Najib: Saya tunggu hingga letih hendak buat p'raya
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pilihan raya umum ke-13
(PRU-13) belum diumumkan kerana kerajaan mahu dasar transformasi negara
benar-benar terbukti berjaya dan memberi manfaat sepenuhnya kepada
rakyat.
Beliau berkata idea yang kreatif, perancangan yang rapi dan pelaksanaan yang berkesan adalah sangat penting dalam usaha kerajaan untuk membela rakyat dan membangunkan negara.
"Sebab itulah saya tunggu sampai kita letih hendak buat PRU, kita tunggu kerana saya hendak buktikan bahawa dasar transformasi negara benar-benar boleh berjaya," katanya ketika melancarkan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Seremban Sentral di Seremban hari ini.
Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Pengerusi PR1MA Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis.
Justeru, Perdana Menteri mengingatkan rakyat supaya tidak menukar kerajaan sedia ada pada PRU-13 nanti kerana kerajaan BN) sahaja yang boleh memenuhi harapan rakyat.
Ini terbukti dengan pelbagai kejayaan yang dicatat oleh negara antaranya perkembangan ekonomi yang semakin meningkat selain mencatat pertumbuhan yang pesat, katanya.
"Kita harus berbangga sebagai sebuah negara kita sudah capai banyak kejayaan, kalau Ulu Temiang akan ditukar namanya kepada Seremban Utara, tetapi kerajaan jangan tukar," katanya sambil menerima sorakan gamat daripada orang ramai.
Najib berkata hari ini, rakyat juga cukup yakin bahawa kerajaan BN bukanlah hanya pandai cakap sahaja tetapi juga yakin melakukannya untuk rakyat sepertimana gagasan 1Malaysia iaitu "Rakyat Didahulukan".
"Semalam, saya ke Terengganu, saya naik beca dan tanya pengayuh beca bagaimana kerajaan hari ini, dia kata akan sokong BN kerana PAS mengarut, hanya pandai cakap tetapi tak pandai buat," katanya.
Mengenai kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengumpamakan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) kepada rakyat seperti memberi makanan kepada haiwan, Najib berkata kenyataan sedemikian sepatutnya tidak keluar daripada seorang ulama.
"Ulama bercakap baik, sopan, beri nasihat, ini caci-maki, merendahkan martabat orang, ini bukan percakapan ulama, kita tidak sanggup dikutuk sebagai haiwan, tapi yang anehnya yang bersusun terima BR1M bukan kita sahaja, dia (pembangkang) pun terima," katanya.
Perdana Menteri berkata kerajaan akan terus melakukan yang terbaik supaya rakyat mendapat kesejahteraan dan negara terjamin aman dan makmur.
Mengenai projek PR1MA Seremban Sentral, Najib berkata sebanyak 5,000 unit rumah mampu milik akan didirikan di kawasan KTM Seremban di keluasan kira-kira 73 ekar (kira-kira 30 hektar) dan dijangka siap dalam masa dua tahun setengah.
"Seremban tidak lama lagi akan moden, cuba bayangkan Seremban Sentral macam Sentral di Kuala Lumpur," katanya, sambil menambah sebanyak 6,000 unit rumah mampu milik di bawah projek PR1MA akan didirikan di Ulu Temiang atau Seremban Utara.
Beliau berkata projek itu terbuka kepada permohonan secara dalam talian atau manual kepada mereka berpendapatan di antara RM2,500 hingga RM7,500 sebulan dan berumur 21 tahun ke atas.
"Dasar kita mesti bersifat inklusif, tidak kira pendapatan mesti dapat manfaat daripada kerajaan Malaysia, kira-kira 20,000 orang akan dapat manfaat daripada projek ini," kata Perdana Menteri.
Projek itu juga menawarkan harga lebih rendah iaitu kurang 20 peratus daripada harga pasaran selain mempunyai kemudahan akses kepada perkhidmatan keretapi, bas serta terdapat pejabat komersil, pusat beli-belah, kesihatan dan pendidikan.
- Bernama

PM: Satu undi untuk PAS bawa kepada perpecahan umat Islam
Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata berdasarkan maklumat balas
yang diterimanya, rakyat mendambakan masa depan yang cerah di bawah
kepimpinan kerajaan BN.
"Kesimpulannya (kini), satu undi kepada PKR adalah satu undi yang membawa kerosakan akidah kepada negara.
"Satu undi PAS, membawa kepada perpecahan umat Islam dan satu undi DAP adalah satu undi yang membawa kepada penindasan umat Islam," katanya.
Perdana menteri berkata sebaliknya satu undi untuk BN adalah bagi mempertahankan umat Islam, keselamatan akidah Islam, perpaduan umat Islam, pembelaan bangsa Malaysia dan untuk mencapai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
"Kerajaan yang ada hari ini mampu nak terus meningkatkan syiar Islam, bangunkan Islam. Bangunkan Islam ini tak boleh bercakap sahaja, tak boleh sekadar bersyarah sahaja tapi mesti mampu buat sesuatu, ambil tindakan, mampu lancar dan laksanakan seperti BN, " katanya.
Sebaliknya, Najib berkata PAS yang kononnya memperjuangkan Islam, sanggup berlutut kepada DAP yang jelas memperlekehkan Islam.
"Kenapa (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) pergi rumah dia (Pengerusi DAP Karpal Singh semasa sambutan hari jadi), mana letak prinsip, pergi ke rumah orang yang paling tidak bersetuju (menentang Islam)," katanya.
Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Terengganu di sini, hari ini yang dihadiri lebih 20,000 rakyat pelbagai lapisan dan kaum. Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.
Sementara itu, perdana menteri menegaskan rakyat perlu sedar dan menolak parti pembangkang yang jelas menghina rakyat yang menerima pelbagai bantuan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).
Katanya, apa yang sedang dan telah dilakukan kerajaan adalah satu tanggungjawab dan amanah bagi membela nasib rakyat.
"Kalau (pembangkang) tak buat (membantu rakyat), tak apa, (tapi) jangan hina rakyat, ini nak kata rakyat dapat BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) macam ayam makan dedak, kalau tak tolong, tak apa, tak bela, tak apa, tapi jangan hina rakyat," katanya.
Perdana menteri berkata sebagai sebuah kerajaan yang beramanah dan bertanggungjawab, kerajaan BN sedar bahawa pembelaan perlu diberikan kepada rakyat selaras dengan keperluan mereka.
"Menerusi BR1M sebanyak RM500 (setiap isirumah) itu, kita telah kira dalam sebulan (purata sebanyak) RM41.60, dapat beli sekampit beras 10kg, minyak masak 5kg dan lain-lain.
"Maknanya nak beli makanan untuk sekeluarga, cukup untuk 12 bulan," katanya.
Katanya kerajaan bukan sahaja memberikan BR1M yang telah memberi manfaat kepada 4.3 juta termasuk golongan muda, malahan bantuan awal persekolahan RM100 untuk setiap pelajar sekolah rendah dan menengah, baucar buku RM250 untuk setiap penuntut institusi pengajian tinggi dan pelbagai lagi jenis bantuan, tidak termasuk subsidi minyak, beras dan sebagainya.
Beliau berkata kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai program selaras dengan slogan Janji Ditepati bagi membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat.
- Bernama
Beliau berkata usaha murni kerajaan itu bukan sahaja dapat meringankan beban keluarga yang berpendapatan rendah tetapi juga berupaya menjana ekonomi setempat dan sekali gus meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Katanya pandangan sempit pemimpin PAS itu jelas menunjukkan bahawa mereka kurang pengetahuan dalam bidang ekonomi dan berfikiran cetek.
"Apabila rakyat ada duit, aliran keluar masuk wang akan rancak kerana kebanyakan penerima tidak akan simpan duit itu dalam bank sebaliknya dibelanjakan untuk keperluan harian...tetapi mereka (pemimpin PAS) tidak faham konsep pertumbuhan ekonomi," katanya.
Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Barisan 1Malaysia di kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh di Bukit Mertajam hari ini.
Program yang menghimpunkan kira-kira 2,500 peserta daripada 40 badan bukan kerajaan (NGO) itu bertujuan memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai konsep gagasan 1Malaysia serta menyalur maklumat terkini perkembangan isu semasa di dalam negara.
Ahmad berkata pemimpin PAS sepatutnya menunjukkan teladan baik kepada masyarakat bersesuaian dengan status ulama yang dipegang.
Katanya sikap pemimpin pakatan pembangkang yang menabur pelbagai tohmahan serta mempertikai dasar kerajaan BN yang mengutamakan kebajikan rakyat adalah kerana mereka bimbang sokongan rakyat akan beralih pada kepada BN.
"Mereka ini macam takut pada bayang-bayang sendiri...takut hilang kerusi apabila program yang BN buat menjadi popular dalam kalangan rakyat," katanya.

Ahmad Maslan: Pemimpin PAS berpandangan sempit
Timbalan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan menyifatkan
pemimpin PAS berfikiran sempit apabila menyamakan Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M) sebagai 'memberikan hampas kelapa, padi serta jerami
kepada ayam dan lembu'.Beliau berkata usaha murni kerajaan itu bukan sahaja dapat meringankan beban keluarga yang berpendapatan rendah tetapi juga berupaya menjana ekonomi setempat dan sekali gus meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Katanya pandangan sempit pemimpin PAS itu jelas menunjukkan bahawa mereka kurang pengetahuan dalam bidang ekonomi dan berfikiran cetek.
"Apabila rakyat ada duit, aliran keluar masuk wang akan rancak kerana kebanyakan penerima tidak akan simpan duit itu dalam bank sebaliknya dibelanjakan untuk keperluan harian...tetapi mereka (pemimpin PAS) tidak faham konsep pertumbuhan ekonomi," katanya.
Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Barisan 1Malaysia di kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh di Bukit Mertajam hari ini.
Program yang menghimpunkan kira-kira 2,500 peserta daripada 40 badan bukan kerajaan (NGO) itu bertujuan memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai konsep gagasan 1Malaysia serta menyalur maklumat terkini perkembangan isu semasa di dalam negara.
Ahmad berkata pemimpin PAS sepatutnya menunjukkan teladan baik kepada masyarakat bersesuaian dengan status ulama yang dipegang.
Katanya sikap pemimpin pakatan pembangkang yang menabur pelbagai tohmahan serta mempertikai dasar kerajaan BN yang mengutamakan kebajikan rakyat adalah kerana mereka bimbang sokongan rakyat akan beralih pada kepada BN.
"Mereka ini macam takut pada bayang-bayang sendiri...takut hilang kerusi apabila program yang BN buat menjadi popular dalam kalangan rakyat," katanya.
- Bernama
PI Bala pulang, bersumpah SD2 palsu
Harakahdaily, | 24 Feb 2013 |
(PI Bala dalam sidang medianya di KLIA sambil memegang kitab suci agama Hindu)
SEPANG: P Balasubramanian (PI Bala) tiba di KLIA malam ini dari luar negara dan bersumpah bahawa Akuan Bersumpah beliau yang pertama adalah benar.
Sambil memegang kitab suci agama Hindu, Bhagawad Gita, PI Bala bersumpah, Akuan Bersumpah Kedua (SD2) yang beliau buat untuk memansuhkan SD1 adalah palsu.
"Saya bersumpah di atas buku suci ini bahawa SD1 adalah benar tidak ada yang tidak benar melainkan benar belaka. Saya memohon maaf kepada semua bahawa SD kedua adalah palsu," kata PI Bala dalam sidang medianya.
Dalam SD1, PI Bala menceritakan kaitan beliau dengan beberapa individu sehingga terbunuhnya wanita Monggolia Altantuya Shariibuu.
Sehari selepas itu dia menarik balik SD itu dengan menerbitkan SD2 yang dengan sendirinya memansuhkan SD yang pertama.
Beliau lari meninggalkan negara dan tinggal di India selepas membuat SD2 dan hari ini pulang untuk terus tinggal di negara ini semula.
Beliau pulang bersendirian dengan meninggalkan anak dan isterinya di luar negara. Turut berada di KLIA adalah beberapa pemimpin termasuk peguam Sivarasa Rasiah.
PI Bala sebelum ini pernah membuat pengakuan, dia menerima wang dari Deepak Jaikishan.
Deepak pula beberapa bulan kebelakangan ini mengaku beliau terlibat memujuk Bala untuk membuat SD2 atas permintaan rakannya, Datuk Seri Rosmah Mansor.
Mohd Zin: Najib ketuai jentera p'raya BN S'gor
Koordinator
BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata perdana menteri Datuk
Seri Najib Razak akan mengetuai jentera pilihan raya negeri dalam usaha
parti tersebut untuk merampas semula negeri bawah pimpinan Pakatan
Rakyat itu.Mohd Zin berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat BN Selangor di ibu negara pada malam tadi, menurut laporan Utusan Online hari ini.
"Perdana Menteri yang merupakan Pengerusi BN negeri akan mengetuai jentera pilihan raya umum di Selangor dan ini menunjukkan satu kesinambungan kepada parti bagi menunjukkan keyakinan dan perhatian khusus secara 'hands on' oleh beliau sendiri kepada negeri Selangor.
"Saya pula akan membantu beliau sebagai timbalan pengarah untuk membantu dari segi perancangan dan gerak kerja terutama untuk memperkukuhkan jentera BN pada satu tahap lebih optimum untuk menjamin kemenangan mutlak parti," katanya seperti dipetik laman milik Umno itu.
Satu lagi laporan laman tersebut hari ini menyebut, jawatankuasa tertinggi BN negeri dalam mesyuarat tersebut yang dipengerusikan Najib itu menyokong sebulat suara pelantikan perdana menteri sebagai pengarah pilihan raya negeri.
"BN Selangor optimis bahawa peluang amat cerah untuk kembali memerintah Selangor selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti," katanya seperti dipetik.
Apa bukti DAP tindas agama Islam?
Datuk
Seri Najib Tun Razak tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia bila
menggunakan perkauman dan mempermainkan sentimen ekstremis agama dengan
fitnah bahawa DAP menindas agama Islam.Tuduhan beliau ke atas DAP menindas agama Islam adalah suatu tuduhan liar yang serius kerana Islam merupakan agama Perseketuan Malaysia.
Mengapa Najib tidak dapat tunjuk bukti untuk menyokong tuduhannya bahawa DAP menindas agama Islam ini kerana ia adalah sesuatu yang amat merbahaya dan haram yang boleh dikenakan tindakan undang-undang berat.
Tidak ada sebarang bukti DAP menindas Islam sebaliknya saya menang tindakan saman ke atas Utusan Malaysia di mahkamah bahawa saya anti-Islam. Sokongan DAP ke atas agama Islam sebagai agama Persekutuan telahpun dimasukkan dalam Perlembagaan DAP.
Lagipun dalam pemerintahan kerajaan negeri Pulau Pinang, tidak ada sebuah surau atau masjid dirobohkan bukan macam kuil Hindu di atas tanah Penang Port yang dirobohkan oleh pihak pengurusan yang dikuasai oleh BN.
Sebaliknya kerajaan negeri Pulau Pinang telahpun memartabatkan agama Islam dengan menambahkan peruntukan kepada hal ehwal Islam berkali-kali berbanding dengan kerajaan BN, memberikan tanah bernilai hampir RM80 juta untuk membina ibupejabat Mahkamah Syariah Pulau Pinang setinggi 7 tingkat untuk menggantikan bangunan 2 tingkat, mendirikan Tapak Perindustrian Halal, menambahkan elaun bulanan 80 peratus kepada tok siak dan bilal, mengiktiraf para huffaz dan memberikan peruntukan tahunan kepada Sekolah Agama Rakyat yang tidak dibuat langsung sebelum ini.
Macam mana inisiatif baru dan tambahan peruntukan ini untuk Islam oleh kerajaan negeri PR Pulau Pinang yang tidak dibuat sebelum ini oleh pentadbiran BN boleh dianggap oleh Najib sebagai menindas Islam?
Perlu diingatkan bila Perdana Menteri hendak meluluskan pemberian lesen judi bola pada 3 tahun lepas, kerajaan negeri Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang mengharamkannya dan seterusnya memaksa kerajaan Pusat BN menarik balik lesen judi bola. Lagipun pemimpin DAP tidak ada saham dalam syarikat besar arak atau menjadi ahli lembaga pengarah kasino judi.
Adalah dikesali Perdana Menteri dan BN yang merestui pemimpin MCA seperti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menghina dan mengecam pemimpin wanita PAS enggan bersalam dengan kaum lelaki sebagai suatu perbuatan ekstremis sungguhpun itu adalah hak dan pilihan seorang wanita Islam. Sehingga sekarang semua tuduhan bahawa DAP anti-Islam dibuktikan fitnah bila saman fitnah oleh saya ke atas Utusan Malaysia berjaya di mahkamah.
Oleh itu, DAP tidak berminat ikut rentak Umno memainkan sentimen perkauman dan ekstrimis agama serta menabur fitnah demi meraih undi. Sebaliknya DAP akan bertumpukan fokus kepada prinsip, dasar yang mementingkan rakyat dan presetasi baik yang boleh membawa perubahan positif kepada masa depan negara.
LIM GUAN ENG adalah ketua menteri Pulau Pinang
Parti komponen BN didakwa tak lebih dari pengemis
Perkembangan
terkini yang menyaksikan pertelingkahan terbuka di antara Datuk Seri
Chua Soi Lek dan Datuk Seri Ong Tee Keat mengenai pencalonan wakil BN di
Parlimen Pandan mempunyai implikasi besar kepada senario politik
negara. Walaupun awalnya saya tidak mahu memberikan sebarang reaksi, perkembangan itu bukan sahaja mempunyai kesan di Pandan sahaja. Ia menggambarkan bentuk kerjasama dan autonomi yang wujud di dalam BN dan sikap Umno (sebagai parti yang terbesar) terhadap parti komponennya yang lain seperti MCA.
Sudah menjadi amalan di dalam mana-mana pakatan politik bahawa keputusan meletakkan calon itu adalah keputusan parti yang diberi tanggungjawab bertanding di parlimen itu.
Sejak sekian lamanya, BN memberi hak dan autonomi kepada Umno, MCA atau mana-mana parti komponennya menilai calon terbaik untuk bertanding di kawasan yang diwakili.
Kalau ada perselisihan faham pun mengenai pencalonan seseorang, keputusan dan pendapat parti komponen yang mewakili kerusi itu diberi keutamaan.
Itu amalan dulu-dulu di dalam BN tetapi sekurang-kurangnya autonomi untuk menentukan calon dikekalkan di tangan presiden parti komponen di kerusi yang diwakili partinya.
Keadaan itu berubah kali ini apabila Datuk Seri Najib Tun Razak memohon agar mandat menentukan calon bagi semua calon BN diserahkan ke tangan beliau. Calon dari parti komponen tidak lagi ditentukan oleh parti komponen, sebaliknya beliaulah yang akan membuat keputusan.
Sudah tentu ini satu perubahan besar dalam lanskap politik negara. BN yang sebelum ini menjaja dirinya sebagai satu persefahaman politik pelbagai bangsa yang adil kini tidak lebih dari monopoli Umno. Parti komponennya tidak lebih dari pengemis.
Oleh sebab itulah, presiden parti komponen seperti Datuk Seri Chua Soi Lek sendiri sehingga kini masih belum disahkan pencalonannya. Presiden parti komponen yang lebih kecil di Sabah dan Sarawak masih berdebar-debar menunggu sama ada nama mereka dicalonkan atau senarai mereke diterima oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.
Keadaan ini bukan sahaja memperlekehkan kedudukan parti komponen di dalam BN – ia merampas kuasa politik yang ada di tangan pimpinan parti komponen untuk menentukan calon.
Sebab itulah, pertelingkahan terbuka di antara Datuk Seri Chua Soi Lek dan Datuk Seri Ong Tee Keat bermakna keresahan di kalangan pimpinan pusat MCA bahawa kuasa mereka untuk menentukan calon sudah terhakis ada benarnya. Mungkin sebab itu, Datuk Seri Chua Soi Lek mengambil keputusan untuk menghantar isyarat awal kepada Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak memperlekehkan parti-parti komponen BN di mata pengundi.
Apabila pertelingkahan ini sudah menjadi perang terbuka, maka penilaian pengundi Pandan mengenai calon BN dari MCA adalah jelas:
- Jika calon MCA adalah Datuk Seri Ong Tee Keat pada masa presiden MCA secara terbuka menggugurkan beliau, bermakna Datuk Seri Ong Tee Kiat menjadi calon atas ehsan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Umno.
- Jika calon MCA bukanlah Datuk Seri Ong Tee Keat, bermakna akhirnya Datuk Seri Najib Tun Razak tunduk kepada tuntutan MCA agar autonomi memilih calon dikekalkan di tangan parti masing-masing.
Beliau tahu kalau pun BN menang dalam PRU13, majoritinya lebih rendah dan beliau tidak akan berjaya mendapatkan kedudukan dua pertiga di Dewan Rakyat. Ini akan memberi ruang kepada pimpinan Umno yang kurang senang dengan prestasi beliau untuk menuntut beliau meletak jawatan, seperti mana yang pernah dilakukan kepada Tun Abdullah Badawi.
Oleh itu, satu-satunya cara untuk beliau kekal berkuasa sebagai Perdana Menteri walaupun ditolak Umno selepas PRU13, adalah dengan memilih sendiri setiap calon di Parlimen yang kesetiaannya tidak berbelah bahagi kepada beliau supaya jika ada undi tidak percaya terhadap beliau di Parlimen, beliau boleh menang walaupun tidak mendapat sokongan majoriti dari Umno sendiri.
Sebab ini jugalah, pilihanraya tidak boleh dipanggil sehinggalah Datuk Seri Najib telah berjaya meletakkan semua calon-calon dari Umno dan parti komponen yang setia kepada beliau walaupun ditolak oleh parti masing-masing.
RAFIZI RAMLI adalah pengarah strategi PKR
Muallaf Dihina Selepas Masuk Islam
Posted on Sunday, February 24 @ 16:05:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever
Oleh: shazzaki
"
Ya Allah, sedihnya lihat perangai budak-budak melayu baru nak naik ni. Begitu negatif pemikiran mereka pada saudara baru. Macamana nak buat dengan diorang ni? Lempar dalam gunung berapi ok tak?
Kepada ADAM CORRIE, rilek bro ramai dibelakang anda. Abaikan respon-respon dari budak hingusan yang belum habis bersekolah mungkin. Jauh lagi perjalanan hidup mereka. Tingkahlaku dan perangai seperti itu langsung tidak mencerminkan atau menggambarkan perangai orang Melayu dan Islam yang sebenarnya. Moga mereka tidak menjadi parasit di atas bumi sendiri. Bro Adam, sama-sama kita mencari keredhaan dari Allah, bukan keredhaan dari manusia.

Nazri Aziz: 'Saya tak minat jadi MB'
Posted on Sunday, February 24 @ 13:51:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever
Oleh: imamsurau
"IPOH – “Saya tidak minat menjadi Menteri Besar Perak. Kalau saya jadi Menteri Besar, saya turun pangkat." Itu reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berhubung dakwaan tiga menteri Kabinet mengidam jawatan Menteri Besar Perak sekiranya Barisan Nasional (BN) mengekalkan kepimpinan negeri. Menurutnya, dakwaan itu adalah tidak berasas kerana jawatan menteri lebih ‘senior’ dan jauh lebih tinggi nerbanding jawatan menteri besar.
“Saya, Zahid Hamidi dan Ahmad Husni jauh lebih tinggi dari menteri besar. Jadi menteri besar turun pangkat, saya tidak pernah dengar orang idam nak turun pangkat.
“Kami hendak bertanding kerusi Parlimen dan kami harap perdana menteri terus melantik kami dalam jemaah menteri. Kami tidak minat jadi menteri besar,” katanya ketika merasmikan bas ekspres ke Cameron Highland di Terminal Amanjaya di sini, semalam.
Beliau antara tiga menteri yang dikaitkan dengan spekulasi tersebut selain Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Nazri berkata, mereka yang merupakan ‘senior’ dalam BN tetap memberi sokongan kepada Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir untuk terus mengekalkan jawatan sedia ada.
“Kami terus beri sokongan kepada Zambry kerana beliau akan terus pegang jawatan Menteri Besar Perak selain kredibilitinya membawa banyak pembangunan dan kemajuan di negeri ini.
“Kerajaan negeri dan kerajaan pusat datang dari satu parti dan sudah tentu pembangunan berjalan lancar,” katanya.
Sementara itu, beliau percaya semua calon BN akan mengikut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mewajibkan semua calon BN menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya.
Menurutnya, pembangkang enggan menandatangani ikrar terbabit menunjukkan mereka menyembunyikan sesuatu perkara.
“Sampai masa saya sain bagi membuktikan saya tidak terlibat dalam apa-apa jenayah, rasuah mahupun hutang kepada kerajaan,” katanya.
sumber

Tiada ulasan:
Catat Ulasan