Ahad, 5 Mei 2013

INSYAALLAH MENANG...SEGALA PENIPUAN....INSYAALLAH MAKAN DIRI BALIK

TG Nik Aziz mengundi awal pagi, MB serah kepada Sultan

Salmah Mat Husain Foto: Rizal Tahir, 05 Mei 2013
(Tuan Guru Nik Aziz beratur untuk membuang undi pagi tadi)

PENGKALAN CHEPA: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan isteri Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, tiba di pusat pengundian jam 8.15 pagi.

Tuan Guru yang juga calon N.06 Chempaka membuang undi di Sekolah Menengah Raja Sakti, Kota Jembal, dekat sini.

Beliau dan isteri turut menunggu giliran sebagaimana pengundi lain, tidak mengambil kesempatan di atas keistimewaannya.

Terdahulu tiga orang anaknya, Nik Adli, Nik Abdul Rahim dan Nik Omar, turut berbuat demikian juga di tempat yang sama.

(Tuan Guru Nik Aziz dan isterinya menunjukkan jari yang berdakwat kekal tanda telah mengundi)

Tuan Guru ketika ditemui mengharapkan Kelantan kekal di bawah pentadbiran ulama melalui kerajaan sebelum ini.

Menurutnya, tidak ada sebab langsung rakyat akan menolak kerajaan sebelum ini.

“Tengok pada zahirnya dan sekiranya PRU 13 ini berjalan mengikut demokrasi sebenar, PAS masih mengekalkan pentadbirannya.

“Bagaimanapun kita sering tahu, PAS sering berhadapan dengan pelbagai dugaan, ugutan, politik wang dan berbagai lagi untuk menjatuhkan kita,”ujarnya.


MB serah kepada Sultan




Berhubung dengan jawatan Menteri Besar sekiranya Pakatan Rakyat menguasi Kelantan, beliau berkata ianya terserah pada Sultan Kelantan untuk melantik siapa.

Ketika memberitahu media juga, Tuan Guru turut mendedahkan beliau mengundi ‘bulan’ (PAS) di samping melahirkan rasa syukur kerana telah selamat membuat pilihan pada PRU ini.

Dakwat: Haron Din buat aduan rasmi kepada SPR, polis

Harakahdaily, 05 Mei 2013


(Dr Haron menunjukkan kesan dakwat pada jarinya...dari ada dakwat kepada bersih sebersihnya)

KANGAR: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menuntut supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan memberikan penjelasan bagaimana dakwat yang dikatakan kekal sebenarnya tidak kekal.

Beliau yang merupakan calon PAS di Arau, Perlis membuat laporan rasmi kepada Pengarah SPR Perlis, Ahmad Ibrahim Mohd Taib di Pejabat SPR Perlis jam 2.30 petang ini.

Sebelum itu beliau membuat laporan polis di Balai Polis Kangar kira-kira jam 12. 15 tengahari tadi.

"Pegawai SPR itu gagal menjawab segala persoalan yang saya kemukakan walaupun dia berjanji untuk mendapatkan penjelasan dari pegawai atasannya.

"Sehingga sekarang saya tidak mendapat jawapan itu," kata Dr Haron kepada Harakahdaily.
Datuk Dr Haron Din yang mengundi pada jam 8.25 pagi tadi di saluran 1 SJK (C) Simpang Empat mendapati dakwat kekal yang dicalit pada jarinya tidak kekal.

Sekitar jam 9.00 pagi beliau pulang ke rumah dan membersihkan jarinya dengan sabun biasa (bukan sebarang “solvent chemical) dan mendapati jarinya bersi-sebersihnya.


"Kalau begini saya ingin satu, siapa yang menipu siapa," kata Dr Haron ketika menghubungi Harakahdaily.

"Ada dua kemungkinan yang boleh berlaku," kata Dr Haron.

Pertama, pembekal menipu SPR dengan membekalkan dakwat yang tidak kekal.

Kedua, BN melalui SPR menipu rakyat dengan menyediakan dakwat yang tidak kekal untuk membolehkan penipuan berlaku dalam pilihan raya ini.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta semua pihak bersedia untuk menghadapi akibat dari penipuan ini.

Haron Din dapati dakwat tak kekal di jarinya

Bashir Ishak, 05 Mei 2013
KANGAR: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang mengundi pada jam 8.25 pagi tadi di saluran 1 SJK(C) Simpang Empat mendapati dakwat kekal yang dicalit pada jarinya tidak kekal.


Sekitar jam 9.00 pagi beliau pulang ke rumah dan membersihkan jarinya dengan sabun biasa (bukan sebarang "solvent chemical) dan mendapati jarinya bersi-sebersihnya.

Satu laporan polis dibuat tengah hari ini.

Insya Allah, sekurang-kurangnya menang – Presiden PAS

Harakahdaily, 05 Mei 2013

Tuan Guru Abdul Hadi menyerahkan kad pengenalan untuk semakan pemilih kepada pegawai SPR.

MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, keputusan Pilihan raya Umum ke-13 ini yang berlangsung pada hari ini dapat memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat (PR).


Beliau berkata, sekurang-kurangnya keputusan PRU 1999 kembali pada kali ini.

“Insya Allah, 1999 kembali, ditambah dengan gelombang anak muda,” ujarnya kepada wartawan selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Rusila, dekat sini, pagi ini.

Beliau yang bertanding di Parlimen Marang dan Dun Ru Rendang berharap perubahan yang berlaku kepada generasi muda itu memberikan kesan positif kepada PAS dan PR.

“Kita harap, insya Allah ini suatu perubahan. Kita telah bekerja, sekurang-kurangnya kita harapkan begitu, insya Allah, sekurang-kurangnya menang,” ujarnya  lagi.

Tambah beliau, sokongan kepada PAS dan PR kali ini bukan hanya melibatkan golongan muda sahaja bahkan kalangan bukan Islam termasuk para pemilih yang memberikan undi pada PRU lalu termasuklah perubahan dalam BN.

Ditanya tentang keputusan PRU13 ini, beliau berkata, “kita tunggulah petang, tunggu”.

Beliau juga berharap pilihan raya umum yang berlangsung pada hari ini berjalan dengan baik, adil dan bersih.

“Kita berharap (pilihan raya) berakhir dengan tenang,” katanya yang mula tiba di pusat mengundi berkanaan jam 7.55 pagi dan membuang undi pada jam 8.08 pagi.


Penjumlahan bermula, PKR mendahului di Saratok
Proses penjumlahan undi bermula seawal jam 6 petang di pusat 8,245 pusat pengundian di seluruh negara dengan diperhatikan oleh ejen calon parti masing-masing.
LAPORAN LANGSUNG
6.40pm: calon DAP Teo Nie Ching, yang juga bekas Ahli Parlimen Serdang, mendahului kiraan undi di Kulai kerusi Parlimen di Johor.

Beliau berdepan dengan pertandingan tiga penjuru dengan Tay Chin Hein (BN) dan Surendiran Kuppayah (Bebas)

DAP - 1,336
BN - 509

6.36pm: BN mendahului di Gelang Patah, Johor yang menyaksikan pertandingan antara Datuk Seri Abdul Ghani Othman (BN) dan Lim Kit Siang (DAP).

BN - 1,532
DAP - 688
6.27pm: BN mendahului DAP di kerusi Sibu dan Bintulu di Sarawak.

Di Sibu, BN mendapat 3,033 undi berbanding 1,856 undi untuk DAP di kerusi yang menyaksikan pentandingan tiga penjuru itu.

Lau Lee Ming (BN) berdepan Oscar Ling Chai Yew (DAP) dan Narawi Haron (Bebas).

Di Bintulu, BN mendahului dengan 6,098 undi berbanding 2,323 untuk DAP.

Tiong King Sing (BN) mempertahankan kerusi tersebut dengan menentang John Brian Anthony Jeramy Kuang (DAP).
6.07pm: PKR dijangka merampas kerusi Saratok di Sarawak. Parti itu kini mendahului dengan lebih separuh kerusi yang dijumlahkan.

6.05pm: Wartawan Malaysiakini dihalang daripada memasuki ibu pejabat Umno di PWTC.
Pemimpin tertinggi BN dijangka berkumpul di situ untuk mengikut keputusan pilihan raya.

6pm: Proses penjumlahan bermula.


Suasana menunggu pengiraan undi di Sek Ren Agama Aman Bestari , Kg Seri Aman Puchong
Like · · · 24 minutes ago ·

Permata Mariam shared Bernama Radio24's photo.
Dari lensa wartawan Rosli Ramli di SMK Gelang Patah.
Dari lensa wartawan Rosli Ramli di SMK Gelang Patah.
Ank bangkit......mlm ini kita sama2 brdoa...semoga kemenang brpihat kepada pr....
Photo
Like · · · 9 minutes ago via mobile ·
Pas Dun Tepoh shared ANTI Semua Salah UMNO - ASSU's photo.
MAKLUMAT PENTING.. 

Gambar diatas menunjukkan kumpulan kenderaan yang membawa bendera warna putih bertulis 2 kalimah syahadah yg kini dikesan di Johor dan Perak sedang bergerak menghala ke KL..Adalah dipercayai kumpulan ini yang akan mencetuskan masalah terutamanya di Putrajaya??

Aku harap pihak polis sempat menahan kenderaan-kenderaan tersebut. Bertanya tujuan apa sebenar konvoi besar-besaran ini dilakukan. Seperti di dakwa kekacauan dan huru Hara yang seperti di dakwa Beberapa pihak.

Kami Rakyat Malaysia Mahukan Ke Amanan!!!!

-Tok Guru.
MAKLUMAT PENTING..

Gambar diatas menunjukkan kumpulan kenderaan yang membawa bendera warna putih bertulis 2 kalimah syahadah yg kini dikesan di Johor dan Perak sedang bergerak menghala ke KL..Adalah dipercayai kumpulan ini yang akan mencetuskan masalah terutamanya di Putrajaya??

Aku harap pihak polis sempat menahan kenderaan-kenderaan tersebut. Bertanya tujuan apa sebenar konvoi besar-besaran ini dilakukan. Seperti di dakwa kekacauan dan huru Hara yang seperti di dakwa Beberapa pihak.

Kami Rakyat Malaysia Mahukan Ke Amanan!!!!

-Tok Guru.

Amaluddin Yusof shared Ραкαтαη яαкүαт εlεcтισηs ηεωs's photo.
Penang DAP Latest result:
Penang DAP Latest result:

Nizran Oyankedo shared King Jason's status update.
Saratok 39 peti undi
Bn -2418
Pkr-3769
Bebas- 86
Rosak -61
PAS menang majoriti 500++ di Dun Maharani
Astro Awani
KK - DAP Menang, Keadilan 2nd.. BN Paling bawah skali.
#InfoPRU13
Tidak Rasmi : P.211 Lanang dan P.208 Sarikei dimenangi oleh DAP


PARLIMEN
BN PR LAIN-LAIN
0 0 0
222 seats total, 112 to win, 148 for two-thirds
DEWAN UNDANGAN NEGERI
BN PR LAIN-LAIN
Johor (56)000
Kedah (36)000
Kelantan (45)000
Melaka (28)000
N. Sembilan (36)000
Pahang (42)000
Penang (40)000
Perak (59)000
Perlis (15)000
Sabah (60)000
Selangor (56)000
Terengganu (32)000
* Number in brackets denotes total number of seats.
KERUSI-KERUSI UNDANGAN TERHANGAT
Bandar Tun Razak-
Gelang Patah-
Keningau-
Kluang-
Kota Raja-
Lembah Pantai-
Lumut-
Pasir Mas-
Pekan-
Pulai-
Putrajaya-
Saratok-
Segamat-
Seremban-
Shah Alam-
Sibu

Tiada ulasan: