Posted on Friday, February 15 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh ALBA
Nampaknya penceramah bebas ada rantaian yang memastikan kesiniimbungannya.
Ustaz Harryanto Rizal, Kitab Akhlak - Bahrul Mazi Bab 21 adalah KLON kepada Ustaz Ismail Kamus.
Ustaz Afis Ibrahim, Masjid Attaqwa Durian Burung, Kuala Terengganu dalah KLON kepada Ustaz Azhar Idrus.
Note: Telah diperbaiki link - Webmaster
Antara Fenomena PSY dan Loman Penjual Ubat
Posted on Friday, February 15 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh A Kadir Jasin
TERINGIN juga menulis mengenai konsert Hari Raya Cina PSY di Pulau Pinang dan percubaan pembesar Barisan Nasional menangguk di air jernih.
Orang yang tahu selok-belok menangguk tidak akan menangguk di tempat yang jernih airnya sebab ikan nampak tangguk dan lari. Sebab itu orang yang pandai menangkap ikan akan menangguk, memukat dan menjala di air keruh. Lagipun, air jernih selalunya tidak ada ikan. Air boleh jadi keruh apabila banyak ikan berkumpul.
Orang yang baca media massa arus semasa seperti portal berita dan blog tentu sudah mengetahui apa yang berlaku di konsert itu.
Dalam
bahasa Inggeris basahan, ia bolehlah disifatkan sebagai “daft”. Oleh
kerana tindakan itu “daft” maka tidak perlulah kita menghabiskan masa
membincangkannya.
Loman Penjual Ubat
Jadi
kali ini saya akan menulis mengenai seorang penjual ubat yang sudah
meninggal dunia yang sangat terkenal masa saya kanak-kanak dan remaja
bernama Loman – singkatan kepada Abdul Rahman dalam loghat Thai.
Abdul
Rahman mendakwa dia mualaf dan nama Abdul Rahman itu mengambil sempena
nama Perdana Menteri Malaya/Malaysia waktu itu, Tunku Abdul Rahman
Putra. Malah Loman mendakwa dia anak angkat Tunku. Masuk akal juga sebab
Tunku memang cergas dalam kegiatan dakwah Islamiah melalui Perkim.
Loman
yang bercakap Melayu pelat Siam menjual ubat di merata pekan sehari di
Kedah dan Perlis. Dia menjual pelbagai ubat, tetapi yang paling terkenal
adalah ubat sakit gigi dan ubat cacing ramu. Cacing lamu, kata Loman.
Dalam bahasa baku, cacing ramu dikenali sebagai cacing kerawit (Enterobius vermicularis). Ia adalah antara jenis cacing yang menjangkiti ramai orang kampung waktu itu.
Kempen
jualan ubat cacing kerawit Loman berbunyi lebih kurang begini (dengan
izin dan berbanyak-banyak maaf): “Cacin lamu dia tak kela pungkok sapa.
Pungkok Loman pun dia kolek. Pungkok Tunku Abdul Rahman pun dia kolek.
Pungkok laja pun dia kolek.”
Memang
betul. Anggota badan kita yang paling kerap diserang cacing kerawit
adalah dubur. Sesiapa yang pernah kena serangan cacing itu fahamlah
penderitaannya. Duduk tak sedap. Hendak tidur pun susah.
Cacing kerawit
Cacing kerawit
Tetapi
ia tidak susah diubati. Ada banyak ubat tradisional yang boleh membunuh
cacing itu. Ubat paling mujarab sekarang berjenama Zentel. Ia boleh
dibeli tanpa kebenaran doktor di farmasi.
Semua Untuk Jualan Kecuali Sang Isteri
Selepas
mempromosikan keberkesanan ubat "cacin lamu"nya, Loman akan berjenaka:
“Adik-adik, abang-abang mai la beli ubat Loman. Kalu tak hilang nyakit
hilang det (duit). Minta det balik, Loman dah makan.”
Dia
kerap membawa isterinya, seorang perempuan yang jauh lebih muda
daripadanya. Dia boleh dikatakan cantik dan bergaya. Loman tahu ramai
juga yang datang bukan untuk membeli ubat, tetapi untuk melihat
isterinya.
Sambil menudingkan jari, Loman berkata: “Hat ni yuai (jual). Hat tu yuai. Semua yuai.”
Apabila sampai kepada isterinya, dia dengan senyum simpul berkata: “Hat tu tak yuai!”
Kalau
Loman masih hidup, orang politik boleh belajar daripadanya. Loman tahu
macam mana menarik minat pelanggan sebab dia ambil berat “mood” dan kehendak mereka.
Misalnya,
dia tahu jangkitan cacing kerawit paling meluas pada musim hujan
apabila tanah lembap dan kekotoran di mana saja. Dia tahu jangan
sekali-kali berjenaka dengan orang sakit gigi.
Wallahualam.
Winners and losers in the Psy show
Posted on Friday, February 15 @ 15:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Tan Zhong Yan
Prime Minister Najib Abdul Razak and BN would surely have regretted inviting South Korean pop star Psy to the Penang state BN Chinese New Year open house.The one-minute video which has gone viral in the cyberspace says it all - Yes for Psy! No for BN!
Winners
Psy
Well, Psy is clearly the winner. Getting millions of ringgit just to perform for 15 minutes is definitely worth it despite the fact that he had to fly from Brazil which took 20 hours.
The people
Those who went to the open house would surely enjoy themselves getting to see Psy performing his famous ‘Oppa Gangnam Style’ for free as it was sponsored by person(s) unknown.
Hopefully that is true. If not, the people will be the greatest losers if it was paid with tax payers’ money.
Losers
PM Najib and BN
Those who turned up were mainly for Psy and the numbers were also much lower than was expected. I wonder what the difference would have been if Psy was not invited?
Even with Psy’s presence, the numbers of people were almost the same as five years back at DAP’s ceramah at Han Chiang College where no superstar like Psy were invited.
It’s even more pathetic when the crowd replied “Yes!” when Najib asked “Are you ready for Psy?” but “No!” when Najib asked “Are you ready for BN?”
PM Najib was just embarrassing himself by asking that question.
He was either over-confident or thinking that the crowd would not realise after he changed the question from “Are you ready for Psy?” to “Are you ready for BN?”
I am not sure whether Najib heard the “No” from the crowd but he will definitely get a clearer answer in the coming general election which will be held in a few months.
The question now that the people are keen to know the answer, is who is/are the sponsor(s) and exactly how much was spent for the open house and for inviting Psy. - M'kini
Betulkah majlis Hamidah malam tadi meriah ?
Posted on Friday, February 15 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Alhusseyn
Jom kita tinjau-tinjau, betulkah majlis Hamidah memfitnah dan mengumpat Anwar malam tadi tu meriah sungguh atau tidak.Aku ambil gambar pun dari apa yang blogger Penjilat Hamidah tu rakamkan. Aku ciluk sahaja.
Sebilangan besarnya adalah wanita sahaja.Ini di depan pentas
Sewaktu anak derhaka menabur fitnah, Hamidah dan lain-lain kat belakang tu main pok amai-amai... ha! ha! Blogger Penjilat Hamidah kata 3,000 orang yang datang padahalnya kawasan nampak lapang sahaja
Bakal PM Malaysia tersenyum puas melihat sambutan orang ramai terhadap kedatangannya
Kat padang bola tu adakah semeriah macam ini? Muslimat dan muslimin lebih kurang sama ramainya...masya'Allah
Jangan "double standard"
Posted on Friday, February 15 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Roslan SMS

Allahyarham
Hj Ali Omar sangat marahkan anaknya itu kerana memfitnah Anwar dan
lari keluar negeri bersama sorang lelaki Iban, suami orang.
Lelaki
tersebut adalah Norazman Abdullah @ Baginda anak Minda . Dia telah
membuat pengakuan dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sewaktu
perbicaraan Anwar Ibrahim , " Saya ada buat hubungan sex dgn Umi
Hafilda sewaktu di London."
Orang rosak macam pelesit ini, Hamidah dan Umno usung keulu kehilo nak tegakan Melayu dan Islam? Kesian...
Cer
kita tinjau pulak majlis Pakatan Rakyat.Betapa cerianya dan
meriahnya.Para pengunjung pun ramai.Para penjaja pun seronok kerana
barang dagangan mereka laku dijual.
Korang boleh tengok lain-lain gambo majlis Hamidah malam tadi di sini
Kesian tengok makcik-makcik yang terpaksa bersubahat dengan anak pompuan yang durhaka tu! Mereka tertipu oleh lidah biawak Hamidah yg kononnya Anwar Ibrahim akan bersama dalam majlis mereka. Hamidah gi pasang banner penipuannya itu dimerata tempat beritahu orang ramai 'Umi Hafilda vs Anwar Ibrahim'

Wanita
Umno yg memang kurang cerdik itu pun mudah percaya.Kaum lelaki mereka
nampaknya lebih cerdik sedikit.Pasal itulah bilangan wanita lebih ramai
dibandingkan dgn kaum lelaki.
Ketika
kami balik dari ceramah malam tadi sekitar jam 12.30 malam. Kami
bertmbung dengan beberapa bas yang membawa makcik-makcik Umno tu.
Tengok deme dah tersando ajer dalam bas ketletihan dan mengantok
sangat.Balik rumah tentu suami masing-masing marah sebab lewat malam
baru pulang! Tak taulah pukul berapa masing-masing sampai rumah …
Ada
yang kata 10 buah bas. Ada juga kata 11. Tapi mengikut ceritanya semua
bas tu tidak penuh pasenjernya. Cuma sekitar 15 orang sahaja. Ada satu
bas tu langsung tak ada pasenjer! Tetapi Hamidah tetap kena bayar
RM500.00 setiap bas . Ha! ha! Ini baru betul duit Broom! Broom!
......
http://alhusseyn51.blogspot.com
......
http://alhusseyn51.blogspot.com
Jangan "double standard"
Posted on Friday, February 15 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Roslan SMS
Berita
terbaru dari Lahad Datu, Sabah menyebut bahawa pihak kerajaan Malaysia
sedang dalam proses berunding dengan lebih 100 pejuang Moro yang
bersenjata yang telah menyeberang masuk dari Selatan Filipina ke Sabah
melalui Tambisan ke Lahad Datu.
Kumpulan bersenjata berkenaan telah berjaya dikepung oleh pihak keselamatan Malaysia dan proses rundingan sedang berjalan.
Kehadiran
mereka ini dipercayai bukannya untuk mencetuskan masalah di Malaysia
tetapi kerana lari dari konflik di Selatan Filipina.
Adalah
diharapkan pihak kerajaan akan menggunakan diplomasi sebaik mungkin
untuk memastikan pihak pejuang Islam ini dapat berundur tanpa perlu ada
sebarang elemen paksaan atau tangkapan. Mata dunia khasnya dunia Islam
sedang meerhatikan kita. Kalau kita ghairah dan bersungguh mahu
memperjuangkan nasib pejuang Palestin contohnya tetapi sebaliknya bagi
pejuang Moro, maka kita akan dianggap double standard.
Semoga isu ini akan selesai segera dan berakhir tanpa mana-mana pihak khasnya Islam rugi.
..........
http://n32.blogspot.com
http://n32.blogspot.com
Malaysia Vows to Cooperate in Return of Amalilio
Posted on Friday, February 15 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Philstar.comThe Malaysian government yesterday gave assurance that it would cooperate with the Philippines in efforts to return to Manila wanted investment scam boss Manuel Amalilio.
The assurance was contained in a letter to The STAR from the Malaysian embassy’s first secretary Yap Wei Sin.
Amalilio, who also carried the Malaysian name Mohammad Suffan Saaid, was arrested by local authorities in Kota Kinabalu on Jan. 25 and was formally charged on Feb. 4 for possession of a fake passport.
Amalilio pleaded guilty to the offense and was meted a two-year prison term in Malaysia. Manila has invoked a mutual legal assistance treaty for his return to the Philippines.
Yin wrote to The STAR in connection with three articles written by columnist Jarius Bondoc.
In his articles titled “Beware: Crooked Malaysian Politicos Protecting Amalilio;” “Amalilio, A Nephew of Sabah Minister” and “Blood Ties Or None, Just Deport Conman” which came out in The STAR on Feb. 1, 2 and 4, respectively, Bondoc accused the Malaysian government, specifically the state of Sabah, of harboring Amalilio.
Headlines ( Article MRec ), pagematch: 1, sectionmatch: 1
Sin denied Bondoc’s accusation, saying
Sin pointed out that the Attorney General of Malaysia, after a meeting with Philippine Justice undersecretary Jose Salazar last Feb. 6, ordered authorities to check and freeze the assets of Amalilio and his associates.
He said the government of Malaysia received the official request of the Philippines for Mutual Legal Assistance in criminal matters to extradite the pyramid scam mastermind.
He said the Attorney General was fully committed to assist in Amalilio’s prosecution regardless of his citizenship.
Sin said there was no proof that Amalilio is an immediate relative of Sabah chief minister Musa Aman and his brother Anifah Aman, the minister of Foreign Affairs.
He denied Bondoc’s allegations that the prime minister of Malaysia, Najib Tun Abdul Razak, received kickbacks from the purchase of submarines.
He also clarified the issue on citizenship in Sabah as raised by The STAR’s columnist. He said there is an ongoing investigation on the influx of illegal immigrants in Sabah, and it is not proper for his government to prematurely comment on the matter.
Meanwhile, Justice Secretary Leila de Lima has created a four-man team to coordinate with the Malaysian government for the extradition of Amalilio.
De Lima said the team would be composed of two members of the special panel handling the syndicated estafa cases against Amalilio, et al, and two state counsels also from the DOJ.
She designated Prosecutor General Claro Arellano and Chief State Counsel Ricardo Paras III to appoint the team’s members.
The team is specifically tasked to hand over the formal request for extradition and supplemental request involving the freezing of assets of Amalilio and other forms of assistance.
De Lima said the team would be dispatched to Malaysia hopefully next week. She said succeeding trips might be needed until the process is completed.
The DOJ chief explained that after initiating the extradition process, they would focus on securing the assets of Amalilio so it can be used in the cases against him, and possibly in paying his victims.
She also ordered agents to proceed with the hunt for relatives of another scam leader Jachob Rasuman, who were said to be involved in his multi-million investment fraud.
She said authorities might now enforce the arrest warrants issued against Rasuman’s wife Princess, his father and former public works undersecretary Basher Sr., mother Ema, brothers Basher Jr., Jeremiah and Jerome, and father-in-law Sultan Yahya Jerry Tomawis.
This after the Cagayan de Oro court lifted the suspension of the enforcement of the arrest warrant owing to the appeal of the accused.
“Initially the court suspended the implementation of the warrants because of the pendency of the MR (motion for reconsideration of resolution approving the syndicated estafa cases) with the DOJ. It was promptly denied by the panel of prosecutors so the court reconsidered its earlier order suspending the arrest,” the DOJ chief told reporters.
For this purpose, De Lima said the NBI has already created a special team to track down the fugitives. -
Keinginan untuk berubah itu sudah lama terpendam di hati rakyat
Posted on Friday, February 15 @ 13:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Aspan Alias

Ketidak
puasan hati terhadap UMNO memimpin negara sebenarnya sudah lama di
rasakan oleh rakyat khususnya bagi mereka yang boleh berfikir dan
menilai sesuatu isu itu dengan baik, telus, ikhlas dan rasional. Hanya
mereka tidak perasan yang ketidak puasan mereka itu sudah bersemi di
dalam diri mereka sebegitu lama.
‘Sub
conscience’ mereka yang inginkan perubahan itu sudah berada di dalam
diri mereka sebegitu lama. Hanya setelah mereka nampak ketidak telusan
dan elemen-elemen negatif sudah menjadi sebegitu jelas berlaku maka
barulah mereka menzahirkannya melalui parti-parti politik dan NGO-NGO
dan berbagai-bagai saluran yang lain. Mereka kini menzahirkan rasa
tidak puas hati itu dengan terbuka, lebih-lebih lagi zaman komunikasi
yang canggih yang menjadi cara hidup rakyat di zaman kemajuan ini.
Di
dalam sesebuah negara demokrasi elemen terpenting yang penyaluran
‘informasi’ yang aktif dan terbuka dan elemen ini sudah menjadi begitu
maju sehinggakan kerajaan yang selama ini menekan dan menutup segala
‘avenue’ untuk rakyat mengetahui apa yang sebenarnya berlaku itu tidak
lagi berdaya untuk membendungnya.
Di
negara ini, jika penyaluran maklumat itu berlaku dengan baik dua puluh
tahun dahulu gerakan perubahan yang sekarang ini sepatutnya berlaku
dalam tempuh itu untuk memberikan semangat melakukan gerakan perubahan
itu. Semasa itu orang ramai sudah merasakan keadaan ini tetapi tidak
terzahir kerana tidak mempunyai saluran maklumat yang bebas, salah satu
dari elemen penting di dalam sesebuah demokrasi itu.
Keadaan
itu sudah berubah. Apa-apa maklumat pun dari serata pelusuk dunia
boleh di ketahui oleh semua asalkan sahaja seseorang itu tekun dan
tidak ketinggalan menerima dan membaca semua maklumat itu setiap waktu.
Tidak banyak perkara buruk yang dilakukan oleh sesiapa dan semua pihak
itu bolih di sorokkan dengan mudah dan tidak juga mudah bagi sesiapa
yang melakukan kebaikan itu dapat di lindungi dari pengetahuan umum.
Di
negara kita perasaan gusar rakyat sudah begitu lama di rasakan tetapi
seperti yang saya katakan tadi ia tidak terzahir dengan jelas dan
perasaan itu terpendam di dalam jiwa rakyat sebegitu lama. Apabila
timbul sahaja alasan dan sebab yang datang maka dengan sendirinya
segala perasaan itu terluah dan selalunya ia akan menjadi isu siasah
dan politik yang besar jika perasaan yang terpendam itu adalah perasaan
yang terlalu menekan ramai rakyat jelata.
Perasaan
tidak puas hati terhadap kerajaan sudah mula dirasakan semasa kerajaan
ini dipimpin oleh Dr Mahathir Mohammad apabila beliau telah mengubah
segala-gala nilai pentadbiran dan politik yang menusuk perasaan banyak
pihak. Beliau merasakan perkara itu tidak menjadi kudis kepada kerajaan
dan parti pimpinannya kerana UMNO tidak pernah berusaha untuk
merasakan denyut nadi dan jantung perasaan ramai. UMNO merasakan apa
sahaja yang mereka lakukan itu akan di terima oleh rakyat dan tidak
akan ada rakyat menentang terhadap perlakuan kerajaan UMNO itu..
Waktu
itu rakyat terpaksa melihat dan berdiam diri sahaja dengan tindakan
kerajaan yang menswastakan keperluan asas seperti air, letrik,
kemudahan perjalanan dan perkhidmatan kenderaan awam dan berbagai-bagai
lagi. Rakyat sudah merasakan keresahan melihat kerajaan memberikan
keistimewaan kepada orang-orang dan individu tertentu untuk berniaga
secara monopolistik. Sekarang gula di niagakan secara monopoli oleh
Syed Mokhtar, misalnya. tepung juga mempunyai kepentingan Syed Mokhtar
lagi. Proton dan berbagai-bagai lagi peluang perniagaan secara
monopoli itu di perolehi oleh orang kuat pemimpin besar negara.
Air
yang merupakan keperluan yang paling asas untuk manusia di peniagakan
oleh nama besar dan kroni kepada parti kerajaan persekutuan dan
mendapat gaji melebihi setengah juta ringgit sebulan sedangkan rakyat
di biarkan menjadi mangsa politik oleh pimpinan persekutuan. Tidak
cukup ruang untuk menyenaraikan salah laku pimpinan sejak tiga dekad
dahulu.
Apabila
berlaku pertelingkahan di antara pemimpin dan memecahkan parti dan
kesatuan di antara mereka selama ini maka wujud puak-puak yang
melakukan penentangan terhadap kepimpinan kerajaan. Maka keadaan dan
perasaan yang ada di ‘sub conscience’ mereka tadi mula terzahir dan
terburai. Segala yang tersorok menjadi terbuka dan segala kerja hina
yang selama ini terlindung sudah mula terbuka dan menjadi pengetahuan
umum. Rakyat mula menilai semua pihak dan kita rakyat sudah pun hampir
'conclusive' persepsi mereka terhadap kewibawaan kerajaan pimpinan
parti pemerintah selama ini.
Pendeknya
tindakan pihak rakyat melakukan tentangan terhadap kerajaan pimpinan
UMNO pada hari ini merupakan manifestasi sebenarnya dari rakyat. Mereka
(rakyat) sudah begitu lama berfikir dan terasa diperdaya oleh kerajaan
terhadap mereka yang selama ini telah memberikan sokongan begitu kuat
terhadap kerajaan ini. Rakyat sudah begitu kecewa, kerana kebaikan dan
kelembutan mereka selama ini di ambil sebagai kelemahan oleh pihak
pemerintah. Kerajaan dan pimpinan terus-terusan melakukan segala kerja
hina seperti rasuah yang keterlaluan tanpa had itu dan banyak lagi
penindasan yang telah di lakukan secara sistematik itu. Jiwa dan
pemikiran rakyat memberontak kerana dikecewakan oleh parti yang di
berikan kepercayan secara total selama ini.
Kini
keseluruhan rakyat terbabit dengan politik samada secara aktif atau
pun pasif. Rakyat tidak sabar-sabar menunggu hari membuat pilihan itu.
Rata-rata rakyat samada yang sudah dewasa atau pun yang muda-muda,
tidak sabar menunggu bagi melunaskan tanggungjawab untuk menyertai
kegiatan dan tindakan untuk perubahan itu. Satu lagi yang ada di ‘sub
conscience’ rakyat ialah tentang cengkaman media perdana yang terlalu
berat sebelah yang digunakan oleh parti pemerintah untuk menghina dan
menistakan usaha rakyat untuk melakukan perubahan terhadap negara yang
mereka sayangi ini.
Di
mana-mana pun kita akan di tanya oleh sesiapa sahaja yang kita
berjumpa, ‘bila pilihanraya?’ Sememangnya secara psikologi nya, jika
rakyat biasa menunggu dengan kurang kesabaran untuk mengundi itu, ia
akan membawa perubahan yang drastik. Di mana-mana kita mendengar rakyat
berkata, “Letih menunggu pilihanraya ini”. Ini sahaja sudah cukup
untuk memberikan keputusan awalan pilihanraya itu.
Itulah
sebabnya saya selalu berkata keputusan pilihanraya kali ini adalah
‘predictable’. Hanya hendak menunggu kenyataan dan keputusan rasminya
sahaja.
Sudah menjadi bisikan biasa kita dengar di mana-mana, “Let’s change! It’s now or never!” kata mereka
Kenapa naik BR1M RM1,000-00 tidak RM5,000-00?
Posted on Friday, February 15 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: senik
"Assalamualaikum, TPM mengumumkan kemungkinan BR1M 3.0 dan 4.0 akan dinaikkan ke RM1,000-00 tapi dengan syarat BN terus diberi mandat BESAR mentadbir negara."Jika rezeki bertambah, RM500 (BR1M) ditambah jadi RM1,000. Habis... nak tolak BN, tolak rezekilah namanya," katanya pada penyampaian BR1M Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Serampang di FELDA Sri Jaya, di sini, semalam.
Tolak BN tolak rezeki, lawak lagi!
BR1M bantu rakyat, apa kejadah bantuannya kalau setakat RM500-00? atau RM1,000-00 pada ketika index harga pengguna menggunung? Di tambah pula sifat maluan kerajaan menyaman rakyat tanpa budi bicara.Tahun lalu penulis ada bertemu seorang pemandu lori yang baru kena saman dengan JPJ atas kesalahan yang boleh dimaafkan dan berlaku pula pada ketika pemandu tersebut baru sahaja menerim RM500-00 BR1M 1.0.Beliau pergi ke pejabat JPJ Kemaman untuk merayu supaya kompaunnya dikurangkan tetapi rayuan itu bukan sahaja ditolak malah beliau diminta hadir ke mahkamah kalau tidak mahu membayar kompaun berjumlah RM600-00.
Apa punya lawak bagi seorang pemandu lori yang pendapatannya tidak seberapa dan baru saja berangan angan untuk membelanja BR1M yang baru diterimanya, tetapi terpaksa menambah pulak RM100-00 untuk membayar kompaun tersebut.Penulis ada berseloroh dengan beliau, itulah bahananya pilih BN untuk membentuk kerajaan, lalu beliau memberi jaminan bahawa kalaupun beliau menerima wang bantuan itu tetapi pada PRU 13 beliau pasti akan undi PR.
Tahun ini pula, agak memeranjatkan seorang sahabat yang tidak layak menerima BR1M ketika penulis menghubungi melalui talipon memberitahu beliau tidak masuk opis pada hari itu kerana pergi untuk menerima BR1M di kampungnya.Agak terperanjat penulis, tetapi beliau memberitahu beliau tidak mahupun, tetapi JKK kampungnya beriya iya sehingga borang pun JKK yang tolong isikan.Menurut JKK tersebut, tahun ini beliau nak bagi kepada semua penduduk kampungnya, punyalah baik JKK tersebut sehingga melanggar syarat BR1M.Seperti berlaku tahun lepas, ada lebih dari seorang penghuni rumah yang sama menerima BR1M juga kerana mainan JKK serta di setengah tempat ada yang layak tetapi tidak menerima BR1M juga kerana JKK.Pendeknya yang menentukan siapa yang layak atau tidak ialah JKK, bukan syarat yang dikeluarkan kerajaan pusat.
Tahun lalu juga penulis berkesempatan berbual dengan seorang yang penampilannya seperti seorang yang pegang jawatan dalam UMNO, bekenaan BR1M di mana belaiu mengeluh di depan penulis kerana di kampungnya ada ramai yang layak menerima BR1M dipinggirkan.Penulis lalu berkata kalau kerajaan menurunkan harga minyak jauh memberi faedah yang menyeluruh kepada rakyat. Tetapi apa yang mampu dibantu dengan wang RM500-00 ketika kita berdepan dengan kenaikan demi kenaikan harga barang?
Beliau termenung sejenak dan kemudiannya mengangguk kepala tanda setuju dengan penulis lalu berkata sepatutnya kerajaan menggunakan wang peruntukan BR1M untuk memberi subsidi minyak dan akhirnya mengaku BR1M adalah satu kesilapan.
Itu sedikit bunga bunga mengenai cara agihan BR1M yang nampak lemah dan pincang tetapi yang lebih penting ialah jumlah wang yang diberi.Kalau Yidin berkata rezeki bertambah BR1M akan dinaikan kepada RM1,000-00, kenapa tidak boleh dinaikan sehingga RM5,000-00? Pada tahap dan prestasi kewangan kerajaan sekarang, Yidin tidak perlu menunggu rezeki bertambah, bila bila masa sahaja kerajaan boleh menaikan kepada RM5,000-00 dengan syarat kerajaan perlu memotong banyak peruntukan kepada menteri dan wakil rakyat serta menyekat kebocoran aliran wang kerajaan kepada kroni.
Tiada masalah untuk kerajaan berbuat demikian pada ketika kerajaan mengutip cukai yang tinggi dari rakyat, menggunakan PTPTN untuk pembiayaan pelajaran tinggi, memotong subsidi minyak dan gula serta mengutip hasil petrolium yang lumayan.LGE pernah menyuarakan tentang jumlah bantuan RM5,000-00 kepada setiap isi rumah di Parlimen pada ketika awal Parlimen bersidang bagi penggal ini.
Namun yang lebih penting sebenarnya meringankan beban kewangan rakyat serta meningkatkan kualiti hidup rakyat dengan cara memastikan indek harga pengguna berada ditahap yang rendah, memberi pendidikan, kesihatan serta lain lain keperluan asas percuma, menyediakan insentif tertentu kepada rakyat seperti insentif bagi setiap kelahiran, menyediakan satu sistem menghukum rakyat seperti saman kesalahan jalanraya dll yang lebih berbentuk mendidik dan lain lain kemudahan yang boleh membawa peningkatan kualiti hidup rakyat pada tahap tekanan atau bebanan yang minima.Apakah BR1M mampu membantu? jawabnya tidak kerana BR1M tidak mempunyai kesan pengganda sebaliknya hanyalah satu senjata politik yang sudah lapuk.
Rakyat tak perlukan BR1M tetapi perlukan hidup yang lebih selesa.Sehingga kini kerajaan BN gagal!
BR1M mungkin dinaikkan
Non-Muslim Bukan Musuh
Posted on Friday, February 15 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh EIKHWAN ALI
Suatu hakikat yang mesti diterima oleh kita ialah kewujudan pelbagai bangsa dengan anutan pelbagai agama di negara kita. Interaksi yang berlaku dalam perhubungan ini mestilah dapat menjamin keharmonian dan kemakmuran serta tidak berlaku penindasan dan diskriminasi. Sekalipun Islam dianuti oleh hampir keseluruhan bangsa Melayu dan Melayu pula adalah mewakili majoriti warga Malaysia, Islam menyuruh agar menghormati penganut-penganut agama Kristian, Budhha, Sikh dan agama-agama lain dalam kalangan masyarakat bukan Melayu.
Prinsip terpenting yang mesti dipegang oleh bangsa Melayu dan umat Islam dalam hal ini ialah mesti memandang orang-orang bukan Islam sebagai manusia yang menjadi kewajipan kepada kita untuk mengajak mereka kepada Islam sehingga mereka menerima Islam sebagai akidah atau bersedia untuk bernaung di bawah sistem hidup Islam. Tidak seharusnya mereka dipandang sebagai musuh kepada Melayu dan Islam yang mengancam hak-hak keistimewaan Melayu dan kesucian agama Islam.
Sikap yang sepatutnya ada kepada bangsa Melayu-Islam terhadap terhadap masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam mestilah berasaskan kepada nilai toleransi dan menghormati kebebasan akidah agama-agama lain. Ia penting untuk menjamin kebebasan, keadilan dan kesaksamaan dalam kalangan manusia. Sekalipun tidak Melayu, bahkan bukan Islam, perkara yang menjadi hak kepada mereka mestilah ditunaikan sebaiknya oleh kita semua sebagai sesama anggota masyarakat atau sebagai pemerintah di negara ini.
Adalah suatu kewajipan kepada umat Islam untuk beramal dengan ajaran Islam dan menjaga akidah mereka. Apa juga perkara yang menjadi halangan atau ancaman kepada Islam mestilah segera diatasi. Namun, ia perlu dilakukan menurut dan sesuai dengan prinsip-prinsip Islam, perundangan negara dan norma masyarakat. Tidaklah boleh segala bentuk halangan atau ancaman yang dikatakan ada itu, semuanya dipersalahkan ke atas penganut-penganut bukan Islam. Sepatutnya, terlebih dahulu umat Islam menilai kelemahan-kelemahan sendiri, memperbaiki diri dan mengukuhkan kedudukan dan peranan Islam dalam sistem hidup bermasyarakat dan bernegara.
Bangsa Melayu-Islam juga perlu memahami perbezaan antara toleransi yang diizinkan dan diraikan oleh Islam dengan ketundukan dan sikap menyerah diri kepada kemahuan dan kehendak bukan Islam. Tidaklah bermakna menunaikan apa yang dituntut oleh bukan Islam atau mengalah dengan kehendak mereka itu semuanya dikira sebagai menerima kehinaan atau menjual agama.
Dalam hal ini, banyak petunjuk nubuwwah kepada kita untuk lebih memahami berkenaan dengannya. Hal ini boleh diteliti daripada sikap Rasulullah s.a.w. yang menerima perjanjian Hudaibiyyah yang berat sebelah, tidak menghalau penduduk Yahudi di Madinah bahkan hidup berjiran dengan mereka, memberi keampunan kepada kaum musyrikin Makkah yang pernah menzalimi kaum muslimin, memaafkan wanita yang cuba membunuh baginda dengan meletakkan racun di daging biri-biri yang dihadiakan kepada Nabi, dan bersikap lembut kepada Lubaid bin A'som yang telah menyihir baginda dan tidak membenarkan Aishah r.a. menghalaunya.
Demikianlah Islam mengatur sistem hidup masyarakat dengan tidak mengasingkan antara orang Islam dan bukan Islam, bahkan kehidupan itu diselubungi suasana perkongsian sosial, belas kasihan, kesopanan dan saling berinteraksi dengan rasa hormat. Jangan kerana ta'sub bangsa, huru-hara negara dan hilang keharmonian hidup beragama.
EIKHWAN ALI
Timb. Presiden,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan