Posted on Thursday, February 07 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Oleh Dr Dzulkefly Ahmad
1. Tindakan PM Najib ‘menghadiahkan’ Syabas pinjaman RM120 juta tidak dapat ditanggapi umum kecuali sebagai satu usaha menyelamatkan syarikat tersebut. Syabas, pemegang konsesi edaran air dan Puncak Niaga, pemegang konsesi rawatan air di Selangor, adalah sebagai milik majoriti Tan Sri Rozali Ismail. Tuduhan ‘bailout’ atau ‘tindakan menyelamat’ sebuah syarikat kroni adalah wajar dan tidak kerlaluan bahkan amat menasabah, mentelahan Tan Sri Rozali adalah juga mantan bendahari Umno Selangor.
2. 'Keberanian' Najib memberi pinjaman kepada Syabas adalah sangat mengejutkan ramai. Najib mungkin berpandangan bahawa rakyat tak faham selok-belok dan sebab-musabab isu krisis air Selangor. Kejahilannya tentang tahap pengetahuan dan pencerahan minda rakyat masa kini menggalakkan Najib cuba membohongi rakyat sekali lagi bahawa pinjaman untuk Syabas adalah kerana kegagalan tadbir-urus kerajaan negeri. Sangat dangkal bahkan bangsat sekali alasan Najib ini.
3. Untuk ingatan Najib, rakyat tahu bahawa kerajaannya memberi pinjaman mudah (softloan) kepada Syabas pada Disember 2009, sebanyak RM320 juta berbentuk pinjaman tanpa faedah (interest-free), tanpa cagaran (non-collatarised) dan boleh dibayar 20 tahun kemudian (back-loaded). Pernahkah mana-mana pihak mendapat pemberian hadiah seperti itu termasuk peminjam golongan dhaif seperti dalam program Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
4. Mungkin Najib juga lupa bahawa rakyat sekali lagi tahu bahawa kerajaan telah memberi satu lagi pinjaman bayaran balik 20 tahun sebanyak RM110 juta pada Oktober 2011. Senang-senang sahaja.
5. Seoalah-olah rakyat buta dan tuli, Najib pada bulan berikutnya yakni November 2011, telah membayar pinjaman bon Syabas yang telah matang (facing payment) sebanyak RM2.9 bilion. Nah itu sahaja telah menelan sebanyak ‘bailout’ RM3.41 bilion, dengan tidak mengambil pelbagai pemberian geran dan pinjaman terdahulunya sejak penswastaan.
6. Mengapakah Najib-Umno terus-terusan melakukan tadbir-urus yang jelek dan buruk seumpama ini? Mengapakah Najib sanggup ‘berkorban’ habis-habisan seperti ini untuk Tan Sri Rozali? Najib wajar insaf bahawa soalan ini bukan lagi menjadi tanda-tanya rakyat untuk beliau. Najib tidak perlu lagi berselindung dengan jawapan yang terus mengaibkan dan menghilangkan saki-baki kepercayaan yang masih ada untuknya.
7. Najib tidak perlu diingat bahawa Laporan Ketua Audit Negara telah secara tajam dan kritis mengingatkan tadbir-urus korporat Syabas yang sangat dipertikaikan termasuk membuat iklan, pembelian aset-aset yang tidak punya hubungkait dengan urusan mengurangkan air-tak berfaedah atau Non-Revenue Water (NRW).
8. Segala dakwaan tentang kelemahan kerajaan negeri dan halangan yang kononnya dicetuskan oleh kerajaan negeri adalah meleset kalau persoalan NRW yang merupakan tugas besar Syabas untuk turun (capai sasaran KPI yakni 20 peratus (2011) berbanding tahap kini kekal pada 32 peratus) tidak dicapai dan tertunai. Syabas, mengikut perjanjian mesti berbelanja kapital (Capex) untuk tambah baik paip dan sebaginya bagi tujuan tersebut bagi menurukan NRW.
9. Amaran pihak kerajaan negeri untuk mengambil alih Syabas dalam 14 hari bukan sahaja terdapat dalam peruntukan perjanjian konsesi penswastaan, bahkan ditanggapi beberapa pihak sebagai sangat wajar dan menasabah. Kegagalan Syabas dalam membekalkan air kepada pengguna di Selangor, Wilayah dan Putrajaya sudah tidak dapat lagi dijamin khasnya di ambang pilihan raya. Kekhuatiran berdepan dengan krisis akibat sabotaj seperti yang berlaku baru-baru ini akibat faktor penyelenggaran pam adalah sangat serius.
10. Pelbagai pihak termasuk beberapa operator konsesi loji rawatan air bahawa pengambilan Syabas oleh kerajaan negeri adalah baik bagi mereka. Sebabnya mudah. Syabas adalah ‘bad paymaster’ dan puratanya hanya membayar 40 peratus – 45 peratus menyebabkan mereka tidak berminat untuk mengeluarkan lebih daripada kapasiti biasa. Penulis mendapat faham bahawa kapasiti loji rawatan air ini, seandainya diperlukan, masih punya ‘reserve capacity’ untuk dipertingkatkan bekalan air terawat, sekaligus mampu menghindarkan krisis kekurangan air.
11. Dalam suasana bayaran Syabas pada tahap ini, mereka tidak berminat untuk mempertingkatkan kapasiti kerana akan mencetuskan masalah ‘aliran-tunai’ atau ‘Cashflow’ yang lebih parah. Pengambilan oleh kerajaan negeri akan merubah imej status ’bad-paymaster’ kepada ‘good-paymaster’.
12. Pengambilalihan Syabas oleh kerajaan negeri juga akan dapat menangani dakwaan amalan kronisme dan nepotisme yang lazim diamalkan oleh pihak Syabas terhadap kontraktornya yang membekalkan paip, bahan kimia, barang-barang elektrik, pam dan sebagainya. Ramai yang ingin bertanya apakah kaitan Tan Sri Rozali dalam syarikat seperti Mewah Kota SB, Damini SB, Semarak Niaga SB dan beberapa syarikat lain.
13. Di samping pemberian kerja penyelenggaraan dan perolehan kepada vendor akan menjadi lebih adil dan saksama, tindakan kerajaan negeri utuk mengambil alih Syabas akan menyuntik tahap kayakinan rakyat kepada Syabas.
14. Sudah sampai waktunya, Najib dan Menteri Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air, mengakui bahawa pengurusan air di Selangor tidak lagi mampu diberikan kepada kroninya Tan Sri Rozali Ismail. Tegasnya, Penswastaan Air oleh Tun Mahathir telah gagal dalam gelombang pertama. Dengan penstrukturan semula air oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dengan Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA) dan pembelian aset-aset air oleh Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB), maka perlu diberi amaran kepada Najib supaya jangan ulangi pengkhianatan kepada rakyat dan pengguna dalam gelombang kedua ini.
15. Najib mesti memberi laluan kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Syabas. Lebih baik lagi, Najib juga mesti bertindak rasional untuk merawat hati rakyat dengan memberikan pengurusan air kepada kerajaan negeri dan tidak kepada Tan Sri Rozali Ismail. Kalau tidak rakyat akan menghukumnya dengan lebih berat dan dahsyat lagi dalam pilihan raya umum ke-13 nanti. Ingat!
Tetapkan tarikh PRU 5 tahun sekali
Posted on Wednesday, February 06 @ 23:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Oleh LanH
BEKAS Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dalam satu wawancara baru-baru ini berkata bahawa alangkah eloknya pilihan raya umum hanya diadakan secara tetap selepas kerajaan memerintah tamat tempohnya selama lima tahun.
Antara lain, beliau berkata: “Tarikh akhir hayat Parlimen 28 April. Maknanya elok sangatlah semua jabatan kerajaan tidak terlibat dalam urusan yang boleh ditafsirkan sebagai berkempen untuk satu pihak. Ada juga kita dengar cadangan daripada pihak kerajaan sendiri, agar Parlimen dibubarkan dengan sendirinya pada 28 April. Ini satu cadangan yang cukup saya sokong dan ini pembaharuan yang amat baik untuk generasi kita akan datang.
“Biarlah apabila kerajaan itu dipilih, maka dia akan berkhidmat dalam satu penggal yang cukup. Lepas itu biarlah rakyat menentukan, baik buruknya dia, berdasarkan rekod dia untuk lima tahun itu. Kalau kerajaan yang ada sekarang buat keputusan begitu, saya mengalu-alukan. Ini adalah satu pembaharuan, satu transformasi politik yang cukup bijak.
“Hampir dua tahun, rakyat macam tak ada ketentuan. Banyak pelabur-pelabur 'wait and see' (tunggu dan lihat). Pelabur-pelabur yang nak buat macam-macam, dia 'wait and see'. Apabila nak buat pilihan raya, siapa nak menang. siapa nak kalah. Jadi kita rugi amat banyak. Pegawai-pegawai kerajaan pun tak dapat tumpu pada kerja-kerja dia. Orang-orang politik pun banyak main politik, tak tumpu pada kerja-kerja membuat kebaikan dan perbelanjaan pun semua banyak habis. Satu benda yang cukup rugi. Kalau dah dipilih untuk lima tahun, biar dia serve 'full five years'. Lepas tu bubar dengan sendirinya.
“Ini peluang keemasan untuk pihak kerajaan mengamalkan dasar baru ini. Maknanya, dah dekat sangat 28 April. Biar Parlimen, hayat dia mati dengan cara automatik. Lepas tu, isytihar, okey mulai sekarang kita nak pinda sikit, undang-undang pilihan raya ini supaya selepas ini semua pilihan raya ini akan diadakan tiap lima tahun sekali. Kerajaan yang dipilih akan 'serve' (khidmat) untuk rakyat selama lima tahun.”
Kita menyambut baik usaha penetapan tarikh pilihan raya umum ini dan percaya ia mengandungi banyak manfaat kerana sudah diuji dan membuahkan hasil yang cemerlang di banyak negara dunia hatta di Amerika Syarikat dan jiran kita Indonesia. Malah untuk pilihan raya (Pemilu Indonesia) berikutannya, tarikhnya sudah pun diumumkan – 9 April 2014.
Kebanyakan negara demokrasi dunia mempunyai jadual pilihan rayanya. Mungkin negara kita satu-satunya di mana ketua kerajaan (perdana menteri) mempunyai hak menentukan tarikh pilihan raya. Beliau berhak memanggil pilihan raya sekalipun tempoh mandat pemerintahan lima tahun belum tamat. Biasanya pilihan raya dilangsungkan pada ketika parti pemerintah yakin ia mendapat undi dan sokongan kuat rakyat. Ataupun pada ketika parti pemerintah berada dalam keadaan kuat dan selesa.
Berdasarkan ini teka-teki tarikh pilihan raya membayangi negara buat tempoh masa yang panjang. Misalnya untuk PRU13 ini, sejak akhir 2011 lagi sudah diheboh-hebohkan akan diadakan pilihan raya tetapi semuanya tidak menjadi sehingga kini. Sepanjang tempoh ini ‘politiking’ amat panas, menjadikan banyak kerja dan perancangan bukan saja di pihak kerajaan tetapi rakyat tergendala.
Misalnya, perbahasan hangat terjadi agar pilihan raya tidak dilangsungkan pada waktu tertentu seperti musim haji; semua ini menyumbang kepada ketidak-tentuan yang boleh membawa kepada pelbagai hal negatif seperti pembaziran masa dan tenaga manusia.
Sehubungan itu kita melihat bahawa ada keperluan mendesak untuk meminda undang-undang pilihan raya termasuklah menetapkan tarikh pilihan raya hanya selepas mandat sesebuah kerajaan memerintah sudah tamat. Apabila tarikh pilihan raya sudah ditetapkan awal, tidaklah urusan pelbagai pihak tergugat akibat ketidak-tentuan itu seperti yang berlaku sekarang ini.
Alkisah seorang pakar mengumpat…
Posted on Wednesday, February 06 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man
Shaharul seorang yang suka berkata-kata mengenai orang lain, di belakang orang itu.
Perkara yang ditumpukannya selalunya negatif.
Satu hari, beliau bertemu dengan Ustaz Kassim di sebuah warong.
Sebaik sahaja duduk, Shaharul mula berkata-kata mengenai jirannya, bosnya, isterinya dan juga sahabat-sahabatnya.
Ketika merungut dan bercakap buruk mengenai bosnya, Shaharul akan mempamirkan sikap geramnya… semakin dicerita bagaimana bosnya tidak adil, semakin jelas kegeraman pada nada Shaharul.
Ustaz Kassim yang memerhatikan gelagat Shaharul bertanya:
“Apakah anta berasa gembira bila berkata buruk mengenai bos anta?” tanya Ustaz Kassim.
“Makin geram makin marah adalah – tapi boleh lepas geram,” kata Shaharul.
“Lepas geram, maksudnya lepas ini, tak berkata lagi mengenai bos anta?” tanya Ustaz Kassim.
“Tak… mengapa ustaz?” tanya Shaharul.
“Anta tengah meracun diri sendiri, tapi anta tak sedar,” kata Ustaz Kassim.
Shaharul terdiam. “Aku tengah meracun sendiri?” bisik dia di hati. “Bagaimana tu ustaz?”
“Selain bernafas tanpa sedar, tahukah anta bahawa ada lagi satu aktiviti badan yang kita lakukan tanpa sedar tetapi kita merasainya,” tanya Ustaz Kassim.
Shaharul menggelengkan kepala.
“Iaitu menelan air liur. Tapi pernahkah terfikir, apakah fungsi air liur yang dicipta Allah selain yang kita pelajari untuk menghadamkan makanan?” tanya Ustaz Kassim lagi.
Shaharul berfikir sejenak… “Payah betul soalan ustaz. Mohon pencerahan.”
“Air liur adalah salah satu makhluk Allah yang sentiasa keluar dari rongga tanpa disedari oleh manusia. Ia terdiri dari pelbagai bentuk molekul yang akan berubah sebagaimana air lain. Bilamana kebaikan yang diterima, didengar, dilihat, dibaca atau disentuh, maka molekul air akan berubah membentuk nilai yang baik, demikian sebaliknya.
"Maka setiap orang sebenarnya membentuk perlakuan berdasarkan air liur yang ditelannya,” terang Ustaz Kassim.
“Jadi maksudnya….?” Kata Shaharul yang semakin berminat.
“Sedarkah kita bahawa apabila kita melihat benda lazat, kita menelan air liur, apabila kita bercakap kita menelan air liur, apabila kita mendengar sesuatu dengan khusyuk, kita menelan air liur, ketika kita mengumpat, kita menelan air liur dan pelbagai aktiviti lain, termasuk ketika anta (yang membaca) mendengar penjelasan ana ini? Dah berapa kali telan air liur sejak ana mula bercakap?” tanya Ustaz Kassim.
“Tak perasan pula. Rasanya banyak. Masa ustaz cakap, air liur terasa banyak terhasil… hmmm… mengapa ya?” tanya Shaharul lagi.
“Mengapakah Allah membuatkan manusia sedemikian? Apa fungsi air liur sebenarnya?
Ungkapan bahawa 'air liur penjaga kehidupan manusia' sememangnya ada asas. Apabila kita makan, air liurlah menjadi benteng pertama badan manusia.
"Apabila kita membaca al-Quran, bercakap benda baik, melihat benda baik, mendengar benda yang baik dan melakukan benda yang baik - air liur berubah menjadi bentuk yang baik, dan apabila ditelan tanpa disedari, nescaya perasaan dan emosi kita terus berubah menjadi riang, yakin dan seronok.
"Renungkanlah mengapa apabila kita melakukan kebaikan, badan kita berasa riang dan seronok? Bagaimana pula ketika kita melakukan dosa? Adakah kita berasa seronok selepas itu atau gusar?
"Ramai yang tidak sedar, bahawa air liur yang ditelan secara tidak sedar tersebut juga mempunyai peranan yang penting untuk menentukan emosi dan pemikiran kita,” terang Ustaz Kassim.
Shaharul terpegun… “Jadi maksudnya kalau kita berkata tidak baik, maka emosi kita tak akan baik?” tanya beliau.
“Ya. Setiap kali kita mengumpat, kita akan melahirkan rasa yang lebih buruk sangka pada seseorang. Bukan sahaja orang yang mengumpat, tapi orang yang mendengar umpatan tersebut pun terkena. Ini kerana semasa mengumpat, molekul air liur kita berubah bentuk ke nilai yang tak baik, dan makin kita mengumpat, makin banyak air liur jenis ini ditelan.
"Begitu juga, dengan orang yang mendengar. Makin mendengar, makin khusyuk pada umpatan, makin banyak air liur jenis yang tidak baik terhasil, dan ditelan tanpa disedari. Sekiranya orang yang mendengar menyampuk dan sertai sama perbualan tersebut, maka lebih teruklah air liur yang ditelannya.
"Akhirnya, orang yang mengumpat telah menyebarkan racun buruk sangka pada seseorang kepada orang lain kerana air liur yang ditelan tersebut,” tambah Ustaz Kassim lagi.
“Jadi sebab itu, ustaz hentikan perbualan ana tadi? Ustaz biarkan ana bercakap tanpa menyampuk?” tanya Shaharul.
“(Gelak dan senyum)… ya tak ya… petuanya mudah kalau tak nak kena air liur beracun - jauhilah mengumpat, dan jauhilah orang yang mengumpat. Perisai untuk menjauhi mengumpat, ialah dengan senyuman dan jangan sampuk perbualan orang yang sedang mengumpat,” kata Ustaz Kassim.
“Hebat ustaz… mana ustaz dapat teori ini?” tanya Shaharul…
“Buku Senyumlah tulisan seorang sahabat karib,” jawab Ustaz Kassim.
Senyum.
Zahid tolak kajian TI, bukti Kementah beli senjata secara rasuah – Rafizi
Posted on Wednesday, February 06 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Oleh Norutul Ilham
PETALING JAYA 6 Feb: Ekoran tidak mempunyai jawatankuasa selia di peringkat Parlimen yang bertanggungjawab menyemak dan memastikan strategi pembelian persenjataan mengakibatkan rasuah pertahanan negara semakin meningkat, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Beliau berkata, tidak seperti negara lain, yang mengamalkan konsep telus berbanding Malaysia, menyebabkan pengaliran wang negara dan pertumbuhan ekonomi terbantut.
“Di negara-negara lain walaupun kontrak itu secara tender terbuka, dan ada perbincangan sulit berlaku, tetapi ada jawatankuasa. Kalau di Amerika Syarikat ada dua peringkat (jawatankuasa), di UK (United Kingdom) pun ada. Begitu juga di mana-mana negara ada satu jawatankuasa bebas selalunya daripada kalangan Ahli Parlimen bagi memastikan kontrak itu betul-betul telus dan bersesuaian dengan harga.
“Tanpa jawatankuasa ini, kedudukan negara kita jauh di bawah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.
Beliau merujuk kritikan Transperancy International (TI) berkenaan indeks rasuah pertahanan negara yang dinilainya ada kebenaran berikutan amalan negara menjadi penyumbang kepada berlakunya rasuah.
“Perkara ini ditimbulkan dalam TI. Mereka mengkritik pembelian senjata di Malaysia dibuat secara rahsia, dikawal dan ditentukan sekelompok kecil. Perkara ini memang banyak berlaku. Ekoran itu, kedudukan indeks anti rasuah pertahanan rendah,” jelas Rafizi.
“Kontrak pembelian kereta kebal, senjata, bukan ditentukan oleh jeneral (tentera). Kita tahu kerana jeneral bersama dengan kita. Setiap hari kita duduk berbincang dengan mereka tentang pembelian itu, tapi sebenarnya ia berlaku atas kehendak menteri,” kata Rafizi.
Ini berikutan pendedahan bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid berhubung amalan kepimpinan Kementerian Pertahanan (Mindef) membeli senjata melalui kaedah secara rundingan terus dan terdedah kepada rasuah, baru-baru ini.
“TI juga mengkritik akta-akta kerahsiaan di Malaysia seperti rahsia rasmi yang menyekat maklumat menyebabkan rakyat tidak boleh menilai,” sambungnya.
Beliau turut menempelak Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi apabila menyalahkan kaedah penentuan Indeks Anti Rasuah Pertahanan yang diguna pakai TI kerana tidak mahu mengakui pentadbiran kerajaan berlandaskan rasuah.
“Ia melambangkan betapa kuatnya tentangan dari pimpinan tertinggi Umno BN terhadap apa-apa langkah untuk membanteras rasuah. Ini berpunca dari sindrom penafian mereka yang tidak mahu menerima hakikat pentadbiran mereka memang membudayakan rasuah,” katanya.
“Hanya di Malaysia kita mempunyai seorang menteri kanan yang memperlekehkan indeks rasuah yang diangkat oleh Perdana Menterinya sendiri sebagai kayu ukur utama kerajaannya,” sinis Rafizi kesal dengan amalan itu.
Hadir sama, Pengerusi Majlis Perundingan Keselamatan Tentera KEADILAN merangkap Penasihat Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan), Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab dan Presiden Pahlawan, Asri Buang.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44479
Pengguguran Ustaz Nasha dari Majlis Syura Ulama’: Satu Kupasan
Posted on Wednesday, February 06 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Oleh Khalid Samad
Ada yang bertanya saya mengenai persoalan ini, seolah-olah saya pula ahli Majlis Syura Ulama’! Saya menjawab saya tidak tahu selain dari apa yang telah dinyatakan dalam kenyataan yang dikeluarkan Majlis Syura. Maka apabila ditanya, saya minta semua merujuk kepada kenyataan tersebut.
Ada yang memberikan gambaran seolah-olah saya pula yang ‘merancangkan’ pengguguran ini. Hebat sangatlah saya sehingga Majlis Syura dipengaruhi saya tanpa saya hadir mesyuarat tersebut! Ada pula yang menganggap bahawa saya yang paling gembira dengan pengguguran Ustaz Nasha. Pelik betul golongan ini, saya tidak terlibat dalam Majlis Syura maka tidak sama sekali berhadapan dengan beliau dalam mana-mana mesyuarat Majlis Syura sekalipun. Samada beliau merupakan anggota Majlis Syura atau tidak, ia tidak memberi kesan bagi saya secara peribadi.
Namun, apa yang pasti tindakan beliau berpeleseran dengan pimpinan UMNO memang menimbulkan kegelisahan di kalangan ahli biasa. PAS sudah bersama dengan PR tetapi beliau kelihatan lebih cenderung untuk bersama pimpinan UMNO. Keadaanya boleh diumpamakan bagaikan seorang suami yang telah mengahwini seorang dara yang baik lagi jelita tetapi tetap bermain mata dengan isteri orang!
Namun, saya mempunyai keyakinan penuh dengan Majlis Syura, sata pasti ianya suatu keputusan yang dianggap amat perlu dilakukan oleh Ahli Majlis Syura. Sudah pasti semua menyedari bahawa tindakan menggugurkan Nasha akan disambar pihak lawan seperti sambarnya serigala terhadap kambing yang bersendirian. Kita sudah hampir dengan PRU, tindakan sebegini pasti disedari berisiko dan akan menimbulkan sedikit kesulitan bagi PAS. Lebih-lebih lagi apabila media adalah dalam penguasaan UMNO/BN secara keseluruhannya.
Sudah tergambar apa yang akan dinyatakan oleh mereka; “PAS pinggirkan ulama!” Walaupun kita tahu keanggotaannya akan diganti dengan ulama yang lain. PAS tidak ketandusan ulama’. Dengan pengguguran beliau, 10 nama lain dapat disebut secara spontan untuk menggantinya. PAS tidak seperti UMNO sehingga tiada ustaz dan terpaksa dipinjam dari PAS.
Walau apa sekalipun saya ucapkan tahniah pada Majlis Syura Ulama’ yang dengan keyakinan yang ada pada mereka, sanggup bertindak tegas dan menggugurkan Ustaz Nasha. Majlis Syura pasti mempunyai alasan yang kukuh sehingga sanggup mengambil risiko yang sebegini rupa. Ini juga merupakan bukti bahawa tiada sesiapa yang kebal dalam PAS dan sesiapa sahaja boleh dikenakan tindakan sekiranya dianggap perlu.
Hanya bagi saya secara peribadi, Ustaz Nasha telah banyak berubah berbanding semasa zaman Al-Marhum Ustaz Fadhil Noor. Beliau berubah pada mulanya setelah tercapainya kemenangan pada 2008 dan seterusnya selepas Muktamar PAS pada 2011. Mungkin kerana keadaan dan suasana baru menzahirkan sikap yang sebenar. Pada 2008 beliau terlibat dengan usaha menyatukan PAS dan UMNO dan apabila usaha ini gagal, hubungannya dengan pimpinan UMNO terus dikekalkan, malahan menjadi lebih rapat. Sikap ini tidak disenangi ahli dan pada 2011, beliau tewas dalam pertandingan untuk mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden. Dari tiga calon, beliau nombor tiga. Walaupun ditawarkan jawatan sebagai AJK PAS Pusat, seperti amalan biasa terhadap yang tewas bertanding jawatan tertinggi dalam PAS, beliau menolak.
Saya rasa pada ketika itu beliau mengukuhkan tekad untuk terus mengadakan hubungan dengan UMNO dan pimpinannya. Mungkin kerana tawaran yang diletakkan di kakinya atau mungkin juga atas keyakinan beliau bahawa PAS perlu bersatu dengan UMNO demi perjuangan Islam. Apa apa pun, pendekatan itu tidak selari dengan kehendak dan keputusan parti yang ingin PAS menggantikan UMNO, bukan bersama UMNO.
Saya tidak mahu mengulas panjang berhubung Ustaz Nasha dan sikapnya. Apa yang saya tahu, diketahui juga pimpinan lain dalam PAS. Tetapi apabila beliau membuat keputusan untuk terus bersama PAS, saya terimanya dengan baik. Tidak mustahil beliau boleh naik kembali sebagai pemimpin dalam parti tetapi hanya sekiranya ditunjukkan disiplin jemaah yang tinggi.
Kesediaan beliau untuk terus bersama PAS adalah juga bukti bahawa baginya hanya PAS yang membawa cita-cita Islam dalam perjuangan politiknya. Walaupun UMNO ada, dan bersedia menerimanya dengan tangan terbuka, keputusan beliau untuk terus bersama PAS, walau dalam keadaan sekarang sekalipun, adalah bukti bahawa bagi yang memahami perjuangan Islam, tiada pilihan selain PAS. Dengan sendirinya ianya merupakan tamparan hebat terhadap UMNO.
Ada yang mengatakan Ustaz Nasha mendapat sokongan ahli biasa PAS. Kalau benar, kenapa beliau kalah pada 2011 sedangkan kecenderungan beliau untuk supaya PAS bersama dengan UMNO sudah jelas pada ketika itu. Malahan boleh dikatakan bahawa itulah sebabnya beliau tewas. Namun, bagi yang ingin terus menganggap ahli PAS bersama Nasha, mudah sahaja penyelesaiannya. Biarlah Nasha nyatakan sikap dan pandangan beliau untuk bersama UMNO secara jelas dan terbuka. Kemudian, apabila muktamar PAS diadakan, biarlah yang menyokong beliau mencalonkan dan mengundi beliau. Sememangnya muktamar tahun ini adalah muktamar yang akan mengadakan pemilihan pemimpin.
Sambil menunggu tarikh muktamar beliau perlu bersabar dan mendiamkan diri, jangan jadikan diri sebagai senjata untuk pihak lawan, sekiranya beliau benar-benar ikhlas.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Senarai Calon BN Terengganu telah keluar? Sekarang Cakar Mencakar pula selepas ini!
Posted on Wednesday, February 06 @ 20:49:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: salehgong
"Lucu juga bila saya terima sms dari seorang kawan yang menyenaraikan calon BN bagi 32 kerusi DUN dan 8 kerusi parlimen Terengganu. Bermula dari Besut, Datuk Seri Idris Jusoh akan bertanding di kerusi parlimen Besut. Tempatnya sekarang DUN Jertih akan ditandingi oleh Mustafa.Dr. Rahman (Exco Kesihatan) kekal di Kuala Besut.
Cikgu Soh menggantikan Nawi Mohamad di Hulu Besut dan Pahimi kekal di DUN Kota Putera. DI setiu, Exco Agama, Khazan Che Mat menggantikan Datuk Mat Jidin.
Tempat Khazan di DUN Batu Rakit ditandingi Nasir Mohd. Nor, Halim kekal di DUN Permaisuri. Begitu Ramlan Ali kekal di DUN Jabi. DUN Langkap mengemukakan calon baru, Baharudin. EXCO Pelajaran, Datuk Razif bertanding di parlimen Kuala Nerus.
Tempatnya diambil oleh bekas calon lama, Sufian Ali. Ramli Noh kekal di DUN Tepoh. Pengarah Yayasan Islam Terengganu, Kamarul Amin bertanding di Teluk Pasu. IR Mohd Yasim bertanding di DUN BUKIT tunggal. Cikgu Zubir Embong bertanding di parlimen Kuala Terengganu,
WAN mahyuddin di DUN Wakaf Mempelam, Datuk Wan Zul di DUN Ladang,TOH kekal di DUN Bandar (MCA) dan Mat Sabri Alwi di DUN Batu Buruk. Cikgu Mohd Noor kekal di parlimen Hulu terengganu. Tengku Putra bertanding di DUN Kuala Berang,
Rozi kekal di DUN Telemong, Datuk Rosol Wahid kekal di DUN Ajil dan Yusof Awang Hitam bertanding di DUN Manir. Dr Latif Awang jadi calon BN di parlimen Marang,Tengku Zainudin bertanding semula di DUN Rhu Rendang,Ustaz sapiee di DUN Bukit Payong dan Datuk Yahya khatib kekal di DUN pengkalan Berangan.KETUA pemuda Negeri, Saiful Bahari bertanding di DUN Alor Limbat.
Datuk Muktalidi kekal di parlimen Dungun. Datuk Zaabar kekal di DUN Rantau Abang. Begitu juga Datuk Din Adma kekal di DUN Bukit Besi di DUN Sura, orang baru Badaruddin dan di DUN Paka,Haji Samiun Salleh menggantikan Zakaria yang ada kes mahkamah syariah semalam.
Datuk Shabery Cheek kekal di parlimen Kemaman. Datuk Mohamed Awang tera kekal di DUN Chukai,Wan Hakim kekal di DUN Air Putih dan mengejutkan Kamaruddin Ali bertanding di DUN Kijal. Manakala di DUN kemasik ditandingi orang baru juga, Haji Mustafa Abdul Rahman. Saya tak pasti sms ini betul atau tidak tetapi sms ini telah tersebar ke seluruh negara.
SUMBER: catatanzabidi.blogspot.com
Nasha salah platform desak Pas keluar PR
Posted on Wednesday, February 06 @ 19:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Oleh Bernama
KOTA BHARU - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata bekas timbalan presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berada di platform yang salah bila beliau mendesak parti itu keluar dari pakatan pembangkang.
Husam berkata desakan Nasharudin itu tidak relevan lagi kerana (beliau) sudah tidak menjadi anggota Majlis Syura Ulama Pas.
"Ustaz Nasha kini berada di luar (Majlis Syura Ulama Pas). (Maknanya) tak guna saluran (yang betul)," kata Husam kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Kelantan di sini, hari ini.
Bercakap dalam wawancara dengan sebuah akhbar tempatan semalam, Nasharudin mendesak agar Pas keluar dari pakatan pembangkang dan bergerak secara bersendirian bersandarkan kekuatannya jika ingin terus kekal relevan sebagai parti yang memperjuangkan Islam.
Menurut Nasharudin walaupun Pas menjalin hubungan dengan DAP dan PKR berasaskan konsep tahaluf siyasi atau muafakat politik, pelanggaran beberapa syarat dalam ikatan itu jelas mengusik kesucian Islam.
Menjelaskan perkara itu lagi, Husam berkata jika Nasharudin masih berada dalam Majlis Syura berkenaan sudah tentu pandangan anggota Parlimen Bachok itu akan diberi perhatian sewajarnya.
"Ustaz Nasha boleh membuat rayuan terhadap pelucutannya dalam Majlis Syura itu jika mahu berada kembali," katanya.
Nasharudin dipecat dari Majlis Syura Ulama pada 13 Jan lalu atas alasan beliau kerap tidak hadir mesyuarat serta sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan.
Sementara itu Husam secara sinis meminta Umno memberi ruang kepada Nasharudin agar mempertahankan kerusi Parlimen Bachok atas tiket Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata adalah lebih baik jika Umno berbuat demikian jika Nasharudin sememangnya tidak lagi berminat berjuang melalui Pas yang kini dilihat lebih cenderung menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Saya rasa Datuk Dr Awang Adek Hussin perlu memberi ruang kepada Ustaz Nasha mempertahankan Parlimen Bachok atau meletakkan Ustaz Nasha ke tempat lain yang dirasakan boleh menang," katanya. - Bernama
Pakatan akan wujudkan Jawatankuasa Terpilih Pertahanan jika menang
Posted on Wednesday, February 06 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Oleh Nomy Nozwir
PETALING JAYA, 6 Feb — Pakatan Rakyat akan wujudkan Jawatankuasa Terpilih dari kalangan ahli parlimen yang mempunyai kepakaran bersabit hal pertahanan negara bagi mengelak ketirisan dan rasuah, kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.
Beliau (gambar fail) berkata, penyelewengan yang berlaku melalui pembelian senjata adalah pembaziran terbesar, dan akan diperbetulkan pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) jika menang dalam pilihan raya umum akan datang.
Beliau
membidas kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,
yang menyalahkan kaedah penentuan Indeks Anti Rasuah Pertahanan yang
digunakan oleh Transparency International, dan menurut Rafizi,
menunjukkan kuatnya tentangan dari pemimpin tertinggi Umno terhadap
langkah-langkah membanteras rasuah.
“Salah satu punca Transparency International memberi penarafan sedemikian kerana tiadanya jawatankuasa di peringkat Parlimen yang dipertanggungjawab menyemak dan memastikan strategi pembelian senjata adalah telus dan tidak membabitkan rasuah.
“Pendirian PKR bahawa penyelewengan melalui komisen, rasuah dan pembelian tidak bermutu adalah satu pembaziran terbesar yang akan diperbetulkan Pakatan Rakyat, untuk itu, pandangan membina Transparency International mengenai perkara-perkara pokok perlu dititikberatkan oleh Pakatan Rakyat,” kata Rafizi dalam sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
Antara perkara pokok yang ditimbulkan oleh Transparency International ialah tiadanya jawatankuasa selia di peringkat Parlimen, yang dipertanggungjawab untuk menyemak dan memastikan strategi pembelian telus dan tidak melibatkan rasuah, pembelian persenjataan yang ditentukan oleh kelompok kecil serta Akta Rahsia Rasmi yang menyekat maklumat, menyebabkan rakyat tidak boleh menilai pembelian senjata kerana ketiadaan maklumat.
Menurut Rafizi, pembelian senjata dibuat secara rahsia dan ditentukan oleh kelompok kecil, dan biasanya bukan ditentukan oleh jeneral, sebaliknya menteri tidak seharusnya berlaku kerana jeneral adalah pakar yang mana senjata lebih baik untuk negara.
“Apabila Pakatan Rakyat memerintah, kita akan pastikan jeneral-jeneral yang pakar dalam bidang pertahanan akan berada dalam Jawatankuasa Terpilih parlimen, seperti yang diamalkan oleh negara-negara Barat yang lain,” kata Rafizi.
Semalam, Ahmad Zahid membidas laporan Transparency International UK, yang memberi penarafan “D-” Kementerian Pertahanan dengan mengatakan laporan tersebut sebagai “berat sebelah”.
Menteri Pertahanan itu berkata, laporan tersebut dilaporkan dalam keadaan berbeza-beza, dengan beliau membandingkan negara ini dengan laporan dikeluarkan badan tersebut untuk Kementerian Pertahanan Singapura.
Menurut Rafizi, setiap negara memang mempunyai perbezaan, seperti perbezaan fungsi jabatan atau cara pengurusan, namun perkara asas ialah ketelusan serta sistem yang tidak korup diambil kira.
“Walaupun saya tidak tahu metadogi (cara) mereka membuat pernilaian, tetapi perkara seperti ketelusan, sistem yang tidak korup serta wujudnya perkara seperti Jawatankuasa Selia Terpilih, ini bagi saya yang perlu dititikberatkan,” kata Rafizi.
Dalam laporan tersebut, Malaysia diletakkan dalam penarafan “D-”, sama seperti negara-negara seperti Bangladesh, Pakistan, China, Rusia, Kazakhstan dan Jordan.
Laporan Government Defence Anti Corruption Index yang dikeluarkan Transparency International UK itu melakukan kajian antara Julai 2011 hingga November 2012, mengkaji kementerian pertahanan di 82 buah negara.
Australia dan Jerman menduduki dua tangga teratas dengan menerima penarafan “A”, manakala Korea Selatan dan Taiwan yang tertinggi dalam negara-negara Asia dengan mendapat penarafan “B”, sementara Jepun mendapat penarafan “C”.
Dari kalangan negara ASEAN pula, Singapura dan Thailand menduduki tangga teratas dengan mendapat “D+”, sementara Filipina dan Indonesia di bawah Malaysia dengan mendapat penarafan “E”. _ MalaysianInsider
“Salah satu punca Transparency International memberi penarafan sedemikian kerana tiadanya jawatankuasa di peringkat Parlimen yang dipertanggungjawab menyemak dan memastikan strategi pembelian senjata adalah telus dan tidak membabitkan rasuah.
“Pendirian PKR bahawa penyelewengan melalui komisen, rasuah dan pembelian tidak bermutu adalah satu pembaziran terbesar yang akan diperbetulkan Pakatan Rakyat, untuk itu, pandangan membina Transparency International mengenai perkara-perkara pokok perlu dititikberatkan oleh Pakatan Rakyat,” kata Rafizi dalam sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
Antara perkara pokok yang ditimbulkan oleh Transparency International ialah tiadanya jawatankuasa selia di peringkat Parlimen, yang dipertanggungjawab untuk menyemak dan memastikan strategi pembelian telus dan tidak melibatkan rasuah, pembelian persenjataan yang ditentukan oleh kelompok kecil serta Akta Rahsia Rasmi yang menyekat maklumat, menyebabkan rakyat tidak boleh menilai pembelian senjata kerana ketiadaan maklumat.
Menurut Rafizi, pembelian senjata dibuat secara rahsia dan ditentukan oleh kelompok kecil, dan biasanya bukan ditentukan oleh jeneral, sebaliknya menteri tidak seharusnya berlaku kerana jeneral adalah pakar yang mana senjata lebih baik untuk negara.
“Apabila Pakatan Rakyat memerintah, kita akan pastikan jeneral-jeneral yang pakar dalam bidang pertahanan akan berada dalam Jawatankuasa Terpilih parlimen, seperti yang diamalkan oleh negara-negara Barat yang lain,” kata Rafizi.
Semalam, Ahmad Zahid membidas laporan Transparency International UK, yang memberi penarafan “D-” Kementerian Pertahanan dengan mengatakan laporan tersebut sebagai “berat sebelah”.
Menteri Pertahanan itu berkata, laporan tersebut dilaporkan dalam keadaan berbeza-beza, dengan beliau membandingkan negara ini dengan laporan dikeluarkan badan tersebut untuk Kementerian Pertahanan Singapura.
Menurut Rafizi, setiap negara memang mempunyai perbezaan, seperti perbezaan fungsi jabatan atau cara pengurusan, namun perkara asas ialah ketelusan serta sistem yang tidak korup diambil kira.
“Walaupun saya tidak tahu metadogi (cara) mereka membuat pernilaian, tetapi perkara seperti ketelusan, sistem yang tidak korup serta wujudnya perkara seperti Jawatankuasa Selia Terpilih, ini bagi saya yang perlu dititikberatkan,” kata Rafizi.
Dalam laporan tersebut, Malaysia diletakkan dalam penarafan “D-”, sama seperti negara-negara seperti Bangladesh, Pakistan, China, Rusia, Kazakhstan dan Jordan.
Laporan Government Defence Anti Corruption Index yang dikeluarkan Transparency International UK itu melakukan kajian antara Julai 2011 hingga November 2012, mengkaji kementerian pertahanan di 82 buah negara.
Australia dan Jerman menduduki dua tangga teratas dengan menerima penarafan “A”, manakala Korea Selatan dan Taiwan yang tertinggi dalam negara-negara Asia dengan mendapat penarafan “B”, sementara Jepun mendapat penarafan “C”.
Dari kalangan negara ASEAN pula, Singapura dan Thailand menduduki tangga teratas dengan mendapat “D+”, sementara Filipina dan Indonesia di bawah Malaysia dengan mendapat penarafan “E”. _ MalaysianInsider
Utamakan masa depan 28 juta rakyat Malaysia daripada fikir nasib Najib atau BN
Posted on Wednesday, February 06 @ 20:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Oleh RoketKini
KUALA LUMPUR, 6 FEB: Datuk Seri Najib Razak dianggap Perdana Menteri yang tidak mampu membuat keputusan sebab itu sehingga kini beliau masih teragak-agak dan gagal menentukan tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, selama mentadbir negara, Najib sudah mencipta dua rekod buruk dan adakah dia akan mencipta dua lagi rekod buruk menjelang PRU-13 nanti.
Katanya, Najib menjadi Perdana Menteri paling lama memerintah tanpa mandat rakyat iaitu hampir tiga tahun 10 bulan iaitu lebih lama daripada Perdana Menteri sebelum ini iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Hussein Onn dan bapa beliau sendiri, Tun Abdul Razak.
“Najib juga mencipta rekod buruk kedua iaitu Parlimen di bawahnya berjalan untuk satu penggal yang paling lama selepas “tsunami politik” pada PRU 8 Mac 2008 dan kini tinggal satu bulan tiga hari daripada ulang tahun ke-5 PRU-12 itu.
“Secara umumnya ramai berpendapat bahawa Parlimen mesti dibubarkan lima tahun selepas PRU sebelumnya, iaitu “308” pada 2008 untuk penggal ke-12 Parlimen. Menurut Perlembagaan, lima tahun penggal Parlimen mula dikira dari tarikh mesyuarat pertamanya, iaitu 28 April, 2008 dan bukannya daripada tarikh PRU pada 8 Mac 2008. Ini bermakna jangka hayat lima tahun Parlimen ke-12 hanya akan berakhir pada 27 April 2013, ketika Parlimen akan terbubar dengan sendiri dengan pilihan raya umum bakal diadakan 60 hari tanpa memerlukan Perdana Menteri menghadap Yang Dipertuan Agong untuk membubarkan Parlimen,” katanya dalam kenyataan media mengenai Pengiraan Detik 65 Hari ke PRU-13, semalam.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, Sabtu lalu, Najib menyatakan beliau tahu bila masanya untuk menghadap Yang Dipertuan Agong bagi membubarkan Parlimen dan tidak perlu “menjolok” beliau untuk tahu bila PRU-13 akan diadakan.
Menurutnya, bukan Perdana Menteri yang “dijolok” supaya Parlimen dibubar, tetapi 28 juta rakyat Malaysia yang “dijolok” oleh Najib sejak dua tahun lalu supaya sentiasa berada dalam mod “PRU-13” –
Kit Siang mempertikai adakah Najib akan mencipta rekod buruk ketiganya dengan membiarkan Parlimen ke-12 melepasi 8 Mac 2013 melebihi lima tahun tempoh semulajadi Parlimen, terpaksa bergantung kepada takrif perlembangan untuk penggal lima tahun Parlimen, buat pertama kalinya dalam 55 tahun.
“Bagaimanapun rekod buruk keempat yang benar-benar menghantui Najib ialah sama ada beliau menjadi Perdana Menteri pertama daripada Barisan Nasional (BN) yang akan kehilangan kuasa pada PRU-13 dan menjadi Perdana Menteri UMNO terakhir dalam sejarah pilihan raya umum Malaysia,” katanya.
Beliau berkata, bagaimanapun pada PRU-13 nanti, tidak sepatutnya difikirkan mengenai Najib atau masa depan politik UMNO/BN, sebaliknya mengenai masa depan bangsa dan 28 juta rakyat Malaysia yang setengah abad selepas Merdeka.
Yang menjadi masalah setengah abad lalu, keadaan berubah secara dramatik antara Malaysia dan Korea Selatan. Magnitud perubahan nasib antara Malaysia dan Korea Selatan dapat dilihat pada data KDNK per kapita kedua-dua negara untuk setengah abad lalu dari Bank Dunia dan International Monetary Fund:
Dalam setengah abad dari 1960 hingga 2012, KDNK Malaysia per kapita meningkat 35 kali ganda, amat sedikit berbanding peningkatan 148.5 kali ganda KDNK per kapita Korea Selatan dalam tempoh itu.
Beliau berkata, rakyat Malaysia kini ingin tahu bagaimana Korea Selatan boleh berubah dalam tempoh setengah abad daripada negara miskin dan mundur menjadi sebuah negara yang dua atau tiga kali ganda lebih kaya daripada Malaysia dan mencapai lebih banyak kejayaan dalam hampir semua bidang yang diusahakan, dan mengamalkan formula itu bagi “Kemerdekaan Kali Kedua” Malaysia.
Oleh itu, katanya, pada PRU-13 nanti perlu menjadi perhitungan bagaimana Malaysia dapat menghentikan kerosakan berterusan, mengurang jurang antara Malaysia dan Korea Selatan, dan memulakan perkembangan ekonomi dan menandingi pencapaiannya dalam semua bidang yang diusahakan. – Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan