Selasa, 12 Februari 2013

JANGAN LUPA JASA ALLAH...ALLAH YANG HIDUPKAN...ALLAH YANG BERI REZEKI DDL....ITU PUN NAK BERLAGAK...NAK UNGKIT2...TAK MALU KE

Belum ada tanda BN tidak akan menipu pada PRU 13
Posted on Tuesday, February 12 @ 18:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: senik

"Assalamualaikum,,..

Sehingga kini belum ada kepastian mengenai terhentinya penipuan PRU 13. Dari sumber BERNAMA atau UTUSEX atau BERITA HAIRAN dan lain lain media pengampu BN, tidak ada satupun jaminan dapat dikesan mengenai pengakuan pilihanraya yang BERSIH.

Dari mulut pemimpin pemimpin BN atau agensi yang bertanggungjawab mengendalikan PRU juga tiada, begitu juga dari jurucakap upahan BN tiada jaminan yang boleh diyakini tiadanya penipuan yang bakal berlaku. Najib meminta pengakuan pengundi di Penang mengenai kesediaan mereka menerima BN, tetapi jawapan spotan yang diberi adalah tidak.

Nampaknya, Najib terpaksa kembali kepada projek angkut dan suapnya, mengangkut budak budak sekolah yang belum bersunat dan menyuap mereka dengan biji jagung masak bagi memenuhi ruang ruang perhimpunan yang dianjurkan BN. Sambil itu, seperti biasa akan melakukan kerja kerja underground bagi penipuan licik semasa mengundi. Najib terpaksa memikirkan cara cara penipuan baru kerana kebanyakan kaedah penipuan yang sedia ada sudah diketahui.

Itu sahaja peluang BN yang tinggal dan itu juga tugas besar SPR yang baru sahaja mengumumkan situasi luar jangka selepas PRU 13 yang berpunca terdedahnya kaedah penipuan yang dibuat.

Mengharapkan undi yang bersih adalah tipis sekali bagi BN. Oleh itu rakyat yang mengundi perlu dibebalkan dengan suapan serta hantu hantu perlu dipastikan boleh mengundi di hari mengundi. Untuk menutup pusat mengundi pada pukul 11. 30 pagi seperti pernah berlaku di Sabah dan Serawak mungkin sudah tidak sesuai kerana kali ini ramai yang akan memerhatikannya. Untuk menggunakan Penjara, pusat latihan belia dan bomba untuk menempatkan hantu hantu pilihanraya juga sudah tidak sesuai lagi, begitu juga menggunakan ambulan dan bas bas sani express untuk mengangkut pengundi hantu juga mungkin tidak sesuai dan selamat lagi, kerana mungkin risiko Arab Spring akan tercetus sebelum pusat mengundi ditutup lagi.

Oleh itu, apakah kaedah baru penipuan yang akan digunakan. Yang pasti BN belum bersedia untuk tidak menipu pada PRU 13 nanti. Awas kelicikan BN dan kepada anggota keselamatan, apakah anda masih mahu dikeldaikan oleh BN?"


 Maafkan kami wahai Nabi SAW
Posted on Tuesday, February 12 @ 20:11:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: kalashnikov

"Oleh: Abdul Mu'izz Muhammad

Maafkan Kami Wahai Nabi.

Yang disambut Nabi, yang diagungkan orang lain,
Yang dipuji Nabi, yang dipuja orang lain,
Yang diungkit Nabi, yang diangkat orang lain
Yang dikisahkan Nabi, yang masyhur orang lain,
Yang dikempen Nabi, yang kaya-raya orang lain,



Yang disebut Nabi, yang diikuti orang lain,
Yang diceritakan kerja Nabi, yang dibuat kerja orang lain,
Yang dikenang Nabi, yang didewakan orang lain,
Yang digambarkan Nabi, yang diangkat gambar orang lain,
Yang diikrarkan Nabi, yang di'qarar'kan ideologi lain,
Yang semangatnya kisah perjuangan Nabi, yang layunya kisah perjuangan kita,
Yang ditangiskan Nabi, akhirnya yang dikhianati Nabi..."


 Samseng Umno belasah mahasiswa edar risalah di Parlimen Pekan
Posted on Tuesday, February 12 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Sumber Keadilandaily

KUALA LUMPUR 12 FEB: Baru lima hari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengumumkan bertanding dalam PRU 13 di kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pekan, mahasiswa yang mengedar risalah sudah pun diganggu samseng Umno dengan membelasah aktivisnya, Ekhsan Bukhari tengah hari tadi.

Mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) itu dibelasah empat samseng Umno selepas mengedar risalah ‘Harapan Malaysia’ di Kampung Datuk Keramat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Manis.

ehsan“Selepas edar risalah, saya dan Fatih Abdul Aziz dan Alif Hafiz masuk ke kereta untuk ke lokasi lain. Tiba-tiba datang tiga lelaki tempatan merampas kunci kereta kami.

“Kemudian, datang tiga orang lagi yang mengaku ahli Umno, memaki kami. Mereka tarik saya keluar dari kereta hingga terjatuh. Mereka serta-merta menendang kepala dan badan yang terbaring di tanah.

“Saya cedera di beberapa bahagian di badan, antaranya siku saya berdarah dan bahagian leher baju koyak,” kata bekas Timbalan Presiden Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) itu ketika dihubungi Keadilan Daily dari sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ekhsan berkata, kereta yang dinaiki mereka turut kemek di bahagian tepi manakala kereta seorang ahli PAS yang menjadi penunjuk arah kemek di bahagian depan.

“Saya hairan, kalau Datuk Seri Najib Razak betul-betul kuat di Pekan, kenapa hantar samseng untuk pukul kami? Kami datang bawa hujah dan idea. Mereka patut lawan dengan cara sama,” katanya.

Ketika ini, mereka dalam perjalanan ke balai polis untuk membuat laporan.

Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) sebelum ini membuat pengumuman untuk bertanding di Parlimen Pekan yang disandang Najib Razak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) sebagai ekspresi penolakan mahasiswa terhadap Umno BN.

Sumber


 Gelora BN Perak Kencang: Zambry arah Presiden MIC Tutup Mulut
Posted on Tuesday, February 12 @ 17:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Orang Ni

Zambry Abd Kadir meminta agar sebarang spekulasi berkaitan pengagihan kerusi kepada MIC pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dihentikan segera memandangkan belum ada keputusan rasmi dibuat mengenai perkara itu.

Merujuk kepada kenyataan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel yang tidak bersetuju dengan tawaran dua jawatan Senator sebagai tukaran melepaskan DUN Behrang dan Pasir Panjang, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata:

“Kenyataan mengenai perkara tersebut (tawaran) tidak seharusnya berlaku kerana masih terlalu awal untuk membuat sebarang pengumuman memandangkan ia belum pernah dibincangkan bersama Barisan Nasional (BN) negeri,” katanya.

Malah, beliau sendiri katanya, tidak diberitahu mengenai perkara yang disuarakan oleh Palanivel itu seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan.

“Saya sangat terkejut dengan perkara ini (tawaran dua jawatan Senator untuk MIC melepaskan DUN Behrang dan Pasir Panjang) kerana tidak tahu kenyataan yang dikeluarkan beliau (Palanivel) dan masih belum lagi berjumpa dengannya,” kata Zambry.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel tidak bersetuju dengan tawaran dua jawatan Senator sebagai tukaran melepaskan DUN Behrang dan Pasir Panjang.

Palanivel memberitahu selain Hutan Melintang dan Buntong, parti mewakili kaum India itu tetap mahu bertanding di dua DUN berkenaan bagi melengkapkan empat kouta kerusi DUN Perak seperti pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 2008.

Berdasarkan budaya BN, perkara merujuk kepada pengagihan kerusi harus dibincangkan terlebih dahulu di peringkat negeri sebelum ia di bawa ke peringkat tertinggi parti.

“Apa sahaja keputusan mengenai kuota kerusi telah dibincangkan sebelum ini dan apa juga keputusan yang diambil, ia seharusnya melalui semangat calon serta parti BN,” katanya.

Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, Zambry menggesa Presiden MIC itu berhenti menggunakan media atau akhbar untuk meluahkan pendapat berkaitan perkara terbabit.

.........................................................

Orangni: Sana setuju,sini tak setuju,situ cakap setuju,esok cakap lain dan hari ini cakap lain...begitulah yang berlaku dalam UMNO BN Perak. Kemelut pembahgian kerusi UMNO BN Perak konon-nya dah selesai,tapi gelora masih meruncing 24jam. Isu kerusi DUN Terong pun masih jadi percakaran hebat antara MIC dan UMNO.

Zambry dengan angkuh dan bodoh sombong memaksa seorang Presiden MIC tutup mulut dari keluarkan sebarang kenyataan.


Sumber: orangni.blogspot.com



 MSC Malaysia semakin lenyap di dunia: Kit Siang
Posted on Tuesday, February 12 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Sumber Roketkini

KUALA LUMPUR, 11 FEB: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, Malaysia yang diisytihar sebagai Koridor Raya Multimedia (MSC) 16 tahun lalu, kini semakin hilang daripada pengetahuan dunia sebagai lokasi teknologi maklumat (IT) antarabangsa terpenting.

Katanya, Malaysia yang dulunya setanding dengan Korea Selatan dalam IT, namun kini Korea Selatan menjadi negara pertama di dunia menjadi masyarakat jalur lebar dan mempunyai internet terpantas di dunia dengan purata kelajuan pada 2012 14.7 Mbps, 650% lebih tinggi berbanding purata 2.2 Mbps di Malaysia.

“Begitu juga dalam tadbir urus yang baik, Malaysia tertinggal di belakang Korea Selatan terutama dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International sejak lima tahun lalu, yang mana Malaysia dilihat lebih korup menduduki tempat ke-47 hingga 60 dalam kedudukan dunia manakala Korea Selatan hanya ke-39 hingga 45.

“Dalam Indeks Kebebasan Akhbar terbaru yang disusun oleh Reporters Sans Frontieres (Reporters Without Borders), Malaysia berada pada kedudukan paling rendah dalam sejarah iaitu ke-145 berbanding Korea Selatan pada kedudukan ke-50.

“Terkini, Trends in Mathematics and Science Survey (TIMSS) 2011 menonjolkan Malaysia sebagai negara yang mengalami kejatuhan terbesar markahnya untuk matematik dan sains di kalangan negara yang menyertainya, sambil mengesahkan corak berterusan penguasaan sekumpulan sistem pendidikan Asia iaitu Korea Selatan, Singapura dan Hong Kong dalam dua subjek penting itu.

“Malaysia dengan sedih  tertinggal di belakang Korea Selatan di dalam kecemerlangan pendidikan. Di dalam Times Higher Education World University Rankings 2012-2013, empat universiti Korea Selatan termasuk dalam senarai antara 200 Universiti Terbaik sementara enam di dalam 400 Universiti Terbaik Dunia, namun tiada satu pun universiti dari Malaysia,” katanya dalam kenyataan media mengenai Pengiraan Detik 60 Hari ke PRU-13, semalam.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan mengapa Malaysia begitu jauh ketinggalan di belakang Korea Selatan dalam pelbagai bidang, sedangkan sudah 56 tahun Merdeka.

Beliau berharap pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina dan persembahan Gangnam Style bintang pop Korea, Psy, di Pulau Pinang esok, Najib perlu membuat kenyataan sama ada Malaysia mampu mengejar Korea Selatan atau sekurang-kurangnya merapatkan jurang yang semakin besar antara dua negara itu.

Sumber


 Macai Najib nak bunuh Cina Penang
Posted on Tuesday, February 12 @ 16:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: laniismaa

"MacaiNajib1
KLIK


Inilah kenyataan macai Najib yang begitu marah apabila Najib ditolak mentah-mentah di pentas persembahan PSY di Penang. Bukti ‘kejayaan’ orang-orang UMno yang mengamalkan 1Malaysia Najib.

Zunar

Paling malang kerana kenyataan tersebut bukannya dibuat macai hingusan yang cukup dengan RM20 upah untuk mengangkat bendera UMno tetapi dibuat oleh mereka yang kelihatan sedikit cerdik tetapi sebaliknya haprak juga.

Dia marah kerana modal RM2juta Najib menjemput PSY berkempen untuk UMno BN di Pulau Pinang tak mampu memperbodohkan orang-orang Penang tetapi orang-orangkan mampu bodokan Najib di atas pentas PSY  dengan tersebarnya video “No BN”.

Kalau hanya dihadiri oleh orang-orang UMno, boleh dan mudah bagi Najib nak bodohkan mereka….

LAGI"



 Ummi Hafilda, di mana Azizan? Betul ke dia ada di Melaka Tengah, sedang sasau!
Posted on Tuesday, February 12 @ 15:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: senik

"Assalamualaikum,,..

Ingatkah lagi, Ummi Hafilda, superwoman yang menjadi pembela kepada Azizan Abu Bakar yang diliwat DSAI? Bermati matian Ummi mempertahankan Azizan yang menjadi hampir sasau ketika itu kerana trauma yang tidak terhingga. Dalam usahanya, Ummi turut membabitkan beberapa orang lagi termasuk kakak iparnya dan abang kandungnya. Hebat Ummi. Kemudian DSAI didapati bersalah dan dihukum penjara, sementara Azizan mendapat sebuah syarikat yang dibongkar oleh sebuah stesen TV Australia.

Masih ingatkah lagi peristiwa hitam itu? Kini Ummi muncul kembali, terbaru selepas berkahwin dengan lelaki idamannya. Ummi memimpin sebuah NGO yang mahu membela artis pula yang dakwanya diabaikan sehingga dikatakan 80% dari kalangan artis menyertai pembangkang terutamanya PAS.

Sebelum itu, Ummi pernah muncul dengan seorang budak lelaki baru (lupa namanya) yang turut didakwa dizalimi oleh DSAI, tetapi kemudiannya hilang sehingga Ummi muncul kembali dengan penampilan barunya. Akan tetapi persoalan yang timbul, kenapa Ummi sudah lupa tentang Azizan yang pernah dibelanya? Di mana Azizan sekarang?

Khabar yang pernah penulis dengar ia lah Azizan sekarang berada di Melaka Tengah. Kata sumber yang memberitahu, kalau nak jumpa Azizan pergilah ke Melaka Tengah dan kalau lihat ada pemuda yang merayau rayau dengan pakaian orang gila, itulah Azizan. Azizan sasau.

Betul ke maklumat ini. Mungkin orang Melaka boleh sahkan. Namun yang menjadi tanda tanya kenapa Ummi Hafilda, superwoman 1Malaysia boleh melupakan terus Azizan begitu saja? Bukankah dia dimangsakan oleh DSAI dan perlukan pembelaan malah perlukan rawatan berterusan bagi merawat traumanya itu?

Mudahnya seorang yang menyebabkan seorang yang lain terpenjara dilupakan terutama oleh superwoman yang pernah membela dan menjaja cerita bagaimana dia diliwat. Sekaranglah masanya Ummi boleh menampilkan semula Azizan kepada negara bagi membolehkan terbongkarnya kelakuan buruk DSAI dan mampu memberikan kelebihan kepada BN.

Bukan dengan membawa isu lain dan melupakan kisah liwat Azizan. Isu artis pula,  sepatutnya bukan kerana 80% dari mereka jadi pembangkang, tetapi kenapa artis luar Psy boleh dibayar sehingga mencecah jutaan RM untuk bertunjukkan selama 15 minit perlu dipersoalkan. Artis tempatan melopong. "


 
  Mustapa: 27 masjid dibina di K'tan sejak 2008
Posted on Tuesday, February 12 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: imamsurau

"Kerajaan Persekutuan akan terus melaksanakan program pembinaan dan membaiki masjid di negeri ini bagi memastikan rakyat Kelantan menikmati kemudahan beribadat dengan lebih selesa sama seperti umat Islam di negeri-negeri lain, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata pembinaan projek itu bukan semata-mata janji malah ia menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat dalam pembangunan di bidang kerohanian.

"Kita (kerajaan Pusat) telah membina 27 buah masjid di seluruh negeri ini sejak 2008 selain membaiki dan membaikpulih kira-kira 100 masjid membabitkan kos berpuluh juta ringgit," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan pembinaan Masjid Mukim Mentuan, Kubang Kerian, di Kota Bharu, malam tadi.

Pada majlis itu, Mustapa menyampaikan cek RM500,000 kepada Imam Muda Masjid berkenaan Abdul Ghafar Hussin, untuk menyiapkan projek pembinaan masjid itu yang 75 peratus siap sejak lebih dua tahun lepas.

Mustapa berkata, kerajaan Persekutuan tidak mengabaikan projek-projek pembangunan di bidang keagamaan bagi rakyat negeri ini.

"Ia bukanlah semata-mata kerana janji pilihan raya, tetapi sebagai memenuhi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dalam pembangunan di bidang keagamaan," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa kemajuan Masjid Mentuan, Kamaruzaman Mohamad, berkata sebahagian daripada peruntukan RM500,000 sumbangan kerajaan itu adalah untuk menyiapkan projek pembinaannya dan sebahagian lagi untuk membayar tunggakan hutang pembinaan bangunan itu yang dilaksanakan sejak 2010.

Beliau bagi pihak jawatankuasa masjid itu amat bersyukur kepada kerajaan persekutuan kerana menyediakan peruntukan yang begitu besar dan ia suatu petanda kerajaan tidak mengabaikan kepentingan rakyat, khasnya masyarakat Islam di bidang keagamaan.

Katanya, masjid itu yang mula dibina pada 2010 secara gotong royong dengan bantuan penduduk kampung dan terbengkalai pembinaannya kerana kekurangan perbelanjaan.

Beliau yakin dengan bantuan kerajaan Pusat itu, bangunan masjid itu yang kini siap 75 peratus dijangka siap sepenuhnya genap tiga tahun mengikut jadual pada April depan.

sumber "


 Jika bekas Khadi tak lepas, apa tah lagi yang lain
Posted on Tuesday, February 12 @ 15:02:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: anaabdullah

"Ada yang bercakap pada penulis menyatakan Ustaz Mohd Ramli Noh, ADUN Tepoh tidak lepas.

Jika tak lepas sudah tentu ustaz Ramli Noh bukan lagi calon DUN Tepoh. Kalau bukan siapa lagi.

Sebab setakat hari ini tiada dah calon lain yang ada nama dalam senarai calon untuk bertanding di DUN tersebut PRU 13 ini.

Mana mungkin Datuk Hassan Ali bekas senator yang ad aura ura akan bertanding d DUN Tepoh atas sebab beliau adalah orang yang hubungan akrab dengan Datuk Seri Mohd Najib.

Fokus penulis, ustaz Ramli Noh dikatakan tidak lepas untuk bertanding setelah ditapis oleh SPRM.

Persoalan yang timbul adakah cerita itu reality. Kalau reality sudah tentu semua wakil rakyat umno negeri Terengganu juga turut tak lepas.

Cuba anda bayangkan seorang bekas khadi dan bergelar ustaz tak lepas setelah ditapis.Aapa tah dengan yang lain lain lagi itu.Sudah tentu yang lain lain lebih teruk dan buruk.

Kebanyakan wakil rakyat umno Terengganu jadi kayaraya ada aset berjuta miskipun baru satu penggal menjadi YB.

Dua puluh empat orang wakil umno hanya seorang sahaja yang bergelar ustaz. Pendek kata yang lain lain itu semuanya bukan ustaz miskipun Kazan Mat pernah digelar ustaz suatu ketika dulu.

Kalau menteri besar dan EXCO exco munasabah tak lepas, kerana mereka boleh dikatakan terbabit secara langung dengan projek lebuhraya pantai Timor yang kosnya RM 17 juta satu kilo meter itu.

Semacam tidak munasabah ustaz Ramli Noh tak lepas. Lebih lebih lagi beliau seorang bekas Khadi yang bergelar ustaz.

Mustahil seorang bekas khdi terbabit dengan rasuah yang membuat beliau tak lepas untuk jadi calon PRU 13 nanti."


 AES: JPJ perlukan kerjasama negeri
Posted on Tuesday, February 12 @ 02:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: imamsurau

"KOTA BHARU - Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berharap pemasangan 831 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di seluruh negara tercapai setelah isu teknikal dan kefahaman dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Bagi tujuan itu, beliau berkata, pihaknya sedang mengemas kini aspek teknikal dengan mengadakan perbincangan di pihak berkaitan termasuk menyelesaikan isu berbangkit seperti mengenai lokasi kawasan black spot dikatakan bukan kawasan kerap berlaku kemalangan.

Menyifatkan kritikan keras terhadap sistem ini adalah biasa memandangkan ia baru diperkenalkan, Solah secara sinis berkata, mereka yang 'bising' itu adalah daripada kalangan terbabit dengan kesalahan dilakukan.

"Pada peringkat senario sekarang, isu ini akan dipolitikkan, apa lagi isu penguatkuasaan, pada saya ia ditimbulkan kepada mereka yang menerima kesan langsung, kepada mereka yang tidak salah, tak ada apa pun, adakah anda bimbang sekiranya orang mengedar dadah digantung, kalau anda tidak mengedar, anda tidak akan berasa apa pun," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Solah berkata, setelah semua aspek yang dikaji itu dimuktamadkan, pihaknya akan membuat penerangan kepada semua pihak termasuk kerajaan negeri yang menangguhkan pelaksanaannya sebelum ini.

"Selain penerangan, kita juga memerlukan kerjasama kerajaan negeri untuk menjaga keselamatan, kerja ini bukan satu pihak sahaja dan ia menuntut kerjasama daripada kerajaan tempatan," katanya.

Pemasangan AES dimulakan sejak Jun tahun lalu dan dijangka akan dilaksanakan sepenuhnya akhir 2012, namun ia mendapat bantahan hebat daripada pelbagai golongan termasuk empat negeri Pakatan Rakyat iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang mahu menangguhkan pelaksanaannya.

Dalam pada itu, Solah menjelaskan pemasangan AES adalah jelas mahu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan bukannya mengenakan saman semata-mata.

"Buktinya, sebelum ada kamera AES, kita meletakkan papan tanda untuk mengajar pemanduan lebih selamat, jangan laju, kalau di tempat lampu isyarat tidak boleh langgar," katanya yang menjelaskan sistem masa depan memerlukan teknologi memandangkan jalan raya dan kereta semakin bertambah.

sumber"



Najib kata jangan lupa jasa kerajaan, lupa tanggungjawab kerajaan saja!
Posted on Tuesday, February 12 @ 13:49:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: senik

"

Assalamualaikum,,..Semakin menarik peristiwa yang berlaku menjelang PRU 13.Penang digegarkan oleh Psy, digemparkan dengan kemunculan penjenayah antarabangsa yang dikehendaki yang bakal menjadi menantu Najib serta dikejutkan dengan laungan "NOOOOOOOOO".


Najib yang begitu ghairah berkempen walaupaun Parlimen masih belum dibubarkan, mengambil kesempatan di mana jua dia berada untuk meminta rakyat memangkah BN.Di mana ada kesempatan Najib akan berjanji dengan janji seperti orang dilamun cinta.Najib merumuskan semua janji dengan ungkapan "JANGAN LUPA JASA KERAJAAN"
Ungkapan itu tersurat, yang tersiratnya, Najib cuba memberitahu rakyat "LUPAKAN TANGGUNGJAWAB KERAJAAN" Kerajaan bebas berbuat apa saja, bebas berbelanja sebanyak mana duit rakyat, menguatkuasa undang undang keatas siapa yang dikehendaki, Apa saja yang kerajaan buat, jangan persoal.
Itulah makna yang tersirat dari ungkapan memujuk dan mengugut Najib.Kerajaan mestilah dikenang sebagai orang yang berjasa sekalipun kerajaan yang dipilih itu menawarkan diri mereka dalam pilihanraya.Kerajaan tidak perlu berterima kasih kepada rakyat yang memilih mereka tetapi rakyat yang bebal mesti berterima kasih kepada kerajaan setelah memberi kuasa kepada mereka melalui undi.
Kerana mengenang jasa kerajaan yang banyak inilah, rakyat mesti terus mengundi parti yang membentuk kerajaan ia itu BN.Hanya BN yang layak memerintah, parti lain semua tidak layak.Inilah Mitos yang sedang disebarkan Najib menjelang PRU 13.Di Kelantan, Najib menawarkan 7 dulang hantaran, di Selangor Najib menawarkan bekalan air, di Penang Najib menawarkan Penang yang lebih maju, di Kedah pula, tak pasti apa yang ditawarkan.
Tetapi Najib juga memberitahu rakyat jangan persoalkan tanggungjawab kerajaan terhadap rakyat keseluruhannya, kerana itu tiada janji yang diberikan kepada negeri negeri yang sudah dikuasai BN.Wang royalti minyak tidak perlu diagihkan kepada negeri yang berhak, kerajaan tidak bertanggungjawab memastikan rakyat mendapat kualiti minyak yang lebih baik pada harga yang rendah sesuai dengan reputasi sebagai negara pengeluar minyak.
Segala keperitan hidup rakyat bukan tanggungjawab kerajaan tetapi apa jua yang kerajaan berikan dan lakukan mesti dikenang sebagai jasa yang perlu diterjemahkan kepada undi kepada BN pada PRU 13 nanti.
Agak malang apabila pengunjung pesta tahun baru Cina di Penang, menolak untuk mengenang jasa kerajaan apabila menolak mentah mentah BN dengan laungan "NOOOOOOOO"! 

Tiada ulasan: