Penduduk lapor kes pemimpin Umno Tanah Merah ke SPRM
Mohd Nor Yahya, | 05 Feb 2013 |
KOTA BHARU: Selepas dua tahun seorang guru yang juga pemimpin Umno didakwa tidak datang mengajar, penduduk Dun Gual Ipoh hari ini tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Mereka datang beramai-ramai ke pejabat SPRM di Jalan Sultan Yahya Petra membuat laporan berkaitan dakwaan salah laku Naib Ketua Bahagian Tanah Merah, Bakri Mustafa.
Wakil penduduk Kampung Bechah Laut, Raja Ahmad Zulfakar Raja Man, 37 mendakwa Bakri sebelum ini mengajar di Sekolah Kebangsaan Bechah Laut, namun tidak datang mengajar pada tahun lepas dan 2011.
“Saya diberitahu dia digantikan orang lain yang tidak mempunyai tauliah mengajar di sekolah tersebut.
“Saya dan ramai ibu bapa amat kecewa kerana guru yang sepatutnya bertanggungjawab mendidik tidak hadir ke sekolah. Anehnya pihak sekolah seperti bersubahat sama,” katanya di sini.
Tahun lepas persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan dikejutkan dengan isu seorang guru yang memegang jawatan kanan dalam Umno di Tanah Merah tidak datang mengajar.
Adun Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan Mustafa ketika membangkitkan isu tersebut mendakwa guru berkenaan bebas melakukan apa sahaja termasuk tidak hadir ke sekolah walau pun dua tahun.
“Laporan telah dibuat ibu bapa kepada pihak atasan namun tidak diambil sebarang tindakan,” katanya.
Raja Ahmad Zulfakar berkata, selepas berita mengenai guru terbabit tersebar luas akhirnya beliau meletak jawatan sebagai guru.
Awang Yusof, 71 juga dari Gual Ipoh berkata, isu mengenai pemimpin Umno berkenaan sudah lama tersebar dalam kalangan penduduk tempatan.
“Saya amat sedih dengan mainan politik sesetengah pihak. Ada yang sanggup menerima gaji haram sedangkan dua tahun tidak mengajar,” dakwa beliau.
Sementara itu masyarakat India di Ladang Kerilla turut membuat laporan kepada SPRM terhadap Ketua Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Abdul Aziz atas dakwaan membawa wang tunai sebanyak RM1.2 juta ketika berceramah di ladang itu baru-baru ini.
Devandran a/l Vadiveloo, 34 mendakwa perbuatan pemimpin Umno itu dianggap cuba mengaburi mata masyarakat India dengan menjanjikan untuk membela mereka.
“Saya amat terkejut seorang Ketua Bahagian Umno mempunyai wang tunai sebanyak itu,” kata beliau.
(Ikuti pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)
Semakin ramai dekati PAS walaupun sering ditohmah
Harakahdaily, | 05 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: Meskipun
PAS sering ditohmah sebagai parti pemecah belah masyarakat,
mempergunakan Islam, parti sesat dan sebagainya, PAS tetap komited
menjalankan kerja-kerja dakwah sejak dahulu lagi.
“Buktinya semakin ramai yang mahu mendekati PAS termasuk kalangan tokoh-tokoh masyarakat, negawaran, sasterawan, cendikiawan, ahli-ahli korporat, selebriti, bekas pegawai tinggi kerajaan dan lain-lain,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor dalam satu kenyataan.
Bahkan, katanya PAS berjaya menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang keanggotaannya adalah dari kalangan bukan Islam.
Malangnya, kata beliau bagi golongan yang melontarkan tohmahan terhadap PAS tidak pula menjalankan kerja yang sama iaitu berdakwah kepada masyarakat supaya kenal Islam secara keseluruhannya.
Justeru, tambahnya dalam mendepani pilihanraya umum ke 13, DPPM menyeru supaya petugas PAS tidak melupakan tugasan penting iaitu sebagai juru dakwah kepada masyarakat.
“Dalam hal ini, saya mengajak semua lapisan rakyat mencontohi sikap keterbukaan dan pendakwah sejati yang ditonjolkan oleh Mursyidul Am PAS, YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang melawat Pengerusi DAP, Karpal Singh serta Bishop Pulau Pinang, Sebastian Francis beberapa minggu yang lepas,” katanya.
Jelasnya, lawatan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi mesej yang jelas bahawa PAS adalah parti yang mengajak kepada perpaduan disamping berdakwah kepada segenap masyarakat.
Beliau menambah, ruang berkempen adalah peluang keemasan buat petugas PAS bertemu dengan segenap masyarakat bagi menyampaikan risalah Islam.
Justeru, ujarnya DPPM yakin ramai lagi masyarakat yang tidak mengenali Islam dan PAS secara dekat dan betul kerana dipesongkan oleh propaganda yang memburukkan PAS di mata mereka.
Katanya, petugas PAS harus menghulurkan salam, bertegur sapa, memberi risalah serta melemparkan senyuman kepada masyarakat.
“Mudah-mudahan dengan akhlak dan peribadi tinggi yang ditonjolkan ini akan dapat menarik mereka kepada PAS dan seteru
KUALA LUMPUR: PAS mensasarkan paling kurang sejuta sukarelawan bagi membantu parti itu dan Pakatan Rakyat agar berjaya menawan Putrajaya dalam PRU13 nanti.
Keahlian sukarelawan itu terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk sama-sama menyumbang tenaga dalam membantu PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya itu nanti.
Menurut Pengarah Sukarelawan PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi tawaran itu terbuka kepada rakyat Malaysia yang berminat termasuklah yang tinggal di luar negara.
"Keahlian terbuka kepada semua kaum, semua bangsa dan agama termasuk di Sabah dan Sarawak, pendaftaran adalah percuma dan boleh dibuat secara 'on-line'," katanya kepada Harakahdaily.
Mereka yang berminat boleh mendaftar secara on-line di laman web rasmi PAS iaitu www.pas.org.my/ dan boleh memilih bidang yang bersesuaian.
Antara bidang yang disenaraikan termasuklah kebajikan, keselamatan, pemantau, penerangan, perayu undi, tampal poster serta teknologi maklumat.
Pendaftaran Sukarelawan PRU13 telah dilancarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam program Himpunan Perdana Ummah Menyokong PAS di sebuah hotel di Ampang, Ahad lalu. (Foto atas oleh Nasir Sudin)
snya menghayati Islam sepenuhnya seperti yang dihasratkan PAS selama ini,” katanya lagi.
LABUAN:
Mahkamah Tinggi Labuan hari ini memberi kebenaran semakan kehakiman
oleh mantan guru agama Jabatan Agama Islam Wilayah Labuan (Jawi) yang
dipecat oleh Jawi pada 1 disember 2012 yang lalu.
(Hanipa bergambar kenangan dengan Qutrun Nada dan penyokong PAS di Labuan)
Pada pendengaran permohonan kebenaran semakan kehakiman di hadapan Tuan Hakim P. Ravinthran pagi ini, Hakim menolak bantahan yang dikemukakan oleh pihak Peguam Negara.
Hakim sekaligus membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh guru tersebut iaitu Cik Qutrun Nada binti Mohd Lutfi diteruskan ke atas JAWI.
Dalam bantahan yang dikemukakan oleh Peguam Negara, mereka berhujah bahawa guru tersebut tidak boleh memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan pemecatan beliau atas alasan perkara tersebut adalah di bawah budibicara JAWI berdasarkan kontrak pelantikan beliau dengan JAWI.
Peguam Negara berhujah isu pemecatan tersebut adalah melibatkan perkara-perkara yang tidak boleh diadili oleh Mahkamah (non justiciable issues).
Peguam guru tersebut, Mohamed Hanipa Maidin pula berhujah meskipun pelantikan guru tersebut adalah berasaskan kontrak namun berdasarkan terma terma kontrak tersebut adalah jelas pemecatan beliau hanya boleh dibuat jika ianya melibatkan kepentingan perkhidmatan.
Hanipa berhujjah, tiada sebarang alasan dikemukakan oleh JAWI semasa memecat guru tersebut jadi bagaimanakah pemecatan itu dikatakan atas kepentingan perkhidmatan.
Hanipa juga berhujah dalam kes semakan kehakiman, mahkamah mempunyai kuasa memeriksa sama ada proses membuat keputusan yang dibuat oleh JAWI adalah adil dan munasabah maka kes pemecatan itu dalam bidangkuasa mahkamah.
Kes pemecatan Qutrun Nada sebelum ini mendapat liputan meluas khususnya di media di Labuan kerana Qutrun mendakwa pemecatan beliau dilakukan selepas beliau sebelum itu menerima panggilan telepon dari Senator Umno iaitu Datuk Yunus bin Kurus yang tidak berpuashati dengan penglibatan Qutrun dengan Pakatan Rakyat.
Sebaliknya dalam perbualan telepon yang berlaku pada 9 Oktober 2012 Senator Umno menyatakan jika Qutrun menyokong Umno itu dibenarkan atas alasan Umno memerintah negara ini.
Pada 11 Oktober 2012 Senator tersebut telah melalui ejennya menghantar borang Umno kepada Qutrun di sekolah beliau mengajar.
Pada 24 Oktober 2012 Qutrun menerima surat pemecatan beliau tanpa sebarang alasan diberikan.
Pada 24 Disember 2012 Qutrun telah melalui peguam Mohamed Hanipa & Associates memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Labuan bagi mendapatkan perintah deklarasi bahawa keputusan pemecatan beliau adalah tidak sah dan terbatal.
Beliau juga memohon perintah certiorari bagi membatalkan keputusan tersebut, perintah mandamus bagi memaksa JAWI menerima semula beliau sebagai guru dan membayar segala gaji dan elaun yang tertunggak, perintah gantirugi dan kos.
Pada pendengaran pagi ini Qutrun diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin manakala pihak peguam Negara diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan iaitu Tuan Rahazlan bin Mohd Effendi.
YDP PAS Labuan Encik Hamir dan beberapa pimpinan dan penyokong PAS Labuan termasuk pemimpin DHPP dan peguam DAP, Jeremy Wong juga hadir di Mahkamah memberi sokongan moral ke atas Qutrun.
MARANG: Hampir 90 pelajar lelaki Ma’ahad Darul Quran (MDQ) Rusila, Marang kehilangan tempat tinggal, pakaian serta buku pengajian sekolah apabila sebuah bangunan asramanya hangus terbakar.
Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 9.40 pagi ketika semua penghuni asrama di blok B tersebut berada di kelas pengajian masing-masing.
Harakahdaily dimaklumkan, kesemua pelajar asrama berkenaan tinggal sehelai sepinggang kerana api terlalu marak sehingga gagal menyelamatkan harta bendanya.
(Api yang marak memusnahkan sama sekali salah sebuah asrama pelajar MDQ)
Pengerusi Dana Pembangunan MDQ, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata bangunan asrama lelaki tersebut berusia lebih 28 tahun sejak sekolah MDQ ditubuhkan.
Katanya, asrama yang terbakar itu menempatkan pelajar-pelajar lelaki tingkatan dua dan tiga dari Terengganu, Pahang dan Kuala Lumpur.
“Ini bangunan kayu yang dijadikan asrama pelajar lelaki sejak lebih 28 tahun lalu apabila sekolah (MDQ) ditubuhkan di Rusila ini. Semua pelajarnya, tinggal sehelai sepinggang dan kehilangan tempat tinggal, pakaian, buku-buku sekolah dan harta benda yang tidak dapat diselamatkan,” ujarnya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.
Menurutnya, api terlalu marak dengan tiup angin yang kuat menyukarkan kerja-kerja memadam kebakaran tersebut.
Seorang penghuni asrama, Mohd Afifuddin Awang Luding, 16, mula menyedari kebakaran asramanya ketika keluar ke kantin asrama.
Namun, katanya usaha para pelajar dan orang kampung untuk memadam kebakaran tersebut tidak berjaya kerana api besar dan angin kencang.
“Saya dan semua rakan-rakan kini tinggal sehelai sepinggang, pakaian hilang, buku-buku dan harta benda lain habis hangus terbakar.
“Ini (kebakaran) sudah ditakdirkan dan kami redha dengan ujian dan musibah yang tentu ada hikmah Allah SWT,” ujarnya.
Menurutnya, perasaan sedih dan sayu turut menyelubungi hati kerana sayang kepada asrama dan sekolah MDQ.
Manakala, Mudir MDQ, Ustaz Yasin Salleh menyifatkan kebakaran asrama tersebut suatu ujian yang mempunyai hikmat tertentu.
Katanya, mungkin selepas ini akan datang sumbangan orang ramai bagi membolehkan pihak pengurusan sekolah menyiapkan satu blok asrama lelaki yang masih dalam pembinaan.
“Saya merayu dan memohon para dermawan, tokoh korporat dan orang ramai yang simpati dengan pusat pengajian Islam (MDQ) ini untuk membantu kami menyiapkan sebuah lagi blok asrama untuk pelajar lelaki,” ujarnya.
Menurutnya, sumbangan orang ramai boleh diteruskan melalui akaun di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atas nama Ma’ahad Darul Quran A/C: 13017010011956 atau hubungi 019-985 4348 (mudir).
Pada kejadian tersebut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar atas) bersama-sama para pelajarnya dan penduduk kampung berusaha memadamkan kebakaran tersebut dengan air sebelum Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba.
KANGAR: Bendera Umno dan Barisan Nasional dikesan telah dipasang pada pagar dewan tempat pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 di dua lokasi di Perlis hari ini.
Kedua-dua tempat yang dimaksudkan iaitu di Dewan 1Malaysia, Simpang Empat dan Dewan Serbaguna Seri Melati, Beseri di mana pengagihan BR1M 2.0 dibuat bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Simpang Empat dan Santan.
Tinjauan Harakahdaily juga mendapati terdapat sepanduk Undilah Barisan Nasional turut dipasang pada pagar Dewan 1Malaysia, Simpang Empat.
Shaharul seorang yang suka berkata-kata mengenai orang lain, di belakang orang itu.
Perkara yang ditumpukannya selalunya negatif.
Satu hari, beliau bertemu dengan Ustaz Kassim di sebuah warong.
Sebaik sahaja duduk, Shaharul mula berkata-kata mengenai jirannya, bosnya, isterinya dan juga sahabat-sahabatnya.
Ketika merungut dan bercakap buruk mengenai bosnya, Shaharul akan mempamirkan sikap geramnya… semakin dicerita bagaimana bosnya tidak adil, semakin jelas kegeraman pada nada Shaharul.
Ustaz Kassim yang memerhatikan gelagat Shaharul bertanya:
“Apakah anta berasa gembira bila berkata buruk mengenai bos anta?” tanya Ustaz Kassim.
“Makin geram makin marah adalah – tapi boleh lepas geram,” kata Shaharul.
“Lepas geram, maksudnya lepas ini, tak berkata lagi mengenai bos anta?” tanya Ustaz Kassim.
“Tak… mengapa ustaz?” tanya Shaharul.
“Anta tengah meracun diri sendiri, tapi anta tak sedar,” kata Ustaz Kassim.
Shaharul terdiam. “Aku tengah meracun sendiri?” bisik dia di hati. “Bagaimana tu ustaz?”
“Selain bernafas tanpa sedar, tahukah anta bahawa ada lagi satu aktiviti badan yang kita lakukan tanpa sedar tetapi kita merasainya,” tanya Ustaz Kassim.
Shaharul menggelengkan kepala.
“Iaitu menelan air liur. Tapi pernahkah terfikir, apakah fungsi air liur yang dicipta Allah selain yang kita pelajari untuk menghadamkan makanan?” tanya Ustaz Kassim lagi.
Shaharul berfikir sejenak… “Payah betul soalan ustaz. Mohon pencerahan.”
“Air liur adalah salah satu makhluk Allah yang sentiasa keluar dari rongga tanpa disedari oleh manusia. Ia terdiri dari pelbagai bentuk molekul yang akan berubah sebagaimana air lain. Bilamana kebaikan yang diterima, didengar, dilihat, dibaca atau disentuh, maka molekul air akan berubah membentuk nilai yang baik, demikian sebaliknya.
"Maka setiap orang sebenarnya membentuk perlakuan berdasarkan air liur yang ditelannya,” terang Ustaz Kassim.
“Jadi maksudnya….?” Kata Shaharul yang semakin berminat.
“Sedarkah kita bahawa apabila kita melihat benda lazat, kita menelan air liur, apabila kita bercakap kita menelan air liur, apabila kita mendengar sesuatu dengan khusyuk, kita menelan air liur, ketika kita mengumpat, kita menelan air liur dan pelbagai aktiviti lain, termasuk ketika anta (yang membaca) mendengar penjelasan ana ini? Dah berapa kali telan air liur sejak ana mula bercakap?” tanya Ustaz Kassim.
“Tak perasan pula. Rasanya banyak. Masa ustaz cakap, air liur terasa banyak terhasil… hmmm… mengapa ya?” tanya Shaharul lagi.
“Mengapakah Allah membuatkan manusia sedemikian? Apa fungsi air liur sebenarnya?
Ungkapan bahawa 'air liur penjaga kehidupan manusia' sememangnya ada asas. Apabila kita makan, air liurlah menjadi benteng pertama badan manusia.
"Apabila kita membaca al-Quran, bercakap benda baik, melihat benda baik, mendengar benda yang baik dan melakukan benda yang baik - air liur berubah menjadi bentuk yang baik, dan apabila ditelan tanpa disedari, nescaya perasaan dan emosi kita terus berubah menjadi riang, yakin dan seronok.
"Renungkanlah mengapa apabila kita melakukan kebaikan, badan kita berasa riang dan seronok? Bagaimana pula ketika kita melakukan dosa? Adakah kita berasa seronok selepas itu atau gusar?
"Ramai yang tidak sedar, bahawa air liur yang ditelan secara tidak sedar tersebut juga mempunyai peranan yang penting untuk menentukan emosi dan pemikiran kita,” terang Ustaz Kassim.
Shaharul terpegun… “Jadi maksudnya kalau kita berkata tidak baik, maka emosi kita tak akan baik?” tanya beliau.
“Ya. Setiap kali kita mengumpat, kita akan melahirkan rasa yang lebih buruk sangka pada seseorang. Bukan sahaja orang yang mengumpat, tapi orang yang mendengar umpatan tersebut pun terkena. Ini kerana semasa mengumpat, molekul air liur kita berubah bentuk ke nilai yang tak baik, dan makin kita mengumpat, makin banyak air liur jenis ini ditelan.
"Begitu juga, dengan orang yang mendengar. Makin mendengar, makin khusyuk pada umpatan, makin banyak air liur jenis yang tidak baik terhasil, dan ditelan tanpa disedari. Sekiranya orang yang mendengar menyampuk dan sertai sama perbualan tersebut, maka lebih teruklah air liur yang ditelannya.
"Akhirnya, orang yang mengumpat telah menyebarkan racun buruk sangka pada seseorang kepada orang lain kerana air liur yang ditelan tersebut,” tambah Ustaz Kassim lagi.
“Jadi sebab itu, ustaz hentikan perbualan ana tadi? Ustaz biarkan ana bercakap tanpa menyampuk?” tanya Shaharul.
“(Gelak dan senyum)… ya tak ya… petuanya mudah kalau tak nak kena air liur beracun - jauhilah mengumpat, dan jauhilah orang yang mengumpat. Perisai untuk menjauhi mengumpat, ialah dengan senyuman dan jangan sampuk perbualan orang yang sedang mengumpat,” kata Ustaz Kassim.
“Hebat ustaz… mana ustaz dapat teori ini?” tanya Shaharul…
“Buku Senyumlah tulisan seorang sahabat karib,” jawab Ustaz Kassim.
Senyum.
KUALA LUMPUR:
Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menyeru jentera muslimat menggunakan
sepenuh kebijaksanaan mereka bagi menarik undi pengundi wanita atas
pagar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Timbalan Ketua DMPP, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, jentera muslimat sudah dibekalkan dengan ilmu-ilmu pilihan raya dan inilah masanya mereka membuat pecutan terakhir dengan turun ke sasaran.
"Sasaran muslimat sekarang mendekati pengundi wanita atas pagar dan penyokong Umno BN. Jentara penerangan muslimat sudah bersedia dengan bahan kempen tinggal bagaimana kita mahu memastikan maklumat itu sampai kepada golongan ats pagar.
"Apa yang kita nak, ialah bagitahu apa yang kita tawarkan sebab kita dah buat kajian dan kita dah tahu apa yang wanita nak. Jadi semua tawaran kita itu sudah ada cuma tinggal kebijaksanaan kita berkempen dari rumah ke rumah dan padankan tawaran dengan sasaran," kata beliau kepada Harakahdaily.
Ahli Parlimen Kota Raja itu juga berkata, DMPP bersama Wanita Pakatan Rakyat sudah menyediakan tawaran-tawaran khusus kepada wanita di Malaysia dan akan menyebarkan tawaran-tawaran itu.
Justeru katanya, jentera hanya perlu menggunakan teknik menerang tanpa perlu menyerang pihak lawan.
"Kita dah kategorikan muslimat ataupun pengundi wanita kepada beberapa kumpulan dan kita akan bawa tawaran-tawaran yang ada dalam buku jingga, agenda wanita berkebajikan, dokumen negara berkebajikan.
"Kita pakejkan semua jadi kita nak mendekati wanita sewaktu berkempen kepada mereka. Tak ada lagi guna pendekatan menyerang dan menceritakan keburukan pihak lawan," katanya lagi.
Tujuh agenda Wanita Pakatan ialah:
1. Dasar pendidikan yang "celik dan cerdik" terhadap wanita dengan menerapkan Falsafah Hormat Wanita dan peka gender dalam agenda pendidikan negara.
2. Memberi perhatian khusus kepada kelangsungan kesihatan dan hidup berkualiti kepada wanita.
3. Merangka program, menyelaras, menggalak dan membuka peluang dengan penglibatan wanita bidang ekonomi.
4. Merangka dan mengenalpasti agenda yang mementingkan kesejateraan sosial dan keselamatan di kalangan wanita.
5. Menyusun dan menyebarluas program pendemokrasian dan pendidikan politik di kalangan wanita secara berimbang di seluruh negara.
6. Melakukan pemberdayaan dan penguatkuasaan undang-undang serta penambaikan terhadap akta dan dasar yang tertumpu antaranya kepada jenayah keganasan, gangguan seksual, keganasan rumah tangga, diskriminasi dan pemerdagangan wanita.
7. Memberdaya golongan Wanita Muda yang berumur 18 hingga 35 tahun dari aspek pengukuhan jati diri, pemantapan keluarga, pemberdayaan ekonomi mandiri dan keseimbangan kerjaya.
“Buktinya semakin ramai yang mahu mendekati PAS termasuk kalangan tokoh-tokoh masyarakat, negawaran, sasterawan, cendikiawan, ahli-ahli korporat, selebriti, bekas pegawai tinggi kerajaan dan lain-lain,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor dalam satu kenyataan.
Bahkan, katanya PAS berjaya menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang keanggotaannya adalah dari kalangan bukan Islam.
Malangnya, kata beliau bagi golongan yang melontarkan tohmahan terhadap PAS tidak pula menjalankan kerja yang sama iaitu berdakwah kepada masyarakat supaya kenal Islam secara keseluruhannya.
Justeru, tambahnya dalam mendepani pilihanraya umum ke 13, DPPM menyeru supaya petugas PAS tidak melupakan tugasan penting iaitu sebagai juru dakwah kepada masyarakat.
“Dalam hal ini, saya mengajak semua lapisan rakyat mencontohi sikap keterbukaan dan pendakwah sejati yang ditonjolkan oleh Mursyidul Am PAS, YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang melawat Pengerusi DAP, Karpal Singh serta Bishop Pulau Pinang, Sebastian Francis beberapa minggu yang lepas,” katanya.
Jelasnya, lawatan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi mesej yang jelas bahawa PAS adalah parti yang mengajak kepada perpaduan disamping berdakwah kepada segenap masyarakat.
Beliau menambah, ruang berkempen adalah peluang keemasan buat petugas PAS bertemu dengan segenap masyarakat bagi menyampaikan risalah Islam.
Justeru, ujarnya DPPM yakin ramai lagi masyarakat yang tidak mengenali Islam dan PAS secara dekat dan betul kerana dipesongkan oleh propaganda yang memburukkan PAS di mata mereka.
Katanya, petugas PAS harus menghulurkan salam, bertegur sapa, memberi risalah serta melemparkan senyuman kepada masyarakat.
“Mudah-mudahan dengan akhlak dan peribadi tinggi yang ditonjolkan ini akan dapat menarik mereka kepada PAS dan seteru
PAS sasar sejuta sukarelawan hadapi PRU13
Salmiyah Harun, | 05 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS mensasarkan paling kurang sejuta sukarelawan bagi membantu parti itu dan Pakatan Rakyat agar berjaya menawan Putrajaya dalam PRU13 nanti.
Keahlian sukarelawan itu terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk sama-sama menyumbang tenaga dalam membantu PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya itu nanti.
Menurut Pengarah Sukarelawan PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi tawaran itu terbuka kepada rakyat Malaysia yang berminat termasuklah yang tinggal di luar negara.
"Keahlian terbuka kepada semua kaum, semua bangsa dan agama termasuk di Sabah dan Sarawak, pendaftaran adalah percuma dan boleh dibuat secara 'on-line'," katanya kepada Harakahdaily.
Mereka yang berminat boleh mendaftar secara on-line di laman web rasmi PAS iaitu www.pas.org.my/ dan boleh memilih bidang yang bersesuaian.
Antara bidang yang disenaraikan termasuklah kebajikan, keselamatan, pemantau, penerangan, perayu undi, tampal poster serta teknologi maklumat.
Pendaftaran Sukarelawan PRU13 telah dilancarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam program Himpunan Perdana Ummah Menyokong PAS di sebuah hotel di Ampang, Ahad lalu. (Foto atas oleh Nasir Sudin)
snya menghayati Islam sepenuhnya seperti yang dihasratkan PAS selama ini,” katanya lagi.
Mahkamah benarkan semakan kehakiman atas Jawi
Harakahdaily, | 05 Feb 2013 |
(Hanipa bergambar kenangan dengan Qutrun Nada dan penyokong PAS di Labuan)
Pada pendengaran permohonan kebenaran semakan kehakiman di hadapan Tuan Hakim P. Ravinthran pagi ini, Hakim menolak bantahan yang dikemukakan oleh pihak Peguam Negara.
Hakim sekaligus membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh guru tersebut iaitu Cik Qutrun Nada binti Mohd Lutfi diteruskan ke atas JAWI.
Dalam bantahan yang dikemukakan oleh Peguam Negara, mereka berhujah bahawa guru tersebut tidak boleh memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan pemecatan beliau atas alasan perkara tersebut adalah di bawah budibicara JAWI berdasarkan kontrak pelantikan beliau dengan JAWI.
Peguam Negara berhujah isu pemecatan tersebut adalah melibatkan perkara-perkara yang tidak boleh diadili oleh Mahkamah (non justiciable issues).
Peguam guru tersebut, Mohamed Hanipa Maidin pula berhujah meskipun pelantikan guru tersebut adalah berasaskan kontrak namun berdasarkan terma terma kontrak tersebut adalah jelas pemecatan beliau hanya boleh dibuat jika ianya melibatkan kepentingan perkhidmatan.
Hanipa berhujjah, tiada sebarang alasan dikemukakan oleh JAWI semasa memecat guru tersebut jadi bagaimanakah pemecatan itu dikatakan atas kepentingan perkhidmatan.
Hanipa juga berhujah dalam kes semakan kehakiman, mahkamah mempunyai kuasa memeriksa sama ada proses membuat keputusan yang dibuat oleh JAWI adalah adil dan munasabah maka kes pemecatan itu dalam bidangkuasa mahkamah.
Kes pemecatan Qutrun Nada sebelum ini mendapat liputan meluas khususnya di media di Labuan kerana Qutrun mendakwa pemecatan beliau dilakukan selepas beliau sebelum itu menerima panggilan telepon dari Senator Umno iaitu Datuk Yunus bin Kurus yang tidak berpuashati dengan penglibatan Qutrun dengan Pakatan Rakyat.
Sebaliknya dalam perbualan telepon yang berlaku pada 9 Oktober 2012 Senator Umno menyatakan jika Qutrun menyokong Umno itu dibenarkan atas alasan Umno memerintah negara ini.
Pada 11 Oktober 2012 Senator tersebut telah melalui ejennya menghantar borang Umno kepada Qutrun di sekolah beliau mengajar.
Pada 24 Oktober 2012 Qutrun menerima surat pemecatan beliau tanpa sebarang alasan diberikan.
Pada 24 Disember 2012 Qutrun telah melalui peguam Mohamed Hanipa & Associates memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Labuan bagi mendapatkan perintah deklarasi bahawa keputusan pemecatan beliau adalah tidak sah dan terbatal.
Beliau juga memohon perintah certiorari bagi membatalkan keputusan tersebut, perintah mandamus bagi memaksa JAWI menerima semula beliau sebagai guru dan membayar segala gaji dan elaun yang tertunggak, perintah gantirugi dan kos.
Pada pendengaran pagi ini Qutrun diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin manakala pihak peguam Negara diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan iaitu Tuan Rahazlan bin Mohd Effendi.
YDP PAS Labuan Encik Hamir dan beberapa pimpinan dan penyokong PAS Labuan termasuk pemimpin DHPP dan peguam DAP, Jeremy Wong juga hadir di Mahkamah memberi sokongan moral ke atas Qutrun.
Asrama Darul Quran Rusila terbakar, 90 pelajar terjejas
Khairul Azlam Mohamad, | 05 Feb 2013 |
MARANG: Hampir 90 pelajar lelaki Ma’ahad Darul Quran (MDQ) Rusila, Marang kehilangan tempat tinggal, pakaian serta buku pengajian sekolah apabila sebuah bangunan asramanya hangus terbakar.
Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 9.40 pagi ketika semua penghuni asrama di blok B tersebut berada di kelas pengajian masing-masing.
Harakahdaily dimaklumkan, kesemua pelajar asrama berkenaan tinggal sehelai sepinggang kerana api terlalu marak sehingga gagal menyelamatkan harta bendanya.
(Api yang marak memusnahkan sama sekali salah sebuah asrama pelajar MDQ)
Pengerusi Dana Pembangunan MDQ, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata bangunan asrama lelaki tersebut berusia lebih 28 tahun sejak sekolah MDQ ditubuhkan.
Katanya, asrama yang terbakar itu menempatkan pelajar-pelajar lelaki tingkatan dua dan tiga dari Terengganu, Pahang dan Kuala Lumpur.
“Ini bangunan kayu yang dijadikan asrama pelajar lelaki sejak lebih 28 tahun lalu apabila sekolah (MDQ) ditubuhkan di Rusila ini. Semua pelajarnya, tinggal sehelai sepinggang dan kehilangan tempat tinggal, pakaian, buku-buku sekolah dan harta benda yang tidak dapat diselamatkan,” ujarnya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.
Menurutnya, api terlalu marak dengan tiup angin yang kuat menyukarkan kerja-kerja memadam kebakaran tersebut.
Seorang penghuni asrama, Mohd Afifuddin Awang Luding, 16, mula menyedari kebakaran asramanya ketika keluar ke kantin asrama.
Namun, katanya usaha para pelajar dan orang kampung untuk memadam kebakaran tersebut tidak berjaya kerana api besar dan angin kencang.
“Saya dan semua rakan-rakan kini tinggal sehelai sepinggang, pakaian hilang, buku-buku dan harta benda lain habis hangus terbakar.
“Ini (kebakaran) sudah ditakdirkan dan kami redha dengan ujian dan musibah yang tentu ada hikmah Allah SWT,” ujarnya.
Menurutnya, perasaan sedih dan sayu turut menyelubungi hati kerana sayang kepada asrama dan sekolah MDQ.
Manakala, Mudir MDQ, Ustaz Yasin Salleh menyifatkan kebakaran asrama tersebut suatu ujian yang mempunyai hikmat tertentu.
Katanya, mungkin selepas ini akan datang sumbangan orang ramai bagi membolehkan pihak pengurusan sekolah menyiapkan satu blok asrama lelaki yang masih dalam pembinaan.
“Saya merayu dan memohon para dermawan, tokoh korporat dan orang ramai yang simpati dengan pusat pengajian Islam (MDQ) ini untuk membantu kami menyiapkan sebuah lagi blok asrama untuk pelajar lelaki,” ujarnya.
Menurutnya, sumbangan orang ramai boleh diteruskan melalui akaun di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atas nama Ma’ahad Darul Quran A/C: 13017010011956 atau hubungi 019-985 4348 (mudir).
Pada kejadian tersebut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar atas) bersama-sama para pelajarnya dan penduduk kampung berusaha memadamkan kebakaran tersebut dengan air sebelum Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba.
Bendera Umno BN di tempat agihan BR1M
Bashir Ishak, | 05 Feb 2013 |
KANGAR: Bendera Umno dan Barisan Nasional dikesan telah dipasang pada pagar dewan tempat pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 di dua lokasi di Perlis hari ini.
Kedua-dua tempat yang dimaksudkan iaitu di Dewan 1Malaysia, Simpang Empat dan Dewan Serbaguna Seri Melati, Beseri di mana pengagihan BR1M 2.0 dibuat bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Simpang Empat dan Santan.
Tinjauan Harakahdaily juga mendapati terdapat sepanduk Undilah Barisan Nasional turut dipasang pada pagar Dewan 1Malaysia, Simpang Empat.
Alkisah seorang pakar mengumpat…
-, | 05 Feb 2013 |
Shaharul seorang yang suka berkata-kata mengenai orang lain, di belakang orang itu.
Perkara yang ditumpukannya selalunya negatif.
Satu hari, beliau bertemu dengan Ustaz Kassim di sebuah warong.
Sebaik sahaja duduk, Shaharul mula berkata-kata mengenai jirannya, bosnya, isterinya dan juga sahabat-sahabatnya.
Ketika merungut dan bercakap buruk mengenai bosnya, Shaharul akan mempamirkan sikap geramnya… semakin dicerita bagaimana bosnya tidak adil, semakin jelas kegeraman pada nada Shaharul.
Ustaz Kassim yang memerhatikan gelagat Shaharul bertanya:
“Apakah anta berasa gembira bila berkata buruk mengenai bos anta?” tanya Ustaz Kassim.
“Makin geram makin marah adalah – tapi boleh lepas geram,” kata Shaharul.
“Lepas geram, maksudnya lepas ini, tak berkata lagi mengenai bos anta?” tanya Ustaz Kassim.
“Tak… mengapa ustaz?” tanya Shaharul.
“Anta tengah meracun diri sendiri, tapi anta tak sedar,” kata Ustaz Kassim.
Shaharul terdiam. “Aku tengah meracun sendiri?” bisik dia di hati. “Bagaimana tu ustaz?”
“Selain bernafas tanpa sedar, tahukah anta bahawa ada lagi satu aktiviti badan yang kita lakukan tanpa sedar tetapi kita merasainya,” tanya Ustaz Kassim.
Shaharul menggelengkan kepala.
“Iaitu menelan air liur. Tapi pernahkah terfikir, apakah fungsi air liur yang dicipta Allah selain yang kita pelajari untuk menghadamkan makanan?” tanya Ustaz Kassim lagi.
Shaharul berfikir sejenak… “Payah betul soalan ustaz. Mohon pencerahan.”
“Air liur adalah salah satu makhluk Allah yang sentiasa keluar dari rongga tanpa disedari oleh manusia. Ia terdiri dari pelbagai bentuk molekul yang akan berubah sebagaimana air lain. Bilamana kebaikan yang diterima, didengar, dilihat, dibaca atau disentuh, maka molekul air akan berubah membentuk nilai yang baik, demikian sebaliknya.
"Maka setiap orang sebenarnya membentuk perlakuan berdasarkan air liur yang ditelannya,” terang Ustaz Kassim.
“Jadi maksudnya….?” Kata Shaharul yang semakin berminat.
“Sedarkah kita bahawa apabila kita melihat benda lazat, kita menelan air liur, apabila kita bercakap kita menelan air liur, apabila kita mendengar sesuatu dengan khusyuk, kita menelan air liur, ketika kita mengumpat, kita menelan air liur dan pelbagai aktiviti lain, termasuk ketika anta (yang membaca) mendengar penjelasan ana ini? Dah berapa kali telan air liur sejak ana mula bercakap?” tanya Ustaz Kassim.
“Tak perasan pula. Rasanya banyak. Masa ustaz cakap, air liur terasa banyak terhasil… hmmm… mengapa ya?” tanya Shaharul lagi.
“Mengapakah Allah membuatkan manusia sedemikian? Apa fungsi air liur sebenarnya?
Ungkapan bahawa 'air liur penjaga kehidupan manusia' sememangnya ada asas. Apabila kita makan, air liurlah menjadi benteng pertama badan manusia.
"Apabila kita membaca al-Quran, bercakap benda baik, melihat benda baik, mendengar benda yang baik dan melakukan benda yang baik - air liur berubah menjadi bentuk yang baik, dan apabila ditelan tanpa disedari, nescaya perasaan dan emosi kita terus berubah menjadi riang, yakin dan seronok.
"Renungkanlah mengapa apabila kita melakukan kebaikan, badan kita berasa riang dan seronok? Bagaimana pula ketika kita melakukan dosa? Adakah kita berasa seronok selepas itu atau gusar?
"Ramai yang tidak sedar, bahawa air liur yang ditelan secara tidak sedar tersebut juga mempunyai peranan yang penting untuk menentukan emosi dan pemikiran kita,” terang Ustaz Kassim.
Shaharul terpegun… “Jadi maksudnya kalau kita berkata tidak baik, maka emosi kita tak akan baik?” tanya beliau.
“Ya. Setiap kali kita mengumpat, kita akan melahirkan rasa yang lebih buruk sangka pada seseorang. Bukan sahaja orang yang mengumpat, tapi orang yang mendengar umpatan tersebut pun terkena. Ini kerana semasa mengumpat, molekul air liur kita berubah bentuk ke nilai yang tak baik, dan makin kita mengumpat, makin banyak air liur jenis ini ditelan.
"Begitu juga, dengan orang yang mendengar. Makin mendengar, makin khusyuk pada umpatan, makin banyak air liur jenis yang tidak baik terhasil, dan ditelan tanpa disedari. Sekiranya orang yang mendengar menyampuk dan sertai sama perbualan tersebut, maka lebih teruklah air liur yang ditelannya.
"Akhirnya, orang yang mengumpat telah menyebarkan racun buruk sangka pada seseorang kepada orang lain kerana air liur yang ditelan tersebut,” tambah Ustaz Kassim lagi.
“Jadi sebab itu, ustaz hentikan perbualan ana tadi? Ustaz biarkan ana bercakap tanpa menyampuk?” tanya Shaharul.
“(Gelak dan senyum)… ya tak ya… petuanya mudah kalau tak nak kena air liur beracun - jauhilah mengumpat, dan jauhilah orang yang mengumpat. Perisai untuk menjauhi mengumpat, ialah dengan senyuman dan jangan sampuk perbualan orang yang sedang mengumpat,” kata Ustaz Kassim.
“Hebat ustaz… mana ustaz dapat teori ini?” tanya Shaharul…
“Buku Senyumlah tulisan seorang sahabat karib,” jawab Ustaz Kassim.
Senyum.
PRU13: Guna kebijaksanaan ketika berkempen
Hazayani Zakaria, | 05 Feb 2013 |
Timbalan Ketua DMPP, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, jentera muslimat sudah dibekalkan dengan ilmu-ilmu pilihan raya dan inilah masanya mereka membuat pecutan terakhir dengan turun ke sasaran.
"Sasaran muslimat sekarang mendekati pengundi wanita atas pagar dan penyokong Umno BN. Jentara penerangan muslimat sudah bersedia dengan bahan kempen tinggal bagaimana kita mahu memastikan maklumat itu sampai kepada golongan ats pagar.
"Apa yang kita nak, ialah bagitahu apa yang kita tawarkan sebab kita dah buat kajian dan kita dah tahu apa yang wanita nak. Jadi semua tawaran kita itu sudah ada cuma tinggal kebijaksanaan kita berkempen dari rumah ke rumah dan padankan tawaran dengan sasaran," kata beliau kepada Harakahdaily.
Ahli Parlimen Kota Raja itu juga berkata, DMPP bersama Wanita Pakatan Rakyat sudah menyediakan tawaran-tawaran khusus kepada wanita di Malaysia dan akan menyebarkan tawaran-tawaran itu.
Justeru katanya, jentera hanya perlu menggunakan teknik menerang tanpa perlu menyerang pihak lawan.
"Kita dah kategorikan muslimat ataupun pengundi wanita kepada beberapa kumpulan dan kita akan bawa tawaran-tawaran yang ada dalam buku jingga, agenda wanita berkebajikan, dokumen negara berkebajikan.
"Kita pakejkan semua jadi kita nak mendekati wanita sewaktu berkempen kepada mereka. Tak ada lagi guna pendekatan menyerang dan menceritakan keburukan pihak lawan," katanya lagi.
Tujuh agenda Wanita Pakatan ialah:
1. Dasar pendidikan yang "celik dan cerdik" terhadap wanita dengan menerapkan Falsafah Hormat Wanita dan peka gender dalam agenda pendidikan negara.
2. Memberi perhatian khusus kepada kelangsungan kesihatan dan hidup berkualiti kepada wanita.
3. Merangka program, menyelaras, menggalak dan membuka peluang dengan penglibatan wanita bidang ekonomi.
4. Merangka dan mengenalpasti agenda yang mementingkan kesejateraan sosial dan keselamatan di kalangan wanita.
5. Menyusun dan menyebarluas program pendemokrasian dan pendidikan politik di kalangan wanita secara berimbang di seluruh negara.
6. Melakukan pemberdayaan dan penguatkuasaan undang-undang serta penambaikan terhadap akta dan dasar yang tertumpu antaranya kepada jenayah keganasan, gangguan seksual, keganasan rumah tangga, diskriminasi dan pemerdagangan wanita.
7. Memberdaya golongan Wanita Muda yang berumur 18 hingga 35 tahun dari aspek pengukuhan jati diri, pemantapan keluarga, pemberdayaan ekonomi mandiri dan keseimbangan kerjaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan