Selasa, 5 Februari 2013

TAHNIAH KAHWIN LAGI...JODOH...DAH JADI TAKDIR...CAWANGAN2 UMNO KENA JAGA....CAWANGAN2 LAIN KENA JAGA JUGOK

Isteri YB mohon cerai, dakwa suami kahwin kakak artis
NIK MOHD RAFFIQ
5 Februari 2013
 Isteri YB mohon cerai, dakwa suami kahwin kakak artis
Mastura (depan) keluar dari kamar bicara sebaik kes tuntutan cerainya disebut di Mahkamah Rendah Syariah Dungun, pagi semalam.
DUNGUN - “Saya tidak boleh terima apabila gambarnya dengan isteri baru terpampang dalam majalah hiburan. Ia satu publisiti murahan dan tidak sesuai dengan jawatannya sebagai YB (wakil rakyat).
"Saya rasa tindakan beliau mengaibkan keluarga dan menjatuhkan imejnya dalam politik dan itulah punca saya memohon cerai ini."
Demikian pengakuan Mastura Othman, 47, yang mengemukakan permohonan cerai ke atas Adun Paka, Zakaria @ Ariffin Abdullah, 60, di Mahkamah Rendah Syariah Dungun, pagi semalam.
Mastura, isteri kedua Zakaria, ketika ditemui wartawan sebaik keluar dari kamar mahkamah selepas kesnya disebut berkata, beliau sebelum ini sudah bercerai dua kali, dan kedua-duanya difahamkan tidak didaftarkan dan permohonan cerai tersebut adalah kali ketiga bagi pasangan terbabit, yang berkahwin lebih 20 tahun lalu.
Mastura, yang hadir ke mahkamah berbaju kurung oren berkata, kali pertama beliau bercerai dengan suaminya ialah pada 27 April 2012, dan kali kedua pada 18 Ogos 2012, iaitu beberapa hari selepas Aidilfitri.
Beliau menjelaskan, permohonan cerai kali ketiga itu dilakukan atas kerelaannya sendiri kerana beliau amat kecewa dengan perbuatan suaminya yang didakwa menyiarkan kisah hubungannya dengan isteri terbaru dalam sebuah majalah hiburan keluaran Disember lalu.
Menyentuh soal kedudukan suaminya dalam politik apatah lagi menjelang pilihan raya umum yang mungkin agak terjejas ekoran tindakannya itu, Mastura berkata, beliau tidak mahu memikirkan masalah itu kerana apa yang lebih penting baginya sekarang ialah hala tuju diri dan anak-anaknya.
“Itu terpulang kepada dia. Dia yang mencipta segala masalah. Ia (atas) kerelaan hati sendiri. Kita pun dah tua, anak dah besar, baik fikir diri sendiri.
“Dia minta saya buat selepas pilihan raya, tapi saya rasa tak perlu tunggu, lalu saya buat laporan pada 23 Januari. Hari ini apabila kesnya disebut, dia tidak hadir,” katanya.
Menyentuh mengenai perkahwinan ketiga suaminya, difahamkan dengan kakak salah seorang penyanyi tersohor, Mastura mendakwa, beliau mendapat tahu suaminya berkahwin seorang lagi pada Jun lalu setelah menemui gambar wanita berkenaan dalam telefon bimbit suaminya.
Mastura, yang mempunyai tiga anak berusia antara 10 dan 21, hasil perkongsian dengan suaminya yang juga bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Dungun berkata, Zakaria mengaku wanita itu isteri terbarunya.
Hakim Mahkamah Rendah Syariah Dungun, Shamsudin Ngah, menetapkan 12 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kesnya.

Isteri kedua heret Adun Paka ke mahkamah syariah

Khairul Azlam Mohamad, 04 Feb 2013
DUNGUN: Isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka, Mohd Ariffin @ Zakaria Abdullah (kanan) terpaksa membawa kes tuntutan perceraian mereka ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun.

Plaintif, Mastura Othman, 46, (kiri) merupakan isteri kedua Mohd Ariffin @ Zakaria, 60, membuat tuntutan fasakh talak.

Kata beliau, tuntutan fasakh terpaksa dibawa ke mahkamah setelah suaminya itu enggan melafazkan talak secara baik.

"Itu terpulang kepada dia (Zakaria), ini atas kerelaan saya sendiri," jelasnya kepada pihak media setelah hadir di Mahkamah Rendah Syariah Dungun, hari ini.

Beliau mendakwa dirinya dan ahli keluarga merasa malu apabila gambar dan cerita tentang 'kisah cinta YB Ariffin' diterbitkan dalam sebuah majalah hiburan pada bulan Disember 2012 lalu.

Namun begitu, Mohd Ariffin @ Zakaria tidak hadir dan mahkamah menangguhkan keputusan kes tersebut pada 27 Februari ini.

Pada PRU12 lalu, Zakaria menewaskan calon PAS, Ustaz Satiful Bahri Mamat dengan majoriti 344 undi.


Saidatulnisa (Kakak Ella) Isteri Ke3 ADUN Paka??

Isteri kedua ADUN mohon cerai

DUNGUN – Isteri kedua seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka memfailkan cerai ke atas suaminya semalam selepas kisah lelaki itu berkahwin dengan isteri ketiga iaitu kakak kepada ratu rock tanah air terbongkar dan disiarkan di sebuah majalah hiburan pada akhir tahun lalu.
Mastura Othman, 46, membuat permohonan itu di depan Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah di Mahkamah Rendah Syariah di sini selepas tidak lagi tinggal bersama suaminya, Mohd. Ariffin Abdullah, 60, sejak Disember 2012.
Mohd. Ariffin yang juga bapa kepada lapan orang anak dan tiga cucu itu bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah semalam menyebabkan prosiding terpaksa ditunda kepada 27 Februari ini untuk sebutan semula kes.
Isteri ketiga yang dimaksudkan Mastura ialah Saidatulnisa Aminuddin merupakan seorang pengusaha butik dan jurusolek profesional dan kakak sulung kepada Ella.
 
 

Gambar Jojie Kakak Ella Bertudung Memang Dabom!


Cantik menarik tertarik kau memang dabom! khabarnya artikel di Kosmo tentang Jojie iaitu kakak Ella, Penyanyi dan Ratu Rock Malaysia yang telah berhijrah ke arah yang lebih baik iaitu dengan bertudung.

Berkat bulan Suci ini mungkn hati Jojie dah pun mula mendapat hidayah. Penampilan Jojie bertudung telah pun disedari oleh peminatnya apabila gambar-gambar Jojie bertudung telah pun tersebar dilaman sosial seperti Facebook dan juga Twitter.

Gambar diatas telah diedit oleh peminat Jojie untuk menunjukkan Jojie lebih dabom dan kelihatan lebih muda dengan memakai hijab ni

Ella pula bila nak ikut jejak langkah Jojie pakai tudung?

Isteri kedua ADUN mohon cerai
Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my


DUNGUN – Isteri kedua seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka memfailkan cerai ke atas suaminya semalam selepas kisah lelaki itu berkahwin dengan isteri ketiga iaitu kakak kepada ratu rock tanah air terbongkar dan disiarkan di sebuah majalah hiburan pada akhir tahun lalu.

Mastura Othman, 46, membuat permohonan itu di depan Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah di Mahkamah Rendah Syariah di sini selepas tidak lagi tinggal bersama suaminya, Mohd. Ariffin Abdullah, 60, sejak Disember 2012.

Mohd. Ariffin yang juga bapa kepada lapan orang anak dan tiga cucu itu bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah semalam menyebabkan prosiding terpaksa ditunda kepada 27 Februari ini untuk sebutan semula kes.

Isteri ketiga yang dimaksudkan Mastura ialah Saidatulnisa Aminuddin merupakan seorang pengusaha butik dan jurusolek profesional dan kakak sulung kepada Ella.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Saidatulnisa Aminuddin (jurumekap artis tersohor), kakak kpd ratu rock Ella

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0205&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2JxPC7Cur
Hakcipta terpelihara
Nasir Sahlan and Khairul Hilmi Che Ali shared Jkkk Fan Club's photo.
SEBARKAN!!

Adun UMNO Paka hina ibu tunggal di bawah kawasannya kerana mengadu keperitan hidup  kepada media yang mana boleh memburukkan reputasinya sebagai seorang YB yang hidup bermewah-mewahan.. Ibu tunggal ini sudah bertahun2 meminta bantuan dari kerajaan, tetapi diam tanpa berita, balik2 JKKK yang dapat tanah dan bantuan!

# Mung hidup dalam rumoh banglow bapok besor! rakyat duk dalam rumoh kotok mu dop cara, tapi mu hina lagi dia bila dia mintak pertolongan!! Pakat guling jer YB UMNO!!

Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=475987289103424&set=a.277267435642078.59440.100000764724420&type=1&relevant_count=1

GT
SEBARKAN!!

Adun UMNO Paka hina ibu tunggal di bawah kawasannya kerana mengadu keperitan hidup kepada media yang mana boleh memburukkan reputasinya sebagai seorang YB yang hidup bermewah-mewahan.. Ibu tunggal ini sudah bertahun2 meminta bantuan dari kerajaan, tetapi diam tanpa berita, balik2 JKKK yang dapat tanah dan bantuan!

# Mung hidup dalam rumoh banglow bapok besor! rakyat duk dalam rumoh kotok mu dop cara, tapi mu hina lagi dia bila dia mintak pertolongan!! Pakat guling jer YB UMNO!!

Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=475987289103424&set=a.277267435642078.59440.100000764724420&type=1&relevant_count=1
 
 

Bekas Puteri Umno sedih difitnah tukar pasangan

Harakahdaily, 30 Jan 2013


KUALA LUMPUR: Bekas anggota Puteri Umno, Siti Azma Mohd Zin sedih kerana difitnah oleh Adun BN selepas kisah kemiskinan hidupnya yang tinggal di ‘rumah kotak' disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan.

Menurutnya, antara fitnah yang sedang menjadi buah mulut kononnya beliau terlibat dengan perbuatan maksiat dan sering bertukar-tukar pasangan, lapor BuletinOnline.

Beliau memberitahu demikian ketika dikunjungi Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat di 'rumah kotaknya' di Kampung Telaga Mas, Paka, Dungun, semalam.

Lihat video http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=gxb2qbSDqbs#!
 
 
 

BAGAIMANA YANG CAIR PADA WANITA...HARTA..DAN TAHTA@PANGKAT

Pas Cair Kepada PKR Dan DAP, Us Nasha Cair Kepada Umno?
Posted on Monday, February 04 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh W. Fauzdin NS
SINAR semalam memetik kenyataan Us Nasha, seorang bekas Timbalan Presiden PAS merangkap bekas Ahli Majlis Syura PAS Pusat yang menyebut bahawa beliau tetap bersama PAS walaupun dipecat dari menjadi ahli Majlis Syura PAS.

Aku tidak peduli samada dia sanggup bersama PAS atau PAS masih sanggup bersama Us Nasha, kerana jika ikutkan Dr Hassan Jati pun masih mengaku ahli PAS biarpun sudah lama dipecat.  Jenis muka tidak malu, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong, begitulah.  Mungkin wujudnya Us Nasha di dalam PAS tidak menambah, dan jika tiada beliau di dalam PAS pun tidak mengurang, cuma boleh mengurangkan beban PAS, itu sahaja


Bila dia sebut bahawa dia masih mahu bersama PAS kerana ingin membetulkan PAS atau mengawasi PAS dari di'cair'kan oleh PKR dan DAP, itu yang membuat aku merasa jijik dengan politik pencacai seperti ini.  Benarkah beliau ingin membetulkan atau mengawasi PAS?  Cuba Us Nasha jawab persoalan ini:-
1.  Semenjak bila PAS bersama PKR dan DAP dan semenjak bila beliau memegang jawatan Timbalan Presiden PAS?  Waktu beliau memegang jawatan tinggi di dalam PAS, ertinya PKR dan DAP tidak pernah men'cairkan' PAS?  Apabila beliau tidak pegang jawatan, ketika itu PKR dan DAP mula men'cairkan' PAS?
2.  Berapa kali dia hadir Mesyuarat Ahli Majlis Syura PAS Pusat?  Jika benar beliau mahu membetulkan atau mengawal PAS selama ini, sewaktu beliau berada di dalam Majlis Syura, apa yang beliau telah lakukan?  Mengapa selalu ponteng mesyuarat yang penting itu sedangkan mendakwa mahu membetulkan PAS?  Membetulkan PAS setelah hilang jawatan?  Membetulkan PAS menggunakan media bangsat TV3 suku dan Utusan Meloya?  Mahu membetulkan PAS dengan cara mengikut bontot Najib dan Bik Mama?
3.  Cuba fikir dengan otak yang berilmu.  Mana lebih baik dan telus, MCA, Gerakan atau DAP?  Jika MCA atau Gerakan menentang Hudud, dan DAP tidak bersetuju dengan Hudud, apa bezanya?  Bezanya adalah DAP tidak bersetuju dengan Hudud tetapi pemimpin mereka bersih dari skandal rasuah dan DAP menyokong perjuangan menentang rasuah dan keadilan.  MCA dan Gerakan?  Sudah lah mereka menentang Hudud, rasuah pun mereka terlibat.  Isu PKFZ boleh dijadikan contoh.  Itu belum isu moral Chua Soi Lek yang beliau sendiri mengaku.  MCA dan Gerakan sekutu Umno, wajarkah Us Nasha menghentam PAS, PKR dan DAP sebaliknya menjilat Umno?
4.  Isu Kerajaan Perpaduan terutamanya di Selangor sejurus PRU ke 12 dulu, Us Nasha dan Hassan Jati memainkan peranan penting untuk mengajak PAS belot dan khianat kepada rakan-rakan dari PKR dan DAP, hanya kerana jawatan MB Selangor.  Beginikah Islam ajar apabila berkawan?  Awal-awal lagi akhlak Us Nasha dan Hassan Jati busuk.  Apa yang berlaku terhadap kedua-dua ekor ini mungkin balasan Allah kepada sikap dan perangainya yang busuk dan keji itu.
5.  Isu Kalimah Allah digunakan oleh Non Muslim.  Us Nasha dan Hassan Jati berlagak untuk menjadi hero.  Hakikatnya, isu ini bukan baru malah bertahun dahulu lagi sewaktu Us Nasha dan Hassan Jati memegang jawatan di dalam PAS.  Namun, waktu itu, kedua-dua ekor ini membisu seribu bahasa, tetapi kini mula bersuara untuk menunjukkan mereka hero.  Hero sebenar adalah PAS itu sendiri kerana konsisten mempertahankan keputusan Majlis Syura Ulamak mereka.  Us Nasha dan Hassan Jati tidak sedar siapa yang berkuasa membenarkan percetakan Bible ke dalam Bahasa Melayu?  Siapa Menteri KDN?  Menteri dari PAS, PKR atau DAP?  Ini semua membutakan hati Us Nasha dan Hassan Jati akibat 'berkat' berkawan dengan Najib Altantuya.
PAS bukan dicairkan oleh PKR atau DAP, buktinya PAS tetap konsisten mempertahankan dasar dan keputusan Majlis Syura.  Apa yang pasti, yang 'cair' kepada Umno dan menjadi 'pelacur murahan' adalah Us Nasha sendiri.  Terlalu banyak mahu dihujahkan tentang kebodohan kedua-dua ekor manusia ini setelah mereka hilang kuasa.  Rupa-rupanya kuasa boleh mengubah sikap dan perangai seseorang.

Tiada ulasan: