PR akui kesilapan royalti minyak tertinggal
Harakahdaily, | 26 Feb 2013 |
(Anwar membetulkan manifesto Pakatan dengan diperhatikan Nazri di Pasir Puteh petang tadi)
KOTA BHARU: NGO 'R' mengucapkan syabas kepada pimpinan Pakatan Rakyat kerana berfikiran terbuka dan bersedia mengakui kesilapan serta sanggup memperbaikinya demi menjaga kepentingan rakyat.
Ini ekoran pengakuan pimpinan Pakatan bahawa mereka tertinggal memasukkan tuntutan untuk mendapatkan 20 peratus royalti minyak kepada negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang bukannya Sabah dan Sarawak sahaja.
"Saya ingin menyampaikan komen ikhlas saya kepada pimpinan tertinggi dalam PAS, PKR & juga sekritariat PR dengan ucapan syabas kerana berfikiran terbuka da bersedia mengakui kesilapan serta sanggup memperbaikinya demi menjaga kepentingan rakyat," kata Presiden R, Nazri Deraman (gambar).
R hari ini menyerah surat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, agar Pakatan Rakyat mengubah manifesto Pakatan Rakyat dengan memasukkan peningkatan Royalti daripada 5% kepada 20% untuk Negeri Negeri Pengeluar Minyak dan Gas, iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak serta negeri negeri lain yang mengeluarkan minyak di Malaysia pada masa akan datang.
R juga meminta jasa baik Anwar Ibrahim membuat pindaan dan tandatangan atas buku Manifesto Pakatan Rakyat di majlis 1 Jam Datuk Seri Anwar Bersama Rakyat Pasir Puteh pada jam 5.30 petang tadi, di Restoran Bonda, Sebelah Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh.
Sehubungan itu, R mengucapkan terima kasih kepada Anwar dan pimpinan Pakatan Rakyat kerana responsif terhadap suara rakyat di negeri pengeluar minyak dan gas.
Bayaran Royalti 20 peratus kepada negeri Kelantan, Terenganu & Pahang tidak dimasukkan dalam Menifesto PR yang dibentangkan semalam.
"Alhamdulillah sebaik sahaja perkara ini disedari.. ramai aktivis R telah menyatakan pandangan dan perkara ini telahpun pihak R sampaikan kepada pimpinan tertinggi PAS, PKR & sekritariat PR.
"Saya telah menerima penjelasan, ianya suatu kesilapan teknikal, tertinggal semasa semakan terakhir dan akan diperbetulkan segera," beritahu Nazri dalam satu kenyataannya.
Katanya, pihak pimpinan yang menghubungi beliau dan beberapa pimpinan teringgi R menyatakan kesanggupan untuk memperbaiki kesilapan dengan memasukkan janji bayaran 20 peratus royalti kepada semua negeri-negeri pengeluar minyak ke dalam manifesto PR.
Ia tidak terhad kepada Sabah dan Sarawak sebagaimana yang telah dijanjikan dalam manifesto PR sempena PRU13 yg telah dibentangkan semalam, kata Nazri.
Namun begitu, kata Nazri, beliau sendiri bersama aktivis R akan bertemu dengan Datuk Sri Anuar Ibrahim hari ini bagi menyampaikan surat secara rasmi berhubung perkara ini bagi membayangkan hasrat rakyat negeri-negeri pengeluar minyak agar perjuangan rakyat ini terus diberikan perhatian oleh PR.
Leman Raja Lawak seru Nabil, Salih teliti Buku Jingga
http://www.kedahlanie.info, | 26 Feb 2013 |
Leman Raja Lawak menyeru Nabil dan Salih teliti dahulu kandungan Buku Jingga...
Leman Raja Lawak Original
Saya minta sahabat sy saudara nabil raja lawak dan otai lawak negara saudara saleh yaakob,meneliti dan membaca dahulu isi buku jingga dan fakta jelas dlm pentadbiran negara sblum membuat satu lawak politik,kerana jika tiada isi dan fakta ,lawak yg anda lakukan itu hanyalah ibarat diperbodohkan oleh UMNO..
Saya tidak kisah anda ingin menyokong mana2 parti tp biar berfakta kerana anda berdua pelawak yg hebat dimalaysia.kita boleh merapu tapi jangan sampai merapu2 hingga menjadi najis dimasa akan datang.. Gunakanlah lawak anda untuk membina rakyat dlm negara..baca dulu fakta sblum membuat lawak untk rakyat malaysia.
Belia anak muda boleh menilai ..salam sahabat.
Yang benar
Sulaiman ibrahim (leman raja lawak)
Presiden PANGLIMA
Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama
IKON ANAK MUDA PAS
Gambar bersejarah buat Taib Mahmud yang tidak disiar
http://darisungaiderhaka.blogspot.com, | 26 Feb 2013 |
Gambar bersejarah buat Taib Mahmud yang tidak disiar BERNAMA
Sabtu lalu 23 Februari 2013, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud telah melakukan lawatan ke Long Lama sebuah bandar kecil yang terletak di kawasan Hulu Baram, Sarawak bagi mengulangi semula janji-janji yang telah dilakukannya 30 tahun lalu.
Lihat di sini.
Ke mana wang RM11,000 bantuan baiki rumah
Khairil Abdul Rahim, | 26 Feb 2013 |
Siah bersama Khalit di hadapan rumah barunya yang dibina tanpa bantuan PBR.
TEMERLOH: Seorang penduduk dari Kampung Bangau Tanjung di sini menggesa pihak berkenaan menyiasat ke mana bantuan ibu saudaranya yang disenaraikan menerima bantuan di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) sebanyak RM11,000 untuk membaikpulih rumah sedangkan tidak menerimanya.
Malah, Khalit Majid, 50, berkata ibu saudaranya Siah Ismail langsung tidak tahu menahu serta tidak mendapat apa-apa maklumat tentang kelulusan bantuan sehinggalah diberitahu oleh orang lain.
Bantuan PBR diluluskan ketika lawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika lawatan beliau ke kampung berkenaan tahun lalu.
Turut diluluskan ialah dewan bernilai RM500,000, parkir masjid RM30,000 selain 10 orang penerima bantuan PBR dengan nilai RM11,000 setiap orang.
Bantuan PBR diagihkan kepada isi rumah miskin tegar melaui kelulusan kementerian berkenaan atau berdaftar dalam Sistem e-kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Khalit berkata, kes tersebut seolah-olah menganiaya ibu saudaranya kerana orang ramai menyangka beliau mendapat bantuan sedangkan tidak mendapat apa-apa.
“Sebab itu saya mohon disiasat kerana kita khuatir mungkin ada penyelewengan di mana-mana,” katanya.
Siah, 85, yang turut berada bersama Khalit mengesahkan beliau tidak tahu apa-apa langsung sama ada diluluskan atau batal kerana tidak pernah memohon bantuan tersebut.
Bagaimanapun beliau mengaku namanya tercatat dalam surat kelulusan daripada Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.
Katanya, memang dahulu rumahnya buruk dan uzur tetapi kini telah mendiami rumah baru setelah dibina oleh anak-anaknya.
Sementara itu, seorang lagi penerima PBR Zainuddin Mohamad, 56, mengadu kerja-kerja baik pulih yang dilakukan oleh kontraktor terhadap rumah kediamannya tidak berpadanan langsung dengan kos RM11,000.
“Bantuan diluluskan RM11,000 tapi anggaran barang yang dibeli hanya sekitar RM2,500 sahaja dan tukang hanya mengambil masa tiga hari menyiapkannya,” katanya.
Tambahnya, peruntukan lulus pada bulan Disember yang lalu dan merupakan fasa kedua. Difahamkan fasa pertama juga terdapat penyelewengan sehinggakan kebanyakan penerima tidak puas hati.
Surat kelulusan Pejabat Daerah tertera nama Siah sebagai penerima bantuan.
Najib tunggu Pakatan silap
Subky Latif, | 26 Feb 2013 |
JIKA ketika rencana ini tersiar Parlimen belum dibubarkan, maka Pakatan Rakyat mesti berjaga-jaga jangan melakukan sebarang kesilapan.
Najib menunggu saja sebarang kesilapan dan dia selalu mengintai apa jua kelemahan barang sedikit dan sekecil sekarang.
Pakatan mesti melihat semula sejarah lama Pilihan Raya Umum yang PAS alami dalam tahun 1986 ketika masyarakat Cina mula didedahkan tentang perjuangan PAS. Umumnya masyrakat Cina begitu terangsang pandangan PAS tentang layanan yang perlu diberi kepada semua dan pendekatan Islam tentang penyelesaian masyarakat majmuk.
Hingga DAP dikatakan cuak dengan perhatian masyarakat Cina yang mungkin melarikan pengundinya. Hatta mendiang Dr. Tan Chee Khoon, pembangkang yang tersohor ketika itu upaya mencelah hujah PAS lalu berkata, ‘Takut ia manis mulut saja.’
PAS tidak ada upaya untuk menukar hati manusia seperti Rasulullah SAW tidak diberi kuasa memberi hidayat kepada seseorang kerana ia hak Allah saja. Pokoknya PAS mula perhatian masyarakat bukan Melayu.
Perkembangan yang positif itu amat mengecutkan perut Perdana Menteri Mahathir ketika itu. Pegawai SB Sungai Siput membayangkan perhatian Cina tentang PAS, menasihatkan saya jangan bertanding di Parlimen Parit Buntar walaupun ia tempat sedap buat PAS, kerana pengundi Melayu tidak banyak berubah.
Nasihatnya, jika saya dapat meyakinkan DAP, minta ia memberi laluan untuk saya bertanding di Ipoh, Cina Ipoh memberi undi pada saya dan tidak akan memberi undinya pada MCA. Pemimpin PAS tidak tertarik dengan cadangan itu.
Wartawan-wartawan asing termasuk pengamat politik majalah Hong Kong bertanya saya, apa keajaiban yang PAS buat hingga ia menarik perhatian Cina? Saya sendiri tidak tahu.
Dalam suasana itu PM Mahahir menghantar orang untuk bertemu pimpinan PAS, Haji Yusof Rawa dan Ustaz Fazdil Noor. Dan pertemuan itu dirahsiakan kepada semua. Saya tidak tertarik kepada idea itu. Pertemuan itu jadi diadakan.
Sehari kemudian UMNO membocorkan pertemuan itu kepada media. Seluruh masyarakat bukan Melayu hilang minat untuk mendengarpenerangan PAS. Kurang dari dua minggu Parlimen dibubarkan, PAS tidak sempat untuk membaiki kecederaan yang berlaku. PAS hanya menang satu kerusi Parlimen di Pengkalan Chepa.
Lebih 20 tahun kemudian baru masyarakat berbilang kaum tertarik semula kepada pendekatan PAS melalui Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat yang PAS ada di dalamnya tidak pernah mengalami suasana yang selesa dan kondusif seperti sekarang.
Maka Pakatan dalam masa tempoh kecederaan ini wajar berwaspada, banyakkan sabar, jangan gunakan ruang demokrasi untuk berbeza pandangan antara Karpal Singh dan Mursyidul Am dan lain-lain pimpinan PAS, jangan ada suksik-suksik tentang calon Perdana Menteri.
Kena ingat Dr. Mahathir masih segar. Otaknya sedang sepakat dengan otak Najib dan otak Rosmah mencari kelemahan dan kesilapan Pakatan. Mereka akan ambil kesempatan atas kesilapan itu. Moga-moga Allah tidak mengizinkan mereka lagi.
Pakatan terus padu, perkauman runtuh
Abd Shukur Harun, | 26 Feb 2013 |
Dewan SACC Shah Alam telah penuh sesak dalam dan luar dewan, termasuk perwakilan dari Sabah dan Sarawak yang menerima samabutan meriah dari yang hadir.
Kehadiran perwakilan PR dari Sabah dan Sarawak itu memberikan gambaran bahawa dua negeri di bawah bayu itu akan turut serta, bersama rakyat di Semenanjung, menghantar tsunami politik hingga ke Puterajaya dalam PRU akan datang.
Tentunya tidak ragu-ragu lagi bahawa PAS yang menjadi komponen penting Pakatan Rakyat itu memberikan dokongan sangat kuat akan perpaduan dalam Pakatan.
Dengan itu musuh Pakatan Rakyat tewas dalam usaha mereka untuk memecahbelahkan Pakatan dan menghasut supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat.
Di atas pentas, pimpinan Pakatan – Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abd Hadi Awang dan Lim Kit Siang serta pemimpin lain Pakatan duduk beriringan dengan penuh ceria, menunjukkan keazaman yang sama untuk memelihara perpaduan dalam Pakatan Rakyat.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pakatan Rakyat telah membuktikan perpaduan dan muafakat yang erat walaupun kadang-kadang berbeza pendapat.
Beliau mengingatkan agar Pakatan Rakyat memelihara perpaduan yang dibina selama ini kerana parti lawan sedia untuk mengambil kesempatan.
Presiden PAS itu juga turut menegaskan lima perkara yang menjadi harapan rakyat iaitu Pakatan Rakyat mesti melaksanakannya.
Iaitu perpaduan masyarakat majmuk, adil terhadap semua, demokrasi hak rakyat sebenar, kehebatan perlembagaan dan undang-undang yang adil dan kerajaan yang bersih.
"Inilah harapan rakyat, kita perlu sedar dan faham lima perkara ini yang menjadi harapan rakyat," katanya ketika meneruskan ucapan dalam Konvensyen Pakatan itu.
Ucapan beliau yang penting itu menekankan bahawa semua kaum yang ada di Malaysia telah menerima hakikat masyarakat majmuk melalui Pakatan Rakyat yang telah diterjemahkan melalui PRU 2008 yang lalu.
Presiden PAS itu berkata, apabila orang Melayu/Islam yang kuat PAS boleh mengundi calon DAP dan PKR dari kalangan bukan Islam, apabila orang kuat DAP dan pelbagai kaum dan agama boleh mengundi calon PAS dan PKR dari kalangan Melayu/Islam. Mereka sedia mengalahkan calon dari bangsa mereka sendiri, katanya.
Dengan senario ini, tegas beliau, Pakatan Rakyat telah berjaya memecahkan fanatik perkauman yang dihidupkan oleh BN selama ini dan sudah dianggap tidak relevan lagi.
"Kita terima pelbagai kaum dalam satu adunan yang baik, pelbagai budaya dan pengalaman yang disatukan. Kita boleh bina kekuatan Pakatan Rakyat dengan menyatukan pelbagai bagai kaum atas konsep dalam perlembagaan yang tdak mampu dilakukan oleh BN," katanya
Sementara itu, intipati utama dalam manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan dalam konvensyen tersebut ialah memfokaskan perhatian kepedulian Pakatan Rakyat kepada rakyat pelbagai kaum yang terbahagi kepada empat tonggak utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat.
Konvensyen tersebut berakhir dengan ikrar daripada pimpinan ketiga-tiga parti dan seluruh perwakilan.
Bacaan ikrar diketuai Datuk Takiyuddin Hassan (PAS), Teresa Kok (DAP) dan Darell Leiking (PKR). Ikrar tersebut berbunyi:
1. Akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Dasar-dasar Bersama Pakatan Rakyat.
2. Akan memperkukuhkan kerjasama dalam kalangan anggota parti komponen Pakatan Rakyat.
3. Akan menumpukan sepenuh usaha dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.
4. Akan terus mengukuhkan jati diri dan menghindari segala rasuah yang mendorong ke arah pengkhianatan terhadap perjuangan Pakatan Rakyat.
5. Akan tetap menjunjung harapan rakyat ke arah membina sebuah negara yang demokratik, adil dan berkebajikan.
Ikrar bertulis itu kemudiannya diserahkan kepada tiga pemimpin parti iaitu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS), Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) dan Lim Guan Eng (DAP).
Selepas itu, Mursyidul Am PAS, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyampaikan doa, mengakhiri konvensyen dengan memohon keredhaan dan keberkatan Ilahi menjayakan cita-cita murni Pakatan Rakyat.
Dua kejayaan yang sangat bermakna yang diserlahkan Konvensyen Pakatan Rakyat itu ialah pertama, memperkukuh perpaduan dalam komponan Pakatan Rakyat, kedua meruntuhkan tembuk perkauman yang selama ini menjadi hambatan besar kepada perpaduan nasional, malah bertentangan sama sekali dengan Islam.
Untuk selama lebih setengah abad, negara dicengkam oleh fahaman perkauman yang menjadi senjata ampuh parti pemerintah untuk mengekalkan kuasa. Namun, tanda-tanda sangat jelas bahawa era gelap ini akan berakhir pada PRU akan datang. Iaitu hampir sama seperti zaman gelap Eropah yang dimonopoli kaum pemodal, golongan tertentu dan Yahudi, membiarkan rakyat miskin dan tertekan, kepada zaman kebangkitan, keluar dari zaman gelap.
Jika Pakatan memenangi PRU nanti, dengan izin Allah, Malaysia akan bertukar wajah. Ia akan menjunjung tinggi ilmu, memartabat insan, menentang ketidakadilkan, segala bentuk penyelewengan, rasuah dan segala kemungkaran.
Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam itu memperlihatkan tekad dan mendokong kebangkitan rakyat untuk membina sebuah masyarakat baru Malaysia yang penuh adil.
Kenya pun sudah ada debat untuk pilih Presiden
Harakahdaily, | 26 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR:
Sejarah Kenya tercipta di Brookhouse International School, Nairobi
pada malam 11 Februari lalu ketika lapan calon turun ke podium debat
untuk membahas berbagai program tawaran mereka sebagai Presiden Kenya.
Perkara itu dilaporkan media nasional Kenya Africa Review.
Pada awalnya hanya enam calon yang dijadualkan tetapi dua calon yang disekat akhirnya diputuskan untuk turut mengambil bahagian.
Mereka adalah Perdana Menteri Raila Odinga, dua wakilnya Uhuru Kenyatta dan Musalia Mudavadi, mantan anggota parlimen Martha Karua, Peter Kenneth dan Paul Muite serta mantan Setiausaha Tetap Kementerian James ole Kiyiapi dan mantan guru Mohammed Abduba Dida.
Setelah memperkenalkan diri, calon diminta untuk memberikan perspektif mereka tentang etnisitas yang dianggap sebagai pendorong utama politik Kenya.
Perdebatan itu disiarkan langsung secara lokal pada lapan saluran TV dan 34 stesen radio. Media antarabangsa termasuk BBC, CNN, Reuters dan Al Jazeera juga membuat liputan acara bersejarah tersebut.
Di bawah adalah petikan ulasan blogger Omak Kau berhubung debat tersebut.
Negara Kenya, negara yang dikatakan jauh lebih mundur dari Malaysia, negara di mana warga yang tahu membaca dan berilmu jauh lebih kecil dari Malaysia, negara yang mempunyai rakyat hidup di bawah paras kemiskinan jauh lebih besar dari Malaysia, sudah pun diadakan DEBAT secara LIVE uantuk membolehkan rakyatnya membuat penilaian tepat untuk siapa yang lebih layak menjadi Presiden Kenya.
Malaysia di bawah Umno BN pimpinan Najib Razak yang sering kali berucap tidak takut dan gentar dengan sesiapa, mendabik dada bercakap besar, sombong dan angkuh kerajaan pimpinannya mendapat sokongan padu dan jitu dari rakyat.
Diwar-warkan di semua media arus perdana sama ada cetak mahupun elektronik yang Najib Razak ke mana saja berada akan disambut puluhan ribu rakyat sambil membawa plakad I LOVE PM tetapi menikus untuk menyahut cabaran berdebat dengan Anwar Ibrahim.
Perkara itu dilaporkan media nasional Kenya Africa Review.
Pada awalnya hanya enam calon yang dijadualkan tetapi dua calon yang disekat akhirnya diputuskan untuk turut mengambil bahagian.
Mereka adalah Perdana Menteri Raila Odinga, dua wakilnya Uhuru Kenyatta dan Musalia Mudavadi, mantan anggota parlimen Martha Karua, Peter Kenneth dan Paul Muite serta mantan Setiausaha Tetap Kementerian James ole Kiyiapi dan mantan guru Mohammed Abduba Dida.
Setelah memperkenalkan diri, calon diminta untuk memberikan perspektif mereka tentang etnisitas yang dianggap sebagai pendorong utama politik Kenya.
Perdebatan itu disiarkan langsung secara lokal pada lapan saluran TV dan 34 stesen radio. Media antarabangsa termasuk BBC, CNN, Reuters dan Al Jazeera juga membuat liputan acara bersejarah tersebut.
Di bawah adalah petikan ulasan blogger Omak Kau berhubung debat tersebut.
Negara Kenya, negara yang dikatakan jauh lebih mundur dari Malaysia, negara di mana warga yang tahu membaca dan berilmu jauh lebih kecil dari Malaysia, negara yang mempunyai rakyat hidup di bawah paras kemiskinan jauh lebih besar dari Malaysia, sudah pun diadakan DEBAT secara LIVE uantuk membolehkan rakyatnya membuat penilaian tepat untuk siapa yang lebih layak menjadi Presiden Kenya.
Malaysia di bawah Umno BN pimpinan Najib Razak yang sering kali berucap tidak takut dan gentar dengan sesiapa, mendabik dada bercakap besar, sombong dan angkuh kerajaan pimpinannya mendapat sokongan padu dan jitu dari rakyat.
Diwar-warkan di semua media arus perdana sama ada cetak mahupun elektronik yang Najib Razak ke mana saja berada akan disambut puluhan ribu rakyat sambil membawa plakad I LOVE PM tetapi menikus untuk menyahut cabaran berdebat dengan Anwar Ibrahim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan