Sabtu, 16 Februari 2013

PECAH OK LAGI...ADA YANG TERBURAI BAGAIMANA...KIRA BARANG LUPUS AJE LAH

Mahasiswa diserang: NGO gerak kekuatan fokus Pekan

Khairil Abdul Rahim, 16 Feb 2013
TEMERLOH: PAS Pahang mengecam keras tindakan tidak bertamadun kira-kira 100 orang samseng yang mengepung 30 mahasiswa di tengah bandar Pekan semalam kerana jelas melanggar undang-undang, kebebasan bersuara dan keluhuran Perlembagaan negara ini.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata sebagai warganegara Malaysia, mahasiswa mempunyai hak sebagai rakyat Malaysia untuk bebas bergerak termasuk terlibat sama dalam politik negara.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat berkata, PAS turut kesal dengan pihak polis yang hadir dalam insiden tersebut tetapi gagal bertindak sebaliknya hanya bertindak seperti pemerhati.

“Serentak dengan itu PAS mendesak Ketua Polis Negeri Pahang melakukan siasatan dalaman serta mengambil tindakan tata tertib atau tindakan yang sesuai kerana sepatutnya peranan polis memastikan undang-undang dipatuhi buaknnya membiarkan pelanggaran undang-undnag berlaku.

“Mahasiswa turun untuk mengedar risalah ke seluruh parlimen Pekan tetapi akibat tindakan agresif kumpulan samseng mahasiswa terpaksa dihantar balik ke Kuala Lumpur,” katanya dalam sidang media khas di pejabatnya di sini hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, mahasiswa yang sepatutnya disambut sebagai tetamu telah mengalami peristiwa pahit ketika berada di parlimen Najib iaitu pada hari pertama lagi ketika berada di Dewan Undangan Negeri Pulau Manis telah cedera dibelasah samseng dan  dimaki hamun serta diusir oleh wakil rakyat BN sendiri iaitu Adun Pulau Manis,  Khairuddin Mahmud bersama penyokong-penyokong Umno.

Pada hari kedua ketika berada di Dun Chini pula, mahasiswa menghadapi dugaan lebih hebat apabila diancam dengan parang oleh samseng Umno dalam dua insiden.

Semalam mahasiswa yang menamakan kumpulan mereka ‘Gerakan Mahasiswa 13’ itu menghadapi kemuncak dugaan berhadapan samseng-samseng Umno apabila dikepung, diserang, dicederakan dan diusir pulang ke Kuala Lumpur serta merta.

Tuan Ibrahim berkata, semua tindakan itu mencerminkan ketakutan Umno khususnya di kawasan Perdana Menteri bagi menghadapi kebangkitan rakyat untuk menolak BN.

“Tindakan terdesak ini tunjukkan  kepada kita melalui penolakan secara paksa, kalau di Pulau Pinang secara perkataan jelas. Di Pekan walau tidak ada perkatan ‘no’ tetapi tindakan samseng-samseng itu merupakan bantahan secara senyap oleh orang Pekan, sebab itu Umno tak bagi maklumat disebarkan, dia takut maklumat sampai kepada rakyat.

“PAS hairan kenapa takut sangat sedangkan media elektronik setiap saat berkempen untuk Umno BN. Walaupun penambahan undi luar biasa iaitu menjangkau 18,000 pengundi baru di Pekan termasuk warga Myanmar, Kemboja, kem tentera dan Orang Asli.

“Tetapi pelik, dengan budak-budak pelajar 30 orang pun Umno rasa terancam dan cemas sangat,” katanya.

Dalam pada itu Tuan Ibrahim berharap mahasiswa supaya teruskan perjuangan.

Katanya dengan insiden semalam PAS mendapat maklumat banyak NGO menggerakkan semua kekuatan akan fokus menuju ke Pekan.
Kenapa nak marah penganut Hindu sembahyang malam?
Posted on Saturday, February 16 @ 23:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: rozmal

"Baru-baru ini Balai Polis Bandar Baru Senawang telah mengadakan pertemuan dengan semua pengerusi surau dan masjid sekitar Senawang untuk membincangkan masalah keselamatan di surau dan masjid masing-masing.

Menurut pengerusi surau tempat saya, katanya banyak perkara yang dibangkitkan ialah masalah taman, bukan masalah surau.

Ada wakil satu surau membangkitkan masalah penganut Hindu di kuil berhampiran perumahan sembahyang sampai lewat malam dan tidak senang dengan bunyi bising apabila penganut Hindu ini sedang bersembahyang.

Pengerusi taman saya kata dalam pertemuan tersebut, kita pun ada salahnya. Kita orang Melayu kalau buat kenduri kahwin, kalau yang ada buat karaoke tu, buat bising juga sampai ke lewat malam.

Tadi saya kata pada pengerusi surau saya, buat apa nak sibuk dengan kuil Hindu, surau kita, masjid kita yang sepatutnya buat program setiap malam, kuliah ilmu, ceramah, qiamulail, qasidah, berzanji dan sebagainya.


Kain rentang ajak PAS bersatu dengan Umno dipasang sekitar Kuala Lumpur

UMUM mengetahui, Umno dan Barisan Nasional sudah tidak yakin untuk memenangi pilihanraya umum ke 13. Pelbagai strategi digunakan tidak berjaya menarik sokongan rakyat kepada Barisan Nasional.

Menjelang PRU13 yang semakin hampir, Umno terpaksa menggunakan langkah terakhir untuk terus berkuasa iaitu dengan cara mengajak Parti Islam, PAS keluar daripada kerjasama Pakatan Rakyat dan sertai Umno.

Inilah langkah terakhir Umno dan Barisan Nasional untuk terus berkuasa. Lihat di seluruh Kuala Lumpur, berteraburan kain rentang mengajak PAS bersatu dengan Umno telah dipasang.

Bila Umno dan PAS bersatu, maka pemimpin di dalam PAS berpeluang menjawat jawatan menteri di peringkat pusat apabila Barisan Nasional berjaya mengekalkan kuasa pada PRU13 nanti. Ini satu tawaran yang sangat menarik.

Maka tidak hairanlah sebilangan pimpinan yang mengidam jawatan menteri di dalam PAS, seperti Nasharuddin Mad Isa sangat menyokong PAS agar keluar Pakatan Rakyat dan bersatu dengan Umno dan mewujudkan Unity Government, UG (Kerajaan Perpaduan).

Ini juga menjelaskan mengapa bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin sering ke sana ke mari bersama Najib. Terbaru, Nasharuddin membuntuti Najib sampai ke Gaza Palestin.

Pada waktu ini, Pimpinan Parti Islam, PAS teruji dengan jawatan menteri yang ditawarkan jika mereka sertai Umno untuk mewujudkan kerajaan perpaduan.

Rakyat boleh melihat, siapakah saki baki yang bersekongkol dengan Nasharuddin dan juga muka-muka gila jawatan menteri di dalam PAS yang akan muncul tidak lama lagi dengan idea-idea pelik.

Salah satu idea pelik itu adalah, mencalonkan pemimpin Umno, Ku Li yang juga merupakan Ahli Parlimen BN, Gua Musang sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat tawan putrajaya.

Sama-sama kita tunggu dan lihat...
Sent from my BlackBerry®
Tengok saja Masjid Tuanku Jaafar, di Taman Tuanku Jaafar dekat Sg Gadut tu, kalau lepas isya lalu dalam pukul 9.30 dah gelap masjid, bukan setakat pintu masjid tutup, dengan pagar-pagarnya sekali di tutup, tak pastilah kunci ke tidak.

Pengerusi surau saya kata, surau tempat kami tak pernah berkunci, sebab laluan orang ramai. Alhamdulillah setakat ini tak ada perkara serius berlaku setakat budak-budak main dalam surau, hisap rokok dalam tandas surau. Curi duit surau memang tak pernah berlaku, sebab tak ada tabung surau. Yang peliknya bil elektrik surau kami tiap-tiap bulan negatif, bulan lepas negatif RM300 lebih, entah siapa bayar , tak tahulah.

Yang buat masalah di surau dan masjid kita, orang Melayu sendiri, orang Islam sendiri, bukannya orang Hindu.

Ada yang datang masjid semata untuk kencing pun orang kita, ada yang datang masjid semata nak tukar lampin anak pun orang kita, ada yang datang masjid buang puntung rokok merata-rata pun orang kita, ada yang menconteng pintu tandas masjid pun orang kita, yang mencuri tabung masjid pun orang kita.

Nampaknya terlalu banyak usaha yang perlu dilakukan oleh kita semua bagaimana orang kita ini perlu menghormati masjid, kerana ianya sebahagian daripada mengagungkan dan memelihara kesucian kalimah ALLAH."


Kubu Umno pecah, PAS buka 2 cawangan baru di Johor

Harakahdaily, 16 Feb 2013


KUALA LUMPUR: Malam tadi, dua cawangan baru PAS dapat ditubuhkan iaitu PAS Cawangan Kampung Parit Gantung dan Batu 22 Jalan Muar.

Menurut blogger Mutaligat, hampir 50 orang menyertai PAS termasuk bekas-bekas pemimpin dan penyokong kuat Umno.

Meskipun Umno cuba manipulasi isu kalimah Allah dengan mengadakan solat hajat selepas Jumaat di seluruh masjid di negeri Johor dan menakutkan orang Melayu dengan DAP,  ia tidak menghalang lebih ramai ahli Umno menyertai PAS.

Parit Gantung dan Batu 22 terletak dalam Parlimen Parit Sulong.

Pemimpin BN khususnya Umno elit, jarang turun padang.

Mereka tidak bersama dengan denyut nadi rakyat. Isu kos sara hidup, pengambilan tanah Pengerang, kehilangan tanah Melayu di Iskandar Malaysia, projek pelupusan sampah, perumahan generasi 2 dan 3 peneroka adalah antara deretan isu yang gagal ditangani kerajaan BN Johor.

Insya Allah, lebih ramai pemimpin dan ahli Umno akan bersama Pakatan Rakyat. Umno bakal berkubur di Johor!

Kisah bendera: BN tewas 5 kali ganda dengan PAS

http://orangni.blogspot.com, 16 Feb 2013

Kisah Bendera hari ini: BN tewas 5 kali ganda dengan PAS (BERGAMBAR)

SUNGAI PETANI, 16 Feb -- Kelihatan seorang Makcik dari penyokong Barisan Nasional (BN) membawa bendera BN bersaiz kurang lebih sedepa saja melalui iklan besar yang tertera Himpunan Rakyat 1 Malaysia Gelombang Biru yang akan dirasmikan oleh T P M Muhyiddin Yassin di padang Taman Ria Jaya malam ini di sini, hari ini.





Terengganu 16 Feb--Terbaik dari konvoi PGU Terengganu,Abg BULAN BESAR turun ke jalan raya, saiz 2 bendera PAS ini 5 kali ganda dari saiz bendera BN, Orang muda geng kita....- sumber FB ........................................................
Orangni: Bendera UMNO BN akan diusung,diarak dan dikibar ke hulu dan ke hilir dengan upah wang ringgit semata-mata, manakala bendera PAS dikibarkan megah dengan semangat perjuangan Islam yang iklhas semata-mata.
Syabas dan tahniah  di atas semangat yang ditunjukkan ahli PAS Terengganu, semoga menjadi contoh kepada ahli-ahli PAS di seluruh tanahair ini.....Takbir..!!!


Treler Jelajah Negara Berkebajikan PAS hampir siap

Muhammad Faizal, 16 Feb 2013


KUALA LUMPUR: PAS bersedia dengan program Jelajah Negara Berkebajikan apabila treler yang digunakan bagi program tersebuat siap sepenuhnya Rabu depan.

Tinjauan Harakahdaily di Kampung Melayu Subang mendapati treler tersebut sudah melebihi 90 peratus siap dan hanya proses persiapan terakhir yang melibatkan kerja-kerja luaran sahaja.

Manakala bagi persiapan pentas dan berkaitan teknikal telah siap sepenuhnya.

Treler Jelajah Negara Berkebajikan itu hanya memerlukan kurang 30 minit proses pemasangan bagi menjadikannya lengkap untuk pentas penceramah.

Jelajah Negara Berkebajikan akan memulakan perjalanan sulungnya ke Pendang, Kedah bagi program ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Treler Jelajah Negara Berkebajikan PAS diselia sepenuhnya di bawah Jabatan Pilihraya PAS Pusat (JPP).

Pulang dari Pekan bukan mengaku kalah – GM13

Anis Nazri, 16 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Gerakan Mahasiswa 13 (GM13) merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang membantu kumpulan tersebut sepanjang berada di Pekan, Pahang.

Pengerusinya, Syis Abdul Kadir, berkata setinggi penghargaan diberikan kepada semua pihak yang membantu, khususnya pada insiden membabitkan mahasiswa dikepung sekumpulan samseng, semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata kepulangan mahasiswa dari Pekan bukan bererti mengaku kalah.

"Kunjungan mahasiswa bertemu rakyat adalah untuk berkongsi harapan dan impian Malaysia baru. Idea kami dibalas samseng dan budaya politik tidak matang.

Kami berundur kerana bukan cara kami untuk bertumbuk dan berparang. Kami pulang untuk khabarkan kepada Malaysia tentang apa yang berlaku ini adalah bukti kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Sementara itu, Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Shukri Kamaruddin, turut merakamkan penghargaan kepada Unit Amal PAS, PAS dan PKR Pekan, khususnya.

"Kepada mereka, kami ucapkan berbanyak terima kasih, lebih-lebih lagi yang menjaga keselamatan kami," kata beliau kepada Harakahdaily.

Kempen jelajah GM13 ke parlimen Pekan, bermula 12 Feb lalu, kumpulan seramai 40 mahasiswa telah diserang dan diugut samseng.

Dalam kejadian semalam, kumpulan itu dikepung samseng di Madrasah Darul Husna tersebut yang merupakan markaz PAS.

Susulan kejadian tersebut, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengerahkan anggota di sekitar Pekan, Pahang ke madrasah tersebut bagi menghulurkan bantuan.

Program yang sepatutnya berakhir esok, 17 Feb terpaksa dihentikan awal atas faktor kselamatan yang membimbangkan.

Sebelum ini, dua siswa dan dua siswi dari kumpulan sama turut diserang dengan parang oleh samseng di Felda Chini 4.

Kumpulan itu diserang ketika mengedar risalah dan surat ‘Harapan mahasiswa untuk rakyat Pekan’ dari rumah ke rumah di kawasan felda berkenaan.

Terdahulu, seorang aktivis gerakan itu, Ekhsan Bukhari diserang di Kampung Datuk Keramat dalam Dun Pulau Manis.

Tiada ulasan: