Posted on Friday, February 22 @ 01:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Cinta adalah perkara yang tidak boleh dibuat-buat. Ia satu perasaan yang muncul dari lubuk sanubari. Ia lahir dalam jiwa dan diterjemahkan dalam tindakan. Apabila seseorang itu benar-benar kasihkan kita, maka tindakan dan sikapnya terhadap kita juga adalah lambang dan hasil dari keindahan cintanya. Sesiapa yang ada pasangan yang mencintainya, dia akan tahu keindahan hubungan yang dibina atas cinta. Lihat cara suami atau isteri anda melayan anda, maka anda dapat mengukur tahap cintanya kepada anda. Lagi dalam kasihnya, lagi indah hubungan dan sikapnya terhadap anda.
Justeru, hendaklah dibezakan antara kehendak seks antara pasangan dan cinta. Seks ada yang berteraskan nafsu semata dan ada yang merupakan gabungan antara cinta dan nafsu. Seseorang yang ghairah seksnya, bukan bererti dia penuh cinta. Namun, cinta yang mendalam membawa kepada hubungan seks yang indah. Ini boleh diibaratkan macam pemberian wang bantuan oleh sesebuah kerajaan kepada rakyat. Pemberian itu bukan semestinya menggambarkan cinta kerajaan kepada rakyat. Boleh jadi ia sekadar nafsu ingin berkuasa dan pemberian itu demi melangsaikan kehendak dirinya. Rakyat yang menerima bantuan juga bukan semestinya mencintai kerajaan yang memberi. Dia sudi menerima kerana merasakan itu haknya, ataupun dia memerlukannya tapi jiwanya mungkin menyumpah dan menyampah. Persis seperti hubungan antara suami isteri yang hidup dalam keadaan keterpaksaan tapi penuh kebencian.
Pelacur
Namun tidak boleh dinafikan betapa ramai yang tertipu lalu menganggap setiap hubungan seks itu tanda cinta sehingga gagal membezakan antara pelacur yang menanti upah dan isteri yang menanti pahala dan takutkan dosa. Demikian, ada rakyat dalam dunia ini yang menganggap setiap pemberian kerajaan itu tanda cinta kepada mereka sedangkan mereka lupa pemberian itu tidak dibina atas kejujuran cinta, sebaliknya atas upah sokongan dan undi.
Pun begitu, pelacur kadang-kala kurang buruk dari sesetengah kerajaan atas muka bumi ini kerana pelacur mengambil upah dari hasil dirinya. Sementara pemimpin dan kerajaan yang menipu mengambil wang negara dan rakyat yang dibahagikan semasa sendiri terlebih dahulu dan sedikit pemberian untuk rakyat sambil berlagak seolah wang tersebut dari poket peribadi mereka.
Adapun hubungan seks halal yang penuh cinta itu melahirkan kepuasan jasmani dan rohani. Tiada pemberontakan dan penuh kedamaian. Ia seperti sebuah kerajaan yang cintakan rakyat. Amanah terhadap pengurusan negara. Harta negara bukan habuan untuk isteri dan keluarga mengaut kekayaan yang gila-gila. Negara diuruskan dengan sebaiknya dengan penuh keikhlasan sehingga rakyat terasa kejujuran itu. Kejujuran itu menimbulkan rasa cinta rakyat kepada diri pemerintah. Pemerintah mengawal negara dari ancaman luaran dan juga dalaman. Ancaman musuh yang terang, dan juga orang sekelilingnya yang kadang-kala lebih memusnah kekayaan negara dibanding mereka yang digelar ‘musuh’.
Isteri dan Kroni
Betapa ramai pemerintah yang dibenci kerana tingkah laku isteri dan kroni. Inilah ancaman dalaman yang meragut peluang dan kesempatan sehingga kekayaan negara tertumpu dalam tangan mereka. Hanya pemerintah yang amanah dan cekap sahaja dapat menguruskan negara dari ancaman luaran dan dalaman ini. Hasilnya, kasih-sayang rakyat dan kesetiaan lahir dalam tindakan para pegawai kerajaan dan rakyat bawahan. Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) dalam kitabnya As-Siyasah asy-Syar’iyyah fi Islah ar-Ra’i wa ar-Ra’iyyah:
“Tidak boleh para pemerintah membahagikan harta negara mengikut nafsu mereka seperti mana seorang pemilik harta membahagikan harta miliknya. Sebaliknya, para pemerintah hanyalah pemegang amanah, wakil dan utusan. Mereka bukan pemilik harta. Ini seperti yang Nabi s.a.w sabda: “Aku –demi Allah- tidak boleh memberi (harta awam) ataupun menghalang seseorang. Aku hanya pembahagi yang meletakkannya di mana sahaja aku diperintahkan”. Ini diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.”Sambung Ibn Taimiyah lagi:
“Inilah rasul Tuhan semesta alam yang memberitahu bahawa dia tidak mempunyai hak menghalang dan memberi dengan kehendak dan pilihannya seperti mana seorang pemilik harta yang boleh berbelanja dengan hartanya, dan seperti raja-raja yang memberikan kepada sesiapa yang mereka suka. Sebaliknya dia (Rasulullah s.a.w) hanya seorang hamba Allah, membahagikannya mengikut arahan Allah. Dia meletakannya di mana yang Allah perintahkan”.
“Demikian apabila seseorang berkata kepada (Khalifah) ‘Umar bin al-Khattab: “Wahai Amir al-Mukminin! Andainya engkau tambah peruntukanmu dari harta Allah ta’ala (harta negara). Jawab ‘Umar: “Tahukah engkau apakah bandingan antara aku dan rakyat? Ia umpamanya satu kaum yang berada dalam satu perjalanan, lalu mereka menghimpunkan harta mereka kemudian mereka menyerahkannya kepada seseorang untuk membelanjakannya untuk mereka. Apakah halal untuk lelaki itu mengutamakan dirinya dengan menggunakan harta mereka?.”Lagi kata Ibn Taimiyyah:
“Pernah dibawa kepada ‘Umar bin al-Khattab r.a. harta yang banyak dari bahagian khumus (bahagian dari rampasan perang). Kata ‘Umar: “Sesungguhnya tentera telah menunaikan amanah”. Kata mereka yang hadir kepada ‘umar: “Sesungguhnya engkau telah menunaikan amanah kepada Allah ta’ala, maka mereka pun menunaikan amanah kepada engkau. Jika engkau mengambil harta negara sesuka hati, begitulah juga mereka akan lakukan” [m/s 51-52. Kuwait: Dar al-Arqam (1406H)]Teladan
Dari jawapan rakyat kepada Khalifah ‘Umar bin al-Khattab, kita dapat tahu bahawa antara punca utama rakyat bawahan tidak amanah, setia dan jujur kepada negara dan harta awam adalah disebabkan pemimpin yang tidak amanah. Jika pemimpin itu amanah, pasti rasa cinta dan setia kepada negara akan bersemarak dalam jiwa rakyat jelata. Justeru jangan hairan jika kita lihat rakyat di negara-negara maju rakyat mereka lebih sayangkan negara dibandingkan negara-negara umat Islam yang pengurusan kepimpinannya tidak jujur dan khianat. Hilang ataupun terhakisnya semangat patriotik dan setia kepada tanahair, sebahagiannya hasil dari tindak tanduk kegelojohan golongan atasan mengisi tembolok sendiri. Apabila golongan atasan memiliki kekayaan yang zahir pada diri, ‘isteri’ dan anak dengan kadar yang tidak masuk akal dan sangat luar biasa, maka rakyat kesusahan mula membenci para penguasa mereka. Sekalipun jika ada yang mendakwa kekayaan itu hasil menabung dari kecil, tetapi itu hanya ungkapan untuk memperbodohkan rakyat jelata.
Apabila datang musim maulid kita bercakap tentang Nabi s.a.w dan teladan dalam kepimpinan, namun dunia umat Islam masih terlalu jauh. Nama Nabi s.a.w hanya sekadar untuk modal politik menyedapkan bicara di hadapan rakyat. Di mana Nabi Muhammad s.a.w dan kepimpinan negara umat Islam kita?! Semasa peperangan Badar, tentera Islam mempunyai jumlah kenderaan yang begitu terhad. 70 ekor unta terpaksa dikongsi oleh tiga ratus beberapa belas orang tentera. Nabi s.a.w berkongsi dengan ‘Ali bin Abi Talib dan Abu Lubabah. Memandangkan kedudukan Nabi s.a.w dan mereka berdua lebih muda dari Nabi s.a.w maka mereka meminta agar Nabi s.a.w sahaja yang menggunakan unta tersebut. Namun, dengarlah jawapan Nabi s.a.w kepada mereka:
“Tidaklah kamu berdua lebih kuat daripadaku, dan tidak juga aku orang yang paling kurang memerlukan pahala dibanding kamu berdua” (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban dll. Hadis bertaraf hasan).Demikianlah pemimpin yang berkongsi perasaan dan keadaan rakyat. Maka dari situ suburlah cinta dan setia antara rakyat dan pemimpin. Teruruslah negara, hidupkan kedua pihak dalam keadaan cinta dan setia. Pemimpin bukan pelacur yang menjual diri untuk mendapat upah. Pemimpin tidak boleh menipukan rakyat dengan pemberian yang mengkaburkan untuk mendapatkan undi sedangkan kesemua itu tidak dibina atas cinta dan kejujuran terhadap negara.
Sumber: drmaza.com
Treler Jelajah Nnegara Berkebajikan Sudah Dilancarkan Dengan Rasminya....
Posted on Friday, February 22 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Blog pencacai-semalaysia
Dengan rasminya Treler Jelajah Negara Berkebajikan PAS sudah dilancarkan oleh Dato' Seri Presiden PAS, pagi ini di depan Bangunan Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur.
Sudah mula bergerak keutara sebagai misi pertama dan sulung untuk gempur dan kubur leburkan UMNO...
TAKBIR!!!!!.. ALLAHUAKHBAR!!!!
Sumber: pencacai-semalaysia.com
Pasar Besar Kedai Payang Akan Tenggelam; Ikon Warisan Akan Hilang
Posted on Friday, February 22 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh Wartawan Buletin
KUALA TERENGGANU – Tiada lagi Pasar Besar Kedai Payang dan ‘ikon’ Bandaraya Warisan Pesisir Pantai itu, akan hilang di’mamah’ pembangunan hotel berprestij bernilai RM400 juta.
Gabungan Anak Terengganu (GATE) menegaskan berulang kali bahawa bantahan mereka bukan menolak pembangunan untuk menaikkan taraf Pasar Besar Kedai Payang, bagi menyediakan kemudahan yang lebih baik kepada peniaga dan para pengunjung.
Namun sebaliknya, Pengerusi GATE Haji Ahmad Amzad Hashim berkata konsep baru yang diumumkan melalui media oleh kerajaan Umno-BN Terengganu lebih fokus kepada pembinaan hotel yang akan menenggelamkan peranan pasar payang sebagai warisan penting negeri Terengganu.
“kita tengok dari segi kemudahan asas, tandas, kebersihan, parking (tempat letak kereta) dan sebagainya, saya rasa kualiti ruang berniaga memang perlu diperbaiki......kita tak nafikan,
“tapi masalahnya sekarang ini jangan kita menggadaikan fungsi Pasar Besar Kedai Payang itu sendiri sebagai ikon bagi bandar (raya) kita,
“sebab pembangunan (baru) dengan kita letak bangunan duduk atas pasar itu, orang tak kenal dah pasar tu, orang akan Nampak bangunan.......jangan sampai (Pasar Besar Kedai Payang) tenggelam,”ujarnya. [Lihat Video]
Menurutnya konsep baru yang diumumkan lebih fokus kepada pembinaan hotel yang akan menenggelamkan peranan Pasar Besar Kedai Payang.
Katanya, tajuk berita di dada-dada akhbar juga sudah memberikan fokus kepada pembinaan hotel manakala Pasar Besar Kedai Payang hanya akan berada ditingkat bawah hotel.
“digambarkan (ia) sebagai tidak lebih dari (sebuah) pasaraya ‘aircond’ (berhawa dingin) yang biasa kita boleh lihat seperti di Mid Valley, The Mall dan seumpamanya.
“Ini bertentangan rancangan asal menaiktarafkan Pasar Besar Kedai Payang yang pernah dirancang terdahulu yang sepatutnya memperkasa peranan pasar itu sebagai warisan tradisi Terengganu (dan) sebagai pasar rakyat,”jelasnya.
Beliau mendakwa kegiatan perniagaan orang Melayu dan gelagat mereka yang menjual pelbagai keperluan yang diperlukan oleh rakyat adalah menjadi tarikan pelancongan antarabangsa.
Beliau mengambil contoh Pasar Besar Siti Khadijah di Kota Bharu yang cukup unik diperkatakan orang sehingga gambar-gambar peniaga di pasar tersebut tersebar ke merata dunia.
Oleh itu beliau sama sekali tidak menyokong rancangan kerajaan Umno-BN mahu memperkecilkan peranan Pasar Besar Kedai Payang dibayangi pembangunan bangunan hotel.
“Binalah hotel di tapak lain....... Kerajaan dah belanja ratusan juta tambak berpuluh hektar tanah, dah rampas bukan sedikit tanah orang Melayu dalam bandaraya Kuala Terengganu, bina lah di situ (diatas tanah yang dirampas),
“bila hotel prestij berada di tingkat atas dari pasar, maka Pasar Besar Kedai Payang akan terancam,”ujarnya.
Katanya, dengan penampilan hotel berprestij diletakkan dihadapan, pelbagai sekatan baru yang menekan peniaga Melayu seperti kadar sewaan yang tinggi, syarat ketat dalam penampilan kedai agar setaraf dengan tahap ‘bintang’ hotel terbabit.
Berita terkait sebelum ini;
Peniaga Basah Bantah Pindahkan Pasar Payang
Sumber: buletinonline.net
AES: Selangor akan fail rayuan
Harakahdaily, | 22 Feb 2013 |
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim Khalid berkata, Kerajaan Persekutuan seolah-olah mengenepikan kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terhadap struktur yang dibina di atas jalan persekutuan.
“Kerajaan negeri melihat perkara ini amat serius dan merangka beberapa tindakan susulan termasuk mengarahkan kamar Penasihat Undang-undang Negeri Selangor dan Jabatan Undang-undang Majlis Perbandaran Sepang untuk menyemak nota kehakiman dan memfailkan rayuan.
“Kerajaan negeri kesal dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa PBT tidak mempunyai kuasa terhadap struktur yang dibina di atas jalan persekutuan,” katanya dipetik Selangorku.
Semalam, Hakim Datuk Zaleha Yusuf memutuskan Majlis Perbandaran Sepang tidak mempunyai kuasa ke atas Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).
Beliau turut membenarkan syarikat pengendali kamera AES, Beta Tegap Sdn Bhd memasang kamera tersebut di dua lebuh raya itu.
Beliau memberi alasan Plus dan SKVE berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan bukan kerajaan negeri.
Dalam perkembangan berkaitan, Khalid akan mengarahkan Unit Perancangan Ekonomi Selangor merancang pembangunan lebuh raya bagi kemudahan rakyat.
“Kerajaan negeri mengarahkan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Selangor untuk menyediakan senarai cadangan pembangunan Persekutuan sama ada lebuh raya atau Prasarana Transit Aliran Ringan (LRT) untuk disemak semula oleh Majlis Kerajaan Negeri bagi memastikan kepentingan rakyat Selangor dan kerajaan negeri terjamin,” katanya.
Sistem Pilihan Raya Di Malaysia
Posted on Friday, February 22 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Sumber Sinar Harian
Sistem Pilihan Raya Di Malaysia
Pilihan raya dari segi takrifnya boleh dikaitkan dengan perbuatan memilih dan ia adalah berbeza pula dengan perbuatan melantik.
Sistem pemilihan yang biasa diamalkan boleh dikenal pasti mengikut kategori berikut:
- Sistem proportional
- Sistem mudah (simple first-past-the-post) atau single member territorial representation
Malaysia mengamalkan pemilihan sistem simple first-past- the-post. Menerusi sistem ini, calon yang menang ialah calon yang mendapat undi terbanyak (walaupun dengan kelebihan satu undi sahaja). Sistem ini digunakan sejak pilihan raya
umum pertama diadakan pada tahun 1959.
Undang-undang Pilihan Raya
Perlembagaan Persekutuan
Perlembagaan Negeri
Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1957
Akta Pilihan Raya 1958
Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981
Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002
Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003
Undang-undang Lain Berkaitan:
Akta Polis 1967
Akta Pendaftaran Negara 1959
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984
Akta Rahsia Rasmi 1972
Kanun Keseksaan 1997
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
Undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan
SEJARAH PILIHAN RAYA DI MALAYSIA
(Jumlah Pengundi dan Jumlah Kerusi)
PRU1 - 1959 - 2,171,097 - 104
PRU2 - 1964 - 2,763,077 - 126
PRU3 - 1969 - 3,843,782 - 128
PRU4 - 1974 - 4,132,032 - 154
PRU5 - 1978 - 5,059,689 -154
PRU6 - 1982 - 6,081,628 - 177
PRU7 - 1986 - 6,964,960 - 177
PRU8 - 1990 - 7,968,640 - 180
PRU9 - 1995 - 9,012,173 - 192
PRU10 - 1999 - 9,564,071 - 193
PRU11 - 2004 - 10,284,591 - 219
PRU12 - 2008 - 10,922,139 - 222
PRU13, - 2013 - 13,000,000 - 222
TERMA DAN ISTILAH
- Bahagian pilihan raya
- Ejen pilihan raya
- Hakim pilihan raya
- Hari mengundi
- Pasukan penguat kuasa
- Pegawai pengurus
- Pilihan raya
- Tempoh berkempen
- Deposit
- Suruhanjaya Pilihan Raya
- Petisyen pilihan raya
- Penamaan calon
- Calon
- Ejen
- Pencadang
- Penyokong
- Dewan Rakyat
- Dewan Undangan Negeri
- Parlimen
- Kerusi, bahagian Parlimen/Dewan Undangan Negeri
- Daftar pemilih
- Daftar pemilih semasa
- Tempoh berkempen
- Permit/lesen yang diperlukan dalam kempen
- Pondok calon
- Barung
- Proses pengundian
- Membuang undi
- Mengundi
- Kertas undi
- Penindik
- Undi rosak
- Undi ditolak
- Kerani tempat mengundi
- Undi pos
- Pengiraan undi di tempat mengundi
- Pengiraan undi secara berkelompok
- Pengiraan semula
- Pusat penjumlahan
- Pusat penamaan calon
- Penjumlahan undi
- Penyata perbelanjaan pilihan raya
- Warta keputusan
- Hilang deposit
- Dakwat kekal
- Pengundian biasa melibatkan pemilih-pemilih biasa yang akan mengundi pada hari yang ditetapkan sebagai hari mengundi
- Pengundian awal bagi anggota tentera dan pasangan serta anggota Polis dan pasangan Pasukan Gerakan Am (PGA)
- Pengundian pos melibatkan pengundi tidak hadir
Kelayakan Jadi Calon Dewan Rakyat)
Warganegara Malaysia
21 tahun ke atas pada hari penamaan calon
Bermastautin tetap di Malaysia
Tidak disahkan sebagai seorang tidak sempurna akal
Bukan seorang muflis/bankrap, yang belum dilepaskan
Bukan seorang pemegang “jawatan berpendapatan” (khususnya pegawai kerajaan)
Bukan seorang yang telah gagal untuk mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya lepas
Bukan orang yang telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau didenda tidak kurang daripada RM2,000 dan belum menerima pengampunan
Telah tidak menjadi warganegara negara lain atau menikmati keistimewaan yang didapati oleh warganegara dalam mana-mana negara
Kelayakan Jadi Calon Dun
Warganegara Malaysia
21 tahun ke atas pada hari penamaan calon
Bermastautin dalam negeri yang berkenaan
Tidak disahkan sebagai seorang tidak sempurna akal
Bukan seorang muflis/bankrap, yang belum dilepaskan
Bukan seorang pemegang “jawatan berpendapatan” (khususnya pegawai kerajaan)
Bukan seorang yang telah gagal untuk mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya lepas
Bukan orang yang telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau didenda tidak kurang daripada RM2,000 dan belum menerima pengampunan
Telah tidak menjadi warganegara negara lain atau menikmati keistimewaan yang didapati oleh warganegara dalam mana-mana negara
Wang Deposit Pilihan Raya
Jumlah deposit seperti berikut: - RM10,000 untuk deposit calon Parlimen - RM5,000 untuk deposit bahan kempen
Parlimen - RM5,000 untuk deposit calon Dun - RM3,000 untuk deposit bahan kempen Dun
Sumber: Sinar Harian
PANAS!! Menjelang Pembubaran Parlimen.. UMNO Perkenal 'Kopi Takut Bini'
Posted on Friday, February 22 @ 00:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh AnakSgDerhaka
Jika semalam, Kicap dari jenama Tamin telah dikenalpasti sebagai salah satu barangan yang akan diagihkan oleh UMNO/BN kepada rakyat di pendalaman, hari ini satu lagi produk telah ditemui.
Kicap tersebut dipercayai telah ditaja oleh seorang Ketua Wanita UMNO yang punya kepentingan dalam syarikat yang mengeluarkan produk tersebut.
Produk yang baru di temui ini masih belum dikenalpasti, sumbangan dari siapa, kepada siapa dan kerana apa...
Ini adalah Kopi Pra Campuran 5 dalam 1, yang juga dikenali sebagai 'Kopi Takut Bini..' sinonim dengan kebanyakkan kepimpin UMNO yang takut bini.. err.. kat Permatang Pauh ni ada dua orang.
Ianya tidak akan dipasarkan kemana-mana kedai runcit kerana diyakini tak laku..
Dipercayai akan diedarkan keseluruh bilik gerakan UMNO/BN bagi menghilangkan rasa mengantuk pencacai-pencacai yang bertugas..
Selain itu ianya juga akan dibekalkan kepada semua Blogger Pro UMNO tak kira samada dari Unit Media Baru atau tidak..
'Kopi Takut Bini'... kah.. kah.. kah..
Siapa punya kerja aku pun tak tahu.. tiba-tiba saja ada dalam e-mail aku dengan tajuk 'Kopi Takut Bini'..
Laporan pasal Kicap Tamin tu sila baca di (SINI)
Sumber: darisungaiderhaka.blogspot.com
Bukan hanya RAKYAT, RAJA dan SULTAN juga diminta baca kenyataan ini
Posted on Friday, February 22 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: setisab
"Jaminan tiada kacau bilau ketika peralihan kuasa
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anuar Ibrahim yakin peralihan kuasa pada peringkat persekutuan akan berlangsung secara aman dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 berikutan jaminan yang diberi empat bekas jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Mereka (bekas Jeneral) umum dua perkara. Pertama, polisi pertahanan negara tidak akan bertolak ansur dengan korupsi dan campur tangan politik termasuk berkaitan penggunaan senjata.
“Kedua, mereka akan lakukan apa sahaja untuk menjamin perubahan kuasa secara aman,” katanya ketika ditemu bual Matt Winkler dan Peter Hirschberg dari media antarabangsa, Bloomberg, New York, semalam.
Beliau berkata demikian dalam temu bual di ibu pejabat KEADILAN ketika menjawab soalan berkaitan kemungkinan berlaku kacau bilau jika Umno kalah PRU 13.
Anwar optimis dengan janji bekas jeneral berdasarkan khidmat cemerlang mereka sepanjang menerajui angkatan pertahanan negara sebelum ini.
Selain tentera, beliau turut mendapat sokongan bekas pegawai tertinggi polis yang bertemu untuk menyatakan sokongan terhadap perjuangan Pakatan Rakyat.
Ditanya kedudukan sultan jika berlaku perubahan kerajaan, Anwar berkata, pemimpin Pakatan sudah menandatangani perjanjian bagi menjamin perlembagaan dan kuasa sultan.
Untuk tonton temu bual, KLIK INI."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan