Rabu, 27 Februari 2013

APA GUNA KAYA DIDUNIA JIKA MISKIN DIAKHIRAT DAN LAGI MALANG JIKA MASUK NERAKA SERTA KEKAL DIDALAMNYA

Tiada masalah siapa PM jika Pakatan menang - Anwar

Zulkifli Sulong, 26 Feb 2013
PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat tidak mempunyai sebarang masalah dalam isu pemilihan siapa bakal menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang PRU13.

"Saya tidak nampak sebarang masalah untuk dibangkitkan isu ini," kata Anwar ketika ditanya oleh media hari ini.

Sebaliknya kata Anwar, Pakatan akan memberikan fokus kepada agenda bersama Pakatan Rakyat yang dipersetujui dalam konvensyennya yang ke-4 semalam.

Ketika terus ditanya oleh media kenapa Pakatan tidak mengumumkan nama bakal PM, Anwar berkata, "Adakah BN mengumumkan nama bakal PM  ketika membentangkan manifestonya.

"Semasa PRU 2008, adakah Tan Sri Khalid diumumkan sebagai bakal MB Selangor?" soal Anwar.

Semalam, Pakatan Rakyat membentangkan manifestonya dalam konvensyen yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Lebih 1500 pemimpin PAS, PKR dan DAP berhimpun dalam konvensyen tersebut.

Sebelum ini media mempermainkan laporan kononnya PAS tidak bersetuju Anwar dicalonkan sebagai PM.

Namun Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim dalam satu laporan media menjelas, Pakatan belum membuat keputusan lagi tentang isu itu.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu pula berkata, Pakatan akan membuat pengumuman mengenainya apabila sampai waktu dan ketikanya.

"Biarlah ia menjadi tanda tanya dan kejutan untuk media," kata Mohamad sabu.

Faizal yakin Pakatan akan jaga kebajikan OKU

Harakahdaily, 26 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Pengerusi Sekretariat Prihatin OKU, Mohammad Faizal Che Yusof (gambar) yakin Pakatan Rakyat akan menjaga kebajikan OKU dengan sebaik mungkin.

Walaupun tidak ada disebut dengan terperinci dalam manifesto Pakatan Rakyat janji untuk OKU, beliau yakin Pakatan akan menjaga kepentingan OKU.

"Saya menegaskan bahawa manifesto yang telah dibentangkan adalah suatu dokumen umum sebagai gambaran kasar kepada perancangan Pakatan Rakyat sebaik memenangi pilihan raya umum ke13 kelak.

"Saya menegaskan bahawa melalui PAS dalam Pakatan Rakyat, pembangunan OKU tidak akan sekali-kali dikesampingkan bahkan akan beriringan dengan agenda perubahan yang dibawa," katanya.

Menurut Faizal, selaku Pengerusi Secretariat Prihatin OKU, beliau menerima pelbagai respon terhadap manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat keempat di Shah Alam kelmarin.

Rata-rata Komuniti OKU termasuk individu OKU dan ahli keluarga menanti penuh harapan kepada pembentangan manifesto yang bertemakan Pakatan Harapan Rakyat, katanya.

Suatu yang jelas, ia menggambarkan betapa Komuniti OKU menaruh harapan tinggi kepada perubahan yang dibawa oleh PAS bersama Pakatan Rakyat, tegas beliau dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

"Saya menerima dengan fikiran terbuka setiap kritikan dan respond yang diluahkan disebabkan tiadanya pernyataan khusus berkaitan pembangunan OKU dalam manifesto tersebut," jelas beliau.

Sebagaimana ditegaskan oleh Presiden PAS YB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam Himpunan Perdana Ummah PAS pada 3 Februari 2013, OKU ada peranan dalam mengisi kemenangan kelak.

"Sebagai individu yang bertanggungjawab menyuarakan isu-isu OKU, saya penuh yakin isi kandungan Al Quran dan Hadith berkaitan pembangunan OKU mampu diterjemahkan kepada perlaksanaan sebaik PAS bersama Pakatan Rakyat menduduki Putrajaya, bahkan itu adalah komitmen pihak sekretariat," katanya.

Seruan beliau kepada seluruh OKU dan ahli keluarga OKU, teruslah bersama PAS untuk membawa Islam dalam perlaksanaan bersama Pakatan Rakyat demi kesejahteraan hidup OKU yang lebih baik di Malaysia pada masa hadapan.

"Saya penuh percaya, manifesto Pakatan Harapan Rakyat yang dilancarkan bukanlah suatu dokumen yang bersifat muktamad atau eksklusif, bahkan ia bersifat inklusif dan sedia untuk menerima perubahan.

"Ayuh, giatkan usaha, tingkatkan pergantungan kepada Allah Rabbul Jalil menuju Malaysia baru bersama PAS dalam Pakatan Rakyat pasca PRU13," katanya.

Najib ketuai BN Selangor untuk kekal kuasai Umno

Harakahdaily, 26 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Bagaimana Datuk Seri Najib Razak boleh mengekalkan kerusi Presiden Umno selepas pilihanraya umum ke 13?

1.  BN menang besar iaitu mendapat kembali 2/3 majoriti.

2.  Selangor di tangan BN dengan syarat BN menang dengan apa-apa majoriti.

Menurut penganalisa politik Harakahdaily, Najib yang kini menjawat Pengarah jentera BN Selangor adalah untuk tujuan ini.

“Selangor adalah insuran Najib untuk kekal sebagai presiden Umno. Semua tahu BN tidak mungkin dapat 2/3 majoriti, bahkan ramai yang meramalkan kekalahan Umno-BN kali ini telah hampir menjadi realiti.

"Tapi jika BN dapat menawan Selangor, walaupun tewas di Putrajaya, lubuk emas itu akan mengekalkan Najib sebagai Presiden Umno pada pemilihan parti akan datang,” kata beliau.

Sebelum ini, Koordinator BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed telah mengumumkan bahawa Najib akan mengetuai jentera pilihan raya negeri dalam usaha parti tersebut untuk merampas semula negeri bawah pimpinan Pakatan Rakyat itu.

"Perdana Menteri yang merupakan Pengerusi BN negeri akan mengetuai jentera pilihan raya umum di Selangor dan ini menunjukkan satu kesinambungan kepada parti bagi menunjukkan keyakinan dan perhatian khusus secara 'hands on' oleh beliau sendiri kepada negeri Selangor.

"Saya pula akan membantu beliau sebagai timbalan pengarah untuk membantu dari segi perancangan dan gerak kerja terutama untuk memperkukuhkan jentera BN pada satu tahap lebih optimum untuk menjamin kemenangan mutlak parti," katanya.

Mohd Zin juga yakin bahawa yakin peluang amat cerah bagi BN untuk menguasai Selangor.

“Keyakinan Mohd Zin dan pertaruhan Najib untuk mengetuai Selangor sememangnya menguatkan dakwaan pembangkang bahawa ada sesuatu tidak kena dengan pertambahan jumlah pengundi baru yang membanjiri Selangor dan juga pemindahan pengundi dari Sabah yang dikesan masuk ke negeri itu,” kata penganalisa politik Harakahdaily.

Menyentuh mengenai saranan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Dr Hatta Ramli yang memberikan amaran kepada pengundi ‘warganegara express’ supaya tidak mengundi kali ini, penganalisa berkata itu adalah satu langkah yang bijak.

“Warganegara express boleh tidak mengundi sebenarnya dan jika di diberi pilihan, mereka tidak mahu mengundi. Oleh kerana takutkan BN, mereka terpaksa mengundi kerana takut. Jika mereka tahu, BN bakal tewas, percayalah mereka rela tidak mengundi dan akan mendengar saranan PR untuk tidak mengundi.

"Oleh itu, semakin Najib melewatkan PRU13, mereka akan bertambah yakin PR akan menang, dan mereka akan mendapat keberanian untuk ingkar arahan dan perjanjian untuk tidak mengundi,” tegas beliau.

Guna Melayu untuk kayakan anak beranak akan dihentikan

Harakahdaily, 26 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pakatan Rakyat akan memastikan pemegang jawatannya nanti tidak menjadikan anak beranaknya kaya raya sebagaimana yang berlaku dalam kerajaan BN sekarang.

"Kita akan pastikan monopoli kepada industri gas, petroleum dan arak mesti dihentikan," kata Anwar menyindir anak Tun Dr Mahathir yang kini menjadi antara orang terkaya di Malaysia.

Menurut Anwar, tindakan kerajaan BN menggunakan perjuangan untuk orang Melayu untuk mengangkat anak beranak sendiri menjadi kaya raya juga tidak akan dipertahankan.
"Memberi bilion kontrak kepada anak bekas PM kerana dia sendiri penasihat Petronas...No..ia tidak akan berlaku lagi," kata Anwar.

Anwar mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir kononnya jika Pakatan Rakyat berkuasa, kronisme akan berleluasa.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang semakin hari semakin menyerupai Ketua Umum BN dan pengarah jentera pilihanraya BN sekali lagi menyerang bekas timbalannya yang beliau pecat secara drastik dan penjara pada tahun 1998.

Kali ini, Mahathir menafikan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau sebagai penasihat Petronas telah terlibat dalam pemberian kontrak Petronas kepada anak beliau, Mirzan.

Sebelum ini, Anwar mempersoalkan tindakan kerajaan  menjual sahamnya di ExxonMobil dengan harga di bawah pasaran kepada konglomerat Filipina San Miguel Corp, yang Mirzan adalah salah seorang pengarahnya.

Anwar berkata Mirzan walaupun telah meletak jawatan daripada San Miguel, beliau masih kekal sebagai seorang pengarah di dalam satu anak syarikat iaitu Petron Corporation.

Pada 2011, San Miguel telah menawarkan untuk membeli ExxonMobil pada harga di bawah pasaran.

Mahathir pula sebaliknya mengecam Anwar, dengan berkata bekas timbalannya telah memberi banyak kontrak kepada penyokongnya ketika berkuasa.

Beliau berkata ketika beliau menjadi Perdana Menteri, telah dipamerkan semasa mesyuarat agong Umno senarai orang yang mendapat kontrak semasa Anwar berkuasa.

“Terdapat dalam senarai nama-nama penyokongnya dan keluarganya. Tidak ada satupun dari anak saya yang tersenarai,” tulis beliau di blognya.

Sebagai PM, Mahathir berkata beliau berkali-kali tidak membenarkan anaknya untuk terlibat dalam politik dan perniagaan yang berkaitan dengan kerajaan.

“Jika mereka berjaya samada dalam perniagaan atau politik, ini adalah atas usaha mereka sendiri. Dan ini semua berlaku selepas saya letak jawatan Perdana Menteri,” tegasnya.

Di dalam Petronas, di mana beliau penasihatnya, Mahathir menegaskan syarikat minyak negara itu adil dan tidak berat sebelah kepada anaknya.

Beliau juga mendakwa bahawa beliau hanya mengetahui bahawa anaknya Mirzan telah dianugerahkan kontrak oleh Petronas selepas perjanjian itu dimeterai.

“Saya sanggup bersumpah di dalam masjid dengan menjunjung Quran bahawa saya tidak ambil bahagian sama sekali dengan pemberian kontrak kepada anak saya,” tegas Mahathir sambil mengulang cabarannya terhadap Anwar untuk bersumpah di atas Quran untuk menafikan fitnah liwat terhadapnya.

Mahathir kemudiannya berhujah berkata kuasa sebenar Petronas adalah di tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau turut mempertahankan Mirzan daripada dakwaan bahawa beliau terlibat di dalam San Miguel, yang satu masa dulu syarikat arak terbesar, dengan berkata ia bukan syarikat bir sahaja tetapi semakin banyak terlibat dalam industri makanan dan petroliam.

Disebabkan dakwaan itu, kata Mahathir, Mirzan telah meletakkan jawatan sebagai pengarah di dalam San Miguel.

“Sekarang dia hanya menjadi pengarah dalam syarikat minyak Petron. Dahulu syarikat ini dikenali sebagai Exxon Mobil dan telah menjadi pembekal minyak ke pesawat terbang di KLIA,” tegas beliau.

Sebelum ini pelbagai pihak mengecam Mahathir selaku Pengerusi Petronas kerana membenarkan Petron mengambil alih Petronas dalam membekalkan minyak ke pesawat di KLIA.

Manifesto PR peluang rakyat buat perubahan PRU13

Muhammad Faizal, 26 Feb 2013
SHAH ALAM: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub melihat manifesto Pakatan Rakyat yang diumumkan semalam merupakan satu tawaran berharga untuk rakyat.

Katanya, dengan tawaran yang dikemukakan itu, rakyat kini boleh membuat jangkaan terhadap masa depan mereka jika memilih Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

"Manifesto ini menjadi satu hadiah yang paling berharga untuk rakyat dari Pakatan Rakyat.

"Ia juga menunjukkan satu dimensi terbaik untuk rakyat lakukan perubahan pada pilihanraya nanti," jelasnya kepada Harakahdaily.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berharap rakyat Malaysia dapat membaca serta mengkajinya untuk mendapat kefahaman lebih mendalam mengenainya.

"Saya harap rakyat Malaysia dapat menerima dan membaca serta mengajinya untuk pemahamanan yang lebih.

"Kali inilah peluang terbaik kita untuk memandu minda rakyat kearah kehidupan yang lebih baik," jelas beliau lagi.

Semalam sempena Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam, mereka telah mengumumkan manifesto berdepan PRU13 tidak lama lagi.

Sementara itu, Salahuddin juga berkata suasana akrab ketiga-tiga parti dalam konvensyen semalam mencerminkan bahawa PAS, PKR dan DAP sudah bersedia menggantikan kerajaan sedia ada demi pentadbiran lebih baik.

"Tanggapan diluar mengenai wujud perbalahan itu tidak benar, konvesyen ini membuktikan segala-galanya.

"Jika ada perbezaan pendapat atau pemikiran itu merupakan satu yang dinamik dalam pemikiran parti di dalam Pakatan Rakyat, jadi tidak ada apa yang perlu dirisaukan," katanya.

Hasutan: DAP buat laporan polis terhadap Najib

Salmiyah Harun, 26 Feb 2013
KUALA LUMPUR: DAP hari ini membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas dakwaan mengeluarkan kenyataan hasutan yang disiar dalam web The Star pada 24 Februari 2013.

Mengikut laporan berita yang bertajuk “Najib: Vote Barisan for a far better future”, Najib dipetik sebagai berkata bahawa, “Undi untuk PKR akan merosakkan aqidah sementara undi untuk PAS akan memecah belahkan umat Islam.” (A vote for PKR will destroy the aqidah while a vote for PAS will only result in disunity among Muslims).

Kemudian, Najib menambah, “untuk DAP pula, undi untuk mereka akan mengakibatkan penindasan Islam. (As for DAP, a vote for them will see Islam being oppressed.)

Perdana Menteri dilaporkan membuat kenyataan tersebut di Kuala Terengganu semasa pelancaran program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri  Terengganu.

Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi DAP Pahang YM Tengku Zulpuri Shah Raja Puri di Balai Polis Tun Hs Lee, Jalan Stadium jam 11.00 pagi tadi.

Menurut Zulpuri, kenyataan yang dibuat Dato’ Sri Najib tanpa mengemukakan sebarang bukti adalah sangat tidak bertanggungjawab dan merupakan dakwaan yang tidak berasas sama sekali.

Katanya, kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan tidak sesekali dipersoalkan oleh DAP.

Malah, katanya,  kedudukan Islam telah disemadikan dalam perlembagaan parti dan juga Deklarasi Shah Alam yang dimeterai oleh Persidangan Kebangsaan DAP pada 8 Januari 2012.

Adalah jelas katanya, dakwaan Najib itu berniat jahat dan bertujuan untuk menghasut sentimen perkauman dan agama masyarakat Islam terhadap Pakatan Rakyat dan khususnya DAP.

"Saya percaya bahawa penerbitan dan penyiaran laporan palsu dan fitnah tersebut merupakan suatu kesalahan jenayah dan memohon agar pihak polis mengambil tindakan siasatan yang segera serta tindakan susulan yang sewajarnya ke atas Dato’ Seri Najib Tun Razak supaya tidak berlaku sebarang kekeliruan dan ancaman terhadap DAP atau pemimpin-pemimpinnya," katanya.

Rasuah dalam pengurusan balak di T'ganu?

Harakahdaily, 26 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat hari ini mendakwa wujud unsur rasuah dalam pengurusan balak di bawah pentadbiran Datuk Seri Ahmad Said di Terengganu yang melibatkan wang ratusan juta ringgit.


(Rafizi, Syed Azman dan Shuhaimi dalam sidang media hari ini di Pejabat PKR)

Mendedahkan perkara itu Adun Batu Buruk Dr. Syed Azman mendakwa, skandal itu melibatkan satu modus operandi menggunakan sebuah syarikat yang diberi kelulusan membalak oleh kerajaan negeri.

Syarikat tersebut pula ujarnya dikehendaki membeli saham sebuah syarikat proksi dengan harga tinggi.

"Wang jualan syarikat tersebut disyaki disalurkan kepada orang-orang tertentu yang mempunyai pengaruh untuk menentukan hak membalak," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Turut serta pada sidang media Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

Difahamkan projek membalak tersebut diluluskan Mesyuarat Lembaga Mengambil Hasil Hutan Negeri pada 17 Julai 2012 yang dipercayai dipengerusikan Ahmad, melibatkan kawasan seluas 1,000 ekar di Hutan Simpan Hulu Setiu.

Namun pada 28 Disember 2011 iaitu enam bulan sebelum kelulusan membalak dikeluarkan, satu perjanjian telah dimetrai supaya syarikat terbabit membayar RM2.5 juta untuk membeli sebuah syarikat proksi yang hanya mempunyai saham berbayar RM2.

"Kami mempunyai bukti yang jelas bahawa perjanjian ini ada kena mengena dengan kelulusan membalak tersebut.

"Bukti-bukti ini akan dikeluarkan dalam tempoh dua minggu ini menjelang pilihan raya umum ke-13 sementara menunggu jawapan menteri besar," katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Persatuan Anak Terengganu di perantauan (Perantau), Shuhaimi Embong dalam kenyataannya meminta Datuk Seri Ahmad Said mengambil cuti panjang sementara dakwaan ke atasnya ini di siasat.
"Kami Perantau mencadangkan MB bercuti panjang sementara disiasat," kata Shuhaimi yang turut serta dalam sidang media itu.

Tiada ulasan: