Ku Nan nafi dakwaan BN terlibat beri IC
dikemaskini Setiausaha
BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan dakwaan bahawa parti
itu terlibat dalam pemberian kad pengenalan kepada warga asing seperti
yang didakwa dalam sebuah klip video yang diterimanya semalam.
Sebaliknya, beliau mendakwa video klip itu daripada pembangkang dan ia dihantar oleh pihak yang tidak dikenali melalui aplikasi telefon WhatsApp.
Klip video tersebut kini telah dimuatnaik ke laman Youtube.
"Kami tak buat begitu... tak ada kerja lain ke... Ini satu taktik kotor," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Klip video selama 59 saat itu antara lain memaparkan babak sekumpulan yang didakwa warga Bangladesh bertempiaran lari sambil menjerit perkataan 'polis' beberapa kali.
Kemudian, babak kumpulan itu ditahan sambil duduk mencangkung dengan seorang anggota polis menghampiri mereka dan suara latar dalam video tersebut menyebut: "Lari apa, aku nak bagi IC saja".
"Suara itu bukan daripada polis (dalam klip video itu), tetapi suara daripada orang lain," kata Tengku Adnan yang mesra dipanggil Ku Nan.
Video klip itu juga memaparkan tulisan-tulisan "You help me I help you" sewaktu penyerahan kad pengenalan kepada warga Bangladesh, "Jangan terkejut, pekerja asing juga boleh undi di Malaysia di bawah BN" termasuk bendera BN yang dipangkah dengan tulisan "Say no to Barisan Nasional".
Di akhir video klip itu tertulis "Inilah hasil kerja golongan yang terdesak untuk dapat kuasa".
Malaysiakini memperolehi video klip tersebut versi asal daripada Tengku Adnan dan pertambahan perkataaan 'fitnah' pada video klip versi yang dimuatnaik ke Youtube.
Beliau mengakui perkataan 'fitnah' itu ditambah oleh pihaknya pada versi Youtube.
Ditanya sama ada beliau yang juga ahli parlimen Putrajaya akan membuat laporan polis, Tengku Adnan berkata beliau akan memaklumkan perkara tersebut terlebih dahulu kepada pihak pengurusan Umno dan BN.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu dalam laman sosial Facebooknya, Tengku Adnan menempelak pembangkang yang didakwanya "suka melempar fitnah, menipu membuat manipulasi dan melakukan pelbagai kerja kotor".
"Sudah, sudahlah... Kerajaan yang telus tidak pernah bertindak demikian, BN telus dan PM pun dah metrai ikrar integriti. Pembangkang sudah kehabisan modal, tak ada kerja.
"Bayangkanlah bagaimana rupa kerajaan akan datang kalau puak-puak yang menipu ini yang menang dalam PRU... Nauzubillah... Semoga kita dipelihara Allah," katanya.
Kerajaan telah menubuhkan suruhanjaya diraja menyiasat isu pendatang di Sabah dan prosidingnya sedang berjalan.

13,291,385 orang sah jadi pengundi PRU13 setakat ini
Jika
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan dalam masa terdekat, jumlah
keseluruhan yang layak mengundi ialah seramai 13,291,385 orang.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ini termasuk 243,204 pemilih baharu yang mendaftar pada suku keempat tahun 2012.
Bagaimanapun, beliau berkata mereka yang mendaftar sebagai pemilih pada suku pertama tahun 2013 masih ada harapan untuk mengundi dalam PRU-13 jika Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri dibubar pada hujung April, dan hari pengundian diadakan selepas cukup tempoh 60 hari.
"Sekarang ni dah bulan Februari, paling lewat Dewan Rakyat dibubarkan ialah 30 April. Jadi maknanya, paling lewat SPR akan mengumumkan (PRU-13) dalam tempoh dua bulan, mungkin sampai ke akhir bulan Jun ataupun Julai (hari pengundian)," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat serta menyerahkan watikah pelantikan pengurus pilihan raya bagi negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang di Langkawi semalam.
Mengulas pemantau dari luar untuk PRU-13, Abdul Aziz berkata setakat ini, SPR belum menerima sebarang nama, namun menjangkakan pemantau dari negara Asean akan melibatkan diri.
- Bernama
Saman itu difailkan di pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur petang ini melalui firma guaman M/s Daim & Gamany.
Deepak mendakwa perdana menteri telah mengucapkan perkataan fitnah itu dalam satu sidang akhbar bulan lepas, selepas mempengerusikan satu mesyuarat BN.
Peniaga memetik satu laporan di Malaysiakini bertajuk PM dismisses Deepak's allegations as 'not true', di mana Deepak mendakwa Najib telah mencemar reputasinya semasa sidang akhbar itu.
Deepak mendakwa, kenyataan yang dibuat oleh Najib itu membawa maksud beliau (Deepak) seorang yang tidak mempunyai reputasi yang baik, seorang penipu dan tidak boleh dipercyai, seorang yang rendah moral, dan tidak layak untuk mengadakan perhubungan profesional.
Deepak menuntut gantirugi am, gantirugi teruk dan gantirugi teladan.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ini termasuk 243,204 pemilih baharu yang mendaftar pada suku keempat tahun 2012.
Bagaimanapun, beliau berkata mereka yang mendaftar sebagai pemilih pada suku pertama tahun 2013 masih ada harapan untuk mengundi dalam PRU-13 jika Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri dibubar pada hujung April, dan hari pengundian diadakan selepas cukup tempoh 60 hari.
"Sekarang ni dah bulan Februari, paling lewat Dewan Rakyat dibubarkan ialah 30 April. Jadi maknanya, paling lewat SPR akan mengumumkan (PRU-13) dalam tempoh dua bulan, mungkin sampai ke akhir bulan Jun ataupun Julai (hari pengundian)," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat serta menyerahkan watikah pelantikan pengurus pilihan raya bagi negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang di Langkawi semalam.
Mengulas pemantau dari luar untuk PRU-13, Abdul Aziz berkata setakat ini, SPR belum menerima sebarang nama, namun menjangkakan pemantau dari negara Asean akan melibatkan diri.
- Bernama
Deepak saman Najib atas dakwaan fitnah
Deepak
Jaikishan hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak kerana komen dan dakwaannya bahawa ahli
perniagaan itu "tidak boleh dipercayai".Saman itu difailkan di pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur petang ini melalui firma guaman M/s Daim & Gamany.
Deepak mendakwa perdana menteri telah mengucapkan perkataan fitnah itu dalam satu sidang akhbar bulan lepas, selepas mempengerusikan satu mesyuarat BN.
Peniaga memetik satu laporan di Malaysiakini bertajuk PM dismisses Deepak's allegations as 'not true', di mana Deepak mendakwa Najib telah mencemar reputasinya semasa sidang akhbar itu.
Deepak mendakwa, kenyataan yang dibuat oleh Najib itu membawa maksud beliau (Deepak) seorang yang tidak mempunyai reputasi yang baik, seorang penipu dan tidak boleh dipercyai, seorang yang rendah moral, dan tidak layak untuk mengadakan perhubungan profesional.
Deepak menuntut gantirugi am, gantirugi teruk dan gantirugi teladan.
Aziz jangka Parlimen dibubar selepas LIMA
LANGKAWI:
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof
menjangka Parlimen akan dibubarkan selepas berakhirnya Pameran Udara dan
Maritim Langkawi (LIMA) 2013.
LIMA 2013 akan berlangsung selama lima hari mulai 26 Mac hingga 30 Mac ini.
Astro Awani.com memetik Aziz berkata demikian ketika ditemui media selepas taklimat bersama Pengarah-Pengarah Pilihan Raya zon utara di Langkawi hari ini.
Jangkaan itu bagaimanapun, tegas Aziz, adalah pandangan peribadi beliau.
Beliau percaya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Dewan Rakyat selepas selesai LIMA 2013 kerana pameran itu telah dirancang sejak dua tahun lalu.
"Ini logik saya lah, takkan lah dia (Najib) yang pernah jadi Menteri Pertahanan, banyak kali terlibat dalam LIMA, tiba-tiba nak bubar sebelum LIMA," kata Aziz lagi.
Pengerusi SPR itu juga ditanya mengenai desas-desus yang mengatakan ramai pelabur dari luar negara akan menarik diri jika Parlimen dibubarkan sebelum LIMA 2013.
Menurut Abdul Aziz, Najib sangat arif mengenai kepentingan pelaburan asing yang akan dijana sempena penganjuran pameran berkenaan.
Justeru, Aziz secara peribadi yakin PRU-13 akan berlangsung selepas penganjuran LIMA 2013.

Sinar Harian mohon maaf siar tulisan Ridhuan Tee
VIDEO l 1:28 secs
Sinar Harian hari ini memohon maaf kepada orang India beragama Hindu atas penyiaran rencana provokatif tulisan pensyarah kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Isnin lalu.
Permohonan maaf itu disampaikan oleh penasihat editorialnya, Datuk Abdul Jalil Ali di hadapan kira-kira sepuluh penunjuk perasaan yang tidak berpuas hati dengan rencana itu dan berhimpun di pintu masuk pejabat Karangkraf tengahari tadi.
Menurut Abdul Jalil, Sinar Harian akan menerbitkan permohonan maaf itu tidak lama lagi dan beliau sendiri akan mengulangi permohonan maaf berkenaan perkara itu dalam kolumnya pada hari Khamis minggu hadapan.
"Saya mengakui saya telah melakukan kesilapan dan saya mohon maaf sebab dalam kerja kita sehari-hari kita terlepas pandang.
"Yang ini saya terlepas pandang. Saya editornya. Bagi pihak seluruh karyawan Sinar Harian saya mohon maaf atas keterlanjuran ini," kata Abdul Jalil.
Beliau turut menyatakan komitmennya, menggesa Mohd Ridhuan Tee memohon maaf di atas perkara itu.
"Saya betul-betul minta maaf dan saya juga akan minta Ridhuan Tee memohon maaf," katanya kepada kumpulan itu.
Kumpulan tersebut diwakili tiga NGO iaitu Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Malaysia Padmasri Kelab peminat Dr Kamalhassan dan Pertubuhan Prihatin Nadi Rakyat Malaysia.
Mereka membawa sepanduk replika muka depan akhbar Sinar Harian yang tertulis "Jangan hasut kebencian kaum" sewaktu berhimpun di pintu masuk pejabat itu.
Keadaan pada awalnya sedikit tegang apabila mereka kelihatan tidak berpuas hati dan meninggikan suara apabila mendengar Jalil mengakui pihaknya menyunting rencana tersebut.
"Awak cakap betul-betul, ini awak punya kenyataan. Jangan tukar-tukar cakap," kata Ramesh Rao dari Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin.
Bagaimana pun keadaan kembali reda selepas Abdul Jalil menjelaskan suntingan berkenaan dibuat untuk mengurangkan nada perkauman dalam rencana asal dan memohon maaf tentang perkara itu.
Abdul Jalil kemudiannya didakap oleh Indran Sagaran dari Kelab Peminat Kamalhassan yang kelihatan terharu dengan permohonan maaf beliau.
Kumpulan berkenaan yang ditemui kemudiannya berpuas hati dan menerima permohonan maaf tersebut.
"Saya rasa wajar, jelas dan ikhlas. Beliau (Abdul Jalil) minta maaf secara terbuka depan media, itu yang kita mahu," katanya.
Namun, mereka akan terus menunggu permohonan maaf dari Ridhuan Tee sendiri berkenaan tulisannya itu.
1. PKR bidas tulisan provokatif Ridhuan Tee
Walaupun butir-butir pengambilalihan yang dicadangkan ahli perniagaan itu tidak diketahui, tetapi sebahagian daripadanya mungkin melibatkan subsidi bahan api jangka panjang oleh kerajaan untuk sehingga 60 tahun, kata mereka.
Bagaimanapun, satu sumber yang rapat dengan Syed Mokhtar menafikan wujudnya cadangan untuk mengambil alih MAS.
"Kami menafikan sekeras-kerasnya... Ini semua adalah permainan pilihan raya," katanya.
Bagaimanapun, dua sumber berasingan mengesahkan bahawa perkara itu sedang diusahakan pada masa ini walaupun butiran mengenainya belum jelas kerana masih terlalu awal. Khazanah tidak menjawab soalan-soalan yang dihantar.
Baca berita Penuh di KiniBiz
Polis hari ini merakamkan kenyataan Charles, pemandu lori itu, Foo Voon Kong dan wartawan berkenaan di pejabat ahli parlimen itu pagi ini.
"Mereka datang pada jam 9.15 pagi dan menemui kami bertiga. Mereka selesai merakam kenyataan kami pada jam 10.30 pagi," kata Charles.
"Polis telah mengklasifikasikan kes itu di bawah 500 Seksyen untuk fitnah jenayah," katanya, sambil menambah bahawa polis juga merampas laptop dan buku nota wartawan berkenaan.
Kesalahan bagi fitnah jenayah membawa hukuman dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya.
Ia telah dilaporkan sebelum ini bahawa surirumah Pua Bee Chun, 22 - yang sedang duduk di tempat duduk penumpang kereta yang dipandu oleh seorang rakan lelaki - terbunuh selepas polis melepaskan 25 das tembakan pada kereta itu yang dilaporkan sebagai dicuri.
Sinar Harian hari ini memohon maaf kepada orang India beragama Hindu atas penyiaran rencana provokatif tulisan pensyarah kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Isnin lalu.
Permohonan maaf itu disampaikan oleh penasihat editorialnya, Datuk Abdul Jalil Ali di hadapan kira-kira sepuluh penunjuk perasaan yang tidak berpuas hati dengan rencana itu dan berhimpun di pintu masuk pejabat Karangkraf tengahari tadi.
Menurut Abdul Jalil, Sinar Harian akan menerbitkan permohonan maaf itu tidak lama lagi dan beliau sendiri akan mengulangi permohonan maaf berkenaan perkara itu dalam kolumnya pada hari Khamis minggu hadapan.
"Saya mengakui saya telah melakukan kesilapan dan saya mohon maaf sebab dalam kerja kita sehari-hari kita terlepas pandang.
"Yang ini saya terlepas pandang. Saya editornya. Bagi pihak seluruh karyawan Sinar Harian saya mohon maaf atas keterlanjuran ini," kata Abdul Jalil.
Beliau turut menyatakan komitmennya, menggesa Mohd Ridhuan Tee memohon maaf di atas perkara itu.
"Saya betul-betul minta maaf dan saya juga akan minta Ridhuan Tee memohon maaf," katanya kepada kumpulan itu.
Kumpulan tersebut diwakili tiga NGO iaitu Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Malaysia Padmasri Kelab peminat Dr Kamalhassan dan Pertubuhan Prihatin Nadi Rakyat Malaysia.
Mereka membawa sepanduk replika muka depan akhbar Sinar Harian yang tertulis "Jangan hasut kebencian kaum" sewaktu berhimpun di pintu masuk pejabat itu.
Keadaan pada awalnya sedikit tegang apabila mereka kelihatan tidak berpuas hati dan meninggikan suara apabila mendengar Jalil mengakui pihaknya menyunting rencana tersebut.
"Awak cakap betul-betul, ini awak punya kenyataan. Jangan tukar-tukar cakap," kata Ramesh Rao dari Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin.
Bagaimana pun keadaan kembali reda selepas Abdul Jalil menjelaskan suntingan berkenaan dibuat untuk mengurangkan nada perkauman dalam rencana asal dan memohon maaf tentang perkara itu.
Abdul Jalil kemudiannya didakap oleh Indran Sagaran dari Kelab Peminat Kamalhassan yang kelihatan terharu dengan permohonan maaf beliau.
Kumpulan berkenaan yang ditemui kemudiannya berpuas hati dan menerima permohonan maaf tersebut.
"Saya rasa wajar, jelas dan ikhlas. Beliau (Abdul Jalil) minta maaf secara terbuka depan media, itu yang kita mahu," katanya.
Namun, mereka akan terus menunggu permohonan maaf dari Ridhuan Tee sendiri berkenaan tulisannya itu.
1. PKR bidas tulisan provokatif Ridhuan Tee
Syed Mokhtar intai Malaysia Airlines
Ahli
Perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary telah mencadangkan kepada
kerajaan pusat untuk mengambil alih 69.3 peratus kepentingan syarikat
pelaburan negara, Khazanah Nasional Bhd dalam Malaysia Airlines, kata
sumber.Walaupun butir-butir pengambilalihan yang dicadangkan ahli perniagaan itu tidak diketahui, tetapi sebahagian daripadanya mungkin melibatkan subsidi bahan api jangka panjang oleh kerajaan untuk sehingga 60 tahun, kata mereka.
Bagaimanapun, satu sumber yang rapat dengan Syed Mokhtar menafikan wujudnya cadangan untuk mengambil alih MAS.
"Kami menafikan sekeras-kerasnya... Ini semua adalah permainan pilihan raya," katanya.
Bagaimanapun, dua sumber berasingan mengesahkan bahawa perkara itu sedang diusahakan pada masa ini walaupun butiran mengenainya belum jelas kerana masih terlalu awal. Khazanah tidak menjawab soalan-soalan yang dihantar.
Baca berita Penuh di KiniBiz
MP, suami dan wartawan disiasat dakwaan fitnah jenayah
Ahli Parlimen Charles Santiago serta seorang pemandu lori dan seorang wartawan Malay Mail
disiasat berkaitan dakwaan fitnah jenayah, berhubung laporan kematian
seorang surirumah yang telah ditembak mati oleh beberapa anggota polis
bulan lepas.Polis hari ini merakamkan kenyataan Charles, pemandu lori itu, Foo Voon Kong dan wartawan berkenaan di pejabat ahli parlimen itu pagi ini.
"Mereka datang pada jam 9.15 pagi dan menemui kami bertiga. Mereka selesai merakam kenyataan kami pada jam 10.30 pagi," kata Charles.
"Polis telah mengklasifikasikan kes itu di bawah 500 Seksyen untuk fitnah jenayah," katanya, sambil menambah bahawa polis juga merampas laptop dan buku nota wartawan berkenaan.
Kesalahan bagi fitnah jenayah membawa hukuman dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya.
Ia telah dilaporkan sebelum ini bahawa surirumah Pua Bee Chun, 22 - yang sedang duduk di tempat duduk penumpang kereta yang dipandu oleh seorang rakan lelaki - terbunuh selepas polis melepaskan 25 das tembakan pada kereta itu yang dilaporkan sebagai dicuri.
Perarakan tuntut p'raya adil, bebas di Sabah bermula
VIDEO l 0:50 secs
Seramai 47 orang menyertai perjalanan selama tiga hari bermula di Tambunan menuju ke Penampang bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil di Sabah.
Aktivis, Andrew Ambrose memberitahu, kumpulan perarakan itu mula berkumpul di pekan Tambunan seawal jam 8 pagi dan mula berjalan pada jam 10.45 pagi.
Menurut Andrew, kira-kira 500 orang rakyat Sabah dan beberapa pemimpin daripada DAP, PKR, parti STAR dan Parti Maju Sabah (SAPP) hadir bagi melepaskan perarakan itu.
Tiada wakil BN yang hadir walaupun jemputan telah diberikan, tambahnya.
Ketika itu, katanya lagi, kelihatan sebuah kereta peronda berhampiran tempat tersebut serta lapan anggota polis beruniform.
Bagaimanapun, tambahnya, mereka hanya memantau dari jauh.
"Sebelum pelepasan, kita adakan taklimat kesihatan dari Mercy Malaysia juga doa dari umat Katolik, Muslim dan Buddha.
"Terdapat juga kira-kira 15 peserta dari Semananjung dari kumpulan Himpunan Hijau turut serta dalam perjalanan ini.
"Buat masa ini tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Kami juga akan berhenti ke hentian pertama pada jam 12.30 petang nanti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Berdasarkan publisiti acara itu, perjalanan dari Tambunan ke Penampang sejauh kira-kira 60 kilometer dengan merentasi banjaran Crocker dan dijadualkan berakhir di Dewan Pegansakan, Penampang pada hari Ahad ini.
Sehubungan itu, Andrew berkata lagi, acara yang digelar 'Tak Berdiam Lagi- Bangkit dan Jalan' itu juga kini berhenti di Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan bagi memberi ruang kepada peserta beragama Islam untuk menunaikan solat Jumaat.
"Tidak ada polis (yang ikut). Kami jaga keselamatan kami sendiri. Kami ada orang yang akan jaga. Saya kini sudah bersama peserta dihentian pertama," katanya lagi.
Menurut Andrew ketika perarakan yang bermula dari Pasar Tambunan itu, tiada anggota polis yang mengiringi mereka sewaktu berjalan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan