Sabtu, 23 Februari 2013

JANGAN KITA JADI TENTERA2 SYAITAN

Najib: RM500 cukup untuk 12 bulan.
Posted on Saturday, February 23 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: imamsurau

"KUALA TERENGGANU - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan rakyat perlu sedar dan menolak parti pembangkang yang jelas menghina rakyat yang menerima pelbagai bantuan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri berkata apa yang sedang dan telah dilakukan kerajaan adalah satu tanggungjawab dan amanah bagi membela nasib rakyat.

"Kalau (pembangkang) tak buat (membantu rakyat), tak apa, (tapi) jangan hina rakyat, ini nak kata rakyat dapat BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) macam ayam makan dedak, kalau tak tolong, tak apa, tak bela, tak apa, tapi jangan hina rakyat," katanya.
Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Terengganu di sini, hari ini yang dihadiri lebih 20,000 rakyat pelbagai lapisan dan kaum. Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.
Perdana Menteri berkata sebagai sebuah kerajaan yang beramanah dan bertanggungjawab, kerajaan BN sedar bahawa pembelaan perlu diberikan kepada rakyat selaras dengan keperluan mereka.
"Menerusi BR1M sebanyak RM500 (setiap isirumah) itu, kita telah kira dalam sebulan (purata sebanyak) RM41.60, dapat beli sekampit beras 10kg, minyak masak 5kg dan lain-lain.
"Maknanya nak beli makanan untuk sekeluarga, cukup untuk 12 bulan," katanya.
Katanya kerajaan bukan sahaja memberikan BR1M yang telah memberi manfaat kepada 4.3 juta termasuk golongan muda, malahan bantuan awal persekolahan RM100 untuk setiap pelajar sekolah rendah dan menengah, baucar buku RM250 untuk setiap
penuntut institusi pengajian tinggi dan pelbagai lagi jenis bantuan, tidak termasuk subsidi minyak, beras dan sebagainya.
Beliau berkata kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai program selaras dengan slogan Janji Ditepati bagi membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat.
Najib berkata berdasarkan maklumat balas yang diterimanya, rakyat mendambakan masa depan yang cerah di bawah kepimpinan kerajaan BN.
"Kesimpulannya (kini), satu undi kepada PKR, adalah satu undi yang membawa kerosakan akidah kepada negara.
"Satu undi Pas, membawa kepada perpecahan umat Islam dan satu undi DAP adalah satu undi yang membawa kepada penindasan umat Islam," katanya.
Perdana menteri berkata, sebaliknya satu undi untuk BN adalah bagi mempertahankan umat Islam, keselamatan akidah Islam, perpaduan umat Islam, pembelaan bangsa Malaysia dan untuk mencapai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. 
"Kerajaan yang ada hari ini mampu nak terus meningkatkan syiar Islam, bangunkan Islam. Bangunkan Islam ini tak boleh bercakap sahaja, tak boleh sekadar bersyarah sahaja tapi mesti mampu buat sesuatu, ambil tindakan, mampu lancar dan laksanakan seperti BN, " katanya.
Sebaliknya, Najib berkata, Pas yang kononnya memperjuangkan Islam, sanggup berlutut kepada DAP yang jelas memperlekehkan Islam.
"Kenapa (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) pergi rumah dia (Pengerusi DAP Karpal Singh semasa sambutan hari jadi), mana letak prinsip, pergi ke rumah orang yang paling tidak bersetuju (menentang Islam)," katanya. - Bernama

 Tindakan empat General (B) sertai PR kerana bencikan rasuah
Posted on Saturday, February 23 @ 15:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh Aspan Alias
Minggu lepas empat bekas General dari ketiga-tiga cawangan angkatan bersejata Malaysia telah bertindak nekad untuk terjun ke dalam arena politik dan menyertai Pakatan Rakyat.
 
Apa kah yang menyebabkan mereka bertindak menyertai Pakatan Rakyat itu. Persoalan ini sangat penting kerana sesuatu tindakan yang dilakukan oleh seseorang atau kumpulan itu mesti bersebab. Untuk mengetahuinya elok kita ikuti sebahagian dari kata-kata mereka:-


LEFTENEN GENERAL (B) DATUK ABDUL GHAFIR ABDUL HAMID, Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat
“Pembelian melalui rundingan buka melalui tender terbuka menyebabkan rasuah menjadi-jadi. Jika di kumpulkan keseluruhannya sejak mula berkhidmat sehingga bersara pada 2005 ia lebih kurang RM75 billion”
LAKSAMANA PERTAMA (B) IMRAN ABDUL HAMID, Bekas Ketua Logistik Markas Armada TLDM
“mengapa RM 9 billion? Sedangkan semasa saya berkhidmat, perjanjian TLDM dan Kementerian Pertahanan untuk membeli 27 kapal, hanya RM6 billion. Mengapa baru buat 6 petrol vessel?”
BRIG GENERAL ABDUL HADI ABDUL KHATAB, Bekas Panglima Logistik di Markas Logistik Udara.
“Saya cabar Zahid Hamidi dan Panglima TUDM, beritahu siapa hilangkan enjin jet? Kes seperti Scorpene, pembelian helicopter dan banyak lagi sehingga hari ini tidak ada jawapan”
BRIGED JENERAL (B) DATUK NAJMI AHMAD, Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat)
 
“Campur tangan (UMNO) melampau hinggakan pegawai-pegawai kerajaan susah menjalankan tugas masing-masing. Ini pencabulan terhadap gulunagn professional. Ia berluasa dan perlu diperbetulkan”
Tindakan keempat-empat bekas General ini memberikan semangat yang kuat untuk semua melakukan perubahan dan tentunya kata-kata mereka ini lebih telus dari kata-kata dan jawapan-jawapan yang di berikan oleh Menteri Pertahanan atau sesiap yang ada di dalam kerajaan itu.
 
 Memang Ya sungguh kerajaan cekap dan baik
Posted on Saturday, February 23 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: anaabdullah

"Penulis sangat bersetuju dengan tajuk rencana diatas. Memang pun. Tidak ada sesiapa yang boleh nafikan. Itulah realitinya. Zaman Tun Mahahtir jadi perdana menteri slogan cekap dan amanah juga ada kebenaranya. Mengapa tidak?

Tun Mahahtir dapat kumpulan harta sejumlah RM 146 bilion. Anaknya kekal antara orang terkaya di Malaysia Dan taukenya serta kroninya jadi kayaraya yang walaupun akhir akhir ini kebanyakan sudah muflis.Demikian kecekapan dan amanah yang ditunjukkan oleh Tun Mahathir mohamad sepanjang jadi perdana menteri selama 22 tahun itu.

Hari ini Datuk Seri Najib Razak pula yang menggunakan perkataan umno/BN cekap dan baik untuk kelabukan mata rakyat cintarasa yang disifatkan Nik Aziz Nik Mat, 4 juta orang yang terima BRIM macam haiwan.
Mengapa tidak? Kecekapannya, Kerajaan sudah berjaya membeli undi empat juta rakyat atas nama BRIM yang menelan belanja sebanyak RM 5.6 bilion.
Yang paling cekap lagi, kerajaan sudah berjaya menjual sebanyak 30 GLC. Mujur IJN  lubuk Emas belum dijual lagi.
Cuba anda bayangkan istilah lubok Emas. Apabila dijual sudah tentu lebih mudah lagi untuk golongan yang mendakwa kerajaan cekap dan baik mengumpul sebarang banyak harta.
Penulis boleh setuju yang amat sangat BRIM amat baik bagi rakyat jelata kerana ini setidak tidak dapat membantu meringan beban yang ditanggung.
Tetapi apakah yang terjadi setelah umno/BN menang nanti, walaupun janji BRIM akan diberi setiap tahun jika BN diberi mandat lagi.
Sudah tentu harga barang akan naik peringkat yang bukan sahaja boleh membbebankan rakyat jelata, tetapi akan berdepan dengan hutang luar sebanyak  RM 447 bilion akan meningkat dan membebankan Negara yang ekonominya tumbuh begitu perlahan.
Rezab Negara sebanyak RM 337 bilion dijangka tidak bertambah, kerana sudah banyak dilaburkan kepada projek projek yang kosnya tidak masuk akal.
Sememangnya kerajaan yang memerintah satu Malaysia baik. Baik sungguh. Rakyat dapat RM 1,000, tapi menteri menteri dapat ratusan juta. Mungkin perdana menteri dan timbalannya dapat berbilion ringgit.
Namun demikian ada benarnya kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menteri besar Kelantan, rakyat jelata disifatkan macam haiwan.
Memang  ya sungguh.Mereka macam ayam daging tunggu masa untuk disembileh.
 Jika rakyat tak sedar juga mereka telah dihaiwankan  oleh pemerintah, alangkah malang dan betapa sedihnya, kerana rakyatlah  jadi papa kedana pemerintah dan kroni kroninya kayaraya.Baham duit berbilion lion.

 BN Meroyan Bila Lihat Sambutan Meriah Anwar di Labuan Sabah...
Posted on Saturday, February 23 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: abuluqman

"

DS Anwar Ibrahim Bergerak melakukan lawatan sehari ke  Labuan

Ketibaan DS Anwar Ibrahim disambut meriah di Labuan
 

Bersemangat DSAI memberikan Pidato dihadapan ribuan Penyokong PR  di labuan 

sila  klik FB FAN PAGE  ORANG KAMPUNG UNTUK DAPATKAN  BERITA TERKINI   


Note: Ada 4 keping gambar - PK"



Raja lawak mega :Najib dan Yidin!
Posted on Saturday, February 23 @ 14:25:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: senik

"Assalamualaikum,Menjelang PRU13 yang tak kunjung tiba, dua orang perrsonaliti lawak semakin menonjol mengalahkan Johan dan Zizan raja lawak. Dua personaliti ini ialah PM dan TPM yang semakin menampakkan kebolehan melawak mereka sehingga apa saja yang terlintas dan boleh diolah akan dijadikan bahan lawak serta dipublisitikan ke seluruh negara oleh media pengampu mereka.Sudah terlalu banyak bahan bahan buangan yang dikutip semula oleh Najib dan Yidin untuk dijadikan bahan lawak.
Semalam mereka berlawak dalam satu bab yang boleh diolahkan semula, hari ini bab lain pula yang timbul sehingga tenggelam koleksi lawak dalam TV astro, begitu juga personaliti lawak yang cari makan di astro semakin tenggelam lawaknya, sebaliknya yang makin menonjol ialah Najib dan Yidin, Yidin terutamanya yang pernah berlawak  mengenai BR1M yang mahu dinaikan kepada RM1000.00 dengan syarat BN mesti menang besar dan subsidi gula dan minyak mesti ditarilk balik.
Bahan lawak sebegini tak ubah seperti menghulurkan jagung untuk memanggil ayam.Tidak sukar memahami maksudnya tetapi Yidin dan kemudiannya diikuti oleh bossnya Najib memainkan bahan lawak yang baru apabila mereka sama sama mendakwa TGNA menghina penerima BR1M walaupun sebenarnya sebagai manusia yang cukup waras dan cukup segala sifatnya, mereka tahu hala peluru TGNA itu, kepada mereka bukan kepada penerima BR1M.
Tetapinya ianya hanyalah satu lawak yang mengkehendaki kita yang mendengarnya ketawa terbahak bahak dan tak cukup dengan itu, Najib muncul pula dengan kenyataan rakyat akan menerima calon BN sedangkan PRU13 masih tidak ketentuan! Desas dusus Parlimen bubar pada 22.02.2013 akhirnya hanyalah satu lagi bahan lawak yang mengkehendaki kita semua ketawa! 



Nik Aziz samakan penerima BR1M dengan binatang?.. Betul ke? Tengok video ni..
Posted on Saturday, February 23 @ 14:20:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: AnakSgDerhaka

"

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyamakan penerima bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan haiwan, sebagai menghina rakyat dan amat keterlaluan.

Beliau turut mempersoal kenyataan itu yang tidak konsisten memandangkan pakatan pembangkang terutamanya di Selangor turut menjanjikan beberapa perkara yang bersifat kewangan.

"Apa beza dengan janji dia (pakatan pembangkang) di Selangor. Elaun untuk ibu tunggal, bayaran elaun anak ke tadika, janji air percuma...itu kan pemberian kewangan juga? Apa beza dengan BR1M? Jadi takkanlah Nik Aziz nak kutuk bila kita buat dan bila pakatan buat dia tak kata apa-apa?.

"Itu pendirian tidak konsisten kalau itu (BR1M) dikira amalan tidak baik dan disama dengan haiwan... kenapa dia tak kata apa-apa bila pakatan janji... janji itu pula tidak ditunaikan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan khas dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak dan Majlis Tertinggi komponen parti BN negeri.

Najib mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas itu yang menyamakan usaha murni kerajaan memberi pelbagai bantuan kepada rakyat seolah-olah memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada ayam dan lembu.

Itu apa yang dilaporkan oleh Lidah Rasmi UMNO di ( SINI )

Berikutan dengan kenyataan Najib yang mengutuk TG Nik Aziz itu, maka bersahut-sahutanlah Blogger-blogger Pro UMNO memainkan isu ini tanpa usul periksa..

Berbagai sumpah seranah yang dilontarkan mereka terhadap TG Nik Aziz..

Tetapi apakah benar apa yang dimainkan oleh kebanyakkan Blogger dan Media tunggangan UMNO itu??

Video berikut memberikan jawapannya.. saksikan dan fahamilah apa sebenarnya yang dikatakan oleh TG Nik Aziz..

Saksikan videonya di ( SINI )

 

 Tahniah Najib! Guna duit BR1M beli dadah
Posted on Saturday, February 23 @ 08:31:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Oleh SH


KULIM - Dua lelaki ditahan polis di sebuah pasaraya di sini kerana dilihat dalam keadaan mencurigakan, semalam.

Penahanan itu dilakukan Polis Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) di ketuai Pemangku Ketua Balai Polis Kulim, Sub Inspektor Mohd Najib Abd Aziz kira-kira jam empat petang.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua mereka baru sahaja mengambil wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM250.

Menurutnya, polis turut menemui beberapa tiub berisi hablur dipercayai dadah jenis methamphetamine di dalam beg pinggang salah seorang suspek, selain sebotol air gas yang sudah dicampur dengan air daun ketum dan ubat batuk.
"Bagaimanapun suspek enggan mengaku terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

"Kedua-dua mereka dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim sebelum diserahkan kepada Bahagia Siasatan Jenayah Nakotik IPD  untuk menjalani ujian saringan air kencing.  Mereka didapati positif dadah,” katanya.       

Kata beliau, hasil siasatan, kedua-dua lelaki berkenaan menggunakan wang bantuan BR1M untuk membeli dadah, ubat batuk dan air ketum.

"Kes berkenaan disiasat di bawah seksyen  12(2) Akta Dadah Merbahaya 1952 dan seksyen 15(1)," katanya.

 Lidah Syaitan
Posted on Saturday, February 23 @ 07:59:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Oleh: kalashnikov

"Oleh: Abdul Mu'izz Muhammad 

Apabila dirujuk sirah Nabi S.A.W, kita dapati terdapat sejarah keterlibatan syaitan dalam bidang kewartawanan secara langsung. Syaitan secara terlibat menyebarkan berita jahat yang tujuannya memporak-perandakan saf pejuang-pejuang Islam.

Lihat bagaimana sejarah perang Uhud yang menyaksikan kekalahan umat Islam. Antara faktor yang menyebabkan tentera Islam kalah, adalah kerana mereka termakan dengan berita palsu. Propaganda itu diusahakan oleh syaitan yang ‘turun padang’ mencetuskan konflik menjejaskan motivasi pejuang Islam ketika itu. Dalam klimaks mendepani peperangan, syaitan menyebarkan berita palsu bahawasanya Nabi S.A.W telah wafat terbunuh.
Berita palsu yang dianggap sensasi tersebut jelas telah menjejaskan motivasi percaya dan setia antara satu sama lain. Maka lemahlah ketumbukan tentera Islam dek kerana termakan dengan berita palsu syaitan. Ada golongan sudah mula menunjukkan rasa berminat menyertai kem Bapa Munafiq Abdullah Bin Ubai yang tugasnya tidak lain mengganggu konsentrasi tentera Islam dengan fitnah dan ejekan. Semakin disegarkan berita-berita sensasi yang belum pasti. Sudah sememangnya ciri munafiq yang menyertai saf tentera Islam hanya sebagai pembakar obor sengketa dan persepsi negatif sesama sendiri.

Sejarah terus berulang. Jika dahulu syaitan terlibat secara langsung dalam menyebarkan berita palsu. Begitu juga kini zaman langit terbuka segala maklumat berada di hujung jari, kita lebih terdedah dengan berita-berita palsu. Jika yang menyebarkan fitnah terdiri daripada musuh, itu bukanlah perkara yang pelik. Kerana syaitan sememangnya konsisten dengan kerjanya. Cuma yang dibimbangkan ada di kalangan saf pejuang Islam yang turut terlibat dan termakan dengan berita yang memporak-perandakan kesatuan berfikir dan keselarasan bertindak.

Lebih malang dari itu, wujud penyakit spastik yang tidak seimbang memberi kepercayaan. Secara‘default’ kita diajar supaya jangan mempercayai media laporan dari pihak musuh. Tiba-tiba muncul liputan dari mereka tentang perihal sahabat seperjuangan kita, tiba-tiba kita percaya. Maka porak-perandalah saf perjuangan. Hasilnya kita ketagih menanti berita sensasi dari pihak musuh, pada masa yang sama kepercayaan sesama kita kian terhakis. Akhirnya hilanglah nilai kemanisan dalam berjuang, lenyaplah nikmat ukhwah.

Kepada Siapa Harus Kita Berikan Kepercayaan?

Imam Hasan al-Banna telah menggariskan bahawa ‘kepercayaan’ – thiqah – merupakan antara sikap yang menunjangi perjuangan. Kata beliau (maksudnya), “Apa yang saya maksudkan berkenaan ‘percaya’, ialah setiap aktivis gerakan Islam mestilah percaya kepada pengorbanan dan keikhlasan pemimpin mereka. Sikap kepercayaan yang dipupuk kuat bakal mencambahkan rasa sayang, hormat dan taat.”  

Mungkin terlalu ghairah menyambut era kemenangan, ramai di kalangan kita yang sudah mula hilang kewarasan. Lebih percaya blog yang bertugas sebagai batu api berbanding pimpinan sendiri. Seolah-olah rela melahap hidangan berita syaitan berbanding mempercayai kalam pimpinan sendiri. Ini adalah bala seperti yang telah diingatkan oleh Nabi S.A.W (maksudnya),“Tidak sesat sesuatu kaum setelah beroleh hidayah, melainkan mereka diasyikkan dengan kontroversi persengketaan.” -Riwayat Tirmizi.

Budaya terbaru yang kian membarah kini adalah menuduh orang-orang tertentu akan khianat dengan perjuangan ini sebentar lagi. Ironinya batang tubuh yang diacukan fitnah tersebut, telah bersama dengan perjuangan ini sejak ‘zaman bertanding hilang deposit’.

Mereka bukan calang-calang orang. Mereka konsisten dengan perjuangan ini sejak zaman kalah. Tiba-tiba muncul zaman hampir mencapai kemenangan, mereka akan lompat parti. Bukankah itu satu dakwaan yang kelakar?

Namun malangnya cakap-cakap itu dipercayai ramai kerana telah dijadikan sebagai propaganda syaitan. Jika diamati, usaha ini amat jelas digerakkan oleh mereka yang ghairah dengan kemenangan. Sewaktu kalah kita tidak nampak muka-muka ini beria-ia bersama perjuangan ini. Tiba-tiba di waktu menang kita lihat merekalah yang sibuk menuduh orang yang berjuang sejak ‘zaman bertanding hilang deposit’ akan khianat.

Oleh kerana itu Tuan Guru Harun Taib telah mengingatkan kita, "Menyayangi ahli kita adalah satu tanggungjawab syar'ie dan kita hendaklah berusaha agar mereka tidak lari daripada ikatan jamaah Islam, usaha ke arah menyayangi mereka dan mengekalkan mereka dalam jamaah adalah satu yang wajib dilakukan dalam hidup berjamaah, ini adalah prinsip perjuangan PAS yang bersandarkan kepada ajaran Islam. Kita telah berusaha sedaya upaya untuk mencari ahli untuk menambahkan keahlian PAS, maka sudah tentu kita bertanggungjawab di sisi Allah untuk menjaga ahli dan menyayangi mereka sebagai ahli jamaah sepertimana yang terkandung dalam dalam prinsip perjuangan kita yang berdasarkan kepada tuntutan Islam."

Sila Bersikap Waras, Jangan Jadi Bodoh

Penulis pernah diajukan soalan-soalan kontroversi yang diasaskan dengan persepsi negatif, bahawa si fulan dan si fulan dilihat akan khianat masuk UMNO. Penulis berpesan agar bersabar dan bersangka baik. Selagi mereka bersama dalam saf perjuangan kita, mereka tetap sahabat dan saudara seperjuangan yang perlu diperuntukkan kepercayaan untuk mereka. Si penanya masih tidak berpuas hati dengan terus mendesak agar penulis menghemburkan laknat dan ‘harapan’ agar apa yang diperkatakan biar benar-benar terjadi. Biar ‘cakap-cakap’ itu benar-benar berlaku. Biar orang itu benar-benar masuk UMNO.

Penulis menjawab, “Kita terlibat dengan perjuangan ini semata-mata inginkan ganjaran dari Allah. Saya sedikit pun tidak merasa dapat pahala dengan kita mendoakan pengkhianatan kepada orang yang masih bersama kita. Dengan mengulang-ulang ratib si fulan dan si fulan akan masuk UMNO, saya sedikit pun tidak yakin perbuatan itu beroleh pahala. Boleh jadi dosa fitnah. Boleh jadi dosa sangka buruk. Sebaliknya saya amat yakin jika kita mendoakan diri kita dan semua sahabat seperjuangan agar konsisten dengan jalan ini, kita beroleh pahala.”

Biarlah dalam perjuangan ini, kita waras dalam berfikir. Mengapa kita terlibat? Semua akan menjawab ingin mendapatkan ganjaran redha dari Allah Taala. Namun terkadang, kita lupa asas dosa dan pahala menyebabkan kita buat ‘gaya bebas’ sewenang-wenangnya berperangai buruk serta berakhlak jahiliah. Hasilnya kita hilang fokus dengan melakukan kerja yang tidak beroleh pahala. Menganggap ‘tidak mengapa’ menjadi agen separuh masa menyebarkan fitnah dan prasangka buruk terhadap sahabat seperjuangan. Budaya ini menyebabkan hilang ruh da’wah dalam perjuangan ini. Akhirnya kita jadi penghalau, bukan penyeru.


http://blog.tarbawi.my/2013/02/muhasabah-buat-penyambung-lidah-syaitan.html
"

Tiada ulasan: