Raja Baharin setuju debat isu Ladang Gemilang
Harakahdaily, | 04 Feb 2013 |
Beliau menyatakan demikian sebagai merujuk kepada keluaran Sinar Harian semalam berhubung kenyataan Pegawai Pembangunan Dun Ladang, Datuk Wan Hisham Wan Salleh tentang mengadakan debat isu nasib penghuni Pangsapuri Ladang Gemilang.
“Dengan ini saya ingin menyatakan bahawa saya menerima cadangan untuk mengadakan debat tersebut demi kebaikan penghuni-penghuni Pangsapuri Ladang Gemilang seperti yang dicadangkan oleh Pegawai Pembangunan Dun Ladang,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, beliau mengharapkan debat itu akan diadakan secara teratur dengan seorang moderator dari institusi pengajian tinggi yang berpengalaman mengendalikan debat seperti itu.
“Adalah juga diharapkan penduduk-penduduk dan penghuni Ladang Gemilang khususnya dapat menghadiri upacara tersebut,” ujarnya.
Merujuk kepada artikel Sinar Harian itu juga, beliau ingin membuat sedikit pembetulan.
Pada sidang media yang telah diadakan dengan wakil Sinar di Permai Inn Kuala Terengganu pada 27 Januari lalu, beliau telah menyatakan bekalan elektrik dan air telah terputus disebabkan ada penghuni-penghuni yang tidak mampu membayar bil air dan elektrik mereka dan dalam masa yang sama ada warga tua yang sampai sepuluh (10 ) hari tidak dapat turun ke tanah oleh sebab lif di pangsapuri tersebut sering rosak.
Isteri kedua heret Adun Paka ke mahkamah syariah
Khairul Azlam Mohamad, | 04 Feb 2013 |
DUNGUN: Isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka, Mohd Ariffin @ Zakaria Abdullah (kanan) terpaksa membawa kes tuntutan perceraian mereka ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun.
Plaintif, Mastura Othman, 46, (kiri) merupakan isteri kedua Mohd Ariffin @ Zakaria, 60, membuat tuntutan fasakh talak kerana menyifatkan defendan telah mencemar maruah serta nama baik keluarga.
Kata beliau, tuntutan fasakh terpaksa dibawa ke mahkamah setelah suaminya itu enggan pulang ke rumah bagi melafazkan talak secara baik.
"Itu terpulang kepada dia (Zakaria), dia yang mencipta segala masalah, ini atas kerelaan saya sendiri, saya rasa saya tak perlulah fikir banyak-banyak tentang dia, kita pun dah tua, anak pun dah besar," jelasnya kepada pihak media setelah hadir di Mahkamah Rendah Syariah Dungun, hari ini.
Beliau mendakwa dirinya dan ahli keluarga merasa malu apabila gambar dan cerita tentang 'kisah cinta YB Ariffin' diterbitkan dalam sebuah majalah hiburan pada bulan Disember 2012 lalu.
"Kali terakhir saya jumpa dia pada 19 Disember dan selepas itu saya bagi dia SMS supaya dia datang lafazkan secara baik di rumah, saya tunggu sehingga 22 Januari, dia tak datang-datang, jadi saya beritahu dia saya akan buat tuntutan mahkamah," tegasnya.
Namun begitu, Mohd Ariffin @ Zakaria tidak hadir dan mahkamah menangguhkan keputusan kes tersebut pada 27 Februari ini.
Pada PRU12 lalu, Zakaria menewaskan calon PAS, Ustaz Satiful Bahri Mamat dengan majoriti 344 undi.
Dana remaja RM200 dan wanita pengundi tegal BN/UMNO
Posted on Tuesday, February 05 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: mohdnoorawang
"Pilihanraya umum ke-13 hanya tinggal tidak sampai 100 hari. walaupuntarikh sebenar sukar diramalkan oleh rakyat umum. Jesteru itu dewan rakyat bakal dibubarkan dalam tempuh bulan februari 2013.
Padangan ramai meramalkan BN/UMNO hanya berpuluang menang dengan majoriti cukup tipis. Malah pemerhati dan penulis blog berhujah serta berdalil BN/UMNO hanya memperolehi 120 hingga 130 Kerusi parlimen PRU13.
Mereka ada alasan yang baik, dimana pengundi pengundi kaum hawa atau kumpulan pengundi wanita di Malaysia adalah pengundi penyelamat BN/UMNO diseluruh peti undi dan lokaliti pengundi seluruh parlimen dan DUN.
Faktor yang kedua menghalang kemaraan PR menang PRU13 dan sedikit sukar menawan Putrajaya ialah golongan remaja atau belia lepasan sekolah atau kumpulan belia (kaum lelaki/perempuan) yang belum kahwin mendapat dana remaja RM200-RM250. Golongan lepasa SPM ini sukar dijinakkan umtuk memberi undi kepada PR.
Faktor ketiga kemungkinan PR terkandas dalam menawan Putrajaya PRU13 ialah dana BR1M (RM500) kumpulan belia atau ketua keluarga yang sudah berkahwin juga (taraf pendidikkan SPM) adalh pengundi pengundi tegar BN/UMNO setiap PRU yang diadakan di Malaysia.
Ketiga-tiga faktor boleh menghantui dan penghalang utama PR untuk menawan Putrajaya. Disamping faktor senarai pemilih SPR yang jahat dan kotor.
Pakatan rakyat perlu dijadikan faktor-faktor diatas sebagai "faktor atau halangan utama" dalam PRU13.
Malah Najib Razak cukup ceria selepas mengadakan tiga program besar dengan kehadiran kaum belia dan kaum wanita mencecah 3 juta orang. Program tersebut ialah Pesta ponggol. pesta One beutiful malaysia, dan program BR1M.
Bila ada pemimpin PAS bercakap pasal membela melayu, dia patut tinggalkan PAS
Posted on Monday, February 04 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: senik
"Assalamualaikum,,
Islam kosmetik atau kosmetik Islam merupakan satu istilah yang sering digunakan untuk menggambarkan satu puak di kalangan bangsa melayu yang ingin menggunakan Islam sebagai nama untuk melayu sahaja, mengenepikan hak dan kebebasan yang ALLAH berikan kepada semua rumpun bangsa menjadi bangsa yang beriman dan beramal soleh.
Islam kosmetik menjadi amalan atau tradisi UMNO sejak dulu, kini dan tidak selamanya. Kerana itu, kita sering dimomokkan dengan berbagai bagai istilah Islam seperti Islam Hadhari, Islam Wasatiyah tetapi perintah dan hukum Islam yang sebenarnya sering di"tapi tapi"kan.
Pemimpin dan orang orang yang sudah bertahun tahun bersama PAS sudah mahir dengan mainan Islam kosmetik UMNO terutama apabila mereka mengaitkan Islam dengan pembelaan melayu.Islam dan pembelaan melayu seperti "BUDU" BAGI UMNO, dan ulamnya, DAP dan PKR.
Oleh itu, apabila ada pemimpin PAS yang sudah lama bersama jemaah malah pernah pula pegang jawatan serta pernah mengetuai lajnah dakwah untuk non-muslim mula bercakap dengan kalimah membela melayu sebagai dasar perjuangannya, maka ianya sudah jauh menyimpang dari perjuangan PAS sebenarnya. Sekalipun mendakwa PAS yang menyimpang tetapi dengan makan "BUDU" UMNO, sudah jelas siapa yang menyimpang. Tidak perlu bagi pemimpin sebegini menuduh PAS sudah menyimpang, PAS diresap parasit, PAS tunduk kepada DAP dan PKR(kerana ini merupakan ulam budu UMNO), sebaliknya dan sewajarnya, dia perlu meninggalkan jemaah dengan kadar yang segera. Tak perlu tunggu sampai disingkirkan.
Tak perlu bagi pemimpin sebegini menuduh PAS sudah melupai matlamat perjuangan asal dan mementingkan politik. Kerana untuk maklumat umum, PAS perlu kekuatan politik untuk memperjuangkan apa yang hendak diperjuangkan. Pemimpin PAS seharus faham benar bagaimana satu ketika dulu, ketika PAS bergerak sendiri, PAS sering dihina UMNO kerana bertanding 70 kerusi parlimen, bercita cita nak tubuh negara Islam. Kini, pemimpin PAS seharusnya akur, dengan hanya bertanding 60 kerusi, kurang 10 daripada ketika bergerak sendiri, PAS berpeluang untuk mencapai cita citanya dengan izin ALLAH.
Sekaligus, mengecewakan bagi pemimpin yang sudah termakan BUDU UMNO kerana kerana budu itu, dia sudah tidak nampaksemua yang terbentang di depan mata.
Apapun alasannya, perasaan tidak puas hati terhadap keputusan dan tindakan jemaah tidak seharusnya diterjemahkan dengan menerima BUDU UMNO yang dihulur dan kemudian menjadi duri dalam daging kepada jemaah.
Sikap yang gentleman ialah meninggalkan jemaah segera. "
Musa Hassan: 'Saya tidak terlibat politik'
Posted on Monday, February 04 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: imamsurau
"Dilahirkan pada 13 September 1951 dan mula berkhidmat sebagai pegawai polis pada tahun 1969. Kemudiannya pada 12 November 2006, Tan Sri Musa Hassan telah dilantik menjadi Ketua Polis Negara dan bersara empat tahun selepas itu. Musa, cukup sinonim dengan sifat tegasnya sehingga membawa beberapa perubahan dalam pasukan polis termasuk cadangan kenaikan gaji lebih tinggi kepada anggotanya hari ini.
Berpegang kepada amanat ayahnya “berani kerana benar, tidak mengambil rasuah dan bekerja dengan jujur” membuatkan beliau terus bersama pasukan polis walaupun pernah seketika hampir kecewa kerana dikira lewat melalui proses kenaikan pangkat semasa inspektor. Hasil didikan ayahanda beliau Tan Sri Hassan Azhari beliau terus mengharungi liku-liku kehidupan bersama PDRM. Beliau juga yang mengilhamkan pemakaian lencana 'Integriti' pada pemakaian rasmi seragam polis.
Akhir ini, nama Musa Hassan kembali disebut apabila beliau sering kali membuat kenyataan yang dilihat menongkah arus dan didakwa bakal menyertai parti pembangkang.
Untuk menyingkap kisahnya, ikuti temubual Ketua Wartawan Sinar Harian, MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN dan ROBIATULA DAWIYAH ABD RASHAD serta jurufoto, ROSLI TALIB.
SINAR HARIAN: Selepas bersara, apakah aktiviti Tan Sri sekarang?
MUSA HASSAN: Saya kini menjadi tenaga pengajar di Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Risikan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM.
SINAR HARIAN: Kenapa pilih untuk menjadi pensyarah, adakah kerana minat atau sebab lain?
MUSA HASSAN: Sejak dulu lagi saya sudah mengajar, ketika masih di dalam PDRM juga saya sudah menjadi tenaga pengajar di Maktab Polis Kuala Kubu Bharu selama lima tahun di dalam bidang undang-undang.
SINAR HARIAN: Selain mengajar apakah aktiviti Tan Sri di masa lapang?
MUSA HASSAN: Saya juga ada menjalankan perniagaan kecil-kecilan. Selain daripada itu saya suka beriadah dengan berlari atau menunggang kuda. Sejak kebelakangan ini saya sering dipanggil memberikan ceramah dan syarahan berhubung isu keselamatan.
Bidang risikan ini bukan calang-calang orang yang boleh mengajar, adakah kerana pengalaman sepanjang berada di dalam PDRM membuatkan Tan Sri dipilih untuk mengajar dalam bidang ini?
Selepas menjadi pegawai penyiasat dan pendakwa di Melaka Tengah, saya telah ditukarkan ke Bahagian Risikan (CID) dan Narkotik dan saya berada di sana selama 11 tahun (1975-1986), pengalaman ini yang perlu saya kongsikan dengan masyarakat.
SINAR HARIAN: Pada saat pertama kali menyarung uniform polis, pernah tak Tan Sri terfikir akan menjadi Ketua Polis Negara?
MUSA HASSAN: Tidak pernah. Tidak ada niat atau anganangan, saya cuma nak bekerja sahaja. Saya bermula sebagai inspektor percubaan pada 1969.
SINAR HARIAN: Boleh kongsikan sedikit pahit manis sepanjang menjadi pegawai polis.
MUSA HASSAN: Menjadi pegawai polis ini kita terikat dengan peraturan dan arahan. Jadi sebagai anggota polis kita tidak bebas. Jangan ingat jadi polis ini kita bebas, boleh buat apa-apa, sebenarnya tidak. Sedangkan mahu kahwin pun perlu minta kebenaran, nak beli harta juga kita perlukan kebenaran dan sebagainya.
Kerjaya anggota polis ini tidak bebas kerana sentiasa boleh dipanggil untuk bertugas pada bila-bila masa walaupun dalam keadaan bercuti.
Polis ini adalah penjaga undang-undang, jadi kita sendiri kena betul laa... jika kita tahu perkara itu tidak betul dan salah tetapi kita masih membuat perkara yang tidak betul bermakna kita pun boleh diambil tindakan. Polis tidak bebas mereka juga tertakluk dengan undang-undang. Saya selalu gunakan istilah begini, sebagai pegawai polis ‘satu kaki di dalam lokap, satu lagi di luar lokap’, kedua-dua kaki itu hanya keluar daripada lokap apabila sudah bersara.
SINAR HARIAN: Sepanjang perkhidmatan, apakah kes yang paling mencabar atau kes-kes yang mistik pernah dilalui Tan Sri?
MUSA HASSAN: Banyak kes telah saya lalui sejak berpangkat inspektor terutamanya kes-kes samun, rogol dan kes yang melibatkan penjenayah yang digeruni masyarakat. Antara kes yang mistik adalah kes di Alor Gajah ketika itu saya masih menjadi inspektor. Ada satu kes orang mengamuk, orang itu mengamuk dari Negeri Sembilan dan lari sehingga Alor Gajah, orang ini dianggap sebagai orang yang ‘handal’, dia melarikan diri ke dalam hutan sehingga memerlukan bantuan polis hutan, individu itu terlibat dalam kes ugutan jenayah dan mencederakan orang.
Setelah lima hari, suspek berjaya dijumpai bagaimanapun suspek ketika itu bersenjata dan cuba mencederakan anggota polis dan akhirnya suspek telah ditembak. Kita temui banyak tangkal di badannya.
Satu lagi kes kejadian di Melaka dalam operasi menangkap penjenayah bergelar ‘Mat Solo’, suspek selalu menyamun dan bersenjata. Apabila polis cuba menangkap dia selalu menghilangkan diri kononnya mempunyai ilmu ghaib. Pada satu hari kita berjaya menjejaki suspek dan setelah mengepung kawasan itu kita mintanya menyerah diri, tetapi suspek enggan berbuat demikian. Kami hanya mendengar suaranya sahaja tetapi jasadnya tidak nampak, dan suspek menjerit memberitahu ‘jika nampak aku tembaklah’, dan anggota saya ketika
itu yang hanya nampak bayang suspek dan telah menembak suspek yang bersenjatakan senapang patah hingga menyebabkan suspek jatuh dari atas bumbung.
SINAR HARIAN: Selama 41 tahun berkhidmat untuk PDRM, selepas melepaskan jawatan sebagai Ketua Polis Negara, apakah perasaan Tan Sri selepas itu?
MUSA HASSAN: Saya merasa lega dan seolah-olah satu beban besar di bahu saya telah diangkat. Saya bersyukur kerana saya dapat membuat beberapa perubahan dalam PDRM. Dengan memberikan kenaikan gaji dan menambah balai-balai polis dan memberikan logistik yang lebih baik kepada pasukan polis. Itu yang saya sempat lakukan di samping menstrukturkan semula dan membuat sedikit perubahan dalam pentadbiran untuk kebaikan.
SINAR HARIAN: Pada pandangan Tan Sri dalam situasi masyarakat apakah bentuk jenayah yang paling ditakuti?
MUSA HASSAN: Kes-kes pecah rumah antara jenayah yang ditakuti masyarakat kerana daripada kes pecah rumah boleh menjadi samun jika penghuni ada di dalam rumah. Penjenayah terbabit boleh menjadi ganas dengan mangsa. Selain itu kes berkaitan rogol terhadap wanita dan kanak-kanak yang dianggap menggugat keselamatan orang ramai. Selain itu kes ragut, dan kes itu juga boleh menjadi samun.
SINAR HARIAN: Sebagai anak sulung kepada Tan Sri Hassan Azhari (guru Quran dan Qiraati serta tokoh agama terkenal), apakah pesanan yang menjadi pegangan Tan Sri sepanjang berkhidmat sebagai pegawai polis dan sehingga kini?
MUSA HASSAN: Ayah saya ini seorang kuat agama, beliau selalu mengajar saya berkata benar, jangan bohong. Kedua beliau sering ingatkan saya untuk tidak terlibat dengan rasuah kerana orang yang terlibat dengan rasuah tidak dipercayai oleh masyarakat. Wasiat ini saya pegang sehingga ke hari ini. Beliau turut pesan untuk saya bekerja dengan ikhlas dengan bidang yang diceburi.
Pernah dahulu saya merungut dekat ayah saya apabila saya tidak dinaikkan pangkat selama 12 tahun sebagai inspektor. Ketika itu ayah saya tanya adakah kerja yang saya lalukan ini demi pangkat atau kerana ikhlas?
Pangkat ini ALLAH punya kuasa, jangan minta pada orang, mohon pada ALLAH, jika sudah sampai waktunya ALLAH akan beri rezeki itu.
SINAR HARIAN: Sepanjang menjadi pegawai polis, adakah tangan-tangan ‘ghaib’ yang dikatakan cuba mengganggu tugas Tan Sri?
MUSA HASSAN: Kalau saya kata tidak ada, maknanya saya bohong. Kadang kala polis ini tangan terikat sehingga tidak boleh ambil tindakan. Masalah di sini.. kita mahu membetulkan, jika kita masih lagi bersikap menafikan keadaan akan rosak. Semua orang berkepentingan mahu rapat dengan polis, oleh itu polis perlu berjaga-jaga dengan siapa mereka rapat.
SINAR HARIAN: Tan Sri juga dilihat aktif dalam NGO seperti My Watch (Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia). Apa peranan Tan Sri di dalamnya?
MUSA HASSAN: Penubuhan MyWatch ini adalah untuk memberi maklumat kepada masyarakat apakah yang perlu dilakukan mangsa jenayah dan bagaimana untuk membantu polis membanteras jenayah.
Saya dilantik sebagai penaung dan saya hanya menasihati mereka apa yang perlu.
SINAR HARIAN: Bagaimana pula persepsi segelintir pihak terhadap penglibatan Tan Sri dalam NGO ini ada hubung kait dengan politik pembangkang?
MUSA HASSAN: Saya tidak terlibat politik, saya hanya ingin membantu orang yang ingin membantu masyarakat. Walaupun ramai pemimpin pembangkang di dalam NGO itu tidak bermakna saya sokong pembangkang. Saya neutral.
SINAR HARIAN: Khabar angin mengatakan ada pihak yang akan timbulkan huru-hara selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13), apakah nasihat Tan Sri kepada pihak yang kononnya cuba timbulkan kekecohan?
MUSA HASSAN: Kita adalah negara membangun yang akan mencapai wawasan 2020. Kalau negara huru-hara kita akan kembali 10 tahun ke belakang, kita akan merosakkan negara sendiri. Tidak mustahil kita akan jadi seperti 'Arab Spring'. Apabila kita tidak tahu menghormati sesuatu pihak untuk mentadbir negara, perkara itu akan berlaku.
Jadi jika itu berlaku, negara kita tidak akan aman dan membangun serta ekonomi akan merosot. Perkara ini yang perlu dijaga agar tidak berlaku seperti di Arab Spring.
SINAR HARIAN: Pada pandangan Tan Sri Arab Spring akan terjadi di Malaysia?
MUSA HASSAN: Kalau kita tidak jaga betul-betul, kalau kita tidak tegas. Kita kena tegas ini negara kita.
SINAR HARIAN: Sejauh mana ancaman itu?
MUSA HASSAN: Sudah jauh, sebab kita sudah kata yang hak asasi kita sepatutnya sudah ke arah Barat. Mana-mana benda haram pun dibolehkan, maknanya kita pun nak jadi liberal. Al-Quran dan hadis hanya untuk agama sahaja bukan dalam keadaan sosial dan kehidupan. Ini pandangan saya kerana itu yang saya lihat.
SINAR HARIAN: Tan Sri pernah kata, pembangkang di negara ini tidak berkualiti, boleh Tan Sri ulas hal itu?
MUSA HASSAN: Kita perlukan pembangkang, tetapi bukan mengkritik semua benda yang dibuat kerajaan. Kerana bukan semua benda kerajaan buat tidak bagus, jika mereka kata seperti itu, pasti ada benda yang tidak betul.
Pembangkang yang berkualiti mereka akan sokong mana-mana yang dibuat kerajaan baik untuk rakyat, dan yang mana perkara yang tidak betul mereka tegur seperti dalam kes salah guna kuasa atau merosakkan ekonomi negara. Itu baru pembangkang yang berkualiti. Tetapi hari ini semua benda mereka kata tidak betul, jika terus menerus begini, rosaklah negara.
Masyarakat perlu melangkah ke depan, kita perlukan negara yang makmur dan dihormati antarabangsa. Kalau asyik kecoh bagaimana orang luar nak hormat.
Pada masa sekarang ini, terdapat pihak yang cenderung menjadikan pihak berkuasa seperti polis dan badan perundangan sebagai sasaran mereka untuk dipolitikkan.
SINAR HARIAN: Bagaimana Tan Sri melihat perkara itu?
MUSA HASSAN: Perkara ini biasa... inilah liberalisme yang dibuat oleh orang Amerika. Mereka telah mengatakan dunia telah memberikan kepercayaan kepada mereka untuk menjaga dunia. Pada masa itu untuk mengekalkan kuasa dunia, mereka memerlukan satu cara yang mengatakan ini adalah ancaman, musuh yang akan datang berkaitan adat dan agama. Yang jadi mangsa adalah orang Islam. Kerana Islam adalah dianggap tidak liberal kerana Islam ikut sunnah dan hadis.
Sekarang ini pihak terbabit menggunakan NGO yang membawa prinsip hak kemanusiaan untuk mencarikan keadaan itu.
SINAR HARIAN: Dulu ancaman yang berlaku di dalam negara jelas, seperti kes jenayah samun, rogol dan sebagai, tetapi ancaman yang berlaku kini seperti halimunan, sejauh mana bahayanya Tan Sri?
MUSA HASSAN: Ancaman itu datang daripada rakyat sendiri, kerana mereka menyokong perangkap yang dilakukan sesuatu pihak itu. Tetapi kita tidak boleh ambil tindakan pada rakyat kita sendiri. Ini perancangan mereka, dan mereka akan kata kerajaan diktator. Langkah yang perlu diambil, kita perlu sedarkan rakyat kita sendiri tentang bahaya perkara ini, dan apa yang mereka akan buat di masa akan datang. Oleh itu kerajaan kena ambil tindakan.
SINAR HARIAN: Mengenai desas desus yang mengatakan Tan Sri akan menyertai parti pembangkang dan akan bertanding dalam PRU13, adakah benar dakwaan itu?
MUSA HASSAN: Tidak benar, saya tidak minat politik.
sumber"
Nasharuddin Mat Isa huraikan kemelut dalam PAS.
Posted on Monday, February 04 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: mohdnoorawang
"Selepas dipecat dari majlis syura PAS, Nasharudin Mat Isa bekas timbalan presiden PAS telah neghuaraian panjang lebar "kemelut" parti PAS dalam akhbar sinar semalam.
Namun sekali lagi Nasharudin Mati Isa seorang ahli parlimen (PAS) diberi ruang yang cukup baik melalui surat khabar arus perdana (Berita Harian) secara "live" pada pukul 3 petang esok akan menghuraikan kemelut dalam PAS.
Apa yang dikatakan kemelut dalam PAS, ayuh kita pakat pakt dengar apa yang hendak diceritakan. Mungkin ceritanya betul atau tidak betul itu hak Nasharuddin.
Selepas kita dengar baharulah boleh diberi pandangan dan hujah berasakan apa yang diperkatakan oleh Nasharuddin Mat Isa. Untuk rekod Nasharudin masih lagi ahli PAS yang berdaftar.
Siap pula yang memberi kebenaran kapda Nasharuddin mat Isa membuat komen dan mengatakan ada kemelut dalam PAS?. Mungkin ada kok kemelut dalam PAS?.
Jika tiada bukti yang sahih pertuduhan Nasharuddin atau sebagai mereka cerita untuk mesensaikan sahaja. Seharusnya Nasharuddin mat Isa dipecat dari PAS. Pehak jawatankuasa displin parti PAS perlu bertindak mencari penyelesaiannya.
Tidak boleh membiarkan Nasharuddin atau orang yang seumpamanya menikan dari belakang dan menhancurkan jamaah PAS.
Kepada Nasharuddin ayuh jangan jadi duri dalam daging atau gunting dalam lipatan. Jika sudah benci dan jemu pada PAS janganlah membuat cerita dan komen yang bodoh.
ingat Tuan Nasharuddin mat Isa pernah dijulang sebagai setiausaha agong PAS dan pernah menjadi timbalan perisden PAS dan Nasharuddin Mat Isa masih wakil rakyat PAS dan ahli PAS.
Nasharuddin Mat Isa, anda seorang cerdik dan pintar ( kata pembodek umno) janganlah menjual maruah diri yang murah harganya. Memang anda bercakap dan berhujah hebat terutama membelit berita dan cerita.
Kepada Pemimpin PAS yang lain jangan cepatmembuat kenyataan mengenai nasharuddin. biarlah pucuk pemimpinan PAS utama membuat komen. Dan selepas PRU13 dicadangkan tamatkan kehaliannya dalam PAS."
UMNO Malukan Rakyat Melaka : Ganggu Ceramah Anwar Di Jasin
Posted on Monday, February 04 @ 15:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh Mutaligat
Umno terus menerus memalukan rakyat negeri Melaka dengan mengganggu ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kg Rim, Jasin malam tadi. Sejak dari awal lagi Umno membuat persediaan untuk mengganggu ceramah tersebut dengan memasang khemah tidak jauh dari tapak ceramah Anwar.
"Mereka ganggu ceramah kita, mereka kata macam-macam kepada saya, tetapi itu tidak melemahkan semangat saya".
"Kita hairan mengapa Polis Jasin membiarkan mereka ganggu ceramah kita, sedangkan kita sudah bertemu dengan Ketua Polis Negara minta dia kawal keselamatan, ini siapa nama OCPD Jasin, kita menang nanti kita tukar dia, tak tak kita gurau sahaja" sindir Anwar.
Beliau berkata politik murahan dan tidak bertamadun sebegini sepatutnya sudah lama berkubur di bumi Malaysia kerana rakyat sudah cerdik dan celik maklumat.
Sementara seorang penyokong PR yang ditemui berasa kesal dengan sikap biadap Umno yang terus mengganggu ceramah Anwar.
"Ini bukan kali pertama mereka ganggu ceramah Pakatan Rakyat malah setiap kali Anwar datang ke Jasin ada sahaja gangguan yang mereka lakukan, sungguh memalukan orang Melaka yang terkenal dengan sifat menghormati tetamu dan majlis orang lain".
"Dahulu mereka baling bas Jelajah Rakyat yang membawa Anwar, mereka simbah cat dan sebagainya, kini mereka terus melakukan perkara yang sedemikian bagi melemahkan semangat perjuangan penyokong PR" ujar Amat Alang dari Taman Angkasa Nuri, Durian Tunggal.
Ceramah malam tadi mendapat sambutan yang cukup hebat walaupun cuaca mendung dan hujan renyai-renyai. Sebelum ke Rim, Anwar telah berceramah di Tg Kling, memberikan tazkirah di Ayer Molek dan program minum petang di Gangsa. Kesemua program tersebut mendapat sambutan yang hebat.
Sumber: mutaligat.blogspot.com
Orang Gombak Boikot Utusan
Posted on Monday, February 04 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: pemudagombak
"SRI GOMBAK, 3 FEB – Orang Gombak boikot Utusa Meloya. Itulah kata-kata yang bersesuaian untuk akhbar pemfitnah nombor satu negara ini apabila akhbarnya masih lagi tidak laku untuk dibeli oleh orang Gombak.
Gambar dibawah diambil oleh salah seorang penduduk Gombak di sebuah kedai runcit bersebelahan dengan Restoran Thaqwa Sri Gombak pada jam lebih kurang pukul 10 malam semalam.
Di kedai-kedai lain juga turut menunjukkan akhbar Utusan Meloya masih menimbun walaupun sudah lewat malam. Walaupun tagline mereka ialah, “Pemangkin Fikiran Rakyat”, tetapi akhbar ini tidak menggambarkan apa yang sebenar.
Beritanya setiap hari menunjukkan skrip yang sama iaitu menfitnah parti lawan walaupun ia benar, tapi ia tetap menceritakan yang salah. Akhbar perdana sepatutunya memceritakan berita secara adil dan biarlah masyarakat menilainya, tetapi ia jelas menunjukkan ia terlalu pro-UMNO sehinggakan setiap apa yang diceritakan adalah untuk kebaikan UMNO. Patutlah akhbar ini rugi setiap kali masuk mahkamah kerana pemberitaan yang tidak jujur.

Agak-agak ada lagi ke orang nak baca utusan sekarang ni?
"
Bukti bergambar Rais Yatim dah PANAS punggung...
Posted on Monday, February 04 @ 18:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh Shalehudin
Ini rupanya bila Rais Yatim dah panas punggung...
Ini bahasanya bila Rais Yatim sudah NAZAK...
Habis segala kebaikan lalu pun diungkit kembali...!!
"rakyat Selangor perlu kenang segala jasa dan budi kjn BN bangunkan negeri itu."
2:17 PM - 9 Sep 12
Apa...??
9 Sep tahun lepas...?? Rupanya dah lama anak Yatim neh rasa gelombang penolakan rakyat Selangor terhadap BN rupanya... Woiittt..!! Kat amah Indon tak nak ungkit sama ka...??
Tangan kanan yang memberi seeloknya biarlah tangan kiri pun tidak mengetahuinya. Bukankah Islam mengajar kita bahawa kebaikan yang diberikan akan hilang pahalanya jika diungkit atau diceritakan pada orang lain...???
Tapi...!! Ada anak Yatim kisah...!!
Sumber: shalehudin.blogspot.com
Apakah Nasha layak bertanding di Rembau?
Posted on Monday, February 04 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: amkns
"Free Malaysia Today , 4 Feb 2013 – REMBAU: Selepas bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa digugurkan daripada Majlis Syura dan pengumuman Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa Nasharuddin juga digugurkan sebagai calon parlimen Bachok dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13); timbul pula desas desus apakah beliau layak diturunkan di kerusi parlimen Rembau, Negeri Sembilan.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Nasharuddin sebenarnya merupakan anak jati Rembau. FMT cuba mendapatkan pandangan suara akar umbi di Rembau berhubung cadangan ini.
Rozmal Malakan dari Rembau yang merupakan seorang aktivis yang memperjuangkan sistem Adat Perpatih berpendapat Nasharuddin harus bertanding di Rembau. “Ini adalah kerana mengikut adat di Rembau, nasab (keturunan) anak adalah mengikut ibunya, dan ibunya adalah orang Rembau, tak silap saya dari suku Sri Melenggang. Ini bermakna Nasharuddin adalah dari suku Sri Melenggang.
”Berbeza dengan ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (Barisan Nasional); hanya ayahnya sahaja yang berasal dari Rembau. Oleh itu beliau tidak termasuk dalam mana-mana suku di Rembau, melainkan beliau telah menjalani upacara adat iaitu berkedim.
“Amatlah sesuai sekali jika Nasharudin diberi peluang untuk bertanding di parlimen Rembau atau kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota, kerana kampung beliau ialah di Air Melintang di dalam DUN Kota.
“Semoga dengan kehadiran Nasharudin di Rembau akan menyemarakkan lagi usaha mengimarahkan masjid-masjid yang semakin mati di daerah ini,” kata Rozmal.
Apabila ditanya FMT apakah Nasharuddin harus bertanding atas tiket PAS atau Umno? Rozmal berkata itu terpulang kepada Nasharuddin sendiri.
Orang Rembau tidak kenal Nasharuddin
Abdul Hadi Abuyan seorang penyokong PAS dari Rembau pula tidak bersetuju jika PAS menawarkan Nasharuddin bertanding di parlimen Rembau mahu pun di mana-mana kerusi di Negeri Sembilan, sama ada kerusi Parlimen atau DUN.
“Beliau bukan popular pun di peringkat akar umbi. Malah orang Negeri Sembilan dan Rembau sendiri ramai yang tidak tahu yang Nasharuddin anak kelahiran Rembau, Negeri Sembilan sebenarnya.
“Saya rasa beliau dapat peluang bertanding di Bachok dulu pun sebab status Timbalan Presiden dulu. Parti bagi kerusi selamat agaknya.
“Bagi saya cuma ada tiga individu sahaja yang mempunyai karisma dan mampu menang jika bertanding selain dari kerusi asal masing-masing. Mereka itu ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.
“Nasharuddin langsung tidak menepati ciri-ciri kekuatan personalti yang ada pada Anwar, Nik Aziz dan Tengku Razaleigh.
“Saya cadangkan elok sahaja Nasharuddin menjadi Timbalan Pengerusi JATI,” ulas Abdul Hadi.
Nasharuddin bertanding tiket Umno di Rembau?
Azhar Mohamad dari Chembong pula mencadangkan Umno menawarkan Nasharuddin bertanding di kerusi parlimen Rembau atas tiket Umno jika parti itu benar-benar ingin membela nasib Nasharuddin yang kononnya dizalimi oleh PAS.
“Jangan sekadar cakap sahaja bahawa PAS menzalimi Nasharuddin lah, PAS sudah lari dari perjuangan asal lah, Nasharuddin pemimpin berprinsip lah.
“Sejak 2008, saya memang perasan Umno mempertahankan Nasharuddin habis-habisan terutama ketika bertanding jawatan timbalan presiden pada tahun 2009 dan 2011.
Sejak Nasharuddin digugurkan dari Majlis Syura, sokongan pemimpin Umno kepada Nasharuddin semakin jelas dan kuat termasuk daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Oleh itu jika benar Najib ikhlas dan merasakan satu aset yang amat berharga kepada perjuangan Islam dan bangsa Melayu, mengapa Najih tidak melamar sahaja Nasharuddin dan menurunkan Nasharuddin di Rembau? tanya Azhar.
freemalaysiatoday.com"
Pertandingan Poster sempena PRU 13. (Berakhir 22 Februari 2013)
Posted on Monday, February 04 @ 19:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: pemudagombak
"
KLIK
Pengumuman! Berita baik!!
Pertandingan membuat poster sempena PRU 13.
Anjuran PemudaGombak.com.
Tema poster ini ialah “Perjuangan Rakyat”.
Bagaimana hendak sertai pertandingan ini?
Sila isi borang online di bawah. Klik link yang diberikan. Segala syarat pertandingan ada di dalam borang online ini.
Tarikh tutup penyertaan pada 22/2/2013,
Jumaat, pukul 11.59 malam.
Hadiah pertandingan:
Tempat pertama : RM 200.00.
Tempat kedua : RM 100.00.
Tempat ketiga : RM50
Juri bertauliah akan mengadili poster-poster yang memasuki pertandingan ini. Keputusan juri adalah muktamad.
Credit photo: Pejuang Keadilan.
Untuk menyertai, sila isi borang ini,
http://tinyurl.com/poster-pru13"
Kesian Kat BN Kedah terpaksa Angkut makcik makcik mai Sambut PM di Kedah.
Posted on Monday, February 04 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: abuluqman
"
ni gambar sebelum PM hadir..kosong je.
Tengok Tu Bas Dok Mai angkut makcik makcin naik Bas
Depan saja Ramai belakang tak ada orang pun..
Nukilan Abu Luqman
"
Dua lagi 'Bom Jangka' untuk Parti Keadilan Rakyat akan diletupkan
Posted on Monday, February 04 @ 20:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: setisab
"Dalam keghairahan kededua kumpulan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat mencanangkan janji-janji manis mereka menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti, dalam diam, kuncu-kuncu Umno sedang giat merangka sekurang-kurangnya dua lagi 'Bom Jangka' untuk Pakatan Rakyat, melalui apa yang didakwa sebagai salah laku Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Satu daripada bom jangka tersebut dirancang untuk 'diletupkan' di Jakarta, awal Mac 2013. Manakala Bom Jangka kedua, insiden yang didakwa berlaku semasa Anwar dipenjara Sungai Buluh, Kerajaan Rakyat difahamkan ianya akan didedahkan selepas parlimen dibubarkan untuk laluan pilihan raya umum ke-13.
Setelah meneliti perjalanan cerita kededua "Bom Jangka" tersebut, Kerajaan Rakyat secara peribadi merasa ia tidak memberi banyak impak kepada Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat khasnya jika ia "diletupkan terlalu awal. Justeru, tidak mustahil kededua 'Bom Jangka' itu akan diletupkan serentak selepas parlimen dibubarkan untuk memberi tekanan lebih berkesan kepada jentera pilihan raya Parti Keadilan Rakyat mematahkan isu itu nanti.
Kerajaan Rakyat amat yakin, 'Bom Jangka' ini boleh merobah pola kecondungan pengundi Luar Bandar daripada memilih Pakatan Rakyat kepada calon Umno BN.
Secara keseluruhan, Umno BN agak sukar untuk menyusur ketempangan semasa PAS atau DAP. Walaupun parti PAS dan DAP telah wujud jauh lebih lama daripada Parti Keadilan Rakyat, tetapi parti yang dijuarai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mereka yang pandai membodeknya itu telah menghadirkan terlalu banyak 'pekong' untuk dibidas oleh pihak lawan.
Walau bagaimanapun, Kerajaan Rakyat amat berharap PAS dan DAP dapat memberi tentangan berkesan kepada Umno BN dalam pilihan raya umum ke-13 nanti"
NGERINYA.. Najib Bakal Berdepan Azwan Ali
Posted on Monday, February 04 @ 21:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: Dukunpasir
"Tadi baca posting Azwan Haji ALi @ Diva AA ni ...tentang niatnya untuk menjadi calon bebas DI PARLIMEN PEKAN........ bila di Parlimen Pekan yang nak ditentang siapa?? Anda tahu?? Hahaha....
Tak tahulah benar ke tidak niat Azwan Ali ni nak bertanding di Pekan menentang Perdana Menteri...pastikah akan berlaku pertandingan berpenjuru disana nanti. Mulanya ingatkan Azwan Ali nak lawan Abangnya Azmin ALi rupanya tidak eh!!
Apapun kita akan tengok terjadi ke tidak......... Dan mungkinkah Azwan Ali akan jadi ARTIS PERTAMA yang akan bergelar ahli politik melalui proses pilihanraya?
Tapi kan...ada juga terfikir, diandaikan lah...diandaikan saja ni.....Azwan menang dan berjaya menjadi YB ...adakah pula isi Fitnah dari Ummi Hafilda? Isu Gay? Isu bapok atau fitnah seperti dikenakan pada Azmin dan Anwar?? Tapi yang pasti ayat ni pasti akan keluar dari Ummi Hafilda.......
BERITA PENUH KLIK SINI"
SAH:Memang Dajal ada di Selangor !
Posted on Monday, February 04 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: tokpepijat
"Punca krisis air Selangor terbongkar semasa lawatan PMNajib ke Selangor semalam. Seperti biasa PMNajib berlagak umpama "Dajal" mengumumkan bantuan RM120 juta untuk Syabas bagi menyelesaikan krisis air Selangor.
Tetapi aksi bantuan ala -Dajal itu sebenarnya membongkarkan kejahatan dan kejelekkan perangai hodoh dan jahat UMNO terhadap rakyat.
Tahun 2009, Kerajaan Pusat bagi pinjaman RM 320.8 juta kepada Syabas. Kemudian Syabas dapat lagi pinjaman RM110 juta pada tahun 2011.
Semalam Najib bagi lagi Rm120 juta kepada Syabas.
Jadinya selama ini, Syabas buat apa dengan duit Kerajaan Pusat?
Adakah duit itu untuk gaji Bos Syabas sahaja yang hampir RM500,000 ( setengah juta) sebulan.
Memang gaji puak-puak Dajal memang tinggi hingga menyusahkan rakyat marhein.
Itulah dasar Dajal.
SAH:Memang Dajal ada di Selangor!"
SANTAI: Konvoi Anak Muda Umno Teramai!
Posted on Monday, February 04 @ 23:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Blog Kerabu Bersuara
KLIK
kahkahkah..
kahkahkahkah..
kahkahkahkahkahkaha...
kesian umno selangor. guna budak-budak jimat sikit kan?
lepas duit minum makan je..
hahahahahahah....
Sumber: kerabubersuara.blogspot.com

Kahkahkah...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan