Ahad, 5 Mei 2013

RAKYAT DAH MULA MENGUNDI....MALAM NI ATAU SELEWAT2NYA BESUK...TAHU SAPE MENANG...DAN PARTI MANA MENJADI KERAJAAN....YANG TELAH TAHU ADALAH ALLAH SWT

Dakwat kekal: Sudah dua kali rakyat ditipu?

Nahar Md Nor, 05 Mei 2013
Kontroversi “dakwat kekal yang tidak kekal” yang berlaku semasa pengundian awal baru-baru ini telah menimbulkan sekali lagi persoalan tentang kredibiliti SPR serta ketelusan perjalanan pilihanraya di Malaysia.
Ini merupakan kali kedua kontroversi dakwat kekal melanda PRU di Malaysia. Kali pertama adalah semasa PRU12, tahun 2008, di mana SPR telah mengumumkan pembatalan penggunaan dakwat kekal 3 hari sebelum berlangsungnya pengundian pada 8 Mac 2013 setelah berbelanja sebanyak kira-kira RM2.9 juta untuk membeli 48,000 botol dakwat.

Alasan yang diberikan pada masa itu adalah kerana terdapat parti-parti politik yang telah membeli dakwat kekal dari luar negara dan dijangka akan menyalahgunakannya untuk PRU12. Pada masa itu ramai yang tidak dapat menerima alasan tersebut namun terus memberi peluang kepada SPR.

Salah satu tuntutannya Bersih 2.0 adalah berkaitan penggunaan dakwat kekal. Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (Berhubung Penambahbaikan Pilihan Raya) yang telah ditubuhkan oleh Parlimen juga telah mengesyorkan agar dakwat kekal digunakan dalam PRU13. SPR telah bersetuju untuk melaksanakan syor tersebut.

Namun semasa pengundian awal diadakan baru-baru ini, ternyata dakwat yang digunakan itu tidak kekal. Malah dengan mudah dihilangkan dengan menggunakan sabun biasa. SPR memberi alasan bahawa botol dakwat kekal tersebut telah tidak digoncang sebelum menggunakannya, maka ia tidak dapat berfungsi dengan baik. Keesokan harinya SPR mengadakan demonstrasi kepada wartawan bagi membuktikan dakwat itu kekal dan kali ini terbukti ia memang kekal.

Pelbagai persoalan timbul dengan episod terkini berkaitan dakwat kekal ini. Antaranya adalah:

1.       Benarkah dakwat kekal tersebut perlu digoncang terlebih dahulu sebelum ia dapat berfungsi dengan baik?

2.       Adakah dakwat yang digunakan semasa pengundian awal sama dengan dakwat yang digunakan semasa sesi demonstrasi kepada pemberita?

Seorang pakar kimia dalam penjelasan beliau menghuraikan bahawa dakwat kekal tersebut, dengan kandungan kimianya, sebenarnya tidak perlu digoncang untuk ia berfungsi dengan baik. Penjelasan beliau itu kini tersebar luas di laman sosial. Sekali lagi kredibiliti SPR dipersoalkan.

Tujuan utama kenapa Bersih 2.0 dan orang ramai mendesak agar dakwat kekal digunakan adalah kerana mereka ingin membanteras kejadian di mana seorang pengundi boleh mengundi lebih daripada sekali. Ini adalah sebahagiannya berpunca daripada keraguan orang ramai terhadap kebersihan senarai pemilih serta maklumat tentang usaha mengeluarkan kad pengenalan palsu bagi membolehkan sesorang itu mengundi lebih daripada sekali.

Kejadian semasa pengundian awal tersebut telah menjadikan penggunaan dakwat kekal pada PRU13 ini sudah kurang bermakna. Ini adalah kerana tujuan utama penggunaan dakwat kekal bagi mengelakkan pengundian melebihi satu kali sudah tidak dapat dicapai sepenuhnya. Mereka yang mengundi awal masih berpeluang mengundi sekali lagi kerana dakwat yang dicalit ke tangan mereka tidak kekal.

Meskipun SPR mengatakan bahawa kanta pembesar akan disediakan di pusat mengundi namun ia amat diragui sama ada pegawai bertugas dapat mengesan dakwat di jari tersebut. Malah amat tidak praktikal bagi pegawai tersebut untuk memeriksa setiap jari pengundi menggunakan kanta pembesar bagi mengesahkan sama ada ia telah mengundi atau belum.

Semua peristiwa ini menimbulkan pertanyaan: adakah memang SPR serta Umno dan BN amat tidak senang dengan penggunaan dakwat kekal ini kerana memang telah dirancang agar sebahagian pengundi awal akan mengundi semula pada 5 Mei 2013?

Jumlah pengundi awal adalah hampir tiga ratus ribu orang. Jumlah ini adalah signifikan dan kritikal memandangkan banyak kawasan parlimen dan Dun dijangka akan dimenangi dengan majoriti yang tipis. Sekiranya sebahagian pengundi awal ini dapat mengundi semula pada 5 Mei nanti maka mereka dapat memberi kesan yang agak signifikan kepada PRU13.

Dalam sidang media Bersih 2.0 kelmarin juga dibangkitkan tentang peristiwa membawa pengundi dengan pesawat dari Sabah dan Sarawak yang sangat meragukan. Juga dipersoalkan sama ada peristiwa ini, bersama peristiwa penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal semasa pengundian awal tersebut akan menjadikan PRU13 satu PRU yang tidak akan menzahirkan keputusan rakyat yang sebenarnya.

Tentang dakwat kekal ini, rakyat akan bertanya, apakah mereka telah ditipu dua kali berturut-turut, dalam PRU12 dan PRU13.

Takut juga pemerintah dengan dakwat kekal ini!

Penulis ialah Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan aktivis Bersih 2.0

Video sumpah Saiful guna ‘chroma key'? terhangat

Harakahdaily, 05 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Artikel bertajuk Video Saiful sumpah di Mekah guna teknik 'Chroma Key'? merupakan artkel yang paling diminat oleh para pembaca Facebook dan Twitter bagi minggu ke-17, 2013.

Di tempat kedua, ialah artikel bertajuk Ustaz Azhar lwn Dr Mahathir di Putrajaya, siapa menang? – menunjukan perbezaan tahap sambutan warga Putrajaya kepada Usztak Azhari Idrus dan Mahathir.

Di tempat ketiga ialah artikel bertajuk “Ayah Saiful hadapi tekanan kuat dari Umno” mengenai ayah Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mat Lazim yang keluar PKR dan masuk Umno

Berikut ialah 10 artikel terhangat untuk minggu 28 April hingga 4 Meil 2013.

1

Video Saiful sumpah di Mekah guna teknik 'Chroma Key'?
2

Ustaz Azhar lwn Dr Mahathir di Putrajaya, siapa menang?
3

Ayah Saiful hadapi tekanan kuat dari Umno
4

Ustaz Azhar belasah Mahathir 10-1 di Putrajaya
5

Guru tidur dalam kereta ditukar tergesa-gesa
6

Pemilik asal gambar Bangla kahwin jadi Melayu dalam poster BN tak puas hati
7

Tiba-tiba Jempol boleh dimenangi PAS!
8

Ya, kami terbangkan pengundi ke Semenanjung – Tengku Adnan
9

Putrajaya: Majlis Profesor Negara mesyuarat tergempar
10

Penuh orang dalam ceramah Sayangi Selangor

Bersumpah sebut nama Allah baru dapat duit

Aslani M, 05 Mei 2013
BACHOK: Kelazimannya perantau yang pulang ke kampung diberi duit tambang sebaik sahaja selepas membuang undi, namun berlainan pula di Bachok, semalam.
Kelihatan orang ramai mengerumumi banyak bilik gerakan Umno di sekitar kawasan parlimen ini.

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Wan Nik Wan Yusoff berkata, berdasar kepada maklumat orang ramai datang menuntut bayaran tambang pulang mengundi daripada pemimpin Umno.

Katanya, berdasar kepada maklumat beberapa pengundi yang ditemui mendakwa mereka diarah bersumpah dengan nama Allah akan mengundi BN sebelum diberi wang tambang.

“Saya diberitahu oleh beberapa pengundi yang datang ke bilik gerakan Umno di sekitar Bachok. Mereka diminta bersumpah dengan nama Allah sebelum dibayar tambang balik mengundi.

“Pengundi terbabit diingatkan sumpah itu biar pun menyebut nama Allah ia tidak mendatangkan sebarang mudarat kerana sumpah bagi mengekalkan pemerintah yang zalim bertentangan dengan Islam,” katanya di sini.

Sementara itu dalam perkembangan lain beberapa petugas PAS mengesan ada pengundi yang tidak dikenali mendiami beberapa hotel dan rumah tumpangan di Kota Bharu.

Satu sumber mendakwa orang yang tidak dikenali itu tidak boleh bercakap dalam bahasa mulai mendaftar masuk di beberapa hotel dan rumah tumpangan.

Katanya, disyaki mereka akan mengundi di beberapa tempat esok termasuk parlimen Kota Bharu, Bachok dan Jeli.

Katanya orang yang tidak dikenali itu dipercayai berasal dari Sabah dan Sarawak yang dikatakan didatangkan khas sebagai projek pengundi hantu tajaan BN.

Calon PAS Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan mendakwa kelmarin terdapat lapan penerbangan tambahan AirAsia mendarat di Pengkalan Chepa.

Ustaz Hamid ‘diculik’ guna kenderaan mewah

Aslani M, 05 Mei 2013
TUMPAT: Ustaz Hamid Derani yang dikatakan ‘diculik’ empat hari lalu sebenarnya didatangi tiga lelaki yang mendakwa membawa pesanan pemimpin tertinggi Umno.

Keluarganya ketika ditemui berkata, tiga lelaki terbabit datang dengan kereta mewah Estima dengan dibantu seorang pemimpin Umno cawangan untuk menemui Hamid.

“Isteri Hamid memberitahu pada awalnya tiga lelaki itu cuba mencari Hamid di Machang, namun tidak berjumpa. Kemudian mereka datang ke Wakaf Bharu dengan bantuan seorang pemimpin Umno.

“Hamid ketika pulang seketika di rumah memberitahu isterinya dia diminta menemui seorang pemimpin kanan Umno di Kuala Lumpur,” katanya.

Anggota keluarganya itu berkata, selepas tiga hari berada di tempat yang tidak tahu di mana disyaki di Kuala Lumpur barulah Hamid menghubungi isterinya bagi memaklumkan dia selamat.

Abang Hamid, Ustaz Abdul Halim Abdul Ghani yakin pihak terbabit yang bersembunyi di sebalik kuasa politik cuba mengugut Hamid bagi menyokong BN kerana kelatangan ceramahnya sebelum ini.

“Saya yakin apa yang disebut Ustaz Hamid seperti disiarkan dalam televisyen dan akhbar dibuat kerana dipaksa.

“Mereka dipercayai menggunakan anggota keselamatan bagi membawa Hamid ke Kuala Lumpur bagi mencapai misi mereka. Saya meminta mereka melepaskan Hamid pulang kepada keluarganya bagi membolehkan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

“Perbuatan mereka itu jelas menyalahi hukum agama dan peraturan yang dicipta manusia sendiri,” katanya kesal.

Taktik yang digunakan menculik Hamid pernah digunakan Umno pada 1960-an, apabila menculik beberapa wakil rakyat PAS dengan tujuan untuk menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan.
Rakyat buat pilihan, barisan panjang pengundi
8:00AM Mei 5 2013
Pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi ini untuk rakyat Malaysia membuat pilihan antara BN dan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan bagi tempoh lima tahun akan datang.

Pengundi diminta untuk mengundi awal kerana hujan dan ribut petir dijangka berlaku di banyak tempat di negara ini pada sebelah petang. Pengundian akan berakhir pada jam 5 petang dan pengiraan undi akan bermula selepas itu. Keputusan dijangka mula diumumkan mulai jam 8 malam.

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dipertandingkan, dengan BN mewakili 135 kerusi, Pakatan 75 kerusi dan 12 kerusi diwakili Bebas dan tiga parti lain. BN atau Pakatan perlu menang 112 kerusi mendapat majoriti mudah.

Sementara itu, Pakatan Rakyat menguasai empat negeri - Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah -  manakala BN mentadbir di sembilan negeri.

Pilihan raya ini akan melihat sejumlah besar pengundi baru - satu peningkatan sebanyak tiga juta, atau kira-kira 25 peratus -  sejak PRU 2008, menjadikan ia kenaikan terbesar dalam sejarah Malaysia.
LAPORAN LANGSUNG
9.40am: Seremban, Negri Sembilan: Proses pengundian pada umumnya sehingga ini berjalan lancar.

Tetapi petugas pilihan raya DAP, Lawrence Fah, berhampiran Sekolah Wawasan di Seremban 2, mengadu SPR menghalang mereka daripada membantu pengundi menyemak nama dan aliran mengundi.
9.33am: Pekan, Pahang: Star Online melaporkan bahawa Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mengundi di Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah.

Di Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengundi di SM Sri Muar pada kira-kira jam 8.20 pagi, menurut Berita Harian.

Di Lembah Pantai, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengundi pada jam 9.14, berdasarkan tweetnya.
9.30am: Segamat, Johor: Penyandang kerusi Parlimen Segamat Datuk Dr S Subramaniam enggan membuat spekulasi mengenai kemungkinan kalah di situ, tetapi menegaskan bahawa beliau mahu kekal positif.

Subramaniam berkata, pihaknya telah memberi perkhidmatan sebaiknya di Parlimen tersebut.

"Saya percaya kita masih mempunyai peluang untuk menang walaupun majoriti kecil," katanya kepada pemberita selepas mengundi.

"Walaupun persaingan adalah sengit, tetapi kita telah melihat beberapa perubahan dengan sokongan kaum India kembali kepada BN dan sokongan orang Melayu kekal mantap. Ini akan membolehkan BN merampas semula lebih banyak kerusi berbanding 2008."
9.20am, Batu Caves, Selangor: Penyandang ADUN PKR, Amirudin Shari mengadu SPR telah tersilap cetak kertas undi.

pkr weeklly pc 090807 amirudin shariKatanya, pada 20 April, apabila pencalonan difailkan, beliau dan seorang lagi calon Pakatan Rakyat telah diletakkan di No 1 dalam senarai itu, manakala calon Bebas, Suman Gopal di No 2 dan calon BN Ravisandran Narayan di No 3.

Apabila Amirudin (kiri) menyemaknya hari ini, namanya disenaraikan pada No 2 manakala di Ravindran diletakkan di No 1. Calon Bebas pula di No 3.

"Kami akan membuat aduan rasmi dengan SPR kerana ini bertentangan dengan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya 1981 Seksyen 11 (2)," kata Amirudin sambil menambah ia boleh mengelirukan pengundi.
9.17am, Sekolah St Michael, Penampang, Sabah: Pengundi meletak kereta mereka satu kilometer dari pusat mengundi ini.

Seorang lelaki muda berjalan bersebelahan seorang wanita tua yang tidak mempunyai gigi, memberitahu wanita itu bahawa dia tidak perlu takut sesiapa.

"Biarlah apa orang nak kata, kau tanda saja X," katanya.

Kerusi Penampang ditandingi calon PKR Ignatius Dorell Leiking, calon BN Bernard Dompok dan calon Star Melanie Annol.

Calon DAP, Dr Edwin Bosi, yang bertanding kerusi DUN di sini, berjabat salam dan dipeluk oleh pengundi.
9.12am: SMK Buloh Kasap, Segamat, Johor - calon BN Segamat, Datuk Dr S Subramaniam tiba dengan isterinya.
NONE
Wartawan terpaksa terkejar ke sini selepas pasukan akhbar Subramaniam sebelumnya memberitahu mereka tempat mengundi yang salah di sekolah lain.

Subramaniam mengundi 10 minit kemudian selepas memberi ucapan ringkas kepada pengundi lain yang hadir.
8.54am: Muar, Johor - Seorang pengundi di SJK (C) Nanhua bernama Lee mengadu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengikuti prosedur mereka kerana mereka yang sudah tahu saluran undi mereka, masih dikehendaki beratur di padang sekolah untuk disemak sekali lagi.

Biasanya, kata Lee, pengundi akan terus pergi ke saluran masing-masing tetapi tapisan berganda dan pembaziran masa itu mengecewakan ramai pengundi.

"Kami bimbang sesetengah pengundi mungkin tidak dapat ke tempat kerja hari ini," katanya, sambil menggesa SPR supaya mengikut prosedur yang betul.
8.44: Permatang Pauh, Pulau Pinang - Pegawai SPR tidak dibenarkan ketua pemberita Agence France-Presse (AFP), Goh Chai Hin di Sek Keb Sri Penanti kerana beliau tidak mempunyai slip sumpah merah jambu SPR. Bagaimanapun, Goh enggan untuk meninggalkan.

NONE"Saya telah mendapat pas media dari SPR dan Kementerian Penerangan. Saya tidak pernah diberitahu tentang perkara ini," katanya.

Penyandang Ahli Parlimen di situ, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bersama isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, untuk mengundi.

Berpakaian kemeja putih dan memakai songkok, Anwar berkata Pakatan yakin ia akan menguasai Putrajaya.

Beliau juga meluahkan rasa meluatnya terhadap percubaan terbuka untuk membeli di Pulau Pinang.
8.15am: Seri Delima, Pulau Pinang: Seawal jam 7.30 pagi, 100 orang berkumpul di pusat mengundi di Sekolah Chung Hwa untuk mengundi.
NONE
Setiausaha Agung DAP yang juga penyandang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tiba dengan isterinya Betty Chew dan ibunya, Neo Yok Tee, 73.

Chew memakai topi putih untuk menutup kepalanya yang dicukur pada hari Jumaat sebagai membantah politik wang. Lim kelihatan agak letih, mungkin kerana kempen yang sengit selama 15 hari.
8.06am - Subang Jaya, Selangor: Barisan pengundi di Sek Men USJ12 dianggarkan kira-kira satu kilometer selepas pintu dibuka.

NONEKira-kira 3,000 pengundi datang awal untuk mengundi. Sub-Editor Malaysiakini G Umakanthan berkata beliau tidak pernah melihat pengundi seramai itu datang awal itu.

Kerusi negeri terletak dalam kawasan Parlimen Kelana Jaya.

8.05am - Lembah Pantai: Pengundi dilaporkan berbaris panjang pusat mengundi. Calon PKR Nurul Izzah Anwar mempertahankan kerusi tersebut dan dicabar oleh calon BN, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.
PRU13: Rakyat sudah keluar mengundi
Wartawan Sinar Harian
5 Mei 2013
Tengku Adnan
Tengku Adnan yang hadir (tengah) di pusat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 pagi tadi.
Nur Jazlan
Nur Jazlan bersama pengundi di Sekolah Agama Dato' Omar Yusuf, Kampung Pasir.
Nurul Izzah
Nurul Izzah bersama suaminya Raja Ahmad Shahrir menunjukkan jari yang sudah dicalit. - Foto Sinar Harian Online oleh RUZY ADILA IDRIS
PRU13
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan laluan khas bagi warga emas untuk membuat semakan pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Telok Menegon, Klang.
Nurul Izzah
Nurul Izzah dikerumuni wartawan di pekarangan Pusat Daerah Mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Bandaraya, Bangsar.
dakwat kekal
Petugas pilihan raya mencalit dakwat kekal pada jari Fong Chee Hoe di Sekolah Rendah Sri Andalas pagi tadi.
Nik Abdul Aziz
Nik Abdul Aziz tiba di pusat pembuangan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sakti kira-kira jam 8.15 pagi tadi.
PRU13: Rakyat sudah keluar mengundi
Persekitaran SMK Sri Andalas pada jam 7.55 pagi tadi.
BERIKUT perkembangan di lokasi mengundi di seluruh negara.

Sri Andalas:

Persekitaran SMK Sri Andalas pada jam 7.55 pagi tadi.

Pandan:
Ratusan pengundi bagi kawasan Parlimen Pandan memenuhi pekarangan Sekolah Kebangsaan Pandan Indah sejak jam 7.30 pagi lagi.

Lebih kurang jam 8.10 pagi, orang ramai mula dibenarkan memasuki kawasan sekolah dan beratur bagi menunaikan tanggungjawab mengundi.

Hampir 1,000 pengundi sudah mula hadir di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Bandaraya, Bangsar pagi ini untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Lembah Pantai:

Difahamkan pengundi kerusi Parlimen Lembah Pantai sudah tiba seawal 6.30 pagi lagi.

Penyandang kerusi parlimen itu, Nurul Izzah Anwar dijangka tiba untuk mengundi pada jam 8.30 pagi.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin akan mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Bandaraya manakala calon Bebas, Rusli Rusli di SMK Sri Pantai Kampung Kerinchi.

Subang Jaya:
Keadaan terkini di Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 12, UEP Subang Jaya di bahagian Parlimen Kelana Jaya dan Dun Subang Jaya, kelihatan orang ramai sudah datang untuk mengundi seawal jam 7 pagi.

Tepat jam 8 pagi orang ramai sudah mula masuk ke tempat mengundi.

Kerusi Parlimen Kelana Jaya melibatkan pertandingan dua penjuru antara DAP dan BN.

Kota Bharu:

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tiba di pusat pembuangan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sakti di Kota Bharu bersama isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak kira-kira jam 8.15 pagi tadi.

Beliau yang berusia 82 tahun itu semasa tiba di pekarangan sekolah kelihatan ceria.

Beliau yang memakai jubah serba puteh menunggu giliran dengan beratur bersama orang ramai yang lain sebelum menyempurnakan pembuangan undi.

Muar:
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, mengundi kira-kira jam  8.20 pagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Muar, Muar. Selepas itu diikuti isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman lima minit kemudian.
Bangsar:

Penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar tiba di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Bandaraya, Bangsar pada 8.45 pagi tadi.

Beliau yang hadir bersama suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim disambut dengan tepukan oleh beberapa penyokong beliau.

Pandan:
Lapan saluran mengundi dibuka di Sekolah Kebangsaan Pandan Indah.

Menurut salah seorang pengundi, Mohd Nazim Kamari, 46, susun atur terbaru oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memudahkan proses pengundian berjalan.

"Lebih baik daripada PRU lalu. Cuma mungkin tulisan saluran itu mesti dibesarkan sedikit atau guna pelekat sebab ada yang masih tertanya-tanya saluran mana mereka hendak pergi," katanya.

Kota Bharu:
Hampir 1,000 pengundi bagi kerusi Dun Panchor, Kelantan membuang undi di Sekolah Kebangsaan Panji sejak pusat berkenaan dibuka jam 8 pagi tadi.

Suasana di pusat tersebut tenang dan tidak ada sebarang insiden buruk berlaku membabitkan penyokong Pas dan Barisan Nasional.

Sementara itu, penyandang kerusi berkenaan, Datuk Mohd Amar Abdullah tiba sekolah tersebut tepat jam 8.50 pagi bagi membuang undi.

Bangsar
Penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bersama suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim telah selesai mengundi sebentar tadi.

Beliau yang  tiba di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Bandaraya, Bangsar pada 8.45 pagi disambut dengan tepukan oleh beberapa penyokong beliau.
Segamat:
Penyandang kerusi Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr S Subramaniam membuang undi di SMK Buloh Kasap bersama isterinya, Datin Seri Dr Umarani.

Subramaniam yang tiba di pusat pengundian tepat jam 9 pagi kemudian terus ke kaunter semakan pengundi sebelum menuju  ke bilik membuang undi sambil diikuti oleh isterinya.

Beliau kemudian meninggalkan pusat pengundian pada jam 9.15 pagi sebelum bergerak meninjau  pusat-pusat pengundian lain yang terdapat di Parlimen Segamat.
Pulai:

Calon kerusi Parlimen Pulai dari Barisan Nasional, Datuk Nur Jazlan Mohamed hadir di pusat mengundi Sekolah Agama Dato' Omar Yusuf, Kampung Pasir kira-kira jam 8.45 pagi. Turut sama isterinya, Datin Rossanna Jaafar, 49, dan ibunya, Puan Sri Salbiah Abdul Hamid, 75.

Nur Jazlan mengundi kira-kira 20 minit kemudian.
Machang:
Calon Barisan Nasional (BN) Kelantan, Eriandi Datuk Ismail tiba awal di tempat mengundi bersama kedua ibu bapanya di Sekolah Kebangsaan Ayer Merah, Machang.

Eriandi, calon kerusi Dun Kemuning, membuang undi pada jam 8. 10 pagi diikuti ayahnya, yang juga bekas Adun Banggol Judah, Datuk Ismail Mamat dan ibunya, Ketua Pergerakan Wanita Umno Kelantan, Datin Rahimah Mohamed.

Kuala Kangsar:
Calon bebas kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Kamilia Ibrahim tiba di Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan Ulu Piol, Manong kira-kira jam 9.20 pagi.

Pengundi mula tiba di pusat mengundi seawal jam 7.30 pagi sebelum kaunter semakan pengundi dibuka.

Indera Mahkota:

Calon kerusi Parlimen Indera Mahkota, Datuk Fauzi Abd Rahman membuat laporan polis di balai polis Indera Mahkota kerana tidak puas hati dakwat kekal yang dicalit hilang sebaik sahaja dibasuh.

Lima pengundi yang membuang undi di SK Sg Talqm tiba pada jam 9.30 pagi untuk membuat laporan termasuk isteri calon, Datin Khamisah Mohd. Mereka mendakwa dakwat yang dicalit hilang sebaik sahaja dibasuh menggunakan sabun biasa dan menimbulkan kemarahan pengundi.


Kuala Krai:
Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat menjadi individu pertama membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Krai. Beliau tiba bersama isteri, Suzana Husin di pusat mengundi jam 8 pagi.

Banda Hilir, Melaka:
Proses pengundian bagi kawasan Parlimen Kota Melaka berjalan lancar sehingga ini dengan ramai pengundi mengambil kesempatan cuaca baik untuk keluar mengundi. Setakat ini, jam 9.30 pagi, tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan di kesemua pusat mengundi.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kota Melaka, Dr Yee Kok Wah, antara yang mengundi pagi ini di Sekolah Kebangsaan Covent Infant Jesus, kira-kira jam 9 pagi.

Sementara itu, calon Pas Dun Telok Mas, Harun Mohamed, turut mengundi di Sekolah Kebangsaan Alai.
Pandan:
Menurut salah seorang petugas SPR, Haryati Hassan, sehingga jam 9 pagi ini, lebih kurang 5,000 pemilih berdaftar berada di kawasan Sekolah Kebangsaan Pandan Indah untuk mengundi.
Calon PKR Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hadir dengan ditemani isterinya, Afizsa Ashah mengundi di Sekolah Kebangsaan Pandan Indah. Rafizi dan isteri tiba kira-kira jam 9.40 pagi.

AKAN MENYUSUL
Pengundi dakwa dakwat kekal 'tanggal'
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
5 Mei 2013
rafizi ramli
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli
PANDAN - Baru dua jam proses pengundian berlangsung, difahamkan empat individu sudah memaklumkan kepada jentera Pakatan Rakyat (PR) berhubung dakwat kekal yang dicalit ke jari mereka dalam keadaan mudah "tanggal".

Menurut calon kawasan Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, pihaknya sudah menyarankan individu berkenaan supaya segera membuat laporan polis.

"Setakat ini, isu yang membimbangkan kami ialah dakwat tanggal," ujarnya ketika ditemui di pekarangan Sekolah kebangsaan Pandan Indah, di sini sebentar tadi.

Ditanya sama ada menerima sebarang laporan berkaitan pengundi mencurigakan, Rafizi berkata, setakat ini beliau belum mendapat sebarang maklumat mengenainya.

Tiada ulasan: