Selasa, 5 Februari 2013

APALAH HEBATNTA TERBAKAR KAMERA AES...FIKIRKAN DIBAKAR DIDALAM NERAKA SEBAB ZALIM...JAHAT...MEMBUNUH...MENIPU...RASUAH...ZINA...TAK SOLAT..BUAT MAKSIAT DLL...BERTAUBATLAH BERHENTILAH BUAT KERJA JAHAT NI...SAMSENG2 AKHIRNYA MATI JUGA

Akta Laut Wilayah jejas kedaulatan Sabah

Mohd Firdaus, 05 Feb 2013
KOTA KINABALU: Dewan Pemuda PAS Sabah menyifatkan penggubalan rang undang-undang berkaitan pelantar benua dan dasar laut di negeri ini sebagai satu cubaan halus yang menghapuskan secara halus hak dan kedaulatan negeri.
Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, akta yang diluluskan pada April 2012 lalu telah menghapuskan hak dan kuasa kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak yang sudah termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.

“Meskipun akta ini adalah bertujuan menetapkan lebar laut wilayah Malaysia, namun ianya perlu dilihat juga sebagai satu akta yang bakal menghapuskan hak dan kuasa kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak yang sudah termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan dipelihara dalam Perkara 2 Perlembagaan Malaysia.

“Ini sekaligus menyaksikan kedaulatan, kehormatan dan hak kerajaan Negeri Sabah bakal ‘hilang’ buat selama-lamanya,” ujar beliau.

Gate sedia anjur debat Ahmad Said, Raja Baharin

Harakahdaily, 05 Feb 2013
KUALA TERENGGANU: Gabungan Anak Terengganu (Gate) bersedia menjadi penganjur perdebatan pihak kerajaan dan pengkritik, di antara Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dengan Pengerusi Amanah Terengganu, Raja Datuk Kamarul Baharin atau di antara Penyelia Dun Ladang, Datuk Wan Hisham Wan Salleh dengan Adun Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar atau kedua-duanya sekali.


Presidennya, Ahmad Amzad Hashim menyatakan demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Beliau terpanggil mengulas sama isu nasib penduduk-penduduk asal Kampung Ladang Tok Pelam yang telah diambil tanah mereka atas nama pembangunan dan sebahagian mereka ditempatkan di Flat Ladang Gemilang sebagaimana dipaparkan dalam artikel HarakahDaily beberapa hari lepas dan Sinar Harian Edisi Terengganu 3 Februari.

Katanya, dalam pada sebahagian dari penduduk Terengganu melihat bangunan-bangunan flat tersebut sebagai simbol pembangunan, tidak ramai menyedari kesengsaraan yang dialami oleh penduduk-penduduk yang merasai sendiri pengalaman mendiami unit-unit flat tersebut.

Menurutnya, rata-rata mereka adalah penduduk miskin yang masih berharap pada janji kerajaan yang pada suatu hari rumah yang mereka diami akan diberi pemilikan melalui skim sewa beli.

“Kata mereka kerana itulah mereka sanggup tinggal di flat berkenaan dengan kadar sewa yang lebih tinggi berbanding kadar sewa yang pernah dijanjikan oleh Menteri Besar terdahulu Yang Berhormat Datuk Seri Idris Jusoh,” ujarnya.

Menurutnya, ada yang berkata dengan kadar sewa yang dibayar sekarang sepatutnya mereka boleh menyewa rumah ditempat lain yang tak perlu mengalami kesukaran seperti kemudahan asas yang tidak cukup, lif yang selalu rosak dan ketiadaan kemudahan membuang sampah yang munasabah sehingga terpaksa mengangkut turun sampah.

“Dalam pada itu semata-mata meletakkan beban kesalahan kepada penduduk-penduduk dhaif ini kerana telah bersetuju dengan tawaran kerajaan sebelum ini juga bukanlah satu perkara yang patut berlaku,” katanya.

Beliau menambah, rakyat yang dhaif dan tidak memahami selok belok undang-undang serta nilai komersil tanah mereka sepatutnya dibantu oleh pemimpin yang berjiwa rakyat agar hak mereka dipertahankan atau sekurang-kurangnya mendapat pampasan yang berbaloi dengan nilai komersil masa hadapan tanah warisan mereka.

Hakikatnya, ujar beliau pada masa sekarang sebahagian besar penerima pampasan tanah tersebut telahpun membelanjakan wang pampasan mereka yang apabila dibahagi-bahagikan sesama waris yang berhak tidaklah besar jumlahnya.

Beliau berkata, sekiranya Flat Ladang Gemilang adalah semata-mata flat transit sementara menunggu rumah baru disiapkan, berapakah pula harga rumah baru yang bakal dikenakan kepada penduduk-penduduk ini.

“Dengan habisnya wang pampasan yang telah dibelanjakan, adakah mereka kelak mampu membayar harga rumah baru pula,” ujarnya lagi.

Justeru, ujar beliau jangan dilupa, Ketua Audit Negara dalam laporan audit yang lalu menegur proses pengambilan tanah Kampung Banggol Donas kerana tidak mengikut peruntukan Akta Pengambilan Tanah 1960.

Baginya, sangat menghairankan, di negara seperti Singapura, masih ada perkampungan Melayu di tengah bandar dipertahankan walau pesat dengan pembangunan, malah begitu juga di Kuala Lumpur dan Melaka.

Katanya, pembangunan Terengganu yang tak sepesat manapun, belum apa-apa sudah menjarah tanah rakyat sebangsa konon atas nama pembangunan.

Tambahnya, Gate dalam mengharapkan nasib yang lebih baik kepada penghuni-penghuni Flat Ladang Gemilang memandang berat tentang nasib yang sama bakal melanda penduduk-penduduk kampung tradisi Melayu yang lain seperti Kampung Tanjung, Kampung Losong dan Kampung Chabang Tiga.

Menurutnya, telah ada satu ordinan yang berkaitan sempadan Negeri Sabah yang meliputi pelantar benua dan dasar laut serta tanah dalam Perjanjian Malaysia 1963.

“Dalam Section (2) of the North Borneo (Alteration of Boundaries) Order in Council 1954.

“di sini apa yang tercatat dalam bahasa Inggerisnya, the boundaries of the colony of North Borneo are hereby extended to include the       area of the continental shelf being the seabed and its subsoil which lies beneath the high seas contiguous to the territorial waters of North Borneo... maksudnya sudah jelas mengenai satu-satu perlembagaan dan akta,” jelasnya.

Katanya, rang undang-undang Laut Wilayah 2012 turut menafikan hak Kerajaan Negeri Sabah dan rakyatnya seperti mana yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia.

“Dalam perkara 2, Perlembagaan Malaysia ada menyebut mengenai pengubahan sempadan mana-mana negeri yang tidak boleh diluluskan tanpa persetujuan negeri tersebut.

“Dalam kes ini, adakah penguatkuasaan akta baru tersebut sudah melalui perbincangan dan saringan dan kelulusan di peringkat Dewan Undangan Negeri Sabah,” soalnya.

Beliau turut menyentuh mengenai dua seksyen dalam Akta Laut Wilayah 2012 yang menunjukkan had wilayah laut di semua negeri di Malaysia termasuk sabah dan Sarawak.

“Dua seksyen utama yang terkandung dalam akta ini, iaitu Seksyen 3 dan Seksyen 4 yang menghadkan wilayah laut di semua negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak hanya kepada tiga batu nautika, berbanding dengan kuasa Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak yang meliputi keseluruhan pelantar benua.

“Dua seksyen dalamyang baru diperkenalkan ini dilihat ingin menghapuskan secara halus kedudukan istimewa, kuasa negeri dan hak Negeri Sabah dan Sarawak ke atas pelantar benua tersebut,” ujarnya.

Jelasnya, akta tersebut juga telah menjejaskan kedaulatan Sabah termasuk dalam soal pembayaran royalti petroleum.

“Royalti petroleum akan tertakluk kepada hanya ehsan Kerajaan Persekutuan semata-mata dan tidak lagi wajib dibayar sebagai satu kewajipan dalam perjanjian,” jelasnya.

Pemuda PAS Sabah katanya, meminta wakil rakyat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) menyatakan pendirian mereka dan menolak akta ini.

“Buka setakat  Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak patut menolak akta ini, malah setiap wakil ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah dan Sarawak perlu menyatakan pendirian mereka terhadap akta ini.

“Rakyat di kedua-kedua buah negeri Sabah dan Sarawak diajak untuk bersama-sama mempertahankan kuasa dan hak sedia ada ini bagi menjamin sebuah negeri yang berdaulat, berprinsip dan tidak mudah dijadikan bahan eksploitasi mana-mana pihak,” tegas beliau.

MPK tawar minimum RM15 kompaun letak kereta

Harakahdaily, 05 Feb 2013
KLANG: Majlis Perbandaran Klang (MPK) membuat tawaran pengurangan kompaun letak kereta RM15 bagi setiap kompaun letak kereta bermula 1 Februari sehingga 28 Februari dan jumlahnya akan meningkat kepada RM30 bagi setiap kompaun bermula 1 Mac sehingga 31 Mac.
Pengarah Jabatan Komunikasi Dan Pengaduan Awam, Norfiza Mahfiz (gambar) berkata, tawaran pengurangan bagi kompaun letak kereta yang ditawarkan sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan di mana orang ramai yang mengambil peluang tersebut untuk menjelaskan kompaun-kompaun tertunggak mereka.

Menurutnya, kempen yang diadakan juga akan membantu pelanggan yang tidak berkesempatan untuk menjelaskan kompaun mereka yang terdahulu  dapat melangsaikannya mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

“Orang ramai  digesa untuk mengambil peluang yang ada untuk menjelaskan kompaun-kompaun mereka sebelum tempoh tawaran tamat pada 1 April 2013 dan semakan boleh dibuat di Kaunter Ibu Pejabat MPK dan Pejabat Cawangan MPK Jalan Tengku Kelana manakala bayaran boleh dibuat di semua kaunter-kaunter Majlis di Ibu Pejabat MPK, Pejabat Cawangan MPK, Jalan Tengku Kelana.

“Selain daripada itu,bayaran juga boleh dilakukan di  Kaunter MPK Pasaraya Giant Bukit Tinggi, Kaunter MPK Perhentian Bas Port Klang, Pejabat Cawangan Kompleks Pasar Besar Jalan Meru, Dewan Orang Ramai Meru, Pejabat Cawangan Pasar Pekan Kapar, Kaunter Bergerak MPK dan Kaunter ‘Roadshow’ MPK yang akan disediakan kelak,” katanya.

Sementara itu, Norfiza menjelaskan, orang ramai kini boleh mula mendapatkan kupon letak kereta di Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan cawangannya serta ejen-ejen yang dilantik selaras dengan inisiatif MPK yang mula memperkenalkan Sistem Letak Kereta Berkupon.

Menantu SU PAS Pahang meninggal kemalangan

Khairil Abdul Rahim, 05 Feb 2013
TEMERLOH: Menantu kepada Setiausaha PAS Pahang Roslan Zainal, iaitu isteri kepada anak keduanya, meninggal dunia awal pagi ini di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, di sini.
Kedua-duanya koma selepas terlibat kemalangan kereta berhampiran R&R Benta, Kuala Lipis kira-kira pukul 10 pagi semalam.

Kedua-duanya kritikal dan koma selepas kereta jenis Toyota Avanza dinaiki mereka, terbabas lalu melanggar kereta lain dipercayai akibat jalan licin kerana hujan lebat sepanjang hari.

Pada ketika ini jenazah masih berada di hospital. Turut menziarahi Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Jenazah Allahyarham yang berasal dari Sabah, dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Berchang selepas Zohor hari ini.

Kamera AES terbakar!

http://omakkau.blogspot.com, 05 Feb 2013

KAMERA 1M'SIA AES TERBAKAR!!!!!


Omakkau terima rakaman gambar sebuah kamera 1M'sia AES yang menzalimi dan  mencekik darah rakyat demi mengkayakan kroni tersayang UMNO terbakar.

Sama ada kena panah petir maupun akibat khianat @ arson tidaklah diketahui.

Lokasi masih lagi misteri.

Omakkau memang tidak setuju betul AES tetapi membantah dengan melakukan kerja khianat kepada kamera 1M'sia AES pun Omakkau tidak setuju.

Cara yang bijak dan paling afdal nak ajar ialah melalui peti undi pada PRU13 nanti.

Pakat ramai-ramai jangan berikan undi kepada UMNO/BN.

HENTIKAN PENGANIAYAAN KE ATAS RAKYAT DEMI MENGKAYAKAN KRONI DENGAN MEMBERI UNDI KEPADA PAKATAN RAKYAT PADA PRU13 NANTI.

Foto samseng ganggu ceramah Mazlan Aliman di Felda Sungai Tengi malam tadi

http://omakkau.blogspot.com, 05 Feb 2013
Baca http://omakkau.blogspot.com/2013/02/ceramah-pengerusi-anak-sdr-mazlan.html
Peminat rayu Psy: Jangan jadi alat BN
3:07PM Feb 4 2013  
Kumpulan peminat Psy memuatkan rayuan di laman Facebook penyanyi rap Korea itu agar tidak menjadi alat politik BN dengan membuat persembahan di majlis rumah terbuka parti tersebut di Pulau Pinang.
NONERamai pengguna Facebook Malaysia dikesan menyalin dan memuatkan semula rayuan berkenaan di laman berkenaan.

Ada juga yang dikesan memuatkan mesej berkenaan dalam bahasa Korea dan merayu agar Psy tidak berkunjung ke Malaysia buat masa ini.

"Jika anda memilih untuk datang ke Malaysia, anda akan menjadi alat politik BN. Ia adalah parti politik dan sangat korup dan selalu menyalahgunakan kuasa untuk menganiaya rakyat Malaysia," mesej tersebut dipetik.

Kenyataan berkenaan juga mendakwa acara tersebut dibayar dengan menggunakan wang rakyat. BN bagaimanapun semalam menjelaskan bahawa ia ditaja oleh sebuah syarikat swasta.

Mesej berkenaan juga mendakwa BN cuba mengolah pemikiran generasi muda dengan mewujudkan illusi bahawa negara ditadbir dengan baik memandangkan pilihan raya umum akan dijalankan tidak lama lagi.

"Kami tiada pilihan selain menggesa dan berharap anda akan membaca surat ini. Kami dengan ikhlas merayu demi kebajikan rakyat, tolonglah, dengar suara kami.

Tiada ulasan: