Isnin, 6 Mei 2013

KEPUTUSAN RASMI DAH DIKETAHUI...MENANG CARA BERSIH ATAU KOTOR ALLAH SAJA YANG TAHU...CUMA MEDIA MEMANG BERAT SEBELAH


BN menang PRU13

Proses penjumlahan undi bermula seawal jam 6 petang di pusat 8,245 pusat pengundian di seluruh negara dengan diperhatikan oleh ejen calon parti masing-masing.
LAPORAN LANGSUNG

3.58am Keputusan muktamad Parlimen: BN 133, Pakatan 89.

3.29am:
Kesemua 3 negeri yang dipertahankan Pakatan - Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan - mendapat majoriti 2/3.

Selangor - Pakatan 44, BN 12
Pulau Pinang - Pakatan 30, BN 10
Kelantan - Pakatan 33, BN 12

3.21am
SELANGOR BN 12, PAS 15, DAP 15, PKR 14.

3.18am:
MCA yang bertanding 37 kerusi Parlimen dan 90 DUN alami kemerosotan paling teruk dalam sejarahnya apabila hanya menang 6 Parlimen dan 10 DUN.

2am:
KEMASKINI Pakatan berjaya rampas 21 kerusi dari BN tetapi hilang 15 kerusi.

Kerusi dirampas Pakatan

1) Stampin (DAP)
2) Sarikei (DAP)
3) Lanang (DAP)
4) Kluang (DAP)
5) Kampar (DAP)
6) Miri (PKR)
7) Lumut (PKR)
8 Gelang Patah (DAP)
9) Sandakan (DAP)
10) Sibu (DAP, kalah pada 2008, tetapi menang dalam piliahn raya kecil 2010)
11) Tuaran (PKR)
12) Penampang (PKR)
13) Bukit Katil (PKR)
14) Temerloh (PAS)
15) Alor Setar (PKR)
16) Pandan (PKR)
17) Kuala Terengganu (PAS)
18) Dungun (PAS)
19) Batu Pahat (PKR)
20) Kuala Nerus (PAS)
21) Sepang (PAS)

Kerusi dirampas BN

1) Titiwangsa (PAS)
2) Kuala Selangor (PAS)
3) Pendang (PAS)
4) Balik Pulau (PKR)
5) Bagan Serai (PKR)
6) Kulim-Bandar Baru (PKR)
7) Hulu Selangor (PKR, menang pada 2008 tetapi tewas dalam pilihan raya kecil 2010)
8) Padang Terap (PAS)
9) Jerai (PAS)
10) Sik (PAS)
11) Merbok (PKR)
12) Baling (PAS)
13) Machang (PKR)
14) Ketereh (PKR)
15) Tanah Merah (PKR)
Allah tidak akan tanya kita samada kita menang atau kalah, namun Allah akan dakwa kita sejauh mana sumbangan kita utk kerja Islam..tiada erti dan makna dalam kamus mukmin kekalahan, kerana kita sentiasa menang, tidak disini.. namun di Sana...

Terkini: Pakatan pertahan negeri Selangor, Kelantan dan P Pinang

Harakahdaily, 05 Mei 2013

Tak rasmi
11.01 pm - Pakatan berjaya mengekalkan negeri Kelantan, Selangor dan P Pinang.
10.26 pm - PAS menang satu kerusi di Melaka iaitu Bukit Baru.
10.07 pm - PAS menang di Bukit Gantang dan Parit Buntar.
10.05 pm - PAS menang 4 Parlimen dan 15 Dun sehingga kini di Terengganu.
9.58 pm - PAS sedang mendahului di Pulai
9.45 pm - PAS mempertahankan DUN Kelantan apabila berjaya mendapat 23 daripada 45 kerusi
9.40 pm - Parlimen Kubang Kerian dan semua DUN bawahnya dimenangi PAS.
9.33 pm - DUN Kedah PR 15, BN 15
9.30 pm - PAS mendahului Parlimen Temerloh
9.29 pm - Parlimen Larut PAS ketinggalan
9.27 pm - PAS menang di DUN Sri Serdang, Selangor  PAS 16940 BN 10211
9.15 pm - Jempol PAS 13562, BN 13346
8.55 pm - Parlimen Marang PAS 7664, BN 5683
8.52 pm - PKR menang di Parlimen Wangsa Maju majoriti lebih 4,000 undi hingga kini.
8.48 pm - DUN Nusajaya PAS 6708, BN 6608
8.39 pm - PAS mendahulu Parlimen Kota Bharu, PAS 9959, BN 6110
8.37 pm - PAS sedang dahului di Parlimen Kangar
8.33 pm - PAS kalah di Parlimen  Batang Sadong, Sarawak.
8.23 pm - PAS mendahului BN di Shah Alam.
8.18 pm - PAS menang di DUN Selama, Perak dengan 23 undi
8.03 pm - PAS mendahului di Gua Musang
8.01 pm - DAP mendahului dengan banyak di Seputeh dan Bukit Bintang
7.58 pm - Tengku Adnan sedang mendahului Datuk Husam di Putrajaya
7.52 pm - Lembah Pantai PKR 7746, BN 7128
7.50 pm - DUN Lenggeng PAS 1924, BN 2567 untuk 10 saluran dari 30 saluran.
7.40 pm - Titiwangsa PAS 7868, BN 8226
7.41 pm - Sibuti PAS 5607, BN 9822

 Ingat sebenarnya kita dah Menang!
Posted on Monday, May 06 @ 07:18:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline


Ini adalah kata-kata Arwah Dato' Fadhil Mohd Nor yang selalu ber'desing' ditelingaku. Kadangkala air mata mengalir tapi hati ku tabah menerima semua ini. Penat lelah semuanya ku abadikan untuk perjuangan ini.

Pendakwah sentiasa menang.. dan akan memang. Sebab kita senang hati dengan apa ketentuanNya.

Pesan TGHH semalam :

Kalau kita kalah , kita kena bertenang itu tanda orang yang beriman yang redha dengan segala ketentuan. Memang ada perjuangan ada kalah ada menang. Jika berlaku penipuan ingatlah kita ada akhirat sebagai medan kebenaran. Jangan lupa ada kerajaan yang lebih berkuasa iaini kerajaan Allah s.w.t

'Kita tidak kalah..cuma belum menang "



 


Kita mula lagi
INIKALAH tak jadi
LAIN KALI LAH kita tawan lagi!!



........
Abbas Mohd Noor
http://tranungkiteoffline.blogspot.com 

Muktamad BN 133, PR 89 (DAP 38, PKR 28, PAS 21) dan BEBAS 0
Posted on Monday, May 06 @ 06:58:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline

Barisan Nasional (BN) berjaya pemerintahan semula setelah memperoleh 133 kerusi Parlimen pada jam 3.20 pagi tadi manakala Pakatan Rakyat (DAP, PKR dan Pas) pula mengumpulkan hanya 89 kerusi Parlimen. PR sebelum ini pada PRU12 hanya mendapat 80.

PR menambah 21 kerusi baru dan kalah pada 7 kerusi yang pernah dimenangi pada PRU-12 iaitu :

Kerusi dirampas BN


1) Titiwangsa (PAS)
2) Kuala Selangor (PAS)
3) Pendang (PAS)
4) Balik Pulau (PKR)
5) Bagan Serai (PKR)
6) Kulim-Bandar Baru (PKR)
7) Hulu Selangor (PKR, menang pada 2008 tetapi tewas dalam pilihan raya kecil 2010)
8) Padang Terap (PAS)
9) Jerai (PAS)
10) Sik (PAS)
11) Merbok (PKR)
12) Baling (PAS)
13) Machang (PKR)
14) Ketereh (PKR)
15) Tanah Merah (PKR)

21 kerusi yang ditawan oleh PR ialah


1) Stampin (DAP)
2) Sarikei (DAP)
3) Lanang (DAP)
4) Kluang (DAP)
5) Kampar (DAP)
6) Miri (PKR)
7) Lumut (PKR)
8 Gelang Patah (DAP)
9) Sandakan (DAP)
10) Sibu (DAP, kalah pada 2008, tetapi menang dalam piliahn raya kecil 2010)
11) Tuaran (PKR)
12) Penampang (PKR)
13) Bukit Katil (PKR)
14) Temerloh (PAS)
15) Alor Setar (PKR)
16) Pandan (PKR)
17) Kuala Terengganu (PAS)
18) Dungun (PAS)
19) Batu Pahat (PKR)
20) Kuala Nerus (PAS)
21) Sepang (PAS)




Catatan akhir PRU13 seperti di atas.


Taburan parlimen. Biru BN, manakala Oren PR


Analisis kerusi panas adalah seperti di atas.
 




........
Sila ke
http://tranungkiteoffline.blogspot.com

Ali Rustam Kalah Dengan Shamsul - Padam Muka Cakap Besar!! 
 Posted on Monday, May 06 @ 06:35:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh TKOOffline

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dikalahkan oleh Pengerusi Keadilan Melaka Shamsul Iskandar Mohd Akin dengan majoriti 5,447 undi.

Kekalahan ini memalukan Ali Rustam yang bercakap banyak dan cara politik yang kasar serta sombong.

Sebelum ini Shamsul berkata “Ali Rustam dikenali sebagai Ketua Menteri yang sarat dengan masalah dan rekodnya juga tidak baik. Sebelum ini, beliau juga diminta berundur kerana ada masalah politik wang. Ini peluang terbaik untuk kita menang,”

Manakala menyifatkan kekalahannya di kerusi parlimen Bukit Katil kerana jasanya selama 13 tahun berbakti di Melaka tidak dihargai rakyat.
Mohd Ali yang juga pengerusi BN Melaka berkata pengundi khususnya kaum Cina seolah-olah tidak menghargai segala jasa dan usaha yang telah dilaksanakan kerajaan BN dalam membangunkan negeri dan menjaga kebajikan rakyat.

"Saya berasa amat kecewa dengan keputusan pilihan raya kali ini yang tidak berpihak kepada saya dan BN, seolah-olah BN tidak melakukan apa-apa untuk rakyat.
"Keputusan kali ini membuktikan kaum Cina langsung tidak menghargai kerajaan, mereka hanya hendak ubah sahaja tanpa fikirkan kesannya, tidak fikir apa yang telah kita buat selama ini," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar yang diadakan pukul 1.30 pagi di kediamannya di Seri Bendahara di sini.
Mohd Ali yang mendapat 40,720 undi tewas dengan majoriti 5,447 kepada Pengerusi PKR Melaka Shamsul Iskandar Mohd Akin yang menerima 46,167 undi.




........
Ulasan
http://tranungkiteoffline.blogspot.com
 PAS Kalah di Kedah. Ramai tokoh PAS kalah kali ini
Posted on Monday, May 06 @ 02:09:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline


Keputusan PRU-13 kali ini untuk PAS, nak kata teruk taklah teruk sangat. Tapi banyak perkara kena buat analisis.

Kedah jatuh ke tangan BN, macam sebelum ini Terengganu jatuh. Bila jatuh sukar nak bangun semula. Kerja kuat pun sekurang-kurang 2 kali PRU, maknanya 10 tahun baru boleh bangkit sedikit.

Keputusan Kedah semasa saya menulis artikel ini ialah BN 20, PR 12 dan ada lagi yang masih belum diumumkan secara rasmi.

BN kali ini, tidak seperti dulu, dia akan 'guna otak' dan belajar daripada kesilapan. Melainkan kalau dia bangang sangat mengekalkan keadaan asalnya. Saya ramai PAS Kedah melalui jalan sukar...

 

Ramai tokoh besar kalah Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din tewas di kerusi Parlimen Arau, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kecundang di Parlimen Pendang, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang tewas kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Parlimen Putrajaya dan Naib Presiden PAS yang tewas ialah Salahuddin Ayub tewas kepada calon BN, Datuk Nur Jazlan di Parlimen Pulai.

Ada lagi yang besar tapi tak berapa besar kalah juga, saya tak sebut satu persatu. Semuanya ada sebab dan PAS kena cari sebab itu secara 'detail'. Kaji dan cuba buat suatu perancangan yang lebih baik untuk masa akan datang.

Sebab apa PAS nampak macam celaru sikit untuk PRU kali ini? Ini saya nak bincang secara ringkas. Banyak perkara PAS buat orang luar lihat macam tak 'sempurna'. Saya sebut secara ringkas juga misalnya.

1, Isu menjatuh hukuman kepada ahli, nampak macam tak konsisten.

2. Kepimpinan PAS kadang kala bercanggahan pendapat secara public..

3. Isu-isu agama yang 'nampak' (mungkin tak) macam kendur.

4. Tidak serius pasal moral dan intergriti.
5. pelaksanaan undang-undang Islam nampak macam 'leweh' (tak seriuslah..)

PAS kena kemas konsepnya. Dulu PAS bertanding banyak kali kalah, tapi orang nampak PAS tu solid... sekarang tak solid.. 'menatang apa' tak solid tu aku rasa engkau orang boleh faham!
........
Abbas Mohd Noor
http://tranungkiteoffline.blogspot.com
 jom teruskan usaha untuk UBAH
Posted on Monday, May 06 @ 06:22:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: alen23

"Analisis aku untuk pru 13 ini menjurus kepada sikap  40% pengundi  melayu yang berjaya ditakutkan oleh umno bahawa jika mengundi PR bermakna mengundi DAP. Situasi ini berbeza dengan pengundi cina walaupun MCA mengunakan taktik yang sama menakutkan pengundi cina. MCA mengunakan hudud dan sebagainya.


Sikap mahu berubah pengundi cina amat menakjubkan. Mereka tidak lagi takut mengundi pas. kita  tengok keputusan di Pulai johor salahudin hampir berjaya di sana dengan bantuan pengundi-pengundi cina. Dan sama juga dengan tempat-tempat lain.
Sekarang jika PR masih mahu menjadi agen perubahan negara apa yang perlu dilakukan oleh pimpinan pakatan rakyat terutamanya pimpinan DAP  adalah hilangkan rasa perjudis pengundi melayu terhadap DAP. Adakan rapat umum dengan pengundi-pengundi melayu. Santuni pengundi-pengundi melayu. Semua kaum perlu bersatu untuk berubah elak rasa prejudis kepada kaum-kaum lain.
Kita semua hanya mahu yang terbaik untuk negara yang tercinta.


 Anwar Ibrahim Mengalahkan Dr Mazlan...
Posted on Sunday, May 05 @ 23:48:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline


PERMATANG PAUH - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengekalkan kemenangan di kerusi Parlimen Permatang Pauh mengalahkan calon Barisan Nasional, Dr Mazlan Ismail.

Anwar mendapat 37,090 undi manakala Mazlan mendapat 25,369 dengan perbezaan undi sebanyak 11,721.

Manakala calon Bebas, Abdullah Zawawi Samsudin mendapat 201 undi.
........
sila dapatkan berita terkini drp

http://tranungkiteoffline.blogspot.com
 Ibrahim Ali, Zul Noordin kalah .. Padam muka!!!
Posted on Sunday, May 05 @ 23:36:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline


5 Mei — Dua calon Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zulkifli Noordin tewas di kerusi masing-masing Pasir Mas dan Shah Alam.

Ibrahim yang disokong kuat oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kalah kepada calon PAS Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.

Manakala Zulkifli yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) kalah kepada penyandang kerusi Khalid Abdul Samad dengan melebihi 10,000 majoriti undi.

Kedua-dua calon kontroversi ini menjadi perhatian sepanjang Pilihan Raya 2013 oleh kerana tindakan-tindakan mereka seperti menghina kaum dan agama lain.
........
sila dapatkan berita terkini drp
http://tranungkiteoffline.blogspot.com

Tiada ulasan: