Sabtu, 9 Februari 2013

BILA DOSA2 KITA MULA DIRASAI MENERIMA HUKUMAN DARI ALLAH SWT

Seorang Mahathir Yang Makin Kalut Dan Melalut
Posted on Friday, February 08 @ 19:06:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Shahbudin Husin

Sejak wujudnya RCI yang berperanan untuk menyelesaikan isu pendatang asing di Sabah, Mahathir yang dikaitkan berperanan memberikan kad pengenalan kepada mereka untuk membolehkan menjadi pengundi yang sah, beliau telah memberi tiga reaksi yang berbeza mengenainya. Nampak benar beliau sedang kalut dengan isu tersebut.

Pada peringkat awal inkuiri, nama Mahathir telah dikaitkan sebagai orang yang berperanan memberi kelulusan kepada projek itu melalui dua orang kanannya iaitu aruah Megat Junid Megat Ayob dan Aziz Shamsuddin. Projek itu dilaksanakan untuk memastikan UMNO yang baru dikembangkan ke Sabah dapat menumbangkan PBS dalam pilihanraya 1994. Bagaimanapun PBS terus berkuasa dengan kelebihan dua kerusi tetapi berikutan tindakan beberapa ADUN PBS melompat parti selepas itu, UMNO akhirnya dapat juga berkuasa di Sabah.

Ketika namanya disebut sebagai dalang utama pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing itu, Mahathir cuba berdalih dengan mengatakan Tunku Abdul Rahman lebih teruk daripadanya kerana telah memberikan sejuta kad pengenalan kepada pendatang daripada China dan India ketika awal kemerdekaan dulu.

Mahathir juga bertegas bahawa jika RCI juga patut ditubuhkan untuk menyiasat apa yang dilakukan oleh Tunku itu.

Dalam hal ini Mahathir mungkin terlupa atau buat-buat lupa bahawa pemberian kewarganegaraan kepada orang Cina dan India ketika awal kemerdekaan dulu adalah syarat yang dipersetujui dengan British, tambahan pula mereka sudah berada di negara ini lebih awal daripada itu sama ada sebagai peniaga atau buruh kasar kepada penjajah British.

Sebagai timbal balik dan atas dasar peri kemanusiaan, maka British mahukan mereka itu diberikan kerakyatan Malaysia dan Tunku menyetujuinya kerana ingin memerdekakan negara ini.

Pemberian kerakyatan oleh Tunku itu tidak dipertikaikan oleh sesiapa, baik dulu mahupun sekarang dan kehidupan sebagai masyarakat majmuk dan berbilang kaum telah diterima dengan baik oleh semua orang.

Hanya Mahathir yang cuba mempertikaikan apa yang dilakukan oleh Tunku itu, semata-mata dengan niat untuk menjadikan dirinya dilihat bersih dan tidak bersalah dalam isu pendatang asing di Sabah itu.

Menyedari bahawa beliau reaksinya itu menimbulkan perasaan kurang senang kepada masyarakat Cina dan India kerana kesahihan kewarganegaraan datuk nenek mereka telah dipertikaikan sehingga beberapa parti komponen BN seperti MCA dan Gerakan turut bersuara membantah kenyataan Mahathir itu, beliau kemudiannya mengambil sikap berdiam diri.

beliau tahu jika terus bersuara menyalahkan Tunku ia mungkin memberi reaksi yang berpanjangan daripada masyarakat Cina dan India dan akhirnya mungkin menghakis lebih banyak sokongan daripada kedua-dua kaum itu dalam pilihanraya akan datang nanti.

Mahathir kemudian cuba pula menyalahkan Anwar, bekas timbalannya sebagai orang yang bertanggungjawab dalam hal itu. Beliau menggunakan hujah bahawa ia dilaksanakan seiring dengan keinginan Anwar untuk merampas negeri itu daripada tangan PBS dan seterusnya menguasai politik Sabah.

Tetapi setelah Anwar menafikan perkara itu dan menyifatkan ia sebagai tuduhan yang tidak berasas serta tiada bukti untuk mengaitkannya terlibat dalam sebarang mesyuarat mengenai perkara itu, sekali lagi Mahathir terdiam dibuatnya.

Percubaannya untuk melempar najis ke tubuh Anwar tidak berhasil. Lebih daripada itu orangramai tidak mempercayai dakwaan Mahathir itu. Ini kerana pada tahun 1994 itu, Mahathir adalah Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri manakala Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Sudah tentulah sesiapa pun percaya dan yakin bahawa projek pemberian kad pengenalan adalah dibawah bidang kuasa kementerian yang dikuasai oleh Mahathir. Lainlah jika projek membina jalan atau membuat jambatan, barulah Anwar sebagai Menteri Kewangan ada suara mengenainya.

Sekali tidak dapat membersihkan dirinya, Mahathir nampaknya tidak akan berpuas hati. Beliau tetap mencari helah untuk membersihkan dirinya.

Terbaru Mahathir mengakui beliau bertanggungjawab memberikan kad pengenalan kepada ratusan ribu pendatang asing itu tetapi memberitahu beliau tidak mungkin mempunyai kawalan sepenuhnya, terutama ketika proses pelaksanaannya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau hanya bersetuju pemberian itu diberikan kepada mereka yang layak saja dan tidak mengetahui jika ia turut diberikan kepada pendatang asing yang tidak layak.

Lihat, Mahathir masih cuba berhelah lagi. Oleh kerana nama Megat Junid dan Aziz Shamsuddin telah disebut dalam inkuari RCI sebagai orang kepercayaan Mahathir yang diarahkan untuk melaksanakan projek pemberian kad pengenalan itu, Mahathir cuba melepaskan tanggungjawabnya kepada kedua-dua orang bawahannya itu.

Dalam erti kata lain, Mahathir kali ini cuba memberitahu bahawa meskipun beliau meluluskan projek itu tetapi kesalahan di peringkat perlaksanaan bukanlah tanggungjawabnya lagi. Ia adalah salah Megat Junid dan Aziz Shamsuddin.

Tetapi oleh kerana hanya Aziz Shamsuddin masih hidup dan bernyawa, Mahathir tentunya tidak mahu terburu-buru menyebut nama bekas Setiausaha Politiknya sebagai pihak yang bertanggungjawab kerana mungkin Aziz mempunyai bukti lain yang menidakkan penglibatannya dalam projek itu.

Jika itu berlaku, sekali lagi Mahathir akan dimalukan.

Namun dengan memberi tiga reaksi yang berbeza-beza mengenai isu kad pengenalan kepada pendatang asing itu jelas membuktikan bahawa Mahathir masih berusaha mencari jalan untuk membersihkan namanya. Beliau sedang mencari seseorang untuk dipersalahkan.

Tidak mustahil jika beliau terus bersuara mengenainya selepas ini, Mahathir akan terus menyebut nama Megat Junid sebagai orang yang ingin dipersalahkannya. Sebagai orang kanannya dan menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Megat Junid memang ada kewajaran jika dikaitkan dengan perkara itu.

Tetapi yang lebih penting ialah Megat Junid tidak mampu lagi menunjuk bukti dan mempertahankan dirinya. Kedudukannya yang sudah menjadi aruah mungkin mampu menyelamatkan Mahathir. (SH 07/02/2013)

Sumber: shahbudindotcom.blogspot.com


  Video Mesyuarat bagi ganggu ceramah Mazlan Aliman tersebar!!.. Saksikan!!
Posted on Friday, February 08 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh: AnakSgDerhaka

" Pada 4 Februari yang lalu program ceramah oleh Pengerusia ANAK, Saudara Mazlan Aliman di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor dilaporkan telah diganggu oleh sekumpulan samseng-samseng upahan dipercayai dari UMNO, PERKASA dan juga MIC.

 Tindakan yang tidak demokratik itu telah menyebabkan program tersebut terpaksa dibatalkan atas faktor-faktor keselamatan.

Menurut saudara Mazlan ketika baru memberi salam, tiba-tiba hampir 200 orang yang dimaklumkan kebanyakkannya orang luar cuba menyerbu masuk membuat kecoh.

Mereka baling botol air, kerusi dan menjerit-jerit mahu beliau keluar dari tapak ceramah.

Rakaman video di bawah adalah rakaman mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengurus Felda Sg Tengi yang dihadiri oleh Perkasa, UMNO, Seranta, Majlis Belia Felda dan lain-lain.

Agendanya ialah untuk menghalang Mazlan Aliman dan ANAK hanya semata2 ANAK kononnya pertubuhan haram.

Mesyuarat kumpulan samseng ini akan di serah kepada Peguam ANAK untuk tindakan undang-undang...

Saksikan apa perancangan mereka...



Sila lihat video tersebut di ( SINI

 belum apa-apa lagi masuk dlm kain sentung dah
Posted on Friday, February 08 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh Tebas

Tudia aihh...nak letak muka dimana pula puak melayumnooo dan perkasam kat PP ni...berdegum degam mendakwa HANYA depa lah yang berkuasa dan mampu menguruskan negara/negeri serta melayu dan Islam di Malaysia ni.

tup tup orang no 2 melayup nooo membayangkan puak lain jadi KM Pulau Pinang andai depa boleh balik PP masa PRU 13 nanti..Aduhhh...kudung kepala aihh..




Teng Chang Yeow

Teng Chang Yeow
BUTTERWORTH - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow boleh menjadi ketua menteri jika BN diberi mandat mentadbir semula negeri ini.

Ia bayangan pertama BN di negeri yang kini ditadbir Pakatan Rakyat.

Dipetik Bernama, beliau berkata, ini bukanlah satu pengumuman tetapi ia menggambarkan BN mempunyai pemimpin yang lebih layak untuk menerajui negeri ini dengan lebih baik...Sumber SINAR HARIAN

Kalau ikut ayat diatas ni..rasanya ia bermakna puak melayumnoo tak ada calon yang layak lah...
Jika demikian para pejuang melayumnoo dan perkasam dah kena masuk dalam kain sentung awai-awai lagi..belum apa-apa pun.
 
http://wwwkaptenpower.blogspot.com


 Nasha keliru, beliau masih ahli Pas
Posted on Friday, February 08 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh: imamsurau

"SHAH ALAM – Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mendakwa bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sengaja menimbulkan kekeliruan berhubung status keahliannya dalam parti itu walhal secara jelas dalam surat diterima semalam menyatakan beliau hanya digugurkan sebagai anggota Majlis Syura.

Salahuddin berkata, Ahli Parlimen Bachok itu sepatutnya tahu perkara terbaik yang beliau harus lakukan kepada parti, bukannya menimbulkan persepsi negatif sehingga boleh menjejaskan nama baik Pas.

“Beliau (Nasharudin) sendiri yang menimbulkan kekeliruan itu, sama ada keliru atau tidak, itu terpulang kepada beliau.

“... dia yang keliru (status keahlian dalam Pas), Majlis Syura sudah putuskan beliau bukan lagi ahli majlis itu,” kata beliau yang dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata demikian sebagai mengulas Nasharudin malam tadi yang keliru dengan status keahliannya dalam Pas.

Nasharudin mendakwa wujud sedikit konflik mengenai perkara itu, berdasarkan kenyataan berbeza antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, baru-baru ini.

"Mursyidul Am kata dengan pemecatan daripada Majlis Syura Ulama, saya automatik dipecat sebagai ahli tetapi presiden kata saya masih ahli,” katanya sambil mengakui beliau sudah menerima surat rasmi pemecatannya semalam sebagai anggota Majlis Syura Ulama Pas selepas selepas dipecat kira-kira dua minggu lalu.

Nasharudin berkata surat tersebut antara lain menyebut pemecatannya diputuskan pada mesyuarat Majlis Syura Ulama yang berlangsung pada 13 Januari lepas kerana melanggar beberapa ketetapan yang dibuat majlis berkenaan.

"Saya tak tahu apa yang saya langgar, mungkin sebab saya buat beberapa kenyataan media secara terbuka dan pendirian saya dalam isu-isu terkini berbeza dengan pendirian parti," katanya.

Ditanya tentang keahlian Nasharudin dalam Pas, beliau berkata, di peringkat kepimpinan Pas, mereka tidak pernah membincangkan perkara tersebut, sebaliknya lebih menumpukan kepada persediaan parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Dia masih ahli Pas, itu kita tidak nafikan... kami tidak pernah membincang hal itu, malah tidak pernah mempertikaikan keahliannya dalam Pas.

“... kita lebih banyak membincangkan tentang persiapan dan persediaan jentera serta ahli Pas bagi menghadapi PRU13 akan datang,” ulasnya.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang dihubungi juga mengesahkan perkara itu sambil menyifatkan kekeliruan tidak timbul susulan perbezaan kenyataan antara Nik Aziz dan Abdul Hadi.

“Dalam rekod kami (Ibu Pejabat Pas), Nasharudin masih ahli Pas yang sah,” katanya secara ringkas yang enggan mengulas lanjut lain-lain isu berbangkit.


sumber


[BERGAMBAR] Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya...

Posted on Friday, February 08 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Greenboc



Melentur buluh biarlah dari rebung bermaksud mendidik anak-anak biarlah sejak kecil lagi kerana apabila besar, majoriti yang sudah tidak mampu 'dilentur' lagi.

Ketika anak-anak masih 'rebung', ia masih 'lembut' dan mudah dilentur dan dibentuk tetapi perlu berhati-hati kerana kerja-kerja melentur kena ada cara dan etikanya.

Kalau tidak 'rebung' yang rapuh boleh patah. Dan apabila sudah menjadi buluh (dewasa), kerja melentur adalah suatu yang mustahil kerana kekuatan buluh sebenarnya mengatasi besi. Jika dilentur ia akan kembali ke sifat asalnya.











Sumber: greenboc.blogspot.com


  Umno Terpaksa Kitar Semula Ahli PAS.
Posted on Friday, February 08 @ 13:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Idris Ahmad

Oleh kerana terdesak untuk melawan kebangkitan PAS yang mendapat sokongan orang Islam dan bukan Islam maka Umno terpaksa mengambil ahli PAS dan bekas ahli PAS yang bermasalah. Mereka ini sudah dikenali bermasalah di dalam parti. Sekarang mereka manjadi hulu kapak untuk menebang PAS.

Mereka hanya laku sebelum pilihanraya sahaja, selepas pilihanraya mereka ini akan menjadi sisa toksid yang tidak dipedulikan oleh Umno lagi. Kenapa mereka tidak belajar daripada sejarah orang-orang yang terdahulu yang kianat perjuangan PAS. Ada yang berjawatan Yang Dipertua PAS, Panglima Jihad, Setiausaha Agung, Naib Presiden PAS, Ahli Syura, apabila mereka menyertai Umno dan menyokong Umno akhirnya seperti habis madu sepah dibuang. Paling menyedihkan sekali tidak ada kemulian dan penghormatan di kalangan masyarakat, hatta ahli Umno sendiri terutama apabila mereka berada dipenghujung usia.

Yang paling lucu sekali mereka ini, kononnya tidak puas hati hubungan PAS di dalam Pakatan Rakyat. Sedangkan Majlis Syura Pas telah meluluskan Tahaluf Siasi sejak tahun 1986. Merekalah berdegar-degar mempertahankan tahaluf siasi ketika memimpin PAS. Kenapa sekarang baru hendak pertikai, setelah tidak berada di dalam saf kepimpinan parti?. Alangkah ruginya usia dan tenaga dihabiskan untuk bersama dengan PAS, tetapi menjadi penentang ketika usia di hujung senja. Kenapa tidak bersama dengan Umno ketika usia masih muda dan banyak nikmat dunia boleh dikecapi?

Ustaz Idris Hj Ahmad
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat



Perumahan polis daif, guna wang sendiri baiki kerosakan

Posted on Friday, February 08 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Sidiqin Omar
Lif rosakKUALA LUMPUR 7 Feb: Ketika kerajaan memperuntuk RM591 juta dalam Bajet 2013 untuk menaik taraf keselamatan, keadaan rumah kakitangan dan anggota polis di Markas Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA) di Batu 9, Cheras, kekal daif.

Tinjauan Keadilan Daily mendapati, masalah paling kritikal di perumahan PGA Cheras yang berusia 30 tahun itu ialah kerosakan lif.

Di lokasi itu, hanya satu daripada tiga lif di blok G19 rosak, menyebabkan penghuni terpaksa menunggu lama atau menggunakan tangga.

“Orang hamil pun terpaksa guna tangga. Macam mana kalau berlaku kecemasan? Bayangkan waktu lif rosak, ada orang nak bersalin?

“Ada kes suami terpaksa dukung isteri yang baru bersalin naik ke atas,” kata seorang anggota polis yang lebih 15 tahun menetap di perumahan PGA Cheras dikenali sebagai Nor.

Naik tangga 15 tingkat

rosakKatanya, setiap 17 blok flat Markas Briged Tengah, PGA Cheras antara 10 hingga 15 tingkat mengalami masalah sama. Setiap tingkat ada 10 unit rumah, dengan purata 100 keluarga bagi setiap blok.

“Beribu-ribu orang tinggal di sini, memang bermasalah,” kata Nor.

Mengikut seorang lagi anggota yang dikenali sebagai ‘Vel’, seorang wanita keguguran akibat terlalu kerap menggunakan tangga kerana lif rosak.

“Ada perempuan hamil dua bulan, gugur sebab tak larat. Pegawai yang ulang alik cuma sampai ke padang kawad. Nampak bersih di luar, yang dalam tak nampak.“

POLISHanya ganti ‘body’ sahaja. Motor dan bahagian dalaman tak dibaiki.

“Peruntukan baiki ada, ‘maintenance’ (senggara) ada. Tapi duit pergi mana? Akhirnya kami terpaksa ambil ‘spare part’ buat sendiri,” katanya.

Markas Briged Tengah PGA di Batu 9, Cheras menempatkan Batalion 4 PGA, Batalion Khas 19 PGA dan Unit Simpanan Persekutan (FRU).

Sumber


KANTOI! Terbongkar... UMNO Dalang Halang ANAK Di FELDA Sg. Tengi...(Bukti Video)
Posted on Friday, February 08 @ 15:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Blog Kedah Kini

Rakaman mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengurus Felda Sg Tengi yang dihadiri oleh Perkasa, Umno, Seranta, Majlis Belia Felda dan lain-lain. Motif menghalang Mazlan Aliman dan ANAK hanya semata2 ANAK kononnya pertubuhan haram.

Mesyuarat kumpulan samseng ini akan di serah kepada Peguam ANAK untuk tindakan undang2. Terimakasih kepada indiividu yang merakam dan share dlm laman sosial spt ini.

This video has been removed by the user.

Sorry about that.



Sebarkan, saksikan para samseng bermesyuarat. ~MA

Maklumat rakaman ini dibocorkan oleh orang dalam.

Menyusul lagi......

Sumber: pkrl.blogspot.com



 PRU 13 Medan Dakwah Terbaik Buat Pas Kepada Rakyat
Posted on Friday, February 08 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Ustaz Riduan Mohd Nor

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengajak semua pemimpin dan penyokong PAS supaya menterjemahkan sikap sebagai dai'e (pendakwah) yang sebenar sepertimana yang diajar oleh Rasulullah SAW sama ada kepada umat Islam mahupun bukan Islam. Ia sesuai dengan perjuangan PAS yang menjadi gerakan dakwah, siasah dan tarbiyah serta sesuai dengan fitrah umat manusia sejagat.

Dalam hal ini, saya mengajak semua lapisan rakyat mencontohi sikap keterbukaan dan pendakwah sejati yang ditonjolkan oleh Mursyidul Am PAS, YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang melawat Pengerusi DAP, Karpal Singh serta Bishop Pulau Pinang, Sebastian Francis beberapa minggu yang lepas. Lawatan YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi mesej yang jelas bahawa PAS adalah parti yang mengajak kepada perpaduan disamping berdakwah kepada segenap masyarakat. Malah, selain dari YAB Tuan Guru mengunjungi tokoh bukan Islam, Mursyidul Am PAS juga sering dikunjungi oleh pemimpin bukan Islam. Ini menunjukkan PAS sentiasa terbuka untuk berdialog, berdiskusi, berbincang dengan apa sahaja isu termasuk berkaitan agama Islam supaya persepsi bukan Islam sentiasa positif terhadap Islam.


Meskipun PAS sering ditohmah sebagai parti pemecah belah masyarakat, mempergunakan Islam, parti sesat dan sebagainya, PAS tetap komited menjalankan kerja-kerja dakwah sejak dahulu lagi. Buktinya semakin ramai yang mahu mendekati PAS termasuk kalangan tokoh-tokoh masyarakat, negawaran, sasterawan, cendikiawan, ahli-ahli korporat, selebriti, bekas pegawai tinggi kerajaan dan lain-lain. Bahkan, PAS berjaya menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang keanggotaannya adalah dari kalangan bukan Islam. Malangnya bagi golongan yang melontarkan tohmahan terhadap PAS tidak pula menjalankan kerja yang sama iaitu berdakwah kepada masyarakat supaya kenal Islam secara keseluruhannya.


Justeru, dalam mendepani pilihanraya umum ke 13, DPPM menyeru supaya petugas PAS tidak melupakan tugasan penting iaitu sebagai juru dakwah kepada masyarakat. Ruang berkempen adalah peluang keemasan buat petugas PAS bertemu dengan segenap masyarakat bagi menyampaikan risalah Islam. PAS WP yakin ramai lagi masyarakat yang tidak mengenali Islam dan PAS secara dekat dan betul kerana dipesongkan oleh propaganda yang memburukkan PAS di mata mereka. Petugas PAS harus menghulurkan salam, bertegur sapa, memberi risalah serta melemparkan senyuman kepada masyarakat. Mudah-mudahan dengan akhlak dan peribadi tinggi yang ditonjolkan ini akan dapat menarik mereka kepada PAS dan seterusnya menghayati Islam sepenuhnya seperti yang dihasratkan PAS selama ini.


RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia


 

Tiada ulasan: