Rabu, 8 Mei 2013

TERGOLEK BOLEH TAHAN...TAKUT JATUH PENGSAN

Kenyataan Rasmi Badan Perhubungan PAS Terengganu berkenaan Keputusan PRU-13
Posted on Tuesday, May 07 @ 20:17:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline


Ramai yang bertanya saya kononnya ada partisyen di Terengganu yang mana PR sepatutnya menang dengan keputusan 17 kerusi dan  BN 15. Dalam hebahan itu TG Haji ABdul Hadi meminta untuk solat hajat dan Sultan tangguh perlantikan MB.

Saya kata semuanya tak benar, tapi masih ada lagi yang tak percaya, malah ada blog menyiarkan kenyataan berkenaan hebahan berkenaan.

Kenyataan yang rasmi yang saya petik daripada facebook Timbalan Persuruhjaya PAS Terengganu 1 adalah seperti berikut:


Sidang Akhbar Badan perhubungn Pas Trg kali pertama slps Pru 13. Ucapn timakasih kpd rakyat ats sokongn yg mningkat kpd 100% bbanding Pru lalu. Pihak Pas sdg mkumpul maklumat utk petisyen. Tq - Ustaz Saitiful Bahri Mamat, Timbalan Persuruhjaya PAS Terengganu 1.

Tak ada apa-apa, sekadar sedang mengumpul maklumat untuk petisyen. Jangan sebar berita yang membuatkan kita syok sendiri akhirnya "frust tunggeng" dengan harapan yang tak akan berlaku!

Satu lagi yang hebahan tak betul berkenaan ada gabungan antara PAS-UMNO di Terengganu. Ini lagi karut. Tak payah bodoh sangat nak hidupkan isu "UG". Itu semua kerja bodoh dan tak ada faedah...

Penangguhan MB di Terengganu macam dulu jugalah.. Dia orang (UMNO) bercakaran sesama sendiri sehingga ada ugut nak keluar UMNO masuk PAS (Itu pun acah aje..)

Kita doakan 'perkelahian' mereka berlarutan sehingga ada yang 'luka, patah dan sebaiknya mampus' terus!!!


...
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com


  UMNO Kalah Kerana Calon PAS Rasuah Pengundi - Tergolek Aku Gelak!!!
Posted on Tuesday, May 07 @ 20:15:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline
Orang kuat Dr. Rozaidah ada menulis dalam facebook. Saya rasa baik untuk di'share'kan dengan pembaca. Mana tahu ada yang putus usus!! (kerana gelak!)

Dia orang tulis "Selesai PRU13...syukur alhamdulillah Barisan Nasional masih memerintah Malaysia...walaupun ampang tewas tetapi 3 3 calon BN Ampang N20 Datuk Baderisham Hj Jolly, N19 Mohamad Nadzim & P099 Parlimen Ampang Datuk Dr Rozaidah Talib bersama team kempen telah melakukan yang terbaik untuk pengundi...kami terima keputusan dengan hati yang terbuka , kami redha & pasrah dengan kehendak Allah...

ekurang-kurangnya calon2 kami tidak mengamalkan rasuah spt calon N20 pas Lembah jaya yg sogok wang kepada pengundi RM200 untuk warga emas & RM 100 pengundi muda...

Mereka2 ini telah tampil untuk memberi maklumat kepada petugas kami....kepada ahli2 umno yang sabotaj 3 3 calon ini juga telah dikenalpasti...hanya Allah saja yang akan membalas segala kebaikan & keburukan kita semua....sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah swt & yang salah silap dari kami...."
Sebelum ini beberapa hari selepas Najib membubar parlimen, Tun Mahathir dalam satu wawancara di TV3¼ mengatakan pemindahan pengundi adalah kerja PAS. Dia kata PAS buat kerja jahat dengan memindahkan pengundi... itu pun saya rasa nak tergelak. Masa dia sebut dia serius semacam seolah-olah PAS yang menyebabkan daftar pemilih tak betul..

Hilang cerita pasal warga asing, terutama di Sabah dapat kad pengenalan. Cerita Sulu pun Tun Mahathir boleh 'cover' semua yang jahat tu kerja PAS.

Khasim Abdul Aziz, calon PAS yang dikatakan merasuah pengundi telah berjaya mengalahkan calon dari BN yang bersih dan amanah (kah kah kah), Datuk Baderisham Jolly dengan majoriti 8,713 undi.

Manakala Zuraida Kamaruddin calon PKR pula telah mengalahkan calon BN, Dr. Rozaidah Talib dengan majoriti 13,278 undi.

Kemenangan ini adalah kerana semua pengundi Cina telah dirasuah RM2000.00 (ott.. silap RM200.00) seorang)


Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com


  Siapa sebenarnya yang KALAH dalam PRU13?
Posted on Tuesday, May 07 @ 20:13:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline

 
Siapa yang sebenarnya kalah dalam pilihan raya kali ini? Kalau ikut kiraan kerusi BN dapat 133 manakala PR 89. Kalau diambil kira kerusi di semanjung  BN hanya 86 sahaja (22 Sabah dan 25 Sarawak) Manakala PR pula ialah 80 (Sabah 3 Sarawak 6)


Sebenarnya kiraan kerusi tidak menepati kehendak rakyat Malaysia, sebab ada kerusi yang mempunyai bilangan penduduk yang ramai manakala ada yang sedikit. Kalau ikut peratus penduduk yang mengundi BN dan PR kita dapati BN hanya memperolehi 46.8% manakala PR 50.3%. Yang selebihnya adalah sokongan kepada BEBAS.

Apa yang boleh dibangga oleh Dato Seri Najib atas kemenangan BN??

Walaupun BN boleh tawan semula Kedah, tetapi banyak negeri BN mengalami kemerosotan yang teruk. Perak dan Terengganu hampir kalah. Johor kubu kuatnya UMNO selama ini telah bolos.

 
Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang telah menunjukkan kemerosotan yang amat ketara. Di mana UMNO @ BN nak berbangga??
 
 
 
BN kena sedar diri tak payah menyalahkan orang lain dan paling baik NAJIB mengundur diri sebelum dia dijatuhkan dalam UMNO!!

DAN UMNO @ BN AKAN DITUMBANGKAN OLEH RAKYAT DALAM PRU-14 NANTI!!


...
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com



PRU-13 Orang Cina Benci Orang Melayu??
Posted on Tuesday, May 07 @ 20:12:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline


"Tsunami Cina" itu alasan kambing hitam Najib untuk menutup kelemahan UMNO, kelemahannya kalau nak banding dengan Pak Lah. Pak Lah nampak lemah dalam petadbiran tapi dia berbaik dengan semua orang termasuk pembangkang.

Saya ambil satu kawasan P100 PANDAN, Selangor yang mana majoriti penduduknya berubah setiap PRU untuk 3 PRU iaitu 2004, 2008 dan 2013 sebagai asas perpincangan untuk melihat pola sokongan pengundi Cina dan Melayu di kawasan berkenaan.
 
Pada PRU 2004
Kedudukan posisi kaum ialah Melayu 52%, Cina 42% India 5% Keluar mengundi ialah 69% dengan jumlah pengundi ialah 57,884 orang.
 
MCA
Datok Ong Tee Keat - 26,721 undi

PAS
Iskandar Abdul Samad - 12,069 undi.

Walaupun majoriti MELAYU calon Cina boleh memang dengan kelebihan undi 14,112
kesimpulan Melayu undi Cina (BN)
 
Pada PRU 2008
Kedudukan posisi kaum ialah Melayu 49%, Cina 45% India 5% Keluar mengundi ialah 75% dengan jumlah pengundi ialah 64,497 orang. (posisi kedudukan peratus bangsa berubah dengan peningkatan bilangan pengundi)
MCA
Dato Ong Tee Keat - 25,236 undi

PKR
Syed Shahir Syed Mohamud - 22,275 undi.

Walaupun majoriti CINA calon Melayu boleh memang dengan kelebihan undi 2,961
kesimpulan Cina undi Melayu (PR)


Pada PRU 2013
Kedudukan posisi kaum ialah Melayu 44%, Cina 48% India 7% Keluar mengundi ialah 73% dengan jumlah pengundi ialah 83,857 orang.
MCA
Lim ChinYee - 21,454 undi

PKR
Mohd Rafizi Ramli - 48,183 undi.

BEBAS
Tan Yew Leng - 2,415 undi

Walaupun majoriti CINA calon Melayu boleh memang dengan kelebihan undi 26,729
kesimpulan Cina undi Melayu (PR)


Kesimpulan

Pada ketiga-tiga PRU undi MCA adalah hampir tetap sekitar 21-26K. Faktor calon dan isu semasa mengubah sedikit kedudukan sokongan.

Tanggapan mengatakan Cina hanya undi Cina adalah suatu yang salah dan berniat jahat mengapi-apikan isu perkauman.

UMNO cuba memainkan isu ini kerana bimbang MELAYU akan beralih kepada PAKATAN RAKYAT sebagai Cina beralih kepada PR.
 
Kenapa bodoh sangat Melayu UMNO nak faham perkara ini!!
DAP Jadi PM, Kalimah Allah dan agama Islam akan terhapus... Bahasa Melayu akan terhakis
 
 
 
Note:
terima kasih kepada www.janjidicapati.org


.....
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com



Aku Janji BN turun tol, turun harga kereta, turun yuran jalur lebar, tapi bila?
Posted on Tuesday, May 07 @ 18:02:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: amkns

"Antara intipati Aku Janji Barisan Nasional peringkat nasional ialah mengurangkan bayaran tol, mengurangkan harga kereta, memberi komputer riba percuma kepada semua pelajar sekolah rendah/menengah, mengurangkan yuran jalur lebar dan macam-macam lagi. Persoalannya bila ianya akan dilaksanakan?

Berikut beberapa intipati Manifesto bertajuk ‘Menepati Janji Membawa Harapan’  yang mengandungi janji BN PRU-13 yang melibatkan kepentingan umum :  
- Mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat.
- Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.
- Memperkenalkan skim pemilikan komputer riba di sekolah-sekolah bersama dengan kemudahan Internet.
- Menurunkan yuran jalur lebar sekurang-kurangnya 20 peratus dengan jaminan bandwidth internet.
- Menyediakan jalur lebar WiFi secara percuma dan terjamin di semua kampus institusi pengajian tinggi awam.
- Menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan.
- Mempertingkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150.
- Menaikkan pengecualian cukai untuk sumbangan ke atas pembinaan, membesarkan dan memulihara rumah-rumah ibadat.
- Memulihkan semula projek perumahan terbengkalai untuk melindungi pembeli rumah.
- Membuka lebih banyak Anjung Singgah (pusat perlindungan sementara untuk golongan gelandangan) di kawasan yang diperlukan. 
Sumber : http://amkns.blogspot.com/2013/05/aku-janji-bn-turun-tol-turun-harga.html

 Saifuddin Abdullah Nak Masuk PKR??
Posted on Tuesday, May 07 @ 15:04:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline



Sebentar tadi saya terima SMS dari kenalan lama UMNO "TOTOK" (dulu kini dan selamanya..) bahawa malam ini ada "Private Dinner" antara Saifuddin Abdullah dengan seorang pimpinan PKR di Tropicana Golf Country Resort.

Saya tanya balik "nak keluar UMNO ke?" Dia jawab entahlah.

Saya tanya betul ke?? Atau khabar angin?
Dia jawab "Sumber boleh dipercayai"

Saya rasa ini mainan politik cantas dalam UMNO. Khabar ini biasanya dibuat oleh puak-puak blogger upahan kumpulan tertentu dalam UMNO.

Tapi saya kongsikan masej SMS ini kepada pembaca.
Anggap sahaja 'jenaka' selepas PRU.



Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com


  Transformasi dan 1Malaysia yang gagal?
Posted on Tuesday, May 07 @ 15:01:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: spikeT

"

Semua rakyat malaysia telah mengetahui keputusan pilihanraya yang ke 13 (PRU13) dimana keputusan yang begitu ketara merosot buat kepimpinan Datuk Sri Najib Tun Rajak dengan slogan perubahannya  Transformasi dan 1Malaysianya.

Dari keputusan PRU13,Barisan Nasional(BN) Merosot kerusi Parlimen dari 140 kepada 133 dan jumlah undi keseluruhan diperolehi juga ketinggalan dimana Pakatan Rakyat(PR) memperolehi undi sekitar 5.6 juta undi keseluruhan dan BN pula memperolehi sekitar 5.3 juta undi keseluruhan.


Kekurangan kerusi Parlimen dan kurangnya undi keseluruhan yang diperoleh dengan jelas betapa gagalnya slogan 1Malaysia dan juga Transformasi yang telah Datuk Seri Najib Tun Rajak dalam segenap bidang dalam negara kita.Transformasi politik yang gagal tidak mendapat sokongan kaum cina malah MCA sendiri menghindari dari BN ,dengan jelas Presiden MCA menyatakan bahawa pemimpin MCA yang terlibat tidak akan menerima jawatan penting dalam kabinet.Datuk Seri Najib gagal menyatukan kelpelbagaian kaum dalam BN,Nampak cantik sebagai satu Barisan namun Baris Lurus didepan tetapi bengkok dan berkait di belakang.Laungan beliau 1Malaysia tiada beza  perkauman antara kaum dimusnahkan oleh ahli-ahli umno yang berkepentingan dan juga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Mahathir yang mengapi-apikan perkauman melayu  dan cina di ceramah-ceramah beliau yang tidak selari dengan selogan 1Malaysia.Ini seolah-olah kepala kata lain ,ekor pula kata lain,Sokongan BN Kepada Pekasa secara terang-terangan telah menyebabkan kaum cina dalam BN itu sendiri memprotes dari dalam dengan memberi undi pada PR.Meletakkan Timbalan Presiden Perkasa sebagai calon BN dalam PRU13 dengan jelas membuktikan sokongan terhadap perkasa dengan idelogi kemelayuannya jadi di mana 1Malaysia yang ingin dibawa.
Jelas 1Malaysia yamg ingin dibawa begitu tersasar dan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai PM gagal mebawa konsep 1Malaysia dan Transformasi politik yang ingin dilakukan.Haruskah beliau diberi peluang oleh UMNO meneruskan agenda 1Malaysia dan Transformasi politik yang gagal untuk 5 tahun lagi.Adakah beliau harus diberi peluang merubah slogan-slogan yang indah didengar untuk kali kedua.Rasanya peluang cerah bagi Pemimpin-pemimpin berwibawa dalam UMNO untuk menyingkirkan beliau seperti mana beliau mengenepikan Tun Abdullah  ( Bekas PM ) dahulu.
Gagalnya ahli BN khasnya UMNO itu sendiri menmahaminya menyebabkan kegagalan 1Malaysia dan transformasi politik yang ingin dibawa oleh BN.

Sebaliknya ahli-ahli parti dalam PR lebih memahaminya bersatu demi kekuatan politik.Transformasi Politik dan agenda 1Malaysia telah menyerap dalam ahli-ahli PR dan ini membuat parti-parti seperti DAP,PAS dan PKR menggunakan atau menyerap  konsep 1Malaysia dan transformasi politik yang meyebelahi PR itu sendiri,Maka terjadilah PAS adanya calon bukan islam,  DAP dan PKR itu sendiri ada pelbagai kaum dan Agama.Kaum Cina mengundi calon PAS dan Bangsa melayu  dikawasan bandar seperti di Parlimen Temerloh mengambarkan konsep 1Malaysia itu jelas dalam Pakatan Rakyat dan juga di tempat-tempat lain calon Pas atau calon melayu PKR.

Sebenarnya  'Tshunami Cina' yang diperkatakan bukanlah erti perkauman tapi kegagalan konsep 1Malaysia dan Transformasi politik yang dibawa BN telah menyebabkan undi protes sebahagian kaum cina  dalam BN akibat gagalnya konsep 1MALAYSIA dan transformasi politik dalam BN.PR pula berjaya menyerap konsep 1Malaysia yang telah dilaungkan oleh BN selama ini dan tambahan undi protes dari dalam BN sendiri menyebabkan BN terus di tolak rakyat pelbagai kaum dalam negara kita.

Jika diberi ruang dan masa tidak mustahil berjayanya konsep 1Malaysia dalam PR dan akan menumbangkan BN pada 5 tahun akan datang dengan menggunakan konsep 1Malaysia itu sendiri.Ini bagai sapi dengan lembu.Orang lain punya tapi kita dapat nama dan keuntungannya.

Fikir-fikirkanlah,Buat BN jika anda meneruskan kepimpinan Datuk Seri Najib bermakna anda membuat PR Semakin kuat menyerap slogan 1Malaysia kerana PR telah kedepan dalam isu ini.Hanya pertukaran kepimpinan BN boleh mengendurkan keadaan ini dan kita tunggulah apa pula slogan selepas ini dengan kepimpinan baru.
 
 Facebook Mendesak Azizan Letak Jawatan??
Posted on Tuesday, May 07 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline


Terjumpa Facebook Minta Azizan Letak Jawatan. Facebook ini baru lagi, maknanya selepas PRU-13. Saya mungkin 'kurang cerdik' letak jawatan apa? Menteri Besar ke? Hangpa dok gaduh nak dia letak jawatan akhir Allah terima doa hangpa semua.. Apa lagi boleh buat kenduri kesyukuranlah.

Letak Jawatan Persuruhjaya PAS Kedah?? Tahu tak jawatan itu adalah hak mutlak Presiden. Kalau galak sangat nak suruh letak jawatan, pi lah jumpa presiden senya-senyap. Tak payah heboh satu Malaysia (dunia..).

AnakKedah007 yang melancarkan Facebook ini menulis "Pada kami beliau mesti bertanggungjawab akan kekalahan negeri KEDAH... Jadi kita lihat siapa yang nak follow kami membuat reformasi ini"

Alasannya bahawa PAS hanya kalah di Kedah sahaja tidak di negeri-negeri lain dan Azizan harus bertanggungjawab.

Saya pun tulis artikel pasal "Jika Gagal Letak Jawatan" tapi bagi saya nak buat facebook atau blog semata-mata nak desak individu tertentu untuk letak jawatan itu bukan cara PAS. Paling mudah saya buat perbandingan ialah Terengganu juga mengalami nasib yang sama seperti PAS Kedah.

PAS Terengganu tak terus pecat semua pimpinan lama seperti Tuan Guru Haji Abdul Hadi, Dato' Harun Taib, Dato' Abu Bakar Chik, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Wan Mustalib. Memang pada masa itu banyak serangan yang dilakukan di internet memburuk kepimpinan PAS Terengganu.

Sebagai seorang yang matang dan berada dalam perjuangan Islam, kita harus sabar, meneliti dan menghayati situasi dalam keadaan 'mata hati celik'.

PAS Terengganu mengatur perubahan secara baik, peralihan kuasa dilakukan dengan teratur dan tersusun. Yang tua tak akan tongkat langit!! Yang muda jangan gelojoh..

Akhirnya PRU-13 PAS Terengganu membariskan gabungan 50-50 golongan tua dan muda serta 50-50 golongan ulama dan profesional. 4 orang tua di Terengganu dikeluarkan.. Kan molek tu!!!

Kedah pun macam tu. Tak payahlah gaduh-gaduk di internet... buruk sangat perangainya!


Note:
Ni link facebook https://www.facebook.com/AzizanSilaLetakJawatan
Jangan pula engkau orang pi like... kalau tidak menyesal aku bagi link!!


.......
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com  


 

Tiada ulasan: