Sabtu, 4 Mei 2013

BUKAN TAK DE OTAK....ADA OTAK TAPI BUAT BODOH AJE

Pengundi Rakyat Asing: Bukti UMNO/BN Sudah Tidak percaya & Tidak Peduli Pada Rakyat Sendiri
Posted on Friday, May 03 @ 22:01:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline
Sila ke http://tranungkiteoffline.blogspot.com jika TKO mengalami gangguan


Mula-mula apabila didedahkan akan penglibatan UMNO membawa rakyat asing dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung, PR dituduh buat fitnah dan mereka-reka cerita walaupun dibuktikan dengan gambar-gambar yang diambil dari lapanganterbang akan kebanjiran rakyat asing yang wajah mereka jelas merupakan rakyat Mynmar, Bangla, Filiphina dan Indonesia. Akhirnya calun BN Putrajaya bangkit mengaku akan kebenaran tuduhan PR itu tetapi atas alasan kesemua yang dibawa melalui pesawat itu pengundi berdaftar.

PR bukan mempersoalkan mereka itu pengundi berdaftar atau tidak, tetapi mempersoalkan bahawa mereka itu semua bukan rakyat jati dan asal dari Malaysia. Mereka itu semua diberikan “IC” dalam projek Mahathir dulu dengan tujuan untuk mengundi UMNO/BN. Kabinet diberitakan tidak diberitahu akan tindakan Mahathir itu.

Siapa Mahathir yang berani dan pandai-pandai untuk melakukan semua itu? Beliau sendiri bukan berasal dari bumi Malaysia ini. Istimewa sungguh rakyat asing itu. Naik kapalterbang percuma, diberikan wang saku dan tempat penginapan malahan dikawal pula keselamatan mereka oleh pihak polis. Bukankah ini bertujuan untuk menggadai dan menjual maruah negara? Kita lihat sahaja nanti, sekiranya UMNO/BN menang dalam PRU13 kelak, maka semua rakyat asing ini akan bebas dan boleh mendapatkan apa saja yang mereka inginkan dari kerajaan UMNO sebagai membalas jasa mereka yang patuh dan taat kepada UMNO. Akhirnya semua hak orang Melayu dan hak-hak rakyat Malaysia asal, akan bertukar tangan.


Yang sedihnya, polis dan tentera diheret sama oleh UMNO untuk bersekongkol dengan kerja keji mereka untuk menggadai maruah negara dan hak rakyat jelata kepada rakyat asing. Polis dan tentera digunakan untuk mengawal dan melindungi rakyat asing ini ketika mengundi sedangkan tindakan ini membahayakan negara kerana menggadai hak dan maruah hak rakyat negara ini. Sepatutnya sebagai penjaga keselamatan negara polis tidak wajib akur dengan arahan UMNO ini malahan polis wajib menangkap pemimpin UMNO yang memberikan arahan itu kerana ini berkaitan dengan keselamatan dan kedaulatan negara. Tidak mustahil, suatu hari nanti polis, tentera dan lain-lain jabatan keselamatan negara akan dikuasai oleh rakyat asing ini. UMNO/BN akan lebih selesa dan percaya dengan rakyat asing ini yang akan menurut apa saja arahan mereka. Apatah lagi mereka boleh menerima kadar gaji yang rendah dan rakyat asing ini tidak banyak berbicara.


Kini rakyat asing ini berkeliaran diseluruh pelusuk negara sebagai menjalankan kerja khianat UMNO kepada rakyat negara ini. Tidak ada siapa yang boleh menyentuh dan menggangu mereka. Mereka adalah anak emas UMNO/BN. Pengikut dan penyokong UMNO betul-betul jadi bodoh dan tolol kerana tidak sedar bahawa mereka hanya dijadikan alat sahaja oleh pemimpin mereka, sedangkan rakyat asing diberikan layanan “first class” dan tidak lama lagi ketua cawangan, ketua bahagian, JKKK malahan wakil rakyat UMNO akan dikuasai oleh rakyat asing ini.


Rakyat Semenanjung yang bertugas di Sabah dan Serawak pun tidak diberikan tiket percuma dan layanan istimewa untuk balek mengundi di Semenanjung bahkan sebilangan besar mereka sudah menukar alamat di sana dan mengundi di Sabah dan Sarawak. Fikir dan renungkanlah wahai semua rakyat Malaysia yang masih menyokong UMNO. Bangkitlah pada PRU13 ini dan tolaklah UMNO/BN yang khianat itu. Jangan jadi bodoh lagi. Calun-calun UMNO yang kamu pertahankan itu hanya bertujuan untuk mengaut projek dan harta sahaja bila menang nanti, kamu semua tidak akan dipedulikan lagi selepas ini. Jangan bersubahat menghancurkan negara dan menggadai maruah kita dengan UMNO lagi. Rakyat asing sudah hampir satu juta berada dalam negara kita yang layak mengundi akibat angkara si Mahathir laknat itu dulu.


Apakah sanggup kita melihat negara dan hak kita nanti dikuasai oleh semua rakyat asing yang menjadi tetamu istimewa pemimpin UMNO ini? Sedar dan insaflah. Jika polis dan tentera pun sudah UMNO heret untuk bersama melindungi warga asing sehingga boleh menggadai maruah rakyat dan negara, pada siapa lagi untuk kita sebagai warga negara ini untuk berharap bagi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara kita kelak? Pada warga Bangla? Warga Myanmar, Indon, Thailand dan Filiphina? Tidak mustahil suatu hari nanti UMNO akan menjemput warga sekutunya Zionis untuk menjadi pengundi pada PRU14 kelak. Oleh itu sedar dan insaflah. Cukuplah kebodohan dan kehinaan pemimpin kamu terhadap kamu selama ini. Tumbangkan UMNO/BN dalam PRU13 nanti dan selepas itu semua rakyat asing akan ditarik semula kerakyatan mereka dan dihantar pulang ke negara asal mereka demi untuk keselamatan dan keselesaan rakyat asal negara ini.


Ingatlah, maruah kita dan negara kita lebih penting dari segalanya. Pemimpin UMNO tidak peduli semua itu, bagi mereka kuasa, harta, pangkat dan asalkan tembelang mereka tidak pecah adalah matlamat utama mereka. Pengikut mereka hanya lembu suruhan sahaja. Marilah sama-sama kita selamatkan negara kita dari digadai oleh UMNO kepada rakyat asing dan marilah juga kita selamatkan polis dan tentera kita dari diperalatkan dan dipaksa oleh UMNO supaya bersekongkol dengan mereka untuk menjual maruah dan kedaulatan negara kita kepada rakyat asing. Wallahualam.

Penulisan Oleh: Tok Janggut


 Pesanan khas Anwar kepada penjawat awam
Posted on Friday, May 03 @ 21:38:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh TKOOffline
Sila ke http://tranungkiteoffline.blogspot.com jika TKO tak boleh akses



Penjawat awam yang dihormati sekalian,


Alhamdulilah, saya berucap syukur kehadrat ilahi kerana telah diberi kesempatan sekali lagi untuk mewarkahkah penghargaan serta ingatan saya kepada tuan-puan yang dihormati dan dikasihi sekalian, setelah hampir 15 tahun saya meninggalkan sektor awam. Di sektor awamlah, saya membentuk pengalaman serta nilai jatidiri saya sebagai seorang insan, bapa, ketua keluarga dan seterusnya, negarawan. Bak kata pepatah, tempat jatuh lagi dikenang


Sejak Malaysia ditubuhkan lebih kurang 55 tahun yang lalu, rakyat telah terhutang budi kepada para penjawat awam yang telah amat berjasa kepada negara serta menjadi teras kepada pembangunan negara. Hari ini, dengan jumlah sekitar 1.3 juta orang, iaitu hampir 5% daripada keseluruhan warga Malaysia, peranan dan sumbangan sektor awam kepada negara dilihat amat kritikal sebagai benteng yang menyelamat, dan institusi yang membentuk generasi akan datang.

Namun, saya sedar bahawa di sebalik kata-kata manis dan peringatan oleh kerajaan agar penjawat awam mengenang jasa dan berterima kasih kepada BARISAN NASIONAL , penghargaan yang selayaknya diterima para penjawat awam sering dipinggirkan. Tambah mendukacitakan apabila para penjawat awam sering dibelenggu oleh campurtangan politik, isu kemajuan kerjaya dan juga kebajikan.
Tuan-puan yang dihormati sekalian,

Campurtangan politik ini sudah membarah dalam institusi kerajaan dan makin melemahkan integriti institusi negara. Ia juga menyebabkan penjawat awam diperlecehkan atau menjadi mangsa salahguna kuasa dikalangan ahli politik.

Tanpa segan, golongan ahli politik ini melanggar etika dengan menggunakan tenaga penjawat awam untuk kepentingan peribadi atau parti dengan anggapan tanggungjawab penjawat awam adalah untuk berkhidmat kepada parti politik pemerintah. Sudah pasti para penjawat awam yang budiman sekalian merasa marah, sakit hati dan kecewa kerana saya yakin dan percaya para penjawat awam telah memilih untuk berkhidmat untuk negara dengan niat yang ikhlas tetapi dikecewakan oleh mereka yang kita hormati dan percayai. Maka perlu ada usaha untuk membersihkan sektor awam daripada pengaruh politik serta mengembalikan integriti institusi kerajaan.

Perkembangan kerjaya para penjawat awam tidak pernah diberikan penekanan yang setimpal dengan iltizam yang ditunjukkan oleh para penjawat awam. Sejak akhir-akhir ini proses kenaikan pangkat tidak diberikan berdasarkan kepada prestasi kerja sebenar tetapi lebih kepada kebijaksanaan tuan-puan semua "menjaga hati" pegawai atasan .

Lebih mengecewakan lagi apabila ramai di kalangan penjawat awam termasuklah pemegang ijazah atau pasca-siswazah yang terpaksa berlapang dada dengan jawatan di bawah tahap kelayakan masing-masing. Kemelut Sistem Saraan Baru Penjawat Awam (SSBPA) yang berlaku pada tahun 2012 adalah contoh kegagalan kerajaan yang tidak boleh dimaafkan. Bahkan ianya adalah bukti jelas, kurangnya iltizam di pihak Kerajaan untuk membantu mengembangkan kerjaya penjawat awam .
Sungguhpun penjawat awam telah menabur bakti dan tenaga untuk negara, sayangnya, kebajikan tuan-puan dipinggirkan. Isu perumahan untuk penjawat awam tidak diberi fokus dan keuntungan pemaju lebih diutamakan. Elaun yang diterima sekarang sudah tidak lagi bersesuaian dengan kos hidup semasa. Kerajaan BARISAN NASIONAL terbukti tidak peka dan responsif terhadap keperluan penjawat awam.

Tuan-puan, harapan bangsa sekalian,

Pada 5hb Mei ini, tuan-puan mampu mengubah keadaan. Tuan-puan boleh menjadi pencetus kepada perubahan dalam sektor perkhidmatan awam dan janganlah disia-siakan peluang ini. Setelah 55 tahun, tuan-puan memberi peluang kepada kerajaan BARISAN NASIONAL memperkotak-katikkan perkhidmatan awam, sudah tiba masanya tuan-puan menggunakan kuasa undi tuan-puan untuk mengubah keadaan negara, amnya dan perkhidmatan awam, khasnya.

Tuan-puanlah nadi perubahan.

Tanpa sokongan tuan-puan, segala usaha membawa perubahan kepada negara kita yang tercinta ini tidak akan dapat diteruskan.

Undilah untuk perubahan. 
Yang Ikhlas,
Dato Seri Anwar Ibrahim 
 
 Serahan Memorandum GATERA kepada SPR
Posted on Friday, May 03 @ 23:16:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline
Sila ke http://tranungkiteoffline.blogspot.com jika TKO mengalami gangguan

Iklim dan budaya politik keji dalam kempen pilihanraya umum ke 13 yang kian melata telah mendapat perhatian sebahagian besar para cendekiawan di Malaysia. Pelbagai isu moral yang keji dan penyalahgunaan kuasa dalam PRU 13 ini telah membangkitkan rasa kesedaran mereka untuk bangkit bagi memperbetulkan situasi ini dari kian membarah.

Satu memorandum berkenaan etika dan keadilan dalam pilihanraya telah disampaikan oleh  Gerakan Intelektual Rakyat (GATERA) kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada jam 10.30 pagi. Serahan oleh Dr. Shaharir selaku ketua GATERA ini telah dibuat di ibu pejabat SPR, Putrajaya dan diterima oleh Dato' Hj. Nordin Che Ngah, Timbalan Setiausaha (Pilihanraya). Rombongan wakil GATERA seramai 5 orang ini terdiri daripada pelbagai latar belakang. Di antara yang turut hadir ialah Sdr. Dinsman, Sdr. Kassim, Prof Mokhtar dan juga Sdr. Kamaruzaman mewakili profesional muda.

Di dalam perjumpaan tersebut, Dr. Shaharir menegaskan bahawa SPR masih belum berjaya meyakinkan sebahagian besar rakyat dalam aspek integriti dan amanah sewaktu menjalankan tugas-tugasnya, seperti isu dakwat dan peti undi pos. Ianya tidak speatutnya berlaku kerana Malaysia telah merdeka lebih 50 tahun dan sepatutnya berpengalaman dalam menguruskan hal-hal berkaitan pilihan raya. GATERA juga menegaskan semua kempen parti-parti politik mestilah mengikut lunas-lunas yang bersopan, etika dan adil.

Turut memberikan respon ialah Sdr. Kamaruzaman yang memberikan pandangan bahawa SPR seharusnya bertindak sebagai pengadil yang adil. Semua kempen parti politik haruslah diberikan ruang yang sama rata sama ada di media elektronik mahupun di media cetak. SPR seharusnya bertegas dalam hal-hal ini tanpa berasa takut kepada mana-mana pihak. Beliau juga menambah bahawa GATERA mendesak SPR menggunakan segala kuasa yang ada kepadanya untuk membetulkan keadaan yang tidak bermoral ini. 
 
 Tak Ada Otak!!
Posted on Friday, May 03 @ 19:57:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh TKOOffline
(Sila ke http://tranungkiteoffline.blogspot.com jika TKO mengalami gangguan)



"Mereka" kata TAK NAK bila PR tawarkan untuk hapuskan AES;
"Mereka" kata TAK NAK bila PR tawarkan untuk hapuskan PTPTN ganti dengan biasiswa;
"Mereka" kata TAK NAK bila PR tawarkan untuk hapuskan TOL;

Patutlah TAK NAK rupanya mereka ini.....

 

 
 Bocor: Perbualan antara Raja Nong Chik dan Rusli Baba
Posted on Friday, May 03 @ 21:22:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline
Sila ke http://tranungkiteoffline.blogspot.com jika TKO mengalami gangguan


Saya ingin melaporkan perbualan bocor direkodkan di antara Raja Nong Chik (calon BN) dan Rusli Baba (calon Bebas) untuk Lembah Pantai.

Adalah dipercayai bahawa audio yang dicatatkan sebelum pengumuman GE13 calon BN.

Rakyat perlu tahu kebenaran Nong Chik.
 
 Saiful ulangi bersumpah, tapi kes dibicara di mahkamah civil!
Posted on Friday, May 03 @ 21:26:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: senik

"assalamualaikum,,..
Sumpah dan keputusan mahkamah civil adalah dua dunia yang berbeza.Kalau Saiful bersumpah boleh mensabitkan kesalahan DSAI mungkin juga releven, ini tidak releven langsung.Ini menunjukkan sumpah Saiful hanyalah bahan kempen dengan harapan mampu mempengaruhi pengundi seperti semasa PRK Permatang Pauh dulu.Nampaknya UMNO tak serik serik menyeleweng suruhan agama semata mata untuk mengekalkan kuasa mereka.Peliknya tuntutan Qazaf DSAI ditolak walhal kalau nak bersumpah jugak, sepatutnya kes ini dibicarakan secara hukum Islam bukan hukum civil.


Saiful dengan lantang meminta dia dilaknat kalau dia berbohong mungkin dengan harapan dapat manarik simpati pengundi atas pagar di kalangan orang melayu Islam.Bagi yang jahil agama mungkin sumpah si Saiful berkesan tetapi sumpah jenis sesumpah yang tidak takut mati ini tidak akan mampu menipu orang Islam yang tahu hukum hakam Islam.
Logiknya perbicaraan Qazaf lebih tepat dengan sumpah  Saiful ini dan dalam perundangan civil, tindakan Saiful ini boleh dilapurkan sebagai menghina mahkamah.
Bodohlah sesiapa yang termakan dengan sumpah si Saiful apatah lagi sumpah di depan kaabah, mana ada peruntukan dalam perundangan Islam yang membenarkan sumpah laknat dilakukan di depan Kaabah apatah lagi kesnya tidak dibicarakan secara Islam.Bodoh campur jahil!
 
 Pekerja Indonasia Dapat IC dan BR1M??
Posted on Friday, May 03 @ 23:14:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline
Sila ke http://tranungkiteoffline.blogspot.com jika TKO mengalami gangguan

This video has been removed by the user.

Sorry about that.

"My maid said most of her frens were given free IC during February onwards also given BR1M" - Ini adalah kata-kata orang yang menguload video di atas.

Komen daripada video berkenaan pula "ya sebab itu la ramai pihak check banyak no i/c yg bertindih, satu alamat g check rumah kosong, tapi dlm list ada 10 orang duduk situ mggunakan nama dan bangsa yg berbeza. boleh kaitkan tak? banyak sgt kemungkinan. ramai sgt org dah buktikan. dah adu SPR, spr nafikan. walhal hakikatnya ada dan wujud. saudara boleh nafikan, tapi ianya benar2 berlaku. bukti banyak tersebar, takkan nak tutup mata. tak sedih tengok negara tergadai mcm ni?"

Negara kita akan tergadai jikan UMNO @ BN boleh berbuat apa sahaja untuk mengekalkan kuasa. Oleh itu sebelum buruk pastikan UMNO BN tak akan bernyawa pada PRU kali ini.

Tiada ulasan: