Isnin, 25 Februari 2013

MAKA NAYA LAH SATU2 LUBANG TEKTIK KOTOR TERSERLAH...TIBALAH MASA ALLAH SWT MENGHUKUM PERSALAH2

PI Bala pulang, bersumpah SD2 palsu

Harakahdaily, 24 Feb 2013

(PI Bala dalam sidang medianya di KLIA sambil memegang kitab suci agama Hindu)

SEPANG: P Balasubramanian (PI Bala) tiba di KLIA malam ini dari luar negara dan bersumpah bahawa Akuan Bersumpah beliau yang pertama adalah benar.

Sambil memegang kitab suci agama Hindu, Bhagawad Gita, PI Bala bersumpah, Akuan Bersumpah Kedua (SD2) yang beliau buat untuk memansuhkan SD1 adalah palsu.

"Saya bersumpah di atas buku suci ini bahawa SD1 adalah benar tidak ada yang tidak benar melainkan benar belaka. Saya memohon maaf kepada semua bahawa SD kedua adalah palsu," kata PI Bala dalam sidang medianya.

Dalam SD1, PI Bala menceritakan kaitan beliau dengan beberapa individu sehingga terbunuhnya wanita Monggolia Altantuya Shariibuu.

Sehari selepas itu dia menarik balik SD itu dengan menerbitkan SD2 yang dengan sendirinya memansuhkan SD yang pertama.

Beliau lari meninggalkan negara dan tinggal di India selepas membuat SD2 dan hari ini pulang untuk terus tinggal di negara ini semula.

Beliau pulang bersendirian dengan meninggalkan anak dan isterinya di luar negara. Turut berada di KLIA adalah beberapa pemimpin termasuk peguam Sivarasa Rasiah.

PI Bala sebelum ini pernah membuat pengakuan, dia menerima wang dari Deepak Jaikishan.

Deepak pula beberapa bulan kebelakangan ini mengaku beliau terlibat memujuk Bala untuk membuat SD2 atas permintaan rakannya, Datuk Seri Rosmah Mansor.

Video majlis sumpah undi BN tersebar di internet

Harakahdaily, 24 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Selepas beberapa blog sebelum ini melaporkan penerima BR1M di Kelantan dipaksa bersumpah untuk mengundi Umno BN, kini video rakaman satu majlis sumpah dipercayai ada kaitan dengan pendedahan tersebut pula tersebar.

Video sepanjang 1.29 minit itu dipercayai dimuat naik ke laman perkongsian Youtube sejak semalam oleh akaun pengguna JkkkFanClub dengan tajuk "Umno terdesak memaksa penerima BR1M  ikrar sokong Umno PRU13".

Di bahagian bawah video tersebut tertulis maklumat bahawa insiden dalam rakaman itu berlaku di Kampung Temila, Pasir Puteh Kelantan.

Dalam rakaman yang dipercayai waktu malam di sebuah dewan itu, kelihatan beberapa orang lelaki berkopiah berada di hadapan menghadap sekumpulan yang lain.

Kedengaran pula seorang wanita mengepalai bacaan akujanji dan yang bersumpah dengan nama Allah akan mengundi Umno BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), dengan diikuti oleh orang ramai.

Selain itu, mereka juga melafazkan kesediaan menerima balasan Allah jika tidak menunaikan janji mengundi Umno BN pada PRU13 ini.

Kedengaran juga beberapa kali bacaan lafaz janji itu ditegur oleh seorang lelaki akibat salah menyebut perkataan.

Lafaz akujanji tersebut antara lain berbunyi:

"Wallahi, wabillahi, wataalahi, dengan nama Allah kami bersumpah dan mengaku dalam keadaan yang waras akan mengundi Umno atau Barisan Nasional dalam pilihan raya ke 13 ini. Dan kami bersumpah dan mengaku akan menyokong Umno atau Barisan Nasional demi untuk kepentingan agama Islam bangsa Melayu dan negara Malaysia. Sekiranya kami melanggari janji-janji kami, kami dengan rela hati menerima pembalasan dari Allh swt."

Bagaimanapun tidak terdapat maklumat berhubung tarikh rakaman video tersebut dibuat.

Juga tidak dapat dipastikan sama ada video tersebut benar-benar ada kaitan dengan laporan  penerima BR1M yang didakwa dipaksa bersumpah mengundi BN sebelum ini.

Harakahdaily akan cuba mendapatkan pengesahan dari pihak PAS kawasan terbabit berhubung kejadian dalam rakaman video ini.

Rakaman video tersebut boleh ditonton di http://www.youtube.com/watch?v=6UphuFOxoLw&noredirect=1.

Selain di Youtube, rakaman ini juga sedang tersebar meluar di Facebook dan Twitter sehingga mengundang pelbagai reaksi penonton.

'I Love PM' rupanya dipaksa

http://batuvskayu.blogspot.com, 24 Feb 2013

"I LOVE PM" rupanya dipaksa ? ha ha ha

Bukan setakat dikerahnya orang ramai serta kakitangan awam datang meramaikan majlis yang akan dihadiri oleh Najib, rupanya orang ramai juga dipaksa mengibar mafla "I LOVE PM"

[Lihat gambar] Itulah hakikatnya Sempena Lawatan PM, Beribu Mafla telah tersedia dibekalkan Kepada Orang Ramai Untuk Dikibarkan Kononnya Mereka Cintakan PM.

Ha ha ha ha LOL...
Adakah cinta itu perlu dipaksa ????

Mahasiswa ziarah mangsa stadium runtuh

Harakahdaily, 24 Feb 2013

(Presiden Gamis menziarahi mangsa runtuhan stadium di hospital)

KUALA TERENGGANU: Pemimpin Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) menziarahi mangsa stadium runtuh yang kini dirawat di Hospital Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Lawatan itu dibuat bagi menunjukkan rasa simpati kepada pekerja tempatan yang menjadi mangsa keruntuhan stadium itu.

Stadium Sultan Mizan yang runtuh sebelum ini runtuh lagi bebereapa hari lepas dan menghempap empat pekerja tempatan.

Mereka terpaksa dirawat di hospital selepas dihempap kerangka bangunan yang sedang dibaiki itu.

Kunjungan ini dibuat dalam rangka lawatan mahasiswa ke Kuala Terengganu.

Kunjungan mahasiswa seharian semalam ke Terengganu untuk bertemu mata dengan masyarakat di sana menyaksikan pelbagai keluhan dan luahan yang mahasiswa terima hasil daripada kebajikan dan hak yang mereka tidak perolehi secukupnya oleh kerajaan hari ini.

Kunjungan yang lebih terfokus di DUN Batu Burok Terengganu di sambut baik oleh kelompok masyarakat khususnya dari Flat Yayasan Pembangunan Keluarga yang memahami tugas mahasiswa yang bukan datang untuk berkempen politik tetapi bertujuan untuk mendengar suara mereka dan menyampaikan harapan mahasiswa buat rakyat Malaysia.

Masalah utama yang melingkari sebahagian besar masyarakat di sana ialah apabila terpaksa berhadapan dengan kos sara hidup yang sangat tinggi.

Apabila ditanya tentang keprihatinan Kerajaan Malaysia dengan pembahagian pelbagai skim dan baucer, mereka tidak menafikan bahawa itu satu langkah bantuan yang baik tetapi sangat belum memadai.

Sebuah keluarga miskin yang diziarahi sendiri oleh Presiden Gamis, Muhamad Azan Safar di Kuala Ibai telah menyatakan kesengsaraannya walaupun telah dibantu oleh kerajaan kerana ia sangat tidak memadai dengan keperluan yang terpaksa mereka tanggung seharian.

Walaupun mendapat duit zakat setiap kali hari raya RM300, dan kali ini mendapat BR1M RM500, ia adalah mustahil untuk mencukupi keperluan menjaga seorang anak dan 5 orang cucu yang masih belajar dalam tempoh satu tahun.

Lebih malang apabila seorang cucunya menghidap penyakit hyperaktif yang mengekang nenek tua yang asih bertenaga ni untuk bekerja.

“Saya pelik kenapa orang yang lagi senang daripada kami boleh mendapat duit dari kebajikan masyarakat, sedangkan orang macam kami yang lagi susah selepas beberapa kali minta masih tak dapat-dapat, nak kata tak sokong dia, sokong dah,” kata nenek ini dalam loghat Terengganu.

Presiden Gamis itu ketika mengulas 300 mahasiswa yang turun bertemu masyarakat di Terengganu memberi komentar, “Kita melihat hasil kunjungan mahasiswa untuk betemu masyarakat di Terengganu ini, rata-ratanya mereka ingin lakukan perubahan kerana masalah besar yang kerajaan hari ini tak mampu selesaikan ialah kemiskinan yang melarat.

"Masyarakat mula sedar, hadiah dan baucer yang mereka dapat adalah baik tetapi malangnya belum memadai untuk hidup dalam Negara sekarang yang mempunyai kos sara hidup yang tinggi.

“Mana boleh tahan untuk duduk di dalam negeri kaya, dalam keadaan rakyat sendiri adalah no.2 termiskin dalam negara. Memang padan kena tukar kerajaan di sini,” tambah beliau lagi.
 
Bingkisan saya kepada Mufti – Tuan Guru Nik Aziz

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, 24 Feb 2013
Agak kecewa saya membaca kenyataan Mufti Perak, Sohibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian hari ini 24 Februari 2013 di muka hadapan. Mengikut laporan tersebut, beliau menyatakan bahawa sikap PAS lebih teruk dari kafir kerana tidak setuju dengan pelbagai dasar dan usaha kerajaan memajukan rakyat.

Saya mengira kenyataan ini sangat berat apatah lagi jika ia keluar dari mulut seorang mufti yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak berpihak dalam pertembungan parti-parti politik. Jika ia hanya satu manipulasi media, satu penafian perlu dibuat dengan segera. Tetapi melihat kepada rekod sebelum ini di mana belum pernah kedengaran sebarang penafian dibuat terhadap laporan akhbar mengenai kenyataannya, saya kira kenyataan itu benar-benar keluar dari mulut beliau.

Saya pohon kepada Mufti Perak, agar berhati-hati di dalam membuat ulasan. Hari ini maklumat boleh diakses dengan mudah, sebarang ulasan berkenaan kenyataan saya dan pemimpin PAS yang lain khususnya eloklah dirujuk kepada sumbernya yang sahih. Rakaman ucapan saya yang didakwa menyifatkan penerima bantuan sebagai 'haiwan' juga sudah disiarkan dengan meluas, mustahil pejabat mufti Perak berhalangan untuk mendapatkannya.

Adakah dalam rakaman tersebut saya menyifatkan penerima bantuan sebagai haiwan? Tentu sekali tidak. Bahkan saya selama ini menggalakkan rakyat Kelantan yang layak menerima bantuan untuk beramai-ramai mengambil bantuan yang diberikan. Ini kerana wang yang diberikan tentu sekali bukan wang UMNO/Barisan Nasional tetapi wang kerajaan dan milik rakyat. Namun mengambil kesempatan daripada majlis pembahagian bantuan seperti ini untuk menyampaikan dakyah ideologi kepartian ialah satu perbuatan yang terkutuk.

PAS juga dituduh berkerat rotan dengan UMNO. Kenyataan begini sebenarnya berpunca daripada jahil sejarah. Rujuklah sejarah politik negara, bukankah PAS pernah menyertai Barisan Nasional? Apabila PAS berada dalam Barisan Nasional, UMNO pula mengambil pendirian untuk menendang PAS keluar kerana 'cemburu buta'. Saya ingin ulangi, bukan PAS yang keluar daripada Barisan Nasional tetapi  UMNO yang membuat ketetapan untuk menendang PAS keluar. Inilah yang termaktub di dalam ucapan Allahyarham Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977.

Justeru, Tan Sri Mufti Perak wajar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Jika perkataan sebegini keluar dari mulut saya, agaknya berbulan-bulan ia akan diratib tanpa henti oleh media massa. Pesan saya kepada Tan Sri Mufti Perak, janganlah melampau-lampau sangat menunjukkan sokongan kepada UMNO/Barisan Nasional. Jika ditakdirkan nanti UMNO tersemban dalam pilihanraya, saya bimbang ada individu yang mencari makan dengan UMNO terkial-kial kelemasan mencari pelampung!

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Kuala Lumpur.
13 Rabiul Akhir 1434H bersamaan 24 Februari 2013M

BR1M: Kenyataan Najib kontra dengan Muhyiddin

Salmiyah Harun, 24 Feb 2013
SHAH ALAM: Pemberian BR1M RM500 cukup untuk makan setahun sebagaimana ditegaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai kenyataan yang melucukan.

Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) berkata, beliau tidak tahu macam mana Najib boleh mendapat angka RM500 cukup untuk makan setahun.

"Ia melucukan, sama ada Najib tersalah sebut atau dia sebut dalam keadaan tidak sedar, ternyata memang dia sedar. Angka itu tidak masuk akal," katanya ketika ditemui.

Tegasnya, kos kehidupan hari ini sangat tinggi dan rata-rata rakyat pada hari ini adalah miskin tegar walaupun pendapatan bawah RM700 sebulan.

"Pendapatan RM 1200 pula sudak diklasifikasi sebagai miskin. Macam mana Najib boleh kira RM500 sudah cukup setahun?" soalnya.

Semalam dalam Jelajah Janji Ditepati di Kuala Terengganu, Najib memberitahu, kerajaan BN telah mengira dengan bantuan BR1M sebanyak RM500 itu setiap isi keluarga akan memperolehi sejumlah RM41.60 sebulan.

Menurutnya, dengan RM41.60 itu telah cukup untuk membeli sekampit beras 10 kilogram, lima kilogram minyak masak, gula, tepung dan lain-lain.

Bagaimanapun, Mujahid yang juga Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Pusat berkata, kenyataan Perdana Menteri ini kontra dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila dengan bangganya akan menambah BR1M ini kepada RM1,000.

Bagi Mujahid, apa yang ditawarkan oleh kedua-dua pimpinan Umno BN itu adalah gimik dan terdesak untuk merayu rakyat dengan menabur duit.

Oleh sebab itulah, beliau bersetuju dengan apa yang dimaksudkan oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa Umno BN yang menjadikan rakyat seperti haiwan.

"Bukannya maksudkan rakyat itu haiwan. Dia (BN ) yang buatkan kita macam itu. Bukan rakyat itu haiwan. Kumpul rakyat bagi duit lepas itu ceramah tunggu berjam-jam dengar mereka berucap untuk rakyat sokong mereka. Jadi kita lihat kesianlah rakyat.

"Tok Guru bukan menghina tetapi lebih simpati kepada rakyat iaitu susah-susahkan mereka hanya untuk mendapatkan dua tiga empat ratus.Itu maksud tok guru," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Program Pelancaran Impian Malaysia di Perpadanan Perpustakaan Awam Selangor di sini hari ini.

Program yang dianjurkan oleh Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat merupakan lanjutan daripada konsep PAS For All yang telah dilancarkan sebelum ini.

Konsep ini untuk menarik perhatian rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama daripada pelbagai latar belakang masyarakat untuk menumpukan semangat kenegaraan mengikut perlembagaan.

Buat pertama kali Impian Malaysia dilancarkan di Melaka pada 18 Febuari lalu, diikuti pelancaran di peringkat negeri Perak pada 23 Febuari, dan selepas ini di negeri Sabah pula pada Rabu ini.

Turut bersama dalam program pada hari ini, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman, Pengerusi Lujnah Perpaduan Negeri Selangor Dr Siti Mariah Mahmud dan wakil-wakil Pakatan Rakyat, ketua-ketua agama, NGO, profesional dan mahasiswa.

Konsep Impian Malaysia ini lebih kepada dialog di mana dengan slogan 'Siap Dengar Siap Bersama' pihak penganjur memberi ruang untuk wakil-wakil yang dijemput melontarkan pandangan dan ide bagaimana Impian Malaysia ini berjaya diterjemahkan oleh Pakatan Rakyat kelak. 
 
Bilakah perbezaan pendapat mampu memperkaya ilmu?

Prof. Dato' Dr Haron Din, 24 Feb 2013
Perbezaan pendapat dalam kalangan ulama dan ilmuwan Islam adalah lumrah. Sejak dahulu lagi sehingga kini malah pada masa depan perbezaan akan terus berlaku. Berlaku perbezaan sudut pandangan dengan cara betul, adalah jalan bagi kebijaksanaan. Pendekatan fekah, ijmak dalam kalangan ulama, fatwa yang diputuskan dan ijtihad yang diambil pada prinsipnya tidak boleh menggugat faktor syarak yang terkanun dalam nas qat'ie.

Imam fekah yang utama sering berbeza pandangan dalam sesuatu perkara. Sifat zaman yang berubah dan banyak perkara baru muncul memerlukan jawapan dan pendekatan menanganinya. Imam Shafie umpamanya tidak taksub dengan pandangannya malah terbuka diikuti atau sebaliknya asal saja yang selari dengan maksud syarak. Beliau menganjurkan supaya yang terbaik dan benar yang harus diikuti. Kaedah ini memperkayakan khazanah ilmu dalam tradisi Islam dan perbezaan tidak menjadi isu yang mempertajamkan hubungan atau menuding jari dengan pandangan bahawa, "Aku saja yang betul dan orang lain semuanya cacat atau salah belaka".

Prof. Dr Yusof al-Qaradawi dan Almarhum Sheikh Muhammad al-Ghazali sering memberikan pandangan dari sudut fekah dan syarak supaya masalah masa kini dapat diatasi tanpa perlanggaran batas syarak namun, adab berbeza pandangan tetap dipelihara.

Akhir-akhir ini sangat nyata perbezaan pendapat dalam kalangan ahli dalam hal agama atau dalam kalangan ulama yang mempunyai latar pendidikan berbeza atau dalam kalangan orang Islam yang tidak memiliki keahlian, cuba memberikan pandangan terhadap sesuatu isu yang menuntut keahlian dan kepakaran. Cara perbezaan itu berlaku boleh mengelirukan orang awam khususnya generasi muda.

Ulama adalah pewaris Para Nabi. Ulama adalah lambang keteguhan ilmu, prinsip dan hukum hakam Islam, namun apabila ada isu baru maka sering wujud perbezaan mendekatinya. Yang merisaukan ialah ada dalam kalangan mereka yang cuba mendekati isu kerana populariti. Ia pula diambil kesempatan oleh sesetengah pihak yang sentiasa ingin melagakan pandangan dengan maksud tertentu. Sepatutnya pandangan berbeza boleh diselesaikan di meja muzakarah (perbincangan). Sudah tentu dalam negara kita ada lembaga dan institusi bagaimana perbezaan pandangan itu dapat diselaraskan.

Pada prinsipnya, ulama faham nas mengenai isu berkaitan. Perbezaan kadang-kadang hanya bersifat teknikal bukan substantial, tetapi cara sesetengah pihak mempermainkan boleh menimbulkan kekeliruan dan salah faham hingga menyebabkan khalayak menjadi bercelaru. Malah, ada tokoh merelakan dirinya menjadi umpan mempertajamkan lagi masalah berbangkit dan ia menjadi popular dengan maksud tersendiri. Lebih mengelirukan ialah sudut pandangan tidak didekati secara kaedah Islam. Ia didekati secara barat atau mengambil pendekatan seperti dilakukan oleh orientalis.

Dalam hal membabitkan hukum atau pengkhususan, ia menuntut di kalangan ahli memperjelaskannya supaya ada kuasa dalam membuat keputusan. Seorang doktor pakar dan ahli dalam bidangnya memiliki kelayakan untuk berbicara mengenai penyakit. Orang awam yang bukan ahli dalam penyakit itu sudah tentu perlu merujuk kepada pakar terbabit. Rasulullah berpesan pentingnya sesuatu itu diletakkan pada tempatnya (berasaskan keahlian atau kepakaran). Kalau tidak kehancuran dan kerosakan akan menyusul.

Ia tidak bermakna ulama tidak perlu dinamik. Ulama dalam maksud yang sebenarnya mendukung imej Islam, berpegang kepada prinsip, memahami zaman dan realiti dan mengambil pendekatan bijaksana supaya umat dipandu ke arah jalan agama yang betul di tengah cabaran semakin rencam. Apabila timbul dalam kalangan ulama atau ilmuwan atau dalam kalangan tokoh yang berlagak seperti ulama membuat kenyataan kontroversi, ia tidak menyumbang ke arah kesatuan fikiran yang amat dituntut oleh umat.

Tidak dapat dinafikan, ada kerencaman dan kelainan orientasi bagaimana seseorang ulama dan ilmuwan Islam itu lahir di sepanjang sejarah umat Islam. Tetapi titik persamaan yang boleh menyatukan fikrah dan ummah harus dijadikan keutamaan. Tidak harus ada pihak yang ingin menjadi juara konon dia tahu segala-galanya dengan menafikan kebolehan orang lain. Lebih tidak wajar lagi apabila seseorang yang berlagak tokoh, tahu sedikit mengenai pemikiran dan falsafah lalu berlagak sebagai ahli fekah atau syariah dan menyebabkan khalayak menjadi keliru.

Adab terhadap kelainan pendapat perlu ada. Adab al-ikhtilaf yang boleh membawa kepada perbezaan pendapat harus tegak dengan prinsip dan nas yang sepakat. Hikmah di sebalik kelainan pendapat yang didekati dengan adab yang tinggi melahirkan tradisi bijaksana untuk mencerahkan lagi isu yang berbangkit bukan menambahkelirukan keadaan akibat kegopohan.

Maslahah ummah dan imej Islam harus dipelihara supaya kelainan pendapat memperkaya cara pendekatan bagaimana isu yang berbangkit didekati secara ilmu dan keahlian. Asas ini penting supaya kelainan pendapat yang dilakukan secara berhemah mampu mendidik masyarakat dan memperjelaskan lagi arah dan maksud sesuatu isu berbangkit.

Intipati Jawapan:

Perbezaan pandangan ulama harus diselesaikan di meja muzakarah atau di gelanggang yang tidak membangkitkan fitnah.

Ulama dilarang mendekati isu kerana populariti kerana ia boleh mengelirukan ummah.

Persamaan yang boleh menyatukan fikrah dan ummah harus dijadikan keutamaan.

Maslahah ummah dan imej Islam harus dipelihara supaya kelainan pendapat memperkaya cara pendekatan bagaimana isu yang berbangkit didekati secara ilmu dan keahlian.

http://blog.tarbawi.my

4 kali ramalan tarikh bubar parlimen terlepas

Aslani M, 24 Feb 2013

KOTA BHARU: Sudah empat kali ramalan tarikh pembubaran parlimen terlepas begitu sahaja. Terakhir seperti disebut ramai 22 Febuari juga tidak menjadi kenyataan.

Tiba-tiba hari ini Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) belum diumumkan kerana kerajaan mahu dasar transformasi negara benar-benar terbukti berjaya.

"Sebab itulah saya tunggu sampai kita letih hendak buat PRU, kita tunggu kerana saya hendak buktikan dasar transformasi negara benar-benar berjaya," katanya ketika melancar projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Seremban Sentral di Seremban hari ini.

Persoalannya sejuah mana kenyataan Perdana Menteri itu mempunyai asas yang kuat atau ada sesuatu di sebaliknya.

Bagaimananpun bagi Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasuruddin Hassan Tantawi (gambar) bukan isu transformasi yang menyebabkan Perdana Menteri sering kali menukar pelan tarikh pembubaran parlimen.

“Sebenarnya ada perkara lain yang membuat Datuk Seri Najib menjadi serba salah. Sebelum ini ura-ura parlimen hendak dibubar pada Febuari 2012, namun tidak menjadi kenyataan mungkin ada kaitan Himpunan Bersih 3.0.

“Kemudian ditukar pula kepada April 2012, namun tidak juga menjadi kenyataan kerana kebangkitan rakyat pada Himpunan Hijau.

“Maklumat ini bukan kita dapat di tepi jalan sebaliknya sumber dalaman Umno sendiri. Kita pun ada agen dalam Umno,” katanya pada ceramah isu semasa di markas Unit Peti Undi Lundang di sini malam tadi.

Hadir sama artis hijrah, Hairie Othman, bekas Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Hamid Omar, Ketua Penerangan PAS Kota Bharu, Nor Azariza Alawi, pengarah pilihan raya, Azahari Ab Rahman dan Timbalan Pengerusi MTD Bunut Payong, Abdul Razak Mamat.

Nasruddin berkata, kemudian khabar angin tarikh pembubaran parlimen ditunda kepada Disember, namun tidak menjadi realiti selepas kehadiran lautan manusia pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka.

“Sumber Umno pula menyebut pada 22 Febuari akan dibubar, namun terlepas begitu sahaja. Mengapa. Mungkin ada kaitan dengan kajian Merdeka Centre dan Universiti Malaya yang memperlihat kedudukan BN tergugat.

“Kebangkitan rakyat begitu jelas sekali. Pada awal 1990 ceramah PAS di Johor hanya dihadiri beberapa orang sahaja, namun sekarang sambutan begitu hangat.

“Begitu juga di Sabah pada awal 1990-an penduduk di sana menganggap lambang PAS seperti bola pingpong. Namun sekarang penerimaan rakyat begitu mendadak,” ujarnya.

Menurutnya pada program terbaru yang diadakan di Sabah minggu lepas kehadiran rakyat sehingga penuh dewan, dan ada anak muda yang datang membawa gitar.

Treler PAS, idea seorang anak muda Kedah

Muhammad Faizal, 24 Feb 2013

(Gambar: Nazri ketika ditemui Harakahdaily, menceritakan idea asal treler Jelajah Berkebajikan PAS)

SUNGAI PETANI: Ramai yang tidak mengetahui bahawa idea menggunakan treler lengkap dengan sistem pentas dan siarraya untuk Jelajah Negara Berkebajikan PAS ini adalah cetusan seorang anak muda dari Kedah.

Nazri Ismail, mungkin tidak sepopular artis, mahupun ahli politik, namun beliaulah yang menggarap idea memperkenalkan PAS dengan kaedah lebih unik iaitu dengan jelajah menggunakan treler ini.

Menurut Nazri, idea untuk membangunkan treler ini tercetus setelah melihat kesukaran jentera PAS setiap kali ingin mengadakan program khususnya ceramah di kawasan pedalaman.

"Saya mendapat idea ini apabila melihat terdapat kesukaran ataupun kesulitan apabila kita melakukan sesuatu program dikawasan-kawasan kampung.

"Idea ini timbul dengan cadangan menyediakan satu jentera yang lengkap dengan segala-galanya terutamanya pentas dan juga peralatan ceramah," kata beliau kepada Harakahdaily.

Katanya, idea awal diperolehi pada Disember 2012 setelah mengadakan perbincangan dengan beberapa lagi rakan termasuk penasihat undang-undang Kase, Zulhazmi Shariff.

Bermula dari itu, mereka bertemu dengan juru rekabentuk bagi mendapatkan nasihat serta pandangan untuk pembinaan jentera tersebut.

"Bagi saya jika kita mempunyai jentera tetapi perlu mengambil masa yang agak lama untuk penyediaan, itu bukan suatu yang boleh kita banggakan.

"Atas alasan itu, satu perbincangan lanjut dilakukan bersama dengan pereka untuk mencari jalan terbaik untuk mendapatkan keperluan masa yang singkat dalam kita menyediakan segala kelengkapan," sambungnya.

Usaha gigih beliau bersama rakan-rakannya telah menghasilkan satu jentera yang dapat disiapkan dalam masa kurang dari 15 minit untuk digunakan.

"Suatu yang amat menbanggakan bila kita dapat menyiapkan segala-galanya dalam tempoh yang pantas dan ini memberi kemudahan kepada semua pihak mahupun kumpulan teknikal yang mengikuti konvoi jelajah," katanya.

Traler yang memulakan kerja pada awal Januari 2013 itu akhirnya siap sepenuhnya pada 17 Februari dan dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di hadapan Pejabat Agung PAS pada 21 Februari lepas sebelum memulakan jelajahnya ke Kedah.

Sementara itu, hari ini masuk hari keempat treler ini membuat penjelajahan siri sulungnya ke bahagian utara tanah air.

Treler yang dibina dengan kos melebihi RM100,000 itu juga kini dikenali sebagai "Optimus Prime" mengambil nama slah satu watak hero dalam cerita Transfomers.

Ianya kini menjadi tarikan orang ramai setiap kali treler ini berhenti di destinasi tertentu untuk program.

Malah bagi jentera dan penyokong PAS, ianya adalah satu kebanggaan apabila tereler tertulis "Jelajah Negara Berkebajikan PAS", "Undilah PAS" dan gambar-gambar pemimpin utama PAS yang dicetak pada badan treler, diarak ke segenap kawasan.

Gadis seksi demo: Perkasa malukan umat Islam

Rizal Tahir, 24 Feb 2013

KOTA BHARU: Demontrasi mempertahankan kalimah Allah, sebaliknya antara yang hadir gadis-gadis berpakaian seksi, tidak bertudung dan berbagai gaya dipertontonkan.

Itulah yang mungkin dapat dilakukan Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) di Alor Setar semalam bagi membela agama Islam, apabila gadis yang hadir ada berpakaian seksi dan berlagak macam model.

Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohd Hafiz Musa berkata, program yang bercampur gaul lelaki dan perempuan yang berpakaian tidak senonoh anjuran Perkasa semalam cukup memalukan umat Islam.

“Berhimpun untuk menegakkan agama Allah atau kalimah Allah, tetapi apa yang berlaku dan dapat kita saksikan begitu menyolok mata sekali.

“Kalaupun tidak ikhlas untuk tujuan itu, jangan gunakan gadis yang berpakaian sebegitu. Jika tidak masyarakat akan mempersendakannya,” katanya di sini.

Semalam perhimpunan Perkasa yang diketuai Datuk Ibrahim Ali di Alor Setar bagi mempertahankan kalimah Allah memperlihatkan aksi yang tidak senonoh dengan kehadiran gadis-gadis berpakaian seksi.

Mohd Hafiz berkata, perbuatan seperti itu bukan untuk memartabatkan agama Islam sebaliknya memperlihatkan kepada umum perbuatan yang menyalahi hukum syarak.

“Namun kerana terlalu gopoh dalam meraih simpati politik Perkasa sanggup melakukan apa sahaja bagi mendapat populariti secara murahan.

“Tindakan mereka itu tanpa disedari telah mempersendakan hukum Allah. Dalam kita ghairah berpolitik, janganlah sampai ia memerangkap diri sendiri,” katanya.

Tiada ulasan: