Rabu, 1 Mei 2013

FIKIR2KAN LAH

Polis dan SPR perlu berlaku adil, berhubong ceramah PRU13
Posted on Wednesday, May 01 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: ramlisdar

"Moga dalam Polis dan SPR ada yang berani berlaku adil dan berani bertindak demi Allah serta keadilan dan kesejahteraan Malaysia.

Dengan Hari mengundi yang kian hamper, kita dapat lihat dengan jelas bagaimana padang perlawanan dalam pilihanraya amat tidak rata bagi Pakatan Rakyat, malah ianya lebeh condong dan mencuram dan memberi kelebehan yang keterlaluan kepada BN.

Yang amat ketara, bila UMNO/BN buat ceramah, tidak pernah di kacau ganggu oleh POLIS. Berlainan pula hal nya bila Pakatan Rakyat buat ceramah. Habes di ganggu gugat tak sudah2.

Badan NGO yang memantau pilihanraya iaitu PEMANTAU menyatakan mereka telah menerima secara bertulis akan salah laku, antara nya tindakkan POLIS mengganggu sesi ceramah yang buat oleh pakatan Rakyat.

Tindakkan POLIS ini jelas bertentangan denngan peruntokkan dalam Election Offences ACT 1954 (Akta Kesalahan Pilihanraya 1954), di mana dalam Akta ini jelas menyatakan Permit Polis adalah tidak di perlukan untok ceramah yang di buat di premis private/ premis kepunyaan persendirian (Private Premise)

Lebeh menyedehkan lagi dalam kejadian yang berlaku di Negeri Sembilan baru2 ini, Polis berserta dengan SPR bergabong tangan dan tenaga mengganggu ceramah yang di buat oleh Pakatan Rakyat. Rujok laporan dalam surat kabar THE SUN bertarekh 24hb April 2013 muka surat 8.

Pakatan Rakyat bukan sahaja berdepan dengan UMNO/BN, malah PR terpaksa berdepan dengan POLIS, SPR dan semua jentera kerajaan yang di kerah untok memastikan kemenangan UMNO/BN."

 "Permainan" SPR semakin rancak!
Posted on Wednesday, May 01 @ 00:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: tokpepijat

"Empat tahun dahulu,beberapa hari sebelum PRU 12, sekonyong-konyong SPR batalkan penggunaan dakwat kekal atas alasan ikut nasihat polis demi keselamatan.

Jutaan duit rakyat dibazirkan begitu sahaja.

Kini, benda yang sama berulang. Cumanya tekniknya lain. Dakwat tidak kekal lama. Seperti biasa SPR siap dengan jawapan yang standard. Adakah ini satu bentuk permainan silap mata SPR dan UMNO untuk batalkan penggunaan dakwat atas alasan seperti 4 tahun dahulu?

Sama-sama kita tunggu.

"Permainan" SPR semakin rancak!"

4 hours ago

Antara "jasa" Tun MaHathir dan juga ahli-ahli kabinetnya sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri:

1. Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke atas kroni-kroni kanan BN seperti kes:

* Pemberian saham oleh Rafidah Aziz, ketika itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada menantunya yang telah disiapkan kertas pertuduhan oleh Peguam Negara, tetapi tidak didakwa kerana ditutup failnya oleh Peguam Negara kononnya kekurangan bukti.

* Penyiasatan ke atas bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Tamby Chik tentang penglibatan beliau dalam kes rogol pelajar bawah umur dan pengamal rasuah yang tersohor.

* Sekatan ke atas siasatan BPR dalam kes rasuah bekas Gabenor Ba nk Negara, Ali Abul Hassan Sulaiman yang didedahkan secara bersumpah oleh bekas Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

2. Kegagalan dan melambatkan proses penyiasatan ke atas kroni-kroni BN

* Penyiasatan lanjut ke atas kes Perwaja dan Eric Chia (kerana perbicaaan dilakukan secara olok-olok yang akhirnya Eric Chia dibebaskan dan sudah pun meninggal dunia). Kes Eric Chia kini diulang tayang semula dengan pendakwaan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik dituduh terlibat menipu kerajaan dalam skandal PKFZ yang mana dijangkakan Ling juga akan turut dibebaskan seperti mendiang Eric Chia.

* Penyiasatan kes BMF dan kes pembunuhan saksi utama dalam skandal BMF.

* Penyiasatan kes pelaburan Tabung Haji bernilai RM200 juta yang diluluskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Hamid Othman.

* Kes penyelewengan saham MAIKA Holding oleh bekas Menteri Kerja Raya dan bekas Presiden MIC S Samy Vellu.

* Penyiasatan kes bekas Menteri Pembangunan Masyarakat dan Perpaduan Negara, Dr Siti Zaharah Sulaiman yang menyeludup kereta mewah Mercedes Benz S320.

* Penyiasatan kes membaik pulih rumah Menteri Besar Selangor dengan kos RM5 juta Khir Toyo dan lain-lain kegiatan rasuahnya yang telah dilaporkan secara detail kepada SPRM. Khir kini menghadapi satu kes daripada berpuluh kes yang dilaporkan. Khir hanya didakwa memiliki tanah dan rumah mewah bernilai jutaan ringgit sahaja. Itu pun dijangka akan dibebaskan juga kerana ia merupakan lakonan Najib mahukan rakyat tahu bahawa yang beliau anti kepada pemimpin yang rasuah.

Persepsi rakyat: * Mahkamah adalah sebuah institusi ‘pembersihan’ bagi para pemimpin UMNO yang dituduh kurop, kemudian dibebaskan oleh mahkamah dengan alasan yang lapok yang rakyat bosan mendengarnya. Mahkamah Malaysia bukan institusi menegak kebenaran dan keadilan.

3. Menyelewengan dana-dana awam untuk membantu kroni BN

* Merompak wang royalti minyak Terengganu dan ditukar menjadi wang ehsan untuk kegunaan politik UMNO ketika PAS memerintah Terangganu dari tahun 1999 hingga 2004.

* Mengagihkan projek lebuh raya Utara Selatan kepada syarikat milik Umno, UEM bagi tujuan membiayai pembinaan Ibu Pejabat UMNO, PWTC.

* Memaksa Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) menyelamat (bail out) 50.6 peratus saham MAS milik Naluri Sdn Bhd dengan harga RM8 sesaham ketika harga semasanya RM3.60 sesaham.

* Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tajuddin Ramli yang bernilai RM1.8b.

* Pengambilalihan syarikat UMNO, Renong dan UEM oleh kerjaan melalui Dana Harta.

* Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80 peratus saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation.

* Penyuntikan modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik Umno, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCB).

* Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta .

* Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom.

* Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS.

* Memaksa Petronas membeli saham Proton.

* Memaksa Petronas mengambil alih Litar Sepang.

* Memaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain.

* Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian.

* Pemilikan 200 syarikat oleh Mirzan Mahathir.

* Kes anak Ling Liong Sik memiliki harta RM1b ketika berusia 28 tahun.

* Penglibatan keluarga Daim Zainuddin dalam pelbagai jenis perniagaan, dan

* Penglibatan adik dan anak Abdullah Ahmad Badawi dalam perniagaan.

4. Menyalahgunakan akta-akta draconian seperti ISA, OSA dan Akta Cetak dan Mesin Cetak bagi tujuan kepentingan politik UMNO:

* Kes ISA seperti Operasi Lalang (1987), Operasi Kenari (1989), al-Arqam (1994), Reformasi (1998), al-Maunah (2000) dan KMM (2001).

* Kes OSA seperti kes Mohd Ezam Mohd Noor (2002).

* Kes Akta Cetak dan Mesin Cetak seperti kes Lim Guang Eng (1999).

5. Menyekat kebebasan badan penguatkuasa

* Campur tangan terhadap tugas-tugas polis

* Mengganggu penyiasatan BPR

* Menghalang pendakwaan oleh Peguam Negara, dan

* Mencampuri tugasan SPR dalam urusan pilihan raya.

6. Mengagihkan tender-tender secara runding terus kepada kroni yang tidak berkelayakan sehingga menyebabkan kes-kes seperti:

* Keruntuhan makmal computer;

* Kegagalan menyiapkan 2,192 makmal komputer dalam fasa pertama;

* Terbengkalainya projek perumahan polis di Batu Pahat;

* Keretakan PULAREK; dan

* Penyelewengan pembekalan alat-alat saintifik ke Kolej Matrikulasi.

7. Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman

* Kes Anwar Ibrahim (kes liwat 1)

* Kes fiasco Tun Salleh Abbas;

* Percutian Ketua Hakim Negara, Mohd Eusoff Chin bersama VK Lingam.

* Kes tape Lingam, Suruhanjaya Diraja yang terlibat menyiasata kes ini mencadangan beliau bersama 5 orang lagi disiasat lanjut. Nazri Aziz kata tiada kes, maka kes ditutup.

* Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu DUN Likas.

* Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim.

* Penghapusan bukti dalam kes seks DP Vijandran.

* Perlantikan Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara, dan

* Perlantikan Ariffin Jaka dan Agustin Paul (sudah meninggal dunia kerana mengidap barah) sebagai Hakim Mahkamah Agung.

8. Kerugian dan penyelewengan dana-dana awam

* Penyelewengan RM 40 juta wang PPRT;

* Kerugian pelaburan Tabung Haji;

* Kerugian RM15b Bank Negara;

* Kerugian RM40 juta AIM;

* Kerugian LRT Putra dan LRT Star; dan

* Kemerosotan keuntungan KWSP hampir RM600 juta pada 2000.

9. Menghina dan menyekat Islam

* Merancang membuang nama Islam daripada pertubuhan Islam;

* Mengucapkan penghinaan ke atas sunnah-sunnah Nabi;

* Mengucapkan penghinaan ke atas hukum-hukum Tuhan;

* Membiarkan penulis-penulis menghina hukum Allah, Islam, nabi dan ulama;

* Menyekat dan memperkecilkan sekolah agama rakyat; dan

* Memecat Mufti Selangor (Dato' Mufti Haji Ishak bin Baharom...ingat lagi?) kerana mempertahankan tiga orang ratu cantik.

10. Menghapuskan hak istimewa Melayu dan Bumiputera

* Menutup dua MRSM di Terengganu;

* Menutup sekolah agama rakyat; dan

* Menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar subjek Matematik dan Sains di sekolah.

INI ANTARA YG DAPAT DIKESAN, YANG TIDAK DAPAT LAGI DIKESAN ???

Tak Nak BN....#TumbangBN #No2BN
PRU 13 nnt ☒ PAS ☒ PKR ☒ DAP

Pelapis Pas Chetok shared Jom Dakwah Bersama Ulama's photo.
KATA-KATA TERAKHIR ASSYAHID UMAR MUKHTAR

Assyahid Umar Mukhtar, Amir Mujahidin Libya, memimpin jihad melawan penjajah Italia pada tahun 1920-1930-an. Dia berusia 70 tahun, ketika ia menderita luka parah, dan ditawan oleh penjajah.

Sebuah dialog di pengadilan kafir pada tahun 1931, antara “hakim” dan Umar Mukhtar:

- Apakah Anda melawan negara Italia?

Umar: Ya

- Apakah Anda mendorong orang untuk berperang melawan Italia?

Umar: Ya

- Apakah Anda menyadari hukuman untuk apa yang Anda lakukan?

Umar: Ya

- Selama berapa tahun Anda melawan Italia?

Umar: Sudah selama 20 tahun

- Apakah Anda menyesal atas apa yang telah Anda lakukan?

Umar: Tidak

- Apakah Anda menyadari bahwa Anda akan dieksekusi?

Umar: Ya

“Hakim” mengatakan:

- Ini merupakan akhir yang suram bagi orang seperti Anda.

Mendengar kata-kata ini, Umar Mukhtar menjawab:

- Sebaliknya, ini adalah cara terbaik untuk mengakhiri hidup saya!

“Hakim” kemudian ingin membebaskannya dan mendeportasinya dari negara itu jika ia mau mengajak Mujahidin dalam sebuah pernyataan untuk menghentikan Jihad. Kemudian Umar Mukhtar mengatakan kata-katanya yang terkenal:

Jari telunjuk saya, yang mengakui dalam setiap ibadah bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahwa Muhammad adalah Rasulullah, tidak bisa menulis kata-kata dusta, kami tidak menyerah, kami menang atau mati..!

(Sumber:Arrahmah.com)

Putra Dino shared Andi Silahhuddin's photo.
Jawapan seorang Menteri Besar disaat menjawab persoalan seorang hamba Allah.
 
Soalan diajukan kepada Tok Guru dengan penuh berhemah dan tertib, "Kenapa Tok Guru masih berusaha mempertaruhkan kudrat, tenaga dan usia senja di saat Tok Guru dicaci, dihina serta difitnah secara terbuka? Apakah yang mendorong Tok Guru untuk memperjuangkan segalanya demi semua ni ?"
 
Tapi hanya dengan sekilas senyum, Tok Guru menjawab " Selagi nyawa dikandung badan selagi tu lah ambo akan memperjuangkan Islam. Biarlah saat nyawa dipisahkan dari badan ambo yang menjadi titik noktah perjuangan ambo. Demi tanah air ambo yang tercinta, demi negeri Cik Siti Wan Kembang, demi Islam dan demi Allah swt. Sebelum ambo mati, ambo pasang niat nok tengok Malaysia diperintah oleh kerajaan yang memperjuangkan Islam walaupun sekali." 

Allahukhbar !!!

Pas Cawangan Taman Mewah and 4 other people shared Pejuang keadilan's photo.
Ini dia bukti..Maklumat pergerakan masuk pesawat dari Sabah ke Kuala Lumpur di daftarkan atas nama Tentera Diraja Malaysia.. kami bongkarkan dengan bukti..Adakah SPR dan MINDEF berani menjawap sekarang!!!

AYUH MALAYSIA!! Share Beramai Ramai.. KIta Nak Pilihanraya Yang BErSIH!!!

INI KALILAH!

Nasir Sahlan shared Busk Ali's photo.
Akhirnya perangai buruk Najib dan Umno akan terbongkar...Kerajaan Najib menghalang polis Thailand meneliti video lucah Datuk T...Rakaman di Thailand...Patut la hingga kini kes trsebut dilengah2kn di Mahkamah Malaysia

Salam Ukhwah shared DPP Malaysia [Official]'s photo.
KUALA LUMPUR: Seorang pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dipaksa keluar dari kawasan pesta semata-mata kerana ia memakai topi berlambang PAS dan baju T NGO yang melawan BN.

Alasannya hanya satu, dia memakai topi dan baju T itu di dalam bangunan Umno, PWTC tempat berlangsungnya Pesta Buku itu.

Peristiwa yang memalukan negara ini berlaku pada hari Sabtu, 27 April 2013 pada jam lebih kurang 1.30 petang.

Berikut adalah cerita penuh mangsa ini.

Salam PERUBAHAN buat warganegara MALAYSIA.

Ketika ini di PWTC sedang berlangsung PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2013.

Alhamdulillah, saya berkesempatan ke sana untuk mendapatkan buku-buku yang terkini. Apa yang ingin saya kongsikan dengan pembaca harakah di sini bukanlah perihal pesta buku sebaliknya pengalaman yang saya alami di pesta buku.

Saya ingin berkongsi pengalaman saya bersama pihak Harakah dan pembaca yang lain mengenai KEGOYANGAN UMNO BE END....

Pada hari Sabtu, 27 April 2013..pada jam lebih kurang 1.30 petang, saya mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa KL 2013 di PWTC.

Selepas memasuki bangunan PWTC saya terus ke dewan Tun Hussein Onn di mana terletaknya ‘booth’ PTS publisher.

Saya telah berjumpa dengan seorang staf PTS dan memberi beliau satu senarai buku yang saya kehendaki lalu beliau menolong saya dengan mencari buku-buku tersebut.

Dalam masa 15-20 minit saya menunggu, terpacak berdiri di dalam ratusan/ribuan pengunjung, saya didatangi oleh 2 org ‘security’ PWTC.

Seorang daripada mereka memperkenalkan diri sebagai pihak security PWTC dan beliau meminta saya mengikut mereka. Berikut adalah perbualan saya dengan security tersebut :

security 1 : kami pihak security PWTC..kami nak mintak encik ikut kami sekejap.

saya : Eh..kenapa pulak?

security 1 : kita cakap kat luar dewan. Encik bawak sekali barang-barang encik tu. Encik ni peserta ke pengunjung?

saya : saya pengunjung...dan tengah tunggu seorang staf PTS carikan buku saya..tapi kenapa pulak saya kena ikut encik?

Pada masa itu kedengaran dalam ‘waklie-talkie’ beliau “ bawa dia keluar..bawa dia keluar” dan saya mendengar security 1 tadi menjawab “kami dah jumpa dia & kami dah nak bawa keluar”.
Saya mula berasa sangsi dengan security tersebut tetapi cuba berfikiran positif.

security 1 : takpe, encik ikut kami sekejap je, kita borak kat luar.

Saya pun mengikuti security 1 keluar dari dewan tersebut dan security 2 mengikut saya dari belakang. Tiba di luar dewan :

security 1 : abang tahu ini bangunan umno kan?

saya : tau..tapi ape kaitan dengan saya?

security 1 : abang tak boleh pakai ‘snow cap’ Pas & baju ni kat dalam bangunan ni (beliau merujuk pada baju yang saya pakai yang tercetak “kebangkitan rakyat” beserta 4 lambang NGO iaitu R (royalti), BERSIH, STOP LYNAS, dan FELDA)

saya : kenapa tak boleh? pakai baju macam ni pun salah ke? lagipun saya datang ni untuk ke pesta buku, bukan ke perhimpunan umno. Lagipun, tak ada peraturan cara atau jenis berpakaian untuk datang ke pesta buku kan?

security 1 : saya tau..tapi ini arahan dari atas bang. kalau ikutkan, kami pun tak ada masalah.

security 2 : macam ni lah...abang bukak snow cap tu & tukar baju dulu kat luar, pastu abang boleh masuk balik.

saya : saya boleh bukak snow cap ni sebab saya hormatkan tuan rumah, tapi saya tak ada baju spare.

security 1 : kalau macam tu abang kena keluar la...kami diarahkan untuk iring abang keluar.

saya : ok..saya boleh keluar, tapi saya nak beli buku-buku yang saya nak dulu.

security 1 : ok..kami akan temankan abang.

Saya masuk semula ke dalam dewan dan berjumpa dengan staf PTS tadi yang tengah memegang beberapa buah buku yang saya nak beli.

Kemudian saya beratur di kaunter bayaran sambil diperhatikan oleh 2 orang security tersebut.

Saya menganggarkan dalam 10-12 org yang sedang beratur untuk membuat pembayaran.

Kemudian security 2 pergi ke salah satu kaunter dan memanggil saya untuk membuat bayaran.

Jadi saya telah memotong giliran mereka yang tengah beratur! kesian mereka..namun apakan daya...bukan kemahuan saya...saya dipaksa untuk SEGERA KELUAR DARI BANGUNAN PWTC!

Setelah selesai membuat bayaran, security tadi tanya saya hendak keluar ikut pintu mana? saya beritahu saya nak keluar ikut pintu yang saya masuk tadi, iaitu pintu utama.

Mereka mengiringi saya berjalan menuju ke pintu tersebut. Sepanjang berjalan, saya tergelak kecil sambil mengeleng kepala dan berkata kepada mereka “saya rasa kelakar bila orang atasan encik berdua ni takutkan baju & snowcap”...

Lalu jawab mereka...”kami tak boleh nak kata apa-apa bang...kami pun kerja dengan diorang....harapkan undi je la yang jadi rahsia kami...kami mintak maaf banyak-banyak kat abang...kami ikut orang atas aje bang.”

“Takpe...saya faham...saya tak marah atau berdendam pun dengan encik...saya tahu encik menjalankan tugas...”

Sampai je luar bangunan PWTC, mereka bersalam-salaman dengan saya dan meminta maaf sekali lagi..saya terus keluar sambil tersenyum panjang..tidak pernah terlintas dalam benak saya akan kejadian seumpama itu boleh berlaku...hanya kerana baju dan snowcap....

Pertama kali diiringi keluar oleh pihak security ketika mengunjungi pesta buku gara-gara baju kebangkitan rakyat & snowcap PAS...sungguh memalukan buat BE END kerana takutkan 2 benda tersebut yang hanya diperbuat daripada benang kapas...yang DIPAKAI OLEH SEORANG RAKYAT MERDEKA yang HIDUP DI DALAM NEGARA DEMOKRASI & MAHUKAN PERUBAHAN DALAM PEMERINTAHAN SEKARANG YANG KORUP!!...

Ironinya...jika seseorang itu berpakaian tidak sopan, mendedahkan aurat, ataupun berpakaian menyebelahi pemerintah yang korup...itu dibenarkan......

Beginikah contoh parti POLITIK yang kononnya mempertahankan ISLAM dan Melayu yang sering dilaung-laungkan menerusi media massa mereka selama ini??

iNi KALiLAH!

saya, yang benar...

Ahmad Firdaus bin Ab Malek

Putra Dino shared Buletin Setia Politik Kini's photo.
Mendedahkan punca sebenar rusuhan 13 Mei

"Ketika orang ramai masih berhimpun untuk perbarisan tersebut, pergaduhan berlaku di Kampung Baru berhampiran, di mana dua lori orang Cina telah dibakar.

"Pada jam 7.15 petang, saya dapat lihat satu gerombolan berkumpul seperti lebah di persimpangan Jalan Raja Muda dan Batu Road. Lebih banyak kenderaan dipecahkan dan rumah kedai orang Cina dibakar.

"Pekedai Cina dan India di Batu Road telah bergabung membentuk satu 'pasukan pertahanan kawasan' dengan bersenjatakan apa sahaja yang sempat dicapai parang, kayu, batang besi dan botol

"Apabila kumpulan orang Melayu beredar, maka penduduk terbabit terus tertindak balas. Bahagian depan kedai dan kereta yang disyaki milik orang Melayu telah dipecahkan atau dibakar

"Polis tiba kira-kira jam 9 malam tetapi tidak berkawal di situ. Kemudian, trak yang membawa anggota Unit Simpanan Persekutuan (pasukan pencegah rusuhan) dan Regimen Askar Melayu beredar dari situ"

(Petikan daripada catatan wartawan Far Eastern Economic Review, Bob Reece, mengenai apa yang disaksikan dengan matanya sendiri berlaku pada 13 Mei 1969 selepas sekumpulan pemuda Melayu berkumpul di luar rumah Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris lewat petang hari berkenaan).

Sudah hampir empat dekad berlalu selepas tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969

Bagaimanapun, apakah yang mencetuskan rusuhan paling buruk dalam sejarah 50 tahun Malaysia, yang mengorbankan 196 nyawa (mengikut rekod rasmi), masih menjadi rahsia, dan sehingga ini terdapat pelbagai versi mengenainya.

'Versi rasmi' menyebut rusuhan tersebut berpunca daripada tindakan provokasi penyokong pembangkang yang didominasi kaum Cina, yang merayakan kejayaan mereka dalam pilihanraya umum yang menyaksikan Parti Perikatan kalah teruk.

'Semuanya karut'

Bagaimanapun, pihak pembangkang telah menyangkal kebenaran versi tersebut. Terdapat teori-teori lain yang mendakwa rusuhan itu telah dirancang untuk menggulingkan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman.

Kekurangan maklumat awam mengenainya menjadi batu penghalang bagi mereka yang ingin mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku. Tetapi satu set dokumen yang baru dideklasifikasikan di London, telah membuka peluang kepada ahli sosiologi, Dr Kua Kia Soong untuk mencari kebenarannya.

Pada akhir tahun lalu, Pengetua Kolej New Era itu telah mengambil cuti belajar selama tiga bulan untuk meneliti rekod dan dokumen di Pejabat Rekod Awam di London mengenai tragedi 13 Mei yang telah dideklasifikasikan selepas luputnya tempoh 30 tahun dokumen berkenaan dideklasifikasi sebagai rahsia.

Hasil kajiannya ke atas dokumen yang dideklafisikasikan itu yang telah dikompilasikan dalam buku terbaru Dr Kua yang akan dilancarkan Ahad ini mendapati rusuhan 13 Mei itu bukanlah berpunca daripada keganasan kaum, sepertimana yang telah digambar kepada rakyat Malaysia.

"Sejarah (rasmi peristiwa) 13 Mei penuh dengan karut-marut, ia tidak mendedahkan apa-apa. Ia meletakkan kesalahan itu ke atas parti pembangkang yang sebenarnya tidak benar, mereka bukan menjadi puncanya," kata Dr Kua kepada malaysiakini dalam satu temubual baru-baru ini.

"Buku saya itu menunjukkan bahawa pihak yang bertanggungjawab adalah golongan kapitalis (dalam Umno), elemen-elemen dalaman yang merancang dan melaksanakan pelan ini. Ada rancangannya berdasarkan kepada mereka yang berkumpul di kediaman menteri besar (Selangor).

"Terdapat dokumen dan laporan risikan yang menunjukkan perkara itu. Sejarah rasmi perlu mendedahkan kebenaran dan bukannya meletakkan kesalahan kepada setiap orang yang sepatutnya tidak harus dipersalahkan," kata aktivis sosial dan pendidikan itu.

Dr Kua menegaskan bahawa peristiwa 13 Mei merupakan satu 'coup d'etat' atau rampasan kuasa terhadap Tunku oleh golongan kapitalis Melayu yang muncul ketika itu yang disokong oleh polis dan tentera untuk merampas kuasa daripada aristokrat lama untuk melaksanakan agenda baru Melayu.

Plot menumbangkan Tunku

Beliau berpendapat, rusuhan itu adalah perbuatan 'samseng Melayu' yang disokong oleh ahli-ahli politik di belakang rancangan rampasan kuasa tersebut.

Sebagai contohnya, kata beliau, "sekumpulan samseng tiba-tiba muncul dari semua penjuru" pada 13 Mei untuk berkumpul di kediaman Datuk Harun dan tindak-tanduk polis dan tentera yang boleh dipersoalkan yang hanya berdiri dan memerhatikan sahaja apa yang sedang berlaku.

Tambahnya, dokumen-dokumen itu juga menunjukkan, kurang daripada seminggu selepas rusuhan tersebut, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, yang mempengerusikan Majlis Operasi Negara, diberikuasa penuh untuk mentadbir negara satu petanda wujudnya komplot mengenainya.

Manakala perbincangan mengenai perancangan masa depan telahpun dijalankan sebelumnya, termasuk Dasar Kebudayaan Negara (diumumkan pada 1971).

Satu dokumen rahsia dari pejabat kabinet Britain yang dimuat dalam buku tersebut, menunjukkan, tidak sampai seminggu selepas rusuhan itu berlaku, Agensi Perisikan Pusat (CIA) dapat mengesan apa yang sedang dirancang oleh Tun Razak 'untuk memperkukuhkan ketuanan Melayu, meminggirkan kaum Cina dan mengenepikan Tunku'.

Dr Kua turut mempersoalkan peranan anggota pasukan keselamatan dalam peristiwa berdarah 13 Mei itu.

"Malah, ketika itu, kalangan diplomatik (juga bertanya-tanya) mengapakah, pada hari rusuhan itu berlaku, Razak bertemu dengan pegawai tertinggi polis dan tentera, tetapi mereka tidak berbuat apa-apa," katanya.

Lebih menarik lagi, kata Dr Kua, pasukan keselamatan Malaysia adalah sebuah pasukan yang berpengalaman luas sewaktu melancarkan peperangan terhadap pengganas komunis antara tahun 1948 dan 1960 dan bereputasi tinggi.

"Merekalah yang berjaya menghapuskan penentangan komunis yang membabitkan operasi yang lebih sukar daripada mengawal rusuhan, tetapi mereka tidak dapat mengawal (rusuhan) pada 1969 selama berhari-hari, berminggu-minggu," soalnya.

Ekoran itu, Dr Kua membuat kesimpulan: "Peristiwa 13 Mei adalah satu helah untuk merampas kuasasaya bukanlah orang pertama yang berkata bahawa ia adalah satu rampasan kuasa, tetapi saya menyediakan dokumen yang menunjukkan bahawa ia adalah satu rampasan kuasa."

Jumlah korban tidak diketahui

Dokumen yang telah dideklafisikasikan itu termasuk laporan-laporan yang dibuat oleh wartawan asing yang berada di Kuala Lumpur pada masa itu, laporan kakitangan Pesuruhjaya Tinggi British yang memantau insiden tersebut dan pelbagai lagi laporan sulit dari kalangan diplomat.

Ini dianggap pertamakalinya satu catatan lengkap mengenai tragedi tersebut akan dapat ditatapi rakyat Malaysia, kerana banyak laporan wartawan asing telah diharamkan di samping tiada akses terhadap dokumen tempatan.

Bagaimanapun, apa yang tidak dapat dipastikan dalam buku tersebut adalah satu lagi rahsia, iaitu jumlah sebenar korban tragedi tersebut.

Angka rasmi korban rusuhan 13 Mei adalah 196 orang, 180 cedera akibat senjatapi dan 259 lagi cedera kerana senjata lain, 9,143 orang ditangkap dan 5,561 daripadanya didakwa di mahkamah, 6,000 kehilangan tempat tinggal, dan sekurang-kurangnya 211 kenderaan dan 753 bangunan telah musnah atau mengalami kerosakan.

Dokumen yang telah dideklasifikasikan dan dokumen antarabangsa yang lain pada masa itu menganggarkan jumlah korban yang lebih tinggi tetapi angka sebenarnya tidak diketahui, tetapi majoriti korban tersebut dikatakan dari kalangan orang Cina.

Dr Kua berkata, beliau berharap dapat memecahkan mitos tersebut melalui penerbitan bukunya.

"Iaitu rusuhan kaum akan berlaku bila orang Melayu tidak merasa senang, itulah sebabkan mengapa kita perlukan Dasar Ekonomi Baru, polisi tindakan afirmatif dan yang lain-lainnya, jika tidak orang Melayu tidak merasa senang dan rusuhan akan tercetus.

"Ini adalah mitos pertama yang kita perlu uraikan kerana dokumen-dokumen menunjukkan sesetengah mereka yang mencetuskannya (tragedi 13 Mei) bersubahat dengan pihak polis dan tentera," katanya.

Mitos kedua, kata Dr Kua, ahli akademik dan ahli teori majmuk yang memegang pandangan bahawa rusuhan akan berlaku secara semulajadi dalam negara yang rakyatnya terdiri dari berbilang kaum.

Sebaliknya, kata beliau, orang Melayu, Cina dan India tidak secara tiba-tiba mengambil keputusan untuk bergaduh sesame mereka.

"Ia tidak berlaku macam itu," tambahnya.

Ditanya sama ada beliau bimbang pihak berkuasa akan bertindak mengharamkan bukunya itu sepertimana yang berlaku kepada buku mengenai pergaduhan di Kampung Medan, Dr Kua berkata: "Dalam zaman internet, apa maknanya apabila sesebuah buku itu diharamkan? Kita boleh siarkannya di lamanweb, anda boleh buat apa saja".

http://www.malaysiakini.com/news/67120

‘IC’ misteri di padang rekreasi
Wartawan Sinar Harian
30 April 2013
Mykad
Inilah kad pengenalan misteri yang dijumpai di sebuah taman rekreasi.
GELUGOR - Seorang pemuda terkejut apabila menjumpai kad pengenalan (IC) misteri tanpa nama dan gambar di sebuah taman rekreasi di sini.

Dia yang tidak ingin namanya didedahkan memberitahu Sinar Harian bahawa kad pengenalan berkenaan dijumpainya di dalam dompet.

Menurutnya, keadaannya sama seperti kad pengenalan yang digunakan warganegara Malaysia namun bezanya tidak bernama.

“Saya tidak mengesyaki apa-apa, namun terkejut kerana keadaan kad sebegini rupa pun ada.

“Dalam dompet berkenaan tidak ada duit dan sebagainya, namun hanya kad pengenalan tersebut sahaja yang ditemui,” katanya.

Dia yang pada mulanya memuatnaik gambar kad pengenalan itu di laman facebook kemudiannya memadamkannya kembali gara-gara bimbang disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab.

Kali pertama terjumpa perkara sedemikian membuatkan pemuda berusia 27 tahun itu sedikit bimbang.

Menurutnya, dia bertegas mahu menyimpan kad pengenalan berkenaan sekiranya diperlukan Jabatan Pendaftaran untuk membuat siasatan.

“Pada mulanya saya buang kad tersebut, tetapi selepas tidak lama kemudian mengambilnya semula kerana bimbang dijumpai orang lain,” katanya.

Tiada ulasan: