12 tengah malam: Kempen selama 15 hari telah berakhir. Dan proses pengundian untuk pilihan raya umum ke-13 (PRU13) bermula jam 8 pagi esok.

Pengundi diminta untuk mengundi awal kerana hujan dan ribut petir dijangka berlaku di banyak tempat di seluruh negara ini pada sebelah petang.
Pengundian akan berakhir pada pukul 5 petang dan proses pengiraan undi akan bermula tidak lama selepas itu. Keputusan akan mula diketahui dari jam 8 malam.

Malaysiakini
akan melaporkannya secara langsung sepanjang hari esok.
11.45pm - Ipoh: Calon Menteri Besar Pakatan Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin muncul di hadapan 50,000 hadirin di Jalan Laxamana, sambil mengetuai laungan "5 Mei, tukar kerajaan" dalam bahasa Cina.

Pengacara mengumumkan bahawa derma yang dikumpul untuk malam itu melebihi RM100,000 dan belum habis dikira.

NONE11.15pm - Seremban: Empat puluh lima minit sebelum berakhir secara rasmi tempoh berkempen, kira-kira 10,000 orang membanjiri Taman Seremban Jaya untuk menghadiri ceramah terakhir DAP.

Orang ramai, yang sebahagian besarnya membawa payung kerana terdapat hujan renyai-renyai, menyanyi 'Ubah' dan beberapa lagu-lagu Cina bersama-sama dengan calon-calon DAP di atas pentas.
11.00pm - Petaling Jaya: Stadium Kelana Jaya dibanjiri penyokong Pakatan untuk perhimpunan terakhir sebelum hari pengundian esok, di mana calon-calon dari empat kawasan berhampiran berucap kepada orang ramai (gambar teratas).

Kawasan pilihan raya tersebut adalah Kelana Jaya, Subang, Petaling Jaya Utara dan Petaling Jaya Selatan.

Pihak penganjur mengumumkan bahawa jumlah hadirin mencecah lebih 50,000 orang.

10.30pm - Ipoh:
Calon DAP bagi Ipoh Barat M Kulasegaran dalam ucapannya menggesa semua rakyat Perak supaya
membuang undi mereka seawal mungkin esok.

NONEBeliau mendakwa bahawa BN cuba untuk membawa pengundi hantu dari Bangladesh dan Pakistan untuk mengundi BN.

"Jika 90 peratus daripada kita keluar mengundi, maka kita boleh menang dengan mudah, "katanya kepada kira-kira 50,000 hadirin di pusat bandar Ipoh.

10.30pm - Johor Bahru:
Orang ramai yang menghadiri ceramah Pakatan Rakyat di Kampung Melayu Majidee meningkat sedikit kepada 300 apabila pemimpin DAP Lim Kit Siang tiba.

Ceramah itu diadakan luar sebuah rumah kediaman, dan sebahagian daripada orang ramai duduk di atas jalan raya berturap untuk mendengar ucapan.

NONEMemetik hasil kajiselidik Merdeka Centre, Kit Siang berkata,
Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang baik untuk memenangi pilihan raya umum esok.

Salah satu perkara pertama yang Pakatan akan lakukan selepas menawan Putrajaya ialah meningkatkan tahap keselamatan di bandar Johor Bahru, yang beliau sifatkan sebagai "ibunegara jenayah".

Turut berucap ialah calon PKR bagi Johor Bahru Hashim Hussein.

10.30 malam - Putrajaya: PAS Putrajaya dan PKR telah menafikan bahawa sekumpulan belia berpakaian seperti penyokong Pakatan dan membuat gangguan di Putrajaya malam ini adalah ahli-ahli mereka.

Dalam satu kenyataan, ia berkata pihaknya telah menerima laporan dari wakil-wakil mereka dari kawasan tersebut yang boleh membuktikan bahawa individu-individu berkenaan tidak ada kaitan dengan Pakatan atau parti-parti dalam gabungan itu.

Menurutnya lagi, pihaknya mengesyaki ia adalah satu percubaan untuk memburuk-burukkan imej Pakatan dan ahli-ahlinya.

Ia juga mendakwa bahawa saksi-saksi telah mengesahkan bahawa kumpulan itu telah diiringi sehingga Presint 10 oleh pihak polis sebelum kumpulan itu bertindak sedemikian.

 INI KALI LAH!!!...Lebih 50,000 Rakyat Selangor Berhimpun Di Stadium Kelana Jaya
Posted on Sunday, May 05 @ 01:06:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh Omak Kau!!!


INI KALI LAH!!!...Lebih 50,000 Rakyat Selangor Berhimpun Di Stadium Kelana Jaya Sebagai Tanda Menyokong Selangor Kekal PR Dan Ubah Putrajaya!!!!



Pergh!!! Makin nak dekat waktu mengundi makin bertambah ramai rakyat menyokong dan mendokong perjuangan Pakatan Rakyat.

Ceramah Grand Finale Pakatan Rakyat malam ini di Stadium Kelana Jaya adalah bukti kukuh lagi padu.

Lebih 50,000 rakyat Selangor berhimpun tanda memberikan sokongan padu lagi jitu tanpa berbelah bagi kepada Kerajaan PR Selangor yang sedia ada sambil bertekad mau mengubah Putrajaya.

Nampaknya segala dakyah dan fitnah yang dilemparkan kepada para pemimpin tertinggi PR langsung tidak memberi sebarang impak dan kesan negatif, tetapi sebaliknya memberi ransangan dan semangat serta peluang kepada PR merampas Putrajaya dari BN

Sumber


Terkini: Nak lesen besar pukul orang pakailah baju I Love PM
Posted on Sunday, May 05 @ 01:33:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh
memo
Oleh Orang Ni

Nak lesen besar pukul orang pakailah baju I ♥ PM

Tragedi Flashmob hari ini 4 April di Ipoh Perak menyaksikan budaya samseng penyokong UMNO BN...!!!





Saksikan Klip Video

PRU13: Tragedi Flashmob berdarah di Ipoh [Full Moment]



Ikuti laporan berkaitan kejadian di FB Perakite

Sumber


 PRU 13 BN Akan Tersungkur Di semua Negeri Kecuali Johor, Melaka Dan Pahang
Posted on Sunday, May 05 @ 00:37:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Siasahkini
Bekas Menteri Kewangan dan bendahari Umno Tun Daim Zainuddin - yang meramalkan bahawa BN akan tumbang di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah pada pilihan raya umum 2008 - sekali lagi membuat analisis politiknya.


Kali ini, ketika ditemubual oleh akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau yang diterbitkan hari ini, beliau berkata kedudukan BN sebenarnya tidak benar-benar selesa.

Menurutnya, beliau hanya menjangka kemenangan mudah bagi BN di Johor, Melaka dan Pahang.

Bagi merampas semula Kedah dan Selangor dari Pakatan Rakyat, katanya, BN, khususnya Umno perlu mencari barisan kepimpinan yang sesuai.

Bagi mengekalkan Terengganu dan Sabah, Umno negeri masing-masing perlu bersatu. Tetapi untuk mengekalkan Perak akan menjadi cabaran terbesar bagi BN, komen Daim.

Di Negeri Sembilan, di mana BN hanya mampu menubuhkan kerajaan negeri dengan kelebihan enam kerusi sahaja, katanya, parti itu perlu menyelesaikan beberapa masalah khusus.

Meskipun Daim tidak mengulas lanjut mengenai isu-isu berkenaan, namun dipercayai Umno perlu mencari calon yang sesuai untuk mengisi jawatan menteri besar, kerana penyandangnya, Datuk Seri Mohamad Hasan, dijangka dipindahkan ke jawatan kerajaan persekutuan.

Bagi Kelantan dan Pulau Pinang, Daim berkata, BN akan kalah di kedua-dua kubu Pakatan Rakyat itu.

Daim juga menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan pasukannya sebagai "jeneral tanpa askar"... 


 Tuan-puan, saudara/i jadilah sebahagian dari sejarah!!
Posted on Sunday, May 05 @ 01:41:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: laniismaa

"

Ceramah Finale Lembah Pantai


Malam tadi tepat 12 tengah malam berakhirlah kempen pilihanraya kali ini. Esok  pengundi sah akan menunaikan tanggungjawab masing-masing. Pengundi haram tajaan BN juga  akan cuba memperjudikan nasib negara ini kerana serakah UMno BN. Tentu juga atas sokongan SPR.
Namun begitu, langkah terakhir setelah bertungkus-lumus berusaha, marilah kita sama-sama berdoa ke hadratlah Allah SWT supaya kezaliman dan penipuan yang ingin dilakukan dapat dihalang-Nya. UMno BN ingin merancang untuk menjalankan penipuan  dan Allah SWT jualah tempat kita berserah.
Tuan-puan, saudara-saudari, marilah kita menjadi sebahagian dari sejarah besar negara ini untuk menuju ke Putrajaya, untuk menjadikan Malaysia lebih baik bersama PR. Ekeleh.com mengucapkan selamat menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan niat mencari redha Allah SWT. Jadikan diri kita semua sebahagian dari sejarah yang akan dilakarkan, Insyaallah….