Timbalan Pengerusi SPR mahu saman Mat Sabu
Posted on Thursday, February 14 @ 17:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: imamsurau
"SHAH ALAM
- Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad
Wan Omar mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas Timbalan Presiden
Pas, Mohamad Sabu yang membuat kenyataan berkaitan 'projek IC' Sabah
baru-baru ini.
Menurutnya, notis tuntutan memohon maaf telah
dihantar kepada Mohamad, yang dikenali sebagai Mat Sabu pada 7 Februari
lalu dan diberi tempoh tujuh hari untuk berbuat begitu.
Beliau
berkata, dakwaan Mat Sabu dalam Harakah bertajuk "Ragu Peranan SPR, Wan
Ahmad Omar mesti letak jawatan" telah memfitnahnya.
"Kalau dia
(Mat Sabu) buat sedikit penyelidikan dan semakan mesti dia tahu cerita
sebenar, tapi niat jahatnya itu, ikut fakta tak penting tapi yang
penting fitnah untuk tarik orang baca dan tujuan lain yang mereka
mahukan.
"Banyak pihak keliru dengan laporan tersebut.
"Jadi
saya telah menghantar notis tuntutan kepada Mat Sabu untuk memohon maaf
sehingga esok, kalau gagal saya akan failkan saman terhadapnya,"
katanya kepada pemberita di kediamannya di sini, hari ini.
Dalam
laporan Harakah baru-baru ini, Mat Sabu menggesa Wan Ahmad meletakkan
jawatan segera bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap SPR kerana
beliau tidak boleh dipercayai lagi.
Mengulas lanjut, Wan Ahmad
juga berkata, setiap ahli politik perlu bertanggungjawab terhadap
kenyataan yang dibuat semasa berkempen atau sebagainya.
Bagaimanapun,
Wan Ahmad berkata, pengalaman yang dilaluinya melihat kebanyakan
pemimpin pembangkang yang membuat fitnah tidak akan memohon maaf.
"Kita tak boleh biarkan orang yang tak bertanggungjawab dibiar begitu sahaja.
"Ini
pertama kali saya ambil tindakan ini, sebab terlalu banyak fitnah
kepada kakitangan SPR termasuk pegawai, timbalannya, terutama semasa
kempen untuk pancing undi.
"Saya dah bagi tempoh, tapi ikut pengalaman pemimpin pembangkang sukar untuk mohon maaf," katanya.
Sebelum
ini, notis telah dihantar kepada pihak defenden iaitu Mat Sabu, Pas,
Angkatan Edaran Sdn Bhd, Ketua Pengarang akhbar Harakah dan penulis
artikel tersebut.
sumber"
NGO oh NGO, bila KO, baru padan muka!
Posted on Thursday, February 14 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: senik
"Assalamualaikum,,..
Akhir
akhirnya NGO tumbuh macam cendawan, memperbanyakkan lagi NGO yang sedia
ada seperti PEKIDA, PERKASA, JATI, PPIM, ISMA DLL.Ada NGO bernama
PERTIGA, MINDA PONDOK dan entah apa apa lagi. Satu persamaan yang ketara
di antara semua NGO ini, membawa lagu yang sama, ala Hindustan UMNO.
Ada
NGO yang nak benteras maksiat, ada NGO nak bela artis dan ada NGO yang
tidak mahu rakyat undi PAS kerana undi PAS itu haram.Haram undi PAS
mungkin menghalalkan habuan yang diterima menerusi program kerjasama
kerajaan dan NGO.
Mungkin selepas ini masih ada NGO baru yang
muncul dan makin banyaklah akaun yang tersedia untuk BN mencuri wang
rakyat untuk PRU 13 atas nama insentif kepada NGO.
Tetapi sesuatu
yang tidak disedari oleh pemimpin pemimpin NGO ini, kualiti dan wawasan
usaha yang dibuat terlau hampeh dan tolol.Mana ada NGO yang nak
benteras maksiat dipimpin oleh kaki maksiat yang melenting bila ditegur?
Tolol bin bahalul bagi sebuah NGO yang berminda pondok untuk mengatakan
tahalul siyasi yang sebenar boleh dilihat dalam BN, UMNO imam, MCA dan
MIC makmum.Walaupun apa yang cuba nak ditunjukkan ialah MCA dan MIC
sentiasa mematuhi UMNO sedangkan DAP banyak kali membantah termasuk
membantah majlis syura PAS.
Cuma yang tololnya NGO minda pondok
ini ialah tidak mahu menyebut kepatuhan MCA dan MIC itu bukan kepatuhan
biasa tetapi kepatuhan yang dibayar dengan wang dan harta rakyat.Genting
Highland menjadi bukti yang cukup jelas untuk menolak UMNO tetapi minda
pondok masih memujanya seakan akan minda pondok juga memuja kerana
mendapat bayaran dari wang dan harta rakyat yang disalurkan kepada
NGOnya.
Begitu juga NGO yang nak bina perkampungan artis untuk
mengelakkan kesempitan hidup artis dijadikan bahan lawak sedangkan
keinginan NGO itu sendiri sudahpun menjadi bahan lawak.
Sekarang
bolehlah NGO NGO yang ada mengambil kesempatan, melakukan satu demi satu
lawak menjelang PRU 13, tetapi ingat, lepas PRU 13 nanti kalau
diizinkan ALLAH BN ko, cuba fikir fikirlah nasib badan tu! Nanti ada
yang kata "baru padan muka""
Shaberi Chik nak muzakarah dengan siapa?
Posted on Thursday, February 14 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: senik
"Assalamualaikum,,..
Galak
Shaberi Chik nak tunjuk alim, kononnya dakwaan undi PAS haram mahu
dibincangkan dalam muzakarah, tetapi tidak pula disebut muzakarah yang
nak dibuat itu dengan siapa?
Walaupun Shaberi ada beri tip dengan
siapa dia hendak muzakarah apabila menyebut dakwaan PAS undi UMNO haram
tetapi memandangkan banyak debat rakyat sekarang ini yang menampilkan
pemimpin UMNO dan NGO, mungkin juga Shaberi bermaksud muzakarah itu
bersama Hassan Jati Ali. Siapa tahu!
Justeru itu, tidak
keterlaluan meminta pengesahan dengan Shaberi walaupun penulis tetap
respect Shaberi kerana beliaulah satu satunya pemimpin BN yang masih ada
"teloq" kerana keberaniannya berdebat dengan DSAI walaupun mulutnya
berbuih buih (Respect tidak bermakna bangga menjadi pengundi di
Parlimennya).
Shaberi perlu menamakan penal muzakarah sekarang
dan menetapkan tarikh secepat mungkin.Sebenarnya muzakarah merupakan
sesuatu yang menarik dalam perkara ini kerana ia bakal menemukan
pertembungan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam dan penolakan
perlaksanaan HUDUD.NGO minda pondok mendakwa meneliti banyak kitab
ulamak dari empat mazhab dalam bab haram penggunaan kalimah ALLAH,
tetapi tidak menyebut apa apa mengenai HUDUD yang ditolak mentah mentah
oleh kerajaan UMNO.Jadi muzakarah merupakan peluang terbaik untuk
mengetahui apakah dan berapa banyak kitab yang mampu diketengahkan oleh
NGO minda pondok.
Akan tetapi siapa yang bakal menjadi penal muzakarah? Shaberi perlu mengesahkannya
Video versi 'Yes to BN' kini tersebar.. setelah dua hari berlalu..
Posted on Thursday, February 14 @ 16:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh AnakSgDerhaka
Setelah
dua hari tersebarnya video 'Yes for Psy.. No for BN' yang memalukan
Najib selaku Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri Malaysia, hari ini
video 'Yes for BN' mula disiarkan oleh kebanyakkan Blog-blog Pro UMNO.
Yakin
bahawa semua rakyat Malaysia mudah diperbodohkan seperti mereka, mereka
menyebarkan video yang cuba memperbodohkan rakyat Malaysia ini..
Jelas kelihatan ianya telah diedit kerana lokasi rakaman menunjukkan ianya dari dua tempat yang berbeza.
Diakhir video anda akan mendengar jeritan 'YES' dari individu yang berada di sekeliling rakaman tersebut dijalankan..
Ianya
bertepatan dengan apa yang telah ditulis oleh Pembaca Berita RTM iaitu
"puak2 bengong yang jerit kat videocam sendiri NO bila PM tanya R U
READY FOR BN.".. sepenuhnya sila baca di ( SINI )
Dalam video ini puak-puak bengong telah menjerit kearah videocam sendiri 'YES' bila Najib bertanya 'Are You ready for BN?'..
Dua hari punya edit macam tu saja hasilnya??.. kah..kah..kah...
Cuba tengok video yang tidak diedit...
Jarak dekat untuk nampak muka Najib dan suara rakyat Malaysia!!!
Najib: Are you ready for PSY?
Rakyat: Yes~
Najib: Are you ready for PSY?
Rakyat: Yes~
Najib: Are you ready for PSY?
Rakyat: Yes~
Najib: Are you ready for BN?
Rakyat: No~
Najib: Are you ready for BN?
Rakyat: No~
Najib: Are you ready for BN?
Rakyat: No~
Berapa kali 'NO for BN'??.. video paling awal dimuat naik kedalam FaceBook sila lihat di ( SINI )
Sumber: darisungaiderhaka.blogspot.com
Penolakan terbuka rakyat cemaskan Najib, Umno – Anwar
Posted on Thursday, February 14 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh Nazar Hashim
PULAU PINANG
13 FEB: Perdana Menteri patut berasa malu apabila rakyat Pulau Pinang
terang-terangan menolak kepimpinannya depan matanya sendiri, kata Datuk
Seri Anwar Ibrahim.
“Patutnya Datuk Seri Najib (Razak) malu
apabila rakyat negeri ini bukan saja berani tetapi bijak untuk menyambut
kehadiran Perdana Menteri dengan kejutan yang tidak pernah dijangka,”
katanya.
Beliau merujuk kejadian penonton konsert Gangnam Style
yang menyatakan ‘No’ sebanyak tiga kali apabila Najib bertanya ‘Are You
Ready For BN’ pada sambutan Tahun Baru Cina di Kolej Han Chiang di sini,
baru-baru ini.
“Jawapan
‘No’membuktikan rakyat bijak menyatakan pendirian mereka. Bukannya di
belakang tapi di hadapan Perdana Menteri,” katanya.
Anwar
berkata, Najib harus menyedari penolakan rakyat Pulau Pinang terhadap
kepimpinan Umno BN, bakal menjadi realiti yang berulang pada PRU 13.
Bukan
saja Najib, kata Anwar, seluruh kepimpinan Umno BN cemas dengan jawapan
berani yang ditunjukkan rakyat Pulau Pinang secara terbuka itu.
Kehadiran
Anwar pada Siri Jelajah Merdeka Rakyat di Padang Awam Seri Nibong,
Taman Nipah, Batu Uban disambutan lebih 2,000 rakyat yang tidak
berganjak walaupun hujan.
Semangat itu membuktikan rakyat Pulau
Pinang mahukan pembaharuan di peringkat persekutuan, bukan semata-mata
menerajui beberapa negeri termasuk Pulau Pinang.
Sumber: keadilandaily.com
Makcik Felda tau ka berita PANAS neh...
Posted on Thursday, February 14 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh Shalehudin
UMNO tolak hudud sebelum PAS kerjasama dengan DAP.
Kepada
orang Melayu, Umno berkata PAS ialah kuda tunggangan DAP. Kepada orang
Cina pula, MCA berkata DAP ialah kuda tunggangan PAS.
Inilah
politik tidak beretika dimana amalannya ialah 'lain kenyataan kepada
lain kaum' dengan tujuan untuk memperdayakan semua lapisan masyarakat.
Strategi ini juga boleh digelar sebagai 'strategi pecah dan perintah'
supaya masyarakat jangan bersatu untuk menolak BN.
Dalam
pilihanraya umum tahun 1999, ramai orang Melayu telah menolak BN tetapi
undi Cina dan undi dari masyarakat India telah menyelamatkan BN.
Hakikatnya,
Umno telah menjadi kuda tunggangan MCA dan pada pilihanraya umum tahun
2008, undi Melayu telah menyelamatkan MCA ketika MCA telah ditolak
oleh masyarakat Cina. Jika bukan kerana undi Melayu pada masa itu, MCA
pun telah dikuburkan. Umno juga memerlukan undi Cina untuk membantunya
mengekalkan kuasa seperti yang telah berlaku pada tahun 1999.
Isu kuda tunggangan ini dibangkitkan oleh BN padahal BN yang pandai menggunakan kuda tunggangan.
Bagi
pihak Pakatan Rakyat (PR) pula, para pemimpin dan penyokongnya akan
sama-sama menunggang kuda ke Putrajaya. Sudah tidak jauh lagi, hanya
tinggal 50km sahaja ke pintu gerbang utama. Kuda pun masih penuh
bertenaga. Dijangka kita akan tiba pada awal bulan April 2013 yang
diharap akan menjadi tarikh yang bersejarah nanti.
Semoga Tuhan
akan mengurniakan kepada kita kebijaksanaan dan kekuatan yang diperlukan
untuk mengatasi segala cabaran dalam usaha kita melawan kezaliman.
Sumber: shalehudin.blogspot.com
Apa sudah jadi dengan PAS Seremban?
Posted on Friday, February 15 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: amkns
"Free
Malaysia Today, 14 Feb 2013 - Pertembungan di dalam PAS Seremban
membabitkan kem Yang DiPertua PAS Seremban, MK Ibrahim Abdul Rahman dan
kem Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar.
SEREMBAN: Isu
perpecahan PAS Seremban nampaknya masih tidak berkesudahan walaupun
paluan gendang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) semakin hampir.
Di
kala PAS di kawasan lain sedang siap siaga untuk menghadapi lawan iaitu
Umno, PAS Seremban pula masih bertelagah sesama sendiri. Pertembungan
di dalam PAS Seremban membabitkan kem Yang DiPertua PAS Seremban, MK
Ibrahim Abdul Rahman dan kem Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat,
Zulkefly Mohamad Omar.
Walaupun
pertembungan ini tidak begitu diketahui umum melainkan sesama
kepimpinan PAS, tetapi perang dingin diantara dua kem pemimpin ini kini
semakin diketahui umum apabila Dewan Pemuda PAS Seremban melalui laman
web milik mereka kini mula menyerang Zulkefly secara terbuka.
Di
kaca mata umum hubungan di antara MK Ibrahim dan Zulkefly memang baik
iaitu sejak sambutan rumah terbuka Aidil Fitri anjuran Zulkefly yang
dihadiri oleh MK Ibrahim.
Sebulan selepas itu Zulkefly pula menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan MK Ibrahim.
FMT
difahamkan melalui sebuah sumber dalaman PAS Seremban bahawa walaupun
secara peribadi hubungan MK Ibrahim dan Zulkefly agak baik, namun
pemimpin-pemimpin PAS Seremban di bawah MK Ibrahim dan Zulkefly seperti
tidak mahu mencari jalan pendamaian. Sebaliknya sering ‘membakar’ MK
Ibrahim dan Zulkefly agar tidak mengadakan sebarang perbincangan untuk
mencapai kata sepakat.
Sebenarnya
apa yang menjadi rebutan di PAS Seremban ialah siapakah yang layak
bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng.
DUN
Lenggeng merupakan satu-satunya kerusi PAS di Parlimen Seremban.
Parlimen Seremban mempunyai enam kerusi DUN. Iaitu Lenggeng, Ampangan,
Sikamat, Temiang, Lobak dan Nilai. Ampangan dan Sikamat merupakan kerusi PKR sementara Temiang, Lobak dan Nilai merupakan kerusi DAP.
Kem
MK Ibrahim merasakan MK Ibrahim sebagai Yang DiPertua PAS Seremban
adalah calon yang paling layak untuk bertanding pada PRU-13 nanti. MK
Ibrahim memenangi jawatan tersebut pada muktamar PAS Seremban pada 15
Mei 2011.
Pemuda
PAS Seremban yang merupakan pro MK Ibrahim juga berhujah bahawa sudah
sampai masanya PAS Negeri Sembilan dan PAS Pusat mencalonkan muka baru
iaitu MK Ibrahim.
Kumpulan pendesak
Alasan
Pemuda PAS Seremban yang bertindak sebagai kumpulan pendesak ialah
Zulkefly sudah kalah tiga kali di Lenggeng pada PRU tahun 1999, 2004 dan
2008.
Kem
Zulkefly pula merasakan ahli jawatankuasa PAS Pusat itu lebih layak
bertanding di Lenggeng kerana merasakan Zulkefly lebih popular di
Lenggeng berbanding MK Ibrahim.
Kem
Zulkefly yakin bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan itu akan
dicalonkan sekali lagi di DUN Lenggeng berdasarkan prestasi dan peranan
Zulkefly yang menonjol dalam isu alam sekitar di Lynas, Kuantan; Bukit
Payong, Batu Pahat dan Pengerang, Johor.
Tetapi
kem MK Ibrahim pula berkata memandangkan Zulekfly sudah mencapai taraf
pemimpin nasional, maka Zulkefly seharusnya bertanding di kerusi
parlimen kerana skop tugas beliau pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS
Pusat merangkumi peringkat nasional.
Ada
suara nakal dalam PAS Negeri Sembilan yang mencadangkan jika Zulkefly
bertanding kerusi parlimen dan menang; pada masa yang sama jika Pakatan
Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya, Zulkefly berpotensi besar
menjadi paling kurang Timbalan Menteri Alam Sekitar.
Dalam posting terbaru dalam laman web Pemuda PAS Seremban, mereka meminta PAS tampilkan calon ‘boleh menang’. Dalam
laman web tersebut Pemuda PAS Seremban turut menyiarkan sebuah kajian
panel penyelidikan berkaitan calon PAS yang paling sesuai untuk PRU-13.
Walaupun foto tersebut tidak menyebut kerusi DUN mana tetapi ianya jelas merujuk kepada DUN Lenggeng. Merujuk
kepada foto gambarajah yang dimuat naik dalam laman web tersebut;
kajian tersebut berkata Zulkefly menjadi pilihan 15.7 peratus responden.
MK Ibrahim pula 12.9 peratus responden.
Bermakna Zulkefly lebih popular daripada MK Ibrahim walaupun peratusannya tidak jauh berbeza. Apa yang menarik seramai 48.0 peratus responden pula tidak pasti mengenai calon PAS pilihan mereka.
Manakala 19.8 peratus responden mempunyai pilihan calon lain daripada Zulkefly dan MK Ibrahim. Berdasarkan kajian ini terdapat dua senario yang menjadi pilihan majoriti responden.
Pertamanya
48 peratus responden ini boleh menerima sama ada MK Ibrahim atau
Zulkefly sebagai calon PAS di DUN Lenggeng, kerana lazimnya kategori
pengundi ini adalah pengundi yang tidak kisah siapa calonnya asalkan
calon PAS.
Tolak MK Ibrahim dan Zulkefly
Senario
kedua ialah lebih ramai responden iaitu 19.8 peratus responden menolak
kedua-dua calon yang berebut DUN Lenggeng iaitu MK Ibrahim dan Zulkefly.
Dari segi gerak kerja, MK Ibrahim dan Zulkefly memang aktif mengiatkan pelbagai aktiviti parti di Lenggeng. Kini
terpulang kepada PAS Pusat untuk menentukan siapakah calon yang sesuai
dan ‘boleh menang’ di DUN Lenggeng pada PRU-13 nanti.
Sumber
memberitahu FMT ada ura-ura jika Mk Ibrahim dipilih sebagai calon DUN
Lenggeng, kem Zulkefly sudah pasti akan memboikot MK Ibrahim dan tidak
akan membantu berkempen untuk MK Ibrahim.
Manakala
jika Zulkefly pula dicalonkan, kem MK Ibrahim pula akan memulaukan
Zulkefly dan tidak akan gerakkan jentera pilihan raya membantu Zulkefly.
Apa
yang pasti suasana di Lenggeng ini merupakan satu berita baik untuk
Umno dan Umno tidak akan menghadapi masalah besar untuk mempertahankan
DUN Lenggeng. Kerana kekuatan PAS Seremban sudah lama pecah dua.
Dengan
kekuatan 100 peratus pun bukan mudah menumbangkan Umno di Lenggeng
kerana sememangnya Umno agak kuat di Lenggeng memandangkan majoriti
masyarakat Melayu di Lenggeng merupakan Melayu kampung yang masih tegar
menyokong Umno.
Apatah pula kini PAS akan bertarung dengan Umno dengan hanya separuh kekuatan sahaja.
Mengikut
rekod daftar pengundi terkini, peratusan pengundi di Lenggeng ialah
Melayu 76.82 peratus, Cina 16.32 peratus dan India 6.86 peratus.
Jumlah pengundi pula 14, 962 orang. Sedia
maklum majoriti pengundi Melayu di kawasan kampung dan Felda di Negeri
Sembilan masih kuat menyokong Umno termasuk di Lenggeng.
Jika
PAS bercita-cita untuk memberi saingan sengit kepada calon Umno di
Lenggeng pada PRU-13 ini, hanya satu pilihan sahaja yang ada iaitu MK
Ibrahim dan Zulkefly harus bersatu dan lupakan sebarang perselisihan
faham sebelum ini.
Tetapi apakah ‘anak buah’ Mk Ibrahim dan Zulkefly pula akan mengizinkan pendamaian tersebut?
Wallahualam.
"
Undi Pas haram: Shabery mahu dibincang secara muzakarah
Posted on Thursday, February 14 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: imamsurau
"KEMAMAN -
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata,
pandangan beberapa golongan ulama yang menganggap memberi undi kepada
parti Pas itu adalah haram, wajar dibincang secara muzakarah.
Katanya,
selama ini ulama Pas menganggap mengundi Umno adalah haram, tetapi
sekarang ini ternyata ada pandangan lain yang menyatakan memberi undi
kepada Pas itu haram hukumnya.
"Saya kira semua orang patut
pandang serius perkara ini. Biarlah berlaku lagi perbahasan ataupun
muzakarah yang lebih mendalam tentang pandangan berkenaan. Apakah
rasionalnya hujah dari segi hukum, hujah berdasarkan nas, al-Quran dan
sebagainya bagi mengiakannya.
"Tetapi bagi saya, yang jelasnya
mengundi Pas ertinya menyokong Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang
manifestonya membenarkan kalimah ALLAH digunakan dan kita akan lihat
orang bersyarah menggunakan perkataan ALLAH tanpa merujuk konsep ALLAH
yang kita fahami dalam agama Islam," katanya.
Beliau mengulas
laporan akhbar bahawa para ulama, tok guru pondok , imam dan ustaz muda
yang menganggotai beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di
Kelantan mengisytiharkan bahawa haram memberi undi kepada Pas pada
pilihan raya umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.
Ahmad Shabery
berkata demikian pada majlis penyampaian baucer Buku 1Malaysia kepada
seramai 413 pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara Kemaman di sini semalam.
Mengenai
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Ahmad Shabery berkata, ia bukan sahaja
meringankan beban rakyat malah memberi impak kepada ekonomi apabila
dibelanjakan seperti di pasar malam dan kedai-kedai. - Bernama
sumber"
Asri, Juanda tanding PRU13?
Posted on Thursday, February 14 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: imamsurau
"SHAH ALAM –
Di sebalik demam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang semakin dirasai,
Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya disebut-sebut antara ulama yang bakal
diturunkan dalam gelanggang pilihan raya kali ini, yang dilabel sebagai
‘ibu kepada segala pilihan raya’.
Nama beliau mula menjadi
sebutan dalam senarai bakal calon PRU13, yang turut merangkumi nama
bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Tempat Asri, 42, sebagai Mufti Perlis digantikan oleh Juanda, 41, empat tahun yang lalu.
Kedua-dua tokoh ulama ini tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen mengenai desas-desus kerana berada di luar negara.
Bagaimanapun
Sinar Harian difahamkan, Asri dan Juanda sudah didampingi semula
beberapa parti, dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) untuk
bertanding kali ini kerana dilihat sebagai calon ‘boleh menang’ kerana
memiliki karisma sebagai personaliti yang berlatarbelakangkan agama.
Juanda
adalah lulusan Universiti Al-Azhar dan mempunyai Ijazah Sarjana Syariah
dengan pengkhususan Penggubalan Undang-Undang Keluarga Islam Malaysia
daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Nama Asri, kini
berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia, sudah pun
menjadi sebutan sejak lebih setahun lalu dan beliau telah beberapa kali
menafikan akan menyertai parti politik.
Asri disebut-sebut akan
bertanding di Pulau Pinang manakala Juanda, anak kelahiran Sarawak,
dipercayai akan diletakkan di Perlis.
Juanda yang sering kali
muncul di stesen TV tempatan sejak akhir-akhir ini dilihat mempunyai
pemikiran dan pandangan yang lebih cenderung kepada PR.
Namun
khabar angin yang mengatakan beliau akan bertanding atas tiket Pas
mungkin meleset kerana sumber dalaman Sinar Harian dan Sinar Harian
Online memberitahu bahawa Juanda mungkin menyertai PKR dan tidak mungkin
menggunakan platform Pas untuk bertanding nanti.
“Malah, beliau juga ada didampingi wakil Umno... jadi nampaknya beliau sudah dirisik semua parti,” kata sumber lagi.
Sungguhpun
beliau seorang tokoh agama, namun ia tidak bermaksud Juanda perlu
memilih parti bertunjangkan agama sebagai landasan utama untuk menyertai
dunia politik negara.
“Dr Juanda kemungkinan besar akan
bertanding di Perlis, berpotensi untuk tanding di Kangar... beliau sudah
dihubungi, sedang mempertimbangkan tawaran.
“Malah, beliau juga sudah menunjukkan minat dalam bidang politik,” katanya lagi.
Perlis memperuntukkan tiga kerusi Parlimen.
Di
sebalik dua nama itu, turut menjadi sebutan ialah Pengerusi
Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat
Jahya yang menyertai Umno tiga tahun lalu.
Sumber memberitahu
bahawa Fathul Bari juga akan diturunkan pada PRU13 untuk membawa
“kekuatan” ke atas imej Umno-BN pada kali ini.
“Apa yang pasti Fathul Bari akan tanding atas tiket Umno,” katanya lagi.
PRU13 disebut-sebut akan diadakan akhir Mac atau awal April ini.
Mandat
Kerajaan Pusat akan berakhir penghujung April. Jika Parlimen terbubar
secara automatik, PRU13 perlu diadakan sebelum akhir Jun.
sumber"
Ramli Sudin, maki Lim Guan Eng, jual sate di Kedai Cina.
Posted on Thursday, February 14 @ 15:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh mantaro
Ramli Sudin sudahlah berniaga sate di Kedai Makan Orang Cina, tepi Taman Tasik Taiping. Sanggup pula maki Lim Guan Eng.
Kalau menumpang berniaga di Kedai Makan YB Dato Zahir, kira ok juga. Ini berniaga, tumpang orang.
Pelanggan pula banyak pula orang Cina. Majoriti penyokong DAP /PR
Sumber: sisibukit.blogspot.com
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Jumaat, 15 Februari 2013
JELAS DITOLAK...SAMA2LAH KITA SEDAR DIRI....TERIMALAH DENGAN HATI YANG TERBUKA...ITULAH ORANG YANG TERPELAJAR....SERTA YAKIN DENGAN QADHA DAN QADAR ITU DARI ALLAH SWT
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan