Sabtu, 16 Februari 2013

BAGUS CITA2 KITA INGINKAN TAKWA...DEKAT DENGAN ALLAH....MEMPERJUANGKAN ISLAM...MATI KETIKA MASIH SIBUK MEMPERJUANGKAN ISLAM SERTA MEMPERTAHANKAN ISLAM

Apa ni..!!!??? Ahli PAS tak hormati Kerabat Raja Perak ke..???
Posted on Saturday, February 16 @ 16:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Orang Ni



Ku Is atau YM  Raja Dr Ahmad Iskandar, Seorang kerabat Diraja Perak sedang berehat di rumah ,di Bukit Chandan Kuala Kangsar Perak.

Beliau keuzuran dan diberi cuti  oleh doktor. Apapun Ku Is tidak "murka" apabila sahabat beliau Safarizal Salleh duduk di atas kerusi,sedangkan YM Ku Is duduk dilantai berlapikkan "toto".

Ku Is menjiwai watak alMarhum Sultan Idris dan nenda beliau. KU IS merupakan aktivis PAS, YDP PAS Kuala Kangsar dan Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia.

Foto Faeez Azahar.

......................................

Orangni: Raja yang adil bijaksana dan Rakyat yang setia berpisah tiada...Perjuangan menegak-kan Kebenaran dan Islam adalah matlamat bersama....Takbir..!!!

Sumber: orangni.blogspot.com


  Dalam Keadaan "DIANCAM BUNUH", Psy Sempat Lepak & Bergambar
Posted on Saturday, February 16 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Blog Dunia Cacamarba

Dalam Keadaan "DIANCAM BUNUH", Psy Sempat Lepak dan Bergambar dengan Pengurus Restoran Korea Hahahaha!



Kim (kiri) sempat bergambar kenangan dengan Psy ketika kunjungan 'superstar' itu ke restorannya ketika membuat persembahan di P.Pinang baru-baru ini.

[Mstar] GEORGE TOWN: Beberapa hari selepas masyarakat di Pulau Pinang terpesona dengan persembahan bertenaga Psy, orang ramai masih lagi bercakap tentang 'superstar' dari Korea Selatan itu.

Pengurus Restoran Daorae Korean BBQ, Kim Gi Joun, 56, bercakap sendiri dengan Psy dalam pertemuan peribadinya dengan Psy di restorannya di Jalan Tanjung Tokong selepas Psy membuat persembahan pada Isnin.

"Psy sangat merendah diri malah dia juga menghidangkan 'soju' (nasi wain Korea) kepada setiap ahli kumpulannya. Dia tidak meninggi diri dan langsung tidak berkelakuan seperti 'superstar'.

"Bagi pihak rakan-rakan di Korea Selatan, saya amat berbangga dengannya," katanya.

Kim berkata Psy memesan beberapa makanan Korea termasuk 'kimchi', 'pancake' Korea, sup makanan laut dan kek beras pedas.

Kim berkata dia dimaklumkan tentang kunjungan Psy enam hari sebelum kedatangannya dan berada dalam dilema selepas diberitahu untuk menyimpan "rahsia".

"Saya begitu teruja dan ingin sangat untuk menggantung banner besar untuk menghebahkan Lawatan psy ke restoran saya," katanya.

Kira-kira pukul 4.45 petang 11 Februari, beberapa jam selepas membuat persembahan pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional P.Pinang di Han Chiang High School, Psy secara rahsia pergi ke restoran ini dengan memakai T-shirt hitam.

Walaupun ia dirahsiakan, kira-kira 200 peminat menunggu di luar restoran.

Kim berkata, Psy yang datang dengan 10 polis pengiring dan lima pengawal peribadi, berada di restorannya lebih dari lima jam.

"Psy terpaksa meninggalkan restoran melalui pintu belakang kira-kira pukul 10.00 malam kerana semua peminat-peminatnya memenuhi lobi dan kawasan tempat letak kereta," katanya.

Psy dijangka membuat persembahan di Malaysia sekali lagi pada 16 Mac depan.

P/s: Di mana polis yang sepatutnya mengawal Psy? Jika terancam mengapa Psy boleh bersantai di restoran tersebut?

Jika terancam, mengapa Psy boleh menari kuda sebanayak 2 kali di atas pentas?

Kantoi tahap maksimum!

Berdasarkan berita di atas, Psy bukan sahaja bersantai di sebuah restoran makanan Korea malah akan berkunjung lagi ke Malaysia untuk mengadakan konsert. Bukankah Psy terancam di sini?

Kah kah kah!

Cerita Psy diancam bunuh di sini, di sini.

Apa yang sebenarnya berlaku boleh ditonton di sini.

Sumber: duniacacamarba.blogspot.com


  Ulama bebas tanding PRU13, kata Khairy
Posted on Saturday, February 16 @ 15:20:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: imamsurau

"KUALA LUMPUR - Pemuda Umno menyambut baik penyertaan golongan ulama untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).Ketuanya, Khairy Jamaludin berkata, ulama bebas untuk berbuat demikian dan memilih mana-mana parti yang mereka mahukan. “Mereka mahu bertanding untuk Umno dan Barisan Nasional (BN), saya alu-alukan. Sekiranya mereka menyertai parti lawan, kita juga terima. Mereka bebas untuk berbuat demikian,” katanya bagi mengulas desas d esus penyertaan bekas Mufti Perlis,Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya yang dikatakan akan bertanding pada PRU13 nanti.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, penyertaan golongan ulama itu memberi mesej yang mendalam apabila mereka yang terlibat dalam hal keagamaan menawarkan diri untuk bertanding.

“Saya lihat dalam kes mereka berdua, PRU13 kali ini pilihan raya yang bersejarah apabila individu di luar politik, menyertai politik,” katanya.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, beliau mengenali rapat kedua-duanya, namun ketika ditanya media apakah ada sebarang pertemuan membincangkan hal itu, Khairy menjawab: “Kenal rapat, takkan tidak bertemu... Kita tengoklah, dalam dua tiga minggu lagi.”

Sementara itu, mengulas tindakan golongan mahasiswa dan segelintir pihak mahu mencabar Presiden BN, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bertanding di Parlimen Pekan, Khairy berkata, ia adalah perkembangan positif hasil keterbukaan yang diamalkan oleh kepimpinan hari ini.

Menolak andaian bahawa cabaran mahasiswa akan menggugat kredibiliti Najib, Khairy berkata, ia tidak menggugat langsung kedudukan Najib.

“Ini kerana rekod Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan dah lama dan cabaran ini  tidak akan menggugat beliau. Apa yg hebatnya mahasiswa, mahu bertanding, terus bertanding. Ini demokrasi. Mahu bertanding di Rembau pun boleh,” katanya.

Menurutnya, penyertaan mahasiswa itu mungkin hanya cari publisiti dan ada pihak yang jadi master mind di belakang tindakan kelompok mahasiswa ini.

“Selagi boleh  bayar deposit kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka boleh bertanding, tetapi fikir dua tiga kalilah, jangan sampai hilang deposit. Itu saja.

"Ini bukan pilihan raya kampus,” katanya.

sumber 

 Kampus: Mahasiswa Tahun 1 UKM Kecewa Perkhidmatan Bendahari UKM
Posted on Saturday, February 16 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Blog Gabungan Mahasiswa UKM

Bangi — Mahasiswa di seluruh Malaysia sudah boleh mengakses maklumat mengenai keputusan peperiksaan semester 1 sesi 2012-2013 di Laman Web Rasmi Universiti.

Pelbagai reaksi dapat kita lihat, ada yang mengucap syukur, gembira, sedih dan sebagainya. Baik yang berjaya atau kurang berjaya, jangan pernah serik untuk berusaha. Sebaiknya, kita selidiki kelemahan sebenar dalam diri yang menghalang kita mengecapi kejayaan seperti sahabat yang lain.

Bagi mahasiswa tahun 1, mereka menzahirkan kekecewaan mereka. Keputusan peperiksaan yang pertama mereka tidak dapat dikeluarkan atas faktor hutang di Bendahari UKM.

Asalnya yuran RM 390 tersebut diucapkan semasa Minggu Mesra Pelajar (MMP 2012). Namun, di dalam penyata tersebut mencatatkan RM 320, baki RM 70 itu kemudiannya diletakkan lewat sedikit atas faktor kesilapan teknikal Bendahari UKM.

MPP FEP GMUKM, Mufaddal Mustansir melaporkan sebahagian besar Mahasiswa UKM memenuhi ruangan lobi Bendahari UKM di Canselori semalam. Faktor sekatan kewangan acap kali berlaku, begitupun disebabkan masalah yang ditimbulkan sendiri oleh pelajar.

Namun, bagi kes kali ini, kesilapan yang sedikit oleh Bendahari UKM, pasti menimbulkan pelbagai syak wasangka. Dalam keadaan Mahasiswa UKM sudah pun tamat kertas peperiksaan, dan selesai melangsaikan hutang di Bendahari, apabila tiba hari pengumuman keputusan peperiksaan, mereka tidak berjaya untuk mengakses maklumat tersebut.

Perkara ini pasti menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan Mahasiswa. Persoalan demi persoalan diajukan kepada pelbagai pihak. Sudah pasti perkara ini bakal merumitkan keadaan, terutama diperingkat Bendahari UKM kerana terpaksa melayan kerenah Mahasiswa.

MPP Mufaddal Mustansir menegaskan bahawa di peringkat Bendahari UKM seharusnya menyebar luas soal notis, pekeliling ataupun surat berkenaan kes seperti ini kepada Mahasiswa yang terlibat. Perkara ini perlu agar Mahasiswa diberi makluman, meskipun sudah diberitahu pada awal semester yang lalu.

GMUKM mengharapkan agar kes seperti ini tidak lagi timbul selepas ini. Demi nama baik UKM, GMUKM pasti pihak pentadbiran UKM tahu perkara seperti ini akan menyebabkan Mahasiswa yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan UKM meluahkan rasa hati melalui laman sosial mereka. -MediaGM

Sumber: gm-ukm.blogspot.com


  Anak beranak pemimpin Umno paling kaya
Posted on Saturday, February 16 @ 14:18:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: imamsurau

"

KUALA LUMPUR: PAS melalui lidah rasminya Harakah mendedahkan bagaimana Umno dan Barisan Nasional (BN) hanya mengkayakan anak pinak mereka.Menurut Harakah yang bakal terbit, yang paling tinggi dalam senarai adalah kekayaan anak ketua kempen BN dalam pilihan raya umum ke 13 ini iaitu Mirzan Mahathir.


Mirzan Mahathir dikatakan menjadi Ahli Lembaga Pengarah dengan pemilikan 15% saham dalam syarikat pengeluaran arak terbesar di Filipina, San Miguel Corp.

Pada 2012, San Miguel membeli aset hiliran Esso jauh lebih rendah daripada nilai pasaran dan mengubah namanya kepada Petron.

Petron kemudiannya mendapat kontrak membekalkan minyak kapal terbang daripada MAS mengetepikan kontrak perbekalan dari Petronas selama ini.

Di senarai kedua terkaya adalah anak Tun Dr Mahathir juga iaitu Mokhzani Mahathir yang menduduki tangga ke-19 orang terkaya dengan memiliki kekayaan sebanyak RM1.6 bilion.

Ayahnya anugerahkan kontrak RM836 juta dari Petronas Carigali Sdb Bhd kepada anak syarikat Sapura Kencana Petroleum Bhd yang berada di bawah pengaruh Mokhzani.

Turut di senaraikan Harakah adalah adik Perdana Menteri,  Nazir Tun Razak yang mempunyai jumlah harta kekayaan sebanyak RM495 juta. Gaji Nazir RM12 juta setahun atau RM1 juta sebulan.
sumber

Apa sepatutnya Mahathir buat sekarang
Posted on Saturday, February 16 @ 13:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Blog Warta Pak Abu

Ada gesaan agar Tun Mahathir bertanding lawan Anwar di Permatang Pauh. Sebelum bertanding, aku nak bagi tau bahawa Tun Mahathir akan kena titik liau-liau kat sana. Daripada memalukan diri Mahathir dan menyebabkan dia murung dan di serang sakit jantung, elok tak payahlah bagi idea suruh dia lawan.

Kalau Mahathir bertanding kat Kubang Pasupun aku rasa belum tentu dia akan menang. Masa Pak Lah naik dulupun, Mahathir dah kena tolak mentah-mentah di sana. Jadi tak payah susah-susah menyusahkan semua orang untuk beri laluan Tun M bertanding.

Bagi aku Tun M sepatutnya boleh pencen dan dudk diam jadi penasihat orang ramai yang bijaksana tanpa memihak mana-mana Parti. Samada parti pembangkang atau parti kerajaan kita semua rakyat Malaysia. Semua parti yang ada menyumbang untuk kebaikan negara dengan cara dan pendekatan masing-masing.

Kita dan terutamanya Tun M tak sepatutnya melihat pembangkang seperti orang asing yang bukan rakyat Malaysia. Kalau dia boleh benarkan rakyat asing senang-senang jadi warganegara sedangkan mereka belum tentu akan setia dan patriotik, kenapa dia tak boleh terima pembangkang yang sejak dulu beranak kat sini dan setia dengan negara sendiri.

Mahathir tak sepatutnya serang kiri kanan siapa saja yang tak sehaluan dengan dia. Dia tak sepatutnya serang Pak Lah secara peribadi sampai orang tua tu merajuk. Dia tak sepatutnya serang peribadi Anwar macam Anwar tu warga bangla yang jahat nak mampus.

Sudahlah tu, relaks dan berikan idea yang bernas tanpa bias dan reda samada orang nak terima atau tak terima. Masa tua lanjut tu eloklah Tun M duduk atas tikar sembahyang dan muhasabah diri dan sulu keburukan diri sendiri daripada dok suluh dan selak keburukan orang lain.

Baca nih

Sumber: wartapakabu.blogspot.com


  Ketua DUPP : Karpal diminta Hormati PAS
Posted on Saturday, February 16 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: sripetaling

"PAS tetap mempertahankan Prinsip Islam dalam sebarang isu yang melibatkan kepentingan agama Islam yang menjadi teras perjuangan dan prinsip PAS

Lantaran itu, rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat Malaysia hendaklah memahami dan mengerti akan perjuangan dan prinsip Islam yang dibawa oleh PAS.

Prinsip PAS tidak samasekali akan berubah untuk mempertahankan Islam sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan Parti Islam Semalaysia PAS.

Namun PAS tidak berbelah bahagi serta meletakkan komitmen yang paling maksimum dalam perjuangan menumbangkan kezaliman dan membela golongan yang tertindas yang dilakukan oleh kerajaan Umno Barisan Nasional atau mana-mana pihak yang lain.

Sehubungan dengan itu, gesaan mana-mana pihak khususnya oleh Pengerusi DAP,Yb. Karpal Singh supaya pihak Majlis Syura Ulamak PAS mengkaji semula isu sepertimana yang dibangkitkan oleh beliau terjawab dengan penjelasan yang telah saya berikan seperti di atas.

Kita menegaskan bahawa pihak kami tidak bersetuju tindakan pengerusi Dap, Yb Karpal Singh yang dilihat mencampuri urusan Majlis Syura Ulamak PAS yang telah diputuskan secara kolektif.

Berkenaan isu Perdana Menteri pula ianya bergantung kepada sokongan serta populariti seseorang calon tanpa perlu menamakan nama-nama individu tertentu.Agenda utama kita adalah meruntuhkan kezaliman Umno BN.

Rakan-rakan dalam PR juga diminta supaya bersabar dan apa yang perlu dilakukan hanyalah menunggu keputusan pilihan raya umum diistiharkan untuk mengetahui siapa yang sebenarnya paling layak menjadi pemimpin nombor satu negara nanti.Kerja kita masih banyak lagi untuk menumbangkan Umno Bn.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat,
Dato' Tuan Guru Hj Harun Taib


http://ulamak.pas.org.my"


 Jadi MB bukan cita-cita saya, kata Salahuddin
Posted on Saturday, February 16 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: imamsurau

"SHAH ALAM - Jawatan Menteri Besar Johor jika Pakatan Rakyat berjaya menawan negeri itu bukan perkara utama yang mendorong Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub bertanding di negeri kelahirannya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Walaupun namanya disebut-sebut bakal mengisi jawatan menteri besar jika Pakatan Rakyat menang di Johor, Salahuddin berkata, beliau ada agenda lebih besar di atas kepulangannya itu.

"Cerita untuk jadi menteri besar ini biarlah kita cerita nanti selepas PRU akan datang.

"Itu bukan matlamat akhir cita-cita politik saya. Yang penting bagi saya, apabila saya diminta Datuk Dr Mahfodz Mohamed, Pesuruhjaya Pas Johor pada hari ini, beliau telah memikirkan dan berbincang dengan saya untuk saya balik ke Johor bagi membantu melonjakkan lagi arus perubahan di Johor," ujarnya.

Mengakui tugas berat menanti beliau, namun Ahli Parlimen Kubang Kerian ini yakin Pakatan Rakyat yang baru ditubuhkan selepas pilihan raya umum lalu punya peluang cerah untuk menawan Johor malah menjejakkan kaki ke Putrajaya selepas PRU13.

"Memang kali ini Pakatan Rakyat ada peluang.

"Sebab itu saya telah ambil keputusan untuk balik ke Johor, mengapa tidak kita sinergikan, kita gabungkan kekuatan yang ada, dibantu pula dengan dokongan kuat rakan-rakan DAP dan PKR, itu sebenarnya yang mendorong saya balik ke Johor, bukan atas faktor untuk menjadi menteri besar," katanya lagi dalam wawancara khas bersama Sinar Harian Online, semalam.

Ujarnya, zaman di mana Johor digelar sebagai negeri simpanan tetap Barisan Nasional sudah berlalu, malah kini sunami politik yang dahulunya berpusat di ibu negara sudah beralih ke selatan negara.

"Di hadapan kita sekarang ini seolah-olah rakyat Johor ada dua pilihan. Dulu mereka tak ada, sukar untuk mereka membuat pilihan. Kalau dulu mereka tak nampak ada gabungan parti lain yang setanding atau pun sehebat Barisan Nasional.

"Kini satu anjakan peralihan pemikiran politik rakyat Johor terhadap masa depan politik mereka," ujar beliau.

Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat berjaya memecahkan kubu kuat Umno dengan memenangi satu kerusi parlimen (dari 26 kerusi) dan enam kerusi Dun daripada 56 kerusi yang ditawarkan.

sumber"

Tiada ulasan: