Rabu, 27 Februari 2013

JIKA TIDAK ADIL BERI KENYATAAN MAKA ADA UNSUR SEBAGAI ULAMAK UPAHAN...DAH BANYAK ULAMAK2 UPAHAN MATI....YANG HIDUP INI PUN AKAN MATI...ADAKAH MEREKA BOLEH JAWAB DAKWAAN2 ALLAH NANTI...SAMA2 KITA TUNGGU

Hapus AES, bukti Pakatan dengar keluhan rakyat

Harakahdaily, 25 Feb 2013
SHAH ALAM: Pengumuman tawaran pemansuhan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan pembatalan semua saman berkaitannya dalam manifesto Pakatan Rakyat hari ini mengembirakan banyak pihak.

Bagi Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) Datuk Mahfuz Omar, pengumuman tersebut menunjukkan betapa Pakatan Rakyat komited menghapuskan sistem yang dilihat lebih kepada mencari keuntungan dan pada masa sama mengainaya rakyat.

"Saya orang paling gembira dengan pengumuman ini bila isu yang Kase perjuangkan selama ini dimasukkan dalam manifesto Pakatan Rakyat.

"Pengumuman ini menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat sangat perihatin dengan keluh kesah rakyat berhubung saman AES ini," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tawaran pemansuhan sistem itu dalam manifesto Pakatan Rakyat yang diumum sempena Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-4 di Shah Alam hari ini.

Menurut Mahfuz lagi, tawaran tersebut juga membuktikan bahawa Pakatan Rakyat benar-benar mahu membebaskan rakyat dari segala sistem yang mencengkam mereka selama ini.

Dengan tawaran ini ujarnya, rakyat boleh membezakan pihak mana yang lebih memahami penderitaan mereka berbanding pihak satu lagi yang mengambil kesempatan mempergunakan wang rakyat untuk kepentingan kroni.

Manifesto PR: Tawaran terbaik untuk rakyat Sabah

Mohd Firdaus, 27 Feb 2013
KOTA KINABALU: Pemimpin Barisan Nasional diingatkan agar tidak dilihat ‘orang hilang akal’ dengan menyerang manifesto Pakatan Rakyat yang baru sahaja dibentang pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4, Isnin lalu.
Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu (gambar) menegaskan, jika Barisan Nasional yakin mereka mendapat kepercayaan dan sokongan yang kuat daripada penyokong, maka mereka juga perlu mengisytiharkan manifestonya kepada semua rakyat Malaysia.

“Kalau benar apa yang manifesto Pakatan Rakyat itu salah dan tidak betul, maka saya kira, mereka juga perlu mengeluarkan manifestonya.

“Menyerang manifesto Pakatan Rakyat dilihat mencerminkan pemikiran sebenar pemimpin Barisan Nasional yang kelihatan gelabah dan huru-hara dengan tawaran menarik Pakatan Rakyat kepada rakyat,” ujarnya.

Menurut Lahirul, rakyat Sabah telah diberikan tawaran menarik oleh Pakatan Rakyat dan sudah semestinya mereka turut tertanya-tanya di mana tawaran Barisan Nasional dalam menghadapi pilihanraya ini.

“Pakatan Rakyat sudah menawarkan yang terbaik kepada rakyat terutama di Sabah termasuk dalam menyentuh intipati Perjanjian Malaysia dengan mengembalikan semula autonomi kepada Sabah dan Sarawak mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan.

“Termasuklah juga dalam pemberian royalti minyak daripada 5% kepada 20%, ada pemimpin Barisan Nasional dakwa akan mengakibatkan kerugian dalam industri Petronas dan Negara. Sedangkan, apa yang berlaku antara tol-tol dan kensensi lebuhraya di Semenanjung Malaysia, mereka mengaut keuntungan berlipat kali ganda walaupun angka sebenar perbelanjaan telah melepasi had tempoh,” jelas Lahirul.

Katanya, pemimpin Barisan Nasional di negeri ini perlu bersikap adil kepada rakyat Sabah dan bukan bertindak membelakangkan rakyat sendiri yang terpinggir serta dipinggirkan oleh pemimpin anak negeri sendiri.

“Apa yang dikecapi oleh pemimpin, mesti juga dirasai oleh rakyat bawahan. Jangan ada pemimpin yang rumahnya besar, keretanya besar.

“Tapi masih berkira-kira dalam isu menaik taraf kehidupan dan keselesaan rakyat. Ini kezaliman,” tegas beliau.

Beliau turut mempertikan kenyataan beberapa pemimpin Barisan Nasional yang masih lagi berangan-angan dan tidak sedar bahawa Pakatan Rakyat juga sudah memerintah di beberapa buah negeri termasuk hamper menguasai keseluruhan Wilayah Persekutuan.

“Di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor. Barisan Nasional merupakan pembangkang. Mana boleh mereka jelajah negeri berkenaan, mereka dakwa mereka sebagai kerajaan. Itu yang saya katakan, mereka ini sudah tidak nampak kebenaran. Mereka meracau hingga ke subuh.

“Apa yang perlu ialah, biar rakyat yang menilai dan mengadili manifesto setiap parti sama ada Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Rakyat Malaysia sudah bijak,” katanya.

Najib ragui wibawa pemimpin BN Selangor?

Harakahdaily, 27 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Perlantikan Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai Pengarah Pilihan Raya BN Selangor menimbulkan persoalan, adakah perdana menteri itu meragui kamampuan pemimpin Umno BN negeri menerajui jentera parti itu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tentunya ada sesuatu yang tidak kena dalam kepimpinan Umno-BN Selangor sehinggakan Najib sendiri terpaksa memikul tanggungjawab itu.

“Carilah orang-orang Selangor yang lebih berkaliber, jika Datuk Seri Noh Omar tidak dapat melaksanakan tugas itu Najib perlu menyatakan kepadanya,” kata Abdul Khalid dipetik Selangorku.

Beliau dilaporkan berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Pecah Tanah Kompleks Kediaman Pekerja Industri di Kelana Jaya hari ini.

Ujar Abdul Khalid lagi, pelantikan itu juga merendahkan taraf Najib Razak sebagai Perdana Menteri sehingga terpaksa menggalas bebanan itu.

“Saya lebih senang hati sebab Najib Razak menjadi pengarah sebab menunjukkan tiada pemimpin yang lebih baik oleh Umno-BN Selangor,” katanya.

Sebelum ini, Najib Razak dilaporkan telah dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya BN Selangor dengan Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed sebagai timbalannya yang diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi BN Selangor.

BR1M vs Air Selangor: Mana lebih untung?

http://pascst.blogspot.com, 27 Feb 2013

BR1M vs Air Selangor: Mana Lebih Untung?


IMBUHAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR VS KERAJAAN PUSAT
Oleh ShEaf, PASCST


Air Percuma dari Kerajaan Negeri Selangor
Skim air percuma 20 meter padu ditawarkan kepada rakyat Selangor sejak 1 Jun 2008.  Pada tahun yang sama, kenaikan tarif air juga dihalang oleh PR Selangor. Ini kerana mengikut Perjanjian Penswastaan Air 2004, Syabas diberi kuasa untuk menaikkan tarif air sebanyak 37 peratus pada 2009 dan 25 peratus pada 2012.

BR1M dari Kerajaan Persekutuan
Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M pula diperkenalkan pada tahun 2012.  Bantuan tunai sebanyak RM500.00 itu layak diterima oleh setiap isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan. 

So.. mana lebih menguntungkan rakyat Selangor? Mari kita kaji...
Baca di sini.

Kedah pinjam duit demi rakyat, bukan bermewah

Zulkifli Yahaya, 27 Feb 2013
BN Kedah tidak tertanggung lagi dengan serangan oleh Bongkar 403 juta, akhirnya menggerakkan Ketua Pemuda Gerakan Kedah 'menghinggut pokok cermai' (ayat Ustaz Azizan Razak, Menteri Besar Kedah). Terbaru beliau menghantar memorandum ke pejabat Wisma Darul Aman mendesak Menteri Besar memberi jawapan berhubung isu hutang negeri Kedah yang kononnya bertambah sehingga hampir RM1 billion.

Perang saraf itu sengaja dibuat BN kerana mereka tahu Ustaz Azizan tidak akan melayan isu yang dibangkitkan Tan Keng Liang kerana Ketua Pemuda Gerakan itu 'cukup seronok' jika isunya dilayan. "Macam berok yang disergah, habis daun cermai luruh dihinggutnya tapi kalau kita tak layan, dia akan diam," ujar Azizan

Bagaimanapun serangan BN itu dijelaskan juga oleh Ahli majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Ir Amiruddin Hamzah. Katanya, sebahagian besar hutang kerajaan negeri Kedah terhadap Pusat sejak Mac 2008 ialah untuk tujuan pembesaran Taman Berteknologi Tinggi Kulim (KHTP) dan pengurusan bekalan air terawat untuk rakyat.

Maknanya, hutang dibuat bukan untuk projek mewah, hiburan atau membeli cincin dan beg tangan isteri pemimpin negeri. Ia betul-betul untuk faedah rakyat.

Menurut Amiruddin, hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu pada 2 Mac 2008 ialah sebanyak RM2,095,556,334.17. Pertambahan hutang selepas itu sehingga kini adalah sebanyak RM500 juta.

Kira-kira RM260 juta adalah hutang berkaitan KHTP, antaranya untuk membesarkan KHTP fasa 4, setelah tiga fasa sedia ada tidak dapat menampung permintaan tinggi pelaburan masuk, khususnya dari negara luar.

Dalam masa lima tahun pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat jumlah pelaburan masuk ke KHTP adalah sebanyak RM10.8 billion manakala kalau nak dibandingkan lima tahun pertama pelaburan masuk di zaman BN cuma RM4.7 billion, sudah tentu memerlukan suntikan dana lebih besar. Maknanya pertambahan lebih pesat pelabur berlaku di zaman Pakatan sehingga memaksa KHTP dibesarkan. Untuk membesarkannya terpaksa pinjam duit dari Pusat.

Berhubung hutang berkaitan pengurusan air pula, masih terdapat keraguan sama ada ia benar-benar bersifat hutang negeri kepada Persekutuan atau sepatutnya ia merupakan geran Persekutuan kepada negeri yang tidak perlu dibayar balik.

Kalau mengikut status Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) telah dimulakan pada 1974, pembiayaan program BALB ialah 80 peratus pinjaman dan 20 peratus geran kerajaan Persekutuan.

Namun, pada 31 Mei 2000 jemaah menteri telah bersetuju pertukaran dasar pembiayaan program kepada 100 peratus geran oleh Kerajaan Persekutuan.

Pihak kerajaan negeri sedang berunding dengan Pusat supaya status sebahagian hutang untuk urusan perkhidmatan air diubah kepada geran, jika ia berlaku bermakna jumlah hutang negeri kepada Pusat tidaklah seperti yang disebutkan itu.

Bagaimanapun, hutang-hutang berkaitan air akan diambilalih sepenuhnya oleh PAAB sekiranya pihak kerajaan negeri bersetuju untuk menyerahkan aset air kepada kerajaan Persekutuan.

Dato' Amiruddin mengulas mengenai kenyataan Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang mengenai hutang pembinaan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang dianggap ‘membebankan’ kerajaan negeri.

“Keng Liang jangan susah hati, sebelum institusi kewangan beri pinjaman mereka sudah kaji segenap aspek terutama kemampuan pembayaran balik, jika tidak pinjaman tidak akan diluluskan.

“Dalam isu pinjaman KUIN, kerajaan yakin pinjaman dapat dijelaskan. Kita dah pun masukkan dalam peruntukan bajet 2013 dan bajet itu diluluskan tahun lepas. Sebagai contoh hutang bangunan tambahan Blog E Wisma Darul Aman yang menjadi beban tinggalan BN sebaik kita mengambil alih kerajaan tetapi kita dapat jelaskan mengikut jadual sebanyak RM25 juta setahun sehingga selesai semuanya penghujung 2012,” ujarnya sinis. - http://www.kedahlanie.info

PAS Perak gesa Harussani bersikap adil

Muhamamd Faeez Azahar, 27 Feb 2013
IPOH: PAS Perak kesal dengan sikap Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang seolah-olah tidak berlaku adil terhadap PAS dengan menutup mata dan melupakan segala sikap prasangka buruk yang dilakukan oleh BN khususnya Umno.

Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin (gambar) berkata, pelbagai kepincangan yang berlaku termasuklah rasuah, ketirisan, serta penyelewengan dalam pemerintahan BN lebih 55 tahun namun tiada sebarang teguran dan kenyataan yang dibuat oleh mufti itu.

"Malah Umno sebagai parti pembangkang di negeri-negeri pemerintahan Pakatan Rakyat juga tidak mengiktiraf usaha kerajaan negeri memajukan rakyat, bahkan berusaha untuk menyekat sumber royalti hak rakyat negeri itu dan menimbulkan pelbagai fitnah terhadap kerajaan Pakatan di saluran-saluran perdana milik kerajaan pusat,” katanya ketika ditemui Harakahdaily di Pejabat PAS Perak, dekat sini hari ini.

Jelas Ahmad Nuri, seorang mufti mesti bersikap adil kepada semua umat dan tidak boleh prejudis pada golongan-golongan tertentu sahaja.

Mengulas lanjut, katanya PAS merasa kecewa kerana Harussani mendapat maklumat yang kurang tepat dan tidak merujuk terus kepada pimpinan utama PAS tersebut sebelum memberikan komennya.

Ujarnya, seorang mufti seharusnya mendapat tasawwur dan gambaran sebenar satu-satu isu sebelum mengeluarkan hukuman.

“Adakah ajaran Islam mengajar umatnya agar tidak terlebih dahulu meneliti sebarang berita yang datang kepadanya?

“Kenapa Tan Sri Harussani sebagai seorang tokoh Islam yang disegani tidak merujuk terlebih dahulu kesahihan berita sebelum membuat kenyataan yang dianggap berat dan berpihak tersebut?” soalnya lagi.

Katanya, sebagai contoh rakyat sering mendengar tentang beberapa kes saman fitnah yang dikenakan kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

“Kami mengambil sikap sepertimana yang dianjurkan oleh ajaran Islam dan kami telah pun menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Tan Sri Harussani bagi menjernihkan suasana agar mendapatkan maklumat yang sebenarnya.

“Kami tidak mahu rakyat mencemuh Tan Sri Harussani kerana bersikap berat sebelah dan tidak adil sepertimana yang dituntut oleh ajaran Islam,” katanya.

“Tan Sri Harussani perlu mendapatkan maklumat sebenar dan menilai setiap apa yang dilaporkan oleh media massa secara benar tanpa berpihak kepartian.

Jelasnya, PAS Perak telah mengambil pendekatan yang lebih terbuka dan adil dengan menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Tan Sri Mufti dalam masa terdekat dan sekarang masih menunggu respon daripada pihak Harussani bagi tujuan murni tersebut.

Kelantan ‘zon selesa’ bersama kepimpinan ulama

Muhammad Yusri Amin, 27 Feb 2013

Zainuddin melawat gerai pameran.

KOTA BHARU: Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat berkata perkembangan politik berada pada tahap ‘zon selesa’ di bawah kerajaan  kepimpinan ulama berteraskan Membangun Bersama Islam, meletakkan negeri ini salah satu lokasi terbaik perkembangan ekonomi dan tahap keamanan.

Persamaan budaya masyarakat negeri ini dengan masyarakat Selatan Thailand menjadi faktor meningkatnya keupayaan ‘kerjasama politik’ , ekonomi dan kebudayaan.

Bahkan Zainuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Limbongan berkata, kegiatan budaya masyarakat Kelantan itu merancakkan lagi sumber pelancongan negeri.

“Kedatangan pelancong ke negeri ini kira-kira empat juta orang setahun, selaras dengan target Kerajaan Negeri,” katanya ketika ditemui pada Pesta Makanan Thai 2013 di Dataran Muhammadi di sini, malam tadi.

Bagi pihak kerajaan negeri, beliau berterima kasih kepada pihak Selatan Thailand yang berjaya menganjurkan pesta makanan kali keempat itu bermula 25 Februari hingga 3 Mac ini.

Sebanyak 80 booth usahawan dan peniaga masyarakat Selatan Thailand,  sekaligus  mengangkat  ‘aras industri kreatif’ peserta.

“Kita lihat masyarakat Thailand khususnya dari sudut perkembangan ekonomi masyarakat kampung itu sendiri berkembang maju.  Produknya banyak, semuanya menunjang ke tahap pendapatan masyarakat luar bandar tanpa mengira sama ada muslim dan non-muslim.

“Jadi dengan adanya festival ini, kita di Kelantan ’boleh duplicate’,” katanya.

Tiada ulasan: