Selasa, 14 Mei 2013

JIKA BENAR...MAKA BURUKNYA MALAYSIA DIMATA DUNIA...KERANA PRU13 TAK BERSIH ...BANYAK PENIPUAN DAN SALAH GUNA KUASA

Video Siapa Tan Sri Khalid Ibrahim?
Posted on Monday, May 13 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: matuse68

" Tahniah dan Syabas Rakyat Selangor... Pilihan anda memang tepat..!!!

Selama ini kita cuma tahu Selangor bagi air percuma je. Lepas tonton video ini baru kita tahu macam2 Tan Sri buat untuk kerajaan Selangor. Patutlah selama ni kita tak pernah tahu yang Tan Sri dah buat macam2 sebab Tan Sri tak pandai bercakap, Tan Sri pandai buat kerja! Melayu Cina India sokong Tan Sri Khalid Ibrahim kekal jadi MB!

Penyokong UMNO sering mengejek Tan Sri sebagai "gagap". Benar Tan Sri Khalid gagap, tapi seluruh rakyat doakan beliau tidak gagap di padang masyar kerana sifat AMANAH beliau mentadbir Selangor, Amin.
Untuk tonton video sila klik disini... 
 Tahniah Pemuda Umno Kg Chengkau Ulu, Rembau
Posted on Monday, May 13 @ 13:01:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"

Antara maklumat terkini mengenai kempen PRU-13 di DUN Kota dalam Parlimen Rembau ialah jentera PAS di UPU Kg Chengkau Ulu telah mendapat maklumat dari Pemuda Umno Kg Chengkau Ulu mengenai arahan dari pihak tertentu agar Pemuda Umno di Kg Chengkau Ulu menurunkan dan membuang bendera-bendera PAS semasa kempen PRU-13 yang baru berlalu.

Pemuda Umno Kg Chengkau Ulu yang mendapat tawaran wang ringgit untuk menurunkan bendera PAS tersebut memberitahu kepada yang memberi tawaran tersebut yang mereka hanya mengambil upah untuk menaikkan bendera BN, tetapi tidak akan menerima tawaran untuk menurunkan bendera PAS.
Yang memberi tawaran tersebut memberitahu kepada Pemuda Umno Kg Chengkau Ulu, kalau mereka tidak mahu menurunkan bendera PAS, dia akan memberi tawaran tersebut kepada orang luar.
Tahniah diucapkan kepada Pemuda Umno Kg Chengkau Ulu dalam Parlimen Rembau, walaupun duduk di kampung, tetapi mereka faham maksud sebenar demokrasi.
Pihak pimpinan atasan terutamanya media tidak perlulah nak menggembar gemburkan isu perpaduan parti PAS dan UMNO. Cukuplah pihak media ini , terutamanya bekas Timbalan Presiden PAS yang merupakan anak jati DUN Kota ini, belajar dari Pemuda Umno Kg Chengkau Ulu dan jentera PAS Kg Chengkau Ulu bagaimana mereka hormat menghormati antara satu sama lain.
Dimaklumkan Kempen PRU-14 PAS DUN Kota telah pun bermula pada 6 Mei 2013 melalui laman sesawang PAS DUN Kota di http://pas-n28-kota.blogspot.com
"
 Ulama Muktabar, Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Posted on Monday, May 13 @ 13:01:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: setisab

"

Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berdoa
Bismillah hirrahman nirrahim

Berbekalkan penyelewengan dan penyalahgunaan keseluruhan jentera kerajaan pusat, Umno (Baru) BN, sebuah parti Melayu layu yang dikepalai Mamak Kerala Mahathir s/o Iskandar Kutty gagal mempertahankan Kerajaan BN Kelantan dalam pilihan raya umum ke8 pada tahun 1990. Parti Islam Se-Malaysia (PAS), di bawah pimpinan Ulama Muktabar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan izin Allah SWT telah berjaya menyelamatkan negeri Kelantan daripada terus diratah-rakus oleh Umno BN.

Setelah sepenggal Kelantan di bawah tadbiran Parti Islam Se-Malaysia (PAS), pada tahun 1995 dalam pilihan raya umum ke9, Umno (Baru) BN, sebuah parti Melayu layu yang dikepalai Mamak Kerala Mahathir s/o Iskandar Kutty yang menjadi pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan telah cuba merampas kembali negeri Cik Siti Wan Kembang itu, tetapi mereka gagal.

Mamak Kerala Mahathir s/o Iskandar Kutty
Dalam pilihan raya umum ke10 pada tahun 1999, sekali lagi  Umno (Baru) BN, sebuah parti Melayu layu yang dikepalai Mamak Kerala Mahathir s/o Iskandar Kutty yang menjadi pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan telah cuba merampas negeri Cik Siti Wan Kembang itu dan keputusannya, mereka gagal!

Lantaran cemuhan dan tekanan dari partinya sendiri, Mamak Kerala Mahathir s/o Iskandar Kutty telah terpaksa melepaskan jawatan presiden Umno (Baru) dan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Kaki tidur, zzzzzzzzzzz Abdullah Badawi telah mengambil-alih tempat Mamak Kerala, Mahathir s/o Iskandar Kutty sebagai presiden Umno (Baru) dan menjadi Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2003.

Kaki tidur zzzzzzzzzzz Abdullah Badawi
Tahun 2004, pilihan raya umum ke11 telah diadakan. Kaki tidur zzzzzzzzzzz Abdullah Badawi yang ketika itu presiden Umno (Baru) BN berbekalkan watak waraknya tetapi masih tetap mengamalkan penyelewengan dan penyalahgunaan keseluruhan jentera kerajaan pusat telah mencuba nasib untuk merampas pentadbiran kerajaan negeri Cik Siti Wan Kembang. Keputusannya mereka tetap kecundang!

Selepas sepenggal, kaki tidur zzzzzzzzzzz Abdullah Badawi dan menantunya Khairy Jamaluddin merakus khazanah negara, tibalah masa untuk pilihan raya umum ke12.

Tahun 2008, pilihan raya umum ke12 diadakan. Sama seperti semasa pilihan raya umum ke11, kaki tidur zzzzzzzzzzz Abdullah Badawi yang masih memegang jawatan presiden Umno (Baru) BN berbekalkan watak waraknya tetapi mengamalkan penyelewengan dan penyalahgunaan keseluruhan jentera kerajaan pusat telah mencuba nasib buat kali dua baginya untuk merampas pentadbiran kerajaan negeri Cik Siti Wan Kembang. Keputusannya mereka tewas!

Dato' Seri Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Akibat daripada permainan politik khianat Mamak Kerala Mahathir s/o Iskandar Kutty, kaki tidur zzzzzzzzzzz Abdullah Badawi terpaksa berundur. Tempatnya disambut oleh kekasih Altantuya Shaariibuu; Najib Razak. Altantuya Shaariibuu mati akibat ledakan C4 yang umum dakwa ia nya hasil kerja khianat oleh isteri Najib Razak, Rosmah Mansor.

Buat pertama kalinya pada 5hb Mei 2013, anak kepada Perdana Menteri Malaysia yang kedua; Tun Abdul Razak Hussein, Najib Razak mengepalai partinya, Umno (Baru) BN dalam pilihan raya umum ke13.

Seperti Mamak Kerala Mahathir s/o Iskandar Kutty dan kaki tidur zzzzzzzzzzz Abdullah Badawi, Dato' Seri Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak turut mengamalkan penyelewengan dan penyalahgunaan keseluruhan jentera kerajaan pusat telah mencuba nasibnya untuk merampas pentadbiran kerajaan negeri Kelantan daripada pimpinan Ulama Muktabar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Keputusannya Najib tewas jua!
Ulama Muktabar, Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Sempena pengunduran Ulama Muktabar, Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat daripada jawatan Menteri Besar Kelantan, Kerajaan Rakyat dengan rendah diri dan luhur merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah di atas segala usaha gigih, jujur dan ikhlas yang telah Tok Guru tampilkan dalam membangunkan sebuah kerajaan negeri yang menjurus kepada pentadbiran yang dituntut Islam. Harapan dan doa semoga Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat serta keluarga sentiasa berada dalam dakapan kasih dan redha Allah SWT jua hendaknya. Ameen Ya Rabb.

Sofi, Kerajaan Rakyat
Casa Tropicana, Damansara
2.30am 13 May 2013"
 Apakah benar UMNO dan PAS cuma berbeza pandangan?
Posted on Monday, May 13 @ 13:13:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: notan

"

Assalamualaikum,, Saya pernah menulis mengenai kedudukan parti politk di kalangan orang Islam bilamana saya berkata parti politik hanyalah khilaf.Ini bermakna setiap orang Islam tak kira dari rumpun bangsa mana sekalipun bebas menyertai mana mana parti politik kecuali parti yang menolak agama seperti kominis dan setaraf dengannya.Perbezaan pendapat atau pandangan hanya dibenarkan dalam perkara perkara cabang atau furu mengikut istilah fekah yang bermakna seseorang yang menyertai mana mana parti boleh berbalah mengenai perkara syiar seperti pakaian.

Seorang yang mahu pakai jubah dan serban boleh pilih parti yang sesuai dengan anjuran memakai serban, seseorang yang mahu pakai kot dan seluar panjang boleh pilih parti yang mensyiarkan pakaian tersebut.Dan kedua dua perbezaan ini boleh dipertikaikan oleh ahli ahli parti berkaitan tanpa menjejaskan apa apa. Tetapi dalam perkara yang jelas atau qatei tiada perbezaan pandangan dibenarkan.Timbul persoalan, apakah UMNO dan PAS hanya berbeza pandangan dalam soal yang furu atau qatie? Atau apakah perbezaan ini tidak harus dilihat sebagai penghalang penyatuan kedua dua parti di bawah UG? Saya yakin kalau kita faham makna perbezaan pandangan secara furu dan qatie,  kita akan faham bahawa tidak perlu untuk bergabung di bawah UG.UMNO boleh terus membentuk kerajaan dan PAS boleh terus jadi pembangkang kerana kedua duanya bersatu pandangan mengenai soal yang qatei.

Apa yang qatie, sudah tentu syariat ALLAH yang disyariat kepada kita umat Islam selain akidah yang betul, begitu juga dengan akhlak alquran.Apakah ada persamaan pandangan antara UMNO dan PAS dalam perkara perkara ini.Apakah pandangan UMNO tentang Hudud? tentang Rasuah dan penyelewengan harta rakyat? Perlu diingat Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan, dari kehidupan individu sehinggalah kehidupan bernegara.
Oleh itu perlu difahami benar benar apakah pandangan parti parti umat islam yang ada tentang ajaran Islam? Parti mana yang mahu menerima ajaran Islam dalam kesemua urusan hidup mereka atau dengan kata lain menerima Islam secara syumul dan parti mana yang mahukan Islam separuh separuh, ambil separuh dan tinggalkan separuh yang lain seperti kaum Bani Israel atau yahudi yang disebut dalam quran?
Parti mana yang cukup kuat mempertahankan kalimah ALLAH tetapi membohongi ALLAH apabila enggan melaksanakan syariat ALLAH  dengan berbagai bagai alasan serta menganjurkan maksiat dan kemungkaran di sana sini?
Tidak bijak untuk mengatakan perbezaan pandangan antara dua parti umat Islam terbesar di Malaysia tidak harus dijadikan alasan untuk bersatu kerana sebenarnya kalau perbezaan itu hanyalah khilaf bukan qatie, tiada keperluan untuk bersatu, masing masiang boleh terus berada dalam parti masing masing dan kepentingan perintah Islam akan sama sama dijaga.
 Lagi akhbar luar negara kutuk Malaysia pasal Pilihan Raya
Posted on Monday, May 13 @ 13:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline

Sudah banyak kali saya siar mengenai berita penipuan pilihan raya di Malaysia. Orang luar Malaysia pun tahu, takkan rakyat Malaysia nak duduk diam aje!!

Sebelum ini akhbar New Zealand, Akhbar Taiwan kata Najib main magic... Media CNN.. Singapore, Indonasi jangan katalah...

Taiwan

New Zealand
 
....

Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com  

Khairul Hilmi Che Ali and 2 other friends shared Is Fiqh Dahlan's photo.
Tindakan sesetengah pihak mengapi-apikan isu perkauman kebelakangan ini adalah perbuatan jahiliah yang diharamkan syarak. Ia boleh mengundang kemusnahan masyarakat dan negara terutama negara 'multiracial' seperti Malaysia ini . Ia akan menimbulkan pelbagai sangkaan dan penilaian yang mungkin tidak berasaskan fakta yang benar. Lantas akan menimbulkan ketegangan dan pergaduhan yang tidak berasaskan prinsip kebenaran, sebaliknya atas 'prejudice' perkauman.
Antara perkara yang ditentang oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah sikap fanatik perkauman ataupun ‘asabiah' yang menilai kebaikan dan keburukan berdasarkan kaum bukan prinsip kebenaran dan keadilan. Islam adalah agama rentas kaum dan sempadan geografi. Keadilannya Islam itu melebar merentasi perbezaan pemikiran dan agama. Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir sama ada untuk dia menjadi Arab, atau Melayu, atau Cina atau India atau selain itu. Ia adalah ketentuan ALLAH, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang. Maka hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya.Sebaliknya kita menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya. Inilah sikap yang adil. Dosa keturunan tidak ditanggung oleh anak cucu. Dosa seseorang tidak boleh dibebankan atas orang lain yang sebangsa dengannya yang tidak terlibat dengan kesalahan itu.
 ALLAH menjelaskan prinsip ini dalam al-Quran: (maksudnya) “dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. dan tiadalah Kami (ALLAH) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Surah al-Isra, ayat 15).Maka, perjuangan apapun yang mahu ditegakkan, hendaklah menilai setiap insan berdasarkan kepada akhlaknya, bukan titih keturunannya. Keadilan dalam Islam buta warna bangsa dan agama sekalipun. Keadilan untuk semua. 
Sabda Nabi s.a.w: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani). Jika hal ini tidak diteliti, perkauman atau racism akan berlaku. Akan ada pihak yang teraniaya hanya kerana keturunannya walaupun mungkin dia tidak bersalah. Diskriminasi seperti ini pernah berlaku di Amerika, sehingga Martin Luther King dalam pidatonya yang terkenal ‘I have a dream’ menyebut: “I have a dream that my four little children one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character”.
Tujuan ALLAH menciptakan berpuak dan berbangsa agar saling kenal mengenali antara satu sama lain. Firman ALLAH: (maksudnya) (maksudnya): Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya.(Surah al-Hujurat: 13). Lihat dalam ayat ini, ALLAH memanggil “Wahai manusia!”. Panggilan yang sangat adil merangkumi setiap bangsa dan puak. Bukan panggil perkauman atau fanatik keturunan. Kata Sayyid Qutb dalam menafisrkan ayat ini: “Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuwafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian. Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan ALLAH. Sebaliknya, di sana hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu”. (Fi Zilal al-Quran 6/3348. Cairo: Dar al-Syuruq).
Maka, haram bagi seorang muslim meniupkan api perkauman yang menzalimi pihak yang tidak bersalah hanya kerana warna kulit ataupun keturunannya. Wajib kita mempamirkan keindahan kesejagatan Islam kepada semua pihak supaya keindahan Islam dapat diterima oleh manusia. 
-Dr.MAZA-

Khairul Hilmi Che Ali and 2 other friends shared Buletin Setia Politik Kini's photo.
Sebelum dan Selepas
Sebelum dan Selepas

Tiada ulasan: