Khairy menteri, P Waythamoothy timbalan menteri
Harakahdaily, | 15 Mei 2013 |
(Najib umumkan kabinetnya dengan diperhatikan Muhyidin)
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan barisan Kabinetnya yang baru dengan memasukkan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin sebagai Menteri Belia dan Sukan dan P Waythamoothy pemimpin Hindraf sebagai timbalan menteri.
Tidak seorang pun pemimpin MCA dan Gerakan dimasukkan dalam kabinet yang diumumkan secara langsung melalui TV hari ini. Bagaimanapun, kata Najib, pintu masih terbuka untuk mereka jika mengubah keputusan sebelum ini.
Berikut senarai penuh kabinet Najib yang baru.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan: Datuk Seri Najib Abdul Razak
Timbalan PM dan Pelajaran: Tan Sri Muhyidin Yasin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Seri Jamil Khir Bahrom
Datuk Idris Jala
Datuk Ahmad Maslan
Datuk Seri Abdul Wahid Omar
Datuk Joseph Kurup
Nancy Shukri
Joseph Entulu
Paul Low Seng Kuan
Datuk Seri Shahidan Kassim
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
P Waythamoorthy
Datuk Razali Ibrahim
Menteri Kewangan II: Datuk Ahmad Husni Hanadzlah
Pelajaran II: Datuk Seri Idris Jusoh
Dalam Negeri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Pertahanan: Datuk Seri Hishamudin Husein
Pengangkutan: Datuk Seri Hishammuddin Hussein (pemangku)
Pelancongan: Datuk Seri Nazri Abdul Aziz
Luar Negara: Datuk Seri Anifah Aman
Kerjaraya: Fadilah Yusof
Kesihatan: Dr S Subramaniam
Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin
Sumber Manusia: Richard Riot
Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi: Hassan Malik
Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mustapa Mohamad
Pertanian dan Industri Asas Tani: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Sains, Teknologi dan Inovasi: Ewon Ebin
Sumber Asli dan Alam Sekitar: Datuk G Palanieval
Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Maximus Ongkili
Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah: Datuk Shafie Apdal
Industri Pertanian dan Komoditi: Douglas Uggah Embas
Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Bandar: Abdul Rahman Dahlan
Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat: Rohani Abdul Karim
Komunikasi dan Multimedia: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Himpunan Black505 Kuantan tidak dapat sambutan langsung!
Omak Kau, | 15 Mei 2013 |
Perhimpunan 'Suara Rakyat Suara Keramat' di Kuantan malam semalam yang terpaksa bertukar lokasi ke Dataran Rakyat berdepan dengan Markas PKR di Jalan Beserah, atas "nasihat polis" dikhabarkan "tidak " mendapat sambutan langsung.
Lokasi asal yang dicadangkan bagi perhimpunan 'Black 505' itu adalah di Padang Mahkota Aman di Kuantan.
Bagaimanapun, terpaksa memindahkan lokasi perhimpunan tersebut, hasil rundingan dengan wakil polis daerah Kuantan semalam.
Pegawai polis dalam pertemuan tersebut antara lainnya memberi alasan bahawa perhimpunan berkenaan tidak mengikut peruntukan seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.
Klik untuk laporan penuh.
HIMPUNAN SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT "BLACK 505" DI KUANTAN, MALAM INI TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN LANGSUNG!!!!!
Perhimpunan 'Suara Rakyat Suara Keramat' di Kuantan malam ini yang terpaksa bertukar lokasi ke Dataran Rakyat berdepan dengan Markas PKR di Jalan Beserah, atas "nasihat polis" dikhabarkan "tidak " mendapat sambutan langsung.
Lokasi asal yang dicadangkan bagi perhimpunan 'Black 505' itu adalah di Padang Mahkota Aman di Kuantan.
Bagaimanapun, terpaksa memindahkan lokasi perhimpunan tersebut, hasil rundingan dengan wakil polis daerah Kuantan semalam.
Pegawai polis dalam pertemuan tersebut antara lainnya memberi alasan bahawa perhimpunan berkenaan tidak mengikut peruntukan seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.
Polis juga menyatakan bahwa lokasi asal merupakan padang awam yang tidak mendapat kelulusan daripada Pegawai Daerah Kuantan.
Semalam, Ketua Polis Daerah Kuantan Mohd Jasmani Yusoff dilapor berkata perhimpunan itu adalah perhimpunan haram kerana penganjur tidak memaklumkan perkara itu dalam tempoh 10 hari kepada polis sepertimana yang diperuntukan bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
Agaknya sebab itulah perhimpunan ini boleh ditakrifkan gagal...Tidak sampai pun 100 orang datang memberikan sokongan...Kesian juga tengok beb!!!!....Pakatan Rakyat sudah ditolak rakyat....Maklumlah UMNO kan parti serba hebat.
Sudah tidak mampu nak tulis panjang lebar sebab Omak Kau amat sedih dan pilu sekali apabila diberitahu yang Himpunan Black 505 Kuantan tidak mendapat sambutan...lokasi kelihatan lengang sunyi sepi tanpa orang.
Rakyat Selangor mengamuk lama tak beratur bayar bil air
Omak Kau, | 15 Mei 2013 |
Rakyat Selangor semenjak negeri itu di perintah oleh Pakatan Rakyat bermenteri besarkan Tan Sri Abd Khalid Ibrahim dikatakan sudah mula naik angin...
Rata-rata RAKYAT SELANGOR melahirkan rasa kecewa amat sangat sebab setiap bulan asyik sifar bayaran dikenakan oleh SYABAS pasal penggunaan air sebanyak 20 meter padu.
Rakyat Selangor amat rindukan suasana beratur panjang dikaunter bayaran bil..
Nampak sangat Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor "tidak berhati perut langsung"...Seksa jiwa rakyat yang kini sedang kemaruk nak bayar bil air!!!!!!.
Klik untuk laporan penuh.
PAS tidak akan ‘bersatu’ dengan Umno
Harakah, | 15 Mei 2013 |
Katanya, isu perpaduan antara PAS dan Umno akan timbul setiap kali menjelang dan selepas pilihan raya umum terutama apabila keputusan pilihan raya itu meletakkan Umno dalam keadaan kritikal.
“Sedangkan sewaktu Umno ‘kuat’, isu perpaduan ini tidak pernah timbul. Ini hanya mainan Umno untuk tutup kelemahan dan tagih simpati rakyat,” ujar beliau sebagaimana dilaporkan Harakah.
Dapatkan naskah Harakah anda Jumaat ini untuk mendapatkan laporan lengkap mengenainya.
Bukan dahan baru, tebang terus pohon itu
Harakah, | 15 Mei 2013 |
KOTA BHARU:
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pemimpin Umno dan BN
terpaksa mencari dahan baru untuk berpaut selepas parti itu ditolak
rakyat pada pilihan raya umum (PRU) lalu.
“Saya kira inilah bukti jelas menunjukkan bahawa BN sedar mereka semakin dipinggirkan rakyat. Politik perkauman dan penindasan yang diamalkan semakin ditolak rakyat.
“Dalam tidak sedar sebenarnya bukan dahan baru yang perlu dicari, bahkan pohon tua bernama BN itu perlu ditebang terus,” kata Mursyidul Am PAS di sini.
Ikuti pandangan Tok Guru Nik Aziz sepenuhnya dalam Harakah versi cetak Jumaat ini.
PENGERUSI SPR,
Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan ahli-ahlinya diminta meletakkan jawatan
jika gagal memberikan jawapan memuaskan, mengapa penggunaan dakwat kekal
yang diperkenalkan dalam PRU13 yang lalu tidak kekal seperti yang
dicanangkan.
Malah pelbagai dakwaan penipuan dilakukan badan itu dalam PRU13 juga mesti diberi pencerahan segera.
"Kembalikan kepercayaan awam dan bentuk SPR baharu," saran Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Mohd Agus sebagaimana dilaporkan Harakah.
Baca laporan penuh dalam Harakah Jumaat ini.
Tangkai jering...gelaran bagi orang yang bakhil.
Lawan kepada sifat pemurah adalah kedekut. Dalam bahasa Arab, ia dikata bakhil manakala dikata oleh orang Indonesia pula, pelit. Tidak kira apa pun sebutannya, sifat pemurah sentiasa dihargai orang, menjadi punca untuk datangnya kasih-sayang. Manakala, sifat kedekut pula sangat dibenci orang, bahkan membuka pula pintu kebencian.
Islam, tuntasnya memang menggesa agar umatnya bersifat pemurah dan menjauhi bakhil yang memusnah. Rasulullah SAW adalah ikon pemurah yang paling cocok untuk diteladani, begitu jugalah para isteri baginda khususnya Ummul Mukminin Siti Khadijah RA, para sahabat tercinta seperti Abu Bakar as-Siddiq RA dan juga Ummu Sulaim RA.
Kepemurahan mereka telah menjadi modal bagi menyemarakkan Islam ke seluruh dunia, sehingga menjadilah kita sebagai seorang Islam akhirnya. Bayangkan, pemurahnya Khadijah mampu menyemarakkan usaha dakwah Rasulullah SAW kala di Mekah. Pemurahnya Abdul Rahman bin Auf RA pula, membantu perkembangan Islam semasa di Madinah.
Maka, seseorang yang mempunyai hati yang pemurah, dia tidak akan berjiwa bakhil pada satu masa. Sifat pemurahnya dominan atau jika boleh, menempati seluruh ruang isi hatinya, sehingga tiada ruang lagi bagi makhluk bernama ‘kedekut’ buat menumpang walau sebesar melukut di situ.
Nabi Muhamamad SAW di dalam sebuah hadis menyatakan, yang maksudnya: “Tidak pernah terkumpul sifat bakhil dan iman (secara bersama dalam satu masa) di hati seorang hamba.” (Hadis Sahih Riwayat Nasa’i)
Manusia yang pemurah, maka sifat pemurahnya itu juga sudah cukup buat menjadi bukti bahawa itulah tandanya dia beriman kepada Allah SWT. Hal ini kerana, di dalam hadis yang lain Nabi Muhammad SAW menegaskan: “Sedekah adalah bukti (kepada keimanan).” (Hadis riwayat Muslim)
Bukti lain juga, ketinggian nilai sifat pemurah Abu Bakar dan Khadijah, hakikatnya adalah bukti tingginya keimanan mereka kepada Allah SWT. Sirinya, semakin tinggi iman di dada, semakin kita menjadi pemurah. Semakin tinggi kita menjadi pemurah, semakin hilanglah perangai kedekut dari dalam kita. Ini adalah sesuatu yang sudah pun dijamin oleh Allah SWT dan Rasul-Nya.
Dalam kondisi yang lain, manusia yang kedekut, mereka bukan sahaja menjadi manusia yang dibenci oleh manusia yang lain; tetapi yang paling dikhuatiri ialah mereka juga menjadi manusia yang amat tipis imannya. Inilah maksud yang sepatutnya kita fahami di sebalik apa yang digambarkan di dalam hadis di atas.
Ingat, jika orang yang pemurah, maka di dalam hatinya tidak boleh ada secara bersama pada satu masa, di antara iman dan bakhilnya, maka wajar dimengerti juga bahawa kala sifat bakhil itu menguasai manusia, saat itulah sudah hilangnya iman di dalam hatinya – wal’iyazubillah.
Oleh itu, sebagai manusia yang sentiasa perlu memupuk dan membajai iman dan takwa, jadikanlah diri kita sebagai muslim yang pemurah dan suka bersedekah. Bersedekah walau dengan perkara yang remeh dan kecil, memberikan senyuman manis misalnya, dan diikuti pula dengan sedekah-sedekah lain yang sesuai dengan kemampuan kita. Kerana, yakinlah bahawa inilah yang bakal menjadi humus dan baja, dalam usaha menyuburkan iman dan takwa kita.
http://www.hamizul.com
KUALA LUMPUR: Akhirnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dapat juga dua-pertiga majoriti tapi bukan di Dewan Rakyat.
Di sebalik populariti Najib yang diwar-warkan di alam maya, satu majalah Australia hari ini membuat dakwaan bahawa 70 peratus, melebihi dua pertiga followers (pengikut) Najib di Twitter adalah akaun palsu.
Mengikut laporan Meld Magazine yang berpusat di Melbourne, satu laman berita bebas, Najib menguasai carta peratusan pengikut palsu teramai di Twitter di antara lapan tokoh politik antarabangsa yang termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bersama perdana menteri yang lain daripada Australia, India, Thailand, Jepun, Singapura dan Vietnam.
“Satu semakan menggunakan perisian 'online Fake Follower Check' mendedahkan secara mengejut 70 peratus daripada 1.4 juta pengikut Perdana Menteri Najib adalah palsu,” kata Meld Magazine bertarikh May 3.
Sekarang ini, Twitter Najib sudah mencecah 1.5 juta pengikut. (Data Meld Magazine mungkin sudah lari selepas 12 hari).
Di belakang Najib, ialah rakan sejawat daripada Thailanda dan India, Yingluck Shinawatra dan Manmohan Singh, pada 55 dan 54 peratus.
Menurut laporan itu lagi, hanya 15 peratus pengikut Najib dikategorikan sebagai pengikut yang baik manakala 15 peratus lagi adalah pengikut yang tidak aktif.
Di Twitter Obama pula, hanya 45 peratus daripada 29.18 juta pengikutnya adalah palsu.
Mengikut Thomas Tudehope, seorang pakar sosial media di social@Ogilvy dan bekas penasihat kepada menteri bayangan komunikasi dan jalur lebar Australia, Malcolm Turnbull, pengikut di Twitter boleh dibeli, “100 dan ke atas sehingga 10,000 pengikut mengikut harga berlainan.”
Bagaimanapun, Tudehope berkata apa yang penting ialah penglibatan dalam berkomunikasi dengan pengikut dan memberikan reaksi.
“Saya rasa tekniknya ialah meletakkan lebih banyak bahan, secara kerap, untuk orang berlainan. Ini adalah strategi yang mudah dan saya rasa ia agak berkesan,” katanya.
Sebelum PRU13, media tradisional telah menghebohkan bahawa satu laman pemantauan internet, Socialbakers, telah meletakkan Najib di tangga 11, tokoh politik paling popular di dunia.
Dalam reaksinya, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata itu petanda Najib popular di kalangan orang muda.
“Ini menunjukkan Perdana Menteri bukan sahaja popular di Malaysia, tapi juga di dunia,” kata Ahmad Shabery ketika mengulas berita itu.
“Saya kira inilah bukti jelas menunjukkan bahawa BN sedar mereka semakin dipinggirkan rakyat. Politik perkauman dan penindasan yang diamalkan semakin ditolak rakyat.
“Dalam tidak sedar sebenarnya bukan dahan baru yang perlu dicari, bahkan pohon tua bernama BN itu perlu ditebang terus,” kata Mursyidul Am PAS di sini.
Ikuti pandangan Tok Guru Nik Aziz sepenuhnya dalam Harakah versi cetak Jumaat ini.
Bentuk SPR baharu
Harakah, | 15 Mei 2013 |
Malah pelbagai dakwaan penipuan dilakukan badan itu dalam PRU13 juga mesti diberi pencerahan segera.
"Kembalikan kepercayaan awam dan bentuk SPR baharu," saran Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Mohd Agus sebagaimana dilaporkan Harakah.
Baca laporan penuh dalam Harakah Jumaat ini.
Bersedekahlah walau hanya senyuman
Ustaz Hamizul Abdul Hamid, | 15 Mei 2013 |
Lawan kepada sifat pemurah adalah kedekut. Dalam bahasa Arab, ia dikata bakhil manakala dikata oleh orang Indonesia pula, pelit. Tidak kira apa pun sebutannya, sifat pemurah sentiasa dihargai orang, menjadi punca untuk datangnya kasih-sayang. Manakala, sifat kedekut pula sangat dibenci orang, bahkan membuka pula pintu kebencian.
Islam, tuntasnya memang menggesa agar umatnya bersifat pemurah dan menjauhi bakhil yang memusnah. Rasulullah SAW adalah ikon pemurah yang paling cocok untuk diteladani, begitu jugalah para isteri baginda khususnya Ummul Mukminin Siti Khadijah RA, para sahabat tercinta seperti Abu Bakar as-Siddiq RA dan juga Ummu Sulaim RA.
Kepemurahan mereka telah menjadi modal bagi menyemarakkan Islam ke seluruh dunia, sehingga menjadilah kita sebagai seorang Islam akhirnya. Bayangkan, pemurahnya Khadijah mampu menyemarakkan usaha dakwah Rasulullah SAW kala di Mekah. Pemurahnya Abdul Rahman bin Auf RA pula, membantu perkembangan Islam semasa di Madinah.
Maka, seseorang yang mempunyai hati yang pemurah, dia tidak akan berjiwa bakhil pada satu masa. Sifat pemurahnya dominan atau jika boleh, menempati seluruh ruang isi hatinya, sehingga tiada ruang lagi bagi makhluk bernama ‘kedekut’ buat menumpang walau sebesar melukut di situ.
Nabi Muhamamad SAW di dalam sebuah hadis menyatakan, yang maksudnya: “Tidak pernah terkumpul sifat bakhil dan iman (secara bersama dalam satu masa) di hati seorang hamba.” (Hadis Sahih Riwayat Nasa’i)
Manusia yang pemurah, maka sifat pemurahnya itu juga sudah cukup buat menjadi bukti bahawa itulah tandanya dia beriman kepada Allah SWT. Hal ini kerana, di dalam hadis yang lain Nabi Muhammad SAW menegaskan: “Sedekah adalah bukti (kepada keimanan).” (Hadis riwayat Muslim)
Bukti lain juga, ketinggian nilai sifat pemurah Abu Bakar dan Khadijah, hakikatnya adalah bukti tingginya keimanan mereka kepada Allah SWT. Sirinya, semakin tinggi iman di dada, semakin kita menjadi pemurah. Semakin tinggi kita menjadi pemurah, semakin hilanglah perangai kedekut dari dalam kita. Ini adalah sesuatu yang sudah pun dijamin oleh Allah SWT dan Rasul-Nya.
Dalam kondisi yang lain, manusia yang kedekut, mereka bukan sahaja menjadi manusia yang dibenci oleh manusia yang lain; tetapi yang paling dikhuatiri ialah mereka juga menjadi manusia yang amat tipis imannya. Inilah maksud yang sepatutnya kita fahami di sebalik apa yang digambarkan di dalam hadis di atas.
Ingat, jika orang yang pemurah, maka di dalam hatinya tidak boleh ada secara bersama pada satu masa, di antara iman dan bakhilnya, maka wajar dimengerti juga bahawa kala sifat bakhil itu menguasai manusia, saat itulah sudah hilangnya iman di dalam hatinya – wal’iyazubillah.
Oleh itu, sebagai manusia yang sentiasa perlu memupuk dan membajai iman dan takwa, jadikanlah diri kita sebagai muslim yang pemurah dan suka bersedekah. Bersedekah walau dengan perkara yang remeh dan kecil, memberikan senyuman manis misalnya, dan diikuti pula dengan sedekah-sedekah lain yang sesuai dengan kemampuan kita. Kerana, yakinlah bahawa inilah yang bakal menjadi humus dan baja, dalam usaha menyuburkan iman dan takwa kita.
http://www.hamizul.com
Akhirnya Najib dapat 2/3 majoriti...
Harakahdaily, | 15 Mei 2013 |
Di sebalik populariti Najib yang diwar-warkan di alam maya, satu majalah Australia hari ini membuat dakwaan bahawa 70 peratus, melebihi dua pertiga followers (pengikut) Najib di Twitter adalah akaun palsu.
Mengikut laporan Meld Magazine yang berpusat di Melbourne, satu laman berita bebas, Najib menguasai carta peratusan pengikut palsu teramai di Twitter di antara lapan tokoh politik antarabangsa yang termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bersama perdana menteri yang lain daripada Australia, India, Thailand, Jepun, Singapura dan Vietnam.
“Satu semakan menggunakan perisian 'online Fake Follower Check' mendedahkan secara mengejut 70 peratus daripada 1.4 juta pengikut Perdana Menteri Najib adalah palsu,” kata Meld Magazine bertarikh May 3.
Sekarang ini, Twitter Najib sudah mencecah 1.5 juta pengikut. (Data Meld Magazine mungkin sudah lari selepas 12 hari).
Di belakang Najib, ialah rakan sejawat daripada Thailanda dan India, Yingluck Shinawatra dan Manmohan Singh, pada 55 dan 54 peratus.
Menurut laporan itu lagi, hanya 15 peratus pengikut Najib dikategorikan sebagai pengikut yang baik manakala 15 peratus lagi adalah pengikut yang tidak aktif.
Di Twitter Obama pula, hanya 45 peratus daripada 29.18 juta pengikutnya adalah palsu.
Mengikut Thomas Tudehope, seorang pakar sosial media di social@Ogilvy dan bekas penasihat kepada menteri bayangan komunikasi dan jalur lebar Australia, Malcolm Turnbull, pengikut di Twitter boleh dibeli, “100 dan ke atas sehingga 10,000 pengikut mengikut harga berlainan.”
Bagaimanapun, Tudehope berkata apa yang penting ialah penglibatan dalam berkomunikasi dengan pengikut dan memberikan reaksi.
“Saya rasa tekniknya ialah meletakkan lebih banyak bahan, secara kerap, untuk orang berlainan. Ini adalah strategi yang mudah dan saya rasa ia agak berkesan,” katanya.
Sebelum PRU13, media tradisional telah menghebohkan bahawa satu laman pemantauan internet, Socialbakers, telah meletakkan Najib di tangga 11, tokoh politik paling popular di dunia.
Dalam reaksinya, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata itu petanda Najib popular di kalangan orang muda.
“Ini menunjukkan Perdana Menteri bukan sahaja popular di Malaysia, tapi juga di dunia,” kata Ahmad Shabery ketika mengulas berita itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan