Sabtu, 11 Mei 2013

BAGI JUGA ORANG LAIN RASA MB...UNDI UNTUK PARTI BUKAN PERIBADI ATAU HAIRAKI DALAM PARTI...DIDUNIA BOLEH LARI MENJAWAB TUNTUTAN PENJELASAN DARI RAKYAT...AKHIRAT TAK BOLEH LARI...MEMANG LAMA LAGI...TAPI MASA ITU SAMPAI JUGA ...MAKA KENA JELAS JUGA PADA ALLAH...SABIT NERAKA HUKAMANNYA...TAK TAKUT KE

Ustaz Azizan yang kukenali

Ahmad Husni Ahmad Basri,
USTAZ AZIZAN yang kukenali.. Beliau mempunyai jiwa kebapaan yang tinggi.. Sekarang beliau masih kritikal di Hospital PPinang dgn kaki dah kudung ke paras lutut.. 2 hari lalu, begitu ramai orang beria ia menyebar khabar angin bahawa xMB Kedah, Ust Azizan dah mati.. Kasihan insan tokoh pendidikan ini yg dah berjasa membangunkan Insaniah sehingga menjadi Universiti dan Kolej Sains Pulau Tuba walau baru sepenggal menjadi Master Chef Kedah..


Ini kisah yang aku janji nak cerita.. Ayah aku, Dato' Paduka Hj Ahmad Basri, Pengurus bola Kedah yg dikenali ramai, meninggal dunia pada 15 Julai 2008... Ustaz Azizan adalah antara orang pertama yang sampai ke rumah Ibu ku dan mengarahkan agar ruang disusun bersesuaian utk dikunjungi ramai orang, dan gambar yg tak bersesuaian agar diturunkan dari dinding. Terpegun adik adik aku dgn kunjungan itu.. Kemudian baru lah MB Kedah ini ke hospital melihat jenazah bapa aku yang masih di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.. Aku pula masih di Mesir dan sedang berusaha mencari flight pulang ke Kedah.. Sungguh prihatin MB Kedah ini, walaupun Ayah aku adalah orang UMNO..

Satu kisah lagi berlaku di tahun 2010... MB Kedah dan beberapa EXCO termasuk pegawai kanan Kedah Civil Services, serta pengurusan Insaniah berkunjung ke Jeddah dari Mesir. Ada di kalangan rombongan nya adalah org UMNO kawan Ayah aku yg telah bisikkan kpd Ustaz Azizan bahawa anak Dato Basri ada bekerja di Jeddah.. Maka aku ditelefon oleh seorang staf konsulay bahawa MB Kedah nak jumpa aku..

Bila mengadap Ustaz Azizan ketika beliau sedang mempengerusikan mesyuarat, maka beliau bertanya aku, "Mak dan adik adik ok ka di Aloq Setaq? Rumah mak tu mungkin diambil utk besarkan jalan Sultanah, kalau terpaksa diambil, jangan lah marah.. Pampasan akan dikira sebaik mungkin. Dok balik Aloq Setaq dak? Balik noo, jengok jengok.. Ayah dah tak dak.. Tak pa, mai dok, saya nak tanya bab pelancongan.. Awat Arab banyak di Langkawi saja.. Apa usaha yang Kerajaan Negeri boleh bantu untuk Arab mai Tanah Besar Kedah.. Aloq Setaq Gunung Jerai dll..."

Terpegun kakitangan konsulat melihat seorang bergelar YAB MB Kedah menghentikan mesyuarat utk bertanya hal kpd seorang anak Kedah yang dianggap semua nya macam anak anak dia juga..

Ustaz Azizan mmg mulia akhlak nya.. Dan mmg dia keras sikit.. Org Kedah kata perongoih sikit.. Elok la tu.. Kalau lembik sgt org boleh pijak kepala.. Takut bini atau biar anak menantu balun projek...

Kini Ust Azizan bukan lagi MB... Malah bergelut antara hidup mati.. Kaki dah kudung sampai paras lutut.. Tak boleh dah nak berjalan sendiri mcm dulu.. Itu pun jika sembuh..
Doakanlah agar Allah swt melanjutkan usia beliau.. Kini rakyat Kedah dah sedar betapa murni nya hati para ulamak yg ikhlas bekerja untuk rakyat. Sanggup Ust Azizan memberi nasihat kepada Mukhriz yg masih muda.. Demi agama bangsa dan negara..

Doa aku adalah untuk semua kita rakyat Malaysia.. Berlaku adil lah sesama kita.. Ingat lah hidup ini hanya sementara..

Sekian.. Terimakasih kerana membaca..
(Dipetik dari Facebook penulis)

Doa seluruh NGO Islam untuk Ustaz Azizan

Harakahdaily, 11 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malayasia (Mapim) mewakli semua NGO Islam yang bergabung di bawahnya mendoakan agar Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak (gambar) sembuh dari pembedahan yang telah dilaluinya kelmarin. “Kami merakamkan doa untuk beliau dan keluarga beliau agar tabah melalui ujian ini.

“Kami juga turut merasa simpati di atas ujian yang berat ini setelah beliau telah berjaya memimpin Kedah selama 5 tahun sebagai Menteri Besar dengan cemerlang,” ujar Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Katanya, sumbangan Ustaz Azizan ketika menerajui negeri Kedah tidak akan dapat dilupakan terutama dalam pembangunan pendidikan Islam di negeri itu.

“Beliau telah berkorban sebagai pemimpin negeri yang boleh dicontohi kerana gaya hidupnya yang sederhana, tidak mementingkan diri dan sentiasa memastikan rakyat terbanyak merasai nikmat dari pemerintahan yang diterajuinya.

“Dalam keadaan kesihatan beliau yang tidak mengizinkan beliau sering mengutamakan tanggungjawabnya untuk memastikan kerajaan negeri berfungsi dengan licin.

“Kami bersama seluruh rakyat Kedah khususnya dan rakyat Malaysia amnya mendoakan agar Allah SWT menyembuhkan penyakitnya dan memberi kekuatan kepada beliau dan keluarganya bersama rakyat melihat Islam berdaulat seperti yang diperjuangkan oleh beliau selama ini,” ujar Mohd Azmi lagi.


Muslimat Kuala Langat shared DPP Malaysia [Official]'s photo.
Gambar terkini Ust Azizan yg masih belum sedarkan diri. Doakan semoga beliau cepat sembuh. 

Kredit : FB Dewan Pemuda PAS Kedah.
Gambar terkini Ust Azizan yg masih belum sedarkan diri. Doakan semoga beliau cepat sembuh.

Kredit : FB Dewan Pemuda PAS Kedah.

Rakyat tuntut penjelasan SPR

Harakah, 11 Mei 2013

(Laporan muka depan Harakah Ahad ini)

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) didesak memberikan penjelasan berhubung beberapa penipuan dan penyelewengan yang didakwa berlaku pada PRU13.

Desakan tersebut dibuat menerusi himpunan-himpunan bersiri yang dimulai dengan perhimpunan ‘Suara Rakyat Suara Keramat’ pada 8 Mei lalu, di Stadium Kelana Jaya, Selangor. Perhimpunan pasca PRU13 itu dihadiri lebih 120,000 rakyat.

Ini ekoran kekecewaan rakyat mengenai perjalanan PRU13 yang ternyata masih tidak bersih, tidak adil dan tidak telus.

Himpunan pertama Black505 di Stadium Kelana Jaya ini menjadi laporan muka depan Harakah yang bakal berada di pasaran esok.

Dapatkan naskah anda.

Ibu segala tipu

A Samad Said, 11 Mei 2013



Dengan sanubari sequdus hasrat
lelangkah yang luhur sepadu hajat
kita berhimpun sepenuh harapan
sedia tentang inti kemungkaran.


Awalnya segala tersenyum ilham
cuaca dan hajat akrab bersalam.
Kita memangkahnya secekal kalbu
rindu memahat sejarah yang syahdu.


Iklim yang gusar tetiba meledak
ketika kendera menyusup rahsia,
dan demokrasi sengaja dikocak
sebijak helah sekejam pendera.


Kertas undi yang terkumpul berbalam
sopan dan segan diusik khayalan,
sebaik senja disenyumi malam
sesenyapnya bermula pencemaran.

Malam debaran tersentap amarah,
cahaya bulan dikoyak-koyaknya,
rahsia gelap memulai dosanya,
berterbanganlah undi yang ditambah.

Kita berhimpun di padang sejarah
demi melawan kemungkaran baru;
demokrasi wajar dipelihara
daripada ibu segala tipu.


Sasterawan Negara
A Samad Said,
Himpunan ‘Suara Rakyat Suara Keramat’,
Kelana Jaya,
8 Mei 2013

PM menambah derita Arau - Shahidan

Harakah, 11 Mei 2013


(Komen Shahidan dalam facebooknya)

ARAU: Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menyatakan kekesalannya terhadap pemilihan Menteri Besar Perlis yang baru. Ia digambarkan melalui facebooknya.

“Selepas itu jawatan MB dipilih begitu saja tanpa ikut hierarki parti. Kami semua tak dimaklumkan langsung. Bila menang saja MB dilantik bukan di kalangan yang senior dalam parti. 2008 pun saya menang tetapi dirampas juga. PM menambah derita Arau,” menurut komen tersebut.

Ikuti laporan penuh dalam Harakah esok.

Alkisah sebuah coretan…

Tuan Ibrahim Tuan Man, 11 Mei 2013


Saya ingat semasa saya sangat kecil, apa yang saya benci makan, kamulah yang kata sedap dimakan untuk memujuk saya makan.

Semasa saya tidur, kamu pun tidur bersama.

Semasa saya bangun, kamu pun nak bangun juga.

Adakah ini kerana kamu nak ikut cara hidup saya?

Saya ingat semasa saya menangis kerana kawan tidak mahu bermain dengan saya, kamu juga mengalirkan air mata. Tapi kamu bukannya ada di sana ketika kawan itu menolak saya. Kawan saya tak nak bermain dengan saya, mengapa kamu menangis bersama?

Tapi apabila saya ketawa, kamu ketawa lagi kuat daripada saya.

Semasa saya mempunyai kerja rumah, kamu juga membuat kerja rumah. Tapi peliknya, saya tak pernah lihat kamu hadir sekolah pun.

Semasa saya ingin menaiki basikal, kamu juga nak ikut sama. Kamu ini semua saya buat kamu nak ikut, walaupun kamu lebih lambat.

Ingat juga semasa saya patah tangan saya kerana jatuh dari pokok – saya sakit tangan tapi kamu kata kamu sakit hati. Akhirnya, kita dua-dua dalam kesakitan.

Semasa saya mengantuk pada waktu malam, kamu juga berasa mengantuk. Dan ketika di katil, kita selalu membaca doa bersama dan kamu suka menggosok belakang saya untuk membuatkan saya lena.

Selepas saya lena, kamu pun terlena sama.

Itu kenangan manis bersamamu sewaktu saya kecil.

Ibu, terima kasih atas segalanya. Saya sayang ibu.

Sekadar berkongsi tulisan daripada anak angkat.

Senyum.

Akhbar Taiwan gambarkan Najib seperti ahli silap mata

http://wasukalu.blogspot.com, 11 Mei 2013
Lima akhbar antarabangsa siar berita 'Blackout' di Kelana Jaya yang dihadiri lebih 100,000 orang rakyat Malaysia yang menuntut ketelusan pilihanraya. Rakyat Malaysia yang menyokong reformasi mendakwa telah memenangi pilihanraya  umum ke 13 yang berlangsung pada 5.5.2013 tetapi kemenangan itu dinafikan memalui beberapa kejadian 'blackout di beberapa pusat pengiraan undi.

Dalam kelima-lima akhbar itu  akhbar Taiwan adalah yang paling sinis. Akhbar itu meletakkan gambar PM Najib dengan gaya seorang ahli silap mata, Segalanya dipercayai ada kaitan dengan peristiwa 'blackout' di beberapa pusat mengundi yang mengakibatkan calon PR yang telah menang bertukar menjadi kalah sebaik sahaja kiraan semula undi selepas 'blackout'


sumber
sumber
Ini tulisan dalam kotak merah di atas

sumber

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Tiada ulasan: