Sabtu, 4 Mei 2013

DAH TAK BETUL SATU HAL...BERNIAT JAHAT SATU HAL...TU ASYIK KANTOI JE

Orang India Bukan Islam pun Nak Tolong PAS.. Melayu Islam??
Posted on Friday, May 03 @ 19:48:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline
(Sila ke http://tranungkiteoffline.blogspot.com jika TKO mengalami gangguan)

 
Siva seorang India yang cacat anggota kaki terpaksa bergerak dengan menggunakan kerusi roda. Siva memahami dan menghayati perlunya Malaysia menjadi negara yang adil dan saksama. Masyarkat majmuk yang hidup hormoni tanpa prajudis antara kaum.


Siva juga memahami dan mengerti bahawa PAS adalah parti Islam Melayu yang benar-benar menghayati agamanya dan tidak menzalimi kaum lain.

Atas dasar itu Siva, walaupun sukar bergerak akibat daripada anggotanya yang cacat Siva tidak terlepas untuk membantu saudara untuk memenangkan Parti PAS dalam PRU-13 nanti.

Bagaimana Melayu Islam lain??
Anda bersama dengan UMNO yang korupsi, zalim dan membuarkan keruntuhan akhlak remaja.
Melayu Islam UMNO yang rasict!!!



Teknik Layar Hijau: Ada kesanaan dengan Video Sumpah Laknat Saiful 2??
Posted on Friday, May 03 @ 19:46:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline
(Sila ke http://tranungkiteoffline.blogspot.com jika TKO mengalami gangguan)


Teknik Layar Hijau (Chroma Key), teknik yang digunakan untuk 'superimpose' dua klip video menjadi satu. Adakah cara ini digunakan untuk video Sumpah Laknat Kali kedua Saiful di Kaabah?



Bagi masyarakat biasa yang tidak pernah sampai ke Mekah mungkin tidak dapat mengesan kejanggalan video tersebut, mamun bagi mereka yang pernah pergi menunaikan haji atau umrah, atau pembimbing orang mengerjakan haji dan umrah (mutawif), kesilapan jelas kelihatan.

Kejanggalan pertama yang ditimbulkan, adalah mustahil bagi Saiful untuk berdiri tegak di sisi kaabah dalam suasana orang sedang tawaf apa lagi berada berhampiran dengan Multazam.

Kejanggalan kedua pula, dipersoalkan kenapa ketika berada di Hijr Ismail, tiba-tiba timbul gambar Maqam Ibrahim di sebelah belakang dan kiri bahu Saiful.

"Kalau betul dia berdiri di hadapan Multazam, sepatutnya Maqam Ibrahim berada di sebelah kanan bahu si Saiful dan kamera pula di sebelah kiri bahu dia.

"Perhatikan betul-betul Maqam Ibrahim pula bergerak, mengesahkan lagi gambar super imposed, " kata seorang pengguna facebook yang juga seorang mutawif.

Selain itu turut dipersoalkan berhubung kualiti audio suara Saiful yang didakwa mustahil untuk mendapatkan audio sejelas itu dengan keadaan orang ramai sedang tawaf dan berzikir serta berdoa.

Ada juga yang mempersoal tentang imej seorang lelaki yang dikatakan seolah-olah bertindih dengan tubuh Saiful sedangkan beliau tidak bergerak.

"Adakah ini hanya video menggunakan skrin hijau macam filem Cicakman dan Merong Mahawangsa.

"Aku tak mahu tuduh sape yang buat video ini, tapi aku rasa ini satu penipuan," kata seorang lagi pengguna. 


 Penyelidik mendapati dokumen bahasa Melayu PRU13 terdapat perisian intipan
Posted on Friday, May 03 @ 14:21:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


Oleh Jahabar Sadiq



KUALA LUMPUR, 3 Mei — Perisian intipan komputer ditemui baru-baru ini dalam dokumen Microsoft Word Bahasa Melayu yang membincangkan tentang calon-calon Pilihan Raya 2013, menurut penyelidik keselamatan IT Citizen Lab.

Dalam laporan “For Their Eyes Only” dikeluarkan pada 1 Mei, Citizen Lab Universiti Toronto mengatakan dokumen tersebut memasang perisian intipan FinSpy menyerupai pelayar Mozilla Firefox di komputer mereka yang membuka fail tersebut.


“Walaupun kita tidak boleh membuat kenyataan-kenyataan yang pasti mengenai pelaku dibelakang senarai calon perangkap itu, kandungan dokumen mencadangkan kempen mensasarkan pengguna berbahasa Melayu yang berminat dalam pilihan raya terhangat Malaysia Pilihan Raya Umum pada 5 Mei 2013,” kata laporan tersebut.

“Ini dengan jelas menunjukkan sasarannya adalah rakyat Malaysia di dalam Malaysia atau luar negara,” tambahnya lagi.
Laporan ini muncul pada ketika pemerhati pilihan raya dan parti pembangkang mendakwa terdapat penghantaran besar-besaran pengundi diragui dan dakwat kekal yang boleh di basuh menjelang pilihan raya 5 Mei. Pihak berkuasa dan kerajaan sementara Barisan Nasional (BN) telah menafikan segala tuduhan.
Terdapat juga laporan mengenai serangan penafian perkhidmatan (DDoS) terhadap beberapa portal berita termasuk The Malaysian Insider sementara sekatan akses telah dilaporkan oleh beberapa laman web tetapi dinafikan oleh pihak berkuasa hanya beberapa hari sebelum perlawanan paling sengit pilihan raya dalam sejarah Malaysia.
“Kami percaya kedua-dua pemantau pilihan raya tempatan dan antarabangsa serta kumpulan pemantau akan menyiasat bagi menentukan sama ada integriti proses kempen dan pilihan raya itu mungkin telah terjejas,” kata para penyelidik.
Mereka mengatakan dokumen perangkap dalam Bahasa Melayu ditemui selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menuduh The Malaysian Insider membuat “salah laporan” mengenai artikel penyelidikan New York Times mengenai perisian intipan.
“Selepas tuduhan Kerajaan Malaysia, kami mendapati dokumen perangkap mengandungi senarai calon Pilihan Raya Umum Malaysia 2013 pada 5 Mei,” kata laporan tersebut dan menambah dokumen tersebut bertajuk “SENARAI CADANGAN CALON PRU KE-13 MENGIKUT NEGERI.”
“Apabila mangsa membuka dokumen dan melihat senarai calon, komputer mereka akan dijangkiti Finspy,” tambah laporan tersebut
Pakar komputer mengatakan penerima yang memuat turun fail yang dijangkiti akan menyebabkan data di komputer tersebut terdedah kepada pengguna luar selain mereka boleh mendengar dan melihat pengguna komputer melaui kamera komputer dan mikrofon.
Citizen Lab mendapati FinSpy “digunakan di beberapa negara yang mempunyai rekod hak asasi manusia buruk dan digunakan untuk mensasarkan aktivis.”
FinSpy dimiliki oleh UK Gamma Group dan laporan media mengatakan syarikat tersebut sudah menerima surat dari Mozilla meminta syarikat itu untuk berhenti menyamar sebagai produk mereka FireFox.
Citizen Lab melaporkan FinSpy bukan sahaja menjadikan diri mereka kelihatan seperti Firefox; ia sebenarnya “menggunakan tanda dagangan dan kod Mozilla.”
Laporan itu, yang mendokumenkan penyebaran serangan keupayaan pencerobohan rangkaian komputer, alat penggodam dipasarkan oleh syarikat-syarikat Barat juga mengatakan perbuatan ini telah didokumenkan sebelum ini di dalam fail mensasarkan aktivis-aktivis Bahrain.
Pilihan raya umum ke-13 negara menjadi paling sengit dengan kesemua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan, pertama kali dalam sejarah. Beberapa agensi antarabangsa dan media serantau melihat dengan dekat pilihan raya 5 Mei sebelum pilihan raya lain di rantau ini.


 Dr Maza: Nabi Tak Didik Untuk Bersumpah Di Kaabah
Posted on Friday, May 03 @ 14:59:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh TKOOfline

Dr Asri Zainal Abidin dalam kenyataan terkininya di twitter menyebut tidak pernah Nabi Muhammad s.a.w. mendidik umatnya untuk bersumpah di Kaabah jika berlaku sebarang masalah pertikaian sesuatu perkara.

Beliau ada menyebut "Kita sedia maklum terdapatnya hadith tentang keutamaan solat di Masjid al Haram serta kemustajaban berdoa di hadapan Kaabah. Tetapi Rasulullah tidak pernah mendidik umatnya untuk bersumpah di hadapan Kaabah kerana bimbing ianya menyamai perbuatan masyarakat arab jahiliyyah yang gemar bersumpah dan menilik nasib (dengan anak panah) di depan Kaabah…”

“Kenapakah perlu bersumpah di depan Kaabah? Adakah semata-mata untuk mempergunakan sentimen orang melayu Islam yang terlalu cepat ta’jub dengan kisah-kisah mistik Kaabah.

Tambah beliau lagi "Umpamanya kecenderungan beberapa majalah memaparkan kisah mistik di Kaabah seperti “Pendosa yang tidak dapat melihat Kaabah”.

Jika benarlah kisah-kisah seumpama itu, maka sudah tentulah Abu Jahal dan Abu Sufiyyan lah orang-orang pertama yang gagal melihat Kaabah disebabkan kekufuran dan kefasikan mereka…”

Kenyataan Dr MAZA ini ada kaitan dengan sumpah laknat kedua Saiful Bahri. Banyak blog mempertikaikan kesahihah video tersebut kerana ada beberapa percanggah misalnya kedudukan Saiful semasa melafaz sumpah berkenaan.

Klik Untuk baca


Saya juga berpendapat bahawa video ini mungkin dibuat di studio dengan menggunakan kaedah chroma keying.

.......
http://tranungkiteoffline.blogspot.com

(BLOG BACKUP TKO)



 Orang Sabah Buang UMNO ?
Posted on Friday, May 03 @ 14:52:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Berita Oleh TKOOffline



PAS bertanding di Sabah sebagai memenuhi syarat dakwah. Visi di Sabah lebih kepada versi dakwah, menyampaiakan kebaikan agama kepada penduduk sana. Memberikan penjelasan Islam kepada umat Islam di sana yang tidak memahami Islam secara menyeleuruh.

PRU13 adalah satu daripada medan ke arah itu. Walaupun PAS masih baru di sana, penerimaan orang sabah Islam dan bukan Islam sungguh menakjudkan.

Beberapa kawasan PAS bertanding sudah menunjukkan tanda penerimaan di luar jangka. Penduduk atau masyarakat sana sudah bosan dengan tabiat dan tingkatlaku calon BN yang lebih banyak menipu rakyat daripada hendak membantu.

Gambar di atas menunjukkan pendudukan Sabah membuang bendera UMNO dan memberikan sokongan kepada PAS.

......
http://tranungkiteoffline.blogspot.com
(BLOG BACKUP TKO)


 UMNO Jerlun Sindir Najib??
Posted on Friday, May 03 @ 15:59:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline
Sila ke http://tranungkiteoffline.blogspot.com jika TKO tak boleh akses



Replika kapal selam dengan bendera BN di Jerlun, Kedah. Replika biasa dibuat atas sesuatu isu atau tema. Misalnya replika dacing atau wau bulan melambangkan parti. Manakala kapal selam menjadi paling top untuk PRU13 kali ini kerana isu penyelewengan dan rasuah pembelian kapal selam oleh DS Najib.

Apakah replika di atas satu 'pengkhianatan'?



Replikan PAS







 Transformasi Najib: Pegawai Kerajaan Kongsi Kereta dan Naik Bas
Posted on Friday, May 03 @ 16:05:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: ahmadhadeed

"


Rata rata ramai pegawai kerajaan yang bukan bekerja untuk BN tetapi bekerja untuk kerajaan Malaysia yang tercinta telah menunjukkan sokongan kepada perubahan cara mengurus negara. Sebenarnya mereka tahu semua kepincangan pengurusan BN menyalah guna dana negara dan peruntukan tetapi mereka tidak dapat berkongsi akibat berbagai sekatan termasuk sekatan pegawai tinggi untuk melibatkan diri dalam kegiatan politik.



Walau pun di ishtiharkan pegawai kerajaan boleh melibatkan diri dalam politik dengan kebenaran ketua jabatan , hanya mereka yang menyokong BN saja diberi kebenaran. Walau pun ada keistimewaan untuk bersara awal untuk menjadi calon pilihanraya namun hanya ahli BN saja yang dapat keistimewaan itu.

Dari segi melaksana tugas negara, ramai pegawai kerajaan merungut kerana dasar Transformasi Ekonomi Najib telah dilaksanakan dengan memotong secara drastik peruntukkan kewangan memdahkan para kakitangan kerajaan  melaksana tugas. Ini semua adalah untuk mencapai wawasan Transformasi Najib- Idris Jalal, (pakar strategis bahlul BN ) untuk menaikkan index pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi membuktikan Transformasi Najib sudah mencapat NKRA . Memang lah kalau pegawai kerajaan terpaksa naik bas jabatan untuk pergi mesyuarat,,naik Air Asia untuk ke KLIA dan kongsi kereta macam sadin untuk ke seminar,-sudah tentu kos pengurusan menurun dan economic growth index bertambah. Tapi apa kesan nya..pegawai pertadbiran awam menaggung kesusahan dan  keletihan kerana terpaksa bermesyuarat selepas beratus km di lambung bas.

Pernah seorang doktor di Hospital kerajaan mengeluh kerana mesin photostat pun tak boleh di baiki apabila rosak. Yang paling teruk pula budget jabatan datang pada akhir tahun dan terpaksa di reject kerana takut salah belanja wang dan kemana duit itu digunakan apabila sampai ke Putrajaya kita pun tak tahu.

Walau pun diberi kenaikan gaji namun kenaikan gaji itu sama dengan kadar inflasi. Ada pula yang mengguna tactic recycle kenaikkan pangkat,  Mahyuddin mengumum penambahan peluang kenaikan pangkat tapi terbukti hanya rebranding pangkat yang sedia ada.

Penyelewengan dalam angkatan tentera pula akan menyebabkan tentera kita tidak mendapat senjata yang sesuai dengan zaman sekarang. Kalau lah orang sudah mengguna supersonic jet plane berbekalkan satellite guided missile JDAM, kita asyik membeli Sky Hawk yang sudah berkarat di Padang Pasir Arizona. Kalau orang dah boleh membuat submarine, kita masih membeli recorn submarine dengan peluru torpedo canggih  as separate asesori.

Tentera lain dah mengguna AWAC untuk mengawas pantai kita masih mengguna kapal terbang latihan untuk mengesan musuh. Inilah bahaya nya kebocoran dan rasuah dalam pertadbiran negara, Rakyat tidak akan dapat dilindungi dengan baik dan pegawai kerajaan akan susah untuk melaksana tugas.

Kita mengharap pegawai kerajaan akan menyokong Perubahan PR supaya kita dapat melaksana tugas kita dengan lebih berkesan dan supaya rakyat mendapat perkhidmatan tahap dunia yang sudah di nikmati negara maju yang lain."


 Riba PTPTN tiba-tiba lesap menjelang hari pengundian PRU 13 !
Posted on Friday, May 03 @ 16:23:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: Syawal

"Riba PTPTN yang dikenakan secara konsisten pada setiap bulan kepada peminjam, didapati tiada lagi pada penyata PTPTN untuk bulan Mei 2013.

Berkemungkinan besar, ini merupakan satu percubaan untuk mententeramkan peminjam PTPTN yang cukup marah dengan hutang yang semakin meningkat disebabkan riba PTPTN tersebut. Saya berharap pihak PTPTN dapat memberi respon berhubung kes ini dan membuat kenyataan rasmi supaya tiada lagi persoalan yang berbangkit.




Qadafi Muhamad Shuib
Admin Gabungan Peminjam PTPTN 

http://www.facebook.com/ptptpu


 Sultan Kelantan Murka Kepada Penderhaka Di Gua Musang
Posted on Friday, May 03 @ 19:40:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline
(Sila ke http://tranungkiteoffline.blogspot.com jika TKO mengalami gangguan.



Rakaman pengisytiharan Siapa Penderhaka Di Gua Musang di dalam Majlis Ramah Mesra Ke Bawah Duli yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Bersama Rakyat di Pusat Sivik Gua Musang, Kelantan.





Tengku Razaleigh Hamzah yang perah mempertikai kedudukan Sultan Kelantan dari segi undang-undang  sedangkan kedudukan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V telahpun diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.
Akibat daripada itu Ku Li mengeluarkan kenyataan itu dia ditarik balik dua anugerah kebesaran negeri, Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunusi) dan tauliah pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) (Al-Muhammadi I).

Pada 5 Dis 2010, Istana Kelantan mengesahkan penarikan balik dua darjah kebesaran itu yang dikurniakan kepada Tengku Razaleigh. Ini berikutan kenyataannya sebelum itu yang disiarkan akhbar berbahasa Cina dan menyinggung perasaan Sultan Kelantan.

Tuanku Muhammad Faris Petra Tuanku Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu. Tengku Razaleigh, 73, yang juga Ketua Umno Gua Musang adalah datuk saudara kepada Sultan Muhammad V sebelah bondanya, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Video di atas kerabat Sultan telah membuat kempen untuk memperkenalkan penderhaka Sultan Kelantan.

Adakah Ku Li mampu mempertahan kerusi Gua Musang??

Tiada ulasan: