Khamis, 9 Mei 2013

HARMONIKAN LAH...JANGAN PULA BUAT SEBALIKNYA...RAKYAT LAH NI CERDIK DAN TAK BOLEH DITIPU2 ATAU KELENTONG2...LA NI TELEFON PINTAR BANYAK...BOLEH RAKAM DAN AMBIK GAMBAR...VIDEO ADALAH TULEN....PI HANTAR KELANGIT HIJAU PUN TULEN JUGA


IGP: Tak perlu permit selagi perhimpunan aman
6:29PM Mei 8 2013
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menjelaskan bahawa sebarang perhimpunan mesti memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012, termasuk syarat pihak penganjur mesti memastikan ia adalah satu perhimpunan aman tanpa senjata.

Ismail menafikan laporan yang muncul di media malam tadi bahawa permit polis diperlukan untuk sebarang perhimpunan.

Menurutnya, perhimpunan boleh diadakan selagi penganjur memaklumkan dan bertemu pegawai polis daerah, dan ia adalah perhimpunan aman, peserta tidak boleh membawa apa-apa bentuk senjata merbahaya; tidak ada apa-apa bentuk hasutan, provokasi, untuk menggugat ketenteraman.

Penjelasan itu dibuat dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat), ACP Ramli Mohamed Yoosuf hari ini.

Ramli berkata berdasarkan kepada petikan jawapan Ismail dalam sidang akhbar semalam, jelas menunjukkan beliau tidak membuat apa-apa kenyataan mengenai keperluan permit.

Laporan media semalam menyebut perhimpunan yang dirancang pembangkang hari ini merupakan perhimpunan haram berikutan penganjur tidak membuat sebarang permohonan kepada polis dan sehubungan itu, polis akan menahan peserta jika perhimpunan itu tetap diadakan.
120,000 banjiri perhimpunan Pakatan Rakyat
7:50PM Mei 8 2013
LAPORAN LANGSUNG
11.40pm: Kesesakan lalulintas bertambah teruk membabitkan mereka yang mahu pulang. Namun ada juga yang masih cuba untuk ke stadium.

post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 7Wartawan Malaysiakini Aidila Razak tidak dapat sampai ke
stadium kerana terperangkap dalam lalulintas selama empat jam.
Termasuk mereka yang terperangkap dalam kesesakan lalulintas di seluruh Petaling Jaya, jumlah orang ramai dianggarkan 120,000 - menjadikannya salah satu perhimpunan terbesar sejak kebelakangan ini.

11.27pm: Walaupun perhimpunan itu sudah tamat, tetapi masih ada mereka yang berpakaian hitam berjalan ke arah stadium dari jarak beberapa kilometer jauhnya.

Trafik terhenti terus sepanjang sekurang-kurangnya lima kilometer dari pelbagai arah dan ramai yang mahu ke stadium masih terperangkap.

Ini termasuk lebuh raya Damansara-Puchong dari Lebuhraya Persekutuan di satu arah dan ke arah stesen LRT Kelana Jaya.
11.25pm: Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Anwar berkata, beliau kagum dengan kehadiran spontan walaupun perhimpunan itu hanya dipanggil pada hari Isnin.

"Saya tidak akan berhenti sehingga kita sampai ke Putrajaya, sehingga kita dedahkan semua (penipuan) dan tuntut Putrajaya untuk rakyat.

"Mereka berhak mendapatkannya kerana kita, Pakatan, menang undi popular," katanya.

post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 6Anwar kemudiannya mengumumkan bahawa satu lagi perhimpunan pada hari Sabtu di Pulau Pinang, serta merancang untuk turut mengadakanya di Ipoh pada hari Jumaat.
11.00pm: Walaupun hujan renyai-renyai, orang ramai masih berpusu-pusu masuk ke dalam stadium. Kereta diletakkan sejauh 2 km dan nampaknya belum ada tanda-tanda ia akan berakhir lagi.

Ramai yang tidak dapat mendengar ucapan pemimpin mereka tetapi masih meluangkan reformasi dan ubah.
1040pm: Jalan keluar dari stadium, menuju ke arah Paradigm Mall sesak ketika kereta membawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terpaksa bergerak perlahan kerana ramai orang meminta beliau menurunkan cermin kereta untuk mereka bergambar dengannya.

Sementara itu, Khalid sambil tersenyum memenui permintaan orang ramai yang terdiri daripada mereka yang hendak beredar dan mereka yang hendak masuk ke dalam stadium.
10.39pm: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan bahawa rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan atau Dayak, mahu pilihan raya yang bebas dan adil.

post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 2Beliau turut mengecam tajuk utama Utusan Malaysia semalam
"Apa lagi Cina mahu?".

Anwar berkata, setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, mahu menuntut hak-hak mereka dan mereka mahu BN tumbang.

Orang ramai, yang kini telah meningkat kepada 80,000 memberi respons bersemangat, sambil menunjukkan genggaman tangan sebagai tanda sokongan.
10.26pm: Dengan tiada polis trafik polis untuk mengawal lalulintas, orang ramai bertindak sendiri untuk membantu meredakan kesesakan lalulintas.

Hampir kesemua kereta menurunkan cermin tingkat dan kebanyakannya membunyikan irama hon, dan kelihatan seperti suasana kesesakan jalan raya yan gpaling meriah di Lembah Klang.

Sepanjang lebuhraya LDP, orang masih masih  menuju ke stadium dengan berjalan kaki.
post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 410.15pm: Mereka yang masih di jalan raya mula menurunkan cermin kenderaan untuk berbual sesama mereka. Antaranya ialah seorang wanita Melayu yang sudah berusia  dan sekumpulan remaja Cina.

"Ada sebuah bas yang datang dari Johor!" seorang lelaki memberitahu yang lain.

"Saya datang dari Kedah!" jawab seorang lagi lelaki.

Kemudian seorang remaja Melayu mengebarkan bendera PAS dari tingkap dan sebuah kereka yang membawa sekumpulan wanita muda pelbagai kuam membunyikan hon tanda sokongan.

Lampu isyarat telah bertukar warna beberapa kali tetapi keadaan masih tidak berganjak.
10.05pm: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba dan disambut dengan sorakan gemuruh hadirin, yang juga mula melaungkan "Kami anak Malaysia".

post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 3 bicycles10.00pm: Empat kilometer dari tempat itu, penumpang dalam bas dan beberapa kereta turun dari kenderaan mereka dan berjalan kaki. Semua berpakaian hitam.

Sementara itu, lelaki dalam sebuah trak pikap mengebar bendera PKR.
9.33pm: Kesesakan lalulintas dari Kelana Jaya sehingga sejauh tol NPE berhampiran Sunway. Menurut Peta Trafik Google, seluruh Petaling Jaya mengalami kesesakan.
9:30pm: Sistem audio dalam stadium tidak berfungsi dengan sepenuhnya, menjadikan ia sukar untuk mendengar ucapan dari luar stadium atau dari kawasan tertentu di dalam stadium

Peserta juga masih menghadapi kesukaran mendapatkan talian telefon.

9.25pm: Penunggang motosikal yang melewati pemandu yang berpakaian hitam yang terperangkap dalam kesesakan di LDP, melaungkan "Ini Kalilah".

post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 5Jalan-jalan di sekitar stadium sesak sepanjang beberapa

kilometer, dan tiada tanda-tanda ia reda sejak dua jam lalu.

Ramai orang, yang memaki baju-T 'Ini Kalilah' meletakkan kereta mereka di tepi lebuh raya dan berjalan kaki ke arah stadium.
9.05pm: Gerai makanan dan menjual barangan Pakatan seperti T-shirt, selempang dan pelekat, mengelilingi kompleks stadium.

Sementara itu, orang terus bergerak masuk ke dalam stadium. Semua tempat duduk sudah penuh dan yang lainnya duduk di padang dan trek.

9pm Kira-kira 50,000 sudah memenuhi stadium dan ramai daripada mereka terpaksa berjalan jauh ekoran kesukaran mencari tempat letak kereta.

Di pentas, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli memberi arahan kepada Utusan Malaysia supaya tidak memainkan isu perkauman.

Katanya, bukan sahaja orang Cina tetapi Melayu juga menyokong Pakatan.

Suasana bingit dengan sorakan dan tiupan vuvuzela, sambil melaungkan "Najib, tipu", "Ubah".

Berpakaian kuning, ramai juga membawa bunga kuning, simbolik tuntutan untuk pilihan raya bersih dan adil.

NONE8.50pm Hujan telah berhenti beberapa minit lepas dan peserta himpunan "Suara Rakyat Suara Keramat" tidak lagi menggunakan payung. Anggota Parlimen Kelana Jaya Wong Chen yang baru beberapa hari terpilih mula berucap kepada penonton.

8.45pm:
Ramai pemimpin Pakatan masih tidak sampai ke tempat acara kerana terperangkap dalam kesesakan jalan raya, antaranya Elizabeth Wong dan Tian Chua.

8.40pm: Jalan raya dibanjiri kereta bermula dari persimpangan Lebuh Raya Persekutuan sehinggalah ke pusat membeli-belah Paradigm Mall.

Sebahagian hadirin himpunan malam ini meletak kereta mereka di tepi jalan raya utama dan berjalan kaki hampir satu kilometer ke Stadium Kelana Jaya.
8.39pm: kesesakan teruk lalulintas dilaporkan di sekitar stadium. Beberapa peserta perlu berjalan lebih 2km untuk mendapatkan tempat.

"Saya terperangkap dalam 'tempat letak kereta' terbesar di dunia. Tidak bergerak seinci pun selama hampir 15 minit," lapor wartawan Malaysiakini Aidila Razak.

NONEMereka yang telah sampai ke stadium pula mendapati sukar untuk mencari ruang letak kereta.

8.15pm:
Puluhan ribu orang sudah berada di dalam stadium. Hujan renyai-renyai berterusan dan orang ramai berpayung mereka atau memakai baju hujan.

7.30pm: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berucap kepada penyokongnya buat kali pertama malam ini sejak pilihan raya umum Ahad ini, yang didakwanya dicemari dengan penipuan untuk memastikan kemenangan BN.

Perhimpunan di Kelana Jaya itu dijangka menarik kehadiran yang
besar yang tidak sabar lagi untuk mendengar ucapan pemimpin mereka selepas pilihan raya yang keputusannya membuat ramai penyokong Pakatan Rakyat tidak berpuas hati.

NONEOrang ramai secara memenuhi ruang stadium yang pada masa ini sekitar satu perempat penuh kerana hujan renyai-renyai di stadium Kelana Jaya.

Tiada kehadiran polis dilihat walaupun terdapat spekulasi bahawa polis akan mengadakan kawalan ketat di sekitar stadium, yang menempatkan 50,000 penyokong semasa perhimpunan pra-pilihan raya dahulu.

Kebuntuan 66 jam, ejen syaki berlaku penipuan p'raya

Mengesyaki berlaku penipuan pilihan raya dan keengganan menerima keputusan pilihan raya, sekumpulan ejen mengira  bagi seorang calon Bebas di Pahang telah mengawal peti undi di pusat penjumlahan undi selama lebih 66 jam sejak malam hari pengundian Ahad lalu.

Ejen-ejen bagi Koh Boon Heng,  yang bertanding calon Bebas di kerusi DUN Damak, enggan membenarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membawa keluar peti undi itu dari pusat penjumlahan tersebut kerana mereka mengesyaki ada unsur jenayah dalam proses pengiraan undi.

Salah seorang daripada ejen tersebut, Koh Xiao Fang, memberitahu Malaysiakini bahawa semasa pegawai SPR meninggalkan pusat penjumlahan undi itu, ejen-ejen tersebut  masih bersama dengan peti undi di bawah pemantauan sepuluh anggota polis.

NONEBeliau berkata mereka terkejut apabila mengetahui keputusan diumumkan oleh SPR kerana keputusan tidak rasmi yang mereka perolehi sebelum itu menunjukkan Boon Heng sedang mendahului.

Boon Heng (kanan) memperolehi 7,841 undi dan tewas kepada
calon BN Lau Lee dengan majoriti 64 undi dalam pilihan raya Ahad lalu.

Tidak percaya dengan keputusan tersebut, penyokong Boon Heng berdepan dengan pegawai SPR dan menuntut diadakan pengiraan semula undi.

Bagaimanapun, salah seorang pegawai SPR didakwa memberitahu mereka bahawa tiada lagi pengiraan semula selepas peti undi ditutup dan dipindahkan ke pusat penjumlahan undi daripada saluran mengundi masing-masing.

Di bawah peraturan pilihan raya semasa, jika perbezaan undi di saluran pengundian tunggal adalah kurang daripada empat peratus, maka pengiraan semula boleh diadakan di saluran tersebut.

Bagaimanapun, tidak ada pengiraan semula boleh dibuat apabila peti undi sudah disel dan Borang 14 telah ditandatangani oleh ejen.

Damak adalah kerusi DUN di bawah Parlimen Jerantut, dan bangunan Majlis Daerah Jerantut telah digunakan sebagai pusat penjumlahan undi semasa pilihan raya itu.

NONEXiao Fang, yang merupakan anak perempuan Boon Heng, berkata sekurang-kurangnya empat ejen masih mengawal pusat penjumlahan undi itu, dan mengambil giliran dengan rakan-rakan yang lain apabila mereka perlu berehat dan menjamu selera.

"Sekumpulan penduduk tempatan turut mengawal di luar pusat penjumlahan itu itu. Kami akan menunggu di sana sehingga Boon Heng mendapat sesuatu petisyen pilihan raya dari mahkamah," ikrarnya.

Seorang tokoh yang menarik


Boon Heng adalah bekas naib pengerusi DAP Pahang dan ketua badan perhubungan parlimen Jerantut. Beliau dipecat oleh parti itu apabila bertanding kerusi DUN Damak sebagai calon Bebas selepas DAP memberi laluan kepada PKR untuk bertanding kerusi tersebut.

Beliau mendapat 7,841 undi, dan kalah kepada calon BN Lau Lee dengan majoriti 64 undi dalam pertarungan empat penjuru. Dua lagi calon ialah calon Bebas Mohd Nor Jaafar dan calon PKR Jamaluddin Abd Rahim, yang masing-masing mengumpul 174 dan 2,435 undi.

Sepanjang tempoh berkempen, Boon Heng menerima sokongan daripada Setiausaha DAP negeri, Choong Siew Onn dan juga beberapa ahli PAS, termasuk calon PAS Jerantut, Hamzah Jaafar.

NONEPresiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kiri) juga
melancarkan kenderaan pilihan raya Boon Heng dan ia satu tindakan yang dianggap sebagai menyokong Boon Heng dalam pilihan raya tersebut.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah menjelaskan melalui satu kenyataan yang dikeluarkan di Harakahdaily bahawa Hadi hanya berada di situ untuk menerima borang permohonan dari Boon Heng untuk menyertai kongres penyokong parti itu.

"Presiden tidak menyokong mana-mana calon Bebas. Beliau (Boon Heng) mahu menyerahkan borang permohonan untuk menyertai kongres penyokong kami.

"Dia naik ke pentas selepas menyerahkan borang tersebut. Dan atas permintaan orang ramai, mereka mengangkat tangan bersama," kata Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang, sambil menambah itulah sebabnya terdapat gambar tersebut.

PKR: Usah peduli SMS 13 Mei, turun berhimpun
2:12PM Mei 8 2013
PKR menyeru orang ramai supaya tidak mempedulikan penyebaran SMS yang mengaitkan perhimpunan mempertikaikan keputusan pilihan raya umum ke-13 di Kelana Jaya, Selangor malam ini dengan insiden 13 Mei.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, SMS yang mengaitkan perhimpunan malam ini dan sedang berlegar jelas berniat jahat.

"Saya juga mengecam sepenuhnya anasir penghasut yang cuba menakut-nakutkan rakyat terutamanya golongan bukan Melayu kononnya perhimpunan itu adalah satu alasan agar satu pergolakan kaum bermula," katanya.

Dalam kenyataan hari ini, Rafizi berkata beliau juga akan membuat laporan polis petang ini balai polis Tropicana, Petaling Jaya petang ini kerana ia didakwa cuba menimbulkan huru hara dan ketakutan dengan memainkan sentimen perkauman.

Sementara itu, merujuk kepada kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar bahawa perhimpunan malam ini haram kerana tiada permohonan permit dibuat, Radizi menyatakan sebaliknya.

Rafizi berkata, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad, ADUN Seri Setia telah memaklumkan secara rasmi kepada balai berkenaan, bertepatan dengan amalan biasa perhimpunan di tempat persendirian.

Ia juga mengikut semangat Akta Perhimpunan Aman yang digunapakai sebelum ini yang tidak memerlukan permit untuk perhimpunan, hanyalah sekadar memaklumkan pihak polis, tambah Rafizi.Najib, bukan Cina pun tolak MCA'
9:22PM Mei 8 2013
Daripada menyalahkan pengundi Cina, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak juga perlu bertanya mengapa orang Melayu tidak menyokong MCA, malah pengundi Melayu dan India pun beralih kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum Ahad lalu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, bukan sahaja orang Cina tidak menyokong MCA, malah pengundi Melayu pun tidak mengundi parti yang diketuai oleh Datuk Seri Chua Soi Lek.

NONE"Dengan terus menyalahkan pengundi Cina atau mendakwa pengundi Cina telah dikelirukan oleh DAP untuk mengundi menentang BN, Najib (kanan) menunjukkan penghinaan bukan sahaja kepada hak demokrasi kebebasan membuat pilihan tetapi juga menghina kebijaksanaan semua pengundi Malaysia.

"Pilihan raya umum Ahad lalu menyaksikan tsunami rakyat Malaysia menyebabkan Pakatan memenangi undi popular sebanyak 51 peratus buat kali pertama dalam sejarah. Walaupun memperolehi lebih undi daripada BN daripada sokongan semua kaum, BN terus menyalahkan pengundi Cina.

"Orang Cina merupakan hanya 25 peratus daripada 29 juta penduduk Malaysia di mana kurang daripada separuh telah mendaftar untuk mengundi," kata Lim.

NONEBN memperolehi 5.237 juta undi untuk 222 kerusi Parlimen berbanding
dengan Pakatan yang mendapatkan 5.623 juta undi.

Tiga parti Pakatan - PKR, PAS dan DAP - juga melepasi BN di kerusi negeri, dengan memperolehi 4.879 juta berbanding dengan 4.513 juta undi BN.

Lim mempersoalkan bagaimana boleh orang Cina yang merupakan hanya 25 peratus daripada jumlah undi, membolehkan Pakatan menambah undi popular sebanyak 51 peratus.

"Siapakah baki 26 peratus jika tidak orang Melayu, India Kadazan dan Iban?"

Oleh itu, beliau mencadangkan supaya Najib dan BN mengkaji mengapa pengundi Melayu dan India pun tidak bersedia untuk mengundi MCA atau BN.
Polis cari 150 orang kes tahan bas 'pengundi hantu'

VIDEO 4.14 minitPolis sedang mengesan 150 orang yang didakwa terlibat dalam kejadian sekumpulan individu yang  menahan sebuah bas di Pelabuhan Klang pada 5 Mei, dipercayai membawa pengundi hantu.

MP Klang Charles Santiago berkata, polis memaklumkan mahkamah majistret di Klang berhubung perkara itu ketika memohon perintah reman ke atas tiga individu yang ditahan pada Isnin lalu, berhubung kejadian tersebut.

Santiago berkata tiga individu tersebut merupakan antara tujuh yang ditahan bawah Seksyen 149 Kanun Keseksaan, berhubung kesalahan merusuh dengan senjata.

Katanya, tiga individu ditahan pada hari Isnin lalu dan dibebaskan dengan jaminan polis. Perkara sama turut berlaku ke atas tiga lagi individu pada hari Selasa dan seorang lagi pada hari ini, katanya.

"Tapi ini hanya individu yang menghubungi kami untuk mendapatkan bantuan,” kata Santiago.
Individu dakwa lori polis bawa pengundi hantu disiasat
6:07PM Mei 8 2013
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata satu pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat pemilik akaun laman sosial yang mendakwa lori polis digunakan untuk membawa pengundi hantu ke Batu Pahat.

Katanya siasatan rapi perlu dilakukan bagi memastikan individu yang melemparkan dakwaan itu diambil tindakan sewajarnya kerana dakwaan itu merupakan fitnah untuk menjatuhkan kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menyifatkan polis turut mempunyai hak untuk mempertahan imej, Mohd Mokhtar berkata satu laporan polis telah dibuat di Batu Pahat agar dakwaan itu disiasat berlandaskan undang-undang bagi membersihkan PDRM daripada fitnah seumpama itu.

Beliau menegaskan lori polis itu digunakan untuk membawa Unit Pasukan Penggempur Kecil (PORU) bagi memantau keadaan keselamatan semasa proses pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas.

"Tiada insiden pengundi hantu berlaku di negeri ini. Saya nasihatkan individu sebegini agar berhenti memfitnah polis dan jangan salah guna kemudahan media sosial sedangkan selama ini polis laksanakan tanggungjawab dengan baik menjaga keamanan negara," katanya pada sidang media di Johor Baharu hari ini.

Sementara itu, Mohd Mokhtar menasihati rakyat Johor agar tidak terpengaruh dengan hasrat segelintir individu yang cuba menganjurkan perhimpunan haram bagi mengganggu kesejahteraan di negeri ini.

"Ada beberapa kumpulan telah dikesan cuba berhimpun secara haram dan mereka diberi amaran tegas agar jangan timbulkan sebarang kekecohan kerana ketua-ketua polis daerah telah diarahkan untuk segera mengambil tindakan terhadap mana-mana kumpulan terlibat," katanya.

Beliau berkata sebanyak 1,231 laporan polis pelbagai dakwaan diterima sepanjang tempoh PRU13 dan 12 individu telah ditahan, tiga daripadanya telah didakwa di mahkamah manakala selebihnya masih direman untuk membantu siasatan.

Katanya, polis turut menerima laporan berbaur hasutan dan memberi keutamaan siasatan bagi laporan sedemikian bagi menjaga keharmonian di negeri ini dan mengelak sebarang provokasi pihak tidak bertanggungjawab.

- Bernama
PM: Tugas saya seterusnya harmonikan kaum
4:41PM Mei 8 2013
Selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tugas beliau seterusnya adalah untuk mengharmonikan isu perkauman.

Oleh yang demikian, beliau berkata kerajaan perlu mendekati lain-lainnya dalam penyatuan nasional dan kesederhanaan.

"Tugas saya seterusnya ialah mengharmonikan isu-isu perkauman. Kami perlu mendekati lain-lainnya dalam penyatuan nasional dan kesederhanaan," katanya dalam posting di Twitter beliau hari ini.

Najib mendapat mandat pada pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas apabila Barisan Nasional (BN) memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Dua hari lepas, Najib mengangkat sumpah sebagai perdana menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara di Kuala Lumpur.

Najib pada Isnin berkata kerajaan akan melaksanakan usaha ke arah penyatuan nasional untuk menyatukan rakyat yang dilihat berpecah pada pilihan raya umum ke-13.

- Bernama


Anak muda protest kerajaan rasis UMNO/BN.
https://www.facebook.com/pages/Kita-Kawan-Mah/156300457877858
— with Ibn Qiyam.
Like · · · 17 minutes ago · 

Tiada ulasan: