada terhadap sebarang kegiatan yang mencurigakan. Kepada kakitangan Suruhanjaya Pilihanraya yang bertindak secara adil dan professional, anda tidak perlu gusar atau bimbang kesan perubahan ini ke atas anda. Kami menjamin bahawa hanya rakyat Malaysia akan menentukan masa depan Negara kita dan InsyaAllah kita akan berjaya.

Kepada semua rakyat Malaysia: Malaysia ialah sebuah negara yang penuh dengan harapan dan kesempatan. Tentukan sendiri masa depan anda.

Ini kali lah!
Kepada kakitangan Suruhanjaya Pilihanraya yang bertindak secara adil dan professional, anda tidak perlu gusar atau bimbang kesan perubahan ini ke atas anda.

Dato’Seri Anwar Ibrahim
........
sila dapatkan berita terkini drp
http://tranungkiteoffline.blogspot.com


 TAZKIRAH PRU 13: Ingat Hunain pada 5 Mei ...wahai pejuang Islam!
Posted on Sunday, May 05 @ 08:45:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: tokpepijat

"

Hari ini 5 Mei seluruh rakyat turun medan untuk menumbangkan kerajaan korup, zalim dan penipu.

Sambutan rakyat terhadap PR begitu hebat dan menguja.Setiap ceramah PR dihadiri puluhan ribu rakyat berbanding ceramah UMNO dan BN yang dihadiri puluhan kerusi kosong!

Marilah di pagi 5 Mei ini,setiap pendokong Gerakan Islam mengingati dan mengimbau kembali satu peristiwa yang berlaku di zaman Rasulullah.Iaitu Ghazwah Hunain. Ghazwah Hunain berlaku selepas sebulan Fathul Mekah.6 Hijrah. Fathul berlaku Ramadhan manakala Hunain berlaku Syawal.

Setelah Fathul Mekah berlaku, ribuan pendudukan Mekah dan sekitarnya memeluk Islam termasuk pimpinan atasan Mekah.

Tentunya menaikkan semangat dan moral kepada pasukan tentera Islam menuju Lembah Hunain.

Dalam perjalanan itu, terdapat kata-kata dari Tentera Islam, "Kita ramai...tentunya musuh tidak dapat kalahkan kita.......".

Kata-kata itu tidak disenangi oleh Rasulullah hinggalah turun ayat Al Quran menegur ucapan tersebut.

Di sini, kita melihat betapa apajua pun ramai sokongan untuk Gerakan Islam(PAS), kita tidak boleh "lupa" walau sedetik tentang faktor utama kemenangan itu iaitu pertolongan Allah.

Kita tidak boleh disamakan pemikiran partai politik yang tidak berlandaskan keimanan dan aqidah.

Ingat! Kemenangan kita adalah atas pertolongan Allah Taala bukan atas faktor ramai atau sambutan.

Badar,Ahzab dan Mu'tah membuktikan sedikit tidak dapat dikalahkan oleh yang ramai dan banyak atas pertolongan Allah yang tidak disangka-sangka.

Insyallah atas kerjasama penduduk bumi dan langit, UMNO dan BN bakal berkubur dalam PRU 13. Kita yakin dengan pertolongan Allah Taala.

Kerajaan Allah Maha Hebat berbanding kerajaan UMNO

TAZKIRAH PRU 13:Ingat Hunain pada 5 Mei ...wahai pejuang Islam!"


 Jaminan Presiden PAS Kepada Pengundi
Posted on Sunday, May 05 @ 08:44:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline


“JAMINAN PAS TERHADAP KEPENTINGAN MELAYU-ISLAM DI MALAYSIA”

1. Penubuhan suatu gagasan besar yang bernama Pakatan Rakyat (PR) oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS), Democratic Action Party (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah untuk membawa Malaysia ke satu era baru, iaitu menolak politik berasaskan perkauman yang sekian lama di monopoli oleh parti-parti yang membentuk Barisan Nasional dan untuk menolak kerosakan yang telah membarah dalam negara kita ini.

2. Pakatan Rakyat telah bergerak dengan begitu teguh, di mana kebersamaannya adalah di asaskan oleh perkara yang dipersetujui bersama di antara PAS, DAP dan PKR yang telah diperincikan menerusi deklarasi-deklarasi Konvensyen PR, Buku Jingga dan Manifesto yang tidak menindas hak mana-mana bangsa, agama ataupun jantina. Hasilnya, PR telah menjadi suatu muafakat politik yang mampu untuk menggantikan Barisan Nasional yang sudah semakin bermasalah untuk menguruskan negara kita ini.

3. Sehubungan dengan mandat besar yang kita perlukan dari rakyat dalam PRU-13 ini, PAS sekali lagi ingin memberikan jaminan bahawa institusi awam yang berkait rapat dengan kedudukan orang Melayu beragama Islam dalam negara ini sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak akan terjejas sedikit pun.

4. PAS akan memastikan kepentingan Melayu dan Islam terjaga dengan baik dalam Pakatan Rakyat tanpa sedikitpun mengganggu atau bertindak tidak adil kepada mana-mana pihak. Maka kewujudan agensi dan entiti seperti UITM, MARA, Tabung Haji dan lain-lainnya akan terus diperkukuhkan sesuai dengan tuntutan masa untuk menghadapi cabaran yang semakin sengit di dunia luar.

5. Berasaskan jaminan PAS ini, maka rakyat Malaysia yang menjadi pengundi dalam PRU-13 pada 5 Mei 2013 ini tidak perlu merasa ragu lagi untuk memberikan undi mereka kepada Pakatan Rakyat, menerusi lambang PAS, DAP dan PKR. PAS akan membalas amanah rakyat untuk bersama Pakatan Rakyat memuliakan Islam, meluhurkan Perlembagaan serta berkebajikan untuk rakyat.


Selamat Mengundi.

MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN
PAKATAN HARAPAN RAKYAT

ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN PAS


........
sila dapatkan berita terkini drp
http://tranungkiteoffline.blogspot.com


 Pesanan Khas Tuan Guru Mursyidul Am PAS Kepada Pengundi
Posted on Sunday, May 05 @ 08:43:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline

 
 
Bismilllahir-Rahmanir-rahim.
Assalamu’alaikum waramatullahi wa barakatuh.
Saudara saudari pengundi sekelian,

Dalam masa kurang dari 48 jam dari sekarang, kita akan melalui satu proses demokrasi bagi menentukan parti manakah yang akan memegang tampuk pemerintahan negara untuk tempoh 5 tahun akan datang.

Pada penghujung tempoh berkempen ini, saya yakin saudara saudari telah menerima pelbagai bentuk maklumat mengenai tawaran-tawaran dari Barisan Nasional mahu pun dari Pakatan Rakyat, sama ada melalui media arus perdana atau media baru seperti Facebook, Blog, Twitter dan sebagainya.

Berdasarkan perkembangan kempen selama dua minggu ini, maka saya dengan rendah hati merayu agar saudara saudari sekalian dapat mengundi calon-calon Pakatan Rakyat. Jika di Dun/Parlimen itucalon PAS, maka undilah PAS. Begitulah di mana Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding, undilah PKR dan di mana ada calon DAP, maka undilah DAP.

Atas semangat pemuafakatan tahaluf siasi, PAS, PKR dan DAP sedia menjadi pilihan terbaik dari apa yang Barisan Nasional lakukan selama 55 tahun memerintah Malaysia.

Justeru PAS sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan politik Islam, sudah tentu PAS tidak akan berganjak seinci pun dalam memelihara kesucian agama Islam. Atas penegasan ini, maka PAS sedia menawarkan peranan yang lebih besar bagi menjamin kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan. PAS sedia memastikan kedudukan Islam dimartabatkan sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Negara. Ini telah dibuktikan sepanjang sejarah perjuangan PAS sejak dari dahulu lagi––PAS tanpa rasa kekok atau apologetik––PAS sentiasa meletakkan kesucian Islam pada kedudukan yang paling tinggi di dalam perjuangan kami.

Saya dengan ini, memberi jaminan seutuhnya sekiranya Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya, maka PAS akan terus menjunjung kemuliaan Islam dan memastikan kedaulatan Raja-Raja Melayu sebagai tunjang kepada sistem Raja Berperlembagaan. Hal ini penting, tatkala Sistem Beraja dicabar oleh beberapa pindaan Perlembagaan sejak 80-an lagi, PASlah satu-satunya parti yang konsisten di dalam mempertahankan sistem

Raja Berperlembagaan ini di hadapan rakyat. Natijahnya, PAS sedia memastikan institusi Raja terus disanjung, seiringan dengan kedaulatan Raja-Raja Melayu sebagai institusi bersejarah di tanah air tercinta ini.

Oleh itu PAS akan terus memelihara keluhuran Perlembagaan sebagai undang-undang dasar yang paling tinggi di dalam sistem pemerintahan Negara, dan tidak rela perlembagaan itu dimanipulasikan oleh mana- mana pihak demi agenda politik tertentu. Tekad PAS adalah untuk terus menjuarai usaha-usaha untuk melindungi dan mempertahankan hak-hak rakyat, khususnya orang Melayu dan kaum Bumiputera sebagaimana termaktub di dalam Perkara153 Perlembagaan Malaysia. PAS tidak akan segan silu untuk menjadi jurubicara rakyat dalam Perkara ini, dan dalam masa yang sama, memberikan hak-hak yang adil dan saksama kepada seluruh kaum-kaum lain sebagaimana peruntukan yang ada.

Akhir sekali, saya memberi jaminan bahawa PAS akan terus berjuang untuk membebaskan penjawat awam dari cengkaman politik dan mempastikan tiada seorang pun kakitangan awam menjadi mangsa politik walaupun mereka mempunyai kefahaman politik yang berbeza. Kita memberi jaminan bahawa tidak ada seorang pun penjawat awam, termasuklah 15,000 kakitangan KEMAS dan 10,000 kakitangan JKKK di seluruh negara yang akan dibuang kerja jika Pakatan Rakyat memerintah negara selePAS PRU-13 nanti.

Undilah PAS. Undilah calon-calon Pakatan Rakyat.
Ini kalilah! Ubah!
Kekal Kelantan Ubah Putrajaya.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS
merangkap Menteri Besar Kelantan
........
sila dapatkan berita terkini drp
http://tranungkiteoffline.blogspot.com


 

Tiada ulasan: