Ahad, 5 Mei 2013

UDAH2 LAH TU BERSIKAP TAK ELOK...NANTI JADI BAHAN CITER HINGGA KE ANAK CUCU...MALU LAH SIKIT

TG Nik Aziz lena di surau sebelum teruskan kempen

Rizal Tahir, 05 Mei 2013


(TG Nik Aziz berehat sebentar sebelum meneruskan kempen)

PENGKALAN CHEPA: Inilah pemimpin rakyat. Kelihatan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berehat di sebuah surau sebelum meneruskan penjelajahan kempen ke seluruh Kelantan.

Inilah yang berlaku kepada Tuan Guru Datuk Abdul Aziz yang kini adalah Menteri Besar Kerajaan Sementara Kelantan.

Setelah keluar mengundi awal pagi bersama isteri Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, beliau belum berehat.

Awal pagi tadi beliau beratur panjang bagi menunggu giliran membuang undi.

(Beratur di awal pagi untuk mengundi)

Menteri Besar tidak menggunakan kedudukan sebagai ketua kerajaan untuk mengelak daripada beratur. Biar pun agak keuzuran namun beliau tetap beratur bersama pengundi-pengundi lain di Sekolah Menengah Raja Sakti, Kota Jembal.

Beliau dan isteri tiba di pusat mengundi tersebut kira-kira jam 8.15 pagi. Tiga anaknya, Nik Adli, Nik Abdul Rahim dan Nik Omar turut mengundi di tempat yang sama.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga calon Dun Chempaka ketika ditemui pemberita berharap Kelantan terus kekal di bawah pentadbiran ulama.

Menurutnya, tidak ada sebab langsung rakyat menolak kerajaan yang ada sekarang.

“Tengok pada zahirnya dan sekiranya PRU 13 ini berjalan mengikut demokrasi sebenar, PAS masih mampu mengekalkan pentadbirannya.

“Bagaimanapun kita tahu, PAS sering berhadapan dengan pelbagai dugaan, ugutan, politik wang untuk menjatuhkan kita,” ujarnya.

Manakala di Pasir Mas keghairahan rakyat untuk mengundi jelas kelihatan apabila orang ramai menyerbu tempat pembuangan undi sejak awal lagi.

Sebaik sahaja tempat pembuangan undi dibuka orang ramai terus menyerbu masuk.

(Saya sudah mengundi ...kata TG Nik Aziz dan isterinya)

Bagaimanapun sistem manual untuk mendapatkan kupon SPR bagi membolehkan mengundi masuk ke tempat pembuangan undi, sesak teruk sehingga mereka yang keuzuran berpatah balik.

Ramai merungut kerana kaedah mencari nama pengundi masih secara manual dengan mencari nama dan menggaris sebelum dikeluarkan kupon SPR mengikut saluran ditetapkan.

Keadaan itu menimbulkan bantahan orang ramai terutamanya orang tua-tua. Malah tidak ada petugas SPR di Sekolah Kebangsaan Kasa bagi membantu orang tua dan kurang upaya mendapatkan kupon SPR tanpa perlu menunggu lama.

Saluran pengundi muda iaitu lima hingga tujuh biar pun agak panjang, namun mereka lebih cepat membuang undi.

Kemungkinan jangkaan untuk mengetahui pemenang boleh diketahui lebih awal.

Petugas PAS di kaunter semakan daftar pemilih d luar sekolah tersebut memberihu kehadiran orang ramai membuat semakan di kaunter PAS lebih sibuk berbanding Umno.

Situasi serupa juga dapat disaksikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Bemban. Bagaimanapun di Dun Tendong keadaan lebih seimbang.

Di Kubang Kerian, hampir 70 peratus pengundi luar yang didaftar PAS telah mengeluar mengundi di sebelah pagi.

Menurut calon PAS Dun Pasir Tumboh, Abdul Rahman Yunus, semangat yang ditunjukkan pengundi luar dan pengundi pertama kali amat memberangsangkan berbanding PRU 2008.

Katanya kesungguhan anak-anak muda dan pengundi luar membuktikan peranan media baru boleh membantu menambahkan pengetahuan mereka.

“Saya amat terharu kerana di setiap peti undi yang saya kunjungi anak-anak Kelantan di perantauan yang pulang memberi sokongan padu,” ujar beliau.

“Kembalinya anak-anak yang berada di luar Kelantan, telah mengubah pendirian keluarga masing-masing yang mana sebelum ini ada yang menyokong Umno,” katanya.

Dakwat tak kekal, tak apa: Pengundi hantu, mana ada?

Harakahdaily, 05 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Meskipun hari pengundian dicemari dengan pelbagai insiden dakwat tak kekal dan warga asing mengundi, Suruhanjaya Pilihan Raya memberikan respon seolah-olah segalanya ok.

(Antara kad pengenalan warga asing yang ditahan di pusat pengundian)

Dalam isu dakwat tidak kekal, timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata dakwat tak lekat itu bukan satu masalah lagi.

Ini kerana, katanya, besok pengundi tidak boleh mengundi lagi.

“Saya tidak bimbang dengan dakwat kekal boleh dibasuh hari ini kerana esok anda tidak boleh mengundi. Bagaimana dia boleh mengundi tanpa MyKad atau nombor IC? Satu nama hanya ditulis sekali,” kata beliau yang dipetik The Malaysian Insider.

Meskipun diberi setahun untuk mencari dakwat kekal yang terbaik untuk mencegah penipuan, Wan Ahmad berkata SPR tidak tahu kualiti dakwat kekal yang digunakan.

Bos Wan Ahmad pula Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pula secara tiba-tiba hari ini menyalahkan kualiti dakwat kekal kerana ingin mengikut garis panduan status halal.

Dua hari lepas, selepas ditekan oleh rakyat ekoran laporan dakwat kekal pada pengundi awal tidak kekal, Abdul Aziz telah menyangkal segala dakwaan dan berkata insiden itu berlaku kerana ada pegawai SPR yang terlupa mengoncang botol.

Malah, SPR sendiri membuat demonstrasi kepada umum bahawa dakwat itu kekal. Pada masa itu, Abdul Aziz langsung tidak menyentuh mengetahui penurunan kualiti dakwat kekal kerana panduan halal.

“Pada masa sama, terdapat surat dari Kementerian Kesihatan menyatakan kandungan silver nitrate mesti tidak melebihi satu peratus,” katanya, sambil menambah bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan menetapkan dakwat tersebut tidak boleh menghalang air untuk melaluinya.

Selain itu, Abdul Aziz juga terus mempertahankan bahawa daftar pengundi adalah bersih walaupun di alam maya laporan daripada petugas-petugas parti berlambak mengenai tangkapan warga asing yang diberikan kuasa mengundi walaupun mereka tidak fasih berbahasa Melayu dan tidak tahu menyanyi lagu Negaraku.

Tiga hari sebelum mengundi, warga asing daripada Bangladesh, Pakistan dan Nepal dilihat membanjiri lapangan terbang di Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar.

Abdul Aziz bertegas bahawa tiada pengundi yang meragukan dalam senarai itu kerana daftar pemilih itu diselaraskan dengan maklumat daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Ini bagi memastikan semua nama dalam pasti pemilih merupakan rakyat Malaysia," katanya.

Walaubagaimanapun, Abdul Aziz Yusof mempertahankan bahawa nama-nama dalam daftar pemilih memang warganegara Malaysia, sekali gus pengundi yang sah.

Sidang media Pakatan di One World Hotel

Harakahdaily, 05 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Pimpinan Pakatan Rakyat bersedia untuk menyambut kemenangan pilihan raya ke 13 dan akan membuat pengumuman mengenainya seawal jam 9 malam ini.

Sebuah dewan telah di tempat di One World Hotel, Bandar Utama (bersebelahan pusat beli belah One Utama) untuk tujuan tersebut.

Sidang media Pakatan Rakyat akan diadakan disitu jika Pakatan menang dalam pilihan raya ini.

Ia akan dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan utama Pakatan Rakyat.

Malam tadi kempen PAS mencatat sejarah apabila peningkatan sokongan empat peratus berlaku kepada PAS dari pengundi Melayu. Peningkatan mendadak ini membayangkan suasana baik kepada PAS dan Pakatan di hari mengundi hari ini.
Sementara waktu itu, para pimpinan Pakatan akan berkumpul di Ibu Pejabat parti masing-masing bagi mengumpulkan keputusan pilihan raya ini.

Pemimpin PAS akan berkumpul di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, PKR di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya manakala DAP di ibu pejabatnya di Jalan Pudu.

Keputusan awal dijangka akan diketahui sekitar jam 7 hingga 8 malam ini melalui Borang 14 yang dikumpul di semua pusat pengiraan undi yang dijangka bermula jam  5.30 petang.

Semua pusat pengundi dijangka akan ditutup jam 5 petang dan pengiraan undi akan bermula jam 5.30 petang.

Undi awal pula dijangka akan sampai ke pusat penjumlahan undi dan dikira mulai jam 3 petang.

Nama saya dicuri orang - pengundi Gua Musang

Muhammad Faizal, 05 Mei 2013
GUA MUSANG: Seorang pengundi dekat sini, Mustapha Mamat kecewa apabila nama dan nombor kad pengenalan beliau telah diguna oleh individu lain untuk mengundi.

(Mustapha menunjukkan kad pengenalan dan jarinya yang masih bersih tidak dibenarkan mengundi kerana ada orang telah mengundi atas nama beliau)

Beliau yang telah empat kali mengundi di tempat yang sama akan membuat laporan polis jika pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membenarkan beliau mengundi.

"Sudah empat kali saya mengundi di sini tetapi kali ini saya cukup kecewa dengan individu yang tidak bertanggungjawab kerana telah mengundi menggunakan nama saya.

"Perkara ini telah dilaporkan kepada SPR dan menunggu jawapan dari mereka untuk saya mengundi, jika tidak dibenarkan juga saya akan membuat satu laporan polis sebelum tutup pusat pengundian," jelas beliau sambil menunjukkan jarinya yang belum ada dakwat kekal.

Calon PAS Gua MUsnag, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah kecewa dengan sikap pihak tertentu cuba mencari undi dengan cara yang tidak mengikut undang-undang yang sah.


Sehingga jam 12 tengahari tadi, dianggarkan hampir 40 peratus pengundi di Parlimen Gua Musang keluar mengundi sejak ia dibuka jam 8 pagi tadi.

(Datuk Wan Rahim [kanan sekali] dipusat pengundian pagi ini)

Dengan cuaca yang panas, rata-rata penduduk mengambil kesempatan mengundi di awal pagi bagi menggelak cuaca yang tidak menentu di sebelah petang.

Wan Abdul Rahim ketika melawat di Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan Tengku Muhammad Fakhry Petra berpuashati dengan sambutan penduduk yang mengambil kesempatan mengundi.

Malah menurut beliau lagi, penantian yang sejak dari tahun lepas untuk mengundi telah membuatkan penduduk disekitar Gua Musang bersemangat serta tidak sabar untuk menunaikan tanggungjawab.

"Melihat kepada suasana penduduk yang keluar mengundi hari ini saya amat berpuashati dan dijangkakan hampir 40 peratus sudah keluar menunaikan tanggungjawab.

"Suasana ini sebenarnya diisebabkan oleh penduduk Gua Musang sudah tidak sabar untuk mengundi dan penantian mereka untuk membuat perubahan telah ditunggu sejak tahun lepas lagi," jelas beliau.

Jelas Wan Abdul Rahim lagi, melihat kepada suasana kempen yang berakhir pukul 12 tengah malam tadi, beliau berkeyakinan PAS akan dapat merampas kerusi yang dimenangi Barisan Nasional (BN) sejak 44 tahun yang lepas.

Malah jelas beliau, suasana yang ditunjukkan pada pilihan raya umum ke-13 melebihi dari 2008.

Pengantin baru kempen untuk Pakatan

Mohd Sabri Said, 05 Mei 2013

(Pasangan pengantin Amirol dan Hasnida turun berkempen walaupun hari ini hari Raja Sehari mereka)

PERMATANG PAUH: Pengantin baru Amirol Shamsudin dan pasangannya, Hasnida Asri dari Kampung Padang Ibu sanggup turun padang merayu undi bagi memastikan calon Pakatan Rakyat di Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen Permatang Pauh menang.

Mereka berkumpul bersama ahli dan para penyokong Pakatan Rakyat di Sekolah Menengah Guar Perahu walaupun pada masa yang sama merupakan waktu makan beradap di rumah Hasnida Asri di Kampung Padang Ibu, Penanti.

Selain menikmati hari bahagia mereka juga merupakan pasangan yang bertuah kerana tarikh perkahwinan mereka sama dengan hari pengundian Pilihanraya Umum Ke 13.

Ketika ditanya Amirol yang berasal dari Kampung Pelet, beliau berkata, dirinya tidak boleh berada di tempat kenduri kerana suasana sekarang merupakan 'hari perang' yang menentukan kalah menang.

"Itulah kesan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib menundakan tarikh PRU.  Akhirnya bertembung dengan kenduri kami hendak buat macamana, " ujarnya.

12 Myanmar dan Bangladesh ditahan di Lembah Pantai

Harakahdaily, 05 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Enam warga Myanmar dan sebuah van yang dipenuhi enam warga Bangladesh di'ajak minum teh' oleh orang ramai setelah cuba memasuki tempat mengundi.

Mereka dibawa keluar dari kawasan itu untuk diajak minum teh dan tidak dibenarkan oleh orang ramai pergi ke pusat pengundi.

12 mereka itu didapati cuba memasuki pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Sri Pantai, Pantai Dalam dalam Parlimen Lembah Pantai.

Di Sekolah Kebangsaan Sri Suria, Bangsar pula Harakahdaily diberitahu, beberapa buah kenderaan bercermin gelap memasuki kawasan pengundian itu melalui pintu belakang.

Tidak diketahui apa tujuan tetapi kejadian yang berlaku ketika pengundian sedang berjalan menimbulkan kekecohan di sekolah itu.

Naib Presiden  PKR, Nurul Izzah Anwar mempertahankan kerusi itu dengan dicabar oleh Datuk Seri Raja Nong Chik dari BN. Turut serta mencuba nasib adalah calon Bebas, Rusli Baba.

Tiada ulasan: