Ahad, 17 Februari 2013

BIJAK KITA....KALAU MENJADIKAN ANAK YANG TERTAQWA DIMALAYSIA...ORANG TERTAQWA DIKALANGAN KAMU LEBIH LAYAK JADI PEMIMPIN KAMU

Malaysia perlukan Transfomasi dan Refomasi, tetapi bukan dari UMNO
Posted on Sunday, February 17 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh
lararatu

Oleh: senik

"Assalamualaikum,,.

UMNO/BN memerintah negara selama lebih 50 tahun dan dalam tempoh itu, satu demi satu institusi penting negara dirosakkan sehingga ianya perlu kepada pembaikian serius dalam bentuk trasfomasi dan refomasi. Perkara ini diakui sendiri oleh kerajaan pimpinan Najib Razak yang memperkenalkan rancangan trasfomasi dan refomasinya.

Kerajaan Najib ialah kerajaan UMNO/BN yang menjadi penyebab kepada perlunya transfomasi dan refomasi ini, malah Najib dalam tempoh lebih 50 tahun yang lalu turut terlibat melakukan kerosakan yang memerlukan transfomasi dan refomasi. Bagi setiap rakyat yang waras, tindakan Najib memperkenalkan transfomasi dan refomasi untuk membetulkan keadaan yang disebabkan oleh beliau sendiri tidak dapat diterima atau ditolak!

Malaysia perlukan pihak lain untuk mengetuai transfomasi dan refomasi, bukan Najib.Orang baru dengan pemikiran dan wawasan baru amat diperlukan negara sekarang.Kalau dibiarkan Najib terus mengetuai transfomasi dan refomasi alamak negara akan jadi basi.

Transfomasi terbesar yang amat diperlukan negara dalam kontek kehidupan fizikal ialah harga minyak yang rendah.Berita hairan baru baru ini melapurkan harga minyak negara adalah kelapan termurah di dunia dan dengan lapuran ini kerajaan Najib berharap rakyat akan berpuas hati.Namun kelapan termurah hanyalah relatif, secara mutlaknya masih di tahap tinggi dan tidak mampu membantu rakyat mencapai satu tahap kehidupan yang selesa.

Sementara refomasi terbesar ialah refomasi terhadap keperluan asas rakyat.Semuanya mesti diberikan percuma tanpa mengira latar belakang rakyat. Termasuk dalam keperluan asas yang utama yang perlukan refomasi ialah pendidikan, PTPTN harus segera dihapuskan dan diganti dengan biasiswa.Begitu juga kesihatan yang amat memerlukan refomasi besar besaran.

Refomasi juga amat perlu dalam hubungan kaum dan agama.Perlaksanaan perintah Islam bagi umat yang beragama Islam sudah terlalu lama due. Perlaksanaan ini juga perlukan refomasi dalam hubungan kaum dan agama.

Pendeknya kesemua kepincangan yang berlaku sekarang berpunca dari UMNO/BN, jadi adalah amat tidak logik membiarkan mereka mengetuai transfomasi dan refomasi yang diperlukan negara sekarang!"


 
Anak kesayangan Mahathir ke-13 terkaya di Malaysia

Posted on Sunday, February 17 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: laniismaa

"mokhzaniBernama hanya menyebut orang terkaya di Malaysia hanya sehingga tempat ke-10 untuk diceritakan. Kebiasaannya kita biasa melihat 20 senarai terkaya tetapi kerana anak kesayangan Mahathir Datuk Mokhzani Mahathir berada di tempat ke-13, maka senarai yang diwar-warkan hanya sepuluh.

Senarai yang dibuat Malaysian Bussiness terbitan Berita Publishing Sdn Bhd. Senarai 40 taikun dengan perincian kekayaan masing-masing berdasarkan pegangan kepentingan mereka dalam syarikat-syarikat tersenarai pada 18 januari 2013.

Nampaknya anak Mahathir, Mokhzani termasuk senarai 20 terkaya pada tahun ini. Ini sebabnya Mahathir bermati-matian mempertahankan UMno BN kali ini. Ini kerana dia tahu sekiranya PR menang, mungkin kekayaan anak terjejas apabila kekorupan Mahathir dibongkar.

Senarai 20 individu terkaya Malaysia 2013
1 Robert Kuok Hock Nien 46,100.00 Kerry Group/Kuok Group
2 T Ananda Krishnan 32,904.28 Usaha Tegas
3 Tan Sri Teh Hong Piow 13,734.25 Public Bank
4 Tan Sri Quek Leng Chan 11,090.00 Hong Leong Group
5 Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary 10,600.00 Al-Bukhary Foundation
6 Tan Sri Lee Shin Cheng 10,557.48 IOI Group
7 Tan Sri Lim Kok Thay 8,120.57 Genting Group
8 Puan Sri Lee Kim Hua 7,235.44 Genting Group
9 Tan Sri Tiong Hiew King 6,346.53 Rimbunan Hijau
10 Ong Beng Seng 4,016.40 Hotel Properties Ltd
11 Tan Sri Azman Hashim 3,840.00 Arab-Malaysian Corp
12 Tan Sri Yeoh Tiong Lay 3,467.13 YTL Group
13 Datuk Mokhzani Mahathir 2,669.11 SapuraKencana Petroleum
14 Tan Sri Vincent Tan 2,256.08 Berjaya Group
15 Datuk Desmond Lim 1,869.20 Pavilion REIT
16 Datuk Lee Yeow Chor 1,742.47 IOI Group
17 Lee Yeow Seng 1,699.14 IOI Group
18 Tan Sri Lau Cho Kun 1,697.84 Hap Seng Consolidated
19 Datuk Shahril Shamsuddin 1,642.22 Sapura Group
20 Datuk Shahriman Shamsuddin 1,641.03 Sapura Group -Malaysian Bussiness LAGI

 Senator Xenophon tidak tahu di sini demokrasinya acuan sendiri
Posted on Sunday, February 17 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


Oleh Aspan Alias

Seorang Senator bebas Australia Xenophon yang mendarat di Kuala Lumpur pada jam 6.40 pagi semalam ditahan oleh pihak Immigresen negara dan di hantar pulang ke Australia setelah ditahan selama 14 jam di lapangan terbang LCCT. Kerajaan BN telah menyenarai hitamkan nama beliau dan negara menganggap beliau sebagai musuh negara Malaysia yang 'demokratik' ini.

Sesiapa pun yang mempunyai pemikiran yang sedikit waras akan faham yang penahanan beliau itu merupakan tindakan politik sempit dan sedikit sebanyak menunjukkan kepada masyarakat antarabangsa yang negara kita tidak mengambil kisah tentang kewibawaan hubungan antarabangsanya. Kenyataan Hishamudin Hussein semalam membayangkan yang beliau mempunyai ‘diplomatic language’ yang begitu rendah dan memalukan.



Senator ini telah menjadi mangsa politik negara kerana bercakap benar tentang keadaan demokrasi negara kita. Kesalahan Senator ini sebenarnya sangat besar. Kesalahannya ialah kerana bercakap benar dan tidak mahu berbohong. Mungkin sebelum ini Senator ini belum memahami undang-undang negara ini. Beliau tidak memahami yang di negara ini bercakap benar itu adalah dicegah (forbidden). 

Berjuang untuk menghapuskan rasuah itu salah. Sesiapa yang memperjuangkan untuk diadakan pilihanraya bebas itu lebih salah sehingga ada seorang bekas Perdana Menteri menyarankan supaya di pinda perlembagaan supaya membolehkan Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga dilucutkan kerakyatannya. Senator ini mungkin menganggap demokrasi itu semuanya sama seperti yang wujud di semua negara maju yang lain di dunia ini.

Beliau tidak tahu yang Malaysia mempunyai demokrasi acuannya tersendiri. Sepatutnya Senator ini belajar tentang latar belakang demokrasi di negara ini sebelum berbuat apa-apa dalam negara ini.

Apa yang kerajaan Malaysia marahkan Xenophon itu mudah sahaja. Sebabnya tidak lain dan tidak bukan ialah kerana komen beliau tentang cara Bersih di kendalikan oleh pihak berkuasa Polis Malaysia pada 28hb April tahun lepas. Xenophon berada di sini semasa itu untuk melihat sendiri bagaimana ‘rally Bersih’ itu berjalan. 

Xenophon sepatutnya jangan bercakap benar yang pihak Polis lah yang memulakan keganasan itu yang di mulakan dengan beberapa orang anggota Polis yang menyamar dan menjadi sebagai agen ‘provocateur’ bagi mencetuskan pertempuran di antara Polis dengan peserta rally itu..Di sini bukan tempatnya untuk memberikan pandangan yang adil. Di sini ialah tempat di mana hanya pihak kerajaan sahaja yang benar.

Kenyataan Xenophon yang memberikan kenyataan yang lebih dari dua ratus ribu peserta adalah salah. Xenophon sepatutnya memberikan angka yang sama seperti yang di berikan oleh Rais Yatim, iaitu 22,700 orang sahaja. Senator itu mesti juga memahami yang berjalan beramai-ramai ke tempat rally itu dianggap sebagai demonstrasi jalanan di sini. Kerajaan pimpinan UMNO mahukan semua peserta rally itu terbang dan terus sahaja mendarat  di tempat rally itu diadakan.

Sesiapa bercakap yang tidak di sukai oleh pimpinan UMNO itu dianggap sebagai musuh negara. Jika kita tutup tindakan rasuah yang dilakukan oleh pimpinan UMNO barulah boleh datang ke sini. Sesiapa juga yang membawa berita yang anak seorang Perdana Menteri suatu ketika dahulu telah mengambil wang rakyat hampir RM2 billion itu amat salah kerana anak dan keluarga pimpinan BN di berikan keistimewaan menggunakan wang rakyat untuk menyelesaikan masalah perniagaan mereka.

Menjaga maruah dan integriti bukan perkara penting bagi pimpinan kita. Yang penting ialah kuasa dan kali ini kuasa itu mahu dikekalkan untuk menutup dan menjauhi segala kesalahan mereka di ketahui oleh rakyat negara ini dan masyarakat antarabangsa.

Xenophon telah melanggar semuanya ini, maka terpaksalah beliau kembali ke negara beliau serta merta. Kalau setakat hendak sampai ke LCCT itu boleh lah. Xenophon  jangan sekali-kali datang ke sini lagi kerana jika beliau berada di sini beliau akan menjadikan negara kita ini tidak selamat lagi. Bercakap sahaja perkara yang tidak di sukai oleh pihak parti pemerintah, maka orang itu akan di kurung dan dijadikan ‘banduan’ sementara. 

Xenophon mesti memahami kenyataan yang rakyat Malaysia tidak akan bercakap tentang segala ketidak adilan tidak lama lagi, kerana mereka akan bertindak dan berusaha untuk menolak pimpinan dan parti yang sedang berkuasa ini dalam pilihanraya yang akan datang. Sesungguhnya kerajaan kita bukannya mengurung Xenophon atau sesiapa.  Sebenarnya mereka sedang mengurung diri mereka sendiri untuk mengelak diri mereka di kenali sebagai pemimpin otokratik yang berselindung di sebalik demokrasi acuan kita sendiri itu.

Setelah parti yang berkuasa sekarang sudah tidak diberi mandat lagi Xenophon boleh lah datang kembali ke sini. Semasa itu nanti barulah beliau boleh bercakap apa yang benar tanpa was-was. Bukannya lama untuk menunggu perubahan itu.
 
 Penyelewengan Tabung Memali: Sudahkah Cikgu Nun buat lapuran polis?
Posted on Sunday, February 17 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: senik

"Assalamualaikum,,.

Ketika dua orang Naib Presiden PAS mencabar Cikgu Nun supaya membuat lapuran polis mengenai penyelewengan tabung Memali, Cikgu Nun dengan beraninya menyahut cabaran tersebut sambil berkata dia akan menyerahkan beberapa dokumen berkaitan penyelewengan tersebut kepada polis.

Sejak itu, penulis tidak sabar menunggu perkembangan lapuran polis Cikgu Nun dan mengetahui apakah dokumen yang bakal diserahkan kepada polis itu, tetapi malangnya sehingga hari ini penulis gagal menemui sebarang maklumat mengenai lapuran polis tersebut.

Tabung Memali yang dibubarkan kalau tak silap pada tahun 2002 apabila keperluan untuk membantu balu dan anak mangsa pembunuhan kejam Memali diputuskan sudah tidak perlu tiba tiba didakwa diselewengkan. Bukan sekali, tetapi dua kali kerana sebelum ini sudahpun dibuat dakwaan demikian.

Menurut maklumat yang diberi oleh orang Kedah, pihak polis pernah menyiasat kes dakwaan penyelewengan ini dan didapati tiada penyelewengan. Kini Cikgu Nun yang mendakwa dia adalah bekas ahli jawatan kuasa pemuda PAS Kedah yang terpengaruh dengan amanat Hadi, yang siang malam mengkafirkan UMNO membuat dakwaan ulangan. Kini dia sudah insaf dan menyertai UMNO. Kerana itu Cikgu Nun bertanya dalam buktu terbarunya, "Kafirkah aku?" Soalan yang hanya ALLAH boleh menjawabnya, jadi Cikgu Nun perlu menanti selepas kematiannya untuk mengetahui jawapannya serta untuk mengetahui samaada dia termasuk dalam golongan manusia yang difirmankan ALLAH dalam surah "Assajadah" atau tidak.

Tetapi lapuran polis yang dijanjikan Cikgu Nun tidak diketahui samaada telah dibuat atau belum? Begitu juga dokumen yang didakwa menjadi bukti penyelewengan tabung Memali pun masih menjadi tanda tanya. Di mana dokumen itu? Masih dalam kotak Ezam ker? Atau sudah diserahkan kepada polis? Kalau sudah diserahkan, kenapa tiada tindakan dari pihak polis yang kebiasaannya amat cepat tindakannya kalau melibatkan ahli PAS?

Buku Kafirkah aku khabarnya laris di pasaran, tetapi dalam masa yang sama terdengar berita, ianya diagihkan secara percuma dalam beberapa siri perjumpaan UMNO dengan rakyat seperti dalam siri pertemuan kerajaan Terengganu dengan PEKIDA baru baru ini, yang menunjukkan buku kafirkah aku dilanggani dengan jumlah yang banyak oleh UMNO.

Di mana lapuran polis Cikgu Nun?"
 
 Suami boleh mati pucuk jika isteri gaji besar
Posted on Sunday, February 17 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Blog PenjualCendol

COPENHAGEN: Lelaki yang memiliki isteri berpendapatan lebih tinggi berkemungkinan besar mengambil Viagra dan ubat lain kerana kurang bertenaga di bilik tidur, lapor satu kajian.

Penyelidik kurang pasti mengapa perkara itu berlaku tetapi rasa hilang harga diri selain marah dan kecewa mungkin memainkan peranan.  

Kajian dilakukan di Denmark, lokasi penggambaran drama politik popular, Borgen, yang memaparkan bagaimana Perdana Menteri wanita bergelut dengan kesukaran mentadbir negara manakala suaminya mengu-ruskan rumah tangga dan anak-anak.
Penyelidik Denmark dan Amerika Syarikat bermula dengan mengkaji gaji pada data lebih 200,000 pasangan suami isteri. Ia mendedahkan Viagra dan ubat bagi masalah mati pucuk lain lebih popular di kalangan pasangan yang isteri menerima gaji lebih tinggi.

Kesan malah dapat dilihat pada keluarga yang isteri memiliki pendapatan cuma sedikit lebih tinggi daripada suami.

Penyelidik berkata: Malah perbezaan kecil dalam pendapatan dikaitkan dengan risiko besar penggunaan ubat mati pucuk apabila wanita menjadi penyumbang utama dalam rumah tangga berbanding lelaki.

Perbezaan gaji sebanyak 10,000 (RM 47,095) yang memihak kepada wanita, menggandakan penggunaan Viagra.
Menariknya, fenomena itu tidak dilihat pada pasangan yang selalunya memiliki pendapatan lebih tinggi. Sebaliknya, ia terhad kepada perkahwinan yang isteri mengambil alih kedudukan itu daripada suami.

Ia menunjukkan rasa hilang harga diri menjadi punca keadaan itu.

Menulis dalam Buletin Personality and Social Psychology, penyelidik berkata, peningkatan aliran bagi wanita menjadi penyumbang utama rezeki mencabar peranan tradisi lelaki sebagai pencari nafkah dan meletakkan mereka di bawah tekanan psikologi.

Kehendak seksual lelaki dikaitkan dengan budaya dan faktor sosial seperti kuasa bapa, wang dan rangkaian sosial, berpotensi menyebabkan lelaki berdepan masalah penurunan kehendak seksual atau tidak berfungsi apabila mendapati peranan tradisi mereka dirampas.

Kemarahan dan kekecewaan juga boleh membawa kepada masalah seksual serius seperti mati pucuk, kata penyelidik. - Agensi

PenjualCendol
http://penjualcendol.blogspot.com
 
  Dr Harun Din Istihar Keluar PAS di Banggul Paradung?
Posted on Sunday, February 17 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh ALBA



Ramai yang menyebar maklumat bahawa Dr Harun Din, Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa akan mengumumkan keluar PAS. Rasanya video ceramah pada 15 Februari 2013 ini sinifikan dengan isu berkenaan.

Untuk maklumat lanjut
lihat di mms://webtv.terengganukini.net/ceramah/2013/130215/130215d.wmv

 Terjumpa Najib peniaga petai
Posted on Sunday, February 17 @ 11:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh Aspan Alias
Najib dan pimpinan UMNO menyelenggarakan kempen pilihanraya seperti orang menjual petai dan jering yang saya pernah kenali. Kebetulan namanya ialah Najib dan beliau menjual petai itu di salah sebuah tempat pasar sehari di Selangor. Najib penjual petai ini akan menunggu petai yang di pesannya dari orang asli di sekitar tempat perniagaan pasar sehari itu.

Saya pernah duduk dengan si Najib penjual petai ini di sebuah warung di tempat beliau berniaga itu dan saya bertanya kepadanya apa yang dia sedang tunggu di warung itu. Dia berkata dia menunggu petai yang dia pesan dari salah seorang asli yang akan menghantar petai itu kepadanya setiap hari pasar sehari itu beroperasi. Saya berseloroh dengannya sambil bertanya siapa yang memberi nama ‘Najib’ itu.

Dia menjawab sambil  tersenyum, “kebetulan bang, nama ayah saya pun Razak, dan dialah yang memberi nama ini kepada saya. Saya sebenarnya berasal dari Tanjung Malim tetapi pindah ke sini mengikut arwah bapa saya yang bertugas sebagai anggota Polis di sini”. Saya menjawab sambil berseloroh, “bagus nama tu, itu nama Perdana Menteri tu!” Dia lantas menjawab, “tak sama bang, saya beli petai untuk di jual, Najib yang satu lagi tu membeli undi dari orang dengan harga RM500 sekali beli untuk di jual juga”


Dalam hati saya ternyata Najib pembeli dan penjual petai dan jering ini seorang yang agak ‘witty’ juga. Saya tidak menjangka seorang pembeli dan penjual petai ini prihatin dengan apa yang berlaku di sekelilingnya.

Najib penjual petai ini ramah orangnya seperti Najib PM juga. Najib penjual petai ini bercerita yang beliau telah membayar orang asli itu dengan bayaran pendahuluan yang banyak. Jadi orang asli itu akan menghantar sahaja petai itu setiap hari pasar sehari ini beroperasi. Kadangkala dia menghantar selama dua bulan petai tanpa dibayar kerana saya telah membayar pendahuluan dengan penuh dahulu. Dengan cara itu dia dapat petai dengan murah, iaitu lebih kurang RM0.20 sahaja sepapan kalau di kira secara pukul rata.

Saya pun menjawab, “pandai kau ni Najib, terhutang orang asli itu kerana pembayaran secara advance itu” Dia pun manjawab, “Nak hidup bang, kena pandai-pandai sikit. Najib ini pun pandai juga bang!” katanya.

“Duit BRIM nanti kau nak buat apa dengannya?” tanya saya. Dia jawab, “Saya nak bayar saman trafik bang dengan duit BRIM tu. “Saya di saman kerana membawa petai berlebihan di jalanraya bang. Ada dua saman. Duit BRIM tu balik balik ke kerajaan bang!” katanya pantas.

Itu sahajalah cerita pendek yang benar-benar saya alami dua minggu lepas. Rupa-rupanya orang bernama Najib ini pandai orangnya....pandai menekan orang susah. Bezanya Najib penjual petai ini menekan orang asli sahaja, Najib yang PM itu menekan orang ramai yang miskin termasuk orang asli serta Najib pembeli dan penjual petai itu sekali. 
 
 
Imej Najib sekupang tiga duit: PSY "belasah" BN atau BN Penang "
Posted on Sunday, February 17 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh Tarmizi Mohd Jam



Mampukah Malaysia melalui peralihan kuasa yang aman dengan Pakatan Rakyat menggantikan BN sebagai Kerajaan Malaysia yang baru di Putrajaya pada PRU13? Demikian persoalan yang dilontarkan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang berhubung pengiraan detik 56 hari menuju PRU13. Beliau berkata, sekiranya dapat dicapai dalam PRU13, maka ia akan mengubah aib Perdana Menteri di dalam kemelut Psy dan Gangnam Style yang menjadi rahmat kepada negara.

Ini, ujarnya, membolehkan Malaysia membuka halaman baru untuk mencapai "Merdeka Kedua" apabila rakyat Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan bukannya bersaing sesama sendiri tetapi dengan negara-negara lain dalam dunia. Kata Kit Siang, kemunculan Psy dan Gangnam Style pada pesta Tahun Baru Cina BN di Pulau Pinang sepatutnya menjadi hiburan dan rampasan kuasa politik di dalam sejarah negara sehingga Najib, Umno dan BN mendapat majoriti dua pertiga parlimen tetapi telah bertukar menjadi kemusnahan besar politik dan perhubungan awam.

Tambahnya, tiga aib besar yang menimpa Najib dan Umno-BN dan yang lebih buruk lagi turut memalukan negara, iaitu:

(1) Video satu minit "3 Ya untuk Psy dan 3 Tidak untuk BN" yang pantas tersebar selepas kemeriahan di Sekolah Han Chiang ditonton hampir setengah juta di You Tube daripada banyak laman sejak Isnin.

(2) Video lima minit "Psy tiada, Najib-BN merah muka ketika acara menggaul yee-sang", video kedua tentang kemunculan Psy di pesta Tahun Baru Cina BN di Pulau Pinang yang pantas tersebar, memaparkan Najib, mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan menteri kabinet menunggu bintang Korea itu selama lima minit untuk menyertai mereka dan tersipu-sipu meninggalkan pentas tanpa menggaul "yee-sang" apabila Psy menolak. Ini merupakan kejadian yang merosakkan maruah negara dan memalukan semua rakyat Malaysia tidak kira Pakatan atau BN – yang mana Perdana Menteri dan mantan Perdana Menteri terpaksa mengorbankan maruah negara demi kehangatan K-pop Korea.

(3) Psy menolak untuk mempersembahkan "Gangnam 1Malaysia Style". Najib telah mengumumkan di atas pentas selepas kerosakan "3 Ya untuk Psy dan 3 Tidak untuk BN" berkenaan "persembahan menarik" Psy, mengisytiharkan "(Psy) is ready for us and he will show you the proper Gangnam Style… and I am told he has a surprise for you – the Gangnam 1Malaysia Style" tetapi Psy tidak mempersembahkan kejutan "Gangnam 1Malaysia Style" dan ini menghancurkan harapan Najib dan peluang pemimpin BN seperti Menteri Pelancongan, Dato' Seri Dr. Ng Yen Yen untuk menari "Gangnam 1Malaysia Style" dengan bintang pop Korea Selatan itu di Pulau Pinang

Tiada ulasan: