Jumaat, 8 Februari 2013

CANTIK.....DAN NILAILAH

Nasharudin: DAP cabar dasar Pas

5 Februari 2013
 Nasharudin Mat Isa
Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa
KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, DAP sudah jelas mencabuli dasar hormat-menghormati yang dijalin melalui 'tahaluf siyasi' apabila ia secara terang mencabar beberapa asas dan dasar perjuangan Pas.

Tahaluf siyasi bermaksud kerjasama badan Islam dengan pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam dalam perjuangannya, bagi mencapai matlamat sama.

Beliau berpendapat tindakan itu adalah satu sikap yang tidak menghormati semangat kesepakatan antara parti yang sekaligus menandakan mereka tidak ikhlas dalam bertahaluf dengan Pas.

"Tahaluf siyasi yang disepakati oleh Pas pada peringkat awal tertubuhnya pakatan pembangkang bersetuju untuk menghormati dasar parti masing-masing," katanya dalam lintas langsung eksklusif melalui BH Online bertajuk 'Mengupas Kemelut Dalaman Pas' hari ini.

"Tetapi kelihatan mutakhir ini, dasar hormat-menghormati ini sudah tercabar dengan DAP secara khususnya secara terang mencabar beberapa asas dan dasar perjuangan Pas," katanya.

Menjawab pertanyaan faktor yang menyebabkan Pas telah keluar dari landasan perjuangannya, Nasharudin berkata, mungkin keadaan itu berlaku kerana tuntutan politik semasa yang kelihatan begitu mendesak bagi Pas meraikan tuntutan berkenaan.

"Akibatnya, kelihatan beberapa pendirian dan dasar Pas terpaksa diolah mengikut kehendak itu yang mengakibatkan persepsi yang timbul adalah Pas lari daripada landasan perjuangannya," katanya yang sedang menerima rawatan fisioterapi sakit belakang dan berkaitan saraf di sebuah pusat perubatan swasta, di sini.

Ditanya sama ada majoriti undi orang Islam akan berubah kepada Pas apabila parti itu bersendirian, beliau berkata, kekuatan Pas terletak kepada agenda perjuangan Islamnya yang menjadi sebab penubuhan Pas.

"Jadi, saya melihat kalau sekiranya Pas itu bersendiri, Pas akan lebih bebas untuk melaksanakan agenda terbabit," katanya sambil menambah sudah ada banyak suara yang merasakan Pas akan lebih terserlah jika bersendirian.

Berhubung laporan mengenai Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang seolah-olah marah kepada beliau, Nasharudin berkata, memang ada timbul tanda tanya pada dirinya tentang sikap Mursyidul Am itu terhadap beliau.

"Sejak daripada isu kerajaan perpaduan yang timbul satu ketika dulu, sehinggalah hari ini. Saya tidak tahu apa puncanya, namun saya masih menghormati beliau sebagai pimpinan tertinggi parti," katanya sambil memberitahu sehingga saat ini masih belum menerima sebarang hitam putih mengenai pemecatan beliau.

Ditanya sama ada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim pernah campur tangan dalam urusan dalaman Pas, beliau berkata, mungkin ada, dan itu tidak sepatutnya berlaku.

Mengenai pandangan beliau terhadap Anwar dan perjuangan yang dibawa olehnya, beliau berkata, berbangkit beberapa isu berkaitan Anwar yang menimbulkan keraguan.

"Saya berpandangan sebagai ahli Pas, sudah tentu kepimpinan tertinggi parti saya sebagai calon terbaik untuk memimpin," katanya.

Mengenai gambar beliau bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah Ogos lepas, Nasharudin berkata, beliau menyertai banyak rombongan rasmi sebagai anggota Parlimen ke luar negara, termasuk secara kebetulan bersama perdana menteri.

Katanya, menyertai rombongan ke luar negara adalah tugas sebagai Ahli Parlimen untuk mewakili negara ke beberapa persidangan dan program.

"Saya pernah keluar negara dengan menteri, dengan speaker Parlimen dengan anggota Parlimen dan secara kebetulan, mutakhir ini dengan perdana menteri," katanya.

Kehadiran Nasharudin yang dilihat bersama Najib semasa pertemuan dengan beberapa ulama selepas sidang kemuncak luar biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menimbulkan pelbagai tanggapan pihak tertentu dalam Pas berhubung pendirian beliau.

Ditanya sama ada akan menerima pelawaan Umno untuk menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang sekiranya Pas memecat beliau, Nasharudin berkata, beliau tidak pernah dan belum pernah menerima sebarang pelawaan daripada Umno
untuk menjadi calon PRU13.

Sementara itu, Nasharudin berpendapat isu kalimah ALLAH yang dimainkan oleh pimpinan DAP adalah sekadar untuk meraih undi daripada mereka yang beragama Kristian.

"Pada pandangan saya, yang mereka mahukan sekadar meraih undi daripada rakan-rakan kita yang beragama Kristian. Karpal Singh yang kuat bersuara pun pada hemat saya, bukan beragama Kristian. Jadi, apa perlunya Karpal Singh bersuara dalam isu ini sedangkan dia sendiri tidak beriman dengan Kristian," katanya.

Beliau berkata, isu kalimah ALLAH harus dipertahankan daripada digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat Islam.

"Bagi saya, ia adalah isu akidah yang menjadi tanggungjawab kita semua," katanya yang mahu keputusan Majlis Syura Ulama ditaati dengan sepenuhnya oleh semua anggota dan pemimpin Pas. - Bernama

Nasharudin Mat Isa semakin Menjahukan Diri Dari PAS
Posted on Thursday, February 07 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: abuluqman

"Nasharuddin B Mat Isa Di TV3 ..dalam program Puji PM (Gambar kiri)

Temubual TV3 bersama YB Ust Nasaruddin, mantan Timbalan Presiden PAS. Konklusi nya mudah je secara politik:

(1) Kalau dah sampai tahap memuji serta mengangkat Najib & Kak Mah ke tahap yg lebih hebat drp pimpinan parti sendiri....Apa maknanya tu?

(2) Kalau dah sampai tahap menyebut & memuji berkali-kali NGO yg berkaitan dgn UMNO didalam membantu Palestin tanpa menyebut walaupun sepatah apa yg PAS atau KEADILAN atau NGO disebelah PR ni lakukan... Apa lagi maknanya tu?

Justeru itu, dgn bahasa mudah...Ustaz Nasharuddin eloklah skrg masuk UMNO, mudah2an lekat jadi calon BN plak pd PRU13 nanti!!"

Kopiah pun sudah tak lekat di kepala nie. letak sebelah dah .

Nukilan Abu Luqman"

event dalam gambar ini ialah sebuah seminar bertajuk "Sekretariat Mendaulat Islam sebagai Agama Persekutuan". antara muka2 yg hadir pada mesyuarat @ seminar di Masjid Negara yang diadakan siang tadi ini ialah Hasan Ali, Ust Nasha, Ust Nakhaie, Hafiz Nordin, Ismail Mina, Yusri Mohd dan ramai lagi.

maka bersedialah melihat muka2 ini dalam TV dengan lebih kerap membicarakan isu2 khilaf atau hal2 yg remeh temeh sebenarnya dalam agama dengan bertujuan utk menembak Pas dan PR.

kredit tuan Suhaimi Mohd Saad.

KINI HASSAN ALI DAN NASARUDDIN MAT ISA BERGABUNG TENAGA....

HOT: GAMBAR Hassan Ali dan Nasha bergabung KUASA disebar
HOT: GAMBAR Hassan Ali dan Nasha bergabung KUASA disebar
HOT: GAMBAR Hassan Ali dan Nasha bergabung KUASA disebar

Program khas sekarang ini di Masjid Negara:
"Sekretariat Mendaulat Islam sebagai Agama Persekutuan" Tengah mesyuarat sekarang di Masjid Negara;

Antara yang hadir Hasan Ali, Nasha, Nakhaie, Hafiz Nordin, Ismail Mina, Yusri Mohd, Noh Gadut, Aidid Ghazali JATI... FB

Jula Juli Jewel shared Pakatan Rakyat "time4change"'s photo.
Photo

Nasir Sahlan shared Kamal Rohim ID's photo.
SUDAHLAH...... kalau najib nak sangat ... silakan ambik... dia...
kami pon ''no heart feeling'' tak perlu dipersolkan lagi lah.....

 Letakkan Nasharudin Mat Isa di Parlimen Pekan!!!!!
Posted on Friday, February 08 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: arjuna_muslim

"Sudah diketahui umum tentang isu si nasha yang sekarang sedang dan telah berhubung baik dengan najib.dia juga mengatakan bahawa tetap setia bersama PAS.

Jadi bagi membuktikan kesetiaan beliau dan mengujinya adalah baik jikan dia di pertandingkan di kerusi Parlimen Pekan dengan berlawan dengan Najib.

Walaupun saranan ini nampak sangat berisiko dan tampak tidak relevan kerana Najib pernah hampir kalah dengan majoriti yang amat tipis pada 1999 dengan majoriti 241 undi, berikut adalah statistik undi di Parlimen Pekan:

  • 1999 Jumlah mengundi 26,797 menang 13,148 majoriti 241 undi rosak 631

  • 2004 Jumlah mengundi 41,046 menang 31,956 majoriti 22,922 undi rosak 56

  • 2008 Jumlah mengundi 47,870 menang 36,262 majoriti 26,464 undi rosak 1,261

  • 2013 Jumlah mengundi 50,000 + 29000 pengundi baru, undi pos, undi warga asing, total adalah 79 ribu pengundi di parlimen pekan kawasan Najib Razak.
Dengan pertambahan pengundi yg mendadak pada 2013 ini nampak mustahil juga kemenangan kepada mana2 parti PR.walaupun kemungkinan besar pertambahan ini adalah penuh dengan pembohongan SPR, tetapi apakan daya PR utk melawan semua ini kerana ianya sudah terlalu sukar untuk dipersoalkan.

Tentang bagaimna jika PAS menang di kerusi tersebut dan calonya adalah nasha, ianya harus difikirkan oleh pakar strategi didalam PAS dalam memastikan bahawa kerusi itu kekal milik PAS.

Dengan terjadinya realiti ini maka pertandingan nampak lebih menarik. "

Husam: Nasha salah platform desak Pas keluar PR

6 Februari 2013
Husam Musa
Husam Musa
KOTA BHARU - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata bekas timbalan presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berada di platform yang salah bila beliau mendesak parti itu keluar dari pakatan pembangkang.

Husam berkata desakan Nasharudin itu tidak relevan lagi kerana (beliau) sudah tidak menjadi anggota Majlis Syura Ulama Pas.

"Ustaz Nasha kini berada di luar (Majlis Syura Ulama Pas). (Maknanya) tak guna saluran (yang betul)," kata Husam kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Kelantan di sini, hari ini.

Bercakap dalam wawancara dengan sebuah akhbar tempatan semalam, Nasharudin mendesak agar Pas keluar dari pakatan pembangkang dan bergerak secara bersendirian bersandarkan kekuatannya jika ingin terus kekal relevan sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Menurut Nasharudin walaupun Pas menjalin hubungan dengan DAP dan PKR berasaskan konsep tahaluf siyasi atau muafakat politik, pelanggaran beberapa syarat dalam ikatan itu jelas mengusik kesucian Islam.

Menjelaskan perkara itu lagi, Husam berkata jika Nasharudin masih berada dalam Majlis Syura berkenaan sudah tentu pandangan anggota Parlimen Bachok itu akan diberi perhatian sewajarnya.

"Ustaz Nasha boleh membuat rayuan terhadap pelucutannya dalam Majlis Syura itu jika mahu berada kembali," katanya.

Nasharudin dipecat dari Majlis Syura Ulama pada 13 Jan lalu atas alasan beliau kerap tidak hadir mesyuarat serta sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan.

Sementara itu Husam secara sinis meminta Umno memberi ruang kepada Nasharudin agar mempertahankan kerusi Parlimen Bachok atas tiket Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata adalah lebih baik jika Umno berbuat demikian jika Nasharudin sememangnya tidak lagi berminat berjuang melalui Pas yang kini dilihat lebih cenderung menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya rasa Datuk Dr Awang Adek Hussin perlu memberi ruang kepada Ustaz Nasha mempertahankan Parlimen Bachok atau meletakkan Ustaz Nasha ke tempat lain yang dirasakan boleh menang," katanya. - Bernama
Nasha keliru, beliau masih ahli Pas
Nizam Zain
7 Februari 2013
 Nasharudin Mat Isa
Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa
SHAH ALAM – Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mendakwa bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sengaja menimbulkan kekeliruan berhubung status keahliannya dalam parti itu walhal secara jelas dalam surat diterima semalam menyatakan beliau hanya digugurkan sebagai anggota Majlis Syura.

Salahuddin berkata, Ahli Parlimen Bachok itu sepatutnya tahu perkara terbaik yang beliau harus lakukan kepada parti, bukannya menimbulkan persepsi negatif sehingga boleh menjejaskan nama baik Pas.

“Beliau (Nasharudin) sendiri yang menimbulkan kekeliruan itu, sama ada keliru atau tidak, itu terpulang kepada beliau.

“... dia yang keliru (status keahlian dalam Pas), Majlis Syura sudah putuskan beliau bukan lagi ahli majlis itu,” kata beliau yang dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata demikian sebagai mengulas Nasharudin malam tadi yang keliru dengan status keahliannya dalam Pas.

Nasharudin mendakwa wujud sedikit konflik mengenai perkara itu, berdasarkan kenyataan berbeza antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, baru-baru ini.

"Mursyidul Am kata dengan pemecatan daripada Majlis Syura Ulama, saya automatik dipecat sebagai ahli tetapi presiden kata saya masih ahli,” katanya sambil mengakui beliau sudah menerima surat rasmi pemecatannya semalam sebagai anggota Majlis Syura Ulama Pas selepas selepas dipecat kira-kira dua minggu lalu.

Nasharudin berkata surat tersebut antara lain menyebut pemecatannya diputuskan pada mesyuarat Majlis Syura Ulama yang berlangsung pada 13 Januari lepas kerana melanggar beberapa ketetapan yang dibuat majlis berkenaan.

"Saya tak tahu apa yang saya langgar, mungkin sebab saya buat beberapa kenyataan media secara terbuka dan pendirian saya dalam isu-isu terkini berbeza dengan pendirian parti," katanya.

Ditanya tentang keahlian Nasharudin dalam Pas, beliau berkata, di peringkat kepimpinan Pas, mereka tidak pernah membincangkan perkara tersebut, sebaliknya lebih menumpukan kepada persediaan parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Dia masih ahli Pas, itu kita tidak nafikan... kami tidak pernah membincang hal itu, malah tidak pernah mempertikaikan keahliannya dalam Pas.

“... kita lebih banyak membincangkan tentang persiapan dan persediaan jentera serta ahli Pas bagi menghadapi PRU13 akan datang,” ulasnya.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang dihubungi juga mengesahkan perkara itu sambil menyifatkan kekeliruan tidak timbul susulan perbezaan kenyataan antara Nik Aziz dan Abdul Hadi.

“Dalam rekod kami (Ibu Pejabat Pas), Nasharudin masih ahli Pas yang sah,” katanya secara ringkas yang enggan mengulas lanjut lain-lain isu berbangkit.
Harun Taib: 'Itu pandangan Nasharudin, saya masih bersama PR'
Wartawan Sinar Harian
7 Februari 2013
Harun Taib
Datuk Harun Taib
SHAH ALAM - Pas masih boleh bersama dalam Pakatan Rakyat (PR) selagi parti komponen PR setia pada janji yang telah dibuat sebelum ini, kata Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang mendesak supaya Pas keluar dari pakatan pembangkang dan bergerak secara bersendirian bersandarkan kekuatannya jika ingin terus kekal relevan sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Menurut Nasharudin, walaupun Pas menjalin hubungan dengan DAP dan PKR berasaskan konsep tahaluf siyasi atau muafakat politik, pelanggaran beberapa syarat dalam ikatan itu jelas mengusik kesucian Islam.

“Itu pandangan dia (Nasharudin), orang lain ada pandangan lain, saya masih bersama PR.

“Alhamdulillah, hubungan Pas bersama parti kompenan PR masih baik,” katanya.

Ketika ditanya adakah percanggahan pendapat antara Pas dan DAP sebelum ini tidak mengganggu hubungan kedua-dua parti itu di dalam PR, Harun berkata, isu itu hanya ditimbulkan individu sahaja, bukan antara parti.

“Setiap perkara yang timbul tidak mengganggu perjalanan kerja kami, semuanya masih baik,” katanya.

Nasha: Saya sudah terima surat rasmi pemecatan

Surat rasmi pemecatan anggota Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa, sebagai anggota Majlis Syura Ulama PAS akhirnya sampai ke tangan beliau semalam selepas dipecat kira-kira dua minggu lepas.
  
pas muktamar pc 070609 nasharudin mat isaBeliau berkata bagaimanapun timbul sedikit tandatanya apabila surat berdaftar itu bertarikh 14 Januari tetapi hanya diposkan pada 30 Januari seperti yang tertera pada sampulnya.
  
"Sah secara hitam putih saya bukan anggota Majlis Syura Ulama PAS Pusat lagi. Hari ini baru sampai (surat tersebut)," katanya dalam rancangan Soal Jawab yang disiarkan di TV3 malam tadi.
  
Rancangan itu dikendalikan Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Datuk Ahmad Talib.
  
Bekas timbalan presiden PAS itu berkata surat tersebut antara lain menyebut pemecatannya diputuskan pada mesyuarat Majlis Syura Ulama yang berlangsung pada 13 Januari lepas kerana melanggar beberapa ketetapan yang dibuat Majlis berkenaan.
  
"Saya tak tahu apa yang saya langgar, mungkin sebab saya buat beberapa kenyataan media secara terbuka dan pendirian saya dalam isu-isu terkini berbeza dengan pendirian parti," katanya.
  
NONEDitanya sama ada beliau masih merupakan anggota PAS, Nasharudin berkata wujud sedikit konflik mengenai perkata itu berdasarkan kenyataan berbeza oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
  
"Mursyidul Am kata dengan pemecatan daripada Majlis Syura Ulama, saya automatik dipecat sebagai ahli tetapi presiden kata saya masih ahli.
"Ini pun saya tahu daripada media kerana tiada kenyataan rasmi daripada parti. Tapi kalau ada surat pemecatan sebagai ahli PAS, saya tunggu. Mungkin tiga minggu lagi baru sampai," jelasnya.
  
Sementara itu, Nasharudin menjelaskan bahawa sehingga hari ini beliau tidak pernah menerima sebarang jemputan untuk menyertai Umno meskipun telah dua kali bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatan ke Mekah dan Gaza.
  
"Perdana Menteri tidak pernah ajak saya...tiada langsung keluar daripada mulut Perdana Menteri untuk ajak saya masuk Umno," tegasnya.
Nasha: Saya rasa seperti dizalimi
11:33AM Feb 3 2013
Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa berkata beliau berasa seolah-olah dizalimi apabila mursyidul am parti, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap kedudukannya sebagai ahli PAS turut terlucut sepertimana jawatannya dalam Majlis Syura Ulama.

Dalam wawancara yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia hari ini, Nasharudin berkata kenyataan Nik Aziz itu juga keterlaluan kerana didakwa "mengiaskan saya seolah-olah telah murtad".

nasharudin mat isa interview 060607 defined"Saya merasakan seperti dizalimi dalam konteks itu di mana kiasan yang dibuat terhadap perkara tersebut dilihat saya agak keterlaluan dengan mengiaskan saya seolah telah murtad, dan mengkiaskan saya dengan isu penceraian dan sebagainya.

"Sedangkan sekali lagi saya masih belum menerima hitam putih kedudukan sebagai ahli PAS," katanya dalam wawancara dengan akhbar milik Umno itu.

Beliau mengulas kenyataan Nik Aziz kelmarin yang berkata isu surat rasmi itu tidak timbul kerana "lafaz cerai" sudah dilakukan.

"Lafaz cerai sudah dibuat, kalau surat cerai tak sampai pun ia tetap dah cerai... surat tak sampai tu soal nombor dua," kata Nik Aziz seperti dipetik dalam laporan Sinar Harian semalam.

Mengulas lanjut, Nasharudin berkata beliau berhak diberikan surat pemecatan memandangkan PAS sebelum ini memberi surat pelantikan ke jawatankuasa tersebut.
nik aziz nasharuddin mat isa 170609"Sangat tidak adil kerana saya hanya mengetahui perkara tersebut melalui media ketika baru pulang dari Dubai.
"Media ini bukan merupakan medium rasmi untuk kita menyampaikan perkara tersebut," katanya yang akur dengan keputusan pelucutan jawatan berkenaan.

Beliau yang kini merupakan ahli biasa PAS turut mengulas mengenai peluangnya untuk bertanding dalam pemilihan parti akan datang.

"Bagi saya kalau ada usaha untuk menyekat saya untuk bertanding dalam apa-apa jawatan dalam parti, itu bukan hak individu untuk menyekat saya.

"Tetapi terpulang kepada ahli dan kawasan sebab dalam PAS ini semangat syura itu bukan sahaja ada dalam Majlis Syura Ulama tetapi semangat itu juga ada dihidupkan dalam kalangan ahli di peringkat bawahan," katanya.

- Bernama

Tiada ulasan: