Ahad, 17 Februari 2013

PECUTAN TAPI TINGGAL KEBELAKANG...MELUAT KITA MENJADIKAN DIRI KITA HAMPEH@HAMPAS

Anwar : Tan Sri Khalid Pencetus Idea Projek PPR
Posted on Sunday, February 17 @ 05:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Nazli Ibrahim

BANDAR TUN RAZAK, 16 FEB: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merupakan individu yang bertanggungjawab mencetus idea mewujudkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) seperti yang ada sekarang, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, idea itu disampaikan Abdul Khalid yang ketika itu memegang jawatan Pengerusi Pegawai Eksekutif (CEO) Permodalan Nasional Bhd (PNB) kepada beliau sebagai Menteri Kewangan ketika itu.

Selepas itu Kementerian Kewangan ketika itu meluluskan dana sebanyak RM2.4 bilion untuk projek PPR termasuk projek terawal di Baling Kedah.

“Abdul Khalid jumpa saya beri cadangan bantu orang miskin memilik rumah, tetapi jangan tubuhkan badan baru sebab kalau tubuh badan pengurusan baru akan tambahkan bermacam perbelanjaan yang makan hampir separuh dan yang tinggal untuk dibelanjakan untuk rakyat tinggal sedikit,” ujar Anwar dalam Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Wilayah Persekutuan di sini.

Anwar juga memberitahu sekiranya menang nanti semua dasar Pakatan Rakyat (PR) boleh dilaksanakan dan tidak akan menyebabkan hutang negara bertambah sepertimana yang berlaku dibawah Umno-BN sekarang.

Sebaliknya PR akan memastikan setiap perbelanjaan akan dilakukan secara  cermat dengan memastikan tiada ketirisan dan rasuah berlaku yang merugikan rakyat seperti hari ini.

Anwar menambah pengurusan kewangan yang cekap akan menjadikan ekonomi negara bertambah baik dan sekaligus mampu menarik pelabur asing.

“Kita tak boleh buat sampai negara rugi, kita tak boleh buat sampai negara berhutang.

“Apa (Datuk Seri) Najib kata? (Rezab Selangor) lebih RM2.5 bilion itu dia kata bodoh, tak tahu ekonomi, tetapi hutang (Kerajaan Persekutuan) RM540 bilion itu pandai,” sindir Anwar yang membandingkan kecekapan Kerajaan PR Selangor dengan Kerajaan Pusat dalam isu pengurusan dana kerajaan masing-masing.

Antara dasar yang disebutkan Anwar ketika berucap di hadapan kira-kira hampir 5,000 di Taman Bukit Anggerik, Cheras tengahari tadi termasuklah menurunkan harga petrol dalam tempoh 24 jam selepas pilihan raya, pendidikan percuma dan membatalkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Selain itu beliau turut mengulangi hasrat PR untuk menurunkan harga kereta dengan menurunkan 20 peratus cukai eksais dan memastikan pemandu teksi memperolehi permit teksi mereka sendiri.


Sumber: selangorku.com
 


 UMNO Buat Lawak Lagi: Satim Diman Dan Fathul Bari Berlakon Dgn Ustaz Jadian PAS
Posted on Sunday, February 17 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Mutaligat

KRONOLOGI KISAH PALING TAK CERDIK - ARAHAN FATHUL BARI DI TAMAN EQUINE?

•Jam 9.30pm, YB Satim mula bicara. Serangan pada Kerajaan Negeri bermula. Termasuklah auta2 yg disorak penyokong Umno lebih kurang 150 orang. Agak lucu bila dia menipu ahlinya yg berkitab Utusan mengatakan bila Umno jatuh, gereja terbesar di Asis Tenggara dibina di Selangor (padahal KL), Selangor kalah kes saman ibu tunggal (padahal kes belum bicara cuma bantahan ditolak) dan mcm2 lagi. Simpati pada penyokong Umno yg dibodohkan seburuk ini.

•9.45pm, giliran guest of honor, UFB berucap. Tak sampai 5 minit, seorang kanak2 sekolah rendah bagi note pada dia ada "ustad PAS" nak berdebat diatas pentas. UFB "nampak" (atau buat2) terkejut, tapi setuju.

•9.50pm, "Ustad Redza" yg mengaku ahli PAS sejak habis SPM @ 1992, naik pentas. Saya terkedu...tak sangka ada "ahli PAS yg berani". Tapi ehhhh...macam dah tersedia restrum utk "Ustaz Redza". Terus berucap, terus belasah Umno itu ini dlm hujah yg lemah, kurang sopan dan mcm bagi bola tanggung.

•9.55pm to 11.15pm, "Ustaz Redza" dibelasah tanpa menjawab, tp terus menyoal spt dgn soalan ntah apa2...rasa malu jadi ahli PAS masa tu. Ada kala dia menyampuk UFB yg tak habis cakap dgn nada "biadap". Giler punya "Ustaz PAS"...Saya mula suspicious. Belek2 gambar yg snap awal tadi..ehhh..."Ustaz Redza" lah ustaz yg diatas pentas bersama YB Satim, dll sblm program bermula. Sahabat bagi tau "CELAKA, DEPA BERLAKUN UTK KONONYA WAKIL PAS LUNYAI DITALA UFB". Haha...lakonan kantoi!

10.45pm: "Ustad Redza" yg mengaku tak tengok berita dan baca suratkhabar mengakui apa yg UFB cakap adalah benar dan tiba2 MENGAKU DIRINYA BODOH LALU BERIKRAR MENYOKONG NAJIB dan UMNO.

Ehhhh...jam2 tu jugak ubah fikiran..Dari tak pandai berhujah, terus petah menghentam TGNA, TGHH, Anwar, dll....Bersorak mcm sarkis PWTC penyokong UMNO. Geli hati dibodohkan pemimpin sendiri.

11.20pm, habis "drama debat"..."Ustaz Redza" duduk dipentas bersama UFB, YB Satim, dll....ehhhh...mcm dah sedia tempat utk "Ustaz Redza" dan "Sheik Khairie" (yg mengaku Ketua Penaja Cawangan PAS Taman Equine - legally tak sah lagi) yg kononnya menyerbu prog Umno utk membelasah UFB.

Lihatlah, betapa tonggang-langgang dan busuknya lakunan arahan YB Satim. Betapa penipunya ulama muda UFB yg sanggup melakunkan "drama debat" ini (Dr MAZA ajak debat, lari lintang pukang...) - details akan dipublishkan di blog albanjari online nanti.

Sumber Asal: FB Talib Harun

Sumber: mutaligat.blogspot.com


  GM13: Keselamatan Diancam, Mahasiswa Pulang Awal
Posted on Sunday, February 17 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber Mahasiswakini

Kuala Lumpur - Aktivis mahasiswa Gerakan Mahasiswa PRU 13 (GM13) mengambil keputusan bertolak pulang awal ke Kuala Lumpur dengan sebuah bus dan dua buah kereta kira-kira pukul 10 malam semalam.

Dalam Malaysiakini, Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Kamaruddin memberitahu bahawa mereka berjaya mendapatkan sebuah bas untuk membawa pelajar keluar dari Pekan malam semalam.

Beliau berkata, mereka mengambil keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur 'atas sebab keselamatan'.

Sebelum itu, hampir 100 orang samseng bertindak mengepung aktivis mahasiswa GM 13 di Madrasah Al-Husna, Pekan petang semalam.

Dalam kejadian lain, GM 13 mendakwa sekumpulan Pemuda UMNO bertindak menganggu dan mengasari aktivis mahasiswa di bandar Pekan.

Kumpulan Pemuda UMNO tersebut juga didakwa merampas dan membakar risalah yang bertajuk 'Surat Dari Mahasiswa Untuk Warga Pekan'.

Sumber: mahasiswakini.net


  Kementerian tak sekat mahasiswa tanding PRU
Posted on Sunday, February 17 @ 00:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: imamsurau

"PASIR GUDANG - Kerajaan tidak akan menghalang hasrat mana-mana mahasiswa yang ingin bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) seperti yang dihebohkan Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata penyertaan aktif golongan itu dalam politik negara secara langsung membuktikan mereka mengiktiraf amalan demokrasi yang dilakukan kerajaan di negara ini.

"Ini membuktikan negara ini mengamalkan demokrasi, menteri atau kerajaan tidak halang mereka berpolitik, tidak sekat mereka untuk bertanding.

"Malah ia juga membuktikan mereka juga yakin dengan ketelusan sistem pilihan raya di negara ini kerana itu mereka yakin mereka boleh menang dalam pilihan raya nanti.

"Sebab tidak ada calon yang bertanding kalau mereka tidak yakin mereka kalah, buat apa bertanding kalau hanya akan merugikan wang," katanya selepas merasmikan Karnival Mesra Komuniti 1Malaysia dan pelancaran usaha sama strategik Kolej Komuniti bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan industri peruncitan di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata demikian ketika diminta mengulas laporan yang menyatakan GM13 menyenaraikan enam nama untuk bertanding dalam PRU13 kelak termasuk meletakkan calon untuk bertanding di kawasan Parlimen Pekan yang disandang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Jika mereka merasakan sistem pilihan raya di negara ini tidak bersih, golongan itu sepatutnya tidak perlu bertanding dan kesanggupan untuk berbuat demikian telah mencerminkan sebaliknya," katanya.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled menyifatkan tindakan meletakkan calon di kawasan Parlimen Pekan itu hanya semata-mata untuk meraih publisiti memandangkan kawasan itu disandang Perdana Menteri.

"Tindakan mereka memilih kawasan itu tidak lebih daripada untuk mendapat nama semata-mata dan ingin dapat perhatian besar serta meluas kerana ia merupakan kawasan Perdana Menteri kita," katanya. - Bernama

sumber"


Hot : Video Samseng UMNO serang Mahasiswa tersebar.
Posted on Sunday, February 17 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Blog Ameno World

Jenis tak puas ahti la neh. Yang neh aku bleh faham lagi. Bila UMNO dok kempen2 sesama muslim bergadoh pasal politik, buruk la perangai orang2 pembangkang, dasar tak reti nak bersatu, neh aku tak boleh faham.

Nasihat orang macam dia alim gila.

Macam dia tak buat langsung benda yang dia cakap kat orang lain.

Tapi rupanya perangai dia sendiri lebih teruk dari orang yang dia tuduh2 kan tue.

Puiiiii

LOSERRR NAK MAMPOS.

Apa pun aku sokong mahasiswa letakkan calon di pekan. Ini bukti najib risau dan takutkan kebangkitan mahasiswa di pekan, mohon mahasiswa jangan tunduk dengan tekanan dari mana2 pihak, korang dapat sepenuh sokongan dari aku, teruskan bertanding di pekan, kita kempen habis2an, kalau menang bawa agenda dan perjuangan yang mahasiswa inginkan di malaysia, buat kerja, kalau kalah, dont worry, kita cuba lagi dan lagi.

Saksikan video kat bawah neh geng, samseng2 umno yang tunjuk gangster macam la pekan neh bapak dia yang punya. Hapa pun tak boleh.



Sumber: amenoworld.blogspot.com


  Bergambar : 3 Orang Tokoh agama Bersua dan Berbincang..
Posted on Sunday, February 17 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: abuluqman

"

Berbual panjang dgn sahabat2 saya Dr Asri dan Dr Juanda Jaya ketika bertemu di Majlis perkahwinan anakanda Datuk Hussamuddin Yaacub CEO Karangkraf.

Banyak spekulasi terhadap mereka ketika ini mengenai calon PRU13. Apa2pun sebagai sahabat saya amat mengenali keikhlasan dan kejujuran mereka dlm perjuangan untuk berbakti pada Umat dan demi memartabatkan Islam.

Apa yang dibincangkan oleh 3 orang tokoh agama ni Dr Mohd Asri, Dr Juanda [Mufti Perlis] dan Dr Asyraf Wajdi Dasuki ..kita pun tidak tahu, Wallah hu aklam..

Like di Fan Page Orang Kampung.. untuk berita terkini...
"



2 pelajar maut kereta dinaiki cuba elak lembu
Masturah Suradi
16 Februari 2013
2 pelajar maut kereta dinaiki cuba elak lembu
Nettie Ratna Sari (kanan) dan Nur Syafiqah Syazwani
2 pelajar maut kereta dinaiki cuba elak lembu
Keadaan kereta yang dinaiki dua pelajar berkenaan remuk teruk selepas terbabit dalam kemalangan.
KOTA TINGGI - Akibat cuba mengelak seekor lembu melintas jalan, dua remaja maut manakala seorang cedera apabila kereta yang dinaiki hilang kawalan lalu terbabas di tebing curam di Kilometer 66.9 Lebuh Raya Senai-Desaru di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Mohd Nor Rasid berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.15 pagi itu, mangsa iaitu Nettie Ratna Sari Abdul Rahim, 16, dari Taman Kota Jaya dan Nur Syafiqah Syazwani Harun Nul Rashid, 16, dari Perumahan Desa Sejahtera, meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, kedua-dua mangsa yang meninggal dunia merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Kota, manakala rakan mereka yang juga pemandu kereta jenis Honda City, Mohd Razy Md Yusof, 22, dari Felda Sungai Mas, mengalami kecederaan ringan dan dirawat di Klinik Bandar Penawar.

“Kemalangan berlaku kira-kira jam 2.15 pagi apabila kereta yang dinaiki mangsa dari arah Senai menghala ke arah Desaru hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam curam di laluan bertentangan.

“Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu Mohd Razy cuba mengelak lembu yang berada di atas jalan. Keadaan jalan yang gelap dan licin berikutan hujan mengakibatkan kereta itu terbabas ke laluan bertentangan sebelum masuk ke dalam curam.

“Kedua-dua mangsa parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian dan Mohd Razy yang masih berada di tempat duduk pemandu mengalami cedera ringan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mohd Nor berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kedua-dua jenazah mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk dibedah siasat dan telah dituntut oleh ahli keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Makam petang semalam (kelmarin)," katanya.


Style @ Gaya Baru Trend DSAI Dalam Menyampaikan Pidatonya Menarik perhatian
Posted on Sunday, February 17 @ 09:45:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: abuluqman

"

DSAI  berceramah di  Setia Wangsa CNY open house..dengan style tersendiri..


 DSAI di Sambutan Tahun Baru Cina Wangsa Maju
 
 Cuba Lihat Style@ gaya  baru / trend terkini   DSAi dalam memberi pidatonya,  yang memberi Impak yang berkesan kepada audience..

Nukilan ABu Luqman..Ada banyak cerita di .Sila Klik Fan Page Orang Kampung


Tiada ulasan: