Najib: Pakatan pun nak Psy tapi BN dapat dulu...
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoal mengapa majlis sambutan
Tahun Baru Cina anjuran BN di Pulau Pinang "mahu dicemari dengan
unsur-unsur politik yang tidak ada kena mengena dengan tujuan ia
diadakan".
Sebaliknya, katanya, majlis tersebut bertujuan baik untuk meraikan perayaan yang sangat bermakna khususnya di kalangan orang Cina.
"Kita tidak pernah halang apa-apa (yang Pakatan) nak buat majlis. Bila kita nak buat majlis, dia nak buat macam-macam halangan seperti nak turun poster 1Malaysia. Gambar saya pun diturunkan," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibu negara petang ini.
Menjawab soalan, Najib yang juga presiden Umno turut menyindir DAP yang mengikut ala Gagnam Style dalam lagu "Ubah Gagnam Style".
"Tapi bila kita buat, dia tuduh kita macam-macam. Sebenarnya niat di hati dia nak jemput Psy itu untuk ada dalam majlis atas nama Pakatan.
"Tapi Psy ada dalam majlis kita, jadi rosak program dia. Itu cerita sebenarnya," sindir Najib yang berseloroh, disambut dengan gelak ketawa hadirin.
BN Pulau Pinang akan menganjurkan sambutan Tahun Baru Cina di negeri itu pada 11 Februari dengan menjemput penyanyi tersohor Korea Selatan Psy.
Hal tersebut menimbulkan pelbagai reaksi termasuk dari Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang meminta rakyat hadir memakai baju kuning, oren, merah dan hijau.
Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen menghangatkan suhunya, apabila berhasrat untuk menari dengan penyanyi itu jika berpeluang berbuat demikian.
Menjawab soalan, Najib yang juga pengerusi BN, berkata parti itu tidak pernah merosakkan majlis Pakatan.
"Dia nak buat majlis, buatlah. Apa pasal nak rosakkan majlis kita," katanya sambil mendakwa berasa pelik dengan tindakan Pakatan, sedangkan sebelum ini BN pernah membuat banyak majlis di negeri itu.
Sementara itu, wartawan Malaysiakini tidak dibenarkan membuat liputan sidang khabar perdana menteri hari ini. Bagaimanapun, Malaysiakini mendapatkan rakaman audio sidang media tersebut.
"Saya teringin menari (dengan Psy) jika saya ada peluang," kata Ng.
Ketika ditanya sama ada beliau boleh menari gaya Gangnam, Ng yang
memakai baju kebaya merah terus berdiri dan menggayakan tarian popular itu, sehingga semua hadirin ketawa.
Sementara itu, dalam sidang media yang sama, Ng berkata, beliau menolak dakwaan bahawa BN menggunakan Psy untuk memenangi populariti bagi menawan semula Pulau Pinang.
Beliau berkata, BN tidak menganggap penampilan Psy sebagai usaha untuk mendapat undi
"Rakyat Malaysia suka membuat spekulasi, rakyat Malaysia cepat membuat kesimpulan," kata Ng merujuk kepada spekulasi yang mendakwa kerajaan pusat dan BN membiayai persembahan penyanyi itu.
baca berita penuh
http://www.malaysiakini.com/news/221036

Yen Yen teringin menari Gangnam dengan Psy
Menteri
Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen hari ini berkata, beliau teringin
untuk menari gaya "Gangnam" bersama penyanyi sensasi Korea Selatan, Psy
di majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina BN di Pulau Pinang."Saya teringin menari (dengan Psy) jika saya ada peluang," kata Ng.
Ketika ditanya sama ada beliau boleh menari gaya Gangnam, Ng yang
memakai baju kebaya merah terus berdiri dan menggayakan tarian popular itu, sehingga semua hadirin ketawa.
Sementara itu, dalam sidang media yang sama, Ng berkata, beliau menolak dakwaan bahawa BN menggunakan Psy untuk memenangi populariti bagi menawan semula Pulau Pinang.
Beliau berkata, BN tidak menganggap penampilan Psy sebagai usaha untuk mendapat undi
"Rakyat Malaysia suka membuat spekulasi, rakyat Malaysia cepat membuat kesimpulan," kata Ng merujuk kepada spekulasi yang mendakwa kerajaan pusat dan BN membiayai persembahan penyanyi itu.
baca berita penuh
http://www.malaysiakini.com/news/221036
Nurul Izzah cabar Raja Nong Chik berdebat 24 Feb
Naib
Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mencabar Menteri Wilayah dan
Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin untuk
berdebat pada 24 Februari ini berhubung dakwaan
menteri itu sebelum ini yang mengatakan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu
lebih suka mengkritik berbanding berkhidmat untuk rakyat.
"Saya pun mahu tahu lebih lanjut secara terperinci apakah kritikan yang telah saya lakukan sehingga dia rasa tidak puas hati.
"Pada saya, yang terbaik adalah supaya beliau dapat bersama saya berdebat khas bersama penduduk Lembah Pantai untuk mereka mendengar sendiri tawaran dan kritikan secara bersama oleh kedua dua parti.
"Yang amat mengecewakan bila seluruh jentera media arus perdana memberikan liputan khas buat menteri wilayah tetapi tidak beri ruang liputan kepada aktiviti parlimen pembangkang yang menang 10 daripada 11 kerusi di Wilayah Persekutuan," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR petang ini.
Semalam, Raja Nong Chik berkata, mengulas prestasi yang ditunjukkan ahli Parlimen Lembah Pantai itu, beliau merasakan Nurul Izzah lebih suka mengkritik serta tidak menyelesaikan beberapa isu di kawasan berkenaan.
Sehubungan itu, Nurul Izzah berkata lagi, beliau juga mengharapkan agar suasana politik di negara ini akan menjadi lebih sihat dengan memberikan ruang sama rata untuk bersuara.
"Pada saya bila padang sama rata, wujud suasana untuk debat, Insya-Allah kita boleh atasi dan sasarkan isu-isu tertentu yang memberi manfaat kepada masyarakat Lembah Pantai untuk memilih dengan baik.
"Lebih baik kita adakan debat tersebut kerana saya pasti beliau tak sabar untuk bersama-sama untuk debat bersama saya.
"Kita kalau mahu suasana yang lebih sihat, perlu politik baru yang boleh beri ruang kepada semua untuk bersuara apatah lagi ahli parlimen yg dipilih pada pilihan raya yang lepas," katanya lagi.
1. Raja Nong Chik yakin skandal NFC tak jejas peluangnya
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pembangkang seharusnya menghormati keputusan rakyat kerana ia adalah satu daripada prinsip penting dalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini.
"Kita mesti terima apa jua keputusan rakyat, kalau dia (pembangkang) percaya pada demokrasi, dia tidak boleh menolak sesuatu yang diputuskan oleh rakyat.
"Kalau kita menyanjung prinsip demokrasi berparlimen, itulah hakikatnya," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibunegara hari ini.
Najib berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa rakyat agar memandang serius ancaman Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menjadikan Kuala Lumpur seperti Dataran Tahrir di Kaherah, Mesir sekiranya hasrat beliau menjadi perdana menteri
tidak kesampaian pada pilihan raya umum nanti. - Bernama
"Saya pun mahu tahu lebih lanjut secara terperinci apakah kritikan yang telah saya lakukan sehingga dia rasa tidak puas hati.
"Pada saya, yang terbaik adalah supaya beliau dapat bersama saya berdebat khas bersama penduduk Lembah Pantai untuk mereka mendengar sendiri tawaran dan kritikan secara bersama oleh kedua dua parti.
"Yang amat mengecewakan bila seluruh jentera media arus perdana memberikan liputan khas buat menteri wilayah tetapi tidak beri ruang liputan kepada aktiviti parlimen pembangkang yang menang 10 daripada 11 kerusi di Wilayah Persekutuan," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR petang ini.
Semalam, Raja Nong Chik berkata, mengulas prestasi yang ditunjukkan ahli Parlimen Lembah Pantai itu, beliau merasakan Nurul Izzah lebih suka mengkritik serta tidak menyelesaikan beberapa isu di kawasan berkenaan.
Sehubungan itu, Nurul Izzah berkata lagi, beliau juga mengharapkan agar suasana politik di negara ini akan menjadi lebih sihat dengan memberikan ruang sama rata untuk bersuara.
"Pada saya bila padang sama rata, wujud suasana untuk debat, Insya-Allah kita boleh atasi dan sasarkan isu-isu tertentu yang memberi manfaat kepada masyarakat Lembah Pantai untuk memilih dengan baik.
"Lebih baik kita adakan debat tersebut kerana saya pasti beliau tak sabar untuk bersama-sama untuk debat bersama saya.
"Kita kalau mahu suasana yang lebih sihat, perlu politik baru yang boleh beri ruang kepada semua untuk bersuara apatah lagi ahli parlimen yg dipilih pada pilihan raya yang lepas," katanya lagi.
1. Raja Nong Chik yakin skandal NFC tak jejas peluangnya
PM: Terima keputusan PRU dan tak timbulkan huru-hara
Perdana
Menteri berharap pembangkang menerima keputusan pilihan raya umum ke-13
(PRU-13) dan tidak mencari alasan untuk menimbulkan huru-hara sekiranya
mereka kalah dalam pilihan raya itu.Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pembangkang seharusnya menghormati keputusan rakyat kerana ia adalah satu daripada prinsip penting dalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini.
"Kita mesti terima apa jua keputusan rakyat, kalau dia (pembangkang) percaya pada demokrasi, dia tidak boleh menolak sesuatu yang diputuskan oleh rakyat.
"Kalau kita menyanjung prinsip demokrasi berparlimen, itulah hakikatnya," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibunegara hari ini.
Najib berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa rakyat agar memandang serius ancaman Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menjadikan Kuala Lumpur seperti Dataran Tahrir di Kaherah, Mesir sekiranya hasrat beliau menjadi perdana menteri
tidak kesampaian pada pilihan raya umum nanti. - Bernama
Najib masih pertimbang hadir majlis CNY Dong Zong
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau masih lagi
mempertimbangkan untuk hadir jemputan rumah terbuka kumpulan pendidikan
Cina Dong Zong sempena sambutan Tahun Baru Cina.
"Saya masih lagi mempertimbangkannya," katanya ringkas dalam sidang media di ibu negara petang ini.
Dilaporkan kumpulan Dong Zong menjemput Najib yang juga presiden Umno hadir ke rumah terbukanya di Pusat Pendidikan Tinggi mereka di Jalan Bukit, Kajang pada 17 Februari ini.
Langkah menjemput Najib dikatakan tindakan yang jarang dilakukan oleh kumpulan tersebut, dan dilihat sebagi satu langkah besar untuk mengharmonikan hubungan mereka dengan kerajaan.
Ia merupakan kali pertama dalam tempoh 50 tahun pemimpin utama di negara ini dijemput secara rasmi dalam majlis Dong Zong.
Rumah terbuka itu akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 3 petang dan dijangka akan dihadiri 2,000 hingga 3,000 tetamu.
Bercakap selepas mempengerusikan mesyuarat tertinggi Umno, Najib turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada suluruh rakyat Malaysia berketurunan Tiong Hua.
Sementara itu, wartawan Malaysiakini tidak dibenarkan membuat liputan sidang khabar perdana menteri hari ini. Bagaimanapun, Malaysiakini mendapatkan rakaman audio sidang media tersebut.
Bantahan di Tanjung Malim, bermula pada jam 5.30 petang dan berakhir sejam kemudian, ekoran pelaksanaan gaji minimum pada bulan Januari.
Timbalan Presiden Kesatuan Pekerja Proton Tanjung Malim, Azmi
Jamaluddin berkata, pekerja peringkat rendah sebelum ini memperolehi gaji RM600 tetapi kini mendapat kenaikan RM300 berikutan pelaksanaan gaji minimum.
"Bagaimanapun, mereka dengan gaji RM901 hingga RM1,200 hanya diberikan kenaikan empat peratus. Ini hanya kenaikan minimum RM36 kepada RM40," katanya kepada Malaysiakini.
Oleh itu, bantahan hari ini adalah untuk mendapatkan penjelasan daripada majikan mereka.
Kesatuan dalam surat bertarikh 17 Januari menyatakan mereka yang
mendapat gaji RM600 kini mendapat RM900 manakala mereka dengan gaji RM1,201 dan ke atas diberi pembayaran one-off.
Surat itu yang ditandatangani oleh Setiausaha kesatuan tersebut, Mohd Zaki Hairan menyatakan bahawa rundingan bermula pada bulan November tetapi tiada tanda-tanda penyelesaian dicapai.
Dalam satu kenyataan, Presiden Kesatuan Pekerja Proton Tanjung Malim, Zainudin Dollah berkata pekerja mahukan penyusunan semula gaji bagi mereka yang memperolehi RM901 hingga RM1,200 bagi mendapatkan kenaikan yang setanding dengan mereka yang dinaikkan gaji dari RM600 kepada RM900.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Sekerja Elektronik Semenanjung
Malaysia (Wilayah Barat), Wan Noorulazhar Mohd Hanafiah berkata 700 pekerja berkumpul di sebelah kilang Proton Shah Alam untuk menuntut pelarasan gaji berikutan pelaksanaan gaji minimum.
Beliau berkata perhimpunan bermula jam 5.30 petang berhampiran kilang tersebut yang diketuai Pengerusi MTUC Selangor dan Wilayah Persekutuan, N Gopalkishnan.
Sementara itu, menurut laporan China Press, kira-kira 500 pekerja asing sebuah kilang perabot di Muar mengadakan mogok hari ini terhadap majikan mereka yang enggan melaksanakan gaji minimum.
"Saya masih lagi mempertimbangkannya," katanya ringkas dalam sidang media di ibu negara petang ini.
Dilaporkan kumpulan Dong Zong menjemput Najib yang juga presiden Umno hadir ke rumah terbukanya di Pusat Pendidikan Tinggi mereka di Jalan Bukit, Kajang pada 17 Februari ini.
Langkah menjemput Najib dikatakan tindakan yang jarang dilakukan oleh kumpulan tersebut, dan dilihat sebagi satu langkah besar untuk mengharmonikan hubungan mereka dengan kerajaan.
Ia merupakan kali pertama dalam tempoh 50 tahun pemimpin utama di negara ini dijemput secara rasmi dalam majlis Dong Zong.
Rumah terbuka itu akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 3 petang dan dijangka akan dihadiri 2,000 hingga 3,000 tetamu.
Bercakap selepas mempengerusikan mesyuarat tertinggi Umno, Najib turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada suluruh rakyat Malaysia berketurunan Tiong Hua.
Sementara itu, wartawan Malaysiakini tidak dibenarkan membuat liputan sidang khabar perdana menteri hari ini. Bagaimanapun, Malaysiakini mendapatkan rakaman audio sidang media tersebut.
1,000 pekerja Proton protes tentang gaji
Kira-kira
1,000 pekerja pengeluar kereta nasional, Proton di Tanjung Malim dan
Shah Alam mengadakan bantahan petang ini berhubung kenaikan minimum gaji
bagi kakitangan sedia ada yang sebelum ini dibayar antara RM901 dan
RM1,200 dan hanya mendapat kenaikan empat peratus.Bantahan di Tanjung Malim, bermula pada jam 5.30 petang dan berakhir sejam kemudian, ekoran pelaksanaan gaji minimum pada bulan Januari.
Timbalan Presiden Kesatuan Pekerja Proton Tanjung Malim, Azmi
Jamaluddin berkata, pekerja peringkat rendah sebelum ini memperolehi gaji RM600 tetapi kini mendapat kenaikan RM300 berikutan pelaksanaan gaji minimum.
"Bagaimanapun, mereka dengan gaji RM901 hingga RM1,200 hanya diberikan kenaikan empat peratus. Ini hanya kenaikan minimum RM36 kepada RM40," katanya kepada Malaysiakini.
Oleh itu, bantahan hari ini adalah untuk mendapatkan penjelasan daripada majikan mereka.
Kesatuan dalam surat bertarikh 17 Januari menyatakan mereka yang
mendapat gaji RM600 kini mendapat RM900 manakala mereka dengan gaji RM1,201 dan ke atas diberi pembayaran one-off.
Surat itu yang ditandatangani oleh Setiausaha kesatuan tersebut, Mohd Zaki Hairan menyatakan bahawa rundingan bermula pada bulan November tetapi tiada tanda-tanda penyelesaian dicapai.
Dalam satu kenyataan, Presiden Kesatuan Pekerja Proton Tanjung Malim, Zainudin Dollah berkata pekerja mahukan penyusunan semula gaji bagi mereka yang memperolehi RM901 hingga RM1,200 bagi mendapatkan kenaikan yang setanding dengan mereka yang dinaikkan gaji dari RM600 kepada RM900.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Sekerja Elektronik Semenanjung
Malaysia (Wilayah Barat), Wan Noorulazhar Mohd Hanafiah berkata 700 pekerja berkumpul di sebelah kilang Proton Shah Alam untuk menuntut pelarasan gaji berikutan pelaksanaan gaji minimum.
Beliau berkata perhimpunan bermula jam 5.30 petang berhampiran kilang tersebut yang diketuai Pengerusi MTUC Selangor dan Wilayah Persekutuan, N Gopalkishnan.
Sementara itu, menurut laporan China Press, kira-kira 500 pekerja asing sebuah kilang perabot di Muar mengadakan mogok hari ini terhadap majikan mereka yang enggan melaksanakan gaji minimum.
Sudah meninggal, antara yang dinaik pangkat
Seorang
lelaki yang sudah meninggal dunia setahun adalah antara 422 pegawai
perkhidmatan awam dinaikkan pangkat oleh Kerajaan Petadbiran Aceh
baru-baru ini, mengundang kritikan daripada pelbagai pihak.
Kesilapan itu hanya disedari setelah surat keputusan kenaikan pangkat para pegawai berkenaan yang dikeluarkan itu, didapati mengandungi nama Rahmad Hidayat, yang sudah meninggal dunia.
"Kami terperanjat ada nama Rahmad Hidayat dalam pelantikan itu, padahal dia sudah meninggal dunia pada Januari 2012. Kami tidak tahu penyakitnya, tetapi Allahyarham pernah mengalami pendarahan otak," kata seorang rakannya yang enggan menyebut nama," lapor akhbar harian Kompas, hari ini.
Ketua Badan Perjawatan Pendidikan dan Latihan (BKPP) Aceh, Nasrullah yang mengesahkan kesilapan itu, percaya ia berlaku kerana pihak yang mencadangkan kenaikan pangkat pegawai itu tidak mengetahui bahawa beliau sudah meninggal dunia.
Ketua Badan Perundangan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Aceh, Abdullah Saleh berkata kesilapan yang berlaku itu mencerminkan buruknya sistem pentadbiran pegawai dan makanisme BKPP Aceh dan perkara itu mengecewakan orang ramai dan DPR Aceh.
- Bernama

'Lihat masalah Umno-BN Perlis sebelum cakap menang besar'
PAS
Perlis menyindir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
supaya cermin diri terlebih dahulu dengan melihat pergolakan dalaman
Umno-BN di negeri itu terlebih dahulu yang didakwa "tidak berkesudahan"
sebelum meramal BN mampu menang besar pada pilihan raya umum akan datang
.
Timbalan Pesuruhjaya PAS 1 Perlis Mohd Anuar Tahir berkata rakyat di negeri itu sudah bosan dengan perebutan kuasa, pangkat dan kedudukan yang didakwanya di kalangan pemimpin Umno dianggapnya "tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda".
"Rasanya lebih baik Muhyidin balik jaga Putrajaya dulu sebelum sebut nak menang besar di Perlis. Di Putrajaya pun BN sudah begitu tergugat kedudukan mereka," katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.
Mohd Anuar yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat mengulas kenyataan Muhyiddin yang dilapor yakin BN mampu mencatat kemenangan besar di Perlis pada pilihan raya umum yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Menteri pelajaran itu dilapor berkata keyakinan menang semua kerusi DUN dan parlimen berdasarkan taklimat persiapan pilihan raya yang disampaikan BN Perlis kepadanya semalam dan turut menyatakan terdapat petanda sokongan rakyat yang meningkat terhadap kerajaan.
Pada pilihan raya umum 2008, BN menang semua tiga kerusi parlimen dan 13 daripada 15 kerusi DUN. Dua lagi kerusi DUN - Simpang Empat dan Sanglang - dimenangi PAS.
Sehubungan itu, Mohd Anuar menganggap kenyataan Muhyiddin itu sebagai terdesak dan semata-mata untuk membangkitkan semangat penyokong demi meraih sebanyak mungkin simpati kepada parti itu.
"Beliau sendiri pun tahu bahawa rakyat Perlis sudah bersedia untuk membuat perubahan pada PRU akan datang dan dia juga tahu BN Perlis sendiri berada pada tahap kritikal. Ini dilihat bilamana beliau sendiri malahan Perdana Menteri pun acapkali turun ke Perlis.
"Kenyataan Muhyidin ini sama juga dengan kenyataan Menteri Besar Perlis yang dibuat beberapa kali sebelum ini," katanya sambil mendakwa perhimpunan yang diadakan di beberapa lokasi di negeri itu akan dihadiri oleh orang yang sama termasuk orang luar yang diarahkan hadir.
Menurut Mohd Anuar lagi, rakyat Perlis melihat kemampuan pentadbiran yang berjaya mengekang rasuah dan pembaziran serta kecekapan mengurus tadbir ekonomi, maka mereka pun mahu perubahan di negeri ini.
"Walaupun tsunami politik 2008 tak sampai ke negeri ini, tapi rakyat Perlis pun sudah sedar dan melihat keupayaan kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui PAS di Kedah umpamanya.
"Saya percaya bahawa ubat paling mujarab untuk Umno-BN Perlis ialah dengan menjadikan mereka parti pembangkang di negeri ini. Saya lihat mereka mempunyai potensi besar untuk menjadi pembangkang yang baik di negeri ini," sindir Mohd Anuar.

Noh: BN tak pernah ugut pengundi
Timbalan
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar yakin
kumpulan petani dan nelayan di dearah ini tidak akan mudah terpedaya
dengan helah pakatan pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU-13).
Beliau berkata tindakan pemimpin pakatan pembangkang yang menuduh kononnya BN mengugut kumpulan itu dengan menghalang mereka memberi undi kepada pembangkang adalah tidak benar.
Katanya pakatan pembangkang sebenarnya buta dan isu itu ditimbulkan sebagai modal ceramah untuk mengelirukan pengundi terutamanya golongan pesawah dan petani di Tanjong Karang.
"Tuduhan itu sepatutnya tidak timbul kerana pakatan pembangkang sendiri yang tidak boleh terima kenyataan sekiranya BN berjaya menawan Selangor semula.
"Sebelum ini terbukti di Perak apabila pemimpin mereka sendiri yang menimbulkan huru-hara selepas BN berjaya mentadbir semula negeri itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan awal persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tiram Jaya semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Naib Presiden PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar kononnya BN menggunakan taktik menakut-nakutkan pengundi dalam siri ceramahnya di Sawah Sempadan, di Tanjong Karang baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Noh yang juga menteri pertanian dan industri asas tani, berkata beliau percaya dengan kesetiaan pengundi kerana mereka tahu siapa yang banyak membantu mereka.
"Kerajaan persekutuan telah banyak membantu termasuk memberi peruntukan berbentuk subsidi, insentif dan input pertanian berjumlah RM2.5 bilion dalam bajet tahun ini.
"Petani dan nelayan boleh menilai kesungguhan kerajaan persekutuan yang banyak membantu meningkatkan hasil pendapatan mereka dan kita percaya undian mereka kepada BN tidak berubah," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan