Selasa, 14 Mei 2013

KALAU NAK TIBAI...APA KITA BOLEH BUAT...SEBAB ADA KUASA...TAPI DIAKHIRAT GILIRAN MEREKA KENA TIBAI DALAM NERAKA...SEBAB HAKIM2 DAH TAK DE KUASA UNTUK MELEPASKAN MEREKA...MUNGKIN HAKIM2 SERTA PEMBANTU YANG MENYOKONGNYA KENA TIBAI SAMA....ALLAH LEBIH MENGETAHUI MANA2 MAKHLUKNYA MEMANG JAHAT DIDUNIA

CNN bongkar penipuan pilihanraya Malaysia
Posted on Tuesday, May 14 @ 04:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: laniismaa

"CNN_PRU
Penipuan pilihanraya Malaysia, Terbaik dari CNN... CNN dah buka mata....teruskan sebar kebenaran biar satu dunia tahu yang Malaysia bukan lagi negara DEMOKRASI yang sebenar !!

Penipuan Pilihan raya di Malaysia sudah terkenal di Media-media Antarabangsa TVBS Taiwan, Hong Kong Phoenix satelit televisyen, China CCTV, NHK Jepun, Amerika Syarikat CNN, British BBC, News Asia dan banyak lagi. Tahniah Malaysia kerana dunia luar sudah tahu bagaimana PM kita naik tahta untuk memerintah negara. Yang sebenarnya ia bukanlah daripada pilihan rakyat teramai. Tapi ia adalah satu penipuan.

Lihat video DI SINI 

 Johan Raja Lawak Tibai BN dalam laman Twitternya
Posted on Tuesday, May 14 @ 03:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: abuluqman

"



Hati hati Johan ye,,nanti kena gam..hehe

Untuk maklumat dan berita semasa KLIK SINI


 Pandangan Dari Seorang Hakim Yang "Sakit"
Posted on Tuesday, May 14 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh MSO

mohd Noor AbdullahUlasan politik terhadap kekalahan kemerosotan sokongan orang Cina terhadap Umno dalam pilihan raya lalu oleh bekas Hakim Mahkamah Rayuan Mohd Noor Abdullah tidak wajar dan ia tidak menggambarkan pandangan aris dari seorang bekas Hakim. Seorang hakim sepatutnya berpandangan terbuka dan jauh sekali untuk menanamkan unsur kebencian sesama rakyat Malaysia. Tugas dan tanggungjawab hakim ialah membaik dan mendamaikan.
Seorang hakim memastikan keadilan tertegak bukannya berpihak kepada mana-mana pihak walaupun demi kepentingannya sendiri. Integriti dan penghormatan kepada hakim akan hilang apabila ia bias atau bertindak berat sebelah serta tidak berfakta.

Kita tahu Mohd Noor orang Melayu yang mungkin mempunyai sentimental value yang tinggi dengan Umno kerana memungkinkan beliau pernah berada di persada yang ada hari ini, sebagai hakim. Tetapi beliau sepatutnya lebih peka dan bertanggungjawab terhadap apa yang diluahkan itu. Beliau kena hormat kepada profesyennya sendiri kalau pun tidak mahu hormat kepada 'kasut' yang pernah dipakai untuk melangkah ke mahkamah bersematkan piagam perkhidmatan yang hebat.

Mohd Noor dalam satu forum telah mengecam orang Cina kerana tidak menyokong Umno dalam piliihan raya lalu dengan menyifatkan orang Cina inginkan kuasa dan mengkhianati ikatan kerjasama dengan Umno. Naif sangat sebagai seorang bekas hakim kalau tidak menyedari atau pun menolak realiti sebenarnya terhadap kaum Cina di negara ini. Hak orang Cina yang dibenarkan tidak boleh dinafikan seperti juga orang Melayu.

Kalau orang Cina telah bertindak tidak mengikut undang-undang dan bertentangan dengan perlembagaan kenapa tidak disyorkan tangkap dan humban saja mereka ke penjara?

Apakah Mohd Noor ada deraf undang-undang atau perlembagaan sendiri untuk mengatasi masalah orang Cina dan dalam masa sama pertahankan kedudukan kepentingan orang Melayu untuk dikemukakan kepasa Najib Razak? Untuk pengetahuan Mohd Noor perlembagaan yang ada sekarang ini yang membenarkan orang Cina berpolitik dipersetujui oleh pemimpin Umno juga. Cuba bca sejaraha dan jangan tafsir sejarah dan perlembagaan negara mengikut Zainal Kling dan Ramlah Adam. Status kita sebagai hakim bukan boleh menutup kebenaran dan sejarah yang ada.

Perlembagaan tidak menghalang orang Cina untuk mendapat kuasa di negara ini menerusi politik. Perlembagaan juga tidak pernah memuktamadkan bahawa orang Cina kena undi Umno sampai kiamat. Jadi macam mana kita sebagai seorang pengamal undang-unang menjadi bingung mengenai hal ini, apakah sampah sebesar gajah masuk ke dalam mata?

Bukan saja marah kepada orang Cina beliau juga mahu adakan rezeb orang Melayu dibandar. Beliau juga juga mahu sekolah vanarkular, sekolah Jenis Kebangsaan Cina dibuabrkan kerana ia tidak diiktirf oleh perlembagaan dan menjana perpecahan kaum. Sekali lagi bekas Hakim ini bingung dan 'semabur' dalam memahami amalan pentadbiran negara ini.

Mengenai rrzab bekas hakim ini rabun mata tidak mahu melihat apa yang berlaku. Sebelum ini setiap bandar tanah rezab Melayu sudah pun ada tetapi siapa yang mencerobohnya. Yang ambil tanah rezab Melayu atas nama pembangunan tetapi tidak digantikan. Bukankah Umno yang ada pertahankan itu?

Mengenai sekolah vanarkular sejak kesekian lama sekolah itu berjalan dan mendapat bantuan kerajaan tiba-tiba dicadangkan agar ianya dibubarkan. Sepatutnya Mohd Noor menyuarakan perkara ini sejak lama dalu bukan hari ini setelah Umno hampir padam. Malang negara ini, dan tidak mustahil akan berlaku berantakan kalau mempunyai hakim-hakim seperti Mohd Noor ini yang jadi gelap mata dan gelap otak mengenai perkembangan negara sendiri. Mungkin inilah hakim Melayu yang totali menganuti fahaman Umno yang sesat.

Mungkin inilah silapnya kalau semasa menjadi hakim hanya mendengar penghujahan pendakwa dan pembelaan dari dalam mahkamah tetapi tidak cuba turun ke lapangan untuk melihat apa sebenarnya yang berlaku. Jadi hari ini selepas bersara dan kena menapak kaki ke bumi, baru Mohd Noor tahu yang bumi negara senget ataupun penuh dengan lumpur. Baru dia tahu bahawa kuasa hakim di dalam kamar itu tidak boleh hendak menentukan masa depan negara. Harapnya Mohd Noor akan berjalan lebih jauh dalam memahami senario politik Malaysia.

Semoga hakim yang menunjukkan sikap rasis melampau seperti Mohd Noor ini tidak ramai dan rakan-rakan hakim lain dapat perbetulkan pandangan sengit Mohd Noor ini. Jadi mereka yang terkilan dengan pandangan Mohd Noor ini anggap sajalah dia sakit. Pandangan dan cadangan beliau itu adalah idea yang sakit.

Pandangan Dari Seorang Hakim Yang "Sakit"

 Kehancuran Nuklear Iran Turut Musnahkan Arab
Posted on Tuesday, May 14 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: ismanusa

"

Bayangkan "10 kali ganda *****ushima"; pengeboman kelengkapan nuklear Iran akan menyebabkan wilayah Negara Teluk hampir seluruhnya tidak sesuai untuk didiami.
Bencana *****ushima tidak perlu dipersoalkan lagi merupakan bencana nuklear terburuk pernah dialami dunia setakat ini. Sebenarnya, ramai ahli sains percaya, ia merupakan bencana alam sekitar yang paling buruk didunia.


Pada setiap musim bunga dan panas, semasa keadaan tekanan rendah di Teluk Parsi, satu kuasa angin yang kuat dikenali sebagai " shamals dan sharqi," bertiup kebawah dari utara dan timur laut membawa hingga ke Saudi Arabia, membawa naik bersamanya butiran pasir yang semakin banyak apabila ia menuju kearah selatan dan barat daya merentasi padang pasir Arab. Kerap kali ribut pasir ini menjadi teramat besar - tinggi beratus-ratus meter dan berkilometer lebar dan panjangnya, boleh menutupi sepenuhnya matahari, pada ketika semuanya berakhir, menenggelamkan sesebuah bandar, hinggakan bandar besar seperti Riyadh boleh ditenggelami hingga lebih dari semeter.

Sandstorm hitting Riyadh, Saudi Arabia, 2012
Sandstorm hitting Riyadh, Saudi Arabia, 2012

Kelajuan angin boleh mencapai halaju 30 hingga mencecah 300 km/h, kebiasaan laluannya separuh bulatan, kemudian menukar haluan ke selatan teluk dan negara-negara teluk. Kebiasaannya pada saban tahun semua negara-negara teluk – UAE, Qatar, Bahrain, Oman, Kuwait dan Saudi Arabia, menghadapi beratus kali serangan debu dan ribut pasir sebegitu. Selalunya angin yang mendorong ribut pasir ini bermula dari sebelah utara dan timur laut (Iran, Iraq, Kuwait, dan kadangkala Turki).

NASA satellite image of typical shamal wind directions.
NASA satellite image of typical shamal wind directions.
Peta dibawah menunjukkan kedudukan kelengkapan nuklear Iran dan lombong uranium. Sila lihat sekali lagi image satelit NASA dan perhatikan haluan utama angin Shamal.

iranmap1
Bayangkan "10 kali ganda *****ushima"; pengeboman kelengkapan nuklear Iran akan menyebabkan wilayah Negara Teluk hampir seluruhnya tidak sesuai untuk didiami.

Bencana *****ushima tidak perlu dipersoalkan lagi merupakan bencana nuklear terburuk pernah dialami dunia setakat ini. Sebenarnya, ramai ahli sains percaya, ia merupakan bencana alam sekitar yang paling buruk didunia.

Cuba bayangkan beberapa reaktor nuklear yang besar (Pengeluaran reaktor nuklear Iran Bushehr, adalah 1000 MW berbanding *****ushima Daiichi 784MW), bersama beberapa pusat pengkayaan uranium, dan sudah pasti kawasan simpanan ketenteraan dan pastinya lombong uranium, semuanya dibom hingga menjadi debu Dallas beberapa hari saja. Tambahan pula, tidak seperti reaktor *****ushima Daiichi yang alami hanya sebahagian saja kepincangan dengan kebanyakan teras kuasa dan tempat simpanan sisa kuasa masih lagi dalam keadaan baik. 

Jika semua bahan kuasa nuklear Iran meledak kedalam atmosfera, dan tidak lupa juga serangan oleh US-Israel keatas kelengkapan nuklear Iran pasti menggunakan bahan letupan mengandungi uranium, dan berkemungkinan akan menghasilkan beberapa letupan mini-nuklear. 

Bahkan, berhubung bencana nuklear dan alam sekitar yang dialami oleh *****ushima amat lekeh jika dibandingkan kemusnahan yang disebabkan oleh pengeboman keatas tapak nuklear Iran. Bahan-bahan nuklear yang menimpa untuk kejadian ini adalah amat dahsyat. Secara sederhananya, berpuluh-puluh ribu bahkan mungkin beratus ribu rakyat yang tidak berdosa akan mati dalam masa setahun selepas serangan tersebut. Manakala berjuta lagi akan mati dalam masa satu atau dua dekad dalam bentuk penyakit kanser akibat terdedah kepada radiasi nuklear. 

Sebahagian besar juga bahan nuklear tersebut akan menimpa sama ada dalam masa serta merta atau dalam masa seminggu atau sebulan di kawasan padang pasir Arab, dimana angin, saban tahun, akan mengumpulkan bersamanya butiran pasir dan debu dalam bentuk ribut radiasi raksasa yang menggulung. Tidak akan ada seorangpun yang berada di negara teluk akan selamat dari kesan tersebut. Teluk Parsi kemudiaannya akan menjadi teramat radiasi dan toksik dan langsung tidak mempunyai hidupan dan akhirnya akan menjadi Laut Mati Baharu!

Sudah tentu sebahagian besar radiasi juga akan memasuki laluan aliran angin jet, yang akan mengedarkannya mengelilingi bumi, menggugurkan bahan nuklear itu dimana-mana saja. Tidak ada negara, tidak ada tempat berair, yang terlepas dari nya. Hanya sedikit saja jika disedut atau termakan sudah cukup untuk menyebabkan penyakit kanser yang membunuh.

Tindakan gila perikatan US-NATO-Israel untuk menyerang kelengkapan nuklear Iran, sebenarnya menhancurkan seluruh wilayah Negara Teluk, seterusnya seluruh planet ini akan tercemar dengan radiasi dan sudah tentu akan mencetuskan Perang Dunia III. 



 Ganas Zul Nordin, Nak tangkap DSAI!
Posted on Tuesday, May 14 @ 02:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: senik

"Assalamualaikum....
Zulkifli NoordinDua tiga hari ini, Zul Nordin sibuk melalak minta polis tangkap DSAI kerana mempengaruhi rakyat berhimpun membantah keputusan PRU 13.Barangkali Zul Nordin terasa kerana DSAI tidak membantah kekalahannya di Shah Alam.Zul Nordin dikatakan bercakap bagi pihak Perkasa yang bertujuan membela melayu dan Islam.Kenapa Zul Nordin nak tangkap DSAI, DSAI bukannya Bangla! Yang patut didesak supaya ditangkap ialah Bangla yang mengganggu perjalanan dan keputusan PRU.Itu baru membela melayu!

Zul Nordin bersikap gedebe dan samseng terhadap DSAI yang hanya mahukan PRU dijalankan secara adil dan bersih dari penipuan dan bersih dari warga asing.DSAI tidak salah tetapi yang salah ialah orang orang yang merancang penipuan yang ketara ketika mengundi.

Zul Nordin patut menyoal SPR kenapa dakwat kekal tidak kekal, kenapa orang orang yang nampak macam Bangla, bercakap macam Bangla boleh mengundi, setengahnya siap diiringi polis lagi dan setengahnya dibawa dengan Bas berhawa dingin ke pusat pengundi.Itu patut Zul Nordin yang mewakili Perkasa perjuangkan.Jangan jangan Zul Nordin bersubahat dengan manusia hina dina ini dengan menafikan yang ditemui di pusat mengundi itu Bangla tetapi rakyat Malaysia yang sah yang lahir di Bangladesh!
Zul Nordin patut perasan bahawa polis langsung tidak mengganggu perhimpunan black out 505, tidak seperti perhimpunan sebelum ini yang sering diganggu polis dengan road bloknya, tindakan provokasinya malah pernah dua orang pemuda ditembak dan  kemudiannya didakwa.Dalam perhimpunan BERSIH berapa ramai yang ditangkap dan didakwa? Tetapi ketika perhimpunan Black out 505 terutama yang diadakan di atas jalan di Ipoh, tak ada yang ditangkap.Zul Nordin tidak faham atau sengaja buat buat tak faham ketika mendesak polis menangkap DSAI?
Pelik betul perangai pejuang bangsa melayu Perkasa ini.Yang berjaya mengumpulkan rakyat disuruh tangkap tetapi Bangla yang mengundi didiamkan sahaja.Sedarkah Zul Nordin bahawa sambutan rakyat yang luar biasa itu bukan kerana mereka terpengaruh dengan DSAI tetapi kerana mereka menyaksikan sendiri penipuan demi penipuan yang dilakukan SPR dan polis di hari mengundi.
Zul Nordin kalau mahu menjadi pejuang melayu tulin, bertindaklah mengikut kebenaran bukan bertindak untuk menjaga periuk nasi!


Tindakan sesetengah pihak mengapi-apikan isu perkauman kebelakangan ini adalah perbuatan jahiliah yang diharamkan syarak. Ia boleh mengundang kemusnahan masyarakat dan negara terutama negara 'multiracial' seperti Malaysia ini . Ia akan menimbulkan pelbagai sangkaan dan penilaian yang mungkin tidak berasaskan fakta yang benar. Lantas akan menimbulkan ketegangan dan pergaduhan yang tidak berasaskan prinsip kebenaran, sebaliknya atas 'prejudice' perkauman.
Antara perkara yang ditentang oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah sikap fanatik perkauman ataupun ‘asabiah' yang menilai kebaikan dan keburukan berdasarkan kaum bukan prinsip kebenaran dan keadilan. Islam adalah agama rentas kaum dan sempadan geografi. Keadilannya Islam itu melebar merentasi perbezaan pemikiran dan agama. Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir sama ada untuk dia menjadi Arab, atau Melayu, atau Cina atau India atau selain itu. Ia adalah ketentuan ALLAH, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang. Maka hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya.Sebaliknya kita menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya. Inilah sikap yang adil. Dosa keturunan tidak ditanggung oleh anak cucu. Dosa seseorang tidak boleh dibebankan atas orang lain yang sebangsa dengannya yang tidak terlibat dengan kesalahan itu.
ALLAH menjelaskan prinsip ini dalam al-Quran: (maksudnya) “dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. dan tiadalah Kami (ALLAH) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Surah al-Isra, ayat 15).Maka, perjuangan apapun yang mahu ditegakkan, hendaklah menilai setiap insan berdasarkan kepada akhlaknya, bukan titih keturunannya. Keadilan dalam Islam buta warna bangsa dan agama sekalipun. Keadilan untuk semua.
Sabda Nabi s.a.w: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani). Jika hal ini tidak diteliti, perkauman atau racism akan berlaku. Akan ada pihak yang teraniaya hanya kerana keturunannya walaupun mungkin dia tidak bersalah. Diskriminasi seperti ini pernah berlaku di Amerika, sehingga Martin Luther King dalam pidatonya yang terkenal ‘I have a dream’ menyebut: “I have a dream that my four little children one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character”.
Tujuan ALLAH menciptakan berpuak dan berbangsa agar saling kenal mengenali antara satu sama lain. Firman ALLAH: (maksudnya) (maksudnya): Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya.(Surah al-Hujurat: 13). Lihat dalam ayat ini, ALLAH memanggil “Wahai manusia!”. Panggilan yang sangat adil merangkumi setiap bangsa dan puak. Bukan panggil perkauman atau fanatik keturunan. Kata Sayyid Qutb dalam menafisrkan ayat ini: “Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuwafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian. Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan ALLAH. Sebaliknya, di sana hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu”. (Fi Zilal al-Quran 6/3348. Cairo: Dar al-Syuruq).
Maka, haram bagi seorang muslim meniupkan api perkauman yang menzalimi pihak yang tidak bersalah hanya kerana warna kulit ataupun keturunannya. Wajib kita mempamirkan keindahan kesejagatan Islam kepada semua pihak supaya keindahan Islam dapat diterima oleh manusia.
-Dr.MAZA-


Tiada ulasan: