Rabu, 1 Mei 2013

5 MEI KITA TENGOK SAPE YANG KENAAA...

Amaran Najib & BN kepada Pengundi
Posted on Tuesday, April 30 @ 16:37:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


Oleh ALBA
Sudah 55 Barisan Nasional telah memberikan amaran ini!!




Paparan lebih jelas



Abdul Khalid : Esok, Saya Tunggu Najib Di Pelabuhan Klang

Posted on Tuesday, April 30 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber Selangorku

SHAH ALAM 30APRIL : Saya akan tunggu Perdana Menteri dan calon Menteri Besarnya di satu restoran di Pelabuhan Klang esok jam 10.30 pagi untuk berdebat dengan mereka.

Itu respons daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap cabaran daripada Datuk Seri Najib Razak.

Najib telah mencabar Abdul Khalid untuk membentangkan laporan pencapaian lima tahun pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor.

“Saya dengan hati terbuka menerima cabaran itu dan telah menyatakan kesediaan saya untuk mengadakan perbahasan dengan beliau.

“Walau bagaimanapun sehingga ke saat ini saya tidak menerima sebarang reaksi daripada Perdana Menteri,” kata Abdul Khalid di dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata beliau serta rakyat Selangor akan menunggu Najib esok, di Perkarangan Restoran Iskandar di Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang.

Abdul Khalid, yang juga calon kerusi DUN Pelabuhan Klang, mahu Najib membawa calon Menteri Besar Selangornya bagi orang ramai mengenali siapa yang akan menerajui pentadbiran negeri sekiranya Umno-BN berjaya tawan Selangor.



Sumber: selangorku.net


“Jangan turun Billboard Tun Musa Hitam” – Asmuni
Posted on Tuesday, April 30 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Blog Perakite Daily



IPOH: Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat, Asmuni Awi menggesa semua jentera parti mengabaikan arahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menurunkan billboard berkaitan kenyataan Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam.

Menurutnya, billboard yang memaparkan kenyataan Tun Musa Hitam yang mengatakan bahawa “Negara tidak akan bangkrap jika Pakatan Rakyat memerintah” itu tidak melanggar sebarang etika pilihanraya yang dikeluarkan oleh SPR.

Jelas beliau, PAS persoalkan etika mana yang SPR gunakan untuk menghalang PAS menaikkan billboard kenyataan Tun Musa Hitam tersebut.

Asmuni berkata, Peraturan 7.6 (a) Tata Etika Pilihanraya hanya melarang pemasangan billboard yang mengandungi slogan, karikatur atau apa-apa bentuk penyampaian mesej yang berbentuk sindiran dan mengejek sahaja. 

“Tetapi apa yang dinyatakan oleh Tun Musa Hitam itu merupakan satu kenyataan fakta. Kenyataan tersebut merupakan satu bentuk pengakuan dan pengiktirafan beliau terhadap kebaikan tawaran-tawaran yang kita tawarkan di dalam Manifesto Pakatan Rakyat”, jelas beliau.

“Kenyataan itu juga bukanlah satu kenyataan fitnah dan menyerang serta tidak menyakitkan hati mana-mana pihak kerana kita tidak paparkan pun nama UMNO dalam Billboard itu”, jelas beliau lagi.



Tegas Calon PAS Dun Manjoi itu, kenyataan Tun Musa Hitam itu merupakan satu sangkalan terhadap dakwaan pemimpin-pemimpin tertinggi Umno-BN termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyidin Yasin yang sebelum ini pernah menyatakan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat diberikan mandat untuk memerintah, negara akan menjadi bangkrup.

Tambahnya lagi, SPR tidak mempunyai sebab untuk mengarahkan agar Billboard tersebut dicabut kerana kenyataan yang dipaparkan tersebut merupakan kenyataan ahli politik dan dibuat kepada awam.  

“Tun Musa Hitam adalah seorang ahli politik dan merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri, maka kenyataannya itu boleh diambil oleh mana-mana pihak.

Tegas Asmuni, kenyataan Tun Musa Hitam itu bukanlah kenyataan yang dibuat secara tertutup tetapi dibuat dalam majlis umum yang dihadiri oleh orang awam dan telah disebar luas termasuk oleh akhbar Sinar Harian.

“Oleh itu, mana-mana pihak berhak untuk mengambil kenyataannya itu terutamanya Pakatan Rakyat kerana ia merupakan satu pengiktirafan terhadap Manifesto Pakatan Rakyat.

“Perkara seperti ini turut dilakukan oleh BN misalnya di pilihanraya kecil Galas dan Bagan Pinang yang mana BN telah menggunakan secara meluas gambar Najib menziarahi Tok Guru Nik Aziz di hospital sebagai bahan kempen pilihanraya mereka di sana.

"Kita tidak boleh menghalang perbuatan mereka itu kerana ia merupakan kejadian yang benar,” jelasnya lagi.

Oleh itu, beliau yang juga AJK PAS Pusat mempersoalkan di bawah undang-undang dan peraturan mana pihak SPR mengarahkan agar billboard tersebut perlu diturunkan.

“Saya tidak nampak satu pun undang-undang dan peraturan yang memberi bidangkuasa kepada pihak SPR untuk mengeluarkan arahan tersebut.

"Kuasa yang ada sekarang ini diberikan kepada pihak pemantau yang dibentuk oleh pihak SPR yang anggotanya terdiri daripada wakil-wakil parti, pihak polis dan PBT,” jelasnya lagi.

PAS katanya hairan kenapa pihak SPR boleh mengambil alih tugas pasukan penguatkuasa tersebut sedangkan tiada sebarang undang-undang dan peraturan yang membenarkannya.

Sumber: perakitedaily.blogspot.com


  Tumbangkah Pakatan Rakyat Selangor PRU 13 ini?
Posted on Tuesday, April 30 @ 13:10:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: anaabdullah

"

Perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak ketika turun berkempen di negeri Selangor yakin Barisan Nasional dapat rampas semula pada PRU 13 5 Mei ini.


Hujjah perdana menteri tidak lain dan tidak bukan ialah ketidakpuasan rakyat Selangor terhadap kerajaan Pakatan rakyat yang memerintah selama lima tahun itu.
Manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim orang yang dikatakan tidak layak jadi perdana menteri Malaysia selepas PRU 13 ini yakin menang dan dapat lawan Putrajaya.
Hujjah Penasihat pakatan rakyat tidak lain dan tidak bukan ialah kerana sudah muak dengan kerajaan BN yang banyak melakukan penyeleweangan dan salahgunakuasa, termasuk rakus dengan rasuah  selama lima puluh tahun lebih itu.
Namun begitu,  penulis fokuskan tulisan ini sepertimana judul diatas iaitu cuba buat analisis pasal kerusi milik BN di Selangor yang kemungkinan besar tidak selamat pada PRU 13 ini.
Sekarang ini 9 kerusi DUN yang dimiliki BN tidak selamat kerana majoritinya dibawah angka satu ribu, manakala parti keadilan rakyat hanya satu kerusi sahaja, itu N 10, DUN Bukit Melawati milik Muthiah Maria Pillay yang majoritinya  608 undi.
Satu kerusi milik DAP turut tidak selamat iaitu N 4 Dun Sekincahan miliki Ng Suee Lim yang majoritinya hanya 190 undi sahaja.
Lapan Kerusi dun yang dimiliki PAS boleh dikatakan hampir semuanya selamat, Cuma kerusi DUN  N. 45 Selat Klang miliki Dr Halimah Ali kerana majoritinya 1,459 undi berbanding dengan lain lain majoriti lebih dua ribu keatas.
Mari sama sama kita lihat 9 kerusi milik BN dari 20 kerusi yang dikatakan sangat tidak selamat bagi membalas hujah Najib yang yakin Selangor dapat dirampas dan diperintah semula BN pada PRU 13  5 Mei ini.
Lihat N 1, Sungai Air Tawar, kerusi miliki Raja Ideris@ Raja Idris Raja Ahmad yang majoritinya 123 undi sahaja. N2, Sabak,kerusi  milik Dr Warno Dogol yang majoritinya 117 undi. N6 Kuala Kubu Bahru kerusi milik Koon Mun yang majoritinya 448 undi.
N9, Permatang, kerusi milik  Sulaiman Abdul Razak yang marojitinya 608. N13 Kuang kerusi milik Abdul Shukur Idrus yang majoritinya 517 undi.
N15, Taman Templer kerusi milik Datuk Sei Subahan Kamal yang majoritinya 613 undi. N38 Paya Jaras kerusi milik Datuk Muhamad Bushro Mat Johor yang majoritinya 642 undi. N29 Seri Serdang kerusi milik Datuk Dr. Mohamad Satim Diman yang majoritinya 45 undi sahaja. N53 Morib kerusi milik Hasiman Sidom yang majoritinya 286 undi.
Bagaimana pun tumbangkan kerajaan BN Selangor pada PRU 12 dahulu atas sebab ketidakpuasan rakyat Selangor atas sebab kerakusan seorang menteri besar.
Atas sebab itu, Najib telah mencanangkan bahawa menteri Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim adalah seorang penipu. Oleh itu, orang Selangor hari ini, cukuplah sekali di tipu, agar jangan sampai kena tipu lagi pada PRU 13 ini.
Siapakah yang menipu dan siapakah pula yang kena tipu. Pada penulis rakyat jelata Malaysia ini sudah 50 lebih kena tipu BN. Oleh itu, jangan sekali kali ditipu dan tertipu lagi pada PRU 13 5 mei ini.

 Berita | Khairy Jamaluddin Mengaku Malaysia Ada hubungan Dengan Isreal

Oleh ALBA



Dalam satu temuramah, Khairy ketua Pemuda Umno telah "terlepas cakap" dan mengakui Malaysia memang ada hubungan dengan Israel... Jangan lepaskan peluang mendengar kata2nya...

 Perutusan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Sempena Hari Pekerja 1 Mei 2013
Posted on Tuesday, April 30 @ 12:01:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.1 Mei datang lagi. Tahun 2013 ini Hari Pekerja di Malaysia disambut pada Rabu, bersamaan 20 Jamadil Akhir 1434 Hijrah. Ia merupakan kali ke-34 cuti umum sempena Hari Pekerja disambut oleh golongan pekerja di Malaysia setelah Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia mengumumkan tanggal 1 Mei sebagai hari kelepasan am bagi pekerja di Malaysia.
Pekerja adalah merupakan aset negara yang penting, yang perlu dijaga, dipelihara dan dilindungi. Justeru itu saya amat yakin Manifesto Pakatan Rakyat yang bertemakan MANIFESTO RAKYAT , PAKATAN HARAPAN RAKYAT akan memberi tawaran yang lebih baik kepada pekerja di negara ini, khususnya di Negeri Sembilan. 
Antara isi kandungan Manifesto Pakatan Rakyat yang berkaitan dengan pekerja adalah seperti berikut : 
1. Pakatan Rakyat akan memperkenalkan program bersepadu untuk memastikan 1 juta peluang pekerjaan baru dibuka untuk rakyat Malaysia dengan mengurangkan 1 juta buruh asing secara berperingkat menjelang tahun kelima memegang tampuk kuasa. 
2. Di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat dengan pengenalan gaji minima, setiap pekerja akan dibayar sekurang-kurangnya RM1,100 sebulan. 
3. Tabung Permudah Pelaksanaan Gaji Minima berjumlah RM2 bilion akan diwujudkan bertujuan memberi insentif automasi dan geran pelaksanaan gaji minima kepada syarikat-syarikat yang layak bagi memjamin jumlah pekerjaan tidak terjejas dengan pelaksanan gaji minima. 
4. Hubungan kesatuan sekerja dan majikan seringkali disukarkan oleh kecenderongan kerajaan berpihak kepada majikan. Pakatan Rakyat percaya bahawa kemakmuran ekonomi negara ditentukan bersama oleh golongan pekerja dan majikan. Suasana yang adil dan telus kepada golongan pekerja dan majikan akan meningkatkan produktiviti.Pakatan Rakyat akan menghapuskan semua undang-undang dan peraturan yang berat sebelah dan menindas golongan pekerja. 
5. Jalur pendapatan (income band) yang digunakan bagi tujuan cukai peribadi akan dirombak untuk menggambarkan kedudukan ekonomi semasa rakyat. Jalur pendapatan akan dilebarkan agar kadar cukai 26% kini hanya mula dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,000 ke atas, berbanding RM250,000 sekarang. Ini bertujuan menggambarkan realiti kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat. 
Selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, saya percaya dengan kerjasama erat antara PKR dan DAP di negeri ini dalam Pakatan Rakyat, nasib para pekerja di negeri ini akan lebih terbela sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan negeri selepas PRU-13 nanti.
"Selamat Menyambut Hari Pekerja".
 Terima kasih. 
HJ. MOHAMAD TAUFEK BIN ABD GHANI
PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN  
http://mohdtaufek.blogspot.com
www.facebook.com/hjtaufek

 

PM yakin 'galah panjangnya' akan tewaskan Mahfuz
Posted on Tuesday, April 30 @ 12:46:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh Abdul Rahim Sabri

Datuk Seri Najib Razak menyeru pengundi Pokok Sena, Kedah memilih calon "galah panjangnya" Datuk Shahlan Ismail bagi menumpaskan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar di Parlimen itu.

Perdana menteri kerajaan sementara berkata, Shahlan, setiausaha politiknya sendiri, jika terpilih, mudah untuk "menggodamnya" bagi mendapatkan peruntukan kawasan.


"(Dia) galah panjang, nanti dia gode (godam) saya. Minta peruntukkan. Tak apalah, pakat-pakat bagi menang, Insya-Allah kita bawa perubahan kepada Kedah," katanya disambut dengan gelak ketawa hadirin.


 Luar Biasa Lebih 70,000 hadiri Ceramah DSAI dan DAP di Penang
Posted on Tuesday, April 30 @ 11:50:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: abuluqman

"

Anggaran seramai 70,000 penyokong yang hadir, di Ceramah DSAI dan DAP Penang. Ini menunjukkan Penang akan kekal kepada PR..


Tanpa jemput K POP PR berjaya menghimpun seramai 70,000..The Best Ever  For PRU 13
The Han Chiang field is said to be able to fill 60,000 people

. However, people spilled to the main road along Jalan Air Itam

and also the roads surrounding Han Chiang. The organiser

estimated approximately 70,000 people were there.




Lebih 20,000 hadiri ceramah DSAI di Permatang Pauh Semalam
Pulau Pinang Sekali lagi akan kekal kepada PR..Bravo..BRO. Sek Han Chiang ..boleh muat sampai 60,000 sahaja..yang hadir anggaran seramai 70,000 orang. allah hu akhbar kutipan derma PRU 13 sampai Rm 263,851 sebab parti miskin tak minta dari kroni..
Nikilan Abu Luqman ...
Berita Terkini Klik SINI dan jadi FAN PAGE FB

Tiada ulasan: