Rabu, 8 Mei 2013

MASING2 DAH TEST MARKET...JAWAPAN DAH ADA...AMBIK KAU...YANG SATU NI PULAK KALAU MASIH MENJAWATAN NI MACAM NAJIB DAN PAK LAH...MUNGKIN KANTOI TERUS ATAU BUNGKUS TERUS...SEBAB ZAMAN TELAH BERUBAH...FIKIRAN PUN BERUBAH SEBAB PENDIDIKAN MEREKA SUDAH TINGGI...RASIKO MEMBERI PENDIDIKAN KEPADA RAKYAT...SALAH SATU INI LAH....JADI JANGAN MARAH DAN TERKEJUT BERUK PULAK

Dr M tak sangka prestasi Najib teruk dari Pak Lah

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui bahawa beliau tidak menjangka prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pilihan raya umum ke-13 akan lebih teruk daripada pendahulunya Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008.

NONEMahathir, yang lantang mengkritik pentadbiran Pak Lah, berkata beliau menjangka prestasii Najib, sekurang-kurangnya lebih baik daripada Abdullah, yang mengetuai BN menguasai 140 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum 2004.

Najib, walaupun sebelum PRU13 menjanjikan Umno dan penyokong BN kemenangan majoriti dua pertiga, hanya mampu menerajui gabungan itu memenangi 133 kerusi Parlimen - kurang tujuh kerusi berbanding dengan pencapaian Abdullah pada 2008.

Mahathir (kiri) berkata, Najib mungkin menghadapi kritikan dari dalam Umno.

Sudah tentu, tambahnya, orang akan mempersoalkan keupayaan dan strategi Najib.

Di segi perlembagaan, kata Mahathir, Najib kekal sebagai ketua kerajaan selagi Umno menyokong.

Mahathir berkata beliau juga berkempen untuk pentadbiran Najib, dengan harapan pencapaian mereka akan lebih baik daripada 2008, walaupun beliau tidak menjangka BN mampu memperolehi majoriti dua pertiga.

Beliau mengingatkan bahawa BN harus belajar daripada kesilapan dalam PRU13 dalam berdepan dengan pilihan raya yang akan datang.

Katanya, keadaan boleh menjadi lebih buruk jika BN tidak belajar daripada kesilapan tersebut.

Beliau juga ditanya mengenai tanggapan DAP bekerjasama dengan BN untuk mewakili kaum Cina dalam kerajaan kerana MCA telah membuat keputusan untuk tidak menerima jawatan dalam kerajaan.

Katanya, ia terpulang kepada Umno dan DAP, sama ada mereka mahu mengambil bahagian dalam kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak fikir DAP akan akan berbuat demikian kerana parti itu sentiasa menonjol MCA sebagai "budak suruhan" Umno, dan DAP akan dianggap sama seperti itu jika ia bersama dengan BN.

Sebaliknya, dakwa Mahathir, DAP adalah sebuah parti yang sentiasa mahu berada dalam kedudukan mendominasi.

Mahathir kata dia tak sangka Najib lebih teruk dari Pak Lah...

http://darisungaiderhaka.blogspot.com, 07 Mei 2013

Saya harap kali ini BN akan peroleh lebih banyak Kerusi kali ini berbanding tahun 2008.. saya agak terkejut dan kecewa bila mendapati BN memperolehi lebih kurang kerusi kali ini kata Tun Mahathir..

Menurut Tun Mahathir, beliau tidak menjangkakan biarpun setelah menukarkan pemimpin dari Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak keputusan yang diterima oleh BN lebih teruk kali ini..

Baca di sini.

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Tarik balik 'Apa lagi Cina mahu' – Ah Hee

Harakahdaily, 07 Mei 2013
PULAU PINANG: Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pulau Pinang, Quak Ah Hee mendesak akhbar Utusan Malaysia menarik balik tajuk muka depan hari ini 'Apa lagi Cina mahu' .


Katanya, tajuk itu nampak kasar dan tidak sewajarnya dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

"Utusan Malaysia kena tarik balik tajuk yang tertera di muka depan akhbar berkenaan, bunyinya menyinggung peraaan orang Cina," katanya.

Beliau turut mengulas kenyataan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bahawa masyarakat Cina begitu rasis apabila tidak memberikan undi kepadanya di Parlimen Bukit Katil menyebabkan beliau tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar dengan majoriti 5,447 undi.

“Bagi kami kaum Tionghua bukan rasis atau pun perkauman tetapi kerana terlalu ingin melihat kejatuhan sebuah kerajaan yang mendera rakyat dengan perbagai kenaikan.

“Kami juga mahu melihat wujudnya sebuah kerajaan adil dan saksama, jauh daripada gejala rasuah, penyelewengan serta tidak amanah,” katanya.
MB Pahang dijangka angkat sumpah Khamis ini

7 Mei 2013
KUANTAN - Majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar Pahang dijangka diadakan pada Khamis ini di Istana Sultan Abu Bakar, Pekan.

Menurut sumber, majlis angkat sumpah Menteri Besar itu akan diadakan jam 5 petang, manakala majlis angkat sumpah bagi Exco kerajaan negeri dijangka diadakan pada pagi Jumaat.

Berikutan nama Menteri Besar belum diumumkan, spekulasi siapa bakal dilantik ke jawatan itu kini mula diperkatakan selepas Barisan Nasional Pahang (BN) yang dipimpin Pengerusi BN negeri Datuk Seri Adnan Yaakob berjaya mengekalkan kuasa pada pilihan raya umum ke-13, Ahad lepas.

BN Pahang berjaya memenangi 30 daripada 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dipertandingkan. Jumlah itu bagaimanapun merosot berbanding pilihan raya umum 2008, apabila BN Pahang menang 37 kerusi, sebelum calon Bebas Tanah Rata menyertai BN, menjadikannya 38.

Adnan, 63, mula dilantik sebagai Menteri Besar Pahang pada 25 mei 1999, menggantikan Tan Sri Mohd Khalil Yaakob (kini Tun) yang dilantik sebagai Menteri Penerangan ketika itu.

Adnan yang berjaya mempertahankan kerusi Dun Pelangai pada PRU13, mula bertanding di kerusi berkenaan pada 1986, dilantik sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua pada 2004, dan penggal ketiga pada 2008.
Menurut sumber, Adnan yang dianugerahkan gelaran "Datuk Seri Diraja" oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah pada 2010, yang juga merupakan penerima pertama gelaran itu dalam sejarah Pahang, dilihat tidak bermasalah untuk terus mendapat perkenaan istana bagi jawatan berkenaan.

Bagaimanapun beberapa pemerhati politik berkata beberapa nama juga disebut-sebut berkemungkinan bakal dilantik sebagai Menteri Besar Pahang yang baharu.

Antaranya Datuk Sh Mohmed Puzi Sh Ali, bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menang di Dun Peramu Jaya dengan majoriti besar 7,627 undi.

Turut disebut ialah Timbalan Pengerusi Umno Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsudin (Dun Lanchang) dan Datuk Shahiruddin Ab Moin (Dun Dong) yang juga pengerusi GiatMara.- Bernama
Anggota MCA Melaka letak semua jawatan di peringkat kampung hingga negeri esok

7 Mei 2013
Anggota MCA Melaka letak semua jawatan di peringkat kampung hingga negeri esok
Datuk Gan Tian Loo
MELAKA - Anggota MCA Melaka yang memegang jawatan dari peringkat kampung hingga ke peringkat negeri akan meletak jawatan mereka esok.  

Pengerusi MCA Melaka Datuk Gan Tian Loo berkata keputusan itu dibuat bagi menghormati resolusi pucuk pimpinan MCA pusat yang menetapkan tiada wakil parti itu dalam kerajaan negeri ekoran prestasi buruk pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas.

"Esok, kesemua ahli MCA yang menjawat apa-apa jawatan di negeri ini...ketua kampung, ahli jawatankuasa dan kemajuan kampung, pegawai seranta, ahli lembaga pelawat hospital, penyelaras Japerun (Pejabat Jawatankuasa Dewan Undangan
Negeri) semua akan letak (jawatan).
  
"Kita juga tidak akan menyertai barisan Exco kerajaan negeri Melaka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  
Beliau berkata ketiga-tiga calon MCA yang menang pada PRU13 iaitu Datuk Lai Meng Chong bagi kerusi DUN Machap, Lim Ban Hong (Klebang) dan Datuk Ng Choon Koon (Bemban) juga bersetuju untuk tidak menerima tawaran sebagai anggota Exco.

Katanya beliau akan berbincang dengan Ketua Menteri Melaka Datuk Ir Idris Haron bagi menjelaskan pendirian itu.

Perwakilan khas MCA sebelum ini mengumumkan untuk tidak menerima sebarang jawatan sama ada di peringkat kampung hingga ke Persekutuan sekiranya parti itu mencatatkan keputusan lebih buruk berbanding pilihan raya 2008.
  
Selepas PRU12, dua anggota MCA Melaka dilantik sebagai Exco kerajaan negeri dengan Datuk Seet Har Cheow sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Pekan Kecil, Pemulihan Projek dan NGO serta Gan sendiri selaku Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Belia dan Sukan.
  
Seet yang merupakan bekas Adun Klebang bagaimanapun tidak tersenarai sebagai calon BN pada PRU13 manakala Gan kalah kepada calon DAP Goh Leong San di DUN Duyong dengan majoriti 205 undi.
  
Pada PRU13, MCA bertanding di tujuh DUN dan dua kerusi Parlimen di negeri ini.

Di IPOH, Datuk Dr Mah Hang Soon, yang mempertahankan kerusi DUN Chenderiang pada pilihan raya umum Ahad lepas, berkata beliau menghormati keputusan pucuk pimpinan parti dan menolak sebarang jawatan dalam kerajaan negeri jika
ditawarkan.  

Dr Mah, satu-satunya Adun BN daripada MCA di Perak, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan persetujuan yang dicapai dan diluluskan pada mesyuarat agung luar biasa parti itu sebelum ini.
  
"Sebagai orang parti (party man), saya menghormati dan menurut keputusan yang dibuat oleh parti... saya tidak akan terima (sebarang jawatan).
  
"Agenda diri tidak penting, yang penting agenda untuk seluruh masyarakat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di sini hari ini.

Dr Mah yang sebelum ini ialah Exco Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam berkata beliau akan menumpukan untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat di kawasannya. - Bernama

17-15 di T'ganu, sms tiada kaitan Presiden PAS

Harakahdaily, 07 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Sebaran sistem pesanan ringkas (sms) mengenai kononnya Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ada menyebut mengenai suasana 17-15 di Terengganu adalah tidak berbangkit sama sekali.

Justeru, Setiausaha Politik beliau, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan bahawa kenyataan rasmi Tuan Guru Presiden PAS hanyalah dikeluarkan menerusi laman web parti, Harakahdaily dan Facebook Tuan Guru.

Tegasnya, pihak Pejabat Presiden PAS tidak bertanggungjawab terhadap siaran kenyataan Tuan Guru di luar dari saluran rasmi berkenaan.

“Sehubungan dengan itu, sebaran sms mengenai kononnya Tuan Guru ada menyebut mengenai suasana 17-15 di Terengganu adalah tidak berbangkit sama sekali,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.
Anwar tetap komited tuntut pilihan raya adil, bersih
Wartawan Sinar Harian
7 Mei 2013
PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan akan terus bersama rakyat untuk memastikan pilihan raya dilaksana secara adil dan bersih walaupun Pakatan Rakyat (PR) gagal membentuk kerajaan menerusi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya, isu 'undur' akan dimainkan oleh pengikut Barisan Nasional (BN) apabila Pakatan Rakyat (PR) tidak berjaya mengambil alih kerajaan pusat.

"Apabila rakyat memang memilih BN, kemudian baru saya pertimbangkan (untuk undur) tetapi sekarang ini kita lihat banyak penipuan dan kita ada bukti untuk menyokong dakwaan kita itu.

"Saya tahu perkara ini akan dipermainkan oleh konco-konco Umno-BN bahawa saya pernah berkata saya akan undur sebaik sahaja rakyat memutuskan dalam pilihan raya yang bersih dan adil," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Ketua Umum PKR mendakwa pilihan raya umum yang berlangsung pada Ahad lalu, dipenuhi dengan penipuan dan penyelewengan yang dilakukan BN.

"Pilihan raya ini adalah untuk warganegara Malaysia bukan untuk rakyat asing.

"Oleh yang demikian saya putuskan akan tetap bersama rakyat untuk pastikan keputusan pilihan raya adil dan bersih serta menolak kecurangan yang dilakukan oleh BN," katanya lagi.

Selain itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bekata telah mengarahkan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendapatkan maklumat dan bukti berkenaan penipuan yang membabitkan keputusan PRU13.

"Dalam masa beberapa minggu lagi, kami akan bentangkan kepada rakyat yang membuktikan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib (Tun Razak) menang pilihan raya dengan penipuan dan penyelewengan yang dilakukan," katanya.
SPR: Dakwat kekal terus diguna pada PRU14

7 Mei 2013
SPR
SPR
KUALA LUPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneruskan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dengan melaksanakan beberapa penambahbaikan terutama dari segi kualiti dakwat.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata penggunaan dakwat kekal itu akan tetap dilaksanakan kerana ia diputuskan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen dan dimaktubkan dalam undang-undang pilihan raya.

"Kami akan kaji ramuan dakwat itu, serta meletakkan satu standard terhadap kualiti dakwat itu," katanya kepada pemberita selepas rancangan bual bicara Hello Malaysia yang dikelolakan Bernama TV, malam tadi.
 
Beliau berkata tindakan sesetengah pihak yang cuba memperbesarkan isu penggunaan dakwat kekal yang didakwa mudah luntur selepas dicalit tidak lebih kepada motif politik semata-mata.

Wan Ahmad berkata penggunaan dakwat itu hanyalah untuk menghalang pengundi mengundi dua kali, namun jika dakwat di jari mereka hilang, ia tidak bermakna mereka dapat mengundi sekali lagi kerana asas utama yang dilihat oleh SPR ialah nama pengundi dalam daftar pemilih.

"Masyarakat perlu faham kami (SPR) baru pertama kali menggunakan dakwat kekal dan sudah tentu terdapat sedikit kelemahan...kami telah lantik satu syarikat terkenal untuk menghasilkan dakwat untuk PRU13 yang mana syarikat itu turut menghasilkan dakwat kekal di negara-negara lain. Mungkin ada kelemahan daripada syarikat itu sendiri yang menyimpan dakwat terlalu lama.

"Kami telah tempah 250,000 botol dakwat kekal pada PRU ini dan dua bulan sebelum pilihan raya umum diadakan kami simpan di lokap-lokap balai polis daerah untuk memastikan ia selamat.

"Mungkin akibat disimpan terlalu lama kandungan dakwat telah menurun dan menjadi cair," katanya.

Beliau turut mengkritik sesetengah pihak yang membasuh dakwat kekal dengan menggunakan bahan peluntur dan seterusnya memuat naik di laman sosial bagi tujuan menjatuhkan kredibiliti SPR.

Mengenai gangguan bekalan elektrik semasa proses pengiraan undi, Wan Ahmad berkata tiada insiden sedemikian berlaku kerana beliau telah mengesahkan dengan semua Pegawai Pengurus (RO).

"Bila saya dapat maklumat ada pihak mengatakan berlaku masalah bekalan elektrik, saya terus telefon semua RO setiap negeri untuk pengesahan maklumat," katanya.

Semalam Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut menjelaskan tiada gangguan bekalan elektrik berlaku semasa proses pengiraan undi pada PRU13 Ahad lepas.  - Bernama
PRU13: Boleh fail petisyen jika tidak puas hati

7 Mei 2013
Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar
KUALA LUMPUR - Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13), boleh mengemukakan petisyen atau bantahan terhadap proses pengundian itu selepas pewartaan keputusan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, petisyen itu boleh dibuat dalam tempoh 21 hari daripada tarikh keputusan pilihan raya diwartakan.

Menurutnya, SPR dijangka selesai mewartakan keputusan PRU13 itu dalam masa dua minggu.

Katanya petisyen itu boleh dikemukakan di Mahkamah Tinggi di negeri masing-masing dan akan diselesaikan dalam masa enam bulan.

"Sekiranya mereka masih tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi, mereka boleh membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan untuk keputusan muktamad," katanya ketika diwawancara dalam rancangan 'Helo Malaysia' terbitan BernamaTV, malam tadi.
 
Menurut beliau pada PRU 2004, SPR menerima lebih 30 petisyen berhubung keputusan PRU dan petisyen yang paling banyak diterima ialah pada PRU 1999 yang melibatkan 40 petisyen.

Pada PRU 2008 hanya 26 petisyen yang dikemukakan sedangkan ketika itu berlaku tsunami politik yang tidak berpihak kepada Barisan Nasional.

Katanya sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab-sebab perbuatan rasuah atau sebarang salah laku yang mungkin telah menjejaskan pilihan raya, ketidakpatuhan undang-undang dan peraturan pilihan raya.

"Rakyat berhak mencabar keputusan PRU, tetapi melalui saluran undang-undang.

Jangan pergi ke jalan raya berdemonstrasi dan memanggil seluruh dunia menceritakan kami tolak PRU," katanya. - Bernama
Pas: Ambil tindakan ke atas pencetus api perkauman
Wartawan Sinar Harian
7 Mei 2013
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
SHAH ALAM – Pas menggesa anggota keselamatan supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan provokasi ataupun ketegangan kaum susulan penolakan kaum Cina terhadap MCA dan Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, pihak berkuasa tanggungjawab melindungi rakyat daripada provokasi daripada golongan tidak bertanggungjawab yang sengaja mengapi-apikan api perkauman.

“Pas mengingatkan semua pihak untuk mengamalkan politik sihat terutamanya pihak media supaya tidak membuat kenyataan beremosi yang boleh menimbulkan kegelisahan di antara kaum.

“Tiada siapa yang patut menuding jari pada mana-mana kaum hanya kerana mereka tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13),” kata dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, MCA juga kehilangan banyak kerusi yang pernah dimenanginya pada 2008.

Pada pilihan raya 2008, MCA mempertaruhkan 40 kerusi Parlimen dan hanya berjaya meraih 15 kerusi manakala pada PRU13, MCA hanya berjaya mempertahankan tujuh kerusi Parlimen daripada 37 yang ditandinginya.

Tambah Mustafa, berdasarkan data yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menunjukkan seramai 5,623,984 (49.96 peratus) pengundi memilih PR di peringkat Persekutuan berbanding 5,237,699 undi (47 peratus) memilih BN.

 Tegasnya penolakan itu berlaku secara umum daripada semua golongan bukannya bersifat perkauman seperti yang dilaporkan media arus perdana.

Oleh kerana itu katanya, buat pertama kali dalam sejarah BN tewas undi popular.

“Hanya pihak yang tidak bertanggungjawab sahaja yang ingin melihat fenomena menolak BN ini dari sudut perkauman,” jelasnya lagi.
Hamidah mohon maaf
Wartawan Sinar Harian
7 Mei 2013
 Datuk Hamidah Osman
Datuk Hamidah Osman
IPOH – Bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Hamidah Osman memohon maaf kepada pengundi beliau atas kesilapan dan kesalahan semasa menjalankan tugas sebagai wakil rakyat di Dun Sungai Rapat penggal lalu.

Dalam status laman sosial Facebooknya, beliau menegaskan kepentingan untuk memikirkan masa depan masyarakat Melayu.

“Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang senantiasa memberi sokongan, dorongan dan kerjasama kepada saya sepanjang menjadi Adun dan Exco.

“Satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Maaf juga saya pinta pada semua di atas segala kesilapan dan kesalahan saya semasa saya menjalankan tugas. Saya tidak penting, yang penting kita semua kena fikirkan masa depan Melayu,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Hamidah yang bertanding di Dun Sungai Rapat meraih undi sebanyak 16,602 tewas kepada Yang Dipertua Pas Gopeng, Radzi Zainon dengan 19,240 undi.

Ketua Penerangan Wanita Umno itu juga turut ditentang calon Bebas iaitu Mior Azman Aminuddin Mior Aris yang meraih 333 undi. Majoriti yang diterima Radzi adalah 2,638 undi.
Kamilia tampil mohon maaf
SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR
26 April 2013
Kamilia Ibrahim
Kamilia Ibrahim
SHAH ALAM – Bekas Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim, semalam, tampil memohon maaf atas tindakannya bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar.
Menerusi video yang dihantar kepada media, Kamilia turut menjelaskan alasannya bertanding atas tiket Bebas kerana beliau tidak dipilih sebagai calon oleh parti.
“Saya memohon maaf kepada semua yang tersinggung dengan tindakan saya. Saya jadi calon Bebas kerana tidak dipilih dan diberi watikah pencalonan oleh parti yang saya anggotai.
“Mengikut sistem demokrasi negara ini, saya boleh menawarkan diri sebagai calon asalkan memenuhi syarat yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya.
Menurutnya, beliau mengambil keputusan bertanding di kerusi Parlimen agar dapat memperjuangkan hak wanita dan mengukuhkan kedudukan Islam di negara ini.
Dalam pada itu, Kamilia juga yakin akan mendapat sokongan pengundi di Kuala Kangsar.
“Saya faham masalah penduduk Kuala Kangsar kerana sering turun padang sejak tujuh tahun lalu. Fakta ini dapat membantu saya dalam PRU13 ini,” katanya.
Kamilia merupakan antara 58 ahli Umno yang dipecat daripada parti itu kerana bertanding sebagai calon Bebas.
Beliau akan menentang calon Pas, Dr Khalil Idham Lim Abdullah dan wakil Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Mohammad Khairil Wan Ahmad.

Tiada ulasan: